Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Friday, October 22, 2010

Moonlight Fairytale ( Bab 5 )

Wilda menolak pintu pagar yang sudah agak berkarat itu dengan berhati-hati, enggan dikesan pengawal keselamatan lantas dituduh menceroboh kawasan sekolah. Pakaian serba hitam sudah cukup membuatkan dirinya lagak seorang pencuri apatah lagi dengan gayanya yang terhendap-hendap pasti menimbulkan curiga mana-mana mata yang melihat. Wilda sendiri tidak pasti kenapalah dia perlu berpakaian seperti pencuri. Mungkin kerana teringat amaran Sara tentang larangan memasuki kawasaan sekolah ditambah pula waktu sekarang menunjukkan lagi lima minit menjelang tengah malam.

Aneh, kenapa pintu tak berkunci? Pakcik pengawal lupa nak kuncikah? getus hati Wilda. Oleh kerana tiada penjelasan lain, Wilda membuat kesimpulan sendiri padahal penjelasan sebenar jauh dari jangkauan pemikiran manusia biasa.

Bulan mengambang penuh, memudahkan Wilda mencari jalan ke kelasnya di sekolah yang maha luas ini. Matanya menerawang ke segenap kawasan sekolah. Pada waktu malam, dibawah sinaran bulan, sekolah kelihatan sanga cantik, misteri dan agak menyeramkan.

Wilda menguap untuk kali yang entah ke berapa. Walaupun matanya agak berat tetapi selagi hatinya tidak tenang selagi itulah sukar dia hendak melelapkan matanya. Sebenarnya, bukan penting sangat pun dia mengambil semula bukunya yang dirasakan tertinggal di kelas, tetapi ia hanya dijadikan alasan untuk dia menggagahkan diri. Nalurinya sering mengasaknya men'ceroboh' sekolah malam ini, dia tidak pasti apa yang sebenarnya yang di'simpan' sekolah ini hinggakan telinganya seperti dibisik suara halus menggesanya kesini walauapapun yang terjadi.

Wilda enggan memikirkannya. Dalam dia berjalan, fikirannya menerawang ke tempat lain. Dia teringat latihan di gelanggang tadi.

****************************************************

Imbas kembali..


Arah yang ditunjukkan oleh jari Cikgu Audrey berkocak hebat. Cikgu Audrey mengangkat jari telunjuknya keatas perlahan-lahan. Prinsip molekul air, apabila satu molekul ditarik ke atas, ia akan menarik sekali kawan-kawan molekulnya yang lain menyebabkan air yang ditarik membentuk seakan-akan tiang. Cikgu Audrey kemudian menggerakkan jari hantunya laju dari kiri ke kanan, me'motong' tiang air tersebut.

Air tersebut dibentuk pula menjadi seperti bebola air ibarat tanah liat air itu diperlakukan. Kali ini, Audrey menggunakan kesemua jari-jemarinya. Bebola tersebut dibawa tepat ke tangan kanannya. Bebola air itu terapung-apung lebih kurang 3 cm dari telapak tangannya.

Wilda kaku melihat aksi yang ditunjukkan. Hebat, kagum Wilda dalam hati.

Lelaki yang berada di sebelahnya tidak sedikitpun menoleh kearah Cikgu Audrey malah menunjukkan wajah yang kebosanan. Wajahnya begitu angkuh, siap tersenyum sinis lagi! Cikgu Audrey perasan perilaku biadap lelaki tersebut tetapi dia memilih untuk diam.

"Baiklah, siapa ingin mencuba dulu? Teorinya senang sahaja, tumpukan sepenuh aura kamu di hujung jari, cuba satukan diri kamu dengan semangat air, fokus dan cuba kawal ia dengan perlahan, " terang Cikgu Audrey tentang asas jurus yang dilakukan sebentar tadi. Dia mengangkat keningnya ke arah lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Rizu di awal perkenalan mereka mengisyaratkan dia untuk mula dahulu.

Rizu maju ke hadapan dengan lagak seorang pahlawan kira-kara satu meter dari sungai. Dia menggerakkan tangannya sepertimana yang dilakukan oleh Cikgu Audrey sebentar tadi. Dengan sekali cubaan, Rizu berjaya meelakukan Jurus Telekinetik Air dengan mudah sekali.

Wilda meneguk air liur. He..hebatnya dia, patutlah angkuh sangat tadi..rupanya dah mahir, kata Wilda dalam hati.

Rizu menapak kembali ke belakang, memberi peluang Wilda pula mencuba. Wilda melangkah dengan teragak-agak. Dia mengambil nafas, menstabilkan degupan jantungnya yang tidak keruan sambil cuba meniupkan kata-kata semangat dalam dirinya.

Hishh..kenapa perlu takut? Inikan cubaan aku yang pertama, tidak mengapalah kalau gagal. Rizu berjaya mungkin sebab ini bukan kali pertama untuknya.. teka Wilda dalam hati.

Wilda memandang sekilas ke arah Cikgu Audrey. Cikgu tetap dengan senyumannya. Wilda memandang semula ke hadapan. Dia lantas melakukan gerakan sepertimana yang dilihatnya sebentar tadi. Wilda menutup mata, cuba memfokuskan fikirannya. Selepas beberapa ketika, dia membuka semula matanya.

Senyap. Air tidak sedikitpun berkocak. Wilda mula gelisah. Dia memcuba lagi. Gagal. Rizu sudah tersenyum-senyum. Wilda terasa ingin menangis. Cikgu Audrey melangkah mendekati Wilda.

"Jangan risau, Wil, perlahan-lahan. Don't force yourself. Biasalah kalau gagal, inikan cubaan pertama,"

Kata-kata Cikgu Audrey berjaya menenangkan sedikit gelora dihatinya. Wilda memcuba lagi. Selepas 1 jam, Wilda hanya berjaya membuatkan air naik 5cm sahaja. Wilda terduduk kepenatan. Sekali lagi dia rasa sebak. Rizu mempamerkan muka bosan. Cikgu Audrey menghampiri Wilda lantas berkata " I think that is enough for today, you've done pretty well for beginners,"

Wilda tertunduk lesu. Kata-kata Cikgu Audrey menenangkan tetapi dia tahu, hakikatnya prestasinya sangat teruk. Cikgu Audrey meminta dia berlatih semula apabila penatnya sudah hilang. Practice makes perfect, katanya lagi.

Sedang Audrey memberikan kata-kata semangat kepada Wilda, tiba-tiba menyampuk, "Cikgu Audrey, boleh tak kita tinggalkan si lembap ini dan belajar jurus lain? Dia boleh kuasai jurus ini sementara kita belajar benda lain. Saya bosan dan ini sangat membuang masa,"

Wilda terkejut mendengar kata-kata pedih dari mulut Rizu. Siapa dia nak panggil aku lembap? kutuk Wilda dalam hati sambil menghadiahkan jelingan tajam kepada Rizu.

Cikgu Audrey tersenyum sinis. "Baiklah, kalau itu yang awak mahu. Tapi, tunjukkan saya jurus ini sekali lagi barulah kita akan belajar jurus seterusnya," Wilda terus memandang ke arah Audrey.Biar betul, cikgu betul-betul nak tinggalkan saya? Tanya Wilda tetapi tidak berani diluahkan. Rizu tersenyum sinis. Dia melangkah ke sebelah Wilda.

"Watch and learn," Sempat Rizu berbisik kata-kata pedih itu di telinga Wilda yang sudahpun bangun untuk memberi ruang pada Rizu. Wilda memcebik.

Rizu mula membuka langkah. Tetapi baru sahaja dia ingin menggunakan kuasanya, gelang di pergelangan tangannya bercahaya sebelum meng'hadiah'kan Rizu hadiah yang menyakitkan lagi memedihkan. Rizu mengaduh kesakitan sehingga terduduk.


"Itulah bangga sangat, sombong. Dah tak ingat pesanan Master? Kuasa ini bukan untuk digunakan nak menunjuk-nunjuk. Selagi awak tak kikis sifat negatif itu, selagi itulah awak belum kuasai jurus ini sepenuhnya, okey?" Kata Cikgu Audrey sambil tersenyum simpul. Wilda juga ingin ketawa tapi ditahannya.


***************************************************************************


Wilda ketawa perlahan teringat peristiwa lucu itu. Dia teringat wajah Rizu yang terkulat-kulat menahan malu. Hihihi, itulah kutuk aku lagi, kan dah kena perangkap cikgu..Wilda masih dengan ketawanya. Dia terleka sehingga tidak sedar dia sudahpun tiba di hadapan pintu kelasnya.


Wilda membuka pintu kelas perlahan-lahan sambil matanya meliar ke segenap kelas. Su..sunyinya, okey tak mengapa, tenang, tiada orang disini, tidak perlu takut, just ambil buku then go straight home, Wilda cuba meniupkan kata-kata semangat ke dalam dirinya. Kakinya melangkah laju ke arah mejanya yang terletak di hujung penjuru kelas. Dengan pantas, tangannya diraba di bawah meja. Pada saat tangannya menyentuh objek yang menjadi asbab dia ke sini, dia terus menarik tangannya lantas menggenggam erat objek tersebut.

"Wah, gembiranya! Tidak sangka semudah itu awak jatuh dalam perangkap kami, hahaha.." satu suara yang entah dari mana ketawa dengan ketawa yang sangat menyeramkan sehingga naik bulu roma Wilda mendengarnya. Wilda tertunduk ketakutan. "Si..siapa?" Kata Wilda dengan suara yang perlahan dan terketar-ketar kerana ketakutan. Dia memberanikan diri untuk menoleh ke belakang.
Lembaga merah yang diselaputi api di seluruh badannya tersenyum memandang Wilda. Anehnya, api itu tidak pula membakar jasad lembaga tersebut tetapi seakan-akan di'keluar'kan oleh jasad itu, seperti aura biru yang muncul di sekeliling tubuh Cikgu Audrey. Wilda terlopong. Buku yang dipegangnya terjatuh. Dia ingin menjerit tetapi suaranya tidak keluar. Lembaga itu melangkah menghampiri Wilda. Kaki Wilda pula seperti sudah digam. Semakin lama, semakin hampir.
Mama, tolong Wil! Wilda hanya mampu berserah.

0 comments: