Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Sunday, December 5, 2010

Revenge 3 : Yesterday is history, Today is ........





Saliva terbangun apabila mendengar bunyi kicauan burung. Dia tersenyum memandang keluar tingkap yang sudah terbuka. Di dalam hati dia sudah tahu semestinya Mak Cik Gin yang buka. Jam di dinding menunjukkan pukul 7.30 pagi. Dia bangun dari pembaringan dan mula berjalan menuju ke almari. Apabila dia hendak menarik keluar bajunya dari beg pakaian, Mak Cik Gin muncul bersama-sama sepasang pakaian. Saliva memerhatikan Mak Cik Gin yang berjalan mendekatinya.

“Pakai baju ni ya Saliva,” ujar Mak Cik Gin. Dia menghulurkan pakaian tersebut kepada Saliva. Saliva mengerutkan dahinya.

“Macam mana mak cik tahu nama saya? Saya belum lagi beritahu nama saya.” Pakaian yang dihulurkan tidak di sambutnya. Dahinya berkerut memandang ke arah Mak Cik Gin.

Mak Cik Gin tersenyum, “Adik kamu, Zella beritahu mak cik 2 hari semalam. Masa tu kamu tak sedarkan diri lagi. Adik kamu banyak sangat menangis, dia belum bangun lagi tu. Nanti kamu lawat dia selepas kamu sudah mandi. Baju ni, kamu pakai ya.”

Saliva terdiam, dia teringatkan adiknya. Dia betul-betul terlupa hendak bertanya mengenai adiknya semalam. Baju yang dihulur, di sambutnya.

“Terima kasih mak cik. Saya tak tahu macam mana hendak balas jasa baik mak cik,” ujar Saliva dengan lirih. Mak Cik Gin tersenyum.

“Lepas kamu selesai mandi nanti, kamu terus pergi ke meja makan ya. Mak cik tunggu kamu dan adik kamu. Tempat makan berada di bawah tahu, kamu turun tangga dan belok kiri.” ujar Mak Cik Gin. Selepas itu, dia keluar dari bilik Saliva meninggalkan Saliva keseorangan di situ. Saliva mula melangkah menuju ke tandas.

*****

“Akak!!” Jerit Zella dengan kuat. Zella sedang duduk di meja makan. Saliva memerhatikan baju Zella. Adiknya itu memakai baju t-shirt berwarna hitam dan seluar berwarna hitam. Saliva tersenyum melihat adiknya. Dia berjalan menuju ke adiknya dan mengambil tempat di sebelah adiknya. Mak Cik Gin gembira melihat mereka berdua. Dia terasa bahagia apabila melihat keletah Zella dan Saliva. Belum pernah dia berasa segembira ini selepas 2 orang insan yang di sayanginya hilang 3 tahun yang lepas.

“Selamat pagi mak cik,” ujar Saliva dengan gembira. Dia memakai baju t-shirt berwarna hitam serupa dengan adiknya itu. Mak Cik Gin hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum. Zella pula mula makan makanan yang sudah terhidang di atas meja.

“Mak cik masak apa hari ini?” Tanya Saliva dengan senyuman.

“Mak cik masak Skitcy. Cubalah,” balas Mak Cik Gin. Dia menyendukkan Skitcy ke dalam pinggan Saliva dan menuangkan air tinse ke dalam cawan untuk Saliva.

“Sedap betul bau Skitcy ni. Pandai mak cik masak. Bau sedap mesti rasa pun sedapkan mak cik,” dengan riangnya Saliva berkata. Mak Cik Gin ketawa gembira.

“Ada-ada aje kamu ni. Makanlah lepas sudah, mak cik nak cakap sesuatu dekat kamu berdua.”

“Apa dia mak cik?” Tanya Saliva.

“Makan dulu, lepas makan baru boleh mak cik beritahu,” balas Mak Cik Gin. Saliva menganggukkan kepalanya dan mula menyuapkan Skitcy ke dalam mulutnya.

“Waaaa..... sedapnya mak cik! Pandai mak cik masak! Hari-hari macam ni, mesti perut saya buncit,” Saliva membuat lawak. Zella dan Mak Cik Gin sudah ketawa.

“Pandai betul kamu nak buat mak cik gembira ya. Senang hati mak cik kalau kamu suka. Nanti mak cik masak makanan yang lain pula,”

“Tak sabar nak mencuba makanan yang lain. Mesti lagi sedap,” balas Saliva. Zella hanya menganggukkan kepalanya. Walaupun perangainya seperti kanak-kanak yang berumur 5 tahun, namun sebenarnya dia berumur 8 tahun dan tentu sahaja dia mengetahui apa yang dicakap oleh kakaknya.

*****

Saliva terkedu, Zella pula hanya memandang kakaknya. Mereka tidak tahu hendak memberi reaksi yang bagaimana. Mak Cik Gin memandang mereka dengan penuh harapan.

“Betul ke mak cik?” Tanya Saliva mendapatkan kepastian. Dia mengetap bibirnya lalu menganggukkan kepalanya perlahan. Mak Cik Gin tersenyum gembira.

“Terima kasih. Sekarang kamu berdua panggil mak cik dengan panggilan ibu. Bolehkan?”

“Baik ibu!” Saliva dan Zella menjawab. Mak Cik Gin tersenyum. Dia memandang anak angkatnya dengan perasaan bahagia yang tak terkata. Bagi Saliva dan Zella, mereka juga bahagia kerana punya ibu untuk bermanja. Bagi mereka bertiga, semalam adalah sejarah dan hari ini merupakan permulaan yang baru!

1 comments:

intrigue said...

ingatkan mak cik gin orang kingdom tu..