Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Monday, October 25, 2010

Bab 1 : Orbit Cinta Benjamin

Bumi.
Tahun 2012.

“Emy bodoh! Emy bodoh! Emy bodoh!”

Dia merenung lemah bilik punya Benjamin itu. Album gambar yang sedari tadi terbuka di atas pahanya itu dipandang sayu. Kemudian diselak juga sambil mengusap lembut permukaan gambarnya. Sesekali ketawa Emy pecah. Terlalu banyak aksi lucu Benjamin yang terkandung di dalamnya.

Benjamin...

Sedar-sedar matanya sudah merah, berjuntaian air mata. Album ditutup. Dia kemudian bersandar pada chaise lounge sambil menghirup secangkir teh menghadap jendela. Pagi masih muda. Di luar, hujan sudah menyelimuti atmosfera dunia. Petir kemudian membelah bumi dengan visual halilintarnya. Sesekali angin lembap menyapa mukanya dengan tempias hujan.

Benjamin...

Nama itu terbit lagi di bibirnya. Sedari tadi, butir-butir suaranya memanggil-manggil nama itu saja. Emy cuba juga mengimbas kembali peristiwa di Pavilion. Bersama Benjamin. Betapa dia cuba untuk menerimanya... Lalu Emy lepaskan air mata berat bersama panggilan, “Benjamin...” lagi.

Walaupun pahit, walaupun sakit.

Teh dihirup lagi. Bau wanginya melatari ruang vakum di Bonjour Village bernombor 123 itu. Emy mendongak sedikit. Jendela yang menghadapnya itu berbingkai putih, melanjutkan pandangannya pada rintik-rintik hujan di luar. Langit sana sudah suram dibungkus mendung. Dan hujan terus lebat.

Tiba-tiba ada ketukan dipintu. Emy hanya bersuara, “Masuk!”

Dan pintu pun terkuak.

“Cik Puan Emy, lunch sudah siap. Jom makan!” perempuan yang berblaus ungu dengan apron polkadot lavender itu melirik senyum di pintu. Namanya Aliaa, pembantu rumah Emy yang masih muda remaja. Tapi semangat berdikarinya jauh tersasar dari paksi umur 18 tahun. Sungguh matang!

Emy menggeleng sambil meletakkan cawan tehnya di meja sebelahnya. “Saya tak lapar. Awak makan sajalah dulu,”

Aliaa muncung. Dia terus mendekati Emy di chaise lounge dan melabuhkan diri di sisi Emy. Langsung, “Cik Puan rindukan Cik Benji ya?”

Emy mengangguk saja. Dia (terlalu) rindukan Benjamin.

“Sabar ya Cik Puan Emy? Sesungguhnya, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.” Senyum perempuan itu menyala lagi. Manis. “Macam hujan juga...”

Huh? Emy senyum juga. “Insya-ALLAH.”

Aliaa menyimpan senyumnya. Kemudian, “Saya makan dululah ya?” Perempuan itu langsung menghilang di balik pintu.

Emy mengembalikan pandangan pada langit. Hujan tiba-tiba berhenti. Pelik! Dan pelangi datang bawa tujuh warnanya. Ada merah, biru, kuning, hijau, oren, jingga dan ungu.

Mungkin inikah, hikmahnya?

****

Planet Sataria.
Tahun 2023.

Benjamin...

Dia membuka mata. Cahaya silau dari jendela ruang gelap itu menerjah, mengembalikan sedarnya. Dia melemparkan pandangan ke depan. Siapa yang memanggilnya? Matanya berbalam-balam, kepalanya berat semacam. Terus dia bangkit dari lantai yang menggalas tubuhnya, menyeluruhi ruang suram itu. Pelik, “Di mana aku?” suara itu tergantung dibibirnya, bergema. Ruang gelap itu jelas kosong berlatarkan senyap yang membisu.

Tiba-tiba bunyi tapak kaki terdengar mendekati. Lalu dia fokuskan mata dalam suram itu. Seketika ada keriuk pintu, berpunca di sisinya. Dia meneguk air liur. Kelibat makhluk bertubuh sasa yang menakutkan berdiri di ambang pintu dengan lampu minyak di tangan. Benjamin terpisat-pisat.

“Siapa kau?”

‘Makhluk’ itu menapak beberapa langkah sambil membawa lampu minyaknya ke arah Benjamin. Seperti berjubah, makhluk itu memakai hood di kepala. Mukanya kelam di balik persalinan serba hitam itu. Kemudian makhluk itu merapatkan lampu minyaknya ke wajah Benjamin.

“Siapa kau?” Benjamin tanya lagi, dalam melodi cemas suaranya.

Makhluk itu menyelak hoodnya. Muka yang tadinya kelam, langsung mempamerkan riak tenang dalam wajahnya. Benjamin menyeluruhi muka itu. Tulang pipinya tinggi dan berkulit gebu yang cerah dan putih. Berkening tebal yang runcing di hujungnya, lengkap dengan alis mata lentik. Rambut croppednya pula ada bias chestnut dan bertubuh sasa yang tinggi lampai.

“Aku Aragon.” Katanya sambil meletakan lampu minyak itu di antara dia dan manusia di depannya.

Benjamin diam saja. Kemudian, “Dimana aku?”

“Kau di rumahku.” Senyumnya keras. Dia berdiri lalu menghidupkan sebatang mancis sebelum menyalakan api di hujung tiga sumbu lilin itu. Kemudian ruang suram rumah Aragon itu jadi hening dengan cahaya lampu minyak dan lilin-lilin yang menyala.

Benjamin berkerut di situ. “Rumah?” Dia memerhati ruang yang tadinya gelap. Dia mendapati rumah Aragon itu bagai tongkang pecah! Lalu dia mengembalikan pandangan pada Aragon.

“Mengapa aku di sini?”

Aragon diam saja. Dia kemudian berdiri, ke sudut rak buku-buku yang serba habuk! Lalu jari-jemarinya menarik sebuah buku yang terselit di rak paling atas. Terus dia meniup di permukaannya dan menghasilkan debu kecil yang berterbangan. Kemudian Aragon bawa buku itu kepada Benjamin.

Tiada tajuk. Benjamin menatap kosong buku ‘berhantu’ di depannya itu. Lalu dia memandang Aragon. Pelik, “Apa kena mengena dengan buku ni?” Benjamin mencari resolusi.

“Kau adalah manusia terpilih,” beritahu Aragon bagi pertanyaan tadi.

Benjamin ketawa. “Manusia terpilih?”

“Tak kelakar!” Aragon menghempas buku itu di depan Benjamin. Debu-debu kecil langsung menyelinap ke rongga hidungnya. Dan dia terbersin!

Benjamin kembali serius. Dia mengerling Aragon dengan persoalan, “Aku manusia terpilih?”

Aragon mengangguk. “Ya. Buku Cikochista ini akan memberitahu kau orangnya.” Dia membuka buku itu. Secara tiba-tiba terpacul wajah seorang lelaki yang berwajah ceria dari dalam buku itu. Kemudian dia bersuara nyaring, memberitahu namanya Ciko. Benjamin terkejut. Lidah terus kelu, otak pula beku!

“Kau yang terpilih Benji!” Ciko bersuara lagi.

Benjamin berkerut dahi. Kemudian, “Mengapa kalian mengatakan hal yang sama... aku terpilih?”

Aragon dan Ciko menguntum senyuman konspirasi.

“Sebenarnya, kau telah dibawa Aragon dari Bumi, untuk ke Planet Satari ini. Melalui itu kau berada di sini, di Planet Satari,” cerita Ciko, lanjut. “Kerana kau yang terpilih. Aragon membawamu merentasi cakerawala Benji!”

Benjamin terpinga-pinga. Tapi, “Mengapa masih aku?”

Soalan itu terapung-apung di antara senyap Aragon dan Ciko. Mereka bagai tiada jawapan untuk itu. Lalu Benjamin menadah muka, meminta jawapan. Aragon tiba-tiba mengeluh kecil. Ciko pula mengendur cerianya. Benjamin jadi serba-salah, terus, “Okey, aku minta maaf rosakkan mood kalian.”

Aragon menggeleng. “Tak, kau betul Benji. Aku tak sepatutnya ‘ambil’ kau dari pangkuan kakakmu.”

Benjamin mengingat. “Kakak?”

“Aku telah mengambil kau dari seorang perempuan di sebuah kompleks beli-belah,” Aragon memulakan cerita. Terus, “Tatkala itu kau sorang diri saja di atas pangkin. Dan kira-kira umur kau dalam tujuh tahun. Kemudian aku ‘membawa’ kau ke Planet Satari ini merentasi masa cakerawala. Dan umur kau sebayaku saja, 18 tahun.”

Benjamin terpaku. Jadi, “Itu maksud kau, bahawa aku yang TERpilih?”

Aragon dan Ciko jadi senyap. Dan Benjamin bangkit, terus menghilang pergi.

Friday, October 22, 2010

Moonlight Fairytale ( Bab 5 )

Wilda menolak pintu pagar yang sudah agak berkarat itu dengan berhati-hati, enggan dikesan pengawal keselamatan lantas dituduh menceroboh kawasan sekolah. Pakaian serba hitam sudah cukup membuatkan dirinya lagak seorang pencuri apatah lagi dengan gayanya yang terhendap-hendap pasti menimbulkan curiga mana-mana mata yang melihat. Wilda sendiri tidak pasti kenapalah dia perlu berpakaian seperti pencuri. Mungkin kerana teringat amaran Sara tentang larangan memasuki kawasaan sekolah ditambah pula waktu sekarang menunjukkan lagi lima minit menjelang tengah malam.

Aneh, kenapa pintu tak berkunci? Pakcik pengawal lupa nak kuncikah? getus hati Wilda. Oleh kerana tiada penjelasan lain, Wilda membuat kesimpulan sendiri padahal penjelasan sebenar jauh dari jangkauan pemikiran manusia biasa.

Bulan mengambang penuh, memudahkan Wilda mencari jalan ke kelasnya di sekolah yang maha luas ini. Matanya menerawang ke segenap kawasan sekolah. Pada waktu malam, dibawah sinaran bulan, sekolah kelihatan sanga cantik, misteri dan agak menyeramkan.

Wilda menguap untuk kali yang entah ke berapa. Walaupun matanya agak berat tetapi selagi hatinya tidak tenang selagi itulah sukar dia hendak melelapkan matanya. Sebenarnya, bukan penting sangat pun dia mengambil semula bukunya yang dirasakan tertinggal di kelas, tetapi ia hanya dijadikan alasan untuk dia menggagahkan diri. Nalurinya sering mengasaknya men'ceroboh' sekolah malam ini, dia tidak pasti apa yang sebenarnya yang di'simpan' sekolah ini hinggakan telinganya seperti dibisik suara halus menggesanya kesini walauapapun yang terjadi.

Wilda enggan memikirkannya. Dalam dia berjalan, fikirannya menerawang ke tempat lain. Dia teringat latihan di gelanggang tadi.

****************************************************

Imbas kembali..


Arah yang ditunjukkan oleh jari Cikgu Audrey berkocak hebat. Cikgu Audrey mengangkat jari telunjuknya keatas perlahan-lahan. Prinsip molekul air, apabila satu molekul ditarik ke atas, ia akan menarik sekali kawan-kawan molekulnya yang lain menyebabkan air yang ditarik membentuk seakan-akan tiang. Cikgu Audrey kemudian menggerakkan jari hantunya laju dari kiri ke kanan, me'motong' tiang air tersebut.

Air tersebut dibentuk pula menjadi seperti bebola air ibarat tanah liat air itu diperlakukan. Kali ini, Audrey menggunakan kesemua jari-jemarinya. Bebola tersebut dibawa tepat ke tangan kanannya. Bebola air itu terapung-apung lebih kurang 3 cm dari telapak tangannya.

Wilda kaku melihat aksi yang ditunjukkan. Hebat, kagum Wilda dalam hati.

Lelaki yang berada di sebelahnya tidak sedikitpun menoleh kearah Cikgu Audrey malah menunjukkan wajah yang kebosanan. Wajahnya begitu angkuh, siap tersenyum sinis lagi! Cikgu Audrey perasan perilaku biadap lelaki tersebut tetapi dia memilih untuk diam.

"Baiklah, siapa ingin mencuba dulu? Teorinya senang sahaja, tumpukan sepenuh aura kamu di hujung jari, cuba satukan diri kamu dengan semangat air, fokus dan cuba kawal ia dengan perlahan, " terang Cikgu Audrey tentang asas jurus yang dilakukan sebentar tadi. Dia mengangkat keningnya ke arah lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Rizu di awal perkenalan mereka mengisyaratkan dia untuk mula dahulu.

Rizu maju ke hadapan dengan lagak seorang pahlawan kira-kara satu meter dari sungai. Dia menggerakkan tangannya sepertimana yang dilakukan oleh Cikgu Audrey sebentar tadi. Dengan sekali cubaan, Rizu berjaya meelakukan Jurus Telekinetik Air dengan mudah sekali.

Wilda meneguk air liur. He..hebatnya dia, patutlah angkuh sangat tadi..rupanya dah mahir, kata Wilda dalam hati.

Rizu menapak kembali ke belakang, memberi peluang Wilda pula mencuba. Wilda melangkah dengan teragak-agak. Dia mengambil nafas, menstabilkan degupan jantungnya yang tidak keruan sambil cuba meniupkan kata-kata semangat dalam dirinya.

Hishh..kenapa perlu takut? Inikan cubaan aku yang pertama, tidak mengapalah kalau gagal. Rizu berjaya mungkin sebab ini bukan kali pertama untuknya.. teka Wilda dalam hati.

Wilda memandang sekilas ke arah Cikgu Audrey. Cikgu tetap dengan senyumannya. Wilda memandang semula ke hadapan. Dia lantas melakukan gerakan sepertimana yang dilihatnya sebentar tadi. Wilda menutup mata, cuba memfokuskan fikirannya. Selepas beberapa ketika, dia membuka semula matanya.

Senyap. Air tidak sedikitpun berkocak. Wilda mula gelisah. Dia memcuba lagi. Gagal. Rizu sudah tersenyum-senyum. Wilda terasa ingin menangis. Cikgu Audrey melangkah mendekati Wilda.

"Jangan risau, Wil, perlahan-lahan. Don't force yourself. Biasalah kalau gagal, inikan cubaan pertama,"

Kata-kata Cikgu Audrey berjaya menenangkan sedikit gelora dihatinya. Wilda memcuba lagi. Selepas 1 jam, Wilda hanya berjaya membuatkan air naik 5cm sahaja. Wilda terduduk kepenatan. Sekali lagi dia rasa sebak. Rizu mempamerkan muka bosan. Cikgu Audrey menghampiri Wilda lantas berkata " I think that is enough for today, you've done pretty well for beginners,"

Wilda tertunduk lesu. Kata-kata Cikgu Audrey menenangkan tetapi dia tahu, hakikatnya prestasinya sangat teruk. Cikgu Audrey meminta dia berlatih semula apabila penatnya sudah hilang. Practice makes perfect, katanya lagi.

Sedang Audrey memberikan kata-kata semangat kepada Wilda, tiba-tiba menyampuk, "Cikgu Audrey, boleh tak kita tinggalkan si lembap ini dan belajar jurus lain? Dia boleh kuasai jurus ini sementara kita belajar benda lain. Saya bosan dan ini sangat membuang masa,"

Wilda terkejut mendengar kata-kata pedih dari mulut Rizu. Siapa dia nak panggil aku lembap? kutuk Wilda dalam hati sambil menghadiahkan jelingan tajam kepada Rizu.

Cikgu Audrey tersenyum sinis. "Baiklah, kalau itu yang awak mahu. Tapi, tunjukkan saya jurus ini sekali lagi barulah kita akan belajar jurus seterusnya," Wilda terus memandang ke arah Audrey.Biar betul, cikgu betul-betul nak tinggalkan saya? Tanya Wilda tetapi tidak berani diluahkan. Rizu tersenyum sinis. Dia melangkah ke sebelah Wilda.

"Watch and learn," Sempat Rizu berbisik kata-kata pedih itu di telinga Wilda yang sudahpun bangun untuk memberi ruang pada Rizu. Wilda memcebik.

Rizu mula membuka langkah. Tetapi baru sahaja dia ingin menggunakan kuasanya, gelang di pergelangan tangannya bercahaya sebelum meng'hadiah'kan Rizu hadiah yang menyakitkan lagi memedihkan. Rizu mengaduh kesakitan sehingga terduduk.


"Itulah bangga sangat, sombong. Dah tak ingat pesanan Master? Kuasa ini bukan untuk digunakan nak menunjuk-nunjuk. Selagi awak tak kikis sifat negatif itu, selagi itulah awak belum kuasai jurus ini sepenuhnya, okey?" Kata Cikgu Audrey sambil tersenyum simpul. Wilda juga ingin ketawa tapi ditahannya.


***************************************************************************


Wilda ketawa perlahan teringat peristiwa lucu itu. Dia teringat wajah Rizu yang terkulat-kulat menahan malu. Hihihi, itulah kutuk aku lagi, kan dah kena perangkap cikgu..Wilda masih dengan ketawanya. Dia terleka sehingga tidak sedar dia sudahpun tiba di hadapan pintu kelasnya.


Wilda membuka pintu kelas perlahan-lahan sambil matanya meliar ke segenap kelas. Su..sunyinya, okey tak mengapa, tenang, tiada orang disini, tidak perlu takut, just ambil buku then go straight home, Wilda cuba meniupkan kata-kata semangat ke dalam dirinya. Kakinya melangkah laju ke arah mejanya yang terletak di hujung penjuru kelas. Dengan pantas, tangannya diraba di bawah meja. Pada saat tangannya menyentuh objek yang menjadi asbab dia ke sini, dia terus menarik tangannya lantas menggenggam erat objek tersebut.

"Wah, gembiranya! Tidak sangka semudah itu awak jatuh dalam perangkap kami, hahaha.." satu suara yang entah dari mana ketawa dengan ketawa yang sangat menyeramkan sehingga naik bulu roma Wilda mendengarnya. Wilda tertunduk ketakutan. "Si..siapa?" Kata Wilda dengan suara yang perlahan dan terketar-ketar kerana ketakutan. Dia memberanikan diri untuk menoleh ke belakang.
Lembaga merah yang diselaputi api di seluruh badannya tersenyum memandang Wilda. Anehnya, api itu tidak pula membakar jasad lembaga tersebut tetapi seakan-akan di'keluar'kan oleh jasad itu, seperti aura biru yang muncul di sekeliling tubuh Cikgu Audrey. Wilda terlopong. Buku yang dipegangnya terjatuh. Dia ingin menjerit tetapi suaranya tidak keluar. Lembaga itu melangkah menghampiri Wilda. Kaki Wilda pula seperti sudah digam. Semakin lama, semakin hampir.
Mama, tolong Wil! Wilda hanya mampu berserah.

Wednesday, October 20, 2010

FANTASIA CHRONICLE BAB 6 : HUTAN DRAIDEA


FANTASIA CHRONICLE
BAB 6 : HUTAN DRAIDEA
            Selepas beberapa minit, kelajuan WispSeer semakin bekurangan. “Dalam beberapa saat lagi kita akan sampai ke Aviala, sila bertahan dengan impak yang akan berlaku semasa Shuttle menembusi ruang atmosfera Aviala, Terima kasih”. Kata EVA melalui Skrin Sesentuh WispSeer.
            Sylina Terpegun melihat Aviala, dimana di sekeliling planetnya dihiasi dengan gegelang yang pelbagai warna dan beberapa Bulan yang tersusun membentuk segi tiga. “indahnya, secantik namanya”. Bisik hati kecil Sylina. “Baiklah, Koordinat telah ditetapkan”. Celah EVA, mematikan lamunan Sylina.
            WispSeer bergegar ketika memasuki Atmosfera Aviala, menyebabkan Yue yang pertama kali menaiki Shuttle berasa mabuk. “Hai, Yue, takkan lelaki yang gagah tidak dapat menangani impak Shuttle, hehehe…”. Kata Sylina sambil ketawa kecil. “Bukan Apa, Hanya Rasa pening sedikit, lagipun inilah kali pertama aku keluar dari Seltoyu Tower”. Balas Yue. “Oh… kalau begitu ambil ubat ini, ia dapat membantu”. Kata Sylina sambil menghulurkan botol yang berisi kapsul yang berwarna kehijauan. “Terima kasih”. Balas Yue sambil menelan dua biji kapsul tersebut. Dia berasa lega sedikit dari kesan impak Shuttle tersebut.
            WispSeer yang baru sahaja melepasi atmosfera mula menstabilkan segala tekanan didalam Shuttle dengan pesekitaran Aviala, dan kemudian memecut laju ke arah gugusan pulau terapung Secretia. Semasa didalam perjalanan Sylina terpegun melihat pohon – pohon gergasi dan hutan hujan yang tumbuh di permukaan Aviala. “Ternyata mereka memang begitu patuh dengan Law of Ami, lihatlah kehijauan hutan dan kesuburan tanah mereka, berbeza dengan Capital City Selenina, yang pesat membangun, sesak nafas dibuatnya, disini sejuk mata memandang”. Kata Sylina sambil memandang Yue yang tergamam dengan keunikan Aviala. “Hehehe… memang kera sumbang Yue ini… itulah asyik terperap di bilik latihan di Seltoyu”. Sindir Sylina. “Hahaha… Apa boleh buat, sibuk dengan tugas mengajar”. Jawab Yue dengan Selamba. Mereka kemudian tergelak bersama – sama kerana mengenangkan telatah masing – masing yang seperti budak kecil.
           
“Baiklah, kita sudah sampai ke Secretia, gugusan pulau terapung Aviala, harap kamu berpuashati dengan layanan yang diberikan”. Kata EVA. “Eh, memang aneh, koordinat menunjukkan bahawa Avuria, Bandar Cahaya terletak di sini, tetapi apa yang saya lihat hanyalah gugusan pulau sahaja, bandarnya di mana”. Kata Sylina kehairanan. “Mungkin koordinatnya tersilap barangkali, kalau macam itu baik kita mendarat di kawasan lapang di bawah sana dan mendirikan khemah, lagipun hari sudah hendak larut malam, kita akan mulakan pencarian di mana terletaknya Avuria Esok”. Kata Yue sambil menundingkan jarinya ke arah kawasan rumput yang terbentang luas. “Baiklah, EVA bawa kami medarat ke kawasan yang dicadangkan Yue itu”. Kata Sylina. “Arahan diterima, sedia untuk menerima kesan dari pendaratan”. Kata EVA sambil pelahan – lahan Shuttle itu bergerak menuju ke kawasan rumput yang luas tersebut.
“Hmmm… Memang aneh… rasa – rasanya Ayah memang memberikan koordinat yang betul, takkan ia silap, selama ini dia tidak pernah tersilap, melainkan Bandar tersebut bergerak dari satu tempat ke satu tempat”. Kata Sylina kepada Yue yang sedang menyiapkan khemah untuk mereka bermalam. “Mungkin juga, Ah… tidak mengapa Sylina esok kita akan mencari Bandar tersebut”. Balas Yue untuk memberikan semangat kepada Sylina. Sylina pun berdiri dan membantu Yue menyiapkan khemah dan kemudian mula mengeluarkan bahan – bahan asas untuk memasak dan pelbagai jenis buku mantra untuk dibaca.
“Eh… Kamu nak buat Potion, Sylina. Kata Yue sambil membelek – belek ramuan yang dikeluarkan oleh Sylina dari ruang simpanan WispSeer. “Bukanlah, Saya lapar, dan nak memasak, hehehe… awak ingat saya Glatia Necromancer ke, hendak buat potion”. Balas Sylina sambil ketawa kecil. “Oh.. kalau macam itu masak lebih sedikit ya, saya hendak mencari kayu api di kawasan sekitar”. Kata Yue sambil berlalu pergi. “Hati – hati, kita tak tahu apa yang ada di dalam hutan ini”. Balas Sylina kepada Yue yang semakin hilang dari pandangannya ditelan oleh kegelapan malam. “Baiklah, kamu jangan risau”. Jerit Yue yang berada di dalam kegelapan itu.
Setengah jam telah berlalu, dan Yue tidak balik – balik dari mencari kayu api, Sylina mula risau dan mula berfikir tentang keselamatan Yue sambil mengacau sup yang dimasaknya. “Ini tidak boleh jadi, sudah lama dia menghilang, baik aku suruh Myrupia untuk mencari Yue”. Kata Sylina seorang diri. “Lahir dari Cahaya, Muncullah Myrupia, The Light Dragon”. Seru Sylina.

Serentak dengan itu, muncul bulatan penyeruan di hadapan Sylina dan darinya keluar Sebiji telur yang besar dan bersinar terang, kemudian kulit telur itu retak menjadi serpihan kecil, dan muncul anak naga yang comel berwarna putih keemasan, memandang Sylina dan kemudian tersenyum, kemudian terbang pantas memeluk Sylina. “Urgh… Rindunya dengan kamu Sylina, sudah lama aku ingin berjumpa Dengannmu, kamu tahu bukan, Dunia Kristal itu sangat bosan, tiada apa yang menarik, setiap hari asyik makan tidur, makan tidur, gemuklah saya macam ini”. Kata anak naga tersebut tanpa henti. “Aduh… maafkanlah Aku Myrupia, bukannya aku tidak mahu memanggil kamu, Cuma aku sibuk dengan kes kehilangan adikku Aylina”. Balas Sylina sambil mengusap – usap kepala Myrupia.
“Oh hilang… hehehe… Hah… Hilang! Bila, dimana, kenapa, bagaimana”. Jerit anak naga tersebut yang pada mulanya ketawa dan kemudian menjadi kelam kabut apabila mendengar Aylina hilang. “Entah, aku pun tak tahu, sekarang ini pun, kawanku hilang dikawasan ini mencari kayu api, Ayuh jom kita mencarinya”. Kata Sylina sambil menggeleng – geleng kepala melihat telatah Anak Naga yang pernah menjadi teman sepermainannya dahulu.
“Sudahlah, jom pergi cari kawanku, namanya Yue, hmmm… suasana di hutan ini terlalu gelap, Myrupia, gunakan Evelos Selle ( Guidance Star ) supaya suasana lebih cerah sedikit dan memulakan proses mencari” kata Sylina sambil mengusap – usap kepala Myrupia lagi. “Baiklah, Evelos Selle…!” jerit Myrupia dan muncul bintang yang comel dari tapak tangan Myrupia dan terapung – apung. “Urgh… siapa yang kejutkan aku dari tidur ni, tak nampak ke hari dah malam” kata bintang itu dengan nada yang mengantuk.
“Hei Fanpi, bintang pemalas, bintang – bintang lain ceria bermain, engkau… tahu tidur sahaja, memalukan aku sebagai tuan kamu, tahu tak”. Kata Myrupia sambil mencubit salah satu bucu bintang tersebut. “Sakitlah… habis kalau tuannya malas berlatih kuasanya, inilah akibatnya, jangan nak salahkan orang lain, nanti saya beritahu Elder Myrin pasal kamu curi buah epal emas kepunyaan Elder Tatea baru kamu tahu”. Gertak Fanpi sambil mengosok – gosok bahagian bucu yang dicubit Myrupia.
“Sudah – sudah, kamu berdua ini, asyik bergaduh sahaja bila berjumpa, macam anjing dan kucing” celah Sylina sambil memisahkan mereka berdua. Masing – masing bermasam muka tetapi Sylina tahu bahawa Myrupia amat sayangkan Fanpi. “Baiklah, Cik Sylina, apa yang boleh saya bantu”. Kata Fanpi. “Saya mahu kamu mengesan kwan saya Yue yang sesat di dalam hutan ini, boleh?. Kata Sylina.
“Itu boleh diuruskan, mudah sahaja bukan macam sesetengah orang itu, asyik mengata orang sahaja tetapi dia yang lebih, saya perlu barang kepunyaan orang yang ingin Cik cari sahaja”. Kata Fanpi lagi sambil menjeling ke arah Myrupia. “ini barangnya. salah satu buku yang suka dibaca oleh Yue”. kata Sylina sambil menghalakan buku itu ke Fanpi. “Hmmm… Bau tenaga jiwa yang unik, jadi tidak sukar untuk mencarinya, Baiklah kita mulakan proses mengesan”. Kata Fanpi setelah mengenalpasti bau tenaga jiwa milik Yue.
Suasana di kawasan khemah itu mula cerah apabila Fanpi terbang mengelilingi Sylina dan tidak lama kemudian berhenti seketika. “Ayuh, Cik Sylina, saya sudah dapat mengesan tenaga Tuan Yue, tenaga jiwanya agak lemah, mungkin dia pengsan atau tercedera” kata Fanpi.
“Apa…! Kalau begitu tunjukkan jalannya Fanpi, kita harus segera selamatkan Yue, lagipun kawasan hutan Aviala terkenal dengan makhluk yang buas dan ganas”. Kata Sylina. “Getaran tenaga jiwa itu dari arah sana” jerit Fanpi sambil meluncur laju ke arah selatan khemah tersebut. “Myrupia, ayuh ikut Fanpi, jangan sampai kita hilang jejaknya”. Kata Sylina sambil terbang mengikuti Fanpi menggunakan Jetpack, sambil Myrupia mengikutinya dari belakang.
Fanpi meluncur dengan laju melepasi pokok – pokok besar dan akar – akar pokok yang berjuntaia, Sylina hampir – hampir kehilangan jejak  Fanpi namun dengan menggunakan kuasa telepati Myrupia, Sylina mampu untuk mengesan arah mana Fanpi pergi. Mereka tiba di satu pohon yang besar dan terlihat sekujur tubuh sedang berbaring di bawahnya. Semaki mereka mendekati, semakin jelas bahawa itu ialah Yue.
Sylina bergegas menanggalkan Jetpacknya dan berlari ke arah Yue, dan menampar – nampar muka Yue supaya dia sedar. “Yue… bangun Yue… nasib baik aku ada bawa ubat ini, Yue hidu cepat”. Kata Sylina sambil melayang – layangkan botol yang berisi ubat yang berbau kuat itu di hidung Yue yang masih berkeadaan separuh sedar itu.
“Fuh… busuknya, macam bau Eskio Skunk saja”. Kata Myrupia sambil menutup hidungnya. “memang bau Eskio Skunk pun, ubat ini campuran cecair dari kelenjar Eskio Skunk dan beberapa herba, harap ia dapat membantu”. Kata Sylina sambil mengosok – gosokkan sedikit ubat itu di sekeliling hidung Yue. “Urgh… Bau apa ini, semacam sahaja”. Kata Yue yang semakin menyedarkan diri.
“Syukurlah kamu sedar, nah ambil pil ini, ia dapat menyegarkan tenaga jiwa kamu, Yue”. Kata Sylina sambil memberikan pil berwana kemerah – merahan dan sedikit air. “Hehehe… harap dia tak pengsan sekali lagi bila tahu apa yang kamu bagi dia hidu, Cik Sylina”. Usik Myrupia.
“Apa yang telah berlaku Yue, beritahu aku”. Kata Sylina apabila melihat Yue yang semakin pulih itu. “Entahlah, semasa aku sedang mencari kayu api, aku terdengar bunyi yang pelik dan cuba untuk siasatnya, apabila aku semakin menghampirinya, tiba – tiba sahaja kepala aku dipukul dengan benda keras dan terjatuh, dan sebaik aku sedar aku melihat kamu semua berada di sini”. Jelas Yue sambil mengosok – gosok bahagian kepalanya yang sakit itu.
“Hmmm… kalau begitu ayuh kita kembali ke tapak perkhemahan kita, Fanpi kamu boleh bersinar di atas kami?”. Kata Sylina kepada Fanpi. “Senang sahaja, tetapi kita harus cepat sedikit kerana ada sesuatu telah terjadi di tapak perkhemahan kita, Cik Sylina, saya dapat mengesan beberapa entiti yang tidak dikenali telah mencerobohi kawasan tersebut”. Jelas Fanpi sambil terapung dan bercahaya terang.
“Betul Cik Sylina, saya pun dapat rasakannya, ada beberapa makhluk dengan aura pembunuh sedang berada di tapak perkhemahan kita” celah Myrupia. “Sylina, takkanlah Glatia Empire sudah mengetahui tentang rancangan kita”. Kata Yue. “Hanya satu cara untuk mengetahuinya, Yue”. kata Sylina sambil memapah Yue ke tapak perkhemahan.
“Fanpi, berhenti bersinar, dan Yue kamu tunggu di sini”. Arah Sylina apabila mereka semakin menghampiri tapak perkhemahan mereka. “Apa kamu buat Sylina, bahaya jika kamu pergi berseorangan biar aku ikut kamu, sudah menjadi tanggungjawab aku untuk menjagamu”. Balas Yue sambil mengeluarkan Soulbladenya.
“Baiklah, tetapi jangan buat apa – apa sebelum diberitahu”. Kata Sylina sambil berjalan dengan pelahan. Mereka menghampiri kawasan tersebut dengan berhati – hati dan melihat tiga orang yang berpakaian seperti tentera serta bersenjata dan dua ekor Sharavael Hellhound. “Glatia Empire Necromancer, apa mereka buat di sini, bukankah seluruh Aviala diwartakan sebagai zon larangan ketenteraan”. Bisik Sylina dengan pelahan kepada Yue.



Mereka melihat ketiga – tiga askar tersebut menyelongkar segala barangan yang ada di khemah yang didirikan manakala Hellhound tersebut sedang memakan dan menumpahkan sup yang dimasak Sylina. “Urgh… Makan malam kegemaran saya”. Kata Myrupia dengan nada yang pelahan apabila melihat kedua – dua Hellhound tersebut memakan dengan gelojoh dan bergaduh berebutkan sup tersebut.
“Apa yang patut kita buat Sylina”. Kata Yue. “Kita perlu segera bertindak sebelum mereka terjumpa dengan Book Of Ancient Genesis”. Sambungnya lagi. “Baiklah, ini strategi yang saya dapat fikirkan, Myrupia Gunakan Light Ball dan Fanpi gunakan Supernova untuk mengumpan Hellhound tersebut jauh dari kawasan ini, Manakala Aku dan Yue akan kerjakan ketiga – tiga Necromancer keparat tersebut”. Cadang Sylina sambil melukis strateginya di tanah.
“Kami sudah bersedia Sylina”. Kata Fanpi dan Myrupia serentak. “Aku pun”. Kata Yue sambil mengenakan sihir pertahanan kepada tubuhnya. “Baiklah semua, kita lihat apa yang akan terjadi, ayuh berjuang demi Cahaya”. Jerit Sylina Sambil meluru ke tapak perkhemahan itu.
“Ethiria…!”. Jerit Sylina. Serentak dengan itu keluar kilat dari tangannya dan memberi kejutan kepada salah satu Necromancer tersebut. “Ambil ini!”. Kata kay sambil membaling Soulbladenya yang terbang bagaikan boomerang dan terkena tangan Necromancer yang cuba menembak Sylina dengan Ascird ( Acid Mist ) dan Soulbladenya kembali kepadanya. Fanpi dan Myrupia pula masing – masing cuba untuk menarik perhatian HellHound.
“Berhenti dengan nama Pendita Tertinggi Arvil Seria…!” jerit suara misteri yang bergema di kawasan tanah lapang tersebut. Serentak dengan itu muncul sekumpulan makhluk kecil berpakaian seperti Herpik (pasukan pemerhati) yang menunggang Slyperin. “ Herpik dari bangsa Temme”. Bisik Sylina kepada Yue. “Kamu semua telah mencemarkan undang – undang  kami, penggunaan senjata dan magik peperangan dibenarkan di sini”. Kata seorang Herpik yang kelihatan seperti ketua kumpulan tersebut. “Sararoh ( Undone Spell )”. Seru ketua Herpik itu, Serentak dengan itu Hellhound, semua senjata dan kuasa magik hilang dan dibatalkan.
“Sekarang pergi kamu dari sini, pihak Empire tidak dialu – alukan di sini”. Kata ketua pasukan Herpik tersebut. Dengan pantas Necromancer tersebut berlari menyusup ke dalam hutan dan hilang dalam sekelip mata di dalam kegelapan malam.

“Kamu bukankah Sylina, High Summoner dari Bandar Capital”. Kata ketua Herpik itu setelah melihat Rantai Kristal yang dipakai oleh Sylina. “Betul itu, kenapa”. Jawab Sylina. “Tuan Arch Bishop Andrean sudah menunggu mu di Bandar Cahaya, Ayuh”. Katanya lagi. “Arch Bishop Adrean, sudah lama aku ingin melihatnya, tetapi, di mana Bandar Cahaya ?” Kata Sylina. “Di Sini, Satteria (Soul Eye)…” Kata Ketua Herpik tersebut. Serentak dengan itu sebuah bandar tersergam indah muncul di tengah – tengah Udara, terapung dan bercahaya. “Itulah Bandar Cahaya, Druids telah meletakkan Halangan Halimunan di sekeliling Bandar kerana sejak akhir – akhir ini, ramai Tentera dan Necromancer dari Empire berkeliaran di Hutan Suci ini”. Kata Ketua Herpik itu lagi.
“Mari, Saya tunjukkan kamu tempat pendaratan shuttle”. Kata Herpik yang sedang Menaiki Slyperin. Sylina dan Yue menaiki Shuttle dan mengikuti Herpik Tersebut. Dalam perjalanan mereka melihat ramai Serio (Pilgrim) dari pelbagai bangsa di Galaksi Fantasia bertapak di Serata Bandar Cahaya. “Mereka sedang meraikan sesuatu…?” Tanya Yue. “Melihat dari kemeriahannya, rasanya ya, Herpik, semua Serio ini sedang meraikan sesuatu perayaan ke..? Tanya Sylina.
“Ya, dalam beberapa hari lagi, Kami akan meraikan Festival Marvia Amiel Seva (Great Amiel Tree) di mana pintu Sanctuary akan Dibuka dan Seluruh Serio akan melihat Ritual Pembersihan Relik Lagenda kami, Pohon Kehidupan dan proses Penyucian Diri para Serio, Festival ini hanya Berlaku sepuluh tahun sekali apabila Pohon Kehidupan mula Berbunga.
“Sepuluh tahun Sekali, Lamanya, kenapa hanya berlaku setiap sepuluh tahun”. Tanya Amiel. “Kerana Nektar yang digunakan untuk proses Penyucian itu hanya wujud apabila Bunga tersebut Bertukar Menjadi Syferia (Flower Maiden)”. Katanya lagi. “Syferia..? apa itu..? Tanya Sylina lagi. “Syferia merupakan sejenis pari – pari yang hidup bertujuan untuk menemani Pohon Kehidupan, dan bertindak sebagai Koir Keagamaan kami bagi upacara tertentu, mereka juga mempunyai pertalian rapat dengan Kristal, Segala undang – undang dan ritual keagamaan berasal dari bahasa mereka yang kemudian di adaptasi ke bahasa Ange kerana bahasa Syferia merupakan bahasa yang suci Kristal yang sukar difahami oleh makhluk biasa.
“Oh.. Begitu, Hmmm.. Nampaknya kami datang pada masa yang tepat, Yue, Kenapa Diam Sahaja”. Tanya Sylina Kepada Yue yang senyap sahaja dari tadi. “Erk.. saya rasa nak Termuntah, bila mahu Sampai ke Shuttle Field”. Jawab Yue. Sudah hampir sampai, saya sedang memasuki Zon Shuttle” Balas Sylina. Sylina mendaratkan WispSeer dengan berhati – hati. “Tuan Arch Bishop Andrean berada di pejabatnya di sayap kiri Sanctuary, Harap saya telah memberikan perkhidmatan yang terbaik, barang – barang kamu akan dibawa ke bilik yang disediakan khas.”Kata Herpik Tersebut. “Terima Kasih, Kami akan pergi sekarang”. Balas Sylina.Sylina Dan Yue di bawa oleh Druid yang menunggu mereka ke Sayap kiri Sanctuary tersebut, Didalam perjalanan mereka melintasi laman besar yang menempatkan beberapa patung yang agak besar, ukirannya yang halus dan diperbuat dari Kristal pelbagai warna menyebabkan Sylina dan Yue Kagum.
“Ini adalah patung bagi Titan yang melindungi Sanctuary ini, menurut Lagenda, Dewi Amiel telah mencipta Lima Titan untuk melindungi Sanctuary dan Alam Galaksi ini dari kegelapan Daimion, patung di sebelah kiri ini dinamakan Tery’ra R’un Namil, yang bermaksud Titan yang melindungi memori dan lebih dikenali sebagai Penyimpan Memori, kerana setiap memori yang manis dan pahit akan disimpan oleh Titan ini sebelum Selvion (Roh) dihidupkan semula ke Alam ini, yang berada di sebelahnya dikenali sebagai Bell Azyin Nal’v, yang bermaksud Titan yang memegang seribu kunci pintu dunia atau dikenali sebagai Pembuka Jiwa, kerana Titan ini boleh membuka pintu jiwa setiap makhluk, tidak kira sehitam atau segelap jiwanya supaya dapat menerima Cahaya Kebenaran Amiel”. Terang Druid itu kepada Sylina dan Yue.
“Yang berada di Sebelah kanan pula bernama Erik Noirya I’rom, Titan yang menjaga Bintang Utara yang menjadi panduan kepada seluruh Serio untuk datang ke Sanctuary dan lebih dikenali sebagai Penghubung Dua Jiwa, dimana setiap pertemuan dan perpisahan adalah tanggungjawab Titan ini, Patung ini sentiasa mendapat kehadiran oleh kekasih yang bercinta dan mereka yang bujang untuk mendapat restu supaya hubungan mereka berkekalan atau mendapat jodoh, lihat di situ” sambungnya lagi sambil menundingkan jarinya ke patung Titan yang disebutkan, terdapat ramai orang yang memohon restu. “Semoga Albert dapat menerima cintaku” jerit salah seorang Serio dengan penuh semangat. “Semoga hubungan kami berkekalan sehingga Amiel mengambil nyawa kami”. Jerit pula salah satu pasangan kekasih serentak.
“Huhu… Bersemangat sungguh mereka, Sylina kamu tak mahu mencuba”. Usik Yue. “Ish kamu ini, kita datang bukan untuk berdoa untuk mendapat kekasih”. Balas Sylina. “Dan di sebelahnya ialah El’fion Eria Zinza, Titan yang melindungi Matahari Barat, yang memberi cahaya bagi Hutan Suci ini, juga dikenali sebagai Pelindung Jiwa, melindungi setiap jiwa makhluk yang menerima Cahaya Kebenaran Amiel tidak dicemari oleh kegelapan Elperin. Patung ditengah – tengah  taman ini, merupakan Fayth Ouran Asterius, yang Melindungi Selvia Neva (Dunia Roh) dari dicerobohi oleh Elperin, Dikenali juga Sebagai Winged Judge Of Amiel, kerana sebelum Selvion tersebut masuk ke Selvia Neva, mereka akan dihakimi, dan merupakan Utusan yang membawa pembalasan kepada mereka yang bersekutu dengan Elperin.”  Sambung Druid itu.
“Eh… Apa yang ada di sebalik pintu gerbang yang besar itu?. Tanya Yue. “Di sebalik pintu gerbang itu pula adalah Relik lagenda kami, yang telah diberikan oleh Dewi Amiel beribu – ribu tahun dahulu, iaitu Pohon Kehidupan. Menurut lagenda, Selepas penciptaan Galaksi ini dan kewujudan pelbagai bangsa di dalamnya, Dewi tersebut telah mencipta lima Relik Suci dan diberikan kepada enam kerajaan yang wujud di Galaksi ini, Crystal Eye Of Velia kepada Kingdom Of Veras Teleya, Crystal Eye Of Andia kepada Glatia Empire, Pohon Kehidupan kepada Sanctuary Of Light, Heart of Yeva kepada Federation Of Nel Ves, Jewel of Set Arctul kepada Holy Alliance of Cera dan akhir sekali, Great Crystal Arc kepada Ancients. Semuanya berada di dalam keseimbangan selama beribu – ribu tahun sehinggalah…”. Tiba – tiba Druid itu berhenti becerita.
“Sehingga apa… tuan Druid?”. Tanya Sylina. “Saya rasa hanya Tuan Arch Bishop Andrean sahaja yang mampu menjawab, saya hanya mampu berbicara sampai di sini sahaja,lagipun kita sudah sampai di pejabatnya, Silakan masuk” balas Druid itu sebelum berlalu pergi.
“Baiklah, Yue, Kamu sudah bersedia untuk menemui Tuan Arch Bishop Andrean?”. Tanya Sylina kepada Yue. “Itu sudah Semestinya, Ayuh”. Balas Yue sambil memegang tombol pintu pejabat tersebut. Pintu pejabat itu dibuka pelahan lahan dan tiba – tiba mereka melihat satu cahaya yang terang keluar dari sebalik pitu tersebut, menyinari keseluruhan tempat tersebut dan menyilaukan mata mereka, dan apabila cahaya tersebut makin malap, Sylina dan Yue perasan mereka bukan berada di Sanctuary lagi, sebaliknya berada di Ruang yang asing bagi mereka.
......................................................................
maaf sebab lama tidak mengupdate cerita Fantasia Chronicle... Terkena Demam n Batuk berdarah beberapa bulan ini... harap kamu enjoy with my story...

Sunday, October 3, 2010

TWINS - Bab 4

"Selamat pagi Cikgu Ruby."

"Selamat pagi murid-murid. Sila duduk. Saya ada satu berita baik yang hendak disampaikan kepada kamu semua. Mulai hari ini, kelas kita akan bertambah bilangan ahlinya," kata Cikgu Ruby lantas memanggil pelajar baru yang berdiri di luar kelas. Cikgu Ruby menyuruhnya memperkenalkan diri.

"Nama saya Anne Willstone. Panggil saja Anne. Sebelum ini saya bersekolah di Harvard International School di London. Selamat berkenalan." Pelajar lelaki di kelas itu bagaikan terpukau dengan kelunakan suara Anne. Pelajar perempuan pula tergamam melihat penampilan dan kesantunan Anne semasa bercakap. Memang 100% perfect.

"Baiklah, sesi perkenalan sudah tamat. Anne, kamu duduk di sebelah Kara. Kara, saya ingin kamu menjadi penunjuk arah buat Anne pada waktu rehat nanti. Anne, kalau ada apa-apa yang kamu tak faham, kamu tanya saja pada Kara," kata Cikgu Ruby menutup sesi perkenalan ini. Anne segera mengambil tempat duduk di sebelah Kara.

"Saya Kara. Kara Angelmist," kata Kara sebaik sahaja Anne mengambil tempat duduk di sebelahnya. Kara menghulurkan tangan untuk bersalaman. Anne menyambutnya lantas menghadiahkan satu senyuman buat Kara.

"Anne Willstone. Panggil Anne. Selamat berkenalan."

***

Lya berjalan pantas menuju ke kelas Kara. Dia memang sudah tidak dapat menahan rasa sakit perut yang membelenggu dirinya sejak jam 9.00 pagi lagi. Sudah satu jam dia menahannya. Setibanya dia di hadapan kelas rakannya itu, segera dia melaungkan nama Kara.

"Yes my dear, what do you want?" tanya Kara sambil menarik lengan Anne.

"Aku nak ke tandas. Sakit perut ni. Jom teman aku," kata Lya pantas. Kara hanya mengangguk lantas membuntuti langkah Lya untuk ke tandas. Anne juga membuntuti Lya. Sambil berjalan, Kara memperkenalkan Anne kepada Lya. Mereka bersalaman dan setibanya di hadapan pintu tandas, Lya segera memboloskan dirinya.

"Aduhai, kesian Lya. Apa yang dia makan malam tadi agaknya ya?" tanya Anne kepada Kara. Kara hanya menjungkitkan bahunya. Biarpun sudah tiga hari dia menumpang di rumah Lya, tetapi mereka tiada pula makan makanan yang pelik dan aneh kecuali jika Lya ada terjaga malam tadi.

'Cakap pasal malam tadi, baru aku teringat. Sejak bermalam di rumah Lya, tak ada pula aku bermimpi benda-benda yang pelik. Hm...pelik sungguh ni,' kata Kara di dalam hatinya. Biarpun dia ingat-ingat lupa tentang mimpinya, tetapi dia masih boleh ingat serba sedikit.

"Huh, lega. Kara, jom makan," kata Lya setelah keluar dari tandas atau dalam bahasa baiknya, bilik air. Kara yang masih mengelamun itu sedikit tersentak. Dia kelihatan sedikit terpinga-pinga sebelum menjawab.

"Ok, marilah. Tempat biasa tau." Lya mengangguk. "Anne, ikut kami," sambung Kara.

Belum sempat mereka memulakan langkah, satu bunyi hentakan kedengaran. Lya dan Kara saling berpandangan. Anne! Mereka memusingkan badan. Kelihatan Anne memegang bahunya yang dilanggar oleh seseorang. Dan seseorang itu amat dikenali oleh Kara.

'Mamat ni lagi. Minggu lepas berlanggar dengan aku. Lepas tu muncul dengan tiba-tiba masa tengah sibuk berborak dengan Lya. Hari ni berlanggar dengan Anne pula. Apa kes ni?' soalnya di dalam hati. Lya segera membantu Anne berdiri.

"Maafkan saya. Saya tak sengaja," kata lelaki itu kepada Anne. Anne ingin mengatakan sesuatu tetapi Kara cepat-cepat mencelah.

"Awak lagi. Minggu lepas muka awak. Tiga hari lepas muka awak jugak. Hari ni pun awak muncul lagi. Awak ni siapa sebenarnya?" Lya menyiku tangan Kara. Ada ke patut Kara tanya soalan yang pelik macam tu. Langsung bukan Kara, kata Lya di dalam hati.

"Nama saya Shin. By the way, sorry about last week. Saya pergi dulu," kata Shin lantas meninggalkan mereka bertiga sambil matanya memandang Anne. Anne turut melakukan perkara yang sama kepadanya. Kara ingin menghalang Shin dari beredar tetapi Lya cepat-cepat menarik tangan Kara.

"It's not worth it," kata Lya sambil menggelengkan kepalanya. Kara mendengus. Entah mengapa dia begitu marah pada Shin. Segera dipusingkan badannya menghadap Anne.

"Awak ok?" Anne tersenyum lalu mengangguk. Dia minta izin untuk ke tandas.

"Firstly, kenapa kau tanya dia soalan macam tu? Kau tahu tak, mamat tu merupakan Ketua Pengawas sekolah kita? Kalau ada orang lain dengar kau cakap macam tu pada dia, tak pasal-pasal kau kena serang dengan peminat dia. Dah lah tampan macam tu. Haih, aku pun terpikat. And what did he mean by last week?" tanya Lya kepada Kara. Kara tergelak panjang sebelum menjawab soalan yang diajukan Lya kepadanya. Apabila tawanya sudah reda, dia menceritakan satu persatu. Kara juga menceritakan tentang kejutan elektrik yang diterimanya dari Shin.

"Dah, jom kita makan. Saya lapar lah," kata Anne setelah keluar dari tandas. Lya dan Kara mengangguk. Mereka mula melangkah.

'Tak lama lagi Kara. Tak lama lagi,' kata Anne di dalam hati.

***



Shin melangkah malas menuju ke biliknya. Seharian di sekolah menyiapkan segala tesis a.k.a kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya benar-benar membuatkan otaknya terasa letih. Mahu sahaja dia terbongkang di atas katil sambil matanya memandang ke siling tanpa melakukan sebarang pekerjaan. Dia mahu berehat sepuasnya.

Baru sahaja dia merebahkan badan, pintu biliknya diketuk. Dengan berat hati dia melangkah ke pintu. Dipulasnya tombol pintu itu. Kelihatan Puan Exora berdiri di luar biliknya dengan pakaian yang agak elegan. Shin memberikan satu senyuman kepadanya.

"Shin, kamu pasti belum makan kan. Mari turun makan dengan saya. Ada tetamu istimewa yang ingin saya perkenalkan kepada kamu," kata Puan Exora.

'Tetamu istimewa? Ada kena mengena dengan aku ke?' tanya Shin di dalam hati. Oleh kerana bukan gayanya menghampakan orang lain, dia terima sahaja pelawaan Puan Exora itu.

"Baiklah. Beri saya masa lima minit. Nanti saya turun."

***

"Mana budaknya Exora?" tanya seorang wanita sebaik sahaja Puan Exora mengambil tempatnya di meja makan. Dia mengangkat tangannya lantas menunjukkan kelima-lima jarinya menandakan Shin akan turun dalam masa lima minit lagi.

Lima minit berlalu. Kelihatan Shin menuruni anak tangga. Walaupun hanya memakai kemeja T berwarna putih, dia masih kelihatan begitu tampan. Sesiapa yang memandang pasti akan terpikat. Dia mengambil tempat duduk bersebelahan Puan Exora.

"Shin, kenalkan. Ini Puan Clara Angelmist, kakak saya. Yang comel ini pula Kara Angelmist, satu-satunya buah hati dalam keluarga kami." Shin tersenyum lantas menundukkan wajah tanda hormat.

'Auntie Exora ni biar betul. Takkan lah mamat ni yang dimaksudkan. Huh, sabar Kara. Jangan buat muka tension. Lupakan hal pagi tadi. Jangan spoilkan makan malam ni.'

"Jadi, inilah Shin. Banyak cerita tentang kamu yang saya dengar dari Exora. Apa-apa pun, jemput makan Shin. Kara pun makan juga. Mama tahu mesti Kara dah lapar kan."

"Mama ni macam tahu-tahu je perut Kara dah buat konsert." Puan Clara memandang anaknya. Terukir senyuman di bibirnya. Ah! Kara, kalaulah Kara tahu perkara yang sebenarnya.

***

Usai menjamu selera, Shin mula melangkah menuju ke ruang tamu. Puan Clara dan Puan Exora yang sudah seminit menunggu Shin di ruang tamu segera memulakan perbualan.

"Kara, tolong Auntie basuh pinggan di dapur," kata Puan Exora. Dia tidak mahu Kara mendengar perbualan mereka yang padanya bukan masanya untuk Kara mengetahui apa yang diperbualkan oleh mereka.

"Ok." Kara mula melangkahkan kakinya untuk ke ruang dapur. Apabila Kara hilang sahaja daripada pandangan mereka, mereka terus memulakan perbualan mereka.
"Kami perlukan bantuan kamu, Shin."