Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Wednesday, November 17, 2010

Moonlight Fairytale (Bab 6)

Malam itu, lagak Wilda seperti seorang ninja, melompat-lompat dari satu meja ke satu meja. Cuba mengelak bebola api yang dilontarkan lembaga berapi tersebut. Sudah acap kali dirasakan tubuhnya hampir rentung. Namun setiap kali itulah tubuhnya dirasakan bergerak dengan sendirinya. Seakan-akan satu tangan ghaib sedang menolak tubuhnya mengelak setiap serangan.

Wilda berhenti seketika di sebalik sebuah meja guru dimana saiznya besar sedikit daripada meja murid lantas memudahkan dia menyorok sebentar. Dia tercungap-cungap mengisi semula udara yang sudah semput dalam peparunya. Tiba-tiba, bahu kanannya terasa hangat. Wilda pantas menoleh. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat dinding yang menjadi kaki meja sedang hangat melebur. Dia segera menjauh. Tahulah dia tempat persembunyiannya sudah diketahui.

"Tak usahlah kau lari lagi dari aku Azzura, kau tak penatkah berlari? Serahkan saja diri kau, jangan risau sakitnya sekejap sahaja..Hahaha, " ketawa makhluk itu kedengaran menakutkan.


Wilda buat-buat pekak. Kau ingat aku bodoh? desis hati kecilnya. Wilda berjaya keluar dari kelas. Buku Biologinya sudah terbang entah kemana, pastinya ketika dia sibuk mengelak tadi. Dia berlari di sepanjang koridor tanpa menoleh ke belakang lagi. Sebaik tiba di hujung tangga, dia segera menuruninya.


Entah di mana silapnya, dia tersadung lantas terjatuh tergolek-golek. Aduh! Eh, asal lembut semacam tempat aku landing ni, detik hati Wilda seraya mengangkat sedikit wajahnya. Dia terpana. Wajah Riz berada terlalu dekat dengannya. Mereka berpandangan seketika. Satu perasaan aneh mula menjalar. Setelah agak lama, Wilda tersedar. Dia segera menjauh dengan pipi yang merona merah. Degupan jantung jangan cakaplah, mengalahkan kereta api lajunya. Hilang segala ketakutannya. Masakan tidak, belum pernah dia berada sebegitu dekat dengan seorang lelaki kecuali arwah ayah.

"Hoi, mana kau letak mata? Hati-hatilah sikit," sumpah Riz sambil cuba bangun. Dia menepuk-nepuk bajunya yang agak berdebu. Wlda masih terpaku. Akhirnya dia juga bangun. "Maaf, saya tersadung tadi," pinta Wilda tergagap-gagap.


"Maaf je? Terima kasihnya? Hei tahu tak sakit badan aku 'sambut' kau tadi?" Marah Riz. Lucu pula melihat Wilda terkulat-kulat di hadapannya. Padan muka gelakkan aku lagi, getus hatinya.


"Bukannya saya sengaja, lagipun saya tak minta pun awak sambut saya. Lagi satu apa awak buat kat sini malam-malam?" Giliran Wilda pula bertanya, hairan dengan kehadiran Riz yang secara tiba-tiba.


"Aku yang sepatutnya tanya kau soalan tu. Apa yang kau buat kat sini, hah?" tengking Riz. Wilda ingin membalas tetapi dipintas dengan suara seseorang.

"Mind if I join in? Cambest je, sampai terlupa dekat aku ya, Tuan Puteri Azzura?" Sampuk lembaga berapi tadi. Geram kerana kehadirannya tidak diendahkan.

"Siren!" Jerit Riz tiba-tiba. Matanya tepat ke arah lembaga yang disebut 'Siren' itu. Matanya penuh dendam."Siapa? Dia ke?" Tanya Wilda pada Riz tetapi pandangan Riz tidak sedikit pun berkalih.



"Oh, kau tahu nama aku? Nampaknya kau bukan dari sini. Ah, tak kisahlah! Azzura kau tak boleh lari lagi." Kata Siren seraya melemparkan bebola api ke arah Wilda. Riz menolak tubuh Wilda jauh dari tempat sasaran lantas menarik tangannya menuruni baki anak tangga terus ke halaman luar yang lebih luas dan hanya diterangi sebatang tiang lampu. Dengan ini, mudah sedikit untuk menghadapi serangan Siren.


Wilda terkedu. Tangannya masih kemas dalam genggaman Riz. Menyedari perbuatannya, Riz terus melepaskan genggamannya. "Maaf," pinta Riz ikhlas. Wilda hanya menunduk.



"Jangan kacau, budak. Gadis itu milik aku, jangan masuk campur atau dengan kau sekali aku bunuh!" Ugut Siren penuh kebencian. Marah kerana rancangannya diganggu seorang budak mentah. Namun Riz tetap di kedudukannya.


Dengan meggunakan telapak tangan kanan, Riz mengumpul bebola air yang ditarik daripada sebuah tasik buatan tidak jauh dari situ. Bebola-bebola air tersebut memanjang membentuk sebilah pedang. Selepas beberapa ketika, Sebilah pedang lengkap dengan hulu berukiran unik dan mata yang tampak tajam akhirnya tercipta. Ia nampak sangat tajam walaupun dibentuk daripada air semata-mata.

Riz memegang erat hulu pedang tersebut. Aura biru mula muncul di sekeliling tubuhnya dan terkumpul di belakang tubuh. Aura tersebut lantas membesar dan membentuk sepasang sayap biru yang bersinar dalam kegelapan. Dengan satu teriakan yang nyaring dia meluru ke arah Siren dan menolaknya ke atas,. Siren tidak menunggu lama. Sepasang sayap merah dari neraka turut terbentuk. Tangannya juga erat memegang sebilah pedang yang merah menyala.

Satu pertempuran maha hebat berlaku di depan mata Wilda. Beberapa kali Wilda mencubit lengannya sendiri, memastikan dia tidak bermimpi sekarang ini. Bunyi berdesing yang dihasilkan sangat membingitkan apabila pedang Riz berlaga dengan pedang Siren yang dihasilkan daripada api. Air lawan api. Nampak berat sebelah namun jika Siren menggunakan kuasa sepenuhnya, pasti pedang Riz akan lesap dan begitu juga sebaliknya.

Namun pada malam tersebut Siren tiada masa mahu 'bermain' dengan Riz. Misinya hanya satu: Menjadikan malam ini malam terakhir Wilda! Lantas apabila peluang terhidang di depan mata, Siren meloloskan diri dari medan pertempuran dan mara ke arah Wilda. Wilda yang terkaku tidak sempat mengelak serangan Siren yang tiba-tiba. Dia hanya mampu menutup mata. Haba panas semakin terasa.

Tiba-tiba dirinya terasa ringan. Kakinya juga seakan tidak berpijak di bumi nyata. Aku sudah matikah? getus hatinya. Dia memberanikan diri untuk membuka mata. Sekali lagi dia terkesima dengan wajah Riz yang terlalu dekat dengan wajahnya.Dia memandang ke arah lain, enggan memandang terlalu lama seperti tadi tetapi alngkah terkejutnya dia melihat menara sekolah melintasi hadapannya. Dia menjerit ketakutan. Tahulah dia dirinya sedang didukung Riz terbang jauh demi mengelak serangan Siren tadi.

"Turunkan saya pervert! Turunkan saya," kata Wilda cuba meronta.

"Ah! Hei, diamlah! Kau nak matikah, hah! Dah tak sayang nyawa? Syukurlah aku sempat selamatkan kau, " marah Riz.

Siren bertambah berang. Baru sahaja dia ingin mengorak langkah mengejar, Dia mendengar suara yang sangat dikenalinya bergema dalam otak. Siren mendengar dengan teliti. Sebentar dia mengganguk kecewa. "Baiklah," dia berkata perlahan. Mukanya didongakkan memandang tepat kearah Riz dan Wilda."Hari ini hari kau, esok-esok aku akan balas balik!" Kata Siren dengan bengis. Tornado api mula terbentuk dari kakinya dan menutupi seluruh tubuhnya lalu lesap dan ghaib tiba-tiba.

Wilda memandang dengan cemas dan takut. Mungkin juga trauma dengan semua ini. "Okey, dia dah pergi. Boleh turunkan saya sekarang?" Kata Wilda dengan sinis sambil cuba mengawal getaran suaranya.

"Tidak semudah itu, ada banyak yang aku nak tanya kau," kata Riz lalu terbang kearah bukit tidak jauh dari pagar utama sekolah.

"Mana awak nak bawa saya?" Tanya Wilda, cemas.

"Ke markas kami," jawab Riz ringkas tanpa mempedulikan lagi soalan-soalan Wilda.

5 comments:

sakuraputih said...

Salam..sis,

Awak ada buat banyak kesalahan. Kan Bang Jims dah cakap langkau dua baris. Yang lain okey. Cantik gambar tu. Awak lukis kan...

sakuraputih said...

Lagi satu..ada satu bahagian tu awak buat dua dialog dalam satu perenggan (dialog antara wil dan riz). Baik awak betulkan cepat. Nanti Bang Jims nampak..... 0_^

putri_impi said...

I've tried but it's still the same..I'll try again to fix it..
but I'm telling you..I've tried my best and yet it's still like that..

sakuraputih said...

Oh..nevermind...
Still, you've done the best...

black_snow a.k.a. shaf6teen said...

Oh, my twin ni mmg berbakat dlm segala hal... best cte ko.. gmbr 2 yg dlm sketch book ko kan? hehe..