Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Saturday, September 24, 2011

Revenge 10 : Argon (part 2)


Revenge 10 : Argon ( part2 )



“Vellina, Vellina. Bangun Vellina.” Vanessa terasa ada tangan menepuk lembut lengannya. Dia membuka mata perlahan-lahan. Muka Monica dipandangnya.


“Cepat sikit bangun. Lepas ni kita akan pergi ke dewan makan. Aku dan Tiara sudah lapar.”

“Monica, sekarang pukul berapa? Aku dekat mana?” Soal Vanessa.

“Sekarang pukul 6.45 petang. Kau dekat Homemass. Kau tak ingat ke? Tiara kata kau tertidur.” Vanessa bangun dari  pembaringan dan duduk di atas katil. Dia garu kepala.

“Aku lupalah. Kita kena pergi dewan pukul berapa?”

“7.15 paling lewat. Patutnya pukul 7. Kau pergilah mandi. Nanti lambat pula.” Arah Monica.
Vanessa capai tuala dan melangkah masuk ke dalam bilik air. Setelah 15 minit berlalu, barulah dia muncul dengan pakaian lengkap. Vanessa mencapai sikat dan menyikat rambutnya dengan cepat. Selepas itu dia keluar dan menuju ke dewan makan di tingkat 1.

Semasa Vanessa sampai, pandangan Vanessa tertumpu di meja Crystal. Dia menangkap kelibat Argon. Argon tersenyum kepadanya. Vanessa membalas senyuman Argon sebelum dia berlalu ke meja Topaz. Vanessa tarik kerusi di sebelah kanan Danny. Sebelah kiri Danny ialah Slyer. Monica dan Tiara duduk di hadapan mereka bertiga. Vanessa jeling Danny yang berbual-bual dengan Slyer. Monica dan Tiara turut berbual-bual. Vanessa tarik nafas. Dia memandang meja makan yang kosong. Meja tersebut ditenungnya lama. Di dalam kepalanya sarat dengan masalah. Dia masih belum jumpa cara untuk mengambil rantai tersebut. Dalam pada masa yang sama, dia seperti merasa bahawa Danny semakin jauh darinya. Mengapa?

“Kau kenapa Vellina? Tenung meja macam nak makan. Bukan ada makanan pun atas meja ni.” Vanessa tersentak. Dia memandang Monica yang tersengih.

“Saja aje. Bosan. Tak tahu nak buat apa.” Vanessa balas tanpa perasaan.

“Argonkan ada. Apa susah. Pergilah borak dengan dia. Mesti kau tak bosan,” Vanessa tersentak buat kali ke-2. Dia memandang Danny. Kenapa Danny kata macam tu? Macam cemburu. Tapi mungkin perasaannya aje. Vanessa buat tidak dengar dan terus memandang meja di hadapannya.

“Kau kenapa Danny? Nak kata perli, memang bunyi macam perli. Nak kata kau cemburu. Kau tak pernah suka Vellina pun. Kenapa dengan kau?” Tiara bersuara. Mahu meletup jantung Vanessa. Danny di sebelah di pandang sekilas sebelum menjatuhkan pandangannya ke meja semula. Danny diam tidak berkata apa-apa. Vanessa bosan. Perutnya berbunyi minta di isi. Para guru Silvery School langsung tidak muncul. Beberapa minit menunggu makanan terhidang di atas meja serentak itu para guru masuk memenuhi meja di hadapan sekali.

“Baru sekarang muncul. Tadi tak muncul-muncul.” Rungut Vanessa perlahan.

“Kami minta maaf kerana lambat sampai di dewan makan. Kami ada mesyuarat tadi dan mesyuarat tersebut terlanjak. Selamat perut saya berbunyi kalau tidak saya tak ingat pukul berapa sekarang.” Gurauan Encik Stephenie iaitu pengetua sekolah mendapat reaksi. Pelajar-pelajar termasuk para guru tergelak mendengar guaruannya. Vanessa pula tersenyum nipis.

“Tanpa membuang masa, saya menjemput kamu semua makan. Saya pasti perut kamu semua semestinya lapar dan berbunyi minta di isi. Jadi mari kita makan,” selesai berkata sedemikian. Semua pelajar bersorak gembira. Mereka makan makanan yang terhidang dengan begitu lahap sekali. Vanessa hanya mengambil steak ringan.

Entah kenapa dia rasa kenyang tiba-tiba. Monica dan Tiara pula mengambil buah-buahan. Malam-malam sebelum tidur, mereka hanya akan makan buah-buahan sahaja. Danny dan Slyer pula mengambil makanan berat. Lelaki sememangnya akan makan makanan yang berat sebelum tidur. Vanessa memandang Argon. Tanpa di sangka pandangan mereka bertaut. Vanessa menghadiahkan senyuman kepada Argon. Argon membalas senyuman tersebut. Tiara dan Monica berdehem.

“Kalau nak berbalas-balas senyuman pun, tunggulah esok. Malam ni makan dulu. Nanti dah kenyang tengok senyuman kekasih hati tak larat nak makan pula.” Monica berkata sambil membelek-belek buah epal di tangannya. Tiara pula sibuk memilih buah yang disukai. Vanessa ketap bibir kerana di tegur begitu. Depan Danny pula tu. Vanessa tidak membalas kata-kata Monica. Dia tidak tahu sama ada Monica memerli atau menyindirnya. Malas hendak ambil tahu. Vanessa bangun dari kerusi dan menuju ke luar dari dewan makan. Dia mula berjalan ke bulatan tengah yang terdapat di lantai.

Tiango Dienda,” Tangga muncul di hadapannya. Vanessa dengan pantas menaiki tangga tersebut dan merebahkan diri di sofa ruang tamu. Dia tidak tahu kenapa dia tiada selera untuk makan. Sebab kata-kata Monica? Tidak. Vanessa tidak jadi berdiri apabila ada seseorang memanggil namanya. Dia memaling muka ke arah suara tersebut.

“Danny?” Vanessa menyebut nama Danny dengan perlahan.

“Kau buat apa dekat sini Danny? Dah habis makan ke?” Soal Vanessa berterusan. Danny melangkah menghampiri Vanessa. Vanessa memandang pelik ke arah Danny. Danny duduk di sebelah Vanessa.

“Aku dah habis makan. Saja aje balik bilik cepat. Takut kau bosan.” Balas Danny perlahan.

“Hei.. mana ada aku bosan. Aku balik bilik sebab aku ..... aaaa....aku... aku nak tidur.” Tergagap-gagap Vanessa hendak mencari alasan. Memang dia bosan sebenarnya. Tapi tak kan nak mengaku lepas dia tak mengaku dia tak bosan. Jatuh air muka nanti.

“Yalah tu. Ingat aku tak tahu.” Balas Danny. Selepas itu, suasana sepi. Vanessa telan air liur. Dia tidak tahu hendak cakap apa pada Danny. Dia tidak tahu kenapa dia rasa tidak selesa bila.

“Kau dengan Argon kekasih ke?” Tiba-tiba Danny bertanya. Vanessa terdiam seketika.

“Taklah. Cuma.. aku dengan dia.. Macam mana nak cakap eh.. urm...” Vanessa mencari ayat yang sesuai untuk menyatakan hubungannya dengan Argon.

“Saling menyukai?” Danny bertanya. Vanessa terpana. Vanessa gigit bibir bawah.

“Macam tu lah kut.” Vanessa jawab dengan nada perlahan.

“Argon tu kacak bukan. Mata dia warna ungu pekat. Rambut dia pun warna ungu. Memang ramai peminat dia tu.” Tanpa bertanya Danny memberitahu. Aku tarik senyum.

“Ya, dia memang kacak. Senyuman dia boleh buat orang jatuh hati.” Vanessa menyambung tanpa perasaan. Apabila mengenangkan Argon. Keinginan dia untuk mendapatkan rantai biru tersebut menggunung.

“... termasuk kau,” Danny menyambung kata-kata Vanessa. Vanessa terdiam buat kali ke-2.

“Kenapa diam?”

“Tak tahu nak bagi reaksi apa.”

“Kenapa tak tahu? Patutnya kau bagi reaksi yang gembira.”

“Entah..”

“Aku masuk tidur dulu. Mengantuk.” Vanessa dengan pantas bangkit dari sofa dan masuk ke bilik. Dia memegang dadanya. Entah kenapa dia terasa lain macam dengan apa yang Danny cakapkan. Kenapa?