Revenge 18 : Fake Identity and The Information
“Zella nak
ikut kakak ke Fairy Kingdom tak?” Vanessa menyoal adiknya selepas ibu mereka
keluar pergi kerja. Zella pusing kepala hadap kakaknya dengan pandangan yang
tidak percaya.
“Kakak nak
bagi ke Zella pergi kalau Zella nak?” Soal Zella dengan teruja.
“Kakak bagi.
Kakak memang ingat nak bawa Zella. Tapi takut Zella tak suka. Zella nak ke
tak?”
“Nak! Zella
nak pergi. Tapi..”
“Pasal ibu
jangan risau. Kakak uruskan.”
“Boleh ke?”
Zella luahkan kerisauannya. Dia rasa Mak Cik Gin tak mungkin bagi dia pergi. Vanessa
angguk kepala dengan yakin. Zella ukirkan senyuman bimbang.
“Urm.. bila
bertolak?”
“Dua hari
lagi. Zella siap-siaplah kemas baju esok malam. Hari ni pun boleh. Kalau Zella
tak sabar sangat,”
“Esok
malamlah Zella kemas. Kakak jangan lupa beritahu ibu.”
“Iye, akak
akan beritahu ibu malam ni. Jangan risau okey,” Vanessa usap rambut Zella kasar
dan melangkah keluar dari bilik Zella. Zella melihat kakaknya yang berlalu
pergi dan kemudiannya mengalihkan pandangannya ke almari baju. Dia mengetap
bibirnya. Rapat. Pandangannya kemudian dijatuhkan ke lantai. Sebuah keluhan
kedengaran.
“Are you
sure, Zella?”
“Sure.”
Zella
bercakap sendirian dan kemudiannya membaringkan dirinya di atas katil.
*****
Zella pandang
Vanessa dengan muncung yang panjang. Dihadapan mereka ialah ibu mereka, Mak Cik
Gin. Vanessa gigit bibir bawah apabila melihat muncung panjang Zella.
“Ibu, bolehlah
bagi Zella ikut Nessa ke tempat Nessa. Please.” Vanessa membahasakan
dirinya sebagai Nessa. Mak Cik Gin memandang anak angkatnya.
“Kenapa Zella
nak ikut kakak?” Mak Cik Gin menyoal Zella. Vanessa tersentak. Zella terkulat-kulat memikirkan
jawapan untuk pertanyaan ibunya.
“Nessa yang
ajak Zella, bu. Nessa nak Zella tahu keadaan tempat belajar Nessa tu. Tahun
depankan Zella masuk tempat Nessa. Belajar sama dengan Nessa.” Vanessa menjawab
bagi pihak adiknya. Zella angguk kepala mendengar penjelasan kakaknya.
“Nessa
belajar dekat mana sebenarnya? Sudahlah masa pergi tu tak beritahu ibu pun.
Alih-alih adik kamu yang beritahu ibu. Terkejut ibu. Cuba cakap Nessa belajar
dekat mana?” Vanessa dan Zella berpandangan. Mereka tidak tahu hendak jawab
apa. Air liur ditelan. Kesat.
Vanessa
memikirkan jawapan yang sesuai. Manakala Zella memikirkan cara untuk memutar
belitkan soalan ibunya. Mak Cik Gin masih memandang Zella dan Vanessa.
Mengharapkan jawapan.
“St.. St.. Pri..St. Pressate.. Private.. School. Ha! St. Private School.” Vanessa pantas menjawab. Dia teringat perbualan dua orang remaja
semasa dia keluar ke kedai tempoh hari. Zella pantas memandang kakaknya.
Senyuman kecil diukir.
“Oh sekolah
tu. Cakaplah awal-awal. Berapa lama pergi?”
“Err..
sebulan..” Vanessa angkat satu jari. Mak Cik Gin membuntangkan matanya.
“Kenapa
sampai sebulan? Lama tu. Ibu ingatkan seminggu. Tak boleh!”
“Tapi bu, Nessa
nak adik tinggal dekat sana. Bolehlah Nessa ajar adik pasal selok belok sekolah
tu. Adik pun setuju pasal tu. Betul tak adik?” Vanessa ukir senyum penuh makna.
Ibu mereka memandang Zella.
“Aaa.. aa..”
Zella tergagap-gagap. Vanessa sepak kaki Zella.
“Betullah tu.
Adik yang minta.” Zella jeling kakaknya, Vanessa. Entah bila dia minta hendak
ikut kakaknya. Sudahlah mereka menipu ibu dengan alasan hendak ke St. Private
School walhal hendak pergi ke tempat asal mereka. Fairy Kingdom.
“Ibu berat
hati nak bagi Zella pergi. Kamu pula, baru sebulan duduk rumah sudah mahu ke
sekolah balik,” ujar Mak Cik Gin. Ada kerutan di dahinya. Dia bimbang akan
keselamatan anak-anak angkatnya itu.
“Ala ibu..
Bolehlah bu. Nessa nak sangat Zella ikut Nessa. Lagipun tahun depan Zella tetap
akan tinggalkan rumah ni.”
“Kamu cakap
begitu, lagi ibu berat hati.”
Vanessa
terkedu. Salah cakapkah dia? Zella cubit peha kakaknya. Siapa suruh buat ibu
risau?!
“Ibu,
bolehlah ibu. Bagilah Zella pergi dengan Nessa.” Vanessa pandang ibunya dengan
muka yang penuh mengharap. Mak Cik Gin kerut dahi. Dia serba salah hendak
membenarkan anak angkatnya itu pergi. Tapi bila memandang muka si kakaknya yang
penuh mengharap, timbul rasa kasihan dalam hatinya. Akhirnya, Mak Cik Gin hanya
mampu mengangguk lemah.
Vanessa sudah pandang Zella
sambil angkat kening. Zella tunjukkan thumbs up dekat kakaknya.
“Tapi ingat,
sebulan aje. Lepas tu, balik ke sini cepat-cepat.” Mak Cik Gin mengingatkan
anak angkatnya itu.
“Okey!” Anak angkatnya menjawab. Serentak. Vanessa
mencium pipi ibu angkatnya diikuti oleh Zella.
“Ibu, Nessa
dan Zella masuk tidur dulu. Selamat malam,” selepas berkata demikian, mereka
berdua masuk ke bilik masing-masing. Zella menghempas badannya ke katil dengan
hati yang gembira. Dia akhirnya dapat pergi ke Fairy Kingdom.
*****
“What?”
Zella memandang kakaknya. Pelik. “Kenapa Zella perlu tukar identiti Zella? Kita
cuma pergi Fairy Kingdom , right?”
“Yes, but I don’t want you to be labeled as my
sister. I want you to be labeled as my new friend. Come on Zella. It’s nothing
to be worried about. Kakak takut
kalau-kalau ada musuh yang cuba mendapatkan Zella. That’s why akak nak
Zella ada fake identity.”
“It’s mean you wanna fool your friends.” Zella
angkat kening. Dia cuba bersikap
matang. Walaupun selama ini dia seperti budak kecil tetapi dia juga punya sikap
seperti kakaknya. Cuma dia tidak suka menonjolkan sikap matangnya itu. Terasa
tua!
“Yes, my friends and our enemies. Not my friends only.
Akak akan rasa susah hati kalau
ada apa-apa terjadik dekat Zella tau.” Vanessa menafikan
kenyataan adiknya itu.
“Sister, I know that you were worried about me. But,
I can look after myself. I don’t need you anymore.. err I think. But, whatever
it is I don’t like to fool your friends. It’s not nice. It’s cruel.” Vanessa
terdiam mendengar kata-kata yang keluar dari mulut adiknya itu. Semakin matang!
“Zella, kakak
tetap nak Zella tukar identiti. Kakak tak kira! Kalau Zella tak nak. Fine!
Zella tinggal sini. Kakak tak akan bawa Zella pergi ke tempat lahir Zella.
Noktah.” Vanessa menyilangkan tangannya di dada.
Zella
memandang kakaknya. Dia mengetap bibirnya. Tukar identiti? Bukan suatu benda
yang disukainya. Matanya ditutup rapat. Dia berfikir-fikir sedalam-dalamnya.
Cuma tukar identiti. That’s all. Nothing more or less. Zella cuba membuat
keputusan yang bijak.
Zella membuka
matanya perlahan-lahan. “Baiklah. Tapi, cuma tukar identiti aje.” Vanessa
tersenyum. Dia berjalan mendekati Zella. Gunting yang berada di poket seluarnya
dikeluarkan. Vanessa tersenyum.
“Well,
kita mulakan dengan rambut Zella.” Zella kerut dahi. Mata kakaknya dipandang
sekilas sebelum matanya mendarat pada gunting yang berada di tangan kakaknya
itu. Zella hendak membantah. Tetapi sebelum sempat dia membantah, Vanessa sudah
menggenggam rambutnya yang panjang dan..
Zappp.....
Zella
terkedu. Dia terasa kepalanya menjadi semakin ringan. Perlahan-lahan dia
menghadap kakaknya itu. Pandangannya jatuh pada rambut yang berada digenggaman
kakaknya itu. Tangannya menggigil-gigil menyentuh rambutnya. Vanessa tersenyum
kelucuan melihat gelagat adiknya itu.
“Kenapa kakak
potong rambut Zella? Kakak kata Zella kena tukar identiti, tapi kakak tak kata
Zella kena potong rambut.” Zella mengeraskan nada suaranya. Sungguh dia berasa
geram dengan tindakan kakaknya itu.
“Tukar
personaliti sekali dengan identiti. Itu adalah lebih baik. Lagipun, kakak tak
mahu ada orang kenal Zella dan mengatakan Zella serupa macam kakak. Lepas ni,
muka Zella pulak.” Dengan selambanya Vanessa membalas kata adiknya itu.
Vanessa
menepuk kepala adiknya dan terus berlalu keluar. Gunting dan rambut yang berada
ditangannya sempat dicampak ke lantai sebelum keluar dari bilik itu. Zella mengetap
gigi melihat kakaknya itu. Rambut dan gunting yang berada di atas lantai
dipandang sekilas lalu. Dia berasa geram dengan kakaknya itu.
Zella
melepaskan keluhan kecil sebelum mengemas kembali sepah yang dibuat oleh
Vanessa. Setelah itu dia mula melontarkan dirinya ke atas katil. Kitty yang
sedari tadi melihat perbualan Zella dan Vanessa mula mendekatkan diri dengan
Zella yang berada di atas katil.
Zella
mengambil Kitty dan diletakkan dia atas perutnya. Dia kemudian tertidur
sehingga pagi menampakkan diri.
*****
Vanessa
mengejutkan adiknya dari tidur. Dia menepuk-nepuk paha adiknya itu. Mata Zella
mula bergerak-gerak sedikit sebelum terbuka luas. Dia memandang kakaknya yang
sudah bercekak pinggang di hadapannya.
“Nak apa?”
Zella mengesat-ngesat matanya sebelum dia sambung tidur. Vanessa mengetap gigi
menahan marah.
“Zella, baik
bangun sekarang. Dah lupa ke hari ni kita nak bertolak?” Vanessa memerhatikan
dahi adiknya yang sudah berkerut. Tidak lama selepas itu mata Zella terbuka
luas dan dia terus duduk tegak.
“Alamak!
Orang lupalah. Baju tak pack lagi.”
Zella menggigit bibirnya. Vanessa membuntangkan matanya.
“Zella tak packing baju lagi? Macam mana Zella
boleh tak packing baju lagi?”
“Zella
tertidurlah kakak. Macam mana ni?”
“Macam mana
ape, packinglah sekarang. Kita ada
lagi 3 jam lagi untuk bertolak.” Serentak itu Vanessa terus keluar dari bilik
Zella.
Zella
memandang sekeliling biliknya sebelum menjatuhkan pandangannya ke almari baju
miliknya. Dia bingkas bangkit dari tempat tidurnya menuju ke almari baju.
Almari baju dibuka dan beg baju dicapainya. Dia mula berkemas.
1 jam selepas itu...
“Zella, cepat
sikit. Kakak dah sediakan makanan.” Vanessa mengetuk-ngetuk pintu bilik air
adiknya perlahan.
“Okey.
Sekejap lagi Zella turun. Kakak pergilah makan dulu.” Zella menjawab. Tangannya
sudah berada di kepala paip. Dia sudah siap membersihkan dirinya.
“Ibu dia nak
makan sama-sama dengan kita. Kita kan nak pergi Fairy Kingdom hari ni. Jadi,
cepat sikit.”
“Oh. Okey.
Zella dah sudah mandi dah.” Serentak itu pintu bilik air terbuka. Muncul Zella yang sudah lengkap berpakaian di
hadapan Vanessa. Vanessa tarik senyum sebelum melangkah pergi keluar bilik.
Zella
berjalan menuju ke meja solek. Dia memandang imej dirinya yang terpapar pada
cermin di hadapannya. Rambutnya yang basah dilapnya sehingga dia berasa puas.
Selepas itu dia mula melangkah keluar dari biliknya untuk ke ruang makan.
“Sudah sampai
pun tuan puteri. Lama ibu tunggu.” Mak Cik Gin berkata apabila melihat Zella
yang sudah berada tidak jauh dari dia.
Zella tarik
senyum, “Sorry. Ibu tengah berborak
apa dengan kak Vanessa tadi?”
“Tak ada
apa-apa cuma suruh kak Vanessa jaga Zella dengan baik-baik,” Zella buat mulut
berbentuk O lantas mengambil tempat duduk disebelah kakaknya.
“Lepas sebulan
ni, balik rumah kan?” Mak Cik Gin bertanya sambil memakan makanan yang
terhidang dihadapannya. Pergerakkan Vanessa terhenti seketika.
“Huh?”
Vanessa menyoal. “Urm.. tengoklah dulu macam mana ibu. Mungkin Zella yang balik
dulu tapi Nessa tinggal sama lagi.” Vanessa menyambung semula.
Mak Cik Gin
meletakkan garfu dan sudunya semula, “Kenapa Zella balik dulu?”
“Um.. sebab
mungkin Nessa ada hal nanti dekat sana,”
“Habis tu takkan Zella balik sendiri?”
“Tak ibu,
nanti Nessa mungkin suruh kawan hantar Zella balik atau Nessa hantar Zella
balik dan pergi semula ke sekolah tu balik.”
“Kenapa Zella
tak tahu pulak pasal ni?” Zella
memandang pelik dekat Vanessa. Vanessa hanya menutup mulut seolah-olah tidak
dengar akan pertanyaan adiknya itu.
“Umm.. takpelah kalau begitu. Ah Zella, bila
potong rambut? Baru ibu perasan.” Mak Cik Gin memandang rambut Zella yang sudah
pendek parat bahu.
“Oh... ni.
Um..” Zella memegang pangkal rambutnya. “Semalam Zella potong. Zella suruh
kakak potong. Kenapa, ibu tak suka ke?”
“Eh, taklah.
Sesuai potongan rambut tu dengan Zella. Nampak lagi comel.”
“Yeke? Terima kasih ibu,”
Mak Cik Gin memandang jam dinding yang terdapat ditepi
meja makan. Dia lantas bangkit dari meja makan. Vanessa dan Zella memandang ibu
mereka.
“Kenapa ibu?” Zella bertanya.
“Ibu dah kena pergi kerja. Kamu berdua baik-baik nanti
pergi. Ibu pasti rindukan kamu berdua,”
Mak Cik Gin memeluk Vanessa dan Zella dan terus berlalu pergi keluar
rumah. Mereka berdua memandang kelibat Mak Cik Gin sehingga kelibat tersebut
hilang dari pandangan mereka.
“Sudahlah. Jom kita bersiap sedia pergi ke Fairy Kingdom.
Kawan kakak mesti dah tunggu kita berdua dekat sana.” Vanessa mengangkat
pinggan mangkuk ke sinki dan diikuti oleh Zella.
“Umm.. Kakak, betul ke nanti Zella akan balik sini
semula? Bukan nanti Zella akan pergi belajar dekat Silvery School ke nanti?”
Zella bertanya perlahan. Vanessa memusingkan dirinya menghadap adiknya itu.
Vanessa tarik senyum kecil sebelum menjawab pertanyaan
adiknya itu, “Zella akan balik ke sini sekejap sebelum pergi ke Silvery School.
Mungkin selama seminggu Zella duduk rumah. Nanti Zella pergi sendiri ke Silvery
School. Kakak tak akan jemput Zella tahu.”
“Eh, kenapa pulak
kakak tak jemput?”
“Saje. Kakak nak Zella belajar berdikari. Mana tahu kalau
apa-apa terjadi dekat kakak, Zella boleh berdikari.” Vanessa menjawab tenang.
“Kakak, tak akan ada apa-apa terjadi dekat kakak. Kakak
kan hebat.” Zella menyakinkan Vanessa. Vanessa cuma angkat bahu dan kemudian
naik ke biliknya. Zella memandang kakaknya dari belakang. Dia yakin tidak akan
ada benda yang berlaku dekat kakaknya nanti. Dia yakin itu. Jika ada apa-apa
yang berlaku dekat kakaknya, dia akan melindungi kakaknya itu. Dia berjanji
pada dirinya sendiri.
*****
Zella memandang imej dirinya dihadapan cermin besar.
Sudah 30 minit berlalu selepas mereka berdua sudah makan.
“Bolehlah ni kakak. Zella suka imej Zella yang ni tapi
Zella lagi suka imej Zella yang dulu.” Zella masih lagi memerhati dirinya. Vanessa
yang berada di tepinya dipandang sekilas lalu.
“Kalau begitu kakak akan seal imej Zella ni. Ingat Zella, Zella jangan bagi tahu sesiapa pun
yang Zella ni adik kakak.”
“Okey. Jangan risau Zella tak akan bagi tahu punya. Umm..
Bila nak bertolak?”
“Lagi 10 minit.”
“Tak sabar nak pergi semula ke tempat lahir kita.”
Senyuman gembira terukir di bibir Zella. Vanessa tersenyum melihat adiknya itu.
Jika Zella tahu bonda mereka hidup bagaimana reaksinya nanti? Vanessa
tertanya-tanya. Dia tidak akan bagi tahu Zella perkara itu. Tidak akan
sehinggalah bonda mereka berjaya diselamatkan.
“Zella ingat, nama Zella sekarang ialah Melissa. Ingat tau.” Vanessa mengingatkan lagi sekali
nama samaran Zella. Zella angguk kepala dengan pantas.
“Jomlah pergi. Dah tak sabar ni.” Zella sudah berdiri
dihadapan cermin sambil memegang Kitty. Bagasinya berada di sisinya. Vanessa
tersenyum dan membuka langkah ke arah
Zella sambil membawa bagasi miliknya. Dia menarik nafas perlahan sebelum
membaca mantera itu.
*****
p/s : Hii ! Dah lama tak melawat sini and I just got home and trying to write again.. and alhamdulillah, chapter 18 dah lepas. Tak kena writer block dah. Really hope can finish TCOR before this upcoming september hmm anyway thanks readingg ^^
https://www.wattpad.com/story/317285-the-chronicles-of-revenge