Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Monday, March 28, 2011

CUPID : Chapter 10

Henrietta

"Itu ke lelaki terhebat di abad ini kau tu? Boleh tahan juga kau ni ye. Patutla beria-ia ubah gaya ni." perli Elis. Makanan di hadapannya tidak disentuh. Dia memandang wajah Henrietta meminta penjelasan.

Henrietta mengangguk lalu tersenyum. Dia kelihatan bahagia dan tersengih seorang diri membuatkan Elis menampar pipinya perlahan.

"Jangan sengih-sengih macam tu di tempat awam ni boleh tak? Aku tak nak dikatakan berkawan dengan orang gila." tegur Elis sambil memandang kiri dan kanan. Henrietta terbatuk kecil lalu mengambil sudu dan menyuapkan makanannya dalam mulut. Selepas itu dia kembali tersengih sambil ketawa kecil.

"Kau jangan marah aku kalau aku tinggalkan kau kat meja makan ni sorang-sorang. Dah le memandai cakap nak bawa aku sekali pergi dating. Aku pun ada hal sendiri juga tau." marah Elis lagi.

"Janganlah marah. Aku segan sebenarnya tadi. Lagipun kami bukan keluar berdua saja. Ada sorang lagi kawan kami, lelaki. Takkanlah aku sorang saja perempuan. Kawan aku tu kacak juga tau." pujuk Henrietta cuba memancing minat Elis.

"Kau ingat aku suka ke lelaki hensem hah? Mereka tu tak boleh diharap." kata Elis lagi.

"Taklah. Kawan aku ni memang baik. Aku pasti kau mesti suka pada dia." balas Henrietta.

"Habis tu kenapa kau tak suka kawan kau tu pulak?" tempelak Elis lagi. Bukan mudah memujuk gadis itu.

"Sebab aku sukakan orang lain." bisik Henrietta sambil tersenyum-senyum lagi. Elis mencebik dan memandang Henrietta dengan satu pandangan yang menyindir. Tetapi, dia pasti dia akan terpaksa mengikut gadis itu juga nanti.

Malam itu Henrietta menelefon Asran. "Maaflah, saya tak ikut nasihat awak. Saya dah bercakap dengan Lex malah dah memaafkan dia."

Kedengaran suara Asran mendengus kecil. "Nak buat macam mana, awak cepat sangat cair dengan dia. Tapi, tak apalah kalau dia dah ajak awak keluar. Tapi, mesti awak kecewa, kan?" kata Asran. Mulutnya kedengaran berbunyi penuh. Henrietta pasti dia sedang mengunyah makanan.

"Kenapa pulak?" soal gadis itu hairan.

"Yelah. Sebab awak tak boleh keluar berdua saja dengan dia." jawab Asran sambil ketawa terkekeh-kekeh. Gemar sungguh dia mengusik Henrietta.

Wajah Henrietta menjadi panas. Memang itulah yang bermain difikirannya tadi. Asran seperti dapat membaca fikirannya dengan mudah, malah mengambil kesempatan untuk mengusiknya.

"Sudahlah. Saya nak letak telefon!" kata Henrietta cuba menahan malu. Namun kedengaran Asran memanggilnya.

"Esok petang, turun ke padang. Awak boleh tengok kami berlatih bola. Perlawanan dah dekat." beritahu Asran cuba meneutralkan keadaan sebelum mematikan telefon. 

Malam itu Henrietta tidak dapat melelapkan mata. Dia hairan bagaimana keadaan boleh berubah setibanya Asran disisinya. Asran seolah-olah menjadi penyelamatnya sejak akhir-akhir ini. Akhirnya dia tertidur juga, mengharapkan Lex yang hadir dalam mimpinya.

Namun, orang yang muncul dalam mimpinya malam itu bukannya Lex tetapi Asran. Dia bangun pada keesokan harinya dalam keadaan bingung.

Pagi itu seperti biasa Asran tersengih melihatnya sebelum duduk di sebelah Lex. Dia tidak lagi duduk disisinya seperti dulu. Untuk seketika dia terkenangkan mimpinya semalam. 

Asran hadir dalam mimpinya dan mencium dahinya sebelum hilang secara tiba-tiba. Badannya menjadi hangat memikirkan Asran yang telah mencium dahinya di dalam mimpi.

Henrietta segera memandang ke hadapan kelas. Kemudian dia menggeleng-gelengkan kepala. 

Asran yang perasan akan perubahan gadis itu hanya memandangnya dengan tanda tanya.


Lex

Hati Lex melonjak-lonjak petang itu. Henrietta sedang duduk di tepi padang bersama beberapa rakan sekuliah mereka dan memerhatikannya berlatih. Entah kenapa semenjak dua ini fikirannya hanya ada Henrietta. Malah di dalam kelas, matanya sentiasa melirik memandang gadis itu yang duduk beberapa baris di hadapannya.

Dia menjadi semakin sensitif dengan kewujudan Henrietta. Telinganya akan cepat menangkap perbualan dan gelak tawa gadis itu. Matanya pula sentiasa mencari-cari kelibat Henrietta di mana-mana. Apabila dia terpandang Henrietta, hatinya berdegup sedikit kencang.

Apabila dia menyuarakan rasanya itu kepada Asran, lelaki itu ketawa terbahak-bahak. Asran memegang tangan kanannya lalu meletakkannya di dada.

"Tanyalah hati kau sendiri." katanya.


Sepanjang minggu itu Lex dan Henrietta banyak meluangkan masa bersama. Tak kira di kafetaria, di kelas, mahupun di perpustakaan. Lex yang bijak itu selalu menawarkan diri membantu Henrietta dalam pelajaran yang tidak difahaminya. Kadang-kadang sahaja mereka akan disertai oleh Asran.

Asran pula berjanji akan bermain untuk pasukan universiti ketika perlawanan bola sepak mereka yang akan diadakan kurang dari dua minggu lagi. Mereka bertiga menjadi semakin akrab. Henrietta tidak lagi kelihatan seperti gadis pendiam atau pemalu di dalam kelas.

Lex semakin teruja menghitung hari untuk keluar bersama-sama gadis itu pada hujung minggu ini.

**********

Hari yang dinanti-nantikan kedua-dua mereka tiba juga akhirnya. Pada pagi Sabtu yang cerah dan nyaman itu, kami berempat berkumpul di perkarangan universiti. Aku menawarkan diri menjadi pemandu memandangkan aku seorang yang mempunyai kereta. Henrietta datang bersama seorang kawan perempuannya yang diperkenalkan kepadaku. Elis namanya. 

"Macam double date pulak ye." kata Elis dengan gembira. Lex dan Henrietta merenungnya dan wajah masing-masing berubah merah. Gadis bernama Elis ini kelihatan ceria dan boleh menghidupkan suasana. 

 Kedua-dua gadis itu yang membuat perancangan pada hari itu. Kami akan ke Taman Tema Flamingo yang merupakan taman tema terbesar di negara itu. Aku juga sedikit teruja kerana inilah pertama kali aku ke taman tema. Malah bersama kawan-kawan.

Nanti dulu! Kawan-kawan? Sejak bila aku menganggap mereka sebagai kawan?

Lex menunjukkan jalan sedang aku menjadi pemandu. Kedua-dua gadis itu pula berbual-bual di belakang. Kami tiba apabila hampir tengah hari. Cuaca yang cerah dan sangat baik itu sangat menyebelahi kami. Aku beharap ia akan berlanjutan hingga ke petang.  

Taman tema itu sangat luas dan kelihatan begitu ramai orang yang mengunjung, dari pasangan muda, hinggalah keluarga yang ramai. Kanak-kanak begitu seronok berlari ke sana-sini. Terdapat banyak gerai kecil yang menjual makanan ringan dan permainan kanak-kanak. Kedengaran suara-suara jeritan dari mereka yang menaiki roller coaster.

"Apa yang kita nak naik dulu?" Elis menyoal sambil menggosok-gosok gelang taman tema yang dipakai di tangan kirinya itu. Dia nampaknya tidak sabar hendak bermain. Seutas gelang plastik diberikan kepada pengunjung ketika membeli tiket tadi dan mereka diminta menunjuk gelang itu jika ingin menaiki permainan di situ.

"Jom kita naik roller coaster dulu." ajakku kepada Elis. Gadis itu mengangguk lalu kami terus berjalan ke bahagian permainan roller coaster tanpa mempedulikan Lex dan Henrietta. Begitu ramai orang beratur untuk menaiki permainan itu dan kami turut sama berdiri di belakang barisan. Kedua-dua Lex dan Henrietta mengikut dari belakang.

Sengaja kubiarkan mereka berjalan berdua dan melayan kerenah Elis. Sekali-sekala aku menoleh memandang ke arah mereka yang sedang berbual. Henrietta masih kelihatan malu namun dia sudah mula membiasakan dirinya. Lex pula nampaknya cuba bersikap gentleman. Aku tahu panah cinta Henrietta sudah mengena. Lex nampaknya sudah menyukai gadis itu.

Untuk seketika aku berdiri memerhatikan mereka yang berjalan lambat-lambat ke arah kami. Satu perasaan aneh melintasi hatiku apabila melihat mereka berdua yang begitu mesra. Aku tidak pasti kenapa tetapi rasanya hatiku terasa begitu sakit seperti dicucuk dengan duri tajam.

"Asran!" tegur Elis dua-tiga kali. Barisan semakin pendek dan kami harus bergerak ke hadapan. Aku segera sedar dan berjalan mengikutinya. 

Apabila tiba giliran kami berempat, aku duduk berdua bersama Elis dan Henrietta bersama Lex duduk di barisan hadapan kami. Apabila keretapi itu mulai bergerak, suara Elislah yang paling jelas kedengaran. Tangan kanan Henrietta merangkul erat lengan kiri Lex. Dia kelihatan sedikit takut namun langsung tidak menjerit.

Pada waktu itu, aku mula berasa mual. Tetapi aku pasti ianya bukan disebabkan oleh roller coaster yang bergerak laju itu.


Henrietta

Hari sudah petang apabila hampir kesemua permainan dinaiki mereka. Henrietta duduk kepenatan di sebuah kerusi batu. Elis masih belum puas menaiki permainan itu dan dia mahu menaiki roller coaster sekali lagi. Asran yang bersemangat juga itu pun sudah mengaku kalah. Dia dan Lex juga duduk di kerusi batu itu, kedua-duanya di sebelah kanan dan kiri Henrietta.

Asran menarik nafas panjang. "Hebat betul Elis tu ya! Perut dia boleh tahan bila naik permainan yang berpusing-pusing laju semua. Apa yang dia makan agaknya?" kata lelaki itu sambil menyandar pada kerusi itu.

Henrietta ketawa. "Dia memang tahan lasak serba-serbi."

"Awak tu pun apa kurangnya. Langsung tak menjerit bila naik roller coaster." Asran berkata. Suaranya kedengaran serius. Matanya memandang tepat ke mata Henrietta. Pandangan dari mata Asran itu membuatkan Henrietta tersentak. Anak matanya berwarna hitam pekat itu merenung wajah Henrietta tajam. Gadis itu terus memandang ke arah lain. Jantungnya berdebar-debar.

Lex tiba-tiba bangun dari kerusi. "Saya nak belikan minuman. Kamu berdua nak minum apa?" soalnya.
"Kau nak belanja ke?" soal Asran tersengih, kembali ke sifat asalnya. 
"Yalah. Sebab kau sponsor kereta hari ni." balas Lex.
"Belikan aku coke sejuk. Letak aiskrim di atas kalau ada." pesan Asran. Dia kemudian memandang Henrietta.
"Chocolate strawberry." Henrietta memesan minuman kegemarannya itu.
Lex mengangguk dan berlalu ke satu arah mencari-cari gerai menjual minuman. 

Henrietta terdiam. Dia kelihatan kekok secara tiba-tiba apabila berdua sahaja bersama Asran. Lelaki itu pula masih bersandar di kerusi. Kedua-dua mereka masih diam membisu.

Beberapa minit kemudian Asran memecahkan kesunyian itu. "Apa perkembangan awak dengan Lex sekarang?" 

Henrietta berkalih memandangnya. "Kami makin rapat. Saya dapat berbual macam biasa dengan dia." jawab gadis itu.

"Baguslah. Awak hampir dapat apa yang awak nak, kan? Semuanya sebab awak memang hebat." puji Asran. Dia tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya itu. Henrietta terpana memandang senyuman itu. Dari dahulu lagi lesung pipit Asran yang manis itu memang menarik perhatiannya namun kali ini, senyuman itu telah membuatkan jantung Henrietta berdegup laju. Berbeza dengan dahulu.

Asran segera memandang ke hadapan mereka. Matanya menangkap satu bangunan di hadapan mereka yang tertulis 'WORLD OF WALT DISNEY'. Dia bingkas duduk tegak. 

"Bukan ke cerita ikan duyung yang awak pernah bacakan dahulu ialah adaptasi kartun dari Walt Disney?" soalnya kepada Henrietta secara tiba-tiba. 

Henrietta kemudian teringatkan cerita The Little Mermaid yang dibacanya di rumah anak yatim Sunshine dahulu. "Ya. Kenapa?" soalnya hairan. Dia turut melihat ke arah bangunan di hadapan mereka itu.

"Bukankah Lex pernah cakap yang versi asal cerita ikan duyung bukan macam tu? Awak tahu tak versi asalnya?" tanya Asran. 

"Tahu. Tapi kenapa awak macam minat je dengan cerita ni?" Henrietta menyoal membali kehairanan. 

Asran ketawa kecil. "Anggap je la saya pun ada sifat feminin dalam hati." katanya sambil meletakkan tangan didada.

Henrietta tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepala. 

"Ceritanya macam ni. Ada sorang ikan duyung cantik yang tinggal dalam laut ni. Satu hari dia sengaja timbul di permukaan dan ternampak sebuah kapal. Tiba-tiba saja ribut datang dan kapal tu terbalik. Nakhoda kapal yang merupakan seorang anak bangsawan terjatuh dalam laut dan ikan duyung tu selamatkan dia dan letakkan dia di atas batu."

"Ikan duyung jatuh cinta, dan setiap hari dia akan timbul di permukaan untuk tengok lelaki tu. Dia tak dapat naik ke darat sebab dia bukan manusia dan tak ada kaki. Kemudian dia pergi berjumpa ahli sihir dalam laut dan minta untuk ditukarkan menjadi manusia. Ahli sihir bersetuju untuk memberi sepasang kaki kepada ikan duyung dengan syarat ikan duyung memberi suaranya yang sedap tu kepada ahli sihir."

Asran mendengar dengan khusyuk setiap patah perkataan Henrietta.

"Syarat seterusnya, ikan duyung mesti membuat lelaki manusia tu jatuh cinta kepadanya dalam satu tempoh masa tertentu. Kalau gagal dia akan mati."

"Mati?" Asran menyoal. Wajahnya berkerut.

"Ikan duyung tu masih bersetuju dan dia pun mendapat sepasang kaki. Dia naik ke darat dan pergi ke rumah lelaki tu dan tinggal di sana. Mereka berkawan baik, tetapi ikan duyung yang bisu tu tak dapat meluahkan perasaannya. Lelaki ni pula bercinta dengan orang lain dan berkahwin. Ikan duyung ni enggan pulang ke laut sebab dia terlampau cintakan lelaki tu dan akhirnya, dia berubah menjadi buih-buih di laut sebab cintanya yang tak kesampaian."

Henrietta menamatkan cerita.

"Penamat yang menyedihkan." Henrietta terdengar Asran berbisik sendiri.

Lex muncul dari jauh dengan membawa 4 gelas plastik minuman dan sebungkus makanan ringan. Dia turut membeli minuman yang sama dengan Henrietta untuk Elis yang masih belum kelihatan itu.

Mereka menikmati minuman di kerusi itu apabila telefon bimbit Henrietta berbunyi. Elis menelefonnya dan menyuruh mereka datang ke tempat permainan ferris wheel. Katanya dia ingin mereka menaiki ferris wheel sebelum pulang dan menamatkan hari itu.


Matahari hampir terbenam apabila mereka menaiki gondola. Taman tema itu hampir lengang dan pengunjung mula beransur pulang. Taman tema itu tidak dibuka pada malam hari. Disebabkan tidak ramai yang menaiki gondola ferris wheel pada waktu itu, Lex mencadangkan mereka menaikinya secara berpasangan.

Henrietta dan Lex menaiki gondola di hadapan manakala Asran dan Elis menaiki gondola yang seterusnya. Henrietta duduk di bahagian yang menghadap gondola di belakang manakala Lex duduk di hadapannya.

Suasana begitu romantik pada waktu itu dengan matahari yang mulai berlabuh. Warna oren senja mula mewarnai langit. 

Henrietta dan Lex terdiam sahaja sewaktu menaiki gondola itu. Masing-masing tidak banyak bercakap dan hanya tersenyum apabila mata mereka bertembung.

Sedang Henrietta begitu asyik memandang permandangan di luar, Lex tiba-tiba bersuara yang membuatkan dia begitu terperanjat. Lelaki itu telah meluahkan perasaannya terhadap gadis itu, dan dia kelihatan malu.

Henrietta mengeluh di dalam hati. Jika dulu kata-kata itulah yang paling dinanti-nantikan untuk keluar dari mulut Lex, namun sekarang kata-kata itu membuatkan dia berasa serba-salah dan berasa terbeban.

Sebabnya dia dalam hatinya kini, hadirnya seorang lagi lelaki. Dia hanya tersenyum tanpa memberi kata putus. Lex bersedia memberi masa kepadanya untuk berfikir.

Henrietta mengangkat kepala memandang gondola di belakang gondola mereka. Sekali lagi jantungnya berdegup kencang apabila terpandang Asran yang duduk menghadap gondolanya. Lelaki itu sedang merenungnya dengan muka yang serius.


Thursday, March 24, 2011

Phase 10 : The Tales Begin


The Tales Begin

            KELIHATAN seorang gadis cantik berpakaian gaun ala-ala zaman Victorian berwarna kebiru-biruan dengan rambut panjang mengurai berwarna ungu sehingga menyentuh tanah sedang menghidu haruman bunga-bunga ros yang mempunyai pelbagai warna di tepi Istana Violet Crescent. Istana Itu sudah wujud beratus-ratus tahun dahulu lagi dan gadis berambut ungu itu adalah anak ke-dua Maharaja Arcana Bloodsilver dengan Permaisuri Flora Bloodsilver.
            Sedang menikmati haruman bunga ros tiba-tiba jari telunjuknya tercucuk duri, darah pekat mula mengalir. Pantas gadis itu memasukkan jarinya ke mulut, Manahan darah itu mengalir lebih lebat lagi.
            “Puteri Morgan?” gadis yang dipanggil itu lantas dia menoleh. Kelihatan matanya bersinar berwarna ungu. Gadis itu boleh dikatakan istimwea kerana, hanya dia yang mempunyai rambut dan mata yang berwarna ungu didalam istana itu.
            “Ada apa Lilith?”
            “Permaisuri meminta Tuan Puteri untuk berjumpanya di bacaan,” sampai pembantu Morgan yang bernama Lilith itu. Wajahnya putih mulus dengan rambut berwarna coklat terang.
            “Baiklah, nanti saya pergi!” kata Morgan. Dia masih sibuk dengan jarinya yang tertusuk duri.
            “Ada apa Tuan Puteri, Tuan Puteri seperti dalam kesakitan?” soal Lilith pula sambil mendekati Morgan.
            “Tidak apa Lilith, saya boleh uruskan sendiri. Kamu boleh pergi,” kata Morgan. Sudah sikap Morgan tidak suka menggunakan khidmat pembantunya, dia lebih suka menguruskan halnya sendiri. Lilit mengundur semula.
            “Baiklah Tuan Puteri,” Lilith menurut lalu beredar dari taman itu. Morgan mengibas-ngibas tangannya menghilangkan rasa pedih ditangannya.
            “Morgan!” Morgan segera berpaling ke belakang apabila terdengar seperti ada seseorang memanggilnya tadi.
            “Abang Veil?” soal Morgan seakan tahu pemilik suara itu.
            “Ini abang, kita perlu berjumpa Morgan. Abang ada benda penting nak cakap dengan Morgan,” kata suara itu lagi. Morgan mengerut kening.
            “Tapikan abang ada di medan sekarang, macam mana Morgan nak jumpa abang?” soal Morgan.
            “Taman Ondine, sekarang! Cepat, abang dah takda masa!” kata suara itu lagi dan apabila Morgan bertanya, suara itu tidak lagi kedengaran. Tak ada masa? Morgan mula panik, dia tiba-tiba merasa ada sesuatu benda buruk berlaku kepada abangnya.
            Sejurus itu dia berlari masuk ke Istana dan terus menuju ke Taman Ondine. Permintaan ibunya yang ingin berjumpa dengannya terus dilupakan.
            Setiba dia dihadapan pintu gerbang yang menuju ke Taman Ondine, dia terus membuka kalung dilehernya yang berbentuk krystal dengan bulan sabit terukir disekeliling krystal itu. Lalu krystal tersebut dimasukkan ke dalam pengunci gerbang yang sama bentuknya dengan krystal itu. Beberapa saat kemudian, gerbang itu pun terbuka. Morgan segera melangkah masuk dan mengunci semula gerbang itu.
            Taman itu kelihatan sungguh cantik bagaikan syurga. Disekelilingnya dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga termasuk bunga-bunga yang jarang dijumpai dimana-mana muka bumi. Tetapi Morgan tidak mahu membuang masanya, fikirannya cukup terganggu dengan suara abangnya itu. Putera Veil Zealraven, Putera Makhota Negara Bloodsilver.
            “Abang!” panggil Morgan tapi tiada siapa yang menyahut. Dia melangkah lebih dalam lagi sehingga berada disebuah kolam pancut dengan sebuah patung bidadari terukir ditengah-tengahnya.
            “Morgan,” Morgan menoleh ke kiri dan kanan apabila dia tidak menjumpai orang yang dimaksudkan.
            “Abang dekat mana?” soal Morgan.
            “Abang disini!” Morgan beralih ke sebelah kolam pancut dan sekujur tubuh yang sedang duduk bersandar di kolam pancut kelihatan. Morgan terus menerpa. Terkejut apabila melihat wajah Veil pucat seperti mayat.
            “Abang, kenapa ni?” soal Morgan risau.
            “Dengar sini, Morgan… abang dah takda masa, Morgan perlu pergi dari istana sekarang juga, bawa bonda!” kata Veil, Morgan mengerut kening.
            “Abang sakit, kita bincang sekejap lagi pasal ni. Kita masuk ke istana dulu,” kata Morgan sambil cuba mengangkat tubuh Veil namun Veil mengeraskan tubuhnya tanda enggan berdiri.
            “Abang, Morgan risau tengok abang macam ni. Abang cedera!” marah Morgan. Veil terus mencapai pipi Morgan. Terasa tapak tangan Veil sejuk seperti ais batu.
            “Tak, Morgan. Abang dah tiada, abang dah meninggal. Ini hanya jasad abang,” sejurus mendengar baris ayat itu, serta-merta air mata Morgan menitis. Bibirnya terketar-ketar.
            “Tak, tak! Abang belum mati, abang ada depan mata Morgan. Tak mungkin…”
            “Morgan, jangan tipu diri Morgan. Morgan yang paling arif dengan keadaan tubuh ni,” kata Veil sambil terbatuk-batuk. Morgan menggeleng berkali-kali, masih tidak percaya.
            “Morgan…abang dah takda masa, sekejap lagi musuh kita akan menyerang Negara kita!”
            “Tak, Morgan akan sembuhkan abang, Morgan sanggup buat apa saja. Jangan pergi!” Morgan sudah teresak-esak menangis. Tubuh Veil semakin eart dipeluk.
            “Morgan budak yang baik, Morgan tahu Morgan tak boleh gunakan penyembuhan itu pada abang, lagipun abang sekadar jasad. Morgan tak boleh pulihkan abang,” kata Veil. Pasrah dengan ketentuannya.
            “Abang..apa yang Morgan perlu lakukan?” soal Morgan putus asa. Sesungguhnya, dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.
            “Dengar sini Morgan, bawa bonda pergi juah dari tempat ni. Cari Katana di dalam hutan Witchfate, Morgan akan menjumpai dia disana, bawa Bonda…dan…maafkan abang sebab tak dapat melindungi Morgan dan Negara ni…” tangan Veil yang memegang pipi Morgan lantas terjatuh atas lantai. Matanya sudah terpejam erat. Itu adalah hembusan nafas terakhir abangnya. Morgan sedaya-upaya menahan sebak namun apabila jasad abangnya perlahan-lahan menjadi buih, dia tidak dapat menahan lagi daripada menjerit sekuat hatinya sehinggakan cermin-cermin yang menjadi bumbung kepada taman tersebut meretak.

*****

            MORGAN berlari pantas apabila dia melihat semua pembantu-pembantu diistana sudah bergelimpangan atas lantai. Istana itu sudah dipenuhi dengan darah-darah penghuninya. Morgan menahan perasaannya daripada takut, kerasa misinya kini membawa ibunya keluar dari istana dengan selamat. Mayat-mayat yang bergelimpangan itu terpaksa dilangkahi juga.
            Tanpa membuat sebarang bunyi Morgan menyeludup masuk ke dalam bilik bacaan ditempat ibunya ingin berjumpa. Tersentak Morgan apabila ternampak percikan darah di rak-rak buku. Dia mula takut, tubuhnya sudah menggigil. Janganlah darah itu milik ibunya.
            Tiba-tiba Morgan tersengar esakan kecil dari arah meja kerja. Perlahan-lahan Morgan menghampiri meja tersebut dan melihat ke bawah meja.
            “Bonda! Ini Morgan!” kata Morgan seakan menjerit apabila melihat orang yang ada dibawa meja itu adalah ibunya. Permaisuri Flora segera mengangkat kepala lalu memeluk Morgan sambil menangis.
            “Bonda, kita perlu keluar dari istana sekarang juga,” kata Morgan. Permaisuri Flora menggelng.
            “Jangan…lawan kita bukan dari bala tentera musuh tapi syaitan Morgan. Kita akan mati disini!’ jerit Permaisuri Flora ketakutan.
            “Syaitan?! Macam mana syaitan boleh ada diatas bumi? Tidak mungkin!”
“Morgan, itu kenyataan…bonda nampak ‘dia’ bertandung dua. Bonda takut…”
“Tidak, kita akan selamat bonda, yang penting kita berhati-hati. Morgan akan melindungi bonda,” ajak Morgan lagi, cuba meyakini ibunya. Tidak selamat jika mereka terus tinggal diistana itu sedangkan musuh mereka. Akhirnya Permaisuri Flora bersetuju, dia pun keluar dari bawa meja.
            “Bonda, darah itu milik siapa?’ soal Morgan. Dia mula berfikir, kenapa bilik bacaan itu dipenuhi dengan darah tapi tiada mayat? Tidak mungkin ibunya boleh melawan syaitan? Ada sesuatu yang tidak kena disitu. Morgan seperti mengesyaki sesuatu.  
            “Kamu tahu?” suara seakan bunyi burung garuda kedengaran. Morgan tersentak. terasa hembusan nafas panas dari belakang. Dia segera menoleh dan tubuhnya ibunya perlahan-lahan bertukar kepada tubuh berwarna hitam dan bersisik kulit tenggiling. Kepalanya bertanduk dua dan berekor tajam.
            “Kau…apa kau dah buat dengan bonda?!” jerit Morgan. Syaitan itu ketawa. Morgan berundur.
            “Kau puteri Morgan? Jangan risau, aku sudah berjanji akan melepaskan kau pada ibumu, tapi kau tetap akan ku bunuh!” jerit syaitan itu lagi lantas meluruh kearah Morgan. Morgan yang tidak sempat memasang perlindungan terhumban dirak buku kemudian terhempas diatas lantai. Nasib baik Morgan masih sedarkan diri cuma penglihatannya sudah kabur. Perlahan-lahan syaitan itu mengangkat ekornya lalu disuakan kearah dahi Morgan.
            Belum sempat ekor tajam lagi berbisa itu menusuk jantung Morgan, sebiji bebola beraura biru menembak syaitan itu menyebabkan dia terpelanting keluar dari jendela. Morgan memandang kearah pintu.
            Seorang nenek tua berpakaian mantel berwarna hitam dengan tongkat kayu sedang berdiri dihadapan kaki lima.
            “Bangun, kita perlu pergi dari sini dengan segera!” kata nenek tua itu. Morgan berusaha untuk bangkit. Sakit belakangnya dek perlanggaran dengan rak buku, mungkin juga tulang-tulangnya mengalami kecederaan.


            “NENEK ni siapa?” soal Morgan setelah mereka selamat keluar dari Istana Bloodsilver. Kini mereka sudah berada ditepi sungai yang agak jauh dari istana. Nenek tuan itu berjalan ke belakang Morgan lalu menyentuh belakangnya serentak itu cahaya putih memancar keluar dari telapak tangan nenek tua tersebut.
            “Cuba duduk tegak,” arah nenek itu. Morgan menurut serta-merta rasa sakitnya sudah hilang. Morgan terus membelakang menghadap nenek tua itu.
            “Nenek…itu kuasa penyembuhan?” soalnya. Nenek tua itu hanya berdehem. Mengiyakan tidak, menidakkan pun tidak.
            “Macam mana nenek jumpa saya?” soal Morgan pula.
            “Saya pasti, Veil sudah memberitahu anda tentang hutan Witchfate. Sayalah Katana, penjaga hutan tersebut,” akhirnya nenek itu menjawab soalan Morgan.
            “Macam mana…”
            “Syhh!!” pantas Katana menyuruh Morgan berdiam lalu Katana berbisik. “Kita perlu pergi!” dia dan Morgan terus berdiri lalu meninggalkan tempat itu dengan segera. Salah satu tempat yang selamat bagi mereka adalah hutan Witchfate.
            Hutan Witchfate adalah sebuah hutan tebal dimana ianya adalah satu tempat yang tidak pernah dikunjungi oleh mana-mana penduduk Bloodsilver. Tiada siapa yang pernah mendekati hutan itu kerana dipercayai, sesiapa yang memasuki kawasannya akan mati. Hutan itu akan menyerap semua tenaga mereka hingga tubuh mereka kurus kering. Pendek kata Hutan Witchfate adalah sebuah hutan sumpahan.
           
            “TUNGGU apa lagi? Mari masuk, diluar tidak selamat!” kata Kanata. Walaupun dia sudah kelihatan tua tapi tenaga yang dihasilkan olehnya lebih besar dari pada Morgan. Itulah yang Morgan rasai tentang nenek tua itu.
            “Tapi nek, kata orang hutan ni akan serap tenaga manusia, kalau…”
            “Memang betul, tapi sekarang kau ada bersama saya jadi kau tidak akan ditimpa apa-apa masalah. Faham?” Morgans egera mengangguk. Pantas kakinya melangkah mendekati Katana.
            Katana tiba-tiba menjadi senyap hanya bibirnya yang terkumat-kamit membacakan sesuatu. Selepas selesai, serentak itu tanah yang dipijak mereka bergegar kecil sebelum tumbuhan-tumbuhan menjalar yang membentuk dinding tembok itu berpecah dua memberi laluan pintu masuk. Sempat Morgan berpaut pada bahu Katana. Seketika kemudian gegaran itu berhenti.
            “Mari masuk!” arah Katana lalu mereka pun beriringan memasuki hutan tersebut. Masuk saja mereka didalam, tembok itu tertutup semula dan kembali seperti sedia kala.
**************************************************************** 
p/s: maaf lambat upload..jgn marah, happy reading ^_^v

Wednesday, March 23, 2011

CUPID : Chapter 9

Apa bodoh benar budak Lex ni? Aku nampak segala-galanya. Dari saat Henrietta membonceng Lex di belakangnya sehinggalah saat gadis itu menampar muka Lex. Tiada apa yang aku boleh buat kecuali menyumpah di dalam kereta. Jika aku keluar dan meluru ke arah mereka, padah jadinya kerana Lex akan menyedari yang aku sedang mengekori mereka. Lex langsung tidak mengejar Henrietta, malah namanya pun tidak dipanggil. Dia hanya merenung Henrietta yang berlalu dari situ dari jauh. Aku tidak dapat meneka apa yang bermain di fikirannya ketika itu. Tetapi aku pasti yang salah seorang dari mereka pasti akan mengadu hal ini kepadaku.

Sangkaanku memang tepat. Henrietta menelefonku dan memberitahu segala-galanya. Dia langsung tidak meninggalkan sepatah peristiwa pun yang berlaku selepas pemergian aku dari rumah anak yatim itu. Aku hanya mendengar dengan penuh kesabaran sehingga dia sampai ke poin yang penting.

"Saya tak faham betul dengan dia. Mula-mula dia cakap baik-baik saja dengan saya. Bila dah sampai dekat kafe tu, tiba-tiba dia cakap saya ni macam perempuan pisau cukur yang berubah sebab nak dekat dengan awak." luah Henrietta. Kedengaran suaranya di telefon agak meninggi. 

Aku tahu dia agak marah. Aku sudah membaca profil gadis ini dulu. Dia seorang gadis yang berpendirian. Mudah terasa apabila seseorang bercakap perkara yang tidak benar terhadapnya, apatah lagi dari mulut lelaki yang disukainya itu.

Aku mula mencari akal. "Jangan risau. Itu mungkin petanda baik." kataku.

"Petanda baik apa pula? Saya tengah sedihlah sekarang Asran." bentaknya sedikit. 

"Cuba awak fikir, kenapa dia tiba-tiba cakapkan perkara itu. Awak tak rasa ke dia mungkin sedang cemburu? Dia mungkin ingatkan ada sesuatu antara kita. Biasanya seseorang tak akan bangkitkan hal  macam ni kalau dia tak terasa apa-apa." kataku memberi pandangan. Sudah menjadi lumrah manusia yang selalunya tidak akan mempedulikan sesuatu perkara yang tidak menarik perhatiannya. Malah, Lex ialah seorang lelaki yang tidak gemar menjaga tepi kain orang lain.

"Tapi, dia anggap awak sebagai kawan dia. Mungkin dia risaukan awak." kata Henrietta lagi.

Kawan? Manusia-manusia ini menganggap aku sebagai kawan mereka?

"Tak mungkinlah. Kita semua kan baru kenal. Awak mesti yakin sikit, Henrietta." balasku.
"Habis tu, saya nak buat apa?" soal gadis itu lagi.

"Awak tahu permainan main tarik tali? Awak jangan hiraukan dia dulu sampai saya beritahu nanti. Percaya cakap saya. Lex akan jatuh cinta pada awak nanti." jawabku.


Malam itu juga, Lex menelefonku. Dia ingin menemuiku di sebuah kedai kopi. 
"Salah aku ke?" tanyanya setelah selesai bercerita sambil meneguk koko panas di kedai itu. Pelayan yang lalu-lalang tidak dihiraukan.

Nampaknya perkara ini agak menganggu fikiran dia. Aku pasti Henrietta telah meninggalkan sedikit kesan terhadapnya. Aku tersenyum dalam hati.

"Kenapa kau cakap macam tu? Dia mestilah terasa. Dia baru saja berubah sekarang, kau dah tuduh dia macam-macam. Aku dengan dia tak ada apa-apa. Kami kawan baik. Aku suka berkawan dengan dia sebab emmm... sebab dia macam menyimpan rahsia. Dia kan pendiam. Seronok bila tengok dia bercakap dengan kuat lepas tu termalu sendiri. Seronok dapat tengok dia yang jarang senyum tu, senyum dengan ikhlas dekat aku." fikiranku berputar ketika Henrietta menghadiahiku senyuman ketika di Kedai pakaian tempoh hari. Senyumannya itulah yang membuatkan aku tiba-tiba terasa ....

"Asran!" kedengaran Lex menyebut namaku kuat. Aku tersedar. 

"Dia nampak macam tak seronok bila bersama dengan aku berbanding dengan kau. Nampak macam tak selesa saja. Cara dia berbual dengan aku gugup semacam. Aku naik marahlah." sambung lelaki itu mempertahankan tindakannya.

Bodoh betul budak Lex ni. Dia bukan tak seronok, tapi dia gelabah bila dengan kaulah! Fikirku sendiri tetapi tidak dizahirkan. " Mungkin dia masih tak biasa berdua dengan kau. Kau juga yang cakap yang kamu berdua tak pernah berbual walaupun sudah lama kenal. Beri dia sedikit masa." kataku menyuarakan pendapat. Aku yakin perkara itu adalah benar. 

"Esok aku akan minta maaf daripada dia." kata Lex setelah agak lama mendiamkan diri. Inilah pertama kali aku perasan Lex berasa sangat serba-salah terhadap seorang perempuan. Aku juga yakin, inilah pertama kali dia membuat seorang perempuan begitu marah sehingga telah menamparnya.

Aku mengangguk tanda bersetuju. Permainan ini semakin menarik.


Lex

Berkali-kali Lex memohon maaf di kelas, namun Henrietta tidak menghiraukan. Dia tahu Henrietta marah benar padanya. Henrietta langsung tidak memandang mukanya pada hari itu. Gadis itu seperti melarikan diri daripadanya. Beberapa pasang mata yang asyik memerhatikannya memujuk Henrietta tidak diendahkan. 

Dia sedar Asran sedang memerhatikannya dari pagi. Lelaki itu bersandar di kerusi sambil memeluk tubuh. Asran kelihatan seperti sedang berbual dengan pelajar lelaki lain, tetapi matanya asyik menjeling memandang mereka. Selesai kuliah pada tengah hari itu, Lex mengekori Asran ke keretanya. Mereka tiada kelas pada petang itu.

"Dia masih marahkan aku. Aku tak tahu nak buat apa lagi." kata Lex dengan nada berputus asa.

"Relax. Kau pujuk dia lama sikit, mesti dia cair punya. Susah-susah sangat, cuba kau ajak dia keluar. Buat surprise sikit." kata Asran sambil bersandar di pintu keretanya. Beberapa pelajar perempuan yang berjalan di hadapan mereka tersenyum dan dibalas mesra oleh Asran.

Lex turut bersandar pada kereta biru itu. Dahinya berkerut, "Perlu ke sampai aku ajak dia keluar? Kalau dia benci aku, mestilah dia tak mahu."

"Jangan risau. Aku yakin dia mesti akan maafkan kau." balas Asran sambil menepuk-nepuk bahu Lex. Selepas itu dia masuk ke kereta. Sebelum sempat dia menutup pintu Lex menahannya.

"Eh, Asran. Aku nak masukkan kau dalam pasukan bola aku. Kita akan ada tournament dalam 2 minggu lebih lagi. Aku rasa kau akan sempat berlatih." kata Lex yang kedengaran seperti satu arahan. Asran berfikir sejenak.

"Tengoklah dulu. Aku akan balik ke tempat aku tak lama lagi. Lagipun, kerja aku macam hampir selesai." kata Asran sambil menghidupkan enjin kereta. Radio dipasangnya dengan kuat.

"Kerja apa?" Lex kehairanan. Setahunya Asran akan berada di situ selama sebulan sebagai pelajar pertukaran. Perlawanan bola sepak akan diadakan dalam masa 3 hari sebelum Asran dijangka pulang ke negaranya.

Asran memandangnya kemudian tersengih, kemudian melambai-lambai tangan kanannya "Tak ada apa-apa. Aku balik dulu. Jumpa di padang petang ni." Dia terus menekan minyak dan meluncur laju keluar dari perkarangan tempat parkir kereta. Lex hanya mampu melihat dari jauh.

Baginya Asran sangat bermisteri. Dia langsung tidak pernah bercerita tentang dirinya tetapi seolah-olah sangat mengenali orang lain dengan baik. Lex juga senang terpengaruh dengan kata-kata Asran.


Lex berjalan perlahan-lahan ke kafetaria universiti. Dia bercadang ingin mengulangkaji di perpustakaan selepas makan tengah hari. 

Kelihatan Henrietta dengan seorang pelajar perempuan lain juga berjalan menuju ke kafetaria. Gadis itu juga ternampaknya dan mereka bertentang mata untuk seketika. Lex cuba tersenyum tetapi Henrietta kembali memandang kawan di sebelahnya dan terus masuk ke kafetaria.

Hati Lex sedikit tergugah. Dia tidak pernah menerima layanan sebegitu daripada sesiapa terutamanya perempuan. Jika diikutkan ego lelakinya, dia juga tidak mahu menghiraukan gadis itu setelah maafnya tidak diterima gadis itu sejak pagi tadi. Tetapi hatinya menyatakan yang dia perlu memperoleh kemaafan Henrietta. Buat masa itu, Henrietta kelihatan begitu penting tanpa dia sedari.

"Henrietta, nanti!" panggil Lex. Laungannya tidak dihiraukan. Dia berlari mengejar gadis itu ke dalam kafetaria dan menyentap lengannya. Henrietta kelihatan terkejut.

"Saya minta maaf sebab cakapkan benda yang teruk tu. Saya tahu mulut saya memang tak ada insurans, tapi saya tak ada niat hendak tuduh awak yang bukan-bukan." kata Lex. Dia melepaskan lengan Henrietta perlahan-lahan. Muka gadis itu dipandangnya.

Henrietta memandangnya dengan mata yang luas. Bibirnya bergerak-gerak seperti ingin bercakap sesuatu. Seketika kemudian dia tunduk memandang lantai.

"Sebenarnya pada waktu tu saya rasa emm..." 

"Rasa apa?" Kata-kata Lex dipotong oleh Henrietta yang terus memandang wajahnya dengan ingin tahu. Matanya seperti tadi, terbuka luas.

Lex merenung Henrietta. Dia kemudian kelihatan tersipu-sipu. Raut wajah yang jarang ada pada Lex. "Saya rasa marah sedikit sebab awak nampak tak gembira berjalan dengan saya. Saya sangkakan awak lebih seronok dengan Asran sebab dia ada kereta dan nampak macam orang kaya, sedangkan saya cuma naik motorsikal buruk aje"

Tanpa disangka-sangka, Henrietta tertawa kecil. Wajahnya nampak ceria daripada biasa. "Saya dah cakap yang saya tak kisah, kan? Asran kawan saya. Dia yang memberi inspirasi kepada saya untuk berubah. Saya mengaku saya rasa tenang bila berada bersamanya. Tak lebih dari itu." 

Lex tersenyum. "Jadi awak dah maafkan saya?"
Henrietta mengangguk sambil tersenyum. 

"Kalau macam tu, saya nak ajak awak keluar hujung minggu ni. Saya akan ajak Asran sekali. Awak fikirkan tempatnya." Lex mengajak. Dia ingin menebus rasa bersalah di hati.

Wajah Henrietta sedikit berubah menjadi merah namun tidak disedari oleh Lex. "Boleh saya bawa kawan saya bersama?" Dia menarik lengan kawannya yang dari tadi asyik memerhatikan mereka dengan penuh minat. 

Lex mengangguk.


Wednesday, March 16, 2011

CUPID : Chapter 8

Henrietta

Henrietta membonceng motorsikal Lex selepas bersetuju untuk dihantar pulang. Dia agak ragu-ragu pada mulanya kerana tidak pernah membonceng motorsikal lelaki berdua begitu. Dia risau sekiranya dia berasa mual ataupun termuntah tiba-tiba. Namun Lex kelihatan biasa dan bersungguh-sungguh hendak menghantarkan gadis itu pulang. 

Henrietta menarik nafas panjang dan memikirkan kata-kata Asran pada malam sebelumnya ketika lelaki itu mengunjungi restoran tempat dia bekerja. "Cari kelebihan diri, dan perkara baik pasti akan berlaku." dia bercakap sendirian perlahan. Dia mula memikirkan yang penampilannya sekarang lebih baik dari dulu dan dia kelihatan setaraf dengan Lex yang baginya sangat hebat itu. 

Perlahan-lahan dia mengenakan topi keledar yang dipinjam dan naik ke atas motor. Hampir saja dia terjatuh, namun Lex sempat memegang tangannya. Gadis itu memaut bahu lelaki itu ketika naik. Mukanya terasa panas. Mereka mengucapkan selamat tinggal dan melambaikan tangan kepada penghuni rumah anak yatim Sunshine dan motorsikal itu meluncur laju membelah angin. Jam menunjukkan pukul 4.30 petang.

Henrietta masih berasa segan untuk menyentuh Lex, tetapi dia risau jika dia terjatuh. Lex seperti memahami fikiran gadis itu lalu memperlahankan motorsikalnya. Dia sekali-sekala memandang ke belakang. "Kalau awak nak jatuh, pegang baju saya." katanya.

Henrietta kemudian memaut baju kemeja Asran yang ditiup angin itu dengan erat. Tanpa disedarinya, dia menyandarkan kepalanya di belakang Lex sambil menahan rasa malu dan gembira yang teramat sangat. 

Sedang dia begitu asyik melayan perasaan dan berangan, motorsikal itu menjadi semakin perlahan dan tiba-tiba terlompat-lompat. Henrietta terkejut. Lex nampaknya sedikit cemas dan terus brek dan akhirnya mereka berhenti di tepi jalan raya. Gadis itu segera turun dari motorsikal.

"Kenapa?" tanyanya.

"Rosak agaknya. Pagi tadi saya dah isi minyak penuh. Motor ni pun dah lama." kata Lex. Dia masih nampak tenang. Dia turut turun dari motorsikal dan menongkat motorsikalnya itu. Kemudian dia duduk mencangkung sambil melihat-lihat keadaan motorsikalnya. Kemudian dia menggaru-garu belakang lehernya yang tidak gatal itu.

"Awak kisah tak kalau kita berjalan sedikit. Dalam 1 km lagi, kita akan sampai ke pekan. Mungkin saya boleh baiki motor ni di situ." kata Lex. Henrietta sekadar mengangguk. Mereka terus berjalan perlahan-lahan sambil Lex menolak motorsikalnya. Henrietta memandang sekeliling. Tiada bangunan di sekeliling mereka. Yang ada hanyalah semak samun di sepanjang jalan. Risau juga dia berjalan begini. Namun hatinya mengatakan dia tak akan apa-apa kerana adanya Lex bersamanya. Sekali-sekala dia mengerling Lex yang berjalan di hadapannya.

"Jangan-jangan motor ni rosak sebab awak berat sangat agaknya?" Lex mengusik gadis itu. Dia memperlahankan jalan dan berjalan di sebelah kanan gadis itu. Henrietta mencebik sedikit.

"Motor awak ni yang dah antik sangat." kata Henrietta bernada marah. Lex ketawa kecil. 

"Sebenarnya saya sangkakan awak memang jenis yang anti-sosial. Maaflah, kalau saya cakap macam tu. Tak sangka awak sukakan benda-benda macam ini juga." Lex menyatakan fikirannya. "Kalau awak nak datang jumpa kanak-kanak dekat rumah Sunshine tu, awak boleh datang lagi bila-bila masa saja."

"Saya boleh ikut awak bila-bila masa awak nak pergi." spontan Henrietta mencelah. Lex tergamam sedikit kemudian ketawa kecil.

"Okey, kita boleh pergi sama-sama. Saya akan beritahu awak bila saya akan pergi. Minta nombor telefon awak." kata Lex. Dia kemudian berhenti berjalan, menongkat motorsikalnya dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Mereka bertukar-tukar nombor telefon sebelum menyambung perjalanan sejauh 1 km itu sambil menolak sebuah motorsikal rosak. Sepanjang perjalanan mereka berbual-bual tentang diri masing-masing. 

Henriettalah orang yang paling gembira. 


Setibanya di pekan, Lex menghantar motorsikalnya ke kedai mekanik terdekat. Mereka kemudian minum di sebuah kafe yang berhampiran. Lelaki itu memesan latte ais dan Henrietta pula memesan Coklat Strawberi.

"Maaflah, saya tak ada kereta mewah macam Asran." Lex tiba-tiba berkata.
Henrietta memandangnya. Dia menggeleng. "Saya tak kisah pun."

Lex memandangnya dengan satu pandangan yang sedikit sinis. Henrietta mula berasa tidak sedap hati. Kenapa dengan dia ni? Tadi elok saja dia berborak dengan aku. Fikirnya. 

"Kenapa awak pandang saya macam tu?" tanya Henrietta. 

"Manalah tahu, awak rasa pelik berjalan dengan saya tadi. Naik motor buruk pula tu." Lelaki yang memang terkenal dengan sikap terus-terangnya itu laju menuturkan katanya. "Lagipun saya rasa awak suka pada Asran kan? Sebabnya awak berubah disebabkan dia. Saya tak kisah kalau awak berubah sebab awak memang suka pada dia."

Henrietta terkedu. Dia hairan kenapa Lex tiba-tiba berubah perwatakannya. "Tak.. saya.."

"Tapi, kalau awak berubah sebab awak kejar harta-benda dan kekayaan dia, saya tak suka. Awak sama macam perempuan pisau cu..." belum sempat Lex menghabiskan ayatnya, Henrietta bangun dari kerusi. Ringan tangannya hinggap di pipi Lex. Matanya sedikit berair.

"Awak memang tak tahu apa-apa. Bodoh!" Henrietta menjerit lalu keluar dari kafe itu. Lex terkelu. Dia tidak menyangka gadis itu begitu sensitif.

Henrietta berjalan laju menuju ke stesen tren. Dia mengesat air mata di pipinya. Entah kenapa dia begitu terasa dengan kata-kata itu yang dirasakan mencabar maruahnya. Ditambah pula ia dituturkan oleh lelaki yang disukainya.

Aku berubah sebab kaulah, Lex!! Hati Henrietta menjerit.

Sunday, March 13, 2011

Revenge 6 : The King Kingdom.


Revenge 6 : The King Kingdom


“Bolehkan Zella tolong akak?” Saliva memandang muka Zella dengan pandangan sayu. Zella mengetap bibirnya. Dia takut untuk menolong kakaknya.

“Kenapa kakak nak pergi ke King Kingdom? Apa yang akak nak buat dekat sana?” Soal Zella. Dia agak keberatan hendak melepaskan kakaknya pergi ke tempat lain.

“Itu rahsia. Tapi percayalah, kakak pergi bukan sebab suka-suka. Tapi sebab ......” Saliva tidak menghabiskan ayatnya. Dibiarkan ayatnya tergantung di situ.

“Sebab apa kakak? Kalau kakak bukan pergi untuk suka-suka, kenapa kakak hendak pergi?”

“Kakak ada sebab yang tersendiri Zella, akak minta tolong sangat-sangat dekat Zella,”

“Kakak, kakak beritahulah Zella. Zella dah 11 tahun dah akak. Zella boleh faham.” Saliva memandang Zella. Kini 6 tahun berlalu dan mereka berdua membesar menjadi seorang gadis yang cantik. Kitty pula sudah mula matang. Matanya tajam, begitu juga gigi dan kukunya.

“Sebab Zella dah besarlah kakak tak nak beritahu Zella. Ini merbahayakan keselamatan Zella. Keselamatan ibu. Yang perlu Zella tahu, kakak ada urusan yang harus di selesaikan secepat mungkin. Itu sahaja.” Saliva cuba menyakinkan Zella. Dia merenung ke dalam mata Zella. Tajam.

“Kakak hanya minta Zella jaga ibu baik-baik dan tolong cover akak. Kakak minta Zella beritahu ibu yang kakak tidak akan balik untuk 6 bulan mulai sekarang. Lagipun, akak percaya Zella boleh jaga ibu sebab Zella sudah boleh mengawal kuasa Zella dan menghafal mantera-mantera yang kakak suruh hafal. Cuma jangan gunakan mantera yang memakan banyak tenaga. Kalau tidak nyawa Zella akan terancam.” Di dalam kepekatan malam, mereka berdua berbual. Zella dengan berat hati bersetuju dengan semua rancangan kakaknya. Rancangan yang dia sendiri tidak tahu kecuali kakaknya.

“Terima Kasih Zella. Minggu depan akak akan pergi. Masa tu, Zella kena jaga diri Zella dan ibu. Tak lupa juga Kitty. Kakak akan balik lepas 6 bulan,” Selesai berkata demikian, Saliva bangkit dari sofa dan pergi masuk ke biliknya. Zella melepaskan nafasnya dengan kuat. Dia juga turt beredar masuk ke dalam biliknya selepas beberapa saat mendiamkan diri.

*****

Saliva menyapukan jem pada roti dan memakannya. Manakala Zella hanya duduk menopang dagu. Dia melepaskan nafasnya dengan berat. Saliva menjeling tajam ke arah Zella. Ibu mereka memandang pelik ke arah Zella.

“Zella ada masalah ke Zella? Pelik ibu tengok. Asyik termenung aje. Kenapa? Zella dah jatuh cinta ke?”

“Ish.. ibu ni. Ada pula jatuh cinta. Zella Cuma pening sikit aje bu. Biasalah, cuaca sekarangkan panas,” ujar Zella bersama-sama dengan sengihan.

Mak Cik Gin mengerutkan dahinya seraya bertanya, “Zella demam ke Zella? Cuaca mana ada panas bulan ni. Sejuk aje cuaca bulan ni,” balas Mak Cik Gin. Dia meletakkan belakang telapak tangannya ke dahi Zella.

“Ibu rasa Zella punya dahi taklah panas sangat. Suam-suam aje. Zella fikirkan apa sebenarnya?”

“Eh, ye ke cuaca sejuk? Zella ingatkan panas.. Err... mungkin sebab cuaca sejuk, sebab tu Zella pening kepala. Errr... Zella memang tak ada masalah pun ibu.. Aaaa... Percayalah!” Tergagap-gagap Zella mencari jalan keluar. Dia perasan mata kakaknya, Saliva asyik menjeling tajam ke arahnya. Mahu gugup dibuatnya. Kalau salah cakap, gerenti kakaknya marah. Pening-pening. Zella tiba-tiba bangun dari kerusi dan berkata, “Ibu, Zella nak rehatkan kepala Zella dekat bilik.”

“Eloklah tu, pergi cepat. Rehat secukup-cukupnya tahu.”

“Betul kata ibu tu Zella. Rehat dengan cukup tahu. Nanti kakak teman lepas kakak sudah makan,” ucap Saliva sementara tangannya dengan lincah menyapu jem pada roti. Zella menarik senyum nipis lalu pergi dari situ.

*****
“Betul ke kakak nak pergi ke King Kingdom? Kakak pasti? Kakak yakin?” Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Zella. Dia takut jika sesuatu yang buruk berlaku kepada kakaknya.

Saliva menghela nafas sebelum menjawab, “Kakak yakin dan pasti untuk pergi ke King Kingdom. Siapa lagi yang nak pergi ke sana kalau bukan kakak? Kamu? Kamu kecil lagi Zella. Kamu masih belum tahu mengawal kuasa sepenuhnya. Mantera pun kamu tahu sedikit sahaja,” keluh Saliva. Zella hanya mendiamkan diri sahaja.

“Zella bukan nak pergi, Zella Cuma risaukan kakak. Boleh ke kakak survive dekat sana?” Zella akhirnya meluahkan kerisauan yang melandanya. Saliva memandang Zella dengan senyuman yang tawar.

“Kakak boleh survive dekat sana. Kakak tahu apa yang perlu kakak buat. Zella jangan risau ya, sayang.” Saliva mengelus rambut Zella dengan lembut. Adiknya itu belum belajar ke semua jenis magic. Dia cuma belajar Fairy Magic iaitu magis yang memang untuk penduduk Fairy Kingdom. Dirinya pula sudah menguasai Fairy Magic, Dark Magic dan Healing Magic. Ada sesetengah magis yang dia belajar dengan sepintas lalu kerana terlalu menumpukan pada Dark Magic.

Magis tersebut adalah magis yang dikatakan kejam kerana magis tersebut boleh menarik semangat seseorang untuk hidup. Lagi-lagi kepada sesiapa yang terkena dan mempelajari magis ini. Jika seseorang hendak mempelajari magis ini, mereka perlu mempunyai semangat yang tinggi dan berani menempuh segala dugaan untuk menguasai Dark Magic. Selama 2 tahun setengah dia cuba untuk menguasai magis tersebut. Usahanya membuahkan hasil walaupun magis tersebut susah di kawal. Semua magis tersebut di pelajari di dalam buku Secret Glose. Dia tidak pernah menutup buku tersebut selama 6 tahun selepas buku itu terbuka. Mereka masih tidak tahu kunci untuk membuka buku tersebut. Semua jenis mantera dan potions di salin di dalam bukunya yang telah di sihir.

Setelah lama mereka mendiamkan diri, Saliva bersuara. “Oklah, kakak nak pergi bersiar-siar. Nak ikut ke tak?” Zella mengangguk kepala lambat-lambat. Dia tidak mahu memikirkannya lagi mengenai rancangan kakaknya itu.

Tiba-tiba Zella terfikir sesuatu, dia pantas mencapai lengan kakaknya sebelum kakaknya berdiri. Lalu dia berkata, “Macam mana kakak hendak pergi ke King Kingdom?” Tanya Zella pelik bercampur hairan. Saliva mengulum senyuman.

“Cara yang sama kita sampai ke sini,” balas Saliva pendek. Zella tersentak. Dia memandang cermin yang berada di bilik Saliva. “Cermin?” soal Zella perlahan. Hampir tidak kedengaran suaranya. Saliva menganguk kepala. Kenangan lama menerjah ke dalam ingatan masing-masing. Kenangan silam yang cukup pahit untuk di ingati. Kenangan yang sudah lama mereka padam dari ingatan mereka. Kenangan yang melukakan! Suasana sepi mula menyelubungi bilik Saliva.

*****

Hari yang di nanti-nantikan oleh Saliva dan di benci oleh Zella sudah menjelang tiba. Saliva mengemas semua pakaiannya dan barang-barangnya. Dia menyumbat semua barang tersebut di dalam beg pakaian berwarna hitam yang besar. Buku Secret Glose di tinggalkan di biliknya. Dia tidak mahu menanggung risiko jika buku tersebut terjatuh ke tangan orang yang salah. Mereka berdua dan juga Kitty berkumpul di bilik Saliva. Ibu mereka sudah awal-awal pagi keluar rumah kerana urusan kerja. Kitty duduk di sebelah Zella di atas katil. Zella memerhatikan kakaknya berkemas dengan penuh sayu.

“Zella..” Saliva memanggil Zella. Zella cepat-cepat memandang muka kakaknya itu.

“Kenapa ni? Kakak tak nak tengok kamu macam ni. Kakak janji lepas 6 bulan kakak akan balik ke rumah.” Zella mengeleng kepala dan berkata, “Tak ada apa-apa akak. Cuma Zella harap kakak balik rumah dengan keadaan yang selamat. Itu sahaja.”

“Jangan risau. Kakak akan pastikan kakak balik dalam keadaan yang selamat,” Saliva meyakinkan adiknya. Zella menarik senyum. Walaupun begitu, matanya tidak mampu menipu Saliva. Saliva tidak ambil pusing tentang kesedihan yang terpacar di mata Zella. Dia harus pergi ke King Kingdom untuk menjalankan kerjanya.

Saliva melangkah ke cermin meja soleknya, dia mula membaca mantera yang pernah di baca oleh bondanya pada masa dulu.

“Estriagos menchianso diago
Eliago menchriasti tego
Entegame diango melly
Asbastrous diango
Frenscho!”

Cermin tersebut mula menjadi air dan berputar dengan laju. Saliva memandang adiknya dengan penuh kasih. Kitty juga di peluk dan di usapnya. Beg pakaiannya di pegang dengan kuat selepas di melepaskan Kitty. Zella sudah mengalirkan air mata. Dia pasti akan berasa sedih kerana kakaknya akan pergi jauh darinya.

“Ingat Zella. Zella kena berlatih untuk mengawal kuasa dan mengingati mantera-mantera. Jangan membuat latihan yang boleh memakan banyak tenaga kalau Zella belum bersedia. Itu boleh membahayakan diri Zella. Zella mungkin akan mati jika membuat latihan yang salah. Belajar satu per satu dahulu. Buku Secret Glose kakak tinggalkan. Guna buku tu baik-baik. Jaga ibu dan Kitty dengan baik. Begitu juga diri Zella. Beritahu ibu yang kakak sayangkan dia. Kakak pergi tak lama. Nanti kakak balik. Pujuk ibu supaya jangan bersedih,” ujar Saliva dengan lembut. Zella mengangguk kepala tanda mengerti. Saliva mula melangkah ke dalam cermin. Air mata Zella turun membasahi pipinya dengan lebat sekali. Esakan mula kedengaran di bibir Zella. Saliva hanya mampu mengetap bibir menahan diri daripada menangis. Dia tekad untuk melakukannya. Demi keluarga, dia akan lakukannya!
*****

Saliva membuka mata perlahan-lahan. Dia kini berada di King Kingdom. Di mana tempat yang mengajar ke semua magis. Dia sudah mengkaji mengenai King Kingdom sebelum ke sini. Suasana yang cerah dan riang membuatkan hatinya senang. Dia mula melangkah menuju ke sekolahnya, Silvery School. Langkahnya di atur dengan pantas. Kini dia berdiri di pintu gerbang Silvery School. Dia memberi senyuman kepada para penjaga Silvery School. Senyumannya di balas oleh semua penjaga Silvery School.