Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Monday, January 10, 2011

Phase 2 : Black and Violet


Black and Violet

            “AKU rasa aku dah sesat!” kata Ace perlahan. Dia memandang ke kiri, hutan. Kanan, hutan. Depan, jalan yang tiada penghujung. Ace mengeluh lagi. Peta lukisan ditangannya dilipat lalu dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
            Dia memusingkan skuternya ke belakang lalu beredar dari situ.Tidak sampai 1 kilometer dihadapan,tiba-tiba seorang gadis diselubungi dengan pakaian hitam muncul dari semak-samun.Ace segera menekan brek,tapi skuternya tidak mampu menahan brek secara mengejut itu dan roda belakang melompat ke udara menyebabkan box yang berisi tempahan itu terpelanting ke hadapan.Gadis itu menoleh ke kiri dan… splash!
Roda belakang skuter menghempap ke tanah semula.
Dua piring polystyrene melekat dikepala dan wajahnya. Box itu terpelanting disemak-samun. Gadis itu kaku. Tangan yang dalam posisi mengenggam penumbuk itu perlahan-lahan terbuka. Perlahan-lahan piring polystyrene itu meluncur jatuh. Berwarna-warni wajah gadis itu. Melekit. Seperti lendir. Ace ternganga sehabis-habisnya.
            Cepat-cepat dia turun dari skuter dan mendapatkan gadis itu.
            “Maafkan saya, maafkan saya…kamu tak apa-apa?” soal Ace cemas. Gadis itu membuka mata. Cahaya ungu terpancar dari matanya. Ace mengerut kening. Gadis itu membuka topi jubahnya. Rambut ungu mengurai diterbang angin. Walaupun wajahnya itu kelihatan seperti dia memakai mask warna-warni di penuhi sayur dan mi, dia tetap bergaya.
            Tanpa amaran,Morgan segera menarik kasar kolar baju Ace. Ace tersentak. Dia menelan liur.
            “You!!” keras nada Morgan. Matanya tajam menikam mata hitam pekat milik lelaki itu.Dia betul-betul geram dengan apa yang baru saja berlaku.Bukan sebab keadaannya sekarang, tapi dia geram dengan dirinya sendiri kerana tidak dapat menjangkakan apa yang bakal terjadi. Contohnya, box itu.Dia mampu mengelak walauapa pun situasinya.

Walaupun Morgan berada dipangkat Black Wizard tapi kuasa yang dimiliknya sekarang sudah setarap dengan Sorcerer. Dia boleh menjangkakan apa yang akan terjadi nanti tapi,malangnya tidak.Mungkinkah disebabkan lelaki itu?
“Maafkan saya..sakitkah?” soal Ace bodoh. Morgan mendengus lalu melepaskan kolar lelaki itu.Dia mengesat kesan makan yang ada di wajahnya.
            “Go!” kata Morgan. Ace pelik.
            “Tapi saya..”
            “Kalau kau mahu selamat, tinggalkan tempat ini!” kata Morgan lagi.
            “Tapi..” Morgan tersentak, dia segera meletakkan jari telunjuknya ke bibir. Isyarat untuk berdiam diri. Ace segera terdiam.Morgan seperti mengesan lembaga hitam,tapi amat sukar untuk dikesan dengan mata kasar. Hanya dia yang boleh mengesan lembaga seperti itu. Demon’s shadow. Azera, she’s comes!
            Dari jauh,kelihatan seorang perempuan bertanduk dua seperti tanduk kerbau dan  bersisik seperti sisik buaya serta lengannya mempunyai cangkuk ke belakang sedang berdiri di atas pokok yang tingginya mencecah 400 meter keatas.
Azera sekadar memerhati Morgan dan lelaki itu dengan matanya yang seperti mata buaya.Dia terhumban jauh sebaik dia cuba mendekati Morgan dan dia sendiri tidak tahu apakah penyebabnya.Aura yang terlalu hebat sehinggakan dia terhumban jauh.Tidak mungkin milik Morgan,dan tidak mungkin juga milik lelaki itu.Azera mendengus kasar. I’ll deal with you later,Morgan!
Dia terus melompat tinggi ke udara dan bayangnya serta-merta hilang.
Morgan mengerut lagi, dia tidak lagi merasa aura Azera. Morgan membuka jubahnya. Ace ternganga, serentak itu dia terus menoleh ke belakang. Merah padam mukanya. Morgan menjeling. Bukan dia tidak memakai apa-apa pun. Baju yang biasa dipakainya di mana-mana saja dia pergi. Seluar dan baju panjang elastic dan diluarnya corset berwarna hitam. Boot panjang seperas betis. Cuma behagaian atas dada dan lengannya sahaja yang terkoyak.
 Morgan mengesat wajahnya sekali lagi dengan jubah itu.
“Em..aku minta maaf, aku tak nampak kau tadi dan saya betul-betul terkejut. Maafkan saya,” pinta Ace lagi.
“It’s okey,” jawab Morgan dengan nada mendatar. Tidak tahu ikhlas atau pun marahnya masih bersisa. Walaupun begitu Ace masih lagi rasa bersalah. Bukan dekat pun Morgan berdiri tadi, dia sempat menekan brek tanpa mengejutkan skuternya tapi dia betul-betul terkejut dengan kemunculan Morgan secara tiba-tiba. Ace memandang ke belakang dengan ekor mata. Kemudian dia mengerut kening. Senyap aja? Dia menoleh. kelihatan Morgan sudah jauh berjalan di hadapan.
“Nanti! Hey, nanti!” jerit Ace sambil mengejar Morgan.Tapi Morgan terus melangkah.Ace memecut lagi sehingga dia betul-betul ada di sebelah Morgan.
“Maafkan aku, ya? Biar aku tolong cuci baju kau, ya?” kata Ace sambil tercungap-cungap. Dia tertanya-tanya kenapa gadis berambut ungu itu terlalu cepat berjalan.
I said it’s okey!” kata Morgan lagi tanpa memandang Ace. Tiba-tiba langkahnya mati apabila Ace berdiri menghalang jalannya.
“Aku takkan pergi selagi kau tak terima permintaan maaf aku. I mean it!” tegas Ace.Morgan sekadar memandang Ace dengan pandangan dinginnya.Tiada perasaan.
“Aku dah cakap, it’s okey, then it’s okey. Apa kau nak lagi?” soal Morgan dengan nada sedikit tinggi.
“Aku…nak cuci baju tu…untuk tebus kesalahan aku,” tersekat-sekat suara Ace.
“Kalau begitu,carikan aku rumah daripada cuci baju ni,” jawab Morgan pula. Ace tersenyum.
“Okey!Tunggu sini,aku pergi ambil skuter dulu, ah! Dan… sila pakai jaket ni... baju kau koyak,” kata Ace sambil membuka jaketnya Morgan memandang tubuhnya, atas dada dan lengan baju elastiknya terkoyak. Jaket ditangan Ace dicapai dan terus disarungkan ketubuhnya. Sebaik Morgan mengambil jaket itu, Ace lalu kembali mendapatkan skuternya. Morgan memandang Ace seketika dan terus beredar. Ace memandang belakang. Ace mendengus. Dia ni, takda telingkah apa?
“Wei… jangan jalan dulu, tunggu aku!” laung Ace tapi Morgan terus berjalan.Ace mendengus kecil. Dia terus berlari kearah skuternya..


WHAT’S took you so long?” soal Rita sebaik Ace melangkah masuk ke dalam restaurant.Ace meletakkan box itu keatas meja yang tidak mempunyai pelanggan.
“Aku sesat,” jawabnya sambil tersengih.Kemudian Morgan masuk dengan wajah dinginnya.
Rita terpegun memandang Morgan, dengan rambut dan mata ungu dia melangkah dengan gah sekali. Ditambah pula dengan pakaiannya yang menonjolkan susuk tubuhnya. Walaupun bahagian atas tertutup dengan jaket Ace, tapi bahagian bawah tetap menawan. Sampaikan pelanggan-pelanggan pun turut terpegun melihat Morgan
“Selamat datang!” ucap Rita cepat sambil tertunduk.
“Eh, Rita… she’s with me,” cepat saja matanya beralih semula kepada Ace.
“Apa?” soal Rita seakan tidak percaya. Ace mendekati Rita.
It’s a long story, aku cerita nanti. Bos mana?” soalnya pula.
“Dapur,” jawab Rita pendek. Ace terus beredar kedapur. Rita memandang Morgan yang sudah duduk berpeluk tubuh di sudut restoran, kaki disilangkan. Sampai saat itu pun, mata pelanggan masih melekat padannya. Rita mengetap bibir. Timbul perasaan cemburu dihatinya. Selalu dia yang mendapat perhatian, tapi hanya beberapa saat kedatangan Morgan,perhatian semua diberikan kepadanya.Rita menghampiri meja Morgan.
“Boleh saya dapatkan sesuatu untuk cik?” Rita meminta pesanan. Morgan memandang Rita, Rita serta-merta melarikan matanya. Dia tidak mampu melawan mata ungu Morgan.
“Milk silk,” katanya.
“Baik,” Rita segera beredar kedapur. Takut pun ada, gerun pun ada. Morgan mengeluh kepenatan. Sudah beberapa hari dia tidak melelapkan mata sejak bertarung dengan Azera tiga hari yang lalu dalam dunia Moonstone Hill.

3 HARI YANG LALU…
MOONSTONE HILL

            “Back off!!” lantang suara Morgan kedengaran. Semua senior dan Elders berpaling ke belakang. Morgan melangkah menghampiri mereka.

            “Dia dapat melepasti portal Moonstone Hill Lady Morgan, dan sekarang dia berada disebalik gerbang pangkalan Estivage,” lapor salah seorang senior Warlock. Morgan membuka pin di bahunya lalu digenggam erat. Genggaman tangan Morgan tiba-tiba memancarkan satu cahaya berwarna ungu yang menyilaukan mata. Perlahan-lahan muncul muncung pedang yang berkilat dan sedikit demi sedikit melunjur panjang mencecah tanah dan batang bunga ros berduri mula menjalar mengelilingi pedang itu akhirnya bercantum menjadi satu. Lebar pedang itu adalah dua jari bercantum dan sangat-sangat tajam sehingga mampu membelah rambut menjadi dua. Pedang itu diberi nama, The Rosette Violet.
            Semua yang ada di situ terpegun melihat pedang itu,Morgan tidak pernah menggunakan pedang itu melainkan dia betul-betul memerlukannya. Pedang itu sentiasa disimpan kemas.
            “El-Voq, let me do this,” Morgan berdiri di hadapan El-Voq.
            “No...we must fight together!” EL-Voq menegas.
            “Master, aku juga rasa kita patut lawan bersama, Azera terlalu kuat!” Rufus mencelah dari belakang.
            “Dia cari aku. Aku takkan biarkan dia cederakan yang lain,” kata Morgan lagi.
10 tahun yang lalu, Azera terlah berjaya keluar dari Gerbang syaitan dan waktu itu Morgan baru saja berumur 12 tahun. Azera berjaya keluar dengan bantuan seorang kawannya iaitu Rufus. Itulah kali pertama Rufus, Azera dan Morgan bertemu. Dan Azera adalah Quest pertama Morgan. Morgan tidak boleh memusnahkan Azera melainkan dia menghantar Azera semula ke neraka. Dan Rufus pula, dia tidak mahu balik semula ke naraka, sebab itu dia telah menjadi hamba Morgan.
Azera adalah syaitan perempuan yang terkuat. Masuk kali ini, ini adalah yang kali ke-2 dia menggunakan pedang itu ke atas Azera. Tapi jika dibandingkan dengan Black Demon,Azera adalah 20% kuat, dan Black Demon adalah 80% peratus,dia tidak perlu menggunakan sepenuh kuasanya untuk memusnahkan Azera.
            “Saya tahu,antara semua pelajar kau yang paling kuat tapi bukan begini caranya untuk berkerjasama,Morgan.You need them!” kata El-Voq lagi, memujuk Morgan agar tidak membahayakan dirinya sendiri.
            “Ini bukan pasal siapa yang paling kuat atau kerjasama El-Voq. Aku menawarkan diri sebab aku yang dia cari. Dia mahu membalas dendam.Dan kau sendiri tahu bagaimana cara syaitan menengani musuhnya. Let me do this!” desak Morgan lagi.Memang El-Voq arif tentang syaitan kerana dia ada di sana membantu Morgan untuk menghantar semula Azera dan menutup semula gerbang syaitan dengan kunci yang lebih kebal dan kuat.
            Dug!Dug!!Semua senior Warlock dan The Elders berundur jauh dari gerbang Estivage. Gerbang itu bergegar dilanggar Azera.Tapi berlainan pula dengan Rufus dan Morgan,mereka melangkah ke depan beberapa tapak,bersedia menghadapi kemungkin.
            “El-Voq!” serentak Morgan bersuara lantang,gerbang itu musnah berkecai akibat  letupan yang dilancarkan oleh Azera.Senior warlock dan The Elders tidak sempat memasang pelindung mengakibat mereka terpelanting jauh kebelakang. Tapi nasib baik El-Voq pantas mencipta pelindung. Satu-persatu berada didalam pelindung yang seperti bubble bercahaya biru.
            Debu-debu tebal menyelubungi tempat itu akibat letupan tadi.Perlahan-lahan debu tebal menjadi nipis.Samar-samar kelihatan susuk tubuh seorang gadis bertanduk dua seperti tanduk kerbau dan bersisik seperti sisik buaya serta lengannya mempunyai cangkuk ke belakang.Debu itu akhirnya hilang.Morgan bersiap sedia dalam posisi berlawan sambil menghunus pedang Rosette Violet ke depan.Mata buaya Azera dan mata ungu Morgan bertembung.
            “Well, well, well… we meet again Morgan!” kata Azera,suaranya seperti suara seorang wanita.Seorang manusia.Perlahan-lahan El-Voq menurun kan bubble itu ke tanah dan pelindung lesap.Semua warlock dan The Elders kambali berdiri atas tanah.
            “Aku yang akan berhadapan dengan kau,mereka takkan masuk campur!” kata
Morgan.
            “Morgan!” marah El-Voq.Degil betul!
“Master!” Rufus pula berharap agar Morgan berlawan bersamanya.Azera tergelak.
“Hmm..Rufus,my love..tak sangka kau dah jadi hamba kepada perempuan sinir ini.Kesian..” kata Azera pula seakan menyindir.
“Sekurang-kurangnya, aku tak seperti kau Azera dan aku adalah lawan kau,” jawab Morgan pula.Rufus memandang Morgan.Dia terlalu kuat Master..
“Memang kau yang akan berhadapan dengan aku,dan kali ini aku akan musnahkan kau!”
            “Well,we’ll see.Mungkin kali ini kau akan mengakhiri hidup kau dalam neraka sebab aku lebih kuat dari dulu,” kata Morgan,sengaja memanas-manaskan Azera.
            “I’ll destroy…”
            “Shut up Azera!Enough talking and let’s begin!Rufus jangan masuk campur,ini arahan!” lantang suara Morgan memintas Azera menyebabkan dia segera terdiam.Kali ini Azera sudah betul-betul panas,dia diperlakukan seperti seorang budah-budak.Keningnya sudah membentuk V.Serentak itu Azera terus meluruh kearah Morgan,Morgan pull dengan pantas turut meluru kearah Azera.Mereka akan bertembung.
            Zup!Bayang mereka tiba-tiba lesap.Senior warlock dan The Elders terpinga-pinga,pergerakan mereka sungguh pantas.Mereka meliarkan mata keseluruh kawasan tapi bayang mereka tidak kelihatan.Rufus mengeluh,dia tahu dia tidak boleh mengubah keputusan Morgan sebaik dia sudah membuat keputusan.
            Boom!!Serentak itu tiba-tiba satu letupan besar 2 kilometer dari situ kendengaran.Letupan itu sungguh besar sehinggakan tempat itu turut diselubungi dengan debu tebal.
            Morgan mengibas-ngibas jaketnya yang dipenuhi dengan debu.Dia melemparkan senyuman sinis kepada Azera yang sedang melekat di sebatang pokok besar dengan pedang yang menusuk di perut Azera. Morgan masih memegang pedang itu dan dia berdiri tepat-tepat dihadapan Azera. Azera turut tersenyum sinis.
            “Ini saja yang kau ada?” soal Azera.Wajah Morgan berubah serius.Morgan menarik pedangnya. Sedalam 1 jengkal pedang itu menusuk diperut Azera. Morgan berundur beberapa tapak ke belakang.Dia tahu dia tidak mampu membunuh syaitan, kerana mereka memang tidak boleh mati. Luka tusukan pedang itu perlahan-lahan tertutup dan sembuh semula.
            Cengkuk yang ada dilengan Azera menjadi lebar seperti tapak tangan dan menjadi
panjang sehingga separas dengan bahu.
            “Kau hanyalah seorang manusia, Morgan. Kau tidak mampu untuk membunuh aku!” Azera berusara sinis.
            “You never know me, Azera. Kau tidak tahu apa yang aku boleh lakukan. Aku
boleh membunuh kau!”
            “You bluffing! You can’t kill demon!” bentak Azera.Dia memang akui Morgan seorang ahli sihir yang mempunyai keistimewaan,dia ada kuasa yang terpendam dan dia sendiru tidak tahu jenis kuasa yang dimiliki Morgan.
            “Yes I can!” kata Morgan seakan menjerit dan serentak itu dia meluruh kearah Azera dengan pedang Roseate Violet.

Hari ke-2
            MORGAN menekup belahan luka yang ada di dada dan lengannya,lengan dan dadanya memancarkan cahaya putih buat seketika dan sebaik Morgan melepaskan tangannya, luka itu serta-merta sembuh.
            Azera tersentak. I knew it, dia sudah begitu kuat dan dia mungkin akan jadi lebih kuat nanti. Aku mesti bunuh dia segera!Azera bertekad dalam hati. Dia mula rasa takut dengan kekuatan Morgan.
            Morgan tersentak, I made a mistake. I can’t use healing power! Setiap kali Morgan menggunakan kuasa penyembuhan,ia akan memakan tenaganya sebanyak 10% dan Morgan betul-betul memerlukan tenaga yang banyak untuk berhadapan dengan Azera.

Hari ke-3

            BERTUBI-TUBI serangan yang dilemparkan kepada Azera,namun Azera masih mampu untuk berdiri tegak walaupun di sudah penat.Sudah 3 hari mereka bertarung tanpa henti.Morgan sudah mula tercungap-cungap, berlawan dengan Azera sememangnya memenatkan!
            “Aku nak tanya kau Azera,apa yang kau buat sepanjang kau berada di neraka?” soal Morgan sambil terduduk bersandar dibawah pokok. Azera juga sudah terduduk .
            “Dan kau,apa pula yang kau buat dengan badan kau?” soal Azera pula.Dia juga sudah tercungap-cungap. Morgan tersenyum.
            “Kau tunggu aku muncul?” tambah Azera.
            “Aku sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan.Macam mana kau boleh terlepas dari pintu gerbang dunia syaitan huh?” Azera tergelak mendengar soalan Morgan.
            “Kunci gerbang itu menjadi lemah hari demi hari,dan sampai saatnya aku sendiri yang mencuba untuk keluar. Tapi tidak cukup lemah untuk melepaskan syaitan-syaitan yang lain, kau tak tahu?” of caurce I know…Morgan menjawab dalam hati.Semua itu disebabkan The Black Demon!
            “Get up!” arah Azera sambil bangkit. Morgan berdiri lantas berdiri. Morgan memandang ke belakang. Dia sudah hampir dengan portal Moonstone Hill jauh dari pangkalan Estivage. Aku tak boleh biarkan Azera mendekati kawasan ini, kalau tidak dia akan terlepas ke dunia manusia!
            Azera tersenyum.Inilah saatnya.Dia segera melepaskan bebola api yang selama ini digenggamnya,namun tidak mengena kerana Morgan sudah dulu mengelak sebelum dia sempat berpaling.Azera mendengus
            Sebuah bebola api dilepaskan lagi dan kali ini dengan kelajuan yang lebih pantas, dan Morgan tidak sempat mengelak tapi dia sempat mencipta pelindung. Morgan terhumban jauh kearah pokok Oak yang juga adalah portal untuk keluar ke dunia manusia.
            Zup! Morgan lesap. Azera tersentak.Dia mengerutkan kening.Macam mana dia boleh hilang begitu saja? Pokok oak itu dipandang. Kemudian dia tersenyum.Dia mendekati pokok oak itu lalu perlahan-lahan memasukkan tanggannya ke dalam pokok tersebut. Dia amat terkejut apabila separuh tanggannya tenggelam ke dalam pokok itu. Dia tersenyum lagi. Tanpa membuang masa, Azera terus melompat dan dia turut lesap.
            Morgan terpelanting ke luar semak-samun dan disitulah dia bertembung lelaki pembawa skuter. Lelaki yang tidak boleh dikesannya!


0 comments: