Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Saturday, January 22, 2011

Phase 8 : The Guardian


  
The Guardian 

            DARI jauh kedengaran gelak tawa yang sangat nyaring. Bunyi gongongan anjing dan ngauman serigala serta-merta berkumandang. Bulan yang bercahaya kekuning-kuningan perlahan-lahan menjadi merah darah.
            Kapulan-kapulan asap tebal dari bangunan-bangunan pencakar langit akibat dari serangan Azera perlahan-lahan membentuk pusaran mengelilingi bulan berwarna yang merah darah itu.
            Azera yang sedang memerhati kejadian itu dari udara tiba-tiba cemas. Bulu romanya serta-merta meremang. Peluh mula menitis. Kemudian dia menggeleng, seakan tidak percaya dengan apa yang ada di matanya.
            “Ini tak mungkin! Ini tak mungkin!” bentak Azera. Suaranya kedengaran bergetar. Perlahan-lahan dia mengundur lalu berpaling ke belakang. Dia merasakan satu aura sedang mendekatinya. Tidak semena-mena, satu objek berwarna putih tiba-tiba menerpa dihadapannya, hanya dengan jarak 2 meter muka mereka sudah bertemu. Seluruh tubuhnya berwarna putih, rambutnya pula panjang mengurai sehingga ke lutut. Objek itu juga mempunya satu sayap berwarna putih dan hitam yang besar.
            Azera kaku seperti patung, nafasnya seakan terhenti. Itu adalah kali kedua dia mengalami ketakutan yang sedemikian rupa. Malah, aura yang dirasainya sebentar tadi sama seperti aura yang pernah di rasainya 500 tahun dahulu.
Mata Azera terbeliak menatap kepala yang tidak berwajah itu.
We meet again, Azera!” tanpa mulut objek itu boleh bercakap. Makin berganda ketakutan didada Azera. Betul sangkaannya, objek itu adalah Malaikat. Musuh tradisinya.
“Aeri-el!” tergagap-gagap Azera menyebut nama itu.
“Macam mana kau boleh…”
“Aku beri kau dua pilihan, pergi atau mati!” tanpa menjawab soalan Azera, objek itu terus mengutarakan soalan. Azera tersentak. Tanpa berfikir panjang, dia terus melarikan diri. Dia tahu, objek dihadapannya itu bukan lawannya. Objek itu pernah menewaskannya 500 tahun dahulu, malah semua bala tentera syaitan yang berada di bawahnya dikalahkan sekali gus.
Objek yang seakan bernyawa dan mempunyai satu sayap tetapi tidak mempunyai wajah itu menggelengkan kepalanya. Tidak disangka selepas 500 tahun, kita berjumpa lagi musuh tradisiku.
Dia membuang pandangannya di sebuah bandar yang sudah binasa dek serangan Azera. Perlahan-lahan dia mengangkat kedua-dua tangannya. Angin yang sepoi-sepoi tiba-tiba mengganas. Pokok-pokok gergasi yang teguh terpacak diatas tanah bergoyang dengan kencang. Rambut putihnya yang separas dengan lutut mengerbang ditiup angin kencang.
Awan-awan tebal mula berarak laju diatas kepalanya. Dedaun yang ditiup angin turut bergabung bersama awan tersebut. Batu-batu yang berada di atas tanah perlahan-lahan naik ke atas awan itu. Air sungai yang deras mengalir naik ke udara setitis demi setitis dan bercantum bersama dengan awan, dedaun dan juga batu-batu itu.
Awan yang sudah bercampur aduk itu menjadi pusaran berwarna putih dan membesar sedikit demi sedikit dan apabila awan itu sudah melebihi tahap muatannya tidak semana-mana awan itu meletup diatas udara dan serpihan-serpihan yang berkecai itu jatuh ke bumi seperti  bintang-bintang kecil yang bergemerlapan diatas langit.
Beberapa minit kemudian, serpihan-serpihan itu pun lenyap dan bandar yang binasa tadi kembali seperti keadaan asal. Ianya berlaku dalam sekelip mata sahaja.
Orang-orang yang tercedera dan sudah pun meninggal, hidup semula. Orang-orang yang ketakutan seperti baru saja bangun dari mimpi ngeri dan terus terlupa akan kejadian dasyat itu. Mereke kembali berkerja seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi. Bulan yang berwarna merah pekat seperti darah itu turut kembali seperti biasa.
            Aeri-el menjatuhkan kedua-dua tangannya lalu menghembus nafas lega.
            “Takda siapa yang boleh memulihkan bandar ini dengan sempurna melainkan aku. Kau memang hebat Aeri-el!” puji Aari-el sendiri.
Sesaat kemudian Aeri-el tiba-tiba tersentak lantas memandang ke belakang. Terasa seperti ada sesuatu yang sedang menariknya. Morgan!

*****
            “MORGAN, tolonglah..kau mesti keluar dari situ…tempat itu semakin panas. Kau akan mati!” kata Black Demon. Terdengar nafas Morgan yang tercungap-cungap. Itu bermakna, dia sudah kehilangan banyak tenaga.
            “Ma..macam mana kau boleh tahu bilik ini semakin panas?” soalnya. Tidak mungkin Black Demon boleh berasa panas jika mereka hanya dihubungan dengan telepati.
            “Sebab kita bukan hanya dihubungkan dengan telepati, tapi kuasa Sen aku. Aku sedang mimpikan kau dan mimpi ini hanya boleh berhubung dengan orang yang kita cintai,” terang Black Demon. Morgan tergelak sambil tersandar di bucu katil. Tubuhnya sudah kuyup dengan peluh. Bilik yang hitam itu sudah mula menjadi merah seperti besi yang terbakar.
            “Cinta? Macam mana syaitan seperti kau tahu apa itu cinta? Bukankah syaitan tidak mempunyai perasaan cinta?” sindir Morgan. Black Demon tergelak.
            “Eya, syaitan memang tiada perasaan cinta tetapi orang lain boleh mewujudkan cinta untuk mereka. Dan kuasa ini sebenarnya bukan milik aku, tetapi milik kau Morgan. Kau yang tunjukkan aku kuasa ini, kau kena ingat itu..” kata Black Demon. Morgan masih berdegil. Dia kenal sangat sifat syaitan, seorang penggoda!
            “Argghh!” suara jeritan Black Demon kedengaran kejap sebelum mereka terputus hubungan. Morgan tersentak apabila dia tidak lagi merasa tenaga Black Demon. DIa terkapai-kapai.
            “Damon! Damon!” jerit Morgan kuat. Tiba-tiba dia menjadi takut.
            “Kau penipu! Dasar iblis!” bentak Morgan lantas mengensot ke belakang, bersandar pada katil.

*****

            BLACK Demon terhumban ke atas langit apabila sayapnya dicengkam lalu dilempar ke atas. Seketika kemudian, objek putih tanpa wajah itu melompat menyerang Black Demon. Tidak semena-mena sebila pedang berwarna perak muncul ditangan kirinya. Melihat penampilan itu, Black Demon segera mengecam pemilik pedang tersebut.
            “Aeri-el!” nama itu disebut perlahan dalam masa yang sama Aeri-el masih lagi sedang menerpa kearahnya. Black Demon mendengus, dia tidak boleh melengakah masa saat itu, dia perlu membantu Morgan, kalau tidak Morgan akan mati. Dia kini bergerak kearah bertentangan. Dia dengan Aeri-el akan bertembung.
            Black Demon mencengkam bahu Aeri-el begitu juga Aeri-el. Akibat daya tekanan yang tinggi, mereka berputar diatas udara menyebabkan angin tiba-tiba bertiup kencang.
            “Kalau kau tak nak Morgan mati, kau harus hentikan ini sekarang juga!’ kata Black Demon dalam keadaan menjerit.
            “Aku harus membunuh kau, kalau tidak kau akan memusnahkan bumi!” balas Aeri-el.
            “Kau sudah lupakan Morgan? Dia masih hidup dan dia perlukan pertolongan aku sekarang,” Aeri-el segera melepaskan tangannya sebaik saja mendengar nama Morgan. Serta-merta angin kencang tadi beransur perlahan.
            “Apa maksud kau Morgan masih hidup? Dia sudah mati 500 tahun yang lalu,” kata Aeri-el tidak percaya.
            “Dia dilahirkan semula, seperti yang dikatakan oleh Sofia,” Black Demon cuba meyakinkan Aeri-el.
            “Kalau betul apa yang kau katakan, bawa aku berjumpa dengan dia!” Black Demon menggeleng.
            “Tak boleh. Dia dikurung dalam Bilik Hitam oleh El-Voq. Aku dah takda masa, kita mesti selamatkan dia!” kata Black Demon. Matanya dan Aeri-el bertentangan seketika, dan Aeri-el pun bergerak ingin mendarat.

            Morgan terkejut, seakan baru terbangun dari tidur. Tenaga Black Demon kembali menyalur ke tubuhnya.
            “Morgan!” dia tersentak apabila terdengar suara asing.
            “Siapa kau? Kau bukan Black Demon!”
            “Bawa bertenang, aku datang untuk menolong. Aku tahu macam mana nak keluarkan kau dari situ,”
            “Kau siapa? Macam mana kau tahu tentang tempat ni?”
            “Kita takda masa nak bersoal jawab Morgan, kau perlu dengan kata-kata dia dulu,” kata Black Demon. Tiada balasan dari Morgan. Aeri-el menyambung perbicaraannya.
            “Morgan, kau perlu bertenang. Ini akan mengambil masa yang panjang jantung kau berdegup kencang,” kata Aeri-el. Morgan menurut tanpa menyoal lagi. Dia cuba menenangkan dirinya.
            “Okey, sekarang kau perlu fikirkan semua ni hanya ilusi. Anggap yang kau berada didalam mimpi kau,” Morgan tersentak.
            “Kau nak aku anggap semua ni mimpi sedangkan aku hampir mati kepanasan?!” marahnya.
            “Aku dah cakap, jangan menyampuk. Dengar arahan aku!” bentak Aeri-el. Morgan tidak menjawab. Walaupun hatinya mendidih diarah seperti itu tapi dia harus keluar dari situ.
            “Ini adalah kuasa Ilusi tahap ke-10 dimana ini adalah tahap tertinggi dalam Kitab Neraka. Ia hanya berkesan jika jantung kita berdegup kencang, dia dapat merasa ketakutan kau, sebab itu kau perlu tenangkan diri kau,” kata Aeri-el.
            “Ilusi tahap ke-10? Aku tak pernah dengar kuasa itu dalam Kitab Neraka,” kata Black Demon pelik.
            “Kuasa ini hanya diketaui oleh ketujuh-tujuh syaitan tertinggi. Sebenarnya ada yang lebih tinggi, dan ia hanya dapat dikuasai oleh L. Morgan, buat seperti yang aku arahkan tadi,” kata Aeri-el. Black Demon tersentak, tubuhnya tiba-tiba menegang seakan ada arus elektrik yang mengalir dalam tubuhnya.
            “It’s working. Keep it that way, Morgan!”
            “Damon, kau juga harus menenangkan diri kau, kalau tidak kau takkan berjaya membawa Morgan keluar,” pesan Aeri-el. Black Demon mengangguk dengan wajah berkerut menahan sakit.
           
BAHANG panas yang boleh meleburkan besi itu perlahan-lahan menjadi bening. Terasa dunianya seolah-olah berputar dan Bilik Hitam itu tiba-tiba berubah warna putih. Hanya dia yang berada dibilik itu.
            “Morgan, you’re back!” Morgan segera membuka matanya, dan tiada siapa pun yang berada dihadapannya melainkan dinding putih. Morgan bangkit lalu mencari pemilik suara itu. Tapi, tiada siapa yang berada di situ.
            “Aku dimana?” soal Morgan.
            “You’re back!” kata suara itu lagi. Morgan mengerutkan kening.
            “Show yourself!” soalnya mula sebal.
            “I’m here Morgan,” suara itu mucul dari arah belakangnya. Dia pantas berpaling, dan seorang lelaki yang berpakaian serba putih sedang berdiri dan tersenyum dihadapannya. Morgan mengerutkan kening lagi, dia seperti mengenali lelaki itu.
            “A…Ace? Kenapa kau boleh…apa kau buat…?” Morgan langsung tidak boleh memilih soalan mana yang patut dilontarkannya, semua ini tidak masuk akal. Lelaki itu tersenyum. Tanpa menjawab soalan Morgan, dia menghulurkan tangannya.
            “Kita keluar dari sini,” kata lelaki itu. Morgan memandang tangan itu buat seketika.
“Aku akan berurusan dengan kau nanti!” ugut Morgan. Tanpa menyambut tangan lelaki itu, dia terus maju ke depan.
            “I know, and I’m waiting!” jawabnya bersahaja. Mereka terus berjalan tanpa mengetahui hujung pangkal tempat itu. Tiba-tiba saja tubuh mereka lenyap dari pandangan. 
************************************** 
p/s: sorry lambat upload..enjoy!

Friday, January 21, 2011

Moonlight Fairytale ( Bab 7 )

Mereka mendarat di hadapan sebuah stor using tidak jauh dari sekolah. Dari luar ia Nampak seperti sebuah stor usang yang menunggu masa untuk roboh. Sebaik sahaja Riz meletakkan Wilda ke bawah, Wilda terus berdiri sejauh 1 meter darinya. Enggan terlibat dengan lelaki itu lagi.

“ Kita nak buat apa disini? Kata markas, tapi macam rumah hantu sahaja aku tengok,” kata Wilda sambil menggosok-gosok lengannya yang agak kesejukan.

Riz hanya diam. Jaket yang dipakainya dibuka dan disarungkan di belakang badan Wilda. ‘Pakailah ini, malam ini agak sejuk, aku tak nak bertanggungjawab kalau kau demam nanti,” kata Riz tanpa menoleh ke arah Wilda. Wilda mendengus kecil tetapi dia tidak lupa berterima kasih walaupun tidak bersahut.

Riz berjalan ke arah pintu stor tersebut. Sebuah kotak seperti kotak peti surat yang terletak di sebelah kanan pintu dibuka. Di dalamnya terdapat beberapa punat berwarna-warni, langsung tidak sama dengan keadaan stor yang buruk.
Beberapa punat ditekan dengan laju. Tak lama kemudian, kepulan-kepulan asap putih muncul dari bawah pintu. Bunyi whoosh kedengaran apabila pintu itu terbuka sebaik sahaja Riz selesai memasukkan kod pin khas.

Riz tidak membuang masa, Tangan Wilda direntap dan mereka segera masuk ke dalam tanpa menunggu ia terbuka sepenuhnya. Wilda ingin memarahi perbuatan Riz itu tapi segera dipendam kerana tahu Riz pasti tidak mahu mendengar. Sebaik berada di dalam, Wilda merasakan ruang di dalamnya agak kecil daripada apa yang dilihatnya ketika berada di luar tadi. Apa yang berlaku selepas itu melenyapkan semua persoalan tadi.

Sumpah! Dia sangat pasti sekali! Stor ini sedang bergerak. Tapi bukan ke depan, ke belakang atau ke tepi, sebaliknya ke bawah! Perasaannya sama seperti sedang menggunakan lif untuk turun. Alamak, apa yang terjadi ini? Cemas hati Wilda jadinya.

Riz seakan-akan memahami apa yang tersirat di hati Wilda tetapi dia tetap memilih untuk diam.

Akhirnya penantian yang sangat menyesakkan dada berakhir. Keadaan sekeliling seakan-akan terhenti.


Satu garis cahaya tiba-tiba muncul di hadapan mereka. Wilda menutup sedikit matanya dengan tangan kerana kilauan cahaya yang terlalu terang dan menyilaukan. Buat pening kepala sahaja.Masakan tidak, keadaan yang gelap tiba-tiba sahaja terang.


Cahaya tersebut semakin melebar dan akhirnya membentuk sebuah pintu. Mata Wilda sudah boleh melihat dengan baik. Cahaya tadi sudah tidak terlalu menyilaukan. Melihat Riz yang sudah melangkah ke pintu, Wilda terus membuntuti langkah jejaka tersebut.


Bilik tersebut diterokanya. Mindanya seakan tidak mahu mempercayainya. Jelas di mata Wilda dekorasi bilik itu jelas tampak begitu futuristik dengan komputer berkuasa tinggi berada di mana-mana. Di tengah-tengah bilik itu, terdapat sebuah meja yang memaparkan imej 3-dimensi.


Baru sahaja dia ingin melihat dengan lebih teliti, tangan Riz segera menghadang. Wilda terpaksa brek mengejut. Wilda ingin berkata sesuatu tetapi terdiam apabila 3 lampu spotlight terbuka dan menerangi 3 sudut meja tersebut. Di bawah sinaran lampu sorot, jelas kelihatan 3 orang manusia berpakaian hitam tetapi punya asas design baju yang hampir sama dengan pakaian Riz iaitu jaket kulit hitam dengan hembusan api biru yang dihembus seekor naga salju yang berada di bahagian belakang jaket tersebut. Cuma bezanya adalah bentuk hembusan api tersebut.


"Riz, kau masih tak berubah. Suka bertindak sendiri. Dan gadis ini, siapa pula kau bawa balik?Walaupun kau ketua, tidak bermakna kau boleh bertindak sesuka hati. Riz, ini misi penting!" kata seorang gadis berambut hitam pekat panjang mencecah bahu. Hembusan api pada jaketnya berbentuk lingkaran seperti lambang Konoha dalam siri anime Naruto.

Riz tersenyum sinis, menambahkan lagi rasa sakit hati gadis tersebut.

" Rilekslah Maya, sebelum kau mula membebel lebih lama, biar perkenalkan dulu gadis di sebelah aku ini. Kenalkan ini Wilda, gadis yang diburu Siren atau lebih tepat,mungkin sekali Lord Darien sendiri!" Kata Riz dengan bangga, walaupun tidak tahulah apa yang sebenarnya dibanggakan.

Wilda menunduk. malu ditenung sebegitu tajam oleh kesemua 4 pasang mata yang berada di situ. Macam pesalah sahaja.

"Kenapa pandang macam nak telan? Dan lagi, siapa Lord Darien itu? Nama Siren pernahlah dengar," tanya Wilda, sambil memberanikan diri memandang ketiga-tiga orang asing di hadapannya.

Tepat di hadapan aku ini rasanya gadis yang dipanggil Maya. Di sebelah kirinya pula ada seorang lelaki berambut perang dengan bentuk hembusannya berbentuk seperti awan manakala di sebelah kanan pula seorang lagi jejaka barambut hitam dengan sedikit keperangan dan bercermin mata. Hembusannya membentuk daun, getus hati Wilda, matanya merenung satu-persatu manusia di hadapannya.

Suara lunak gadis bernama Maya itu memecahkan lamunan Wilda.

"Maaflah dah mengejutkan kamu. Salahkan Riz, siapa suruh dia tiba-tiba bawa manusia selain kami ke sini? Tentulah kami terkejut. By the way, saya Maya. Mamat blonde ini Louise dan yang bercermin mata itu pula, Eizzat. Selamat berkenalan." Kata Maya seraya menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan. Hulurannya bersambut

" Sekarang, boleh tak sesiapa ceritakan pada saya apa sebenarnya yang dah berlaku ini? Lord Darien? Siren? Siapa mereka? Kenapa mereka cari saya? " Tanya Wilda bertubi-tubi kerana tertekan dengan persoalan-persoalan yang menyesakkan dadanya.



Maya memandang Riz, meminta kepastian. Riz memberi isyarat mengizinkan Maya meneruskan niatnya. Riz meminta diri dengan alasan letih lantas segera masuk ke dalam biliknya. Kesemua mata ralit mengikuti langkah Riz sehinggalah pintu tertutup.

"Memandangkan kau dah sampai sini, Biarlah aku cerita dari mula. Tapi dengan syarat, benda ini wajib dirahsiakan," kata Maya memulakan mukaddimah. Louise dan Eizzat sudah kembali ke meja kerja masing-masing. Wilda mengangguk setuju.

Maya mengajak Wilda ke biliknya yang berada bertentangan dengan bilik Riz. Wilda dipersilakan duduk di atas katilnya sementara Maya mengambil sebuah kerusi dan diletakkan di hadapan Wilda.

"Baiklah, rasanya kita mula dari negara asal kami, atau lebih tepat lagi zaman asal kami iaitu 100 tahun dari sekarang di sebuah kerajaan bernama Kerajaan Mayazari,"

Thursday, January 20, 2011

Revenge 4 : Secret Glose



Saliva menarik keluar buka yang sempat di capainya ketika dia memasukkan barang-barang ke dalam beg hitam. Buku tersebut agak tebal. Buku tersebut di lilit dengan batang pokok yang menjalar. Buku tersebut hanya boleh di buka jika orang tersebut mengetahui cara yang betul untuk menbukanya. Disebabkan buku tersebut sudah di lilit dengan batang pokok glosemary iaitu pokok yang mempunyai batang yang kuat. Walaupun menggunakan mantera yang kuat untuk memecahkannya, batang pokok tersebut tidak akan terjejas. Hanya satu cara sahaja yang dapat membuka buku tersebut. Buku tersebut di beri nama Secret Glose. Di dalam buku tersebut tersimpan banyak mantera yang kuat, cara-cara membuat potions  dan cara-cara mengawal kuasa.

Jika buku tersebut jatuh ke tangan yang salah, semua kerajaan di dunianya tidak dapat di selamatkan lagi. Di dalam buku tersebut juga di katakan mempunyai satu ruangan yang memberitahu di mana semua bahan yang susah di dapati berada. Saliva mengusap buku tersebut dengan perlahan. Dia juga tidak tahu cara hendak membuka buku tersebut. Dia yakin bahawa, The Dark Devils mahu mengambil buku Secret Glose kerana itu mereka menyerang kerajaan Fairy. Dia memandang buku tersebut dengan penuh asyik. Di dalam kepalanya, dia mencari jalan untuk membuka buku tersebut. Hanya seorang sahaja yang tahu cara membuka buku tersebut dan orang itu adalah bondanya. Ayahanda dia sendiri tidak tahu hendak membukanya. Apabila mengenangkan bondanya, hatinya menjadi sebak. Saliva dengan cepatnya menghalang rasa sebak menguasai dirinya. Dia berjanji tidak akan mengalirkan air mata lagi. Tidak akan!

Tiba-tiba, pintunya di kuak. Terjengul wajah adiknya, Zella bersama-sama kucingnya Kitty. Kucing tersebut menggesel-gesel badannya pada kaki Zella. Zella hanya membiarkan sahaja.

“Kenapa adik?” Tanya Saliva sambil memandang buku di hadapannya. Zella tidak menjawab sebaliknya dia berjalan mendekati kakaknya itu. Kitty mengikuti Zella dari belakang. Ekornya di goyang-goyangkan ke kiri dan ke kanan.

“Kakak kenapa?” Tanya Zella apabila dia melihat kakaknya asyik termenung memandang buku di hadapannya. Saliva menggeleng-gelengkan kepalanya. Zella mengangkat keningnya. Dia memandang buku yang berada di hadapan kakaknya.

Secret Glose? Macam mana kakak boleh dapat buku tu?” Tanya Zella kehairanan. Dia masih ingat lagi, apabila dia mencapai buku tu, bonda mereka marah. Dia tidak bagi sesiapa pegang buku tersebut. Hendak menangis dia apabila kena marah. Dia hanya mendengar bebelan bondanya dengan perasaan sedih.

Saliva memandang muka adiknya sebelum memandang ke arah buku tersebut. Dia menghela nafas yang panjang sebelum menjawab pertanyaan adiknya itu. “Kakak ambil buku ni sebelum kita masuk ke dalam cermin. Kakak main capai buku ni sebab kakak nampak buku ni dekat bawah katil.” Beritahu Saliva dengan lemah sekali. Zella mengerutkan dahinya.

“Macam mana buku tu boleh ada dekat bawah katil? Bukan bonda simpan buku tu dekat tempat yang selamat ke?”

“Kakak pun tak tahu Zella. Kakak nampak buku ni bawah katil, kakak ambil ajelah.”

“Kenapa buku tu kena lilit kakak?” Tanya Zella dengan rasa ingin tahu. “Sebelum ni Zella tengok buku tu tak kena lilit pun,” sambung Zella. Saliva dengan pantasnya memandang adiknya, “Buku ni tak kena lilit?” Tanya Saliva pelik. Zella menganggukkan kepalanya.

“Bila Zella tengok buku ni tak kena lilit?” Tanya Saliva dengan cepat.

“Urm.. Masa Zella berumur 6 tahun. Masa tu Zella main dengan buku tu. Zella selak buku tu tapi masa Zella nak tutup buka tu, bonda datang. Dia marah Zella sebab Zella main buku tu.” Beritahu Zella dengan sedih.

“Macam mana Zella boleh dapat buku Secret Glose?”

“Tak silap Zella, masa tu Zella bosan sangat. Jadi Zella pergi merayau-rayau sekeliling istana. Zella tersepak buku tu masa Zella hendak ambil Kitty,” Zella mengambil Kitty di bawah dan mengunjukkannya kepada Saliva. Selepas itu, dia mengusap-ngusap kucing tersebut.

“Maksud Zella, Zella tengah bermain dengan Kitty masa tu?”
Zella menggeleng-gelengkan kepalanya, “Bukan, Zella masa tu nampak Kitty. Masa Zella nak ambil Kitty, Kitty lari. Zella kejar Kitty. Masa tu Zella tersepak buku tu.” Beritahu Zella dengan pelat.

“Lepas tu, Zella bawa buku tu dekat dalam bilik Zella. Bonda nampak. Bonda marah.” Sambung Zella. Saliva mengarahkan pandangannya ke arah Kitty, kucing berbaka Zenon. Tak mungkin. Bisik Saliva di dalam hatinya. Mana mungkin kucing tersebut merupakan kunci untuk membuka buku Secret Glose. Saliva melirikkan matanya ke arah buku yang terletak elok di atas meja. Dia mengetap bibirnya.

“Kakak, kenapa buku tu kena lilit? Dan apa yang lilit buku tu?” Tanya Zella dengan penuh minat. Saliva memandang adiknya sebelum menjawab pertanyaan tersebut.

“Sebenarnya, buku ni adalah buku yang punya banyak mantera dan macam-macam benda di dalamnya. Jikalau buku ni terjatuh ke tangan yang salah, semua kerajaan di negara kita akan musnah. Kuasa tersebut sangat kuat dan hebat. Kuasa tersebut akan bertambah kuat jika bergabung dengan pemakai cincin berwarna merah, biru dan hijau. Tetapi, pemakai cincin merah, biru dan hijau juga boleh melawan kuasa tersebut jika mereka bergabung.” Saliva menghela nafas sebentar. Zella mendengar dengan penuh khusyuk.

“Buku ni memang tidak boleh di buat main. Mungkin sebab itu, bonda marah apabila Zella main dengan buku ni. Ingat Zella, buku ni memang bukan calang-calang buku dan hanya terdapat satu di dunia.” Sambung Saliva mengingatkan Zella. Zella mengangguk kepala tanda faham. Tetapi selepas itu dia mengerutkan dahinya. Saliva berasa hairan melihat reaksi adiknya itu.

“Kenapa?” Tanya Saliva.

“Kakak, masa adik selak buku tu, ada muka surat yang kosong. Kenapa?” Soal Zella.
Dahi Saliva berkerut mendengar kata Zella. “Kosong?” Zella mengangguk kepala sekali.

“Zella, jangan nak bergurau. Tidak mungkin ada muka surat yang kosong di dalam buku Secret Glose ni. Zella salah pandang ni,”

“Mana ada. Betullah Zella nampak ada muka surat yang kosong. Kebanyakan yang kosong tu semua dekat akhir-akhir.” Zella berkata dengan bersungguh-sungguh. Saliva memandang Zella dengan rasa tidak percaya. Akhirnya dia menarik segaris senyuman.

“Yalah, yalah. Kakak percaya.” Ujar Saliva dengan bersahaja. Dia masih tidak mempercayai kata-kata adiknya itu.

“Oh ya, mana ibu?” Tanya Saliva. Zella angkat bahu. Dia juga tidak tahu di mana ibu mereka, Mak Cik Gin.

“Tidur rasanya. Sekarangkan dah pukul 9 malam.” Jawab Zella.
“Kakak, kakak masih belum jawab lagi pertanyaan Zella. Apa yang lilit buku tu?”

“Oh, lupa pula. Yang lilit buku ni ialah batang pokok Mary Glose. Pokok yang kuat dan susah hendak mencabut atau menebangnya walaupun dengan cara apa sekalipun. Mantera yang kuat juga tidak mampu merosakkan pokok Mary Glose. Hanya cara yang betul, pokok Mary Glose boleh di cabut dan di tebang.” Terang Saliva. Zella mengangguk kepalanya tanda mengerti.

Setelah beberapa mendiamkan diri, Zella meminta diri. Dia mengambil Kitty yang berada di hujung kakinya dan mula melangkah keluar dari bilik kakaknya. Matanya berasa sangat kantuk. Bagaikan ada makhluk asing yang bergayut di kelopak matanya. Saliva memerhatikan kelibat adiknya sehingga hilang dari pandangan. Kemudian dia menutup pintu biliknya dan mula melangkah ke katil. Buku Secret Glose di biarkan di atas meja. Gambar keluarganya di tatap sebelum di simpan di bawah bantal. Fairy Kingdom. Nama kerajaan bondanya meniti di bibirnya sebelum dia melelapkan matanya.

Tuesday, January 18, 2011

Stanza Terakhir : Prolog

link
Pusat Perubatan Xen, Kota Xen…

Lucas melemparkan pandangan ke luar tingkap. Pemandangan Kota Xen yang cantik itu dipandang sepi. Kali pertama dia menjejakkan kaki ke kota ini beberapa bulan lalu, pemandangan yang sama membuatkan dia dan pasangannya teruja. Pandangan Lucas tertancap pada sebuah bangunan 10 tingkat berbentuk pentagon yang tertera perkataan Room Complex yang menyadiakan ratusan bilik sewa untuk mereka yang memerlukan tempat tinggal. Salah satu daripada bilik itu pernah dihuni bersama pasangannya. Setiap malam mereka akan berdiri di tingkap bilik sewa kecil mereka, memerhatikan keadaan kota ini sambil merancang kehidupan baru mereka. Kota metropolis yang tidak berada di bawah jajahan pemerintahan Crystallisa itu menjadi tempat pilihan mereka untuk memulakan hidup baru. Jauh dari tempat asal mereka yang penuh dengan kejahatan. Jauh dari mereka yang tidak mahu mereka bersatu.

Wajah seorang gadis yang sedang tersenyum manis terbayang di matanya. Lucas berpaling ke sisinya. Dengan langkah yang berat dia berjalan mendekati katil yang menempatkan gadis yang baru sahaja berada difikirannya tadi. Tanggan gadis itu dicapai lalu digenggam. Sebentuk cincin platinum yang tersarung dijari manisnya dikucup lama. Wajah yang pucat tidak bermaya itu direnung lama. Setiap inci wajah itu dipahatkan ke dalam kotak memorinya.

Senyuman manis yang selalu menghiasi bibir gadis itu tidak lagi kelihatan. Sebaliknya sebuah tiub panjang yang kelihatan di antara bibir itu tersambung ke mesin penyambung nyawa di sebelahnya. Setitis air matanya menitis membasahi pipi Lucas. Rasa sebak yang dirasai sejak sebulan yang lalu kembali menyesakkan dadanya. Hari ini, rasa sebak itu bercampur dengan rasa sedih, kecewa dan bersalah yang teramat sangat. Siapa sangka, kehidupan baru yang mereka idamkan hanya dapat dikecapi seketika cuma. Kejahatan yang mereka tinggalkan rupanya mengekori mereka hingga ke sini menyebabkan impian mereka berkecai sama sekali.

Bunyi derapan beberapa pasang kaki yang memasuki bilik persendirian itu membuatkan badannya tegang tiba-tiba. Dia tidak perlu menoleh untuk melihat siapa yang baru memasuki pintu automatik itu. Dia cukup maklum siapa yang sedang berdiri di belakangnya.

“Masanya sudah tiba.” Ujar seorang wanita yang memakai kot labuh berwarna putih dengan sebuah steteskop tergantung di leher.

“Kenderaan sudah menunggu.” Beritahu lelaki botak berkaca mata yang memakai sut berwarna hitam di sebelah doktor wanita itu.

Dia menyeka air mata dengan sebelah tangannya. Sebelah lagi tangannya masih utuh mengenggam tangan gadis di atas katil itu. Tangan itu dikucup untuk kali terakhirnya. Dia membongkokkan badannya ke arah wanita itu. Bibirnya didekatkan ke telinga wanita itu. “Maafkan aku kerana terpaksa memungkiri janji kita. Percayalah, sampai ke akhir hayatku, hanya kau gadis pertama dan terakhir dalam hati ini. Kau segala-galanya untukku. Kerana itu aku terpaksa lakukan semua ini. Maafkan aku.” Bisiknya perlahan. Air matanya jatuh menitis ke pipi dingin itu.

Cincin platinum di jari wanita itu diusap. Perlahan jarinya menanggalkan cincin yang baru sahaja sebulan tersarung di jari manis itu. Cincin itu digenggam erat. Wajah itu ditatap buat kali terakhir.

“Ingat. Jika kalian memungkiri janji kalian, aku akan pastikan hidup kalian tidak akan selamat!” Keras dia memberi amaran.

“Kau pegang janji kau, dan kami pegang janji kami. Selagi ada persefahaman itu di antara kita, aku beri jaminan semuanya akan berjalan lancar.” Janji doktor itu lagi.

Dia menelan liur yang terasa kesat di tekak. Matanya dipejam kuat. Tangan gadis itu digenggam sekuat hatinya. Hatinya mula berbelah bahagi. Melepaskan tangan ini bermakna dia akan kehilangan gadis ini. Namun jika dia masih berterusan begini, kesudahannya tetap sama. Dia tetap akan kehilangan. Dan kehilangan yang satu ini adalah untuk selamanya.

“Kita sudah tak punya masa yang banyak. Kita harus pergi sekarang.” Gesa lelaki botak itu.

Lucas menarik nafasnya dalam-dalam. Tangan gadis itu cepat-cepat dilepaskan. Tanpa menoleh dia terus melangkah keluar meninggalkan bilik itu. Kakinya melangkah pantas. Maafkan aku. Tidurlah, sayang. Sampai masanya aku akan kembali. Bisiknya dalam hati.

Di luar, beberapa orang lelaki berbaju hitam berdiri tegak mengelilingi sebuah kereta berwarna hitam. Dia diarahkan masuk ke dalam kereta itu diikuti lelaki botak yang mengiringinya tadi. Sebaik sahaja pintu kereta ditutup, lelaki botak itu terus menekan butang hijau pada papan kekunci di dalam kereta itu. Beberapa saat kemudian hologram seorang wanita muda yang sedang tersenyum manis muncul di hadapan mereka. Wajah wanita yang sedang tersenyum itu direnung tajam.

“Sudah aku katakan. Kau akan bersama aku akhirnya, Lucas.” Ujar wanita itu angkuh.

“Hanya sekarang Ixora. Selepas ini aku akan kembali kepada Alaina.”

Ixora ketawa kuat. Matanya merenung tepat ke dalam anak mata Lucas. “Beritahu aku sesuatu, Lucas. Macamana kau hendak kembali kepada orang yang sudah tiada?”

“Apa maksud kau?” Bentak Lucas. Serentak dengan itu satu letupan kuat kedengaran di belakangnya. Lucas pantas menoleh ke belakang. Dari dalam kereta dia melihat api yang sedang marak dengan asap berkepul-kepul naik ke udara di pusat perubatan yang baru ditinggalkan tadi. Jantung Lucas bagai hendak tercabut melihat bangunan 10 tingkat itu sudah berkecai dan kini hanya diselaputi asap tebal. Dia cuba untuk keluar dari perut kereta namun pantas dihalang lelaki botak di sisinya.

“Alaina…” Ucap Lucas sebelum pandangannya menjadi gelap.

Wednesday, January 12, 2011

Phase 7 : One Step Forward


One Step Forward

            NAFAS Morgan sudah tidak teratur. Bagaimana Black Demon boleh bertelepati denganya sedangkan dia berada di satu tempat yang lokasinya tidak dikenal pasti. Morgan mencari tempat untuk melabuhkan punggung.
            “Morgan…jawab aku..kau mesti keluar dari tempat itu, Azera sedang membuat kekecohan di dunia manusia!” Kata Black Demon. Morgan tersentak.
            “Kau jangan nak umpan aku, kau tipu! Kau nak perangkap aku agar mengkhianati Lord El-Voq bukan?” Morgan menjadi berang.
            “Morgan..aku tak cukup masa. Aku tak boleh lama begini. Kau mesti cuba keluar dari tempat itu, aku tahu kau boleh. Kuasa kau sebenarnya sudah setaraf dengan Sorcerer malah melebih tahap El-Voq!”
            “Diam! Aku tak percayakan kau!” tiba-tiba Morgan menjerit.
            “Morgan..kau sebenarnya sudah percayakan aku, minda kau hanya di kaburi oleh dia. Percayalah..aku takkan guna kuasa aku sehingga ke tahap ini hanya untuk menipu kau..Kau tahu Demon tidak boleh membunuh Demon!Dunia perlukan kau..”
            Morgan hanya diam. Otaknya sudah berat berfikir.
            “Morgan..aku sudah tidak boleh bertahan lagi..kau mesti keluar dari tempat itu….” Morgan tersentak. Suara Black Demon tidak lagi kedengaran. Dia lantas berdiri dan memanggil Black Demon.
            “Black Demon!” Morgan mendengus apabila tiada sahutan lagi daripada Black Demon. Morgan mengesat peluh yang mula keluar dari liang romanya. Tanda-tanda dia akan mati di tempat itu sudah mula menampakkan kesan. Bilik itu sudah semakin panas dari minit ke minit. Kalau dia tidak keluar dari tempat itu, dia akn terbakar dengan api berwarna hitam!
            Morgan membuka jaket panjangnya, dan kini dia hanya berpakaian corset dengan baju dalam panjang tangan berserta seluar kulit berwarna hitam dan sempit di bawah. Saat dia meletakkan jaketnya di atas katil tiba-tiba sebuah benda terjatuh atas lantai sekali gus masuk ke bawah katil.
            Morgan bertiarap untuk mengambil benda tersebut. Dari bunyi benda itu terjatuh, Morgan mendapati benda itu hanya sekecil ibunya. Namun benda lain pula yang terpegang. Benda itu berkeping-keping dan terasa berhabuk dan bersawang. Dia terus membawa keluar dan ternyata ianya adala sebuah buku yang sudah lusuh dan koyak-rabak. Morgan mengerutkan kening. Dia mula membelek buku tersebut dan ada beberapa coretan berwarna merah seakan darah di atas kepingan kertas itu.
            Disebabkan keadaan yang panas itu dia tiada hati mahu membaca lantas mencari semula benda yang terjatuh dari poket jaketnya. Morgan tersentak apabila terpegang benda kecil dan tajam. Dia segera menarik tangannya. Ternyata sangkaannya benar. Ia adalah Rosette Violet. Senjata kesayangannya. Dia tersenyum namun tiba-tiba wajahnya berubah pelik. Kenapa boleh ada di sini? Bukan aku…Tunggu! Aku bergegas keluar dari rumah banglo Lord Osbald dan aku bertemu Black Demon. Tak mungkin, Rosette Violet ada pada dia? Tapi macam mana?
            Bermacam-macam soalan yang bermain di minda Morgan. Dia mula berasa hairan dengan sikap Black Demon. Black Demon ada pemusnah dunia tapi kenapa dia membantu aku? Siapa aku pada dia sebenarnya?
            “Kau mesti cuba keluar dari tempat itu, aku tahu kau boleh. Kuasa kau sebenarnya sudah setaraf dengan Sorcerer malah melebih tahap El-Voq!”  suara Black Demon kembali berbisik di telinganya.
            “Mungkin aku patut mencuba atau aku mungkin akan mati jika berada lama di sini!”

*****

            AZERA memandang kearah satu bangunan yang sedang marak dengan api dari sebatang pokok yang tinggi mencakar langit. Dia tersenyum sinis. Sudah lama dia tidak berasa begitu seronok sekali. Tetapi, dengan hanya menghancurkan sebuah bangunan tidak cukup. Dia mahu sesuatu yang lebih besar. Iaitu sebuah bandar!
            Dia lakukan itu kerana bersebab. Dia mahu Morgan keluar dan bertarung semula dengannya. Dia mahu merasakan keseronokan 5 tahun yang lalu lagi. Seketika kemudian, tawa Azera pecah. Sesungguhnya dia sangat pasti, kemenangan kali ini berpihak kepadanya.

            Tidak semena-mena, dia meloncat dari dahan pokok itu dan terus ghaib. Sesaat kemudian, sebuah bangunan yang tidak jauh dari tempat itu meletup. Debu-debu tebal mula menenggelami bandar itu.


            ACE tersentak. Dia segera menoleh ke belakang. Terasa ada seseorang yang memanggilnya.
            “Kenapa Ace?” soal Rita. Hairan melihat Ace tiba-tiba menoleh sedangkan mereka masih lagi berbual. Ace memandang Rita. Dia menggeleng.
            “Takda, em…aku pergi dulu, ya?” kata Ace seakan resah.
            “Eh! Kita belum habis cakap lagilah,” Rita segera menahan langkah Ace. Ace mengerutkan kening.
            “Kita…cakap apa tadi?” soalnya seperti orang yang telah lupa ingatan. Rita seakan tidak percaya, mereka baru saja berbual pasal gadis rambut ungu itu sebentar tadi, tidak sampai seminit dia sudah lupa?
            “Kau apasal Ace? Kita baru saja bercakap pasal perempuan rambut ungu tu, kau dah lupa?” tanya Rita seakan menjauh hati dengan sikap Ace. Ace menyelak rambutnya ke belakang. Terserlah raut wajahnya yang berasa bersalah.
            “I’m sorry..aku rasa macam tak sihat tiba-tiba. Kita berbual lagi,” kata Ace lalu mengatur langkah meninggalkan Rita dihadapan rumahnya sendiri. Rita mendengus. Tidak percaya yang Ace akan memperlakukan dia seperti itu.

*****

            MORGAN tersungkur jatuh disisi katil kayu itu. Tubuhnya sudah dibasahi dengan peluh. Rosette Violet perlahan-lahan kembali ke bentuk asalnya. Tangannya sudah menggeletar. Sejak 3 jam yang lalu lagi dia mencuba memusnahkan ‘Bilik Hitam’ namun tidak tanda-tanda bilik tersebut akan musnah. Meretak sekalipun tidak, malah tiada langsung goresan. Sebaliknya, Morgan pula yang penat. Ditambah pula dengan suhu bilik yang semakin meningkat sedikit demi sedikit.
            “Mana mungkin kekuatan aku standing dengan Lord El-Voq, aku tak mampu pun nak mencalarkan dinding itu,” keluh Morgan.

            “MORGAN, can you hear me?” tiba-tiba suara Black Demon kembali kedengaran. Morgan tersentak. Serta merta tenaganya pulih apabila terdengar suara Black Demon. Rasa marah terhadap Black Demon yang sudah menular di setiap bahagian tubuhnya membuatkan dia bertenaga.
            “Kau bohong! Mana mungkin aku boleh melebihi kekuatan Lord El-Voq! Sia-sia aku percayakan kau! Kau memang syaitan yang tak guna!” bentak Morgan lantang.
            “Tidak, kau salah. Aku cukup berguna pada kau Morgan. Aku akan bawa kau tapi dengan syarat kau harus percaya dengan aku dan juga kekuatan kau. Kalau tidak, apa yang aku lakukan ini hanyalah sia-sia,” Kata Black Demon. Morgan mengerutkan kening.
            “Apa lagi muslihat kau kali ni, huh?” soal Morgan menyindir. Black Demon tergelak.
            “Love, selama aku hidup aku tak pernah membohongi kau. Kalaupun ada, itu dulu. Aku lakukan sebab aku terpaksa. Dan apa yang kau perlu lakukan adalah percayakan aku seperti kau mempercayai aku dulu,” Morgan semakin bingung.
            “Apa benda kau cakapkan ni? Aku tak faham langsung! Berhenti mengelirukan aku Black Demon,” bentaknya lagi. Langsung tidak mencuba untuk membukakan hatinya pada Black Demon.
            “Just call me Damon, sayang!” Morgan semakin bingung. Terasa saraf-saraf otaknya mulai putus. Dia langsung tidak dapat memproses kata-kata Black Demon. Damon? Siapa Damon?
            “Stop it! Pergi kau dari sini!” jerit Morgan tiba-tiba.
            “Sebelum itu, aku nak sampaikan satu berita mengenai Azera. Dia sudah mula menyerang Dunia manusia, setakat ini dua bangunan sudah dimusnahkan olehnya. Kalau kau nak selamatkan Dunia manusia, percaya dengan aku!” Morgan tersentak. Tidak mungkin! Rufus! Arh, tidak! Rufus tidak boleh keluar selagi dia tidak merasa kuasa aku. Apa aku nak buat? Tiada pilihan lain lagi, kah? Perlukan aku percayakan Black Demon? Bagaimana jika dia membunuh aku? Berbagai spekulasi-spekulasi buruk yang berlegar di mindanya. Tapi yang pasti, dia hanya perlu memliih satu antara dua. Iaitu, percayakan Black Demon dan menghalang Azera atau terkurung disitu dan tunggu sehingga tubuhnya rentung!

Phase 6 : The Starting Point

The Starting Point

            BAM!
            Pintu yang setinggi 11 kaki itu terbuka dari luar. Tiga orang yang digelar The Memoria Selios melangkah masuk, diikuti pula dengan El-Voq. Morgan yang sedang duduk tertunduk menongkat dahi seraya bangkit. El-voq menghampiri Morgan.
            “Apa semua ni, El-Voq? Kau mengurung aku?” soal Morgan. El-voq tidak menjawab, sebaliknya melabuhkan punggung di bangku antik hadapan Morgan.
            “Morgan, saya tidak bermaksud begitu. Tapi fikiran kau sedang bercelaru, saya tidak mahu mengambil risiko. Kamu faham, kan?” Morgan duduk. Dia memandang pula Memoria Selios.
            “So, mereka buat apa sini?” soal Morgan, dia merasa pelik dengan kedatangan 3 orang berjubah putih itu. Lord El-Voq memandang sekilas kepada mereka lalu memandang Morgan semula.
            “Mereka akan mengunci kekuatan kamu, dan…”
            “Apa? Mengunci kekuatan aku? Apa kamu ingat kamu boleh buat sesuka hati?!” tiba-tiba Morgan membentak sambil menghentak pemegang kerusi antic itu.
            “Sabar Morgan, saya hanya akan mengunci sementara sahaja,” Lord El-Voq suba memberi penjelasan.
            “Tidak..aku takkan benarkan!” Morgan seakan tidak boleh mangawal emosinya. Pandangannya tajam kearah Memoria Selios. Entah kenapa, selepas kejadian tadi dia sangat berasa pelik, dan yang pasti dia sedang risaukan sesuatu. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia risaukan.
            “Morgan, dengar dulu. Saya tidak mahu berkasar dengan kamu, tolong bagi kerjasama. Kalau kata-kata Black Demon berjaya mempengaruhi kamu, ada kemungkinan kamu akan memihak dia dan akan memusnahkan dunia ini, kamu mahu begitu?” kata Lord El-voq. Selepas mendengar kata-kata ayah angkatnya, nafasnya kian stabil tidak seperti tadi tercungap-cungap seakan tidak cukup nafas.
            “Tapi..apa akan terjadi jika Black Demon menyerang dunia manusia dan waktu itu aku tidak mempunyai kuasa?”
            “Itu tidak akan berlaku..kerana Memoria Selios akan menguruskan semua itu. Kamu tidak perlu risau Morgan. Sekarang, mereka akan mengunci kuasamu,”
            “Tunggu! Apakan mereka akan menghilangkan ingatan aku juga?” soal Morgan sangsi.
            “Ya, kerana ia akan mempengaruhi kamu,Morgan..mereka terpaksa,”
            “Tidak! Itu aku tidak benarkan. Aku tidak akan!” jerit Morgan, tidak semana-mana muncul aura ungu di kedua-dua telapak tangannya. Mata ungunya kian menikam Lord El-Voq. The Memoria Selios yang sedikit kaget itu terundur setapak kebelakang. Mereka tahu mereka tiada tandingannya jika dibandingkan dengan Morgan. Tetapi lain pula dengan Lord El-Voq, dia masih mampu berdiri tenang di tempatnya walaupun saat itu Morgan sudah kelihatan seperti seorang yang sangat mengerunkan.
            “Morgan…” tiba-tiba satu bisikan menyengat di telinganya. Serta merta aura ungu itu mula lesap dari tanganya. El-Voq mengerutkan kening, pelik dengan kejadian itu.
            “Morgan..percayalah dengan aku, kau takkan pernah melupakan aku dan aku tidak akan pernah membiarkan kau melupakan aku..” sekali lagi suara itu terngia-ngia di telinganya. Morgan terduduk semula di bangkunya. Tiada daya untuk berdiri lagi, perlahan-lahan matanya tertutup dan kepalanya melentok di belakang kerusi.
            Lord El-Voq dan Memoria Selios yang memerhati tadi kelihatan pelik. Lord El-Voq mendengus, keadaan itu sangat menyukarkan dia untuk menghilangkan ingatan Morgan berkaitan dengan kejadian di dunia manusia.
            “Angkat dia. Kita perlu mengurung dia di dalam Bilik Gelap. Kita tidak boleh berbuat apa-apa sekarang, melainkan mengurung dia di dalam bilik itu,” arah Lord El-Voq.

*****

            SEBUAH pokok besar yang berketinggian hampir seratus kaki dari bawah tiba-tiba bergegar seakan terkena gempa bumi. Dalam beberapa saat pokok itu bergegar, ia tiba-tiba berhenti. Serentak itu, satu lubang perlahan-lahan terukir semakin membesar, dan apabila ia sudah cukup besar untuk memuatkan satu badan, ia berhenti.
            Sesaat kemudian, satu kaki yang hanya berselipar muncul keluar, diikuti dengan kaki sebelah dan kemudian sesusuk tubuh pula muncul dengan pakaian serba putih dan rambut mengurai berwarna putih mencecah lantai. Tetapi aneh, objek yang seakan menyerupai manusia itu tidak mempunyai muka.

*****

            “ACE, kamu mahu ke mana?” Puan Bidara yang sedang meletakkan pinggan mangkuk yang sudah dibasuh ke dalam rak sempat memandang Ace yang bergesa-gesar menuruni tangga. Ace berlalu ke dapur.
            “ Saya mahu keluar, ma. Sekejap!” katanya.
            “Ke mana?”
            “Em..nak jumpa kawan sekejap,”
            “Ah, yalah..oya, sebelum tu, pakaian siapa yang ada dalam mesin tu? Penuh dengan darah,” Ace tersenyum. Dia merenung anak mata ibunya.
            “Oya..baru mama ingat, itu pakaian yang mama guna untuk pungut anak kucing. Ace pergilah,” tiba-tiba saja Puan Bidara menjawab persoalannya sendiri. Ace tersenyum lagi.
            “Baik ma,pergi dului!” sebelum kelaur dari pintu , Ace sempat mengucup dahi ibunya.

*****

            “MORGAN..Morgan!” matanya lantas terbuka. Benda pertama yang menjamah matanya ialah lampu mentol yang berwarna oren terang. Belakangya terasa sakit dek katil kayu yang tidak beralas. Kepalanya juga terasa sakit kerana tidak berbantal. Morgan tersentak, dia segera bangun.
            Bilik itu sangat gelap, hanya ruangnya saja yang terang dek cahaya dari mentol. Morgan pantas berdiri. Satu tapak di hadapannya ada sebuah meja di mana atasnya sudah terukir berbagai perkataan, Morgan pasti ia adalah sumpah-seranah milik si tahanan terdahulu.
 Dia melangkah 10 tapak ke hadapan dan dinding konkrit yang kasar menghalangnya dari meneruskan perjalanan. Morgan berjalan pula ke kiri sambil tangan menyentuh dinding, dia menyusuri di setiap pejuru bilik itu.
Dia mahu tahu apakah dia sedang berada di dalam Bilik hitam ataupun tidak, dan apabila dia kembali ke tempatnya semua, maka tahu dia bahawa dia sememangnya berada di Bilik ‘sumpahan ‘ itu. Ia di panggil Bilik ‘Sumpahan’ kerana bilik itu tidak mempunyai pintu dan tiada jalan untuk keluar dari bilik itu lagi setelah berada di dalamanya.
Walau betapa kuat Morgan sekalipun, dia tidak mampu memecahkan konkrit itu. Lord El-Voq sebagai Ketua tertinggi yang telah menciptakan bilik itu dan telah meletakkan perisai semasa dia membinanya. Ianya bukan bilik biasa, walaupun yang nampak seperti bilik-bilik lain.
            Bilik Hitam itu sudah wujud sebelum dia dilahirkan lagi, dia juga pernah terdengar sesiapa yang memberontak dan mengkhianati Dunia Moonstone Hill akan dikurung disitu untuk seumur hidup. Dia belum pernah lagi mendengar orang berjaya keluar dari bilik itu.
            Morgan duduk semula ke katil. Dia mengeluh kecil. Sampai hati Lord El-Voq mengurungnya di situ, apakah dia tidak tahu betapa setianya Morgan terhadapannya. Walaupun kadang-kadang, Morgan agak lantang dan kurang ajar terhadapannya tetapi setakat ini dia belum pernah lagi mengecewakan Lord El-Voq. Ataupun..dia kecewa dengan sikapku yang berkeras tidak mahu mengunci kuasaku? Tidak, tidak mungkin dia akan mengurung aku semata-mata disebabkan itu.
            “Morgan..kau sudah sedar?” Morgan tersentak. Suara yang mengejutkan dia kedengaran lagi. Morgan pelik, macam mana dia boleh mendengar suara orang sedangkan dia berada di dalam bilik itu. Tiada yang mampu berkomunikasi dengan tahanan.
            “Morgan..percayalah. Kuasa kau itu sebenarnya sudah melebihi Sorcerer Tahap Pertama, kau lebih kuat dari El-Voq! Kau boleh keluar dari Bilik itu!” Morgan bingkas bangkit. Mengarut!
            “Siapa kau? Macam mana kau boleh berkomunikasi dengan tahanan Bilik Hitam?”
            “Aku sudah katakan kepada kau sebelum ini, Morgan. I’m your soulmate!” Morgan tersentak bual kali kedua. Dia seakan tidak percaya.
            “Black Demon??”
\          

Phase 5 : “I’m your SOUL”



“I’m your SOUL”


            PERLAHAN-lahan Black Demon keluar dari kawasan gelap,cahaya merah dari tubuhnya serta-merta memancar.Morgan terundur ke belakang.Dia mengenggam kedua-dua penumbuknya.Kedengaran tawa Black Demon.
            “Kenapa kau takut sangat dengan aku, Morgan?” dalam keadaan yang gelap itu,cahaya merah dari matanya jelas menikam mata Morgan.Morgan pula membalas dengan mata ungunya.
            “Aku bukan takut,aku berwaspada dengan musuh,” Black Demon tergelak lagi.
            “Morgan..Morgan..Morgan..aku bukan musuh kau,sebaliknya orang yang kau anggap bapa itulah musuh kau yang sebenar,” Morgan mengerutkan kening mendengar bicara Black Demon.
            “Kau jangan cuba nak putar belit sesuatu benda,aku tahu benar siapa musuh aku.Dan semua itu tercatat dalam buku Demonology !” kata Morgan.
            “Nampaknya..kau betul-betul dah lupakan aku dan kenangan kita.Buka mata kau Morgan..semua yang ada dalam buku tiu sudah diputar-belitkan.Ingat balik kenangan kita.Tidak mungkin aku memusuhi wanita aku,” Morgan tersentak.Wanita aku?
            “Apa benda yang kau cakap ni?Kenangan kita?Kita tiada kenangan mala kita adalah musuh.Tugas aku adalah untuk memusnahkan kau dari muka bumi ini!” perasaan Morgan sudah tidak senang.Kata-kata Black Demon membuatkan peganggan dan kepercayaannya mulai goyah.
            “Tolong ingat Morgan…I’m your soul,” hampir pitam Morgan mendengar ayat itu.Seperti dia pernah mendengar ayat itu sebelum ini..tapi dia tidak ingat.
            “Apa sebenarnya yang kau nak sampaikan,Black Demon?Kalau niat kau nak memanipulasikan aku,jangan harap!” tempelek Morgan.
            Zupp!Hanya sekelip mata,Morgan sudah berada dalam dakapan Black Demon.Morgan tergemam.Wajahnya dengan Black Demon sangat-sangat dekat membuatkan Morgan hampir tidak boleh bernafas.Timbul dalam dirinya sesuatu yang ganjil,namun sangat dikenalinya.Tapi apa?
            “Let..me go!” Morgan ingin melepaskan diri namun tenanganya sangat lemah.Sama seperti kali pertama di bertembung dengan Black Demon.
            “I’ll make you remember!” Black Demon meletakkan dua jari didahi Morgan dan serta-merta satu cahaya putih memancar didahinya.Saat itu,dada Morgan terasa sakit,sakit yang amat dan dia terpaksa menutup mata rapat-rapat.

            KELIHATAN seorang gadis berpakaian gaun biru emas seperti pakaian seorang puteri,dan rambutnya ungu panjang mencecah ke tanah. Dan seorang lagi lelaki berpakaian merah dan berambut merah sedang berjalan kearah gadis itu sambil memegang sekuntum bunga rose berwarna ungu.

            “To love someone, there is no reasons,” kedengaran suara seorang lelaki,namun wajahnya samara-samar dalam pandangan Morgan.
           
            “Aku akan lindungi kau walaupun aku terpaksa mati,” sekali lagi dia terdengar suara yang sama.Namun kali ini,muncul dua susuk tubuh di hadapannya.Seorang wanita dan lelaki tapi masih lagi samara-samar.

            “Tolong jaga buku ini dengan baik,sebab buku ini adalah salasilah keturunan kami,” kali ini suara lelaki itu bertukar cemas.Sebuah buku berwarna coklat setebal 400 muka surat diserahkan kepada sesorang.

            “Damon,tolong…jangan tinggalkan aku. Damon!” suara teriakan seorang wanita telah membangunkan Morgan. Disaat pelukkan dilepaskan, Morgan pantas terduduk atas tanah. Dia seperti kehilangan semua tenagannya.Morgan menyentuh dadanya sambil mendongak memandang Black Demon.Matanya berkaca buat kali pertama.
            “Apa semua tu?apa yang kau dah buat?” soal Morgan dengan suara yang terketar-ketar.
            “I’m showing you the truth,”
            “Truth about what!” bentak Morgan tiba-tiba.
            “About you, about us… we love each other!” balas Black Demon.Morgan mendengus kasar.Dia pantas berdiri.Nampaknya dia sudah kembali bertenaga.
            “Apa kau nak sebenarnya?” soal Morgan. Lama Black Demon mendiamkan diri.
            “Aku…” ayat Black Demon mati sebaik melihat 5 objek berterbangan di atas langit sedang menuju kearah mereka. Dua-dua kepala dihalakan ke arah objek itu, sehinggalah mereka mendarat.
            3 objek yang baru turun itu berpakaian jubah putih dengan topi yang menutupi mata.bahagian dagu mereka pula ditutupi dengan topeng berwarna putih.
            “The Memoria Selios?” nama itu terpacul di mulut Morgan. Seperti dia kenal dengan 3 orang itu. Masakan tidak, mereka adalah orang bawahan Lord El-Voq dan mereka adalah makhluk yang paling berbahaya dimuka bumi itu.
            “Apa yang membuatkan kamu muncul?” soal Morgan. Black Demon pula sekadar memandang sambil memeluk tubuh.
            “Lord El-Voq mengarahkan kami untuk membawa Lady Morgan balik ke Moonstone Hill,” suara yang seakan bunyi mesin itu keluar dari salah seorang Memoria Selios.
            “Aku takkan balik...sebelum urusan aku dengan Black Demon selesai. Jadi silakan kamu balik,” jawab Morgan.
            “Tidak…perintah Lord El-Voq tidak boleh diingkari,” jawab mereka pula.
            “Aku akan balik sendiri, kamu tak perlu susah-susah nak bawa aku balik!” tengkin Morgan.
            “Morgan!!” tersentak mereka dengan kehadiran satu suara yang sangat kuat.The Sweeper segera bergerak ke kiri seakan memberi laluan kepada pemilik suara itu.Pemilik suara itu rupanya adalah Lord El-Voq.Morgan semakin pelik,Lord El-Voq tidak pernah dan tidak mahu sekalipun ingin menjejakkan kaki ke dunia manusia dan sekarang dia ada di depannya.
            “El-Voq?”
            “Aku arahkan kau untuk balik ke Moonstone Hill,Morgan,” kata Lord El-Voq sambil memberi pandangan tajam kea rah Black Demon.
            “Jangan pergi Morgan. Jangan dengar kata-kata dia,” agak lama Black Demon mendiamkan diri.Morgan dan Lord El-Voq serentak memandang Black Demon.
            “Morgan, ingat dia adalah musuh Dunia Moonstone Hill dan juga Dunia manusia. Kau tak perlu dengar kata-kata dia.Dia adalah pemusnah!” Morgan memandang Black Demon.Kakinya ingin bergerak ke sebelah Lord El-Voq namun hatinya pula kuat mengatakan untuk tidak meninggalkan tempat itu.
            “Morgan!!” krak!!Tanah di tempat Lord El-Voq berdiri meretak membentuk bulat.Morgan terkejut.Dia tidak pernah mendengar suara Lord El-Voq yang segitu kuat.
            “El-Voq,kau juga yang kata dia adalah pemusnah,tapi kau juga nak aku lepaskan dia,” kata Morgan pelik.
            “Bukan sekarang..dia sudah memutar-belitkan fakta,kau harus balik dan buang semua kata-katanya dalam ingatan kau,” kata Lord El-Voq.
            “Morgan..jangan!” halang Black Demon.
            “Morgan,kita bergerak sekarang!” katanya sambil memalingkan badan ke belakang. 3 lelaki berjubah putih itu pun bergerak membuntuti Lord El-Voq.Lama Morgan berdiri di sana.
            “Morgan..jangan pergi…” Morgan tersentak. Dia segera memandang Black Demon. Suara Black Demon tiba-tiba berubah lemah. Cahaya merah dari tattoo badannya sudah mulai pudar. Asap-asap pula mula keluar dari badannya. Entah kenapa kakinya bergerak sendiri ingai mendapatkan Black Demon namun sepantas kilat satu bebola putih menghentam Black Demon dan Black Demon terpelanting ke dalam semak samun,agak jauh juga dia terhumban,boleh dilihat dari tanah yang berlubang dek bergeser dengan badan Black Demon.Morgan segera berpaling kea rah Lord El-Voq.
            “El-Voq?!” katanya seakan menjerit.
            “Dia adalah musuh kita, jangan ada balas kasihan!Ingat Buku Demonology,semua fakta ada di dalam sana.Kenapa,Morgan..kau risaukan dia?”
            “Tapi…Black Demon cakap buku itu sudah di ubah,”
            “Kau percayakan dia? Syaitan dan pemusnah dunia? Kau kasihankan dia?Morgan kau dah lupa kamu tu siapa?” bertubi-tubi Lord El-Voq menyoal Morgan. Morgan tergamam.Dia tidak boleh berkata apa-apa.
            “Kita bergerak sekarang!” arahnya lagi lalu meneruskan perjalanan.Sebelum Morgan membuntuti Lord El-Voq, dia sempat berpaling kearah semak samun di mana Black Demon terpelanting. Hatinya seakan berat untuk meninggalkan tempat itu.