Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Monday, January 10, 2011

Phase 4 : Unwilling


Unwilling

            TAG! Tag! Tag! Kedengaran derap langkah seseorang menuruni tangga,melalui bunyi tapak kaki itu ianya kedengara seperti satu kecemasan.Ace meletakkan lunch box dan beberapa surat di atas rak kasut.Kasut yang sudah dibuka ditolak ke bawah rak kasut dengan kakinya.
            “Ace!” panggil Rita sambil berlari menghampiri Ace.Wajahnya nampak cemas.
            “Kenapa?” soal Ace sambil menuju ke dapur.Rita membuntuti Ace.
            “Perempuan tu..perempuan rambut ungu tu dan hilang!” cemas!
            “Hilang?Atau dia sudah pergi?” tanya Ace tenang.
            “Dua-dua sekali!”
            “Oh..kalau dia dah pergi bermakna dia dah sembuh..baguslah tu,” jawab Ace selamba.
            “Tapi bukan kau yang beriya-iya nak dia tinggal sini?” Rita pelik.
            “Aku cuma nak tebus kesalahan aku saja sebab tu aku biarkan dia tinggal sini. Tapi kalau suatu hari nanti dia perlukan pertolongan, bila-bila masa aku boleh tolong,” jawab Ace lagi lalu beredar menuju ke tingkat atas,biliknya.Rita tersenyum dengan mengetap bibir.
            “Yes!” katanya gembira.Apa tidak gadis ungu itu sudah pergi,dia tidak rasa tergugat lagi.

            ACE mencapai tuala putih yang tersangkut di belakang pintu biliknya dan berlalu ke kamar mandi.T-shirtnya di buka dan dimasukkan ke dalam mesin basuh.Dia mendekati cermin dan membelakang,kepalanya pula melihat kearah bahunya kirinya yang sudah beberapa hari lebam,dan lebam itu semakin hari semakin membesar.Lebam yang kebiruan itu seakan membentuk seperti ranting-ranting kayu yang kecil menuju ke bahagian pinggangnya.Ace mengerut kening.Lebam itu semakin pelik di matanya.
            Dia mengubah posisi menghadap cermin, serentak itu matanya menangkap satu objek yang berkilau diatas singki sebelah gelas tempat letak berus giginya. Objek itu seperti keronsang yang berbentuk ros.Ace membelek keronsang itu.Tidak pernah pula dia melihat objek itu di rumahnya,ibunya tidak pernah membeli seperti itu,rupanya nampak seperti mahal. Seketika kemudian dia tersenyum..Violet..Bibirnya menutur nama itu.Keronsang itu diletak semula di tempatnya dan terus memasang paip.

*****

            BAM! Pintu ditutup benar-benar di hadapannya.Morgan berdiri tetap ditempatnya walaupun bunyi pintu tertutup berdesing di telinganya.Morgan menghembus nafas.Nampaknya mencari rumah tumpangan bukan senang.Itu adalah rumah yang ke-3 di singgahinya dan semua menolak Morgan.Dia sendiri juga pelik.Adakah penampilan aku buat diorang takut??Mungkin aku perlu ubah rambut dan mata aku..mana ada orang mata ungu macam aku.Morgan berfikir sendiri.
            Morgan sudah mula beredar dari tempat itu.Sebaik keluar dari lorong kecil itu sebuah kereta limousine berwarna perak berhenti di tepat di sebelah Morgan.Langkah Morgan mati.Pintu pemandu dibuka dan muncul seorang lelaki berpakaian seperti perkerja hotel mendapatkan Morgan.Lelaki itu tunduk hormat di hadapannya.Morgan mengerut kening.
            “Sila masuk cik muda,” lelaki itu membuka pintu bahagian belakang.
            “Kamu ni siapa?” soal Morgan.Lelaki itu sekadar tertunduk,t idak berani bertantang mata dengannya.
            “Aku tanya,kamu ni siapa?” Morgan bertanya lagi, kali ini nada suaranya kedengaran sedikit keras.
            “Maafkan saya,saya hanya menurut perintah cik muda,” lelaki itu semakin mendonkok.Tiba-tiba,sebatang kayu seakan tongkat keluar dari perut limousine diikuti sepasang kaki berkasut hitam kulit buaya di mana muncungnya tajam.
            “Tidak apa Ben, kamu boleh masuk semula ke dalam,”  kedengaran suara garau milik lelaki bertubuh besar di hadapannya.Lelaki itu sudah kelihatan tua dengan misai berwarna putih dan mukanya yang sudah berkedut.Pakaiannya seperti pakaian diraja.Perut timbul ke hadapan.Lelaki besar menarik rokok paip dari mulutnya.
            “Long time no see,Morgan!” kata lelaki itu.Dahi Morgan semakin berkerut.Lord Osbald?
            “Lord Osbald?” nama yang sama keluar dari bibirnya.Lelaki itu menggeleng.
            “Saya bukan lagi Lord Osbald, panggil saja saya Erwin,” kata Lord Osbald sambil memperkenalkan dirinya sebagai Erwin.
            “Macam mana Lord Osbald..maaf..macam mana anda tahu aku di sini?” soalnya.Lord Osbald tersenyum.Morgan Seakan janggal memanggil Lord Osbald sebagai Erwin.Walaupun Lord Osbald meninggalkan dia dan juga Moonstone Hill lama dulu,wajah itu masih tersimpan kemas di minda Morgan.
            “I sense your present,” jawabnya.Morgan mengangguk.
            “Sila masuk,” lelaki di hadapannya mempersilakannya masuk ke dalam kereta.
            “Aku ada kerja lain lagi..so if you’ll excuse me,” Morgan menolak dengan sopan dan mula beredar. 
            “Saya dengar tentang Black Demon,macam mana dia boleh terlepas?” soal Lord Osbald.Langkah Morgan terhenti.
            “I sense Azera too,” tambahnya lagi.
            “Anda bukan lagi sebahagian daripada dunia Moonstone Hill,jadi anda tidak berhak tahu apa-apa tentang dunia Moonstone Hill,” jawab Morgan.Lord Osbald terkesima.Sudah terlalu jauh beza sikap Morgan semasa kecil dan sekarang.Dia lebih serius berbanding dulu.
            “Kamu sudah banyak berubah Morgan,kamu tidak perlu serius seperti ini,”
            “Aku memang serius juka berkaitan dengan dunia Moonstone Hill,” jawabnya.
            “Ingat Morgan,saya juga seperti kau dulu..walaupun saya tinggalkan dunia Moonstone Hill,saya masih sebahagian daripada kamu,” Morgan berpaling semula kearah Lord Osbald.
            “So,what do you want me to do?”
            “Ikut saya,kau tiada tempat tinggalkan bukan?Buat sementara kau boleh tinggal dengan saya,”
            “I can find place myself,” Morgan segera menolak.Bukan mudah baginya untuk menerima pertolongan orang yang telah meninggalkan dunia Moonstone Hill,ia sama saja seperti dia mengkhianat dunianya sendiri.
            “Please Morgan..demons are anywhere. Bila-bila saja kau akan diserang.I can help you,” Morgan menghembus nafas. Tanpa bersuara, dia terus berpaling dan masuk ke dalam limousine itu. Lord Osblad tersenyum lalu dia pun membuntuti Morgan.

*****

Malam, 7.22 pm.

            ACE membukakan pintu bilik untuk ibunya,Puan Bidara tapi Puan Bidara segera menapis tangan Ace.Ace tersenyum.
            “Mama masih marah dengan Ace?” soal Ace.Puan Bidara tidak menjawab,dia terus masuk ke dalam dan berbaring di katilnya.Ace melangkah masuk lalu mengambil tempat di sisi ibunya.
            “Tak baik marah lama-lama tau ma,Ace pun okey saja.Tak sakit mana-mana,” kata Ace lagi.Sebaik mendapat berita tentang kemalangan itu,puan Bidara amat terkejut dan terus pengsan.Walaupun dia tahu dia bukan anak kandung dan hanya sekadar anak angkat tapi puan Bidara betul-betul sayangkannya.
            “Ace nak mama kehilangan Ace sekali lagi?” puan Bidara bersuara untuk kesekian kalinya.Ace membatu.Dia tahu itu memang salahnya kerana cuai.
            “Cukuplah hanya sekali mama kehilangan Ace,Ace tahukan macam mana sayangnya mama pada Ace!” Ace tertunduk mendengar bicara puan Bidara.
            “Ace tahu ma..Ace janji takkan cuai lagi,” Ace bertekad.Puan Bidara menyentuh pipi Ace.Ace tersenyum.
            “Mama rehatlah,Ace pun macam dah ngantuk ni,” Ace mengurut-ngurut berlakang tengkuknya.Sejak kebelakangan ini,dia sentiasa berasa ngantuk apabila malam menjelang.Mungkin terlalu penat dengan kerja di restaurant.
            “Baru jam 8 Ace..masih awal lagi,” kata puan Bidara.Ace mengangguk,meniyakan.Ace bangkit.
            “Tapi Ace betul-betul ngantuk..Ace masuk bilik dulu ya,” katanya.Matanya pun sudah berat,mungkin kalau dia tidak cepat-cepat masuk ke biliknya dia sudah tertidur di situ.
            “Em..good night!” ucap Puan Bidara.Ace sekadar melambai dan terus menutup pintu.

            MORGAN menuruni tangga menuju ke ruang tamu,dari penampilan Morgan dia seperti abru saja selesai membersihkan diri.Bajunya juga sudah berubah.Tetapi jubah tetap menyelubunginya.Lord Osbald seakan tahu yang Morgan akan berada lama di bumi,sebab itu dia sudah menyediakan pakaian itu,pakaian yang selalu Morgan kenakan di tubuhnya.Di tangannya ada sebuah frame berwarna emas.
            Sebiji gelas besar berisi milk shake terletak di meja antic milik Lord Osbald.Lord Osbald pula sedang duduk di sofa berhadapan dengan meja antic itu.
            “YOU still keeping this?” soal Morgan sambil menayangkan frame yang ada di tanganya dimana di dalamnya berisi tongkat emas sebesar jari telunjuk dan di bawahnya tertera nama ‘Mega Exploder’.Mungkin nama kepada tongkat tersebut.
            “Ya..that’s my award.Jangan lupa,saya juga adalah Black Wizard seperti kau sekarang,” jawab Lord Osbald.Sama seperti Morgan,bila dia mencapai tahap Black Wizard mereka akan di berikan sebuah senjata.
            Tiba-tiba Morgan tersentak.Dia segera mencaluk poketnya.
            “Morgan?” panggil Lord Osbald setelah menyedari tingkah Morgan.
            “My badge!” Morgan terus berlari ke pintu untama banglo itu.Lord Osald tidak sempat menghalang Morgan.Langkahnya terlalu pantas.
            Dalam hati Morgan menyumpah-nyumpah dirinya kerana bersikap cuai.Badge itu sangat penting dan juga merbahaya.Jika badge itu sampai ke tangan orang jahat,ada kemungkinan malapetaka akan berlaku.
            Morgan segera memberhentikan kenderaannya yang seakan jet ski itu di udara..Sebuah aura gelap tiba-tiba menerpanya.Dia segera mendarat.Di sekelilingnya adalah hutan tebal.Dia sangat pasti,itu adalah aura milik Black Demon.
            “Morgan…” tubuh Morgan tiba-tiba lemah setelah terdengar satu suara memanggilnya.Morgan memandang kiri dan kanan.Dia tahu itu adalah suara Black Demon.
            Perlahan-lahan Black Demon itu keluar dari kawasan gelap, cahaya merah dari badannya serta-merta memancar. Morgan terundur ke belakang. Dia mengenggam kedua-dua penumbuknya.

           

0 comments: