Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Monday, January 10, 2011

PROLOG : The Witch and The Demon Part 1


Tahun 2012, 11.14pm
DARI luar sudah kedengaran bunyi disco didalam sebuah bar bawah tanah.Di luar bar itu lenggang anak-anak muda zaman millennium.Walaupun lorong itu diterangi dengan cahaya lampu jalan namun cahaya dari bulan mengembang tetap menerangi seluruh kawasan itu.
Sementara itu,kelihatan seorang gadis berpakaian jaket panjang bertopi dimana panjangnya mensecah tanah sambil menampakkan sedikit rambutnya yang berwarna ungu.Memakai skirt kulit,pendek paras paha dan dipadankan dengan boot panjang melimpasi lututnya.Segala-galanya berwarna hitam.
Sepanjang perjalannya dia diekori dengan renungan-renungan dari pemuda-pemuda tepi lorong,seolah mereka dipukau dengan gadis itu.Mungkin susuk tubuhnya yang langsing itu terselah dari pakaiannya yang ketat
Sebaik tiba dipintu bar,di terus menolak dan masuk.Kelihatan beberapa gadis sedang menari atas pentas mengikut rentak muzik,lenggkok badan mereka menjadi tatapan para pengunjung yang terdirinya daripada kaum adam.
Gadis yang diselubungi dengan pakaian hitam itu memilih tempat disudut meja bar.
Order?” sebaik gadis itu duduk,pelayan segara datang.Pelayan itu menundukkan sedikit wajahnya memandangkan wajah gadis dihadapannya itu tidak kelihatan.
“Milk silk,” jawab gadis itu.Pelayan itu mengerutkan kening.
“Maaf cik, ini night club. Di sini tidak menjual milk..” Gadis itu mengangkat muka, seraya mata ungunya yang bercahaya terserlah membuatkan pelayan itu mati kata.
“Milk silk,” katanya kedengaran keras. Pelayan itu mengangguk pantas, dia tiba-tiba merasa kelainan yang amat sangat.
“Baiklah..saya akan dapatkannya secepat mungkin,” pelayan itu cepat-cepat menjalankan tugasnya.
Mata gadis itu meliar ke kiri dan ke kanan. Seperti sedang mencari sesuatu. Apabila matanya sudah menangkap target, dia tersenyum. Seorang lelaki sedang berkucupan dengan dua orang wanita di sudut bar. Lelaki itu botak dan beranting-anting bulat dan besar. Dia memakai kameja sambil 3 butang bajunya dibuka menampakkan dadanya yang berbulu. I found you! Bisik hati Morgan
Pesanan yang diminta pun sampai. Nampaknya berhasil juga pelayan itu memberi khidmat kepada gadis itu. Lelaki yang ada disusut bar itu bangkit bersama-sama wanitanya lalu menuju ke pintu keluar. Gadis itu mengikut derap langkah mereka. Susu yang terhidang dihadapannya dihirup sekali gus lalu dia pun bangkit untuk mengekori 3 orang tadi.
Miss..miss! you haven’t pay yet!” kata pelayan itu sedikit menjerit.G adis itu menoleh kearahnya sambil mengeluarkan segulung duit lalu dijentik kearah pelayan tersebut. Nasib baik pelayan itu cekap dalam sambut-menyambut.
“Keep the change!” katanya sepatah lalu meluru keluar dari bar.Tiba di luar bar, mereka sudah pun menaiki sebuah kereta berkuasa tinggi berwarna biru dan sedang meluncur menuju ke sebuah bukit yang tidak jauh dari tempat itu. Gadis itu tersenyum lagi. Kau takkan pernah terlepas dari aku!
Dengan hanya mengenggam tapak tangan,gadis itu terus lenyap dari situ. Anak-anak muda yang masih berlegar disitu hanya terasa angin-angin sepoi bahasa, dan tidak perasaan pun gadis itu lenyap begitu saja.

KERETA Ferrari berwarna biru gelap itu menekan brek kereta, apabila dari jauh lagi si pemandu sudah melihat seorang gadis berjubah sedang berdiri di tengah -tengah jalan. Dua orang wanita yang duduk di hadapan dan belakang sudah mulai takut.
Dari semasa-kesemasa gadis berjubah itu menghilang dan apabila dia muncul dia semakin dekat dengan mereka.Tidak lama kemudian dia sudah pun berada di tepi pintu pemandu.
Tidak semena-mena gadis itu menumbuk cermin itu sehingga pecah berderai sekali gus mengena muka lelaki itu. Pintu kereta sudah terbuka. Lelaki itu diheret keluar dengan kasar. Lalu gadis itu memetik jarinya, serta merta mereka lesap dari tempat itu dan muncul di sebuah kawasan lapang dan disekelilingnya ditumbuhi dengan pokok-pokok tinggi.
Who are you?!” marah lelaki itu mengemaskan kolar bajunya.Gadis itu membuka hood jubahnya. Wajah putih dan mata ungu yang bersinar itu terserlah. Lelaki itu tersentak.
“Morgan!” sebut lelaki itu seolah-olah dia tahu siapa gadis yang sedang berdiri dihadapannya sekarang.Dialah ahli sihir yang sedang memburu kaum-kaum lycanthropes,serigala jadian atau boleh dikenali sebagai Werewolf.
“Kau sepatutnya tahu yang aku akan memburu kamu jadi kenapa kaum kamu masih ada didunia manusia?” kata gadis itu.
Tiba-tiba lelaki itu menjerit sehingga urat-urat dilehernya timbul. Dan secara perlahan-lahan dia rebah ketanah.Tubuh lelaki mula ditumbuhi dengan bulu-bulu lebat keperangan, baju dan seluarnya mulai terkoyak disebabkan tubuhnya membesar. Matanya mula berubah berwarna merah. Hidung dan mulutnya mulai menjulur ke depan,gigi-gigi tajam sudah keluar dari mulutnya, kedua-dua tangannya kini ditutupi dengan bulu dan kuku tajam mulai memanjang. Pahanya juga mulai mengemuk.
Sebaik dia bertukar serigala jadian sepenuhnya,dia terus mengaum sekuat hati sambil memandang bulan mengembang. Mata mereka berlaga.
Tidak semana-mana serigala jadian itu menjunam kearah gadis tersebut lalu mencakar-cakar namun dengan langkah yang perlahan, gadis itu dengan mudahnya mengelakkan serangan tersebut. Semakin serigala jadian itu menganas, semakin itu gadis tersebut melakukan dia seperti mainan.
“Itu sajakah yang mampu kau lakukan?” soalnya penuh angkuh.Serigala jadian itu mengaum lagi,sepertinya rasa marahnya sudah sampai kemuncak. Sekali lagi dia menjunam dan kali ini gadis itu terus melompat dengan tekanan yang tinggi sehingga tanah itu merekah, tidak sampai sesaat sebuah objek berat menghempap tubuh serigala jadian itu sehinggakan dia tenggelam dalam tanah.
Sekelip mata gadis itu sedang berdiri ditubuhnya, serigala itu meronta namun tekanan berat semakin menyesakkan dia. Serigala jadian itu tidak boleh berbuat apa-apa melainkan meraung. Kesakitan.
“Serigala yang tidak boleh berbuat apa-apa harus dikurung di dalam kandang!’ kata gadis itu sambil mengesat-ngesatkan tapak bootnya ke bulu serigala jadian tersebut. Serigala itu menjadi berang namun dia tidak boleh melakukan apa-apa, tubuhnya terkunci.
“Kau tidak perlu terseksa lagi kerana selepas ni..kau akan menemui maut!” gadis itu mengangkat tangan paras pinggang.
Perlahan-lahan tapak tangannya mengeluarkan tatu bunga rose bercahaya ungu dan perlahan-lahan duri-duri dari rose itu menular ke seluruh jari-jemarinya. Cahaya ungu itu kian benderang sehingga menyilaukan mata dan sebiji bebola mula keluar dari cahaya itu.
Serigala jadian itu tahu,dia sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Sekali bebola itu mengena dirinya,dia akan menjadi debu. Baru saja gadis itu itu mahu melancarkan serangan dia tiba-tiba tersentak. Satu aura yang berbeza menikam derianya. Dia segera memandang atas.
Kelihatan satu lembaga hitam bersayap hitam seakan rangka tulang dan berekor panjang serta bertanduk seperti tanduk lembu sedang terapung diudara sambil menoleh kekiri dan kanan. Kepalanya mengeluarkan api berwarna merah. Kulitnya hitam dan seluruh badannya bertatu berwarna merah api. Seolah-olah kepanasan tubuh itu mencecah 1000 darjah Celsius. Berasap!
Gadis itu terkejut sekali lagi..bukankan itu adalah Black Demon? Mana mungkin! Black Demon sudah dikurung berkurun-kurun dulu dengan shield 5 penjuru.Tapi susuk tubuhnya serupa dalam rekod demonology. Gadis itu bermonolog dalam hati.
Tanpa berfikir panjang bebola ungu yang tadinya disuakan kepada serigala jadian itu dilemparkan kearah Black Demon. Black Demon memandang ke bawah,sebuah bebola ungu sedang meluru ke arahnya. Dia menoleh kekiri dan kanan seperti sedang mencari sesuatu, dalam jarak yang amat dekat bebola ungu tu dengan senangnya ditapis dan merempuh sebuah bangunan tidak berpenghuni. Bangunan itu perlahan-lahan runtuh. Morgan tersentak. Macam mana dia boleh tapis begitu saja?
“Aku akan berurusan dengan kau nanti!” kata Morgan kepada serigala jadian itu. Dia nekad untuk mengejar dan menghapuskan makhluk hitam itu.
Butang yang ada telinganya ditekan,serta-merta sebuah headset terpasang ditelinganya dan muncul cermin mata berwarna hijau. Target Found. Cermin mata bersuara setelah menemui sasarannya. Dia menetapkan cermin matanya dalam keadaan merakam.
Gadis itu terus melompat ke udara. Kuasa yang dimilikinya sekarang mampu menerbangkan dia dengan hanya memikirkannya.
“Black Demon!” kata gadis itu.Jarak antara mereka tidak jauh.Senyuman terukir dibibir makhluk itu.
“Morgan La Fea..” kata Black Demon itu seakan memanggil. Gadis itu tersentak. Bagaimana dia boleh tahu nama penuh aku? Morgan segera memecut kearah Black Demon tapi sepantas kilat Black Demon sudah pun berada dibelakangnya. Morgan menjadi kaku.Dia memandang ke belakang dengan ekor mata. Bulu romanya sudah mula menegak. Belum pernah dia mengalami perasaan begitu ketika bertemu dengan musuh.
Terasa kedua-dua bahunya di pegang. Sangkanya panas seperti api namun dia merasa keselesaan yang tidak pernah dirasanya sebelum ini, sentuhan itu meresap jauh ke dalam hatinya. Hatinya tiba-tiba menjadi tenang.
“Morgan La Fea..” bisik Black Demon sekali lagi dicuping telinganya. Morgan segera menyiku Black Demon namun Black Demon pantas menangkat sikunya dan mengunci tangan Morgan. Morgan meronta. Black Demon melepaskan siku Morgan tapi kaki kiri itu tidak dilepaskan.Morgan terbalik diatas udara.
“Lepaskan aku!” jerit Morgan. Namun Black Demon sekadar menjawab dengan senyuman.Tidak semena-mena Black Demon menarik kaki Morgan lalu memusing-musingkannya di udara kemudian melemparkan Morgan ke bawah.
“Dummm!!!” beberapa buah pokok patah dek perlanggaran tubuhnya dengan pokok-pokok tersebut. Pokok-pokok besar yang menghimpit tubuh Morgan itu segera berterbangan diudara sejurus dia melepaskan aura ungunya. Dia memandang Black Demon yang masih tenang memandangnya. He’s too strong, Rufus… dia saja yang boleh membantu aku!
Morgan mengeluarkan pisau kecil yang tersimpan didalam cincin jari tengahnya lalu mengerat tapak tangannya. Darah merah pekat mengalir keluar dari tapak tangan itu dan menitis ke atas tanah.Serta merta tanah yang dititisi darah itu mengeluarkan Pentagram bercahaya kuning keemasan. Pentagram digunakan untuk menyeru Syaitan ataupun Monster yang sudah membuat perjanjian.
“Rufus,I summon you!” kata Morgan seakan menjerit. Perlahan-lahan sekujur tubuh bersayap dan bertanduk dua didahi muncul dari pentagram itu. Berpakaian jaket putih dan berseluar panjang berwarna hitam. Sebilah pedang terikat dipinggangnya.
“Oooo..hai….” Rufus mengeliat seakan baru saja bangun dari tidur. “Ada apa? kau tahu aku tak suka dipanggil saat-saat aku sedang berehat,” rungut Rufus. Morgan mengetap bibir.
“Lupakan dulu pasal itu..kita ada masalah. Kau harus bantu aku!”
“Yalah…apa dia?” soalnya malas.
“Demon yang tidak diiktiraf muncul didunia manusia, dan kita mesti hapuskan dia sebelum dia hapuskan dunia manusia,” Rufus tersentak pendengar penyataan itu dari Morgan.
“Demon?”
“Ya..dia ada di atas!” jawab Morgan sambil menuding jari ke udara.Kelihatan Black Demon terapung-apung sambil memandang mereka.
I’ll help you,master!” serta-merta Rufus terbang diudara berlawan dengan Black Demon. Pedang dihunuskan kea rah Demon itu.Morgan turut terbang ke udara membantu Rufus.
Pertarungan sengit berlaku diatas udara. Malah,kepantasan pergerakan mereka itu sama sekali tidak kelihatan dek mata kasar yang kelihatan hanyalah cahaya dari pedang Rufus dan kuasa bara api milik Morgan menghentam Black Demon.
Mereka kini sudah berada diatas tanah. Pertarungan masih berlangsung. Tiba-tiba pertarungan itu terhenti apabila Rufus menjadi kaku dihadapan Black Demon. Perlahan-lahan dia melepaskan pedangnya.
Rufus, why?” soal Morgan.
“Aku tak tahu..aku tak boleh mengawal badan aku,” jawabnya. Badannya sudah melutut atas tanah sambil tangan menjadi tiang badan. Tanah di tempat Rufus melutut itu sedikit demi sedikit meretak. Seakan ada satu tekanan berat yang sedang menekan Rufus.
Morgan memandang Black Demon.Adakah dia yang melakukan itu?
“Lepaskan dia!” kata Morgan.Black Demon tersenyum.Lalu mengangkat tapak tangan serentak itu Rufus juga terangkat ke udara. Seakan Black Demon mengawal tubuh itu. Tidak semena-mena dia menghayun tangan kearah bangunan yang tidak berpenghuni dan disitulah juga Rufus terhumban. Bangun yang sedikit usang itu serta-merta runtuh.
Morgan kelihatan terkejut dengan tindakan itu.M atanya tajam menikam Black Demon kemudian beralih kepada bangunan usang itu.Rufus..
Morgan seakan tersepit antara dua. Menewaskan Black Demon yang akan membawa kemsnahan ataupun menolong kawan yang sudah berbelas tahun berada di sampingnya?
Akhirnya, Morgan memilih Rufus. Tapi baru saja dia mahu mendarat, sepantas kilat dia dipeluk oleh Black Demon dari depan. Morgan seakan hilang jasad. Belum pernah ada sesiapa yang begitu dekat dengan dirinya. Jarak antara wajah mereka hanya seinci.
Morgan tidak tahu, rangkulan itu tidaklah ketat namun dia tiada tenaga untuk menolak Black Demon itu malah dia sekali lagi merasa keselesaan yang selama ini dia tidak pernah rasakan. Dan yang membingungkannya, dia seakan merindui dakapan itu.
“Morgan La Fea…I found you…” bisik Black Demon.Tiba-tiba rangkulan itu dilepaskan dan dia terbatuk. Tatu merah yang bercahaya tadi beransur menjadi malap. Dia memandang Morgan yang kebingungan.
We’ll meet again!” katanya sepatah dan terus beredar.Morgan seakan hilang kewarasan.Dia terdiam seketika. Kemudian dia tersentak. Rufus!

4 comments:

~PeNuLiS BLoG~ said...

menarik gak cite ni.....

Anonymous said...

oh tidak okie.... sye ditarik oleh cite nie

Unknown said...

woo..best jgk cte ni...^^

Unknown said...

Rufus tuuu macam katak , si Gamabunta milik naruto. Cara summon pun same. Pakai blood. Tapi saya tetap teruja baca cerita ni.