Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Friday, August 27, 2010

Moonlight Fairytale (Bab 3)

Wilda terkocoh-kocoh mengekori Sara ke Gelanggang Kurai. Setibanya di sana, Wilda dapat melihat dengan jelas orang-orang terpilih untuk menuntut Jurus Permainan Sihir Unsur. Wilda membilang pelajar-pelajar di gelanggang tersebut. Termasuk Wilda dan Sara, ada 10 orang semuanya, 5 perempuan dan 5 lelaki


Wilda melihat sekeliling. Gelanggang Kurai bersaiz lebih kurang 2 gelanggang bola sepak dan diperbuat dari batu granit dengan campuran bahan khas. Disekeliling gelanggang adalah dinding yang diukirkan dengan ukiran dan simbol yang saangat unik. Sedang dia ralit melihat keunikan senibina Gelanggang Kurai, sikunya tiba-tiba di sentuh oleh Sara.


"Hei. apa yang awak tengokkan lagi? Masters kita dah sampai.." tegur Sara apabila Wilda asyik benar melihat sekeliling. Wilda tersengih malu. Matanya dialihkan pada kehadiran 3 kelibat manusia yang berpakaian jubah hitam dan sedang menekupkan muka mereka.


"Selamat datang penuntut baru! Nama aku Master Kai, Pengerusi Jurus Permainan Sihir Unsur," kata salah seorang lelaki lalu membuka penekup kepala yang menyembunyikan wajahnya. Kelihatan di tubir mata Wilda, lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Master Kai itu adalah seorang lelaki 50-an yang berjanggut putih dan hampir mencecah dada.

Dua lagi dibelakang diperkenalkan oleh Master Kai sebagai Master Feng dan Masters Waiduri, satu-satunya master wanita.

"Sebelum kita meneruskan latihan, biarlah saya menerngkan serba ringkas mengenai jurus ini :

JPSU ini diasaskan oleh sepasang kembar iaitu Phileus Sun dan Phileus Moon. Mereka ini dikatakan datang dari dimensi lain dan telah dicampakkan ke sini oleh seorang ahli sihir yang jahat. Dimensi mereka adalah satu dimensi dimana manusia di sana mampu mengawal unsur utama bumi iaitu air,api,tanah dan angin. Berada sdi dunia yang sangat asing, mereka telah mengasaskan jurus ini untuk memastikan keselamatan dan kelangsungan keturunan mereka. Kini, anda semua merupakan keturunan mereka dan hanya kamu sahaja yang boleh mempelajari seni ini. Seni ini terbahagi kepada dua : Shir Unsur Mentari dan Sihir Unsur Purnama.



Sihir Unsur Mentari diasaskan Phileus Sun dan keturunannya mampu mengawal sama ada unsur api ataupun tanah. Adiknya, Phileus Moon pula mengasaskan Sihir Unsur Purnama yang mana penuntut dari keturunan beliau mampu memanipulasi sama ada unsur air atau angin.

Sekarang para penuntut akan diberikan sejenis kristal yang akan menentukan anda dari keturunan mana selain menentukan kumpulan anda, " terang Master Kai panjang lebar.

Sejenis batu berwarna kelabu diagihkan pada setiap penuntut. Wilda membelek-belek batu kristal tersebut. Tiba-tiba, kristal-kristal yang berada di tangan para penuntut bercahaya dengan terang. Seminit kemudian ia bertukar kepada dua kristal yang berlainan iaitu 5 batu delima untuk 5 penuntut dan bakinya termasuk Wilda pula bertukar kepada batu nilam. Kesemua penuntut tergamam dengan keajaiban yang berlaku di depan mata mereka.

"Baiklah semua, batu tadi adalah Kristal Durix, ia akan bertukar sama ada kepada batu delima ataupun batu nilam mengikut jenis keturunan. sesiapa yang sedang memegang batu delima adalah dari keturunan Philus Sun manakala pemegang batu nilam pula dari keturunan adik beliau, Philus Moon. Sekarang sila berpecah mengikut batu kristal masing-masing , kumpulan Delima Merah di sebelah kanan saya iaitu pada Masters Waiduri, kamu secara rasminya adalah penuntut Sihir Unsur Mentari manakala kumpulan Nilam Biru, kamu akan bersama dengan Master Feng sebagai penuntut Sihir Unsur Purnama, " ujar Master Kai sambil menunjukkan kepada kedua-dua Master yang sedang berdiri mengikut arah yang ditunjukkan oleh Master Kai.


Wilda dan Sara pergi ke arah Master Feng yang sedang menunggu. Selain dua gadis itu, tiga lagi lelaki turut berada dalam kumpulan Nilam Biru. Wilda mengintai wajah Master Feng. master Feng berkumis nipis dan tampak seperti berada di awal 30-an.

"Baiklah para penuntut, ayuh ikuti aku ke tempat yang lebih sesuai-Ke Dewan Dewi Bulan!" ujar Master Feng lantas memetik jarinya. Sekelip mata, Wilda dan yang lain bukan lagi di Gelanggang Kurai tetapi di dalam suatu dewan yang gelap dan beratapkan langit penuh dengan bintang. Wilda terpinga-pinga melihat sekeliling. Takut dan curiga menyelubungi perasaannya namun melihat senyuman pada wajah Master Feng, sedikit sebanyak perasaan itu mula hilang. Wilda mendongak, melihat kegelapan malam, Wild mula berasa aneh. Dia melihat jam tangannya, jam digitalnya menunjukkan jam 1500, aneh..baru petang kenapa gelap sahaja..getus hati Wilda.


Master Feng seakan -akan tahu apa yang difikirkan Wilada. Beliau menjelaskan, Dewan Dewi Bulan telah disimulasikan suasananya kerana sihir ini sangat berkuasa di waktu malam terutamanya tatkala bulan purnama. Oleh sebab itulah dewan kelihatan gelap walaupun baru menginjak petang. Wilda dan yang lain-lain terangguk-angguk mendengar penerengan guru mereka. Persoalan demi persoalan terjawab juga akhirnya. master feng mengarahkan semua penuntut mengeluarkan Permata Nilam Biru. Semua penuntut akur pada arahannya.

"Sekarang saya mahu kamu semua berjanji tidak akan menggunakan sihir ini untuk menunjuk-nunjuk dan mencederakan orang lain melainkan keadaan mengizinkan,tekapkan batu tersebut di dada kamu dan berjanjilah seikhlas hati,"





Arahan Master Feng segera dipatuhi. Selesai sahaja mereka memeterai perjanjian dengan diri sendiri. batu nilam tersebut bercahaya dengan terang sebelum membentuk seutas gelang berwarna putih bertatahkan 10 biji nilam biru yang mengelilingi gelang tersebut.

"Gelang itu dinamakan "Gelang Xylon", setiap kali kamu mengaktifkan jurus in, semua batu itu akan barcahaya kebiruan, semakin lama semakin sikit batu yang akan bercahaya. Ia menandakan aras kuasa kamu. Jika tinggal sedikit yang bercahaya, ini bermakna kuasa kamu semakin lemah. Ia juga akan menghukum mana-mana penuntut yang melanggar perjanjian dalam bentuk pengaliran voltan rendah yang cukup untuk melumpuhkan kuasa kamu untuk sementara," terang Master Feng panjang lebar.


Master Feng kemudiannya membawa mereka ke kawasan air terjun. Wilda dan Sara terpesona dengan kecantikan air terjun tersebut di bawah cahaya bulan.



Tiba-tiba, muncul suatu pusaran angin dan air dalam sungai tiba-tiba berkocak hebat, seperti ada lembaga yang akan muncul di situ. Pusaran angin tersebut kemudian membentuk tubuh seorang lelaki. semakin lama semakin jelas. Dari dalam sungai pula, muncul seorang wanita berambut panjang dan diikat ke belakang. Dia keluar dari dalam air lantas berdiri di sebelah kanan Master Feng manakala lelaki dari pusaran angin tadi berdiri di sebelah kiri.


"Murid-murid, perkenalkan senior kamu, ini Audrey, unsur air dan lelaki di sebelah kiri saya ini, Arthur unsur angin," Master Feng memperkenalkan senior mereka yang juga akan mengajar mereka asas Sihir Unsur Purnama. Master Feng mengeluarkan sebuah sangkar emas dari jubahnya. Di dalamnya terdapat seekor burung seakan-akan burung nuri berwarna perak dengan sayap yang berwarna biru dan hujung ekornya ada sebutir bebola putih yang berkilau.


"Para pelajar sekalian, walaupun sihir ini terbahagi kepada dua unsur, hanya satu unsur sahaja yang boleh kamu kuasai kerana badan manusia biasa tidak mampu menampung kuasa yang terlalu banyak,". Seorang pelajar mengangkat tangan lantas bertanya "MasterFeng, macam mana kami nak tahu unsur mana yang sesuai untuk kami?"



Master Feng menjawab, "Bagus soalan itu, burung ini akan menjawab soalan kamu, burung ini adalah burung Tiara Sari, jika ekornya bersinar keunguan, unsur air sesuai untuk kamu tetapi kalau ia bersinar kekuningan, itu unsur angin, Tiara pergi!" Burung Tiara Sari dilepaskan dari sangkar. Ia lalu hinggap di hidung setiap pelajar. Warna ungu dan kuning bersilih ganti. Apabila ia hinggap pada sara, warna kuning berkilauan di hujng ekor. Kemudian dia hinggap pula pada Wilda. Hati Wilda berdebar-debar menanti warna yang akan muncul. Namun yang berlaku di luar jangkaan, kuning dan ungu bersilang-silang bercahaya saat ia hinggap pada hidung Wilda. Wilda tergamam. Apa maksudnya?

Master Feng menghampiri Wilda. "Hmm.. nampaknya kamu ini sangat istimewa..kedua-dua unsur sebati dalam diri kamu.."ujar Master Feng. "Ma..maksud cikgu?"tanya Wilda meminta kepastian.

"Maksudnya kamu boleh menguasai mana-man unsur yang kamu inginkan, penuntut lain ditentukan burung ini kerana itulah unsur yang sesuai untuk tubuh mereka..tetapi kamu pula sesuai untuk mempelajari mana-mana unsur yang kamu rasakan sesuai..jadi apa pilihan kamu? Ingat satu sahaja.."kata Master Feng meminta Wilda membuat pilihan.

Wilda termenung sejenak. Dia memandang ke arah Sara lantas tersenyum. "Saya memilih..unsur air!" pilih Wilda dengan yakin. Master Feng mengangguk setuju.


"Baiklah, air boleh ikut Audrey, angin pula Arthur. Bergerak sekarang!" arah Master Feng lantas dia langsung ghaib. Para pelajar berpecah mengikut senior masing-masing. Sara sempat menyiku Wilda, bertanya kenapa dia memilih air. Wilda mengenyitkan matanya. dia menyuruh Sara tunggu malam nanti. Sara mengeluh sebelum meninggalkan Wilda untuk mengikut Arthur ke tempat latihan pertama mereka.

Kumpulan Air tetap tinggal di situ, bersebelahan dengan air terjun. Hanya Wilda dan seorang lelaki sahaja berada dalam Kumpulan Air.

Audrey memulakan mukadimah pada hari itu dengan berkata, "Baiklah, let's start with the basics first, " Audrey menghadapkan wajahnya pada sungai yang mengalir di sebelah mereka. Matanya dipejamkan. Telapak tangan kanannya dihadapkan ke depan. Jari telunjuk dan jari hantu diluruskan sementara jarinya yang lain dibengkokkan. Aura biru bercahaya dari badannya, lantas dia lalu berteriak, "Jurus Telekinetik Air!"

Thursday, August 26, 2010

Moonlight Fairytale (Bab 2)

"Terima kasih cikgu!"

Bingit seketika di serata sekolah apabila kesemua kelas menengah atas mengucapkan terima kasih kepada guru matapelajaran di kelas masing-masing apabila loceng menandakan masuknya waktu rehat berbunyi nyaring.

Kelas 4 Excel, kelas Wilda dan Sara tidak ketinggalan. Selepas En. Thomas, guru biologi mereka keluar, semua pelajar berpusu-pusu keluar untuk ke destinasi pilihan masing-masing. Wilda mengemas buku-bukunya dan dimasukkan ke dalam beg sandangnya yang berwarna hitam. Kertas tugasan eksperimennya disimpan kemas ke dalam fail khas.

"Wil, jom pergi makan.. perut aku dah buat konsert dah ni..." ajak Sara. Wilda memandang Sara sambil tersenyum lantas dia mengangguk kecil.



"Ok..aku nak pergi tandas dulu.. awak pergilah dulu nanti saya menyusul." kata Wilda kerana dia merasakan penampilan dirinya agak serabut.



Sara mengangguk. Dia ingin mengikut sekali. Mereka berjalan beriringan. Setelah selesai urusan masing-masing, kini mereka melangkah pula ke kafeteria.



Rambut Wilda yang lurus dan brunette yang tadi dibiarkan lepas, diikat dua ketika di dalam tandas manakala rambut Sara yang hitam mencecah bahu dibiarkan sahaja lepas. Pada waktu begini, Sara lebih suka membiarkan rambutnya lepas sambil dielus lembut sang bayu tetapi Wilda pula lebih senang mengikat rambutnya yang hampir mencecah pinggangnya kerana berasa rimas apabila rambutnya ditiup angin.




Sara meletakkan makanannya-sandwich telur dan segelas fresh oranges, diatas meja di bawah pokok ketapang tidak jauh dari bangunan utama kafeteria. Sambil menunggu Wilda membeli makanannya, Sara bersiar-siar di sekeliling pokok tersebut.



Tiba-tiba Sara menjerit nyaring lantas memeluk Wilda yang baru tiba di situ apabila Wilda menyedari Sara tiada di tempat biasa.



"Sara, kenapa?" tanya Wilda, risau melihat wajah Sara yang sedikit pucat. Sara menunjukkan makhluk kecil berwarna hijau di sebalik semak. Wilda menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh jari Sara yang terketar-ketar. Wilda tergelak.



"Awak takut katak?" tanya Wilda tidak percaya.

Sara mengangguk lemah. Malu rahsianya sudah diketahui.

Wilda ingin menggelakkannya lagi tapi dia menahan tawanya, takut menyinggung perasaan Sara. Tidak sangka pula di sebalik perwatakan Sara yang agak 'ganas' itu takut pada haiwan seperti ini. Tetapi Wilda tahu, nobody is perfect.



"Sudah, aku dah halau dah pun, jom makan..tadi dah lapar sangat.." kata Wilda meredakan perasaan Sara. Wajah Sara yang pucat berubah ceria apabila mendengar bunyi 'makan', dia segera ke meja makan dan mula menjamah makanannya.



Wilda menggeleng-gelengkan kepalanya. Terhibur dengan gelagat kawan baiknya itu. Kemudian dia pula menyertai Sara. Waktu rehat cuma berbaki lagi 10 minit. Kedua-dua sahabat sejati itu cepat-cepat menghabiskan makanan mereka lalu mereka segera beredar ke kelas. Mereka sampai di kelas tepat pada masanya kerana loceng menandakan tamat waktu rehat diaktifkan saat mereka menjejakkan kaki ke kelas.



Pelajaran diteruskan seperti biasa. Subjek seterusnya, Subjek Asas Kimia Astrofizik oleh Mrs. Sandra di makmal kimia yang terletak di bangunan makmal. Saat Wilda meninggalkan kelas untuk mengikuti pelajaran tersebut, tanpa dia sedari, seekor makhluk separa ghaib tiba-tiba muncul di sudut penjuru kelas yang agak gelap kerana sinar mentari dihalang oleh sebuah almari kayu.



Makhluk tersebut mengangkat jari-jemarinya ke udara. Jarinya yang agak kasar kelihatan menari-nari di permukaan udara. Kemudian, satu keajaiban berlaku.



Beg sandang Wilda terbuka dengan sendirinya. Kemudian, buku Biologi milik Wilda pula terkeluar dari perut beg. Buku tersebut dialih ke dalam dan tiba-tiba buku tersebut ghaib dari pandangan. Ia hanya akan muncul semula apabila saatnya tiba.



Makhluk hitam itu terseyum puas. Walaupun mentari bersinar galak, Jurus Telekinetik dan Halimunan masih dapat dia lakukan meskipun memakan banyak tenaganya kerana tenaga dan jasadnya tidak betah pada waktu siang. Namun, di waktu malam, jurus itu dapat dilakukannya dengan mudah. Makhluk tersebut tercungap-cungap mengumpulkan kembali tenaga yang hilang, memikirkan rancangannya malam ini, dia merasakan penat lelahnya berbaloi. Sebutir zamrud dikelurkan dari poketnya.



"Hello.. ini Arwin.."

"........"

"Jangan risau semuanya berjalan dengan lancar.."

".............."

"Ya, seperti yang dirancang, Siren akan menguruskan selebihnya.."

"................"

"Baiklah.. over and out.."



Kemudian dia pun ghaib..

**********************************************************************




Tamat sudah hari persekolahan pada hari ini. Loceng berbunyi tepat Jam 1300. Wilda dan Sara berjalan bersama-sama ke asrama untuk pulang ke bilik masing-masing. Mereka berbual-bual dalam perjalanan yang hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja untuk sampai.

Tiba di suatu selekoh, perjalanan mereka dipintas seorang senior. Senior tersebut menghampiri Wilda yang tercengang dengan kehadiran kakak senior secara tiba-tiba itu.

"Awak ini, Wilda el Seiffe, dari kelas 4 Excel kan?" tanya kakak senior tersebut meminta kepastian.

"Ya, itu saya. Kakak ini siapa pula?" giliran Wilda pula bertanya.

"Panggil sahaja Rani, kakak ada sesuatu untuk kamu," kata Kak Rani lantas menyerahkan segulung kertas Papyrus yang diikat dengan reben biru pada Wilda.

Wilda menyambut pemberian Kak Rani dengan ragu-ragu. Hatinya tertanya-tanya apa yang tertulis pada kertas itu agaknya? Namun baru sahaja dia ingin bertanya, Kak Rani sudah pergi atau lebih tepat, ghaib. Wilda menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Aik.. mana kakak tadi, Sara kakak tadi mana?"tanya Wilda pada Sara. Sara menjongketkan bahu. Dia sendiri tidak perasan bila pula kak Rani menghilangkan diri kerana ralit melihat kertas yang diterima oleh Wilda.

Tanpa membuang masa, Wilda segera membuka gulungan kertas tersebut. Kertas itu tertulis:

"Kepada Cik Wilda,

Tahniah kerana anda telah dipilih oleh Buku Ramalan Yorin untuk mempelajari Jurus Permainan Sihir Unsur memandangkan anda adalah dari keturunan terpilih.Segala maklumat yang anda ingin tahu akan dijelaskan semasa sesi latihan pada setiap petang bermula pada hari ini, Jam 1430 hingga Jam 1700. Anda tidak dibenarkan memberitahu hal ini pada satu nyawa pun.

Sila laporkan diri anda tepat pada masanya di Gelanggang Kurai. Mesej ini akan terhapus sebaik sahaja anda selesai membaca atas sebab-sebab keselamatan. Tahniah diucapkan. "

Sebaik sahaja Wilda selesai membaca, kertas tersebut terbakar dengan sendirinya. Wilda tergamam dengan apa yang berlaku. Sudahlah akalnya masih memproses isi surat tersebut, tiba-tiba sahaja ia terbakar. Dia memandang Sara. Wajah Sara langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. sara bagaikan tahu apa isi surat tersebut. Sara tersenyum.

"Jangan risau, ia akan terbakar bila awak dah selesai baca, saya pun ada terima surat yang sama minggu lepas dan jangan tanya saya apa-apa, saya sendiri tergamam masa saya terima surat itu. Kita akan tahu juga nanti, jadi baik awak diamkan dan tunggu sahaja latihan petang ini. Kita pergi sama-sama ya?" kata Sara cuba menenangkan hati Wilda.

Wilda hanya mampu menundukkan kepalanya. Walaupun seribu persoalan memenuhi ruang mindanya, dia terpaksa menunggu sehingga petang ini.

Sampai di bilik, Wilda terus menghempaskan badannya diatas katil. Aduh..lamanya masa berlalu.. ala... bosannya..rungut hati Wilda. Setelah agak lama, barulah Wilda mengambil keputusan untuk mandi dan berehat sementara menunggu pukul 2:30. Setelah mandi, Wilda terlelap sebentar sebelum dikejutkan oleh ketukan Sara di pintu, mengingatkan Wilda masa latihan sudah tiba.

Wilda cepat-cepat bangun. Dia mengambil beg galasnya sebelum mengikut Sara ke Gelanggang Kurai yang terletak di sebelah bukit dan agak tersembunyi. Di sana, Persatuan Pengajar JPSU (Jurus Permainan Sihir Unsur) sedang menunggu kehadiran penuntut baru.

Saturday, August 14, 2010

TWINS - Bab 2



KRING!! Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tiba. Waktu rehat ialah waktu yang amat ditunggu-tunggu oleh Kara. Banyak perkara yang ingin diceritakan kepada rakannya. Maklumlah, hari ini merupakan hari pertama persekolahan setelah tiga bulan bercuti. Lagi pula, Kara tidak sempat untuk berjumpa dengan rakannya pagi tadi disebabkan kelewatannya bangun dari tidur. Kara menunggu sehingga kelasnya kosong. Sengaja dia berbuat demikian. Dia tidak betah berasak-asak. Padanya, biar lambat asal selamat. Lagi pula, kelas rakannya tidaklah jauh mana. Setakat perlu berjalan 5 langkah sahaja.


Akhirnya, setelah menunggu selama 7 minit dan 46 saat, Kara pun keluar dari kelasnya. Sambil membimbit bekal makanan yang disediakan sendiri pagi tadi, dia berjalan ke kelas rakannya. Ketika tiba di muka pintu kelas itu, dia segera menjengukkan kepalanya ke dalam untuk mencari kelibat rakannya. Yang kelihatan hanyalah bagasinya. Batang hidung rakannya langsung tidak kelihatan. Ke manakah rakannya itu? Hmm...ke tandas mungkin.


"Morning Kara. Cari Lya ke?" tanya seseorang dari arah belakang. Kara memusingkan badannya 180 darjah anticlockwise. Memandang si empunya suara seketika lantas mengangguk dan tersenyum. "Lya ke tandas. Mungkin dia tak balik ke kelas semula kot sebab aku tengok dia terus ke tandas dengan bekal makanan dia." "Kalau macam tu, aku terus ke tandaslah. Thanks Rin. I owe you a lot," balas Kara lantas mengenyitkan matanya. Rin hanya tersenyum. Faham benar dia dengan perangai Kara yang happy-go-lucky itu.

________________________________________________________________



Kara berjalan menuju ke tandas sambil tersenyum. Para pelajar yang berjalan melintasinya memandang hairan. Budak ni betul ke tak sebenarnya? Hm..itulah antara pernyataan yang sempat didengar olehnya. 'Nasib kau lah Kara, orang kutuk kau macam tu. Hm..biarlah. Macam lah diaorang tak pernah tersenyum sendiri,' katanya di dalam hati. Haih! Semakin lebar pula senyumannya.



Tiba di suatu simpang (lagi beberapa langkah sahaja untuk tiba di tandas), satu hentakan singgah di bahunya. BRUKK!! Terjatuh bekal makanannya. Alamak! Bekal makanan terjatuh! Mampus kalau tumpah! Tak makanlah aku kalau bekal makanan tumpah. Kara segera meneliti bekalnya. Huh! Lega. Tidak terbuka sedikit pun bekalnya.



"Awak tak apa-apa?" tanya satu suara. Kara memandangnya. Lelaki rupanya yang aku langgar. "Oh, saya tak apa-apa. Saya minta maaf. Biar saya bantu awak angkat barang ni," balas Kara. Sambil membantu lelaki itu, Kara mengambil kesempatan untuk memandang wajahnya. Hmm.. macam pernah nampak lelaki ni. Kara mengerutkan dahinya. Tanpa disedari, Kara tersentuh jari telunjuk lelaki itu. Seperti terkena kejutan elektrik, dia segera menarik tangannya. Begitu juga lelaki itu. Masing-masing menunjukkan ekspresi terkejut.



"Ma...ma..maafkan saya," kata Kara kepada lelaki itu lantas bergerak meninggalkannya. Dia terus ke tandas dengan kepala yang berserabut. Kenapa dengan aku ni? Apa yang berlaku tadi? Kenapa aku rasa macam terkena kejutan elektrik? Kenapa aku rasa macam aku pernah kenal dia padahal aku tak pernah jumpa dia pun sebelum ni? Ish! Kenapa aku fikir pasal mamat tu? Apa kena dengan aku ni? Keningnya berkerut.



"Kara? Hey, what's the matter. You look so gloomy right now. Ada apa-apa yang berlaku ke tadi?" tanya Lya yang datang entah dari mana. Terkejut Kara dibuatnya. Bagai mahu tercabut jantungnya. "Hish kau ni Lya. Sehari tak menyakat aku tak sah kan. Lya, aku dah lapar. Jom makan," balas Kara sambil menunjukkan riak simpati pada wajahnya. Lya tersengih lantas menggelengkan kepalanya. Dia tahu Kara ada menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya. Biarlah. Kalau sudah sampai masanya pasti dia akan beritahu aku, bisik Lya dalam hati. "Ok jom. Aku pun dah lapar." Kara menarik tangan Lya. Terasa seperti ada yang memandang, Lya segera memusingkan kepalanya. Tiada. Mungkin perasaannya sahaja tanpa dia mengetahui memang ada yang memandang.

_______________________________________________________________



"Pergi selamatkan diri kau Lynnet."




"Macam mana dengan Lyvia?"



"Aku minta maaf. Kita tak dapat nak selamatkan Lyvia. Dia dah jadi pengikut Gaviens."



Lynnet terkedu. Lyvia jadi pengikut Gavien? Tapi macam mana? Sesaat kemudian, dia memandang Ecsentra yang sedang berterusan melawan Gaviens. Tanpa disedari, Lynnet segera melarikan diri untuk keluar dari pangkalan yang seperti neraka itu.


"Lynnet, kenapa ni? Termenung je dari tadi," tegur satu suara dari arah belakang. Lynnet tersentak. Sejurus dai memandang ke belakang. Dia cuba mengukir senyuman walaupun pahit. "Teringatkan Lyvia lagi?" Lynnet menghembuskan nafasnya.



"Sakura, macam mana saya nak lupakan Lyvia? Dia adik saya. Dialah satu-satunya keluarga yang saya ada di sini," lirih Lynnet. Dia memegang tangan Sakura untuk mencari kekuatan. Belum sempat Lynnet berbuat apa-apa, Sakura bersuara.



"Lynnet, Ecsentra cari awak. Dia cakap ada benda penting yang dia nak beritahu awak." Lynnet mengerutkan dahinya. Keningnya hampir bertemu membentuk huruf V.



"Kenapa Ecsentra nak jumpa saya?" tanya Lynnet kepada Sakura. Sakura hanya menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu. "Better you go now," kata Sakura. Lynnet mengangguk. Sebelum beredar, dia menghadiahkan satu ciuman di pipi kanan Sakura. Wajah Sakura merona merah.

________________________________________________________



Lynnet berjalan menuju ke bilik mesyuarat. Dia tahu Ecsentra pasti berada di situ. Dia mengetuk pintu bilik mesyuarat. Seketika kemudian, dia memusingkan tombol pintu bilik dan mula melangkahkan kaki ke dalam bilik itu. Bilik mesyuarat merupakan satu-satunya bilik yang tidak dilengkapi dengan pintu auto mahupun semi-auto. Kata Ecsentra, bilik itu sengaja dibiarkan kuno untuk mengekalkan identiti Asyiria Lama.


"Lynnet, kenapa tercegat lagi tu? Please, take a seat. Ada perkara penting yang aku nak beritahu kau," kata Ecsentra kepada Lynnet yang dilihatnya agak teragak-agak. Lynnet menarik kerusi dan mula duduk menghadap Ecsentra. Fikirannya kembali melayang teringatkan Lyvia dan Sakura.


"Aku ada satu tugasan untuk kau. Aku nak kau bersedia fizikal dan mental untuk ke Negara Xune. Pengawal Negara Xune datang beritahu aku pagi tadi yang perpustakaan negara mereka telah diceroboh dan Secret Chamber telah dimasuki orang asing. Buku Clandestine telah dicuri. Mereka syak orang-orang FTI yang menceroboh. Aku nak kau pergi malam ni - kau dan Ash. Aku dah beritahu Ash awal tadi," terang Ecsentra panjang lebar. Lynnet menganggukkan kepalanya. Dia kemudian memandang jam di dinding.


Ecsentra yang menyedari segera berkata "Sekarang masa untuk melatih Misa kan. Kalau macam tu, kau boleh pergi. Cuma jangan lupa bersedia untuk malam ni. Dan jangan cakap pada Misa yang kau akan ke Xune. Nanti dia nak ikut." Lynnet tersengih. Dia meminta diri.

__________________________________________________________


"Evening abang Lynnet. Lambatnya abang hari ni," tegur Misa ketika Lynnet baru tiba di Orchestra River, tempat Lynnet selalu melatihnya bermain pedang. Lynnet hanya tersengih. 'Ish! Tersengih pula abang aku sorang ni! Tumbuk karang!' bisik Misa dalam hati. Lynnet masih lagi tersengih.


"Oleh kerana abang Lynnet lewat hari ni, abang didenda! Sebagai dendanya, you need to teach me magic." Lynnet ternganga.

Moonlight Fairytale Bab 1

Wilda membetulkan reben merah yang terikat kemas pada kolar bajunya. Setelah pasti seragamnya-baju kolar putih, sweater biru tua dan skirt paras lutut, sudah cukup kemas, barulah dia menyandang begnya yang berisi buku-buku pelajaran pada hari ini. Dia memulas tombol biliknya.

"Amboi lamanya bersiap, berangan sampai mana tu?" sapa seorang gadis yang sedang menyandar di pintu masuk Dorm Lavender. Setip satu dorm ada 3 bilik berasingan dan setiap bilik dilengkapi sebuah almari, satu katil dan satu meja belajar. Hiasan bilik adalah bebas mengikut citarasa sendiri. Wilda hanya tersenyum mendengar sapaan rakan karibnya itu.

"Tak adalah, aku terlambat bangun pagi tadi. Jomlah, nanti lambat pula.." kata Wilda memberi alasan. Sara hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah Wilda yang suka bangun lewat padahal dialah yang masuk tidur dulu.

Wilda mengunci pintu dorm sebelum sama-sama melangkah ke sekolah yang hanya terletak kira-kira 500 meter dari blok asrama.

Rainbow Cluster School, terletak di sebuah pulau di Kepulauan Papua New Guinea. Satu-satunya sekolah di pulau ini dan Wilda baru sahaja mendaftarkan diri di sekolah itu minggu lepas setelah berpindah ke sini lebih kurang sebulan yang lalu. Wilda dan ibunya adalah keluarga nomad tetapi tahun ini Lady Vienne sudah berjanji mereka tidak akan berpindah lagi. Oleh sebab itu, Wilda ingin mencari ramai kenalan baru. Tiba-tiba, terbayang di mindanya saat dia pertama kali berkenalan dengan Sara Suarez, gadis kacukan Sepanyol.



**********************************************************************************************



Wilda ralit mengemas dan mengeluarkan barang-barangnya dari beg. Sedang asyik memasukkan baju ke dalam almari, terasa pintunya dibuka dengan kasar.

"Hei siapa benarkan awak ambil bilik ini! Suka-suka hati awak sahaja nak ambil!" Lantang sekali suara seorang perempuan yang sedamg bercekak pinggang sambil merenung marah pada Wilda. Wilda tersentak mendengar arahan perempuan tersebut. Eh suka hati dia je nak arahkan aku... rungut hati Wilda.

"Maafkan saya, tapi saya tak adalah pula nampak signboard ke apa ke, yang mengatakan ini bilik cik. Lagipun macamlah takde bilik lain.." Wajah Tiara merah mendengar kata-kata Wilda.

"Hello.. berani betul awak ye.. awak tahu tak saya ni siapa? Saya Tiara, gadis terkaya dekat sini.. so..pelajar kelas kedua macam awak tak layak duduk bilik ini.." kata Tiara dengan bongkaknya. Wilda semakin bengang dengan gadis di depannya. Baru sahaja dia ingin membidas kata-kata Tiara, terdengar suatu suara menyampuk...

"Tiara..Tiara.. terkaya?? Bukankah awak dah jatuh temat ke empat, Tiara?Awak dah lupa ayah awak itu sudah hampir muflis? Masih nak berlagak lagi?" tegur seorang gadis yang agak tomboy dengan begitu sinis sekali.Wajah Tiara berubah pucat. Tidak menyangka ada orang tahu tentang rahsianya itu.

"Mengapa, terkejut? Hahaha.. sudah ramai yang tahulah Tiara... sudah, apa lagi shuhh.. itu ada bilik lagi dekat sana itu.. budak ini dah sampai dulu.." sambungnya lagi sambil tertawa. Dengan wajah yang mencuka, Tiara segera berlalu ke bilik yang lagi satu. wilda ketawa melihat wajah Tiara yang tewas itu. Itulah kali terakhir dia melihat Tiara walaupun sedorm, malulah tu agaknya.

"Thanks for helping me, my name is Wilda and you are??" kata Wilda sambil menghulurkan tangannya tanda persahabatan. "Sara.. ala.. biasa-biasa je.. sesekali budak itu kena ajar sikit.. tapi berani juga awak ye..nak lawan cakap budak itu.." sahut Sara lalu menyambut huluran Wilda. Wilda hanya tersengih, dia sendiri tidak menyangka mulutnya begitu berani.

"Apa maksud awak, tempat ke empat? Pertandingan ratu cantik ke?" tanya Wilda ingin tahu.
Sara tergelak. Pasti pelajar baru.. detik hati kecil Sara. "It's nothing, Wil..cuma tradisi dekat sini, ayah yang paling banyak menyumbang duit dekat sini, anaknya akan dianugerahkan tempat pertama dalam The Richest Students List dimana pelajar yang tergolong adalah pelajar yang wajib dihormati.." terang Sara panjang lebar. Entah siapa yang mencipta tradisi bodoh tidaklah dia tahu.

*********************************************************************************************

" Hai.. berangan lagi? Cik kak, cikgu on the way tu.. nak kena tegur ke?" memori Wilda pecah berderai mendengar teguran Sara. Barulah dia sedar dia sudah mengelamun begitu lama.

"Azzura.."
Wilda memalingkan muka. "Siapa?"
"Zura.. disini kau bersembunyi rupanya..."

"Sembunyi? Dari apa?" soal hati Wilda saat terdengar suara misteri itu. "Kenapa Wil?" soal Sara, hairan melihat gelagat Wilda yang seperti sedang mencari sesuatu.

"Awak ada dengar sesuatu tadi?" soal Wilda tanpa menghiraukan pertanyaan Sara.

Aik.. aku tanya dia.. dia tanya aku balik.. rungut hati Sara. Dia hanya menggeleng-gelengkan kepala.Sara mengangkat keningnya mengisyaratkan sebab Wilda bertanya.

"Tak adalah perasaan aku je..sudahlah.. cikgu sudah masuk itu.." Wilda segera menukar topik perbualan. Sara mengeluh. Terpaksalah dia mengalah walaupun perasaan ingin tahu menebal.

************************************************************************************************

Sang pelontar suara tadi ghaib setelah yakin sangkaannya benar-benar tepat. Jadi betullah ramalan orang tua itu...kata hati suara itu dengan gembira.

Dia muncul semula dalam sebuah gua yang agak tersembunyi di bukit belakang sekolah. Pengikut kanannya sudah lama menunggu kehadiran ketua mereka yang bertanggunjawab membawa mereka ke zaman ini. "Macam mana, Tuan Darien? Gadis itu ada disini?" Kata salah seorang daripada 4 orang kanannya. Darien tersenyum sinis seraya mengganggukkan kepala.

"Ya.. nampaknya misi kita belum berakhir.. masih ada nyawa yang perlu kita ambil.." kata Darien lalu ketawa sekuat-kuatnya. Dia memang sudah dahagakan darah apatah lagi darah musuhnya.
Ketawa bergema dan bersahut-sahutan dalam gua. Ketawa yang akan membawa kepada satu penyesalan yang panjang.

Friday, August 13, 2010

Moonlight Fairytale (Prolog)

Pedang cahaya Dexta miliknya ditutupkan suisnya dan disisipkan ke pinggang. Dia memerhatikan mangsa-mangsa racun EX-34. Mangsa-mangsa yang terkena pedangnya tidak akan mati melainkan pitam untuk seketika sebelum dirawat di makmal. Racun legenda ini kali terakhir merebak 50 tahun lalu. Kehadirannya yang secara tiba-tiba mengejutkan ramai pihak dalam organisasi elit ini.

Organisasi Pelindung Keamanan Bumi yang ditubuhkan kerajaan Mayazari sekitar tahun 2100 menjadi kelam-kabut dengan kehadiran racun yang mampu meracuni fikiran manusia dimana dengan mudahnya sang penyebar racun dapat mengarahkan mangsa melakukan segala suruhannya. Itulah sebabnya 'dia' dikurung bersama konco-konconya oleh kerajaan Mayazari.

Koperal Rizu ralit mencari rakan-rakan seperjuangannya yang turut membantunya. Namun matanya cepat menangkap sekujur tubuh yang kaku di atas lantai tidak berapa jauh dari situ. Dia tidak membuang masa, segera langkahnya dihayun ke arah tubuh itu. Tubuh yang menjadi sasaran sebenar sang penyebar racun tersebut.

Namun dia sudah terlambat, tubuh itu sudah tidak bernyawa. Koperal muda itu meriba kepala gadis yang amat dicintainya. Rupanya dalam kejayaannya menyembuhkan ramai mangsa, dia sebenarnya telah gagal. Gagal melindungi satu-satunya gadis yang berjaya mencuri hatinya.
Air mata bergenang di tubir mata. Dendam mula merajai hatinya. Kau akan terima balasannya, makhluk tak guna!.. Azzuri.. aku akan membalas dendam untuk kau..kata hati kecil koperal tersebut dengan amarah yang membara.

Dia mendukung mayat Azzuri lalu meletakkan gadis itu diatas sebuah katil untuk dikebumikan. Sedang asyik melayan perasaan, terasa bahunya ditampar perlahan.

"Sudahlah Riz, memang sudah sampai ajalnya.. Ayuh! Portal masa sudah diaktifkan.. makmal sudah dapat menjejaki signalnya dalam tahun 2008 di sebuah pulau kecil..ini masanya jika kau mahu membalas perbuatannya pada tuan puteri.."ajak rakan setugas Rizu, Jeneral Louis.
Rizu menggangguk perlahan. Lalu dia pun membuntuti langkah Louis menuju ke makmal dimana dia akan menjalankan misinya menjejak si pembunuh...

*****************************************

Wilda menjerit sebaik sahaja terbangun dari tidurnya. Mimpi buruk itu lagi.. detik hati kecilnya.
Lady Vienne segera memeluk anak gadisnya satu-satunya..

"Kenapa, sayang, mimpi lagi??" tanya Lady Vienne lembut. Wilda mengangguk.

"Jangan risau sayang..it's just a dream..go back to sleep okay sayang..esok, sayang kena pergi sekolah baru...." pujuknya lembut. Wilda berbaring semula. Tidak lama kemudian anaknya akhirnya tertidur.

Setelah pasti anaknya sudah tidur, barulah Lady Vienne melangkah ke biliknya. Dia merenung siling di biliknya. Dia rasa tak sedap hati.

"Oh anakku... maafkan ibu kerana meninggalkan dirimu di zaman itu nak.... oh tuhan! selamatkanlah anakku.." doa ibu Wilda dengan penyesalan yang menggunung.
Ibu tersebut langsung tidak menyedari tindakannya menghantar Wilda ke sekolah barunya akan membuka kembali rahsia yang disimpannya 16 tahun lalu..

*******************************************************************

Suatu lembaga hitam memunculkan dirinya di sebuah pintu gua. Sebuah bangunan sekolah yang tampak usang tetapi terserlah kegemilangannnya tersergam indah membelakangkan gua tersebut. Matanya yang merah merawang ke segenap gua. Wajahnya yang cukup hodoh bertambah hodoh apabila dia mengukir senyuman sinis. Dia menggangguk-anggukkan kepala.

"Bagus, tempat ini amat sesuai," kata sang makhluk hitam pada dirinya sendiri. Dia mengambil sebatang kapur lantas melukis satu lingkaran sihir dengan simbol-simbol yang hanya difahami olehnya. Mulutnya terkumat-kamit menyebut mantera sambil berada di tengah-tengah lingkaran yang baru selesai dilukis.

"Hai makhluk suruhanku yang setia, atas nama kekuasaanku yang mutlak, aku menyeru kau bangkitlah dari tidur kamu semua! Bangkit sekarang dan aku akan bantu kamu semua membalas dendam yang sudah lama terbuku!" seru sang makhluk sambil tangan dijulang ke atas.

Asap-asap hitam mula terbentuk di sekeliling lingkaran. Dalam kekaburan asap, pelbagai wajah mengerikan dari pelbagai bentuk dan rupa yang menakutkan muncul di sebalik asap hitam. Lembaga hitam itu tersenyum sinis.

Thursday, August 12, 2010

TWINS - Bab 1



Suasana menjadi haru. Gaviens memandang sekeliling. Dia harus segera menjadikan Lynnet dan Lyvia sebagai anak patungnya sebelum Ecsentra menjumpai mereka. Lynnet dan Lyvia kelihatan begitu letih setelah dipaksa dan diseksa oleh orang-orang Gaviens agar membocorkan rahsia mengenai Asyiria lebih-lebih lagi Pangkalan Genesis. Gaviens memandang orang kanannya. Ya, dia perlu segera bertindak.


"Chleo, sekarang," katanya kepada orang kanannya. Chleo menganggukkan kepalanya. Dia menarik Lyvia agar mengikutnya ke bilik yang lain. Lyvia meronta-ronta tidak mahu mengikutinya. Lynnet memandang. Dia mahu menghalang Chleo malangnya dia diikat pada kerusi. Mahu menggunakan sihir, dia tidak mampu. Dia sudah terlalu letih.


"Aku tak nak ke mana-mana. Lepaskan akulah!" jerit Lyvia sambil meronta-ronta minta dilepaskan. "Abang! Tolong Lyvia," jeritnya lagi. "Bangsat! Lepaskan adik aku!" jerit Lynnet kepada Chleo tetapi mereka sudah tiada di hadapannya. "Gaviens, apa yang kau nak dari adik aku? Tak cukupkah kau seksa kami di sini? Kenapa perlu kau bawa lari adik aku?" Gaviens tersenyum sinis. Dia hanya membiarkan pertanyaan itu berlalu. 'Kau akan tahu juga nanti Lynnet. Tidak perlu untuk kau bertanya sebenarnya. Just wait and see,' bisik Gaviens dalam hatinya.

"Aah!" Kedengaran suara seseorang menjerit. Semua yang berada di situ sedikit terkejut kecuali Gaviens. Lynnet amat mengenali suara itu. Itu suara adiknya, Lyvia. Dia memandang Gaviens.

"Apa yang kau dah buat pada adik aku?!"
________________________________________________________________

Ecsentra mengintai melalui celah-celah rimbunan pokok alpain. Kelihatan ramai pengawal Gaviens ke hulu hilir menjaga kawasan FTI. Dia mengeluh sedikit lantas memandang isterinya, Cellina. Seperti dapat membaca fikiran suaminya, Cellina segera memberitahu anak-anak buahnya agar bersiap sedia untuk menyerang FTI. "Dinda tunggu sahaja di dalam rimba ini. Jaga anak kita, Misa," beritahu Ecsentra tanpa memandang wajah isterinya. Cellina tersentak. Dia memandang wajah Ecsentra. "Aurella, jaga Cellina," tambah Ecsentra. Aurella yang ketika itu berdiri di belakang Cellina menundukkan wajahnya. "Menjunjung titah tuanku." Aurella segera mendukung Misa yang ketika itu baru berusia 6 bulan lantas menarik tangan Cellina agar menjauhi tempat itu dan mencari tempat perlindungan yang lebih selamat.

Ecsentra memandang anak-anak buahnya. "Baiklah, kita perlu segera bertindak sebelum Lynnet dan Lyvia jatuh ke tangan Gaviens. Pasukan A serang dari arah timur, pasukan B serang dari arah barat. Pasukan C pula serang dari arah belakang manakala pasukan saya, kita serang dari arah hadapan terus ke pangkalan FTI," kata Ecsentra panjang lebar. Kesemua anak buahnya mengangguk. Ecsentra memberi isyarat agar setiap pasukan bergerak ke arah yang telah ditetapkan olehnya. Hanya pasukannya sahaja yang tinggal di situ. Mereka menunggu sehingga mendapat isyarat daripada ketua setiap pasukan untuk menyerang secara serentak.
Ecsentra memandang ke arah langit. Kelihatan sinaran cahaya dari tiga penjuru yang hanya boleh dilihat olehnya. Tahulah dia bahawa ketiga-tiga pasukan itu sudah tiba di tempat yang telah ditetapkan. Dia memandang semula anak-anak buahnya lantas menganggukkan kepala. Dia memancarkan satu sinaran cahaya ke langit dari jari telunjuknya. Beberapa saat kemudian, mereka keluar dari rimbunan pohon dan menyerang pengawal-pengawal keselamatan Gaviens. Pengawal-pengawal yang sedang ralit dengan tugas masing-masing kelihatan terkejut dengan kedatangan Ecsentra yang entah dari mana. Belum sempat mereka berbuat apa-apa, orang-orang Ecsentra terlebih dahulu menjatuhkan mereka.
"Jangan bunuh mereka. Mereka tak tahu apa-apa. Pengsankan sahaja mereka," kata Ecsentra ketika dia melihat ada anak buahnya yang sudah mengangkat pedang. Semua memandang Ecsentra. Ash yang amat memahami naluri kemanusiaan Ecsentra segera bertanya setelah menghentak kepala salah seorang pengawal Gaviens pada dinding. "Apa yang perlu kita buat pada mereka setelah mereka semua pengsan?" "Ikat mereka setempat kuat-kuat," balasnya. Tanpa mereka sedari, salah seorang pengawal itu telah menekan butang kecemasan. Itu menandakan semua warga FTI mengetahui kehadiran mereka.
"Kita perlu ke pangkalan FTI sekarang. Sudah tak banyak masa lagi." Dengan pantas mereka bergerak. Tetapi, keadaan tidak semudah yang disangka. Perjalanan mereka dihalang oleh pengikut Gaviens. Mereka tiada pilihan lain selain mengangkat pedang dan membunuh.
Ecsentra menyelit melalui celah-celah ruang kosong untuk menemui orang kanannya, Ash. Dia perlu memberitahu Ash bahawa dia mesti segera ke pangkalan FTI. Saat itu, dia terlihat Ash sedang bergelut dengan tiga orang pengikut Gaviens. Melihatkan keadaan itu, dia segera menghulurkan pertolongan.
"Kalau macam tu, tak mengapalah. Biar aku yang pimpin pasukan ni," kata Ash selepas diberitahu mengenai perkara itu. "Terima kasih. Aku percaya pada kau," balas Ecsentra pantas. Dia segera menyusup masuk ke pangkalan FTI tanpa disedari oleh sesiapa.
________________________________________________________________
Dia menggeledah dari sebuah bilik ke sebuah bilik dengan berhati-hati. Jika tertangkap, alamatnya Asyiria akan jatuh ke tangan Gaviens. Dia bukannya risaukan Asyiria tetapi rakyat Asyiria yang dirisaukannya. Akhirnya, tinggal satu bilik sahaja. Bilik terakhir. Dia pasti Lynnet berada di situ. Hatinya kuat mengatakan begitu. Dia berjalan perlahan-lahan mendekati bilik itu. Belum sempat dia memegang tombol pintu bilik itu, satu dentuman kuat menyambutnya sehingga dia terpelanting ke belakang.
"Hahaha. Selamat datang Ecsentra. Ke pangkalan aku. Tak sangka begitu senang kau menjumpai bilik ini. Bilik yang telah mengurung kau suatu ketika dulu," kedengaran satu suara menyapanya dengan pelbagai persoalan. Dia memandang lantas berdiri. Dipaerhatinya si pelontar suara itu. "Kau tak pernah berubah Gaviens. Apa yang telah merasuk kau? Kenapa kau berubah Gaviens? Takkan kau masih ingat tentang tu? Sudahlah Gaviens, benda dah berlalu. Tak guna kita kenangkan lagi," pertanyaan demi pertanyaan dilontarkan kepada Gaviens. Tanpa disedari oleh Gaviens, jarak diantara mereka semakin berkurang.
Ecsentra memulakan langkah. Diangkatnya pedang Odessa miliknya dan dihayun ke arah Gaviens. Gaviens yang agak terleka itu terkejut dengan kejutan yang diberikan oleh Ecsentra. Dia yang tidak sempat mengeluarkan pedang miliknya melompat mengelakkan diri dari terkena libasan Odessa. Melihatkan peluang sudah tiba, dia segera menarik tangan Lynnet dan segera memberinya minuman untuk memulihkan tenaga. Ecsentra membisikkan sesuatu ke telinga Lynnet dan kembali menghadap seterunya.
________________________________________________________________
Dalam keadaan yang kelam kabut, dia cuba mencari jalan keluar. Tanpa diketahui olehnya, dia sebenarnya sudah berada di tengah-tengah pangkalan FTI. Kedengaran tangisan bayi di tengah-tengah pangkalan itu. Dia segera mendekati-mencari arah tangisan itu. Dia terlihat dua orang bayi yang sedang didodoikan oleh dayang pengasuh. Itu pasti anak kembar kepunyaan Gaviens. Dia mendapat satu idea. Segera dia membaca mantera untuk menidurkan dayang pengasuh itu. Tidak lama kemudian, dayang itu ketiduran. Dia tersenyum. Dihampirinya bayi itu. Dibacakan mantera. Seketika dia memasukkan tangan kanannya ke dalam badan salah seorang bayi itu. Niatnya untuk menghancurkan hati bayi itu disebabkan kemarahannya kepada Gaviens yang telah 'mematikan' Lyvia. Tanpa diketahui olehnya, dia sebenarnya telah mencuci hati bayi tersebut dari sifat kejam.
Lynnet perasan yang keadaan sekeliling menjadi cerah secerah langit waktu pagi. Kemudian cahaya itu lenyap. Lynnet dan bayi itu juga lenyap termasuk rakyat Asyiria yang sedang bertarung dengan warga FTI.