Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Monday, January 11, 2010

Wonderwiess : FANTASIA CHRONICLE BAB 1

FANTASIA CHRONICLE
BAB 1: MIMPI

“TIDAKKKKKKK…” Jerit Sylina memecah keheningan malam yang dingin itu. Dia bermimpi lagi, mimpi terhadap adik kembarnya, Aylina yang sudah 3 tahun hilang selepas berlepas ke Planet Astr atas misi diplomatik untuk menjemput pemerintah tertinggi planet tersebut memasuki Holy Alliance of Cera, untuk mengelakkan planet tersebut jatuh ke tangan Maharaja Glatiun yang tamak yang memerintah secara kuku besi ke atas planet yang lemah atas nama Glata Empire.

Ada khabar – khabar angin yang mengatakan adiknya itu telah mati kemalangan akibat berlanggar dengan asteroid yang mengelilingi Astr, dan khabar angin mengatakan adiknya itu terbunuh atas komplot ahli dewan senat yang korup sentiasa hangat diperkatakan di seluruh pelusuk Planet Capital Alliance, Selenina, tetapi itu tidak mungkin kerana Aylina merupakan pelajar terbaik di Akedemi Areonautik Angkasa Selenina 5 tahun berturut – turut, malah kepintarannya membuatnya mendapat tempat di dalam Dewan Senat di Alliance dalam usia yang muda, dan pakar dalam ilmu seni peperangan menjadinya salah satu panglima tertinggi di dalam Alliance.


“Cik Sylina, kenapa menjerit tengah – tengah malam ni… ada sesuatu yang mengganggu tidur Cik..” tanya Cypo, robot peribadi yang menjaga Sylina dan apartment miliknya itu. “Tiada apa – apa Cypo, hanya mimpi buruk sahaja,” terang Sylina kepada Cypo. “Adakah ia mengenai Cik Aylina, Cik” Cypo bertanya. “Sudah 3 tahun Cik Aylina menghilang, entah apa khabarnya di angkasa raya yang luas ini,” sambungnya lagi dengan nada sedih.

“Cypo, tidak perlu bersedih, tidak mungkin Aylina mati, sebab tenaga jiwanya masih dapat kurasai, tetapi cukup lemah seolah – olah dia di kurung di suatu tempat yang menganggu aku untuk berhubungnya secara telepati.” Terang Sylina kepada Cypo untuk menenangkan hati mekanikal Cypo. “Jadi Cik, Cik Aylina masih hidup, tetapi di mana,” tanya Cypo kehairanan.

“Entahlah Cypo, tetapi aku dapat mengesan sedikit tenaga jiwanya berhampiran Planet Opuz, salah satu planet di bawah jajahan Maharaja Glatiun, itu yang menjadi misteri kerana jarak di antara Opuz dengan Astr sejauh seratus ribu juta cahaya.” Beritahu Sylina kepada Cypo dalam nada kerisauan.

“Mungkin… Mungkin Cik Aylina diculik oleh konco – konco Maharaja Glatius semasa dalam perjalanan ke Astr.” Tegas Cypo. “Dan dibawa ke Opuz untuk dijadikan tahanan, kerana Cik Aylina merupakan ahli senat yang berpengaruh di Alliance. Seperti Cik Sylina lihat, tanpa Cik Aylina, Dewan Senat menjadi kucar – kacir kerana tiada kesepakatan antara ahli dewan itu sendiri, jika ada Cik Aylina, dia akan memberikan buah pemikiran yang bernas untuk menyelesaikan masalah.” Tegasnya lagi sambil membuat kesimpulan.

“Tidak Mengapa Cypo, Esok saya akan pergi ke Summoner Council di Seltoyu Tower untuk mendapat petunjuk dari High Summoner, mungkin kita dapat petunjuk yang lebih jelas di sana.” Terang Sylina. “Baiklah Cik, sekarang berehatlah, perjalanan ke Seltoyu Tower bukannya dekat, Cik perlukan semua tenaga Cik.” Terang Cypo menyuruh Sylina tidur semula. “Baiklah,” balas Sylina sambik menarik selimut suteranya semula dan Cypo menutup lampu bilik tidur Sylina dan keluar untuk ke bilik pengecasannya.

Sylina memejam mata untuk tidur, tetapi masih dibayangi oleh imej – imej di mana adiknya dikurung di dalam ais dalam keadaan separuh sedar. Beliau tidak pasti sama ada ia mainan tidur atau ia merupakan salah satu visi dari Aylina yang dikurung di suatu tempat yang tidak diketahui, yang pasti dia tidak sabar untuk menunggu hari siang kerana ingin segera ke Seltoyu Tower, tempat dia melatih dirinya menjadi Summoner, dan tempat dia dan Aylina dilahirkan dan dibesarkan bersama - sama. Yang pasti segala seribu satu persoalan itu akan terjawab esok di Seltoyu.




<=====================================================>

Harap dapat komen untuk memperbaiki penulisan ini... ok... masih baru dalam membuat cerita Sci fi nie...

Love,
WonderWiess,
   

                                                                                    

2 comments:

shahieyza said...

Nak komen sket pasal penggunaan ayat. Ayat2 yg saudara gunakan terlalu pjg dan meleret2. Jk saudara perasan, perenggan pertama shj pjg ayatnya dh menjangkau 5 baris baru b'nokhtah.

Sy berpendapat saudara sepatutnya m'gunakn ayat yg pdk2 dan lbh mdh difahami. Tdk perlu m'gunakn t'lalu bnyk penanda relatif (=yang) dlm se2buah ayat krn ia hny akn menyebabkan ayat saudara bertambah pjg.

WonderWiess_Margera said...

mekasih... saya akan try k...