Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Monday, January 10, 2011

Phase 3 : Kindness


Kindness

            “BERAPA lama dia akan tinggal sini?” soal puan Rena sambil memandang Morgan yang sedang duduk disudut restaurant. Kelihatan semakin banyak pelanggan yang datang, dan tentunya kebanyakan pelanggan itu adalah kaum lelaki. Ada juga yang datang berkunjung dengan teman wanita tapi pasangan itu keluar semula selepas si gadis mendapat tahu teman lelakinya datang ke restoran itu hanya kerana Morgan. Tapi yang pasti tukang masak dan Rita yang mengalami kesulitan kerana terpaksa melayani pelanggan-pelanggan yang semakin lama semakin banyak.
            “Tak tahulah…dia hanya cakap carikan aku rumah. So, boleh dia tinggal kat tingkat atas?” kata Ace lagi. Puan Rena berfikir. Dia memandang restouranya yang dipenuhi pelanggan. Ada baikanya wanita ini tinggal ditingkat atas, aku juga yang dapat maanfaatnya. Puan Rena ketawa dalam hati.
            “Tengoklah restaurant ni, banyak pelanggan. Tentulah dia boleh tinggal di sini sampai dia dapat cari rumah tumpangan. Nasib baik kau jumpa dia Ace,” kata Puan Rena sambil menepuk kecil bahu Ace. Ace tergelak kecil.
            Morgan sekadar mendiamkan diri, sebenarnya dia sudah mendengar semua  perbicaraan mereka tadi. Dia tahu dia dipergunakan, tapi dia terpaksa tinggal didunia manusia buat sementara waktu utnuk mengawasi Azera dan juga The Black Demon.
            “Okey, aku bagitau dia,” puan Rena menganggguk.Ace terus menghampiri Morgan dan duduk dihadapannya.Morgan memandang Ace. Riak mukanya masih seperti ice cube. Dingin saja.
            “Em..kata tuan punya restaurant kau boleh tinggal kat sini,”
            “Berapa lama?” soal Morgan pura-pura tidak tahu.
            “Sehingga kau dapat cari rumah?”
            “Okey. Boleh tunjukkan aku di mana biliknya?” kata Morgan.
            “Di sini!” Ace bangkit sambil menuding tangga dengan ibu jari.Morgan bangkit menyusul Ace manaiki tangga itu.Semua pelanggan mengejar langkah Morgan dengan mata,ada juga yang rasa kecewa sebab Ace membawa gadis jelita itu untuk naik ke atas.

*****
           
            “HELLO, Morgan?!” kata Lord El-Voq seakan terkejut,serentak itu para Elders terus bangkit dari duduk.
            “Eya, it’s me,” jawab Morgan.Lorg El-Voq segera meletakkan earphone yang bersambung dengan satu cermin mata berwarna hijau diatas meja dan cermin mata yang hanya satu itu serta-merta memancarkan tubuh Morgan di tengah-tengah meja persidangan. Para Elders kembali duduk.
            “Azera terlepas dari Moonstone Hill,” lapor Morgan.
            “Macam mana keadaan di sana?” soal Lady Ratna.
            “Belum ada kekacauan lagi..dan menurut pandangan aku, aktiviti mereka semakin berkurangan. Azera pula belum memulakan aku tak dapat kesan dia,” lapor Morgan lagi.
            “Sebelum itu Morgan.Kamu takda apa-apa??” soal Lord El-Voq risau akan keadaan Morgan.
            “I’m okey. Buat masa sekarang aku belum boleh balik ke Moonstone Hill. Kalau ada apa-apa nanti, aku akan memaklumkan,” tubuh Morgan terus lesap bermakna talian sudah dimatikan.Lord El-Voq mengeluh. Jari-jemarinya saling bersentuhan separas dengan dadanya.
            “Bagaimana sekarang Elder El-Voq?” soal Lucas.
            “Kita tunggu berita dari Morgan sementara itu tolong kumpulkan semua senior Warlock dan Witches. Morgan akan memerlukan mereka bila-bila masa sahaja,” kata Lord El-Voq pula lantas berdiri dan beredar dari dewan persidangan itu.

*****

            Morgan terduduk lemah sambil memegang pinggangnya. Jaket yang diberi oleh Ace segera dibuka.Dahinya sudah menitiskan peluh. Ruang yang kecil dan dipenuhi dengan kotak-kotak membuatkan dia kepanasan.
Morgan memandang pinggang disebelah kanan,terasa cairan di corestnya.Zip yang terletak ditengah-tengah corest ditarik kebawah.Corset itu dibuka.Rupanya Azera berhasil mencederakan Morgan dalam letupan yang membuatkan dia terhumban keluar dari Dunia Moonstone Hill. Kayu yang sebesar jari telunjuk itu ditarik keluar. Saat dia mengeluarkan cebisan kayu itu,darah pekat terpecik keatas lantai.Wajahnya sudah berkerut,menahan sakit.Dia menekup lubang luka itu dengan tapak tangan.
            “You bleeding!” tiba-tiba Ace masuk tanpa mengetuk pintu.Morgan tersentak dia lantas berdiri.Niat untuk menyembuhkan luka itu mati.Wajahnya berkerut berjuta-juta lapisan. Kenapa aku tak boleh ramal kedatangan dia?
            “Kau tak pandai ketuk pintu?” soal Morgan dalam nada rendah tapi dalamnya sudah terbakar.
            “Maafkan aku..pintu terbuka,” kata Ace pula.
            “Itu tidak bermakna kau boleh masuk sesuka hati. Keluar!” kata Morgan,mata ungunya tajam menikan Ace.
            “Tapi kau luka. Biar aku ubatkan. Aku ambil First Aid,” belum sempat Morgan membalas,Ace sudah bergegas keluar dari bilik itu.Morgan mendengus lalu  keluar dari bilik itu.Badannya terhinjut-hinjut ketika berjalan.Dia akan tinggalkan restaurant itu dan cari tempat tinggal lain.Dia benci apabila orang lain mencampuri urusannya.

            “BOS, nampak perempuan rambut ungu tu tak?” soal Ace sambil meletakkan kotak First Aid diatas meja.
            “Dia dah keluar tadi dan dia tinggalkan jaket tu,” jawab Puan Rena sambil memuncungkan mulutnya kea rah jaket yang terletak di sudut meja tempat Morgan duduk sebelum itu.Ace mendengus perlahan.
            “Kenapa kau nampak risau aja?” kata Puan Rena pula apabila melihat wajah Ace berkerut.
            “Takda..bos aku off!” katanya lantas membawa First Aid itu keluar dari kedai.Puan Rena sekadar memandang Ace keluar dari restaurant itu. Seketika kemudian, Rita datang.
            “Ace pergi mana?” soalnya.Puan Rena sekadar mengangkat bahu tanda tidak tahu.Dahi Rita berkerut. Takkan dia kejar perempuan rambut ungu tu?


            “Violet!” panggil Ace kuat.Violet itu merujuk kepada Morgan,sebab mata dan rambutnya berwarna ungu.Kalau dia panggil purple, nanti orang ingat dia panggil binatang peliharaan pula.Dia pasti Morgan tidak jauh dari tempat itu,lagipun Morgan tercedera.Dia harus mencari Morgan.
            “Violet!!” panggilnya lagi.Ace sudah pun berada di taman yang terletak agak jauh dari restaurant.Tiba-tiba,dia ternampak beberapa kanak-kanak sedang mengerumuni kurabut yang besar itu.Kelihatan budak-budak itu memasukkan tangan mereka ke dalam lubang dan tangan mereka seperti menarik sesuatu.Seperti benang yang lurus berwarna ungu.Ace tersentak.Jangan-jangan…Dia segera meluru ke tempat itu dan memang tepat jangkaannya.Morgan sedang duduk sambil matanya tertutup.
            “Abang, anak patung ni hiduplah,” kata salah seorang dari kanak-kanak itu.Ace tersenyum kelat.Dia bukan patung…
            “Adik,dia ni bukan patung..”
            “Jadi dia ni robot?” potong mereka lagi.Ace menggeleng kemudian menganguk sekali.
            “Lebih kuranglah,” jawabnya,memang betul pun Morgan seperti robot,mukanya keras macam ice cube.
            “Cantiklah… tapi robotkan takda darah?” kata mereka pula.Ace tersentak.
            “Em..adik tolong ke tepi,abang nak bawa dia ke hospital,” Ace masuk ke celah-celah budak-budak itu lalu membawa Morgan keluar dari lubang tersebut.Morgan digendong di belakangnya.Wajah Ace serta-merta berubah merah,urat-urat di dahinya mula timbul.Oh..God, beratnya!
            “Abang, beratkah?” tanya budak-budak itu pula apabila menyedari perubahan air muka Ace.
            “Kau ni, robot memang beratlah, jaga-jaga ya abang!” Ace tersenyum kelat.Menyesal aku cakap dia robot..
            Budak-budak itu melambai-lambai pemergian Ace, sementara Ace sudah seperti nenek tua yang berumur lebih 80 tahun, kakinya tidak dapat melebarkan kakinya pun.
            “Aku taknak hospital…aku cuma perlu rehat..” bisik Morgan.Ace memandang Morgan dengan ekor mata.Lebih baik aku tak lawan cakap dia,kang dia lari lagi..
            “Okey!” jawab Ace sepatah.Kemudian meneruskan perjalannya.Mungkin Morgan sudah terlalu penat, sehinggakan tidak mampu untuk menggunakan healing power.

*****

            “ACE!!” jerit Rita sambil meluru ke dapur.Kelihatan Ace sedang menyediakan makanan.Ace yang terkejut segera paling belakang dan meletakkan jari telunjukkan ke mulut.Rita berdiri dihadapannya sambil memeluk tubuh,air muka jelas menampakkan yang dia tidak puas hati tentang sesuatu.
            “Kenapa kau bawa dia balik ke rumah kau?” soalnya lagak seperti seorang kekasih.Kening masih dalam bentuk V.
            “Cubalah faham..tingkat atas restaurant tu sempit,lagi pun dia cedera.Takkan aku nak biarkan dia macam tu aja,” Rita menghampiri Ace.
            “Kenapa kau pula yang perlu bertanggungjawab? Dia bukannya ada kena-mengena dengan kau. Siap sediakan makan lagi!”
            “Ini untuk mama dan juga untuk dia. Jangan risaulah, aku bukan nak buat apa-apa dengan dia pun.Aku cuma nak tolong,”
            “Aku tau, tapi kau tak kenal dia. Mungkin dia nak ambil kesempatan dengan kau atau dia tu pencuri. Siapa tau, kan?” kata Rita lagi seakan menghasut Ace.
            “Rita, bertenang…jangan cepat buat kesimpulan. Duduk dulu,” kata Ace sambil menarik Rita untuk melabuhkan punggung.Segelas air diletakkan diatas meja.
            “Kau ni… jangan terlalu baik dengan orang. Nanti kau yang kena Ace,” Rita mengingatkan.Ace tersenyum.
            “Aku tahu,” katanya sambil menghadap kembali masakannya. Sup yang ada di dalam verse pot di masukkan ke dalam mangkuk kecil lalu diletakkan atas dulang.
            “Kau nak hantar ke mana tu?” soal Rita lagi.
            “Ataslah,” jawab Ace. Rita segera berdiri.
            “Biar aku hantarkan, dan aku akan tidur sini malam ini. Biar aku yang jaga dia,” kata Rita pula sambil mencapai dulang itu.Ace tersenyum.
            “Ah, baguslah tu…lagi pun aku tak tidur di sini malam ni. Tolong jaga dia,ya?” kata Ace. Dahi Rita berkerut semula.
            “Kau nak tidur mana?” soalnya.
            “Mana-mana, lagipun aku nak jaga mama malam ni,” Ace membuka apron di tubuhnya lalu disangkutkan semula ke penyangkut.
            “Pergilah hantar, kalau dah sejuk tak sedap lagi. Aku nak pergi hospital sekarang” arah Ace pula.Rita terkulat-kulat.Niatnya untuk bersama Ace malam ini tidak tercapai.
“Dan lagi..sebelum masuk, ketuk pintu dulu,” tambah Ace seperti mengingatkan Rita. Lunch box yang terletak diatas bar memasak dicapai lalu beredar.Rita mendengus.
            “Eh..menyusahkan betullah perempuan ni..” rungut Rita lalu keluar dari dapur dan menaiki tangga menuju ke bilik Ace .Pintu bilik yang tertera nama Ace itu diketuk tiga kali.Tiada sahutan.Pintu terus dibuka.Rita melangkah masuk.Kelihatan Morgan sedang berbaring atas katil.Rita mengetap bibir. Dulang diletakkan kasar atas meja Ace ditepi katil.
            “Ini Ace buatkan kau,” kata Rita,suaranya seakan terpaksa.Morgan bangkit dan terus melabuhkan punggung di kerusi.Perlahan-lahan Morgan menyuapkan nasi putih itu ke dalam mulutnya.Sup yang ada di mangkuk dibiarkan. Sesuadah mangkuk nasi itui kosong,sup itu pula diteguk sekali gus.Rita sekadar memerhati. Cara makan Morgan juga terlalu sempurna, tiada nasi atau titisan sup di mana-mana. Meja itu bersih.
            Dulang ditolak ke kiri,dekat dengan Rita.Lalu kembali ke katil.
            “So kau ni siapa? nampak macam kau bukan penduduk sini?” soal Rita.
            “Ya, aku bukan penduduk sini,” selimut ditarik hingga ke pinggang.
            “Nama kau siapa?” soal Rita lagi.Luar dan dalaman Morgan menarik perasaan ingin tahunya,tambahan pula dia akan rapat dengan Ace.
            “Morgan,” jawab Morgan sepatah lalu menutup rapat matanya.Rita mendengus.Faham akan maksud sikap itu.Dulang dicapai dan terus keluar.Kedengaran pintu ditutup.Morgan membuka matanya semula.Itulah dia yang dipanggil L.O.V.E..merimaskan!
           
            Sebuah pagoda yang tinggi mencakar langit tiba-tiba meletup menyebabkan semua pokok-pokok menghijau yang tumbuh mengelilingi pagoda putih itu menyusut masuk ke dalam tanah.
            Api berwarna merah kehitaman mula marak disekitar kawasan itu. Asap-asap tebal mula menyelubungi ruang udara. Dari jauh, jelas kedengaran suara teriakan dari penduduk Negara itu.
            Sekali lagi, tanah bergegar dek sebuah letupan dari arah timur, kawasan kampung yang didiami oleh penduduk miskin.
            “El-Voq!!”

            MATA Morgan terbuka luas. Peluh mula menitis didahinya. Mimpi itu muncul lagi setelah sekian lamanya. Morgan mendengus sambil mengesat peluhnya. Mungkin disebabkan kondisi tubuhnya yang tidak begitu stabil membuatkan mimpi itu menyerang lagi. Dia mengeluh kecil.
Tiba-tiba matanya terpandang susuk tubuh Rita yang sudah terlelap dimeja. Morgan menuju ke almari pakaian Ace. Kameja berwarna putih itu dibawa masuk ke dalam kamar mandi.
            Sesaat kemudian,dia keluar dengan kameja putih tersarung ditubuhnya. Tapi tali pinggang di seluar ketatnya sudah beralih di atas pinggang, terpasang di luar kameja. Rita dipandang seketika kemudian terus beredar dari bilik itu.

0 comments: