Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Wednesday, November 24, 2010

TWINS - Bab 6

"Lya! Jom kita.....................where is Lya?" Tanya Kara setelah dia tiba di muka pintu kelas rakannya itu. Dia memandang Rin yang kebetulan lalu di sebelahnya.

"The thing is, I don't even know where she was going. Lepas bunyi loceng je dia terus meluru keluar. Aku tak sempat nak cakap apa-apa. Biasanya dia akan beritahu aku kalau nak cepat. Sorry, I really can't help you this time. By the way, mana Anne?" Tanya Rin. Kara mengeluh sebelum menjawab.

"Anne ke tandas. Aku pula sengaja suruh dia gerak dulu. Ingat nak 'jemput' Lya dan terus ajak makan. Alih-alih dia dah gerak dulu. It's okay, Rin. Rasanya aku tahu dia kat mana. Thanks anyway. I love you," balas Kara sambil melayangkan flying kiss buat Rin. Rin tergelak lantas membalasnya. Serentak dengan itu, Kara terus berlalu.

***
Anne keluar dari tandas. Kelihatan rakannya, Kara sedang dalam perjalanan menghampirinya. Dia memberikan senyuman buat Kara.

"Jadi, mana Lya?" Tanyanya. Kara mengangkat bahu.

"Hm..macam ni sajalah. Anne, kau pergi ke tempat biasa dulu. Aku tahu kau dah lapar sangat," balas Kara tersengih. "Aku sambung cari Lya," sambungnya.

"Eh, mana boleh macam tu. Kita cari sama-samalah." Kara menggeleng.

"It's okay. Aku tak nak menyusahkan kau. Tak apa. Aku gerak dulu. Bawakan bekal aku sekali ya," kata Kara lantas meninggalkan Anne termangu di situ.

"Okay then," kata Anne sendiri.

***


"Shin, tu ada awek cari kau," tegur salah seorang rakannya sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di bangku berhampiran kafeteria. Dia memandang sekilas kepada rakannya yang seorang itu. Kemudian dia memandang pula kepada pelajar perempuan yang sedang berdiri berhampiran dengan mereka. Muka yang amat dikenalinya. Dia meminta izin untuk beredar.

"Ada apa awak nak jumpa saya?" Tanyanya. Pelajar perempuan itu kelihatan serba salah.

"Saya rasa awak tahu tujuan utama saya berjumpa dengan awak. Tapi, tak mengapalah. Biar saya terangkan. Saya Lya, kawan baik Kara sejak kecil. Kami memang tak pernah berenggang. Tiba-tiba bulan lepas seorang pelajar baru ditempatkan di kelas Kara. Saya tak kisah sangat cumanya saya dapat rasa yang dia bukan seperti apa yang kita sangkakan. Dia...dia....mungkin sekali salah seorang yang dihantar oleh Gaviens untuk......."

"Apa yang awak merepek ni? Siapa Gaviens yang awak cakapkan ni?" Tanya Shin sinis. Lya memandangnya.

"Awak jangan buat tak tahu. Saya kenal awak. Awak Shin Freedart yang ditugaskan untuk memerhatikan Kara. Dan saya pula Sirrix Adelya, orang yang diarahkan oleh Ecsentra untuk membantu awak."

"Saya boleh buat sendiri kerja ni. Saya tak perlukan pertolongan sesiapa," balasnya dingin.

"Saya bukan minta pertolongan awak. Saya memang diarahkan untuk membantu awak. Tolonglah Shin, awak memang perlukan saya. Ecsentra yang mengarahkan saya. Lagi pula, saya yang rapat dengan Kara. Saya tahu apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka." Shin memandang perempuan di hadapannya. Sedikit mengeluh. Tiba-tiba peristiwa itu kembali menggamit ingatannya.

"Kami sudah tak tahu nak buat macam mana. Kami tahu Ecsentra menghantar kamu untuk melindungi dia. Kami sudah tua. Tak lama lagi kami akan pergi. Masa tu saya dan Exora sudah tak dapat nak lindungi dia. Hanya kamu yang kami harapkan."

"Shin? Awak dengar tak apa yang saya katakan tadi?" Shin tersentak.

"Ma..maaf. Saya teringatkan sesuatu. Hm....kalau macam tu, baiklah. Saya pun memang memerlukan pertolongan seseorang. Dan saya minta maaf dengan apa yang saya katakan sebentar tadi," balas Shin lantas tersenyum. Pada saat ini, kelihatan Kara berlari-lari anak mencari Lya. Selepas sahaja terlihat adegan yang agak mencuit hatinya, dia segera beredar sambil tersenyum. Mujur sahaja Shin tidak perasan akan kehadirannya di situ. Kalau tidak.....malas dia mahu memikirkannya.

***

Kara meneruskan perjalanannya ke arah bangku sekolah tempat dia dan Lya selalu menghabiskan masa menjamu selera. Kelihatan Anne sedang duduk termangu menunggunya. Menyedari kehadiran Kara, dia segera berpaling dan memberikan senyuman. Kara membalas senyumannya sebelum duduk di sebelahnya.

"Kara, aku nak ajak kau ke satu tempat la. Aku baru jumpa tempat tu. Semalam aku jumpa," kata Anne apabila Kara sudah mula menyentuh bekalnya. Kara memandangnya dengan mulut yang dipenuhi sandwich buatannya.

"Nak..ke..mana..?" Tanyanya dengan mulut yang masih penuh.

"Adalah. Rahsia. Kalau nak tahu, kenalah habiskan makanan dulu. Dah selesai makan baru boleh pergi. Tapi kau kena makan cepat la. Takut masa rehat tamat pula," balas Anne. Kara segera mengangguk. Dengan pantas dia mengunyah sandwichnya.

***

"Wah, besarnya rumah ni. Tak sangka wujud lagi rumah macam ni. Macam istana awan saja," kata Kara setibanya mereka di tempat yang diperkatakan oleh Anne sebentar tadi. Dia memandang Anne tidak percaya.

"Jomlah kita masuk ke dalam rumah ni. Aku nak tunjukkan sesuatu pada kau," balas Anne. Dia segera menarik tangan Kara. Kara membiarkan sahaja.

"Wah, banyaknya barangan antik dalam rumah ni! Macam baru lagi." Dia memandang salah satu almari yang terdapat di situ. Disentuhnya almari itu. Tangannya bersih. "Dan juga langsung tak kotor. Macam ada penjaga saja yang jaga keadaan rumah ni," sambungnya lagi.

Tiba-tiba dia terasa kepalanya berat bagai dihempap batu. Diikuti pula dengan rasa pening yang amat sangat. Serentak itu, dia memusingkan badannya 180 darjah. Ingin diberitahu kepada Anne mengenai itu. Sebaik sahaja dia berpaling, kelihatan kelibat Anne menolaknya sehingga jatuh. Gelap.

Monday, November 22, 2010

Revenge 2 : New World




 “Anak, anak tak apa-apa ke? Anak?” Saliva terasa mukanya dipercik dengan air. Dia hendak membuka mata tetapi pancaran lampu yang terlampau terang membuatkannya pening kepala. Kepalanya juga terasa berat. Aku dekat mana? Soal Saliva di dalam hati. Kepalanya betul-betul rasa hendak pecah. Pandangannya masih lagi gelap. Dia masih belum boleh membuka matanya.

Tiba-tiba, dia terasa hendak muntah. Tetapi dia tidak jadi muntah. Dengan sedaya upaya dia membuka matanya walaupun dia tidak mahu membuka matanya. Apabila matanya sudah terbuka sedikit, dia nampak ada kelibat seseorang di hadapannya. Tetapi kelibat tersebut agak kabur. Kini, dia dapat melihat dengan jelas rupa orang yang berada di hadapannya . Seorang perempuan yang mungkin dalam lingkungan 30-an. Jelas terpacar riak lega di mata perempuan tersebut. Segaris senyuman turut serta.

“Anak tak apa-apa ke adik? Anak ada sakit dekat mana-mana? Mak cik minta maaf sebab mak cik hampir langgar kamu dan adik kamu 2 hari semalam,” Selesai sahaja mak cik tersebut berkata, Saliva terus bangun dari pembaringan.

“Adik. 2 hari semalam.” Saliva mengguman perlahan. Dia terus memandang ke arah mak cik tersebut.

“Mana adik saya Mak Cik ......”

“Panggil saya Mak Cik Gin. Nama mak cik sebenarnya Ginger.” Dengan senyuman Mak Cik Gin memberitahu. “Adik saya mana Mak Cik Gin?”

“Ada, dia tengah tidur di bilik sebelah. Semalam di sudah bangun dari pengsan. Kamu sahaja belum,” jawab Mak Cik Gin. Saliva mengerutkan dahinya, “Dekat mana saya berada sekarang?”

Mak Cik Gin masih lagi tersenyum, “Dekat rumah mak cik. 2 hari semalam mak cik hampir langgar kamu sebab masa itu kamu dan adik kamu terbaring dekat tengah jalan waktu tu pada tengah malam, lebih kurang pukul 2. Mak cik tengok kamu dan adik kamu terbaring di situ, mak cik terus buat keputusan untuk bawa kamu berdua ke rumah mak cik. Lagipun mak cik duduk seorang diri dekat sini. Anak mak cik dah lama hilang, sama dengan suami mak cik.” Mak Cik Gin menyembunyikan kesedihannya. Jelas terpacar kesedihan di matanya apabila menyebut tentang 2 insan tersebut.

“Oh ya, barang-barang yang berdekatan dengan kamu berdua mak cik ambil juga. Ada mak cik letak atas meja tu,” jari telunjuk Mak Cik Gin menunjuk ke arah meja yang terletak berhampiran dengan tingkap.

“Mak cik, sekarang pukul berapa?” Saliva bertanya dengan tiba-tiba.

“Hurm.. pukul 8 malam dah. Kalau kamu hendak apa-apa, panggil sahaja mak cik.”

“Urm... sebelum mak cik terlupa, adik kamu kata ibu kamu buang kamu. Betul ke?” Sambung Mak Cik Gin dengan perlahan.

Saliva tersentak, lama-lama dia mula menganggukkan kepalanya, perlahan. “Bonda bukan sengaja buang kami, dia terpaksa sebab hendak menyelamatkan kami dari musuh,” ujar Saliva dengan lirih sekali. Air mata sudah menghiasi pemandangannya. Dia sedih, teramat sedih apabila membicarakan tentang bondanya. Mak Cik Gin berasa bersalah kerana bertanya soalan tersebut.

“Mak cik minta maaf sebab bertanya. Mak cik tak sangka ibu kamu terpaksa buang kamu berdua. Mak cik ingatkan bonda kamu sengaja buang kamu berdua. Mak cik minta maaf,” ujar Mak Cik Gin dengan rasa bersalah. Saliva menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Tidak apa mak cik. Mak cik tak tahu bukan.” Selepas berkata demikian, perut Saliva berkeroncong dengan kuat. Dia lantas menekan perutnya. Tiba-tiba dia terasa lapar. Lapar sekali!

“Mak cik pergi ambilkan makanan untuk kamu ya. Tunggu ya.” Selepas itu Mak Cik Gin terus keluar dari bilik.

Saliva memandang persekitarannya. Dia melihat katil yang sedang dia duduk. Katil tersebut sederhana keras. Saiz katil tersebut juga sederhana besar. Cadar katil tersebut sungguh lembut dan cantik sekali. Gambar bunga menghiasi permukaan cadar tersebut. Sarung bantalnya juga di hiasi gambar bunga yang sama. Saliva mencapai bantal di belakangnya. Dia mengusik bantal tersebut dengan perlahan. Sangat lembut bantal tersebut. Matanya beralih ke dinding rumah tersebut. Dinding tersebut hanya di cat dengan warna putih. Cantik. Lantainya di tampal dengan jubin berwarna putih.

Dia mencecahkan kakinya ke lantai. Terasa sejuk tapak kakinya. Kini, Saliva mula berjalan melihat barang-barang di dalam bilik itu. Dia memandang ke siling. Ada satu lampu dan kipas. Kipas tersebut sedang berpusing dengan lajunya. Dia mula melangkah ke arah tingkap yang terletak di sebelah meja yang menempatkan barang-barangnya. Cermin tingkap tersebut di usiknya. Selepas itu, kakinya melangkah ke meja di sebelah tingkap tersebut. Dia mengambil rantai dan cincin yang diberi ibunya sebelum mereka berdua masuk ke dunia ini. Rantai tersebut berbentuk bulat dan berwarna merah hati. Cincin yang di sebelah rantai tersebut berwarna merah hati. Sesuai dengan rantai tersebut. Rasa sebak mula menguasai diri Saliva lagi sekali.

Dia rindu akan bondanya. Terlalu rindu. Rantai dan cincin tersebut di genggamnya dengan kuat sekali, seakan-akan tidak mahu melepaskannya. Dia terkenangkan nasib bondanya di sana. Masih hidup atau sudah mati bondanya itu. Dia takut untuk memikirkannya. Dark Devils. Nama tersebut meniti di bibir Saliva. Dia menggigit bibirnya dengan kuat. Api kebencian jelas terpacar di matanya.

“Dark Devils, aku akan pastikan suatu hari nanti kau akan mati. Semua waris kau akan mati. Aku akan bunuh semua waris kau dan aku akan pastikan dendam aku terbalas,” ujar Saliva bersama dengan dengusan yang kuat.

Dadanya berombak-ombak apabila mengenangkan The Dark Devils, kerajaan yang jahat dan dipenuhi rasa angkuh dan bangga diri serta selalu mengambil hak yang bukan milik mereka. Dark Devils memang bodoh! Sedang asyik dia melayan perasaan marahnya, pintu biliknya dibuka dari luar. Mata Saliva beralih ke arah pintu tersebut. Terjengul muka Mak Cik Gin yang sedang menatang dulang yang berisi dengan makanan. Dia lantas pergi ke arah Mak Cik Gin dan mengambil dulang tersebut.

“Terima kasih mak cik,” ujar Saliva apabila dia mengambil dulang tersebut dari tangan Mak Cik Gin. Dia menatang dulang tersebut dengan berhati-hati ke arah meja yang terletak di tengah-tengah bilik tersebut. Meja tersebut agak lebar dan berkaki pendek.

“Sama-sama. Makanlah sampai kamu kenyang. Sebelum terlupa, beg pakaian kamu ada dalam almari. Mak cik tak usik langsung beg pakaian kamu tu. Mak cik pergi dulu. Kalau dah sudah makan, biarkan sahaja makanan tersebut di atas meja. Nanti mak cik kemaskan,” ujar Mak Cik Gin.

Dia lantas pergi dari bilik Saliva. Saliva hanya melihat kelibat Mak Cik Gin sehinggalah kelibat tersebut hilang di balik pintu. Dia menghela nafas. Matanya jatuh pada makanan yang terdapat pada dulang tersebut. Sedap. Itulah yang mampu dia kata apabila melihat makanan tersebut. Dia pernah melihat makanan tersebut dan pernah merasa semua makanan tersebut.

Dia mengetap bibir sebelum mengeluarkan semua makanan tersebut dari dulang dan di letaknya di meja kecil tersebut. Selepas itu, dulang tersebut di letakkan di tepi meja. Dia mula makan makanan yang berada di hadapannya. Secawan air yang berwarna merah di teguknya selepas sudah makan. Dia tersenyum kekenyangan. Dia melangkah ke arah almari yang agak besar. Dia membuka pintu almari tersebut dengan berhati-hati seolah-olah di dalam almari tersebut ada musuh.

Selepas itu, dia mengeluarkan beg pakaiannya. Dia mula menyelongkar beg pakaiannya. Tangannya mencapai frame gambar keluarganya. Dia frame tersebut dengan penuh kasih. Selepas itu, dia menatap frame tersebut. Satu per satu wajah di dalam gambar tersebut di tatap dan diusap. Satu perasaan aneh menguasai dirinya. Dia berasa gembira dan lega melihat wajah ahli keluarganya. Tetapi perasaan tersebut bertukar kepada perasaan sedih. Dia menundukkan wajahnya dan air mata mula menitik membasahi frame  tersebut. Makin lama, makin banyak titisan air mata yang membasahi frame  tersebut. Saliva memasukkan beg pakaiannya di dalam almari semula dan mula melangkah ke atas katil sambil memeluk frame  tersebut. Dia tidur bersama-sama linangan air mata. Frame  gambar tersebut berada di dalam pelukan Saliva.

Mak Cik Gin yang masuk ke dalam bilik Saliva tersentuh melihat Saliva tidur di temani air mata. Dia mengelap air mata Saliva dengan ibu jarinya. Namun, air mata Saliva tetap keluar. Mak Cik Gin tersenyum sayu. Dia lantas mengambil dulang tersebut dan meletakkan semua bekas makanan di dalam dulang itu. Dia menatang keluar dulang tersebut. Sebelum dia menutup pintu bilik Saliva, dia memandang ke arah Saliva lagi sekali. Dia menekan suis lampu dan lampu terus terpadam. Dengan perlahan, dia menutup pintu bilik Saliva. Dia berharap agar kedua beradik tersebut dapat menerima takdir. Zella sudah lama tidur kerana kepenatan akibat menangis. Mak Cik Gin sempat berbual dengan Zella dan Zella hanya menjawab sahaja.

Friday, November 19, 2010

The Chronicles of Revenge : The Prologue


Suasana sungguh mencemaskan berlaku di luar kawasan istana Fairy Kingdom. Semua bangunan terbakar dan banyak mayat bergelimpangan. Helis iaitu nama bagi askar-askar Fairy Kingdom bertarung dengan menggunakan semua kuasa yang mereka ada. Namun, kuasa mereka semua tidak setanding dengan kuasa The Dark Devils. Di dalam istana Fairy Kingdom, ada seorang budak perempuan yang berusia dalam lingkungan 9 tahun sedang mencari ibunya, Permaisuri Elit.

“Bonda! Bonda! Bonda dekat mana?! Bonda!” budak perempuan tersebut menjerit memanggil bondanya. Dia mencari bondanya di seluruh bilik yang terdapat di dalam istana tersebut. Tiba-tiba, dia terpandang sebuah bilik yang pintunya terbuka sedikit. Lampu tersebut seakan-akan malap. Dia menolak pintu bilik tersebut perlahan-lahan.

“Bonda?” panggil budak perempuan tersebut dengan suara yang halus. Pintu terbuka dan budak perempuan tersebut melihat bondanya sedang membaca sesuatu seperti mantera. Pada masa itu, bondanya memakai baju seperti jubah dan berwarna hijau tua. Di lehernya terdapat banyak rantai bergantungan. Di depan bondanya pula ialah sebuah cermin yang usang dan disekeliling cermin tersebut terukir ukiran yang sangat unik. Dia memerhatikan bondanya dengan penuh khusyuk. Tangan bondanya terapung-apung di udara sambil membaca mentera.

“Estriagos menchianso diago
Eliago menchriasti tego
Entegame diango melly
Asbastrous diango
Frenscho!”

Serentak dengan itu, Permaisuri Elit mengalihkan pandangannya ke arah anak perempuannya, Saliva. Mata Permaisuri Elit berwarna biru pekat dan berkilat seperti berlian. Saliva terpana melihat mata bondanya.

“Saliva, bawa adik kamu ke bilik ni. Kalau boleh bawa sekali barang-barang yang Saliva rasa penting. Cepat!” arah Permaisuri Elit dengan tiba-tiba.
Saliva seakan-akan terkaku sebelum dia berlari menuju ke bilik adiknya, Zella. Sampai sahaja di bilik adiknya, dia melihat adiknya sedang bermain dengan kucing berbaka Zenon bernama Kitty.
Badan kucing tersebut berbulu putih dan sedikit biru laut. Mata kucing tersebut berwarna merah dan hujung ekornya berwarna biru laut. Di lehernya ada seutas rantai yang mempunyai sebutir permata berwarna hijau. Saliva dengan pantasnya mencapai sebuah beg yang sederhana besar berwarna hitam dan memasukkan 2 pasang bajunya, 3 pasang baju Zella dan barang-barang yang dirasakan perlu. Setelah itu dia dengan pantasnya mencapai sangkar untuk Kitty yang terletak di tepi katil adiknya. Di mengambil Kitty dari tangan adiknya tanpa berkata apa-apa. Zella terkesima dengan perbuatan kakaknya, Saliva. Dia memerhatikan kakaknya memasukkan Kitty di dalam sangkarnya.

”Zella, jom kita pergi ke bilik bawah tanah. Bonda tengah tunggu kita.” ujar Saliva kepada Zella. Dia menarik tangan adiknya supaya mengikutinya.
”Bonda tengah tunggu kita? Kenapa kakak?” soal Zella, hairan. Dia memandang muka kakaknya. Saliva membalas pandangan adiknya itu. Dia mengukirkan senyuman untuk adiknya. Soalan yang ditanya oleh Zella tidak di balas. Ayunan kakinya semakin cepat. Zella juga terpaksa mempercepatkan ayunan langkah untuk menyaingi kakaknya.

”Kakak, kenapa kakak jalan cepat sangat?” soalan Zella memecahkan kesunyian yang menyelebungi suasana istana.

”Aaaaaa.... ”

Saliva yang hendak menjawap soalan yang diajukan terus tidak jadi hendak menjawapnya apabila terdengar jeritan Helis. Zella pula terus memeluk Saliva dengan erat sekali. Saliva mengetap bibirnya. Kuat. Tanpa berfikir panjang dia terus memeluk adiknya dan memejamkan matanya..

”Feriasti diango Mucco”

Sekelip mata mereka sampai di pintu bilik bawah tanah. Saliva sudah tercungap-cungap. Dia terlalu lemah untuk menggunakan kuasanya. Lagi-lagi untuk membawa orang berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Peluh mengalir di mukanya. Saliva menolak Zella ke bilik yang berlampu malap. Zella membuka pintu tersebut. Dalam masa yang sama, dia sempat mengambil sangkar Kitty yang berada  di bawah kakinya. Saliva sedang menarik nafas untuk melegakan kesakitannya. Apabila pintu terbuka, Zella terus menerpa ke arah bondanya, Permaisuri Elit. Dia memeluk bondanya. Kuat. Permaisuri Elit yang sedang membaca mantera tersentak. Dia membuka mata dan melihat Zella sedang memeluknya. Dia merenggangkan pelukan anaknya itu. Zella terpaksa melepaskan pelukannya itu apabila melihat tindak balas bondanya.

“Mana kakak kamu, Saliva?” Tanya Permaisuri Elit. Zella mengarahkan jari telunjuknya di pintu. Serentak itu Saliva terjengul di muka pintu tersebut sambil membimbit beg yang berwarna hitam. Dia menyembunyikan kesakitan tersebut dengan senyuman yang manis sekali.

“Mari sini Saliva,” panggil Permaisuri Elit. Saliva berjalan menuju ke bondanya. Permaisuri Elit memeluk Saliva dan Zella dengan penuh kasih. Saliva dan Zella membalas pelukan bondanya. Saliva sudah mengalirkan air mata. Dia tahu mengapa mereka perlu berkemas, dia bukan bodoh untuk memahami situasi sekarang. The Dark Devils memang jahanam! Saliva mengetap bibirnya. Setelah beberapa minit berlalu, Permaisuri Elit melepaskan pelukannya. Dia mengucup pipi anak-anaknya. Tanda tanya mula menguasai diri Zella.

“Bonda, kenapa dengan bonda? Bonda nak pergi mana?” tanya Zella dengan penuh hairan. Saliva hanya menutup mata. Dia menahan diri supaya tidak menangis. Permaisuri Elit tidak membalas soalan anaknya itu, sebaliknya dia meramas bahu Saliva.

“Saliva, janji dengan bonda yang kamu akan menjaga adik kamu dengan baik. Bonda tak nak ada perkara buruk berlaku pada kamu berdua. Janji dekat bonda, Saliva. Janji.” Saliva menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia berasa sayu mendengar nada bondanya itu. Dia takut jikalau dia tidak dapat menjaga adiknya dengan baik sebagaimana bondanya suruh.
“Saliva, kamu sahaja yang boleh bonda bergantung harap. Bonda nak kamu janji dekat bonda. Janji dengan bonda untuk menjaga diri kamu dan adik kamu dengan baik. Itu sahaja yang bonda minta. Janji dekat bonda,” ujar Permaisuri Elit. Penuh sayu. Saliva menarik nafas panjang. Terlalu berat beban yang harus dipikulnya dalam usia yang terlalu mentah. Dia memandang ke arah adiknya, Zella. Di dalam mata adiknya, dia dapat melihat kesedihan yang jelas terpacar. Adiknya terlalu mentah untuk mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya. Dia juga begitu. Tetapi dia terpaksa menabahkan hati untuk menjadi seorang insan yang tabah dan cekal. Dia harus kuat demi keluarga dan negaranya. Saliva menggenggam tangan dengan erat sekali. Dia akhirnya menganggukkan kepalanya. Perlahan. Permaisuri Elit tersenyum dengan penuh sayu.

“Bonda tahu, bonda boleh harapkan kamu,” ujar Permaisuri Elit bersama-sama dengan linangan air mata. Tiba-tiba....

“Booooommmmm..................”
“Istana!!!!!!!!!!!!!!”
Zella terkejut, begitu juga dengan Saliva dan Permaisuri Elit.

“Mereka sudah berjaya pecahkan istana kita. Saliva, Zella. Cepat masuk ke dalam cermin ni apabila cermin ini membentuk air dan membuat pusaran. Bawa barang kamu sekali. Masuk dengan cepat!” Arah Permaisuri Elit. Tetapi sebelum itu, dia sempat membuka kalungnya yang mempunyai batu berwarna merah hati dan cincin yang berwarna merah hati. Dia memberikan
kalung dan cincin tersebut pada anaknya, Saliva. Saliva menyambut pemberian ibunya dengan sedih sekali. Selepas itu, Permaisuri Elit mula membaca mantera. Lama kelamaan, cermin tersebut membentuk seperti air dan membuat pusaran. Zella sudah meraung-raung. Dia memeluk pinggang bondanya dengan kuat. Saliva terpaksa melepaskan pelukan tersebut dengan cara yang kasar. Selepas itu dia menolak adiknya masuk ke dalam cermin tersebut. Dia juga mencampak sangkar Kitty dan beg hitam ke dalam cermin tersebut. Akhir sekali, dia berjalan masuk ke dalam cermin tersebut. Air mata mengalir dengan deras sekali. Derap kaki The Dark Devils semakin dekat.

“Kami sayangkan bonda!!!” Jerit Saliva dengan tangisan yang kuat. Dia tidak dapat bertahan lagi. Jeritan dan raungan menerjah ke gegendang telinganya sebelum dia tidak sedarkan diri dan dunianya menjadi gelap....

Wednesday, November 17, 2010

Moonlight Fairytale (Bab 6)

Malam itu, lagak Wilda seperti seorang ninja, melompat-lompat dari satu meja ke satu meja. Cuba mengelak bebola api yang dilontarkan lembaga berapi tersebut. Sudah acap kali dirasakan tubuhnya hampir rentung. Namun setiap kali itulah tubuhnya dirasakan bergerak dengan sendirinya. Seakan-akan satu tangan ghaib sedang menolak tubuhnya mengelak setiap serangan.

Wilda berhenti seketika di sebalik sebuah meja guru dimana saiznya besar sedikit daripada meja murid lantas memudahkan dia menyorok sebentar. Dia tercungap-cungap mengisi semula udara yang sudah semput dalam peparunya. Tiba-tiba, bahu kanannya terasa hangat. Wilda pantas menoleh. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat dinding yang menjadi kaki meja sedang hangat melebur. Dia segera menjauh. Tahulah dia tempat persembunyiannya sudah diketahui.

"Tak usahlah kau lari lagi dari aku Azzura, kau tak penatkah berlari? Serahkan saja diri kau, jangan risau sakitnya sekejap sahaja..Hahaha, " ketawa makhluk itu kedengaran menakutkan.


Wilda buat-buat pekak. Kau ingat aku bodoh? desis hati kecilnya. Wilda berjaya keluar dari kelas. Buku Biologinya sudah terbang entah kemana, pastinya ketika dia sibuk mengelak tadi. Dia berlari di sepanjang koridor tanpa menoleh ke belakang lagi. Sebaik tiba di hujung tangga, dia segera menuruninya.


Entah di mana silapnya, dia tersadung lantas terjatuh tergolek-golek. Aduh! Eh, asal lembut semacam tempat aku landing ni, detik hati Wilda seraya mengangkat sedikit wajahnya. Dia terpana. Wajah Riz berada terlalu dekat dengannya. Mereka berpandangan seketika. Satu perasaan aneh mula menjalar. Setelah agak lama, Wilda tersedar. Dia segera menjauh dengan pipi yang merona merah. Degupan jantung jangan cakaplah, mengalahkan kereta api lajunya. Hilang segala ketakutannya. Masakan tidak, belum pernah dia berada sebegitu dekat dengan seorang lelaki kecuali arwah ayah.

"Hoi, mana kau letak mata? Hati-hatilah sikit," sumpah Riz sambil cuba bangun. Dia menepuk-nepuk bajunya yang agak berdebu. Wlda masih terpaku. Akhirnya dia juga bangun. "Maaf, saya tersadung tadi," pinta Wilda tergagap-gagap.


"Maaf je? Terima kasihnya? Hei tahu tak sakit badan aku 'sambut' kau tadi?" Marah Riz. Lucu pula melihat Wilda terkulat-kulat di hadapannya. Padan muka gelakkan aku lagi, getus hatinya.


"Bukannya saya sengaja, lagipun saya tak minta pun awak sambut saya. Lagi satu apa awak buat kat sini malam-malam?" Giliran Wilda pula bertanya, hairan dengan kehadiran Riz yang secara tiba-tiba.


"Aku yang sepatutnya tanya kau soalan tu. Apa yang kau buat kat sini, hah?" tengking Riz. Wilda ingin membalas tetapi dipintas dengan suara seseorang.

"Mind if I join in? Cambest je, sampai terlupa dekat aku ya, Tuan Puteri Azzura?" Sampuk lembaga berapi tadi. Geram kerana kehadirannya tidak diendahkan.

"Siren!" Jerit Riz tiba-tiba. Matanya tepat ke arah lembaga yang disebut 'Siren' itu. Matanya penuh dendam."Siapa? Dia ke?" Tanya Wilda pada Riz tetapi pandangan Riz tidak sedikit pun berkalih.



"Oh, kau tahu nama aku? Nampaknya kau bukan dari sini. Ah, tak kisahlah! Azzura kau tak boleh lari lagi." Kata Siren seraya melemparkan bebola api ke arah Wilda. Riz menolak tubuh Wilda jauh dari tempat sasaran lantas menarik tangannya menuruni baki anak tangga terus ke halaman luar yang lebih luas dan hanya diterangi sebatang tiang lampu. Dengan ini, mudah sedikit untuk menghadapi serangan Siren.


Wilda terkedu. Tangannya masih kemas dalam genggaman Riz. Menyedari perbuatannya, Riz terus melepaskan genggamannya. "Maaf," pinta Riz ikhlas. Wilda hanya menunduk.



"Jangan kacau, budak. Gadis itu milik aku, jangan masuk campur atau dengan kau sekali aku bunuh!" Ugut Siren penuh kebencian. Marah kerana rancangannya diganggu seorang budak mentah. Namun Riz tetap di kedudukannya.


Dengan meggunakan telapak tangan kanan, Riz mengumpul bebola air yang ditarik daripada sebuah tasik buatan tidak jauh dari situ. Bebola-bebola air tersebut memanjang membentuk sebilah pedang. Selepas beberapa ketika, Sebilah pedang lengkap dengan hulu berukiran unik dan mata yang tampak tajam akhirnya tercipta. Ia nampak sangat tajam walaupun dibentuk daripada air semata-mata.

Riz memegang erat hulu pedang tersebut. Aura biru mula muncul di sekeliling tubuhnya dan terkumpul di belakang tubuh. Aura tersebut lantas membesar dan membentuk sepasang sayap biru yang bersinar dalam kegelapan. Dengan satu teriakan yang nyaring dia meluru ke arah Siren dan menolaknya ke atas,. Siren tidak menunggu lama. Sepasang sayap merah dari neraka turut terbentuk. Tangannya juga erat memegang sebilah pedang yang merah menyala.

Satu pertempuran maha hebat berlaku di depan mata Wilda. Beberapa kali Wilda mencubit lengannya sendiri, memastikan dia tidak bermimpi sekarang ini. Bunyi berdesing yang dihasilkan sangat membingitkan apabila pedang Riz berlaga dengan pedang Siren yang dihasilkan daripada api. Air lawan api. Nampak berat sebelah namun jika Siren menggunakan kuasa sepenuhnya, pasti pedang Riz akan lesap dan begitu juga sebaliknya.

Namun pada malam tersebut Siren tiada masa mahu 'bermain' dengan Riz. Misinya hanya satu: Menjadikan malam ini malam terakhir Wilda! Lantas apabila peluang terhidang di depan mata, Siren meloloskan diri dari medan pertempuran dan mara ke arah Wilda. Wilda yang terkaku tidak sempat mengelak serangan Siren yang tiba-tiba. Dia hanya mampu menutup mata. Haba panas semakin terasa.

Tiba-tiba dirinya terasa ringan. Kakinya juga seakan tidak berpijak di bumi nyata. Aku sudah matikah? getus hatinya. Dia memberanikan diri untuk membuka mata. Sekali lagi dia terkesima dengan wajah Riz yang terlalu dekat dengan wajahnya.Dia memandang ke arah lain, enggan memandang terlalu lama seperti tadi tetapi alngkah terkejutnya dia melihat menara sekolah melintasi hadapannya. Dia menjerit ketakutan. Tahulah dia dirinya sedang didukung Riz terbang jauh demi mengelak serangan Siren tadi.

"Turunkan saya pervert! Turunkan saya," kata Wilda cuba meronta.

"Ah! Hei, diamlah! Kau nak matikah, hah! Dah tak sayang nyawa? Syukurlah aku sempat selamatkan kau, " marah Riz.

Siren bertambah berang. Baru sahaja dia ingin mengorak langkah mengejar, Dia mendengar suara yang sangat dikenalinya bergema dalam otak. Siren mendengar dengan teliti. Sebentar dia mengganguk kecewa. "Baiklah," dia berkata perlahan. Mukanya didongakkan memandang tepat kearah Riz dan Wilda."Hari ini hari kau, esok-esok aku akan balas balik!" Kata Siren dengan bengis. Tornado api mula terbentuk dari kakinya dan menutupi seluruh tubuhnya lalu lesap dan ghaib tiba-tiba.

Wilda memandang dengan cemas dan takut. Mungkin juga trauma dengan semua ini. "Okey, dia dah pergi. Boleh turunkan saya sekarang?" Kata Wilda dengan sinis sambil cuba mengawal getaran suaranya.

"Tidak semudah itu, ada banyak yang aku nak tanya kau," kata Riz lalu terbang kearah bukit tidak jauh dari pagar utama sekolah.

"Mana awak nak bawa saya?" Tanya Wilda, cemas.

"Ke markas kami," jawab Riz ringkas tanpa mempedulikan lagi soalan-soalan Wilda.

Monday, November 8, 2010

TWINS - Bab 5

Ellixa keluar dari bilik air. Terasa segar setelah lama berendam. Dia segera mengenakan pijama. Penat rasanya seharian di sekolah. Sedang dia mengikat rambutnya yang panjang mencecah pinggang, satu bunyi hentakan kedengaran. Dengan sedikit terkejut, dia memandang ke arah bunyi tersebut.

'Oh, loket aku rupanya,' katanya di dalam hati. Dia segera mencapai rantai loketnya yang berbentuk kristal. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Ditekannya satu punat yang terdapat di loketnya itu. Satu hologram muncul. Ellixa menundukkan wajahnya sedikit.

"Ada apa panggil aku? Dan macam mana dengan misi kau?" tanya hologram itu.

"Bukan kau ke yang suruh aku panggil andai aku dah mulakan langkah? Lagi pula, ada banyak benda yang aku ingin beritahu pada kau." tanya Ellixa pula.

"Oh, ya. Maaf aku terlupa. Jadi, macam mana dengan misi kau? Apa perkembangannya?" tanya hologram itu lagi.

"Banyak juga soalan dari kau. Begini, aku dah dapat dekati dia. Agak mudah juga sebenarnya untuk dekati dia. Sekarang, tinggal nak umpan dia masuk perangkap saja. Kau tak perlu bimbang. Aku tahu macam mana nak handle dia."

"Bagus kalau begitu. Tapi kau mesti ingat. Kau tak boleh ambil masa yang terlalu lama untuk perangkap dia. Gerhana Avviate semakin mendekati dan Gaviens perlukan dia secepat mungkin."

"Baiklah Lex. Aku akan cuba untuk lakukannya dengan pantas," kata Ellixa sebelum dia mematikan perbualannya dengan Lex. Dia memandang ke luar tingkap. Cahaya bulan separa mengambang itu benar-benar membuatkan dia berasa risau. Sempatkah aku nak perangkap dia?

***

Ish! Mana abang Lynnet pergi ni, bisik Misa di dalam hati. Dia meneruskan pencariannya. Dari sebuah bilik ke sebuah bilik digeledahnya. Dia mengeluh. Manalah perginya abang aku yang sorang ni. Kalau jumpa dia nanti, ada yang kena cekik dengan aku. Misa keluar dari bilik terakhir yang dimasukinya. Segera berjalan menuju ke Orchestra River. Manalah tahu kalau-kalau Lynnet sudah menunggunya di situ.

"Hai Misa. Nak ke mana cepat-cepat ni?" tanya Sakura yang entah datang dari mana. Misa tersentak sedikit. Dia memandang Sakura lantas menhadiahkan satu senyuman yang amat bermakna buatnya. Sakura mengangkat kening.

"Kak Sakura ada nampak abang Lynnet tak? Puas Misa cari dia. Misa dah geledah semua tempat yang selalu abang Lynnet 'sembunyikan' diri tapi tak jumpa pun." Sakura tergelak.

"Hai Misa, Misa. Takkan Misa tak tahu yang abang Lynnet dah ke negara Xune. Ayah Misa yang suruh dia ke sana. Ada tugas yang amat penting yang perlu dia siasat. Abang Lynnet pergi dengan Pak Cik Ash. Dah seminggu mereka ke sana. Takkan Misa tak tahu?" tanya Sakura. Misa tercengang.

"Kenapa Kak Sakura tak beritahu Misa siang-siang? Misa langsung tak tahu. Patut lah dari minggu lepas lagi tak nampak kelibat abang Lynnet. Ish! Baik betul dia tak nak beritahu Misa. Misa nak ikut jugak!"

"Patut lah abang Lynnet tak nak beritahu Misa. Misa nak ikut jugak rupanya. Hehe."

"Tak baik tau gelakkan orang. Alang-alang dah jumpa Kak Sakura ni, apa kata kalau Kak Sakura je yang ajar Misa main pedang ni. Haih, dah lah pedang ni berat. Boleh tak Kak Sakura?" tanya Misa. Sakura diam sejenak. Memikirkan segala kemungkinan.

"Hm..boleh lah. Selalunya Misa berlatih kat mana?" Misa segera menarik tangan Sakura ke Orchestra River.

***

Ruei berjalan pantas. Semua yang sedang berjalan menentang arus hampir dilanggarnya. Hampir-hampir sahaja dia tersungkur kerana terlanggar batu. Mujur sahaja Lex ada di situ.

"Kau ni nak ke mana? Tak sabar-sabar sangat?" Tanya Lex. Ruei memendangnya. Dia segera berdiri dengan betul dan membetulkan ikatan rambutnya. Beredar tanpa memberi jawapan kepada pertanyaan Lex sebentar tadi. Lex hanya mengeluh.

"Ke tepi lah!" Jeritnya kepada pengawal keselamatan yang menghalangnya. Dia segera menghunus pedangnya. Pengawal yang mengawal di situ semuanya memohon maaf. Betapa mudahnya untuk dia melepasi pengawal-pengawal semua. Mungkin kerana dia merupakan antara pemain pedang yang paling handal di FTI. Dia tersenyum sendiri.

Segera dia berlari-lari anak untuk berjumpa dengan Gaviens. Hampir lima minit, dia tiba di hadapan pintu bilik mesyuarat. Dia segera masuk dan menghadap Gaviens.

"Gaviens, aku sudah jumpa penawar untuk penyakit Tara!"



p/s : Maaf kepada yang menunggu cerita ini. Kepada Kak Izz, Bang Jims dan Kak Maria, sudi-sudilah komen bab 5 ini. Kepada Kak Izz, maaflah Shin langsung tak keluar dalam bab ini... ;)