Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Friday, January 22, 2010

FANTASIA CHRONICLE BAB 2 part 2 : PETANDA

FANTASIA CHRONICLE

BAB 2 part 2 : PETANDA

           “Selamat Kembali Sylina, Kami sudah lama menunggu kepulanganmu,” Kata semua 12 Elder Summoner sambil Chamber itu diterangi cahaya pelahan – lahan. “Kamu mesti ingin mengetahui kebenaran tentang kehilangan adikmu bukan, kami juga dapat mengesan tenaga jiwanya yang lemah di Opuz tetapi tidak dapat berhubung dengannya secara telepati,” jelasnya lagi. “Kalau begitu izinkan saya menggunakan Kristal Agung, wahai Elder yang bijaksana,” rayu Sylina.

             “Bukan kami tidak izinkan kamu gunakan Kristal Agung, tetapi kuasanya begitu hebat sehingga ia terpaksa dikunci di puncak menara ini, kami takut jika kamu tidak mampu menanggung kuasanya.” Jelas Elder Velip, Ketua Elder Council itu. “Saya sanggup menerima apa sahaja akibatnya asalkan dapat menemui kembarku yang lama menghilang ini.” Balas Sylina dengan nada yakin. “Baiklah, jika kamu sanggup menanggung beban ini, Kami akan menyeru Kristal Agung ke Chamber ini, dan bersedialah untuk bersatu dengannya, kerana dengan penyatuan tersebut kamu akan dapat merasai semua tenaga jiwa dari semua mahluk hidup di seluruh alam ini.” Terang Elder Velip lagi. “Jika kamu sudah bersedia, kami akan menyerunya sekarang.” Tanya Elder Velip kepada Sylina. “Saya memang sudah lama bersedia,” Balas Sylina.

            “Kalau begitu, kami menyerunya sekarang.” Kata semua Elder serentak sambil mula bertakafur. Tidak lama kemudian, muncul Kristal Agung yang bersinar menerangi seluruh Council Chamber itu. Sylina terpegun dengan keindahan cahaya yang dipancarkan oleh Kristal itu. “Sekarang melangkah ke hadapan Kristal Agung dan terimalah cahayanya serta bersatulah dengannya.” kata Elder Velip. Sylina melangkah ke hadapan dengan penuh yakin dan memejam matanya. Kristal itu tiba – tiba memancarkan cahaya bewarna biru ke arah Sylina, dan pelahan – lahan Sylina terapung serta badannya menjadi lutsinar, kebiru – biruan seperti warna Kristal Agung itu.



          “Jangan takut, wahai Sylina, Bukalah matamu itu.” Bisik suara misteri di telinga Sylina. Sylina membuka matanya dengan perasaan ingin mengetahui suara siapa yang berbisik kepadanya itu. Sylina terkejut kerana dia bukan berada lagi di dalam Council Chamber sebaliknya dia berdiri di tengah – tengah lautan yang tiada berpenghujung, dimana langitnya dihiasi dengan bintang berwarna biru dan cahaya biru seperti kelip – kelip berterbangan bebas di udara sambil mengelilinginya.

          “Sylina, selamat datang ke Terviana, Dimensi yang berada di dalam Kristal Agung.” Kata seorang wanita yang cantik yang terapung sambil bermain dengan Harp gergasi yang diperbuat dari Kristal. “Saya Siren, Servitor kepada Kristal Agung dan saya akan tunjukkan awak jalan untuk menemui – Nya.” Katanya lagi secara telepati.



            “Ayuh… mari saya tunjukkan jalannya, jangan takut di sini gravitinya rendah dan kamu tidak akan tenggelam di lautan ini, malah kamu boleh terbang.” Jelasnya lagi apabila melihat Sylina teragak – agak untuk melangkah terbang mengikutinya. “ Pasio, Nantera, mari bantu tetamu ini.” Seru Siren. “Baik…” muncul dua ekor anak singa bersayap yang comel entah dari mana dan membantu Sylina untuk terbang mengikuti Siren. “Terima kasih, saya tidak biasa terbang di tempat saya, ini merupakan pengalaman yang pertama dan menarik.” Jelas Sylina.

             “Tidak mengapa kak, oh ya, kakak kenapa ingin bertemu dengan Kristal Agung.” Kata anak singa yang berwarna hitam dengan perasaan ingin tahu. “Ish kamu ni, Pasio, tidak sopan menanya soalan sebegitu kepada tetamu yang baru sampai.” Marah anak singa berwarna putih yang memegang tangan kanan Sylina. “Tak mengapa, jadi kalau itu Pasio, yang ini mesti Nantera bukan, Saya ingin menemui Kristal Agung untuk mengetahui nasib adik kembarku yang hilang sejak 3 tahun lepas.” Jelas Sylina. “ Kalau begitu kakak tak perlu risau, Kristal Agung pasti akan membantu kakak, Kan ia merupakan asas bagi alam semesta ini.” Jelas Pasio sambil terbang mengelilingi Sylina.

          “Kita sudah sampai.” Kata Siren. “Mana Kristalnya, yang dapat saya lihat hanyalah awan.” Kata Sylina kehairanan. “Jangan biarkan mata kamu menipu kamu, Baiklah tunggu sebentar dan kamu akan lihat kebenarannya.” Kata Siren lagi dan mula memainkan Harpnya. Alunan Harp Siren yang merdu beralun lembut dan pelahan – lahan awan – awan itu mula menghilang dan Sylina terkejut dan kagum melihat apa yang berada di hadapannya.

         Dihadapan Sylina yang padanya mulanya awan yang kebiru – biruan bertukar pemandangan yang indah dimana sebutir Kristal Gergasi terapung – apung dan dikelilingi ngan serpihan Kristal biru berterbangan. “Selamat datang ke Arc, Kristal Agung yang menjadi asas kepada semua kehidupan.” Kata Siren sambil tersenyum. Mereka terbang perlahan – lahan dan mendarat di satu platform Kristal berhampiran dengan Kristal Agung itu. “Mari ke hadapan Sylina,Kristal Agung sedang menunggumu.” Kata Siren lagi.

        Sylina kemudian mara ke hadapan pelahan – lahan dan tiba – tiba satu cahaya biru memancar ke arahnya, dan tiba – tiba ada suara misteri berbisik di telinga Sylina. “Jangan takut Sylina, aku hanya mahu menstabilkan kewujudanmu di duniaku ini.” Jelas suara yang misteri itu. “Jika tidak, kamu akan hilang kewarasanmu kerana tidak tahan dengan apa yang akan Ku berikan kepadamu sebentar lagi.” Terangnya lagi. “Siapa empunya suara ini.” Sylina menanya. “Siapa lagi jika bukan aku Arc, Kristal yang berada di hadapanmu ini, aku berhubung denganmu secara telepati dan aku sudah mengetahui niatmu, sekarang aku ingin mengetahui jika kamu bersedia untuk bersatu denganku dan mengetahui nasib adikmu itu?.” “Aku bersedia dan sanggup menerimanya.” Dengan penuh keyakinan Sylina bersuara.

        Sebaik sahaja Sylina berkata begitu, loket kristalnya bersinar – sinar dan dia mula terapung. Serentak dengan itu, beberapa kepingan Kristal biru berputar mengelilinginya, memancarkan cahaya kebiru – biruan kepada tubuhnya dan Sylina merasakan ada satu tenaga yang kuat mula meresapi tubuhnya. Pelahan – lahan Sylina mula melihat kawasan runtuhan puing – puing kota tamadun lama di Opuz. Dia juga melihat kapal perang Maharaja Glatiun berada di kawasan berhampiran. Kemudian Sylina mula berasa dirinya berada di satu bilik kurungan bawah tanah di runtuhan kota lama itu dan melihat adik kembarnya berada di dalam kesakitan, Separuh badannya diliputi ais yang tebal dan tangannya diikat dengan mantra kegelapan. Sylina melihat Maharaja Glatiun muncul dan ketawa terbahak – bahak melihat keadaan Aylina yang terkurung itu. “Tidak lama lagi aku aku pasti kembarmu itu akan mencarimu dan memang itu yang aku tunggu, aku akan tangkap dia dan lengkaplah segala persiapan untuk aku menyeru Daimion, Daemon kemusnahan yang telah dikurung selama ribuan tahun oleh kaum kau yang busuk itu.” Katanya lagi sambil menarik rambut Aylina dan tersengih.


        “Tingginya angan – anganmu itu Glatiun, kau ingat kau boleh kawal Daimion..?, kau hanyalah tikus dimatanya sahaja, Dia akan bunuh kau sebaik sahaja kau lepaskannya dari Ikatan Maneylo itu.” Jerit Aylina sambil meludah muka Maharaja Glatiun itu. “Kurang ajar, tapi tidak mengapa, tidak lama lagi seluruh galaksi ini akan menjadi milikku, itu janji Daimion kepadaku dan aku akan tuntutnya…,” herdik Maharaja Glatiun sambil mengelap mukanya dan berlalu pergi. Sylina kemudian berasa dirinya ditarik dari tempat itu dan merasa pandangannya makin gelap, serentak dengan itu dia terdengar suara Arc bergema. “ Sylina kau akan tahu mengenai dirimu yang sebenar tidak lama lagi dan sekarang terimalah selendang sutera ini kerana ia akan melindungimu dari pengaruh tenaga gelap Glatiun dan gelang Kristal ini kamu berikan kepada Aylina setelah kamu selamatkannya, dan ingat segala tenaga kehidupan akan senantiasa berada di sisimu.” Terang Arc lagi.

     “Sylina, Sylina, Bangun.” Panggil Yue sambil mengoncang badan Sylina. “Dimana saya.” Kata Sylina kebingungan. “Kamu di bilik rawatan Seltoyu, tadi kamu menerima cahaya dari Kristal Agung dan kamu pengsan di bilik itu, jadi Elder Velip menyuruh saya menghantar kam ke bilik rawatan ini.” Terang Yue lagi. “Dan ini merupakan pemberian Kristal Agung itu kepadamu, ternyata kamu ini istimewa ya.” Kata Yue sambil memberikan Sylina selendang dan gelang Kristal yang kebiru - biruan.

      “Aku sudah mendapat petanda di mana Aylina Dikurung tetapi nampaknya aku terpaksa berehat beberapa hari di Seltoyu untuk memulihkan tenaga dalamanku yang telah digunakan sepenuhnya ketika menerima Cahaya Kristal Agung.” Kata Sylina sambil membelek – belek gelang Kristal itu.

        “Dan aku akan bertemu sahabat lamaku di Cetilda untuk meminta bantuannya ke Opuz dan menyelamatkan Aylina.” Katanya lagi sambil mengenggam erat gelang Kristal pemberian Kristal Agung itu. “Tapi apa yang dimaksudkan oleh Kristal Agung dengan aku akan menemui kebenaran tentang diriku yang sebenar, apa rahsia yang ada pada kembarku dan diriku sehingga Maharaja Glatiun sanggup membangunkan Daimion, yang boleh memusnahkan apa sahaja yang wujud di alam semesta ini.” Bisik hati kecilnya. Yang pasti misteri kehilangan adiknya selama 3 tahun sudah terjawab dan menunggu masa untuk dibongkarkan lagi.

0 comments: