Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Sunday, December 12, 2010

TWINS - Bab 7

Lya segera meninggalkan Shin dengan hati yang tenang. Dia kini tidak perlu gusar dalam melindungi Kara. Kini tanggungjawab itu sudah terbahagi dua. Lega. Itu yang dirasakannya. Dia segera mencari Kara. 'Masa ni mesti dia dengan Anne duduk di atas bangku bawah pokok tu,' katanya di dalam hati. Dia berlari-lari anak untuk segera tiba dan makan bekalnya. Setibanya dia di setu, kelihatan bekalnya dan bekal Kara juga bekal Anne masih di situ tetapi batang hidung rakannya langsung tak kelihatan.

'Hm, tak mengapalah. Baik aku makan dulu. Perut pun dah meragam ni. Hehe.' Dia segera mencapai bekalnya dan terus memulakan suapan. Hingga tiba ke suapan terakhir, kelibat rakannya masih belum kelihatan. Dia jadi bingung. Dirasakan ada sesuatu yang tak kena. Dia bergegas ke tandas. Tiada. Dia terus ke kelas. Tiada. Hampir satu sekolah dia mencari mereka namun tidak berhasil. Hanya satu sahaja yang bisa dia lakukan sekarang. Ya, Shin!

Dia bergegas menuju ke kelas Shin. Dia melihat sekeliling, mencari kelibat lelaki itu. Kebetulan Shin juga sedang memandang ke arahnya. Bagaikan mengerti kedatangan Lya ke kelasnya, dia segera keluar dari kelas. Rakan-rakannya mengusik saat terlihatkan bayang Lya di luar kelas. Dia hanya tersengih. 'Apa-apa sajalah kawan aku ni.'

"Shin, Kara dah hilang." Shin terpaku.

"Apa maksud awak?" Tanyanya kepada Lya yang berdiri setentang dengannya.

"Saya tak tahu macam mana nak cerita tapi saya dah cari satu sekolah. Langsung tak ada kelibat Kara dan Anne. Saya juga dah tanya rakan sekelas mereka tetapi mereka juga tak tahu ke mana Kara dan Anne telah pergi. Saya khuatir kalau-kalau Anne ada niat jahat terhadap Kara."

"Betul awak dah cari satu sekolah ni?"

"Takkan lah saya nak tipu. Apa yang saya akan dapat kalau saya menipu? Makin susah nak cari Kara adalah," balasnya. Kening shin kelihatan berkerut. Mungkin sedang berfikir bagaimana dan di mana untuk mencari Kara.

"Hm, awak kan ahli sihir dari negara Xune. Takkan awak tak boleh nak jejak dia." Lya tergamam. Serentak dengan itu, dia menepuk dahinya sendiri. Bagaimanalah dia boleh terlupa tentang itu. Dia menghela nafas seterusnya menutup matanya. Dia bagaikan menerima satu bayangan. Kelihatan sebuah rumah banglo yang ditinggalkan. Tidak lama kemudian dia membuka matanya. Pening seketika.

"Saya dah tahu dia di mana. Saya akan ke sana sekarang juga. Maaf kerana mengganggu awak," katanya setelah pulih dari rasa pening yang dialaminya sebentar tadi. Dia memusingkan badannya. Ingin beredar tetapi dihalang oleh Shin.

"Saya ikut sekali."

***


"Awak ni biar betul. Dari tadi kita lalu jalan ni. Saya rasa awak tersilap lah," kata Shin kepada Lya yang berjalan di hadapannya. Lya memandang geram. 'Takkan lah firasat aku salah. Selama ni tak pernah salah pun.'

"Sekejap. Biar saya cuba tengok sekali lagi." Dia terus menutup matanya. Cuba untuk menenangkan hati yang sedang gundah. Kali ini dia terlihat jalan yang harus dilalui. Segera dia membuka matanya. Memandang ke arah Shin dengan senyuman menghias wajahnya.


"Sekarang, awak ikut saya," katanya kepada Shin yang sudah mula mengelamun. Shin sedikit tersentak tetapi segera mengangguk.

Setelah lebih kurang sepuluh minit, mereka tiba di halaman rumah banglo tersebut. Mereka terpukau melihat keindahan senibina rumah itu biarpun warnanya sudah luntur. Bagai tersedar dari mimpi, mereka segera melangkahkan kaki ke perkarangan rumah. Namun, bagaikan ada satu kuasa yang menghalang mereka daripada masuk sehingga menyebabkan mereka terpelanting ke belakang.

"Sihir," kata Lya sambil matanya memandang rumah itu. Dia sedang memikirkan bagaimana untuk menghancurkan sihir yang menghalang mereka itu. Dia menutup matanya. Cuba untuk menumpukan sepenuh perhatian manakala Shin pula sudah mengeluarkan pedang Erz miliknya. Dia cuba menghentam dinding penghadang itu namun usahanya tidak membuahkan hasil. Lebih malang lagi, pedangnya tercampak ke belakang. Mujur sahaja tidak patah dua.

Tidak lama kemudian, sihir tersebut telah dapat dipecahkan oleh Lya. Dia memberi isyarat agar Shin membuntutinya. Lya menolak daun pintu rumah itu. Sangkanya malang hanya pada sihir tadi. Tidak disangkanya ada tetamu yang menunggu mereka. Mereka bukan manusia tetapi patung yang bernyawa. Bukan satu, bukan dua tetapi sepuluh semuanya. Muka mereka semakin tegang.

"Kita separate. Awak cari Kara. Biar saya handle mereka ni," kata Shin tiba-tiba. Lya memandangnya.

"Tak! Saya takkan pergi sorang-sorang. Kita handle mereka sama-sama," balasnya.

"Jangan. Nanti terlambat pula nak selamatkan Kara."

"Tak boleh!" Lya segera membaca mantera untuk menghapuskan patung-patung itu. Shin pula menghunuskan pedangnya untuk mencincang patung itu. Nasib mereka agak baik kerana semua patung-patung itu terus tumbang apabila mereka menyerang.

***


"Anne! Lepaskan Kara!" Jerit Lya. Anne memandangnya. Tersenyum sinis. Dia menghulurkan tangannya. Membaca sedikit mantera lantas menujukannya kepada Lya. Lya yang cuba untuk menghampiri Kara hampir terkena sihir yang Anne tujukan itu. Mujur sahaja Shin sempat memantulkan sihir itu sebelum mengenai Lya.
Sebaik sahaja Shin memantulkan sihir itu, kelibat Anne terus hilang.



"Awak tak apa-apa?" Tanya Shin. Lya terpaku. Ada suatu keanehan yang dirasakan olehnya. Seperti.......ah....dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk mengatakannya.

"Ah...tak...tak....saya tak apa-apa. Macam mana ni? Apa yang perlu kita buat sekarang? Saya tahu, Anne pasti sudah menyihir Kara. Dan Kara pasti takkan dapat sedar selagi bukan Anne yang lepaskan. Apa yang perlu kita lakukan sekarang?" Tanya Lya pula. Dia tidak sanggup untuk memandang Shin. Malu rasanya.

"Kita bawa dia jumpa Clara."

2 comments:

in_an said...

bestnye...sambung lg ye...

Anonymous said...

best tapi kenapa tergantung.., bila nak sambung..