Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Saturday, December 7, 2013

Revenge 17 : Home (part 1)



Revenge 17 : Home (part 1)

So sorry lame tak update. Now kinda busy with matrik life but I love it. Matrik is fun seriously even busy and tension lulz ^^

p/s : Sorry kalau ada salah ejaan and all. Enjoy and thank for reading it ^^

Semua orang dah tanya pasal Argon dan cikgu Jaston. Para pelajar, cikgu-cikgu, dan semua warga sekolah. Kita nak bagi tahu ke perkara sebenar?” Tiara mengeluh.

Selama ini semua warga sekolah beranggapan bahawa Encik Jaston yang bawa Argon keluar selama dua hari. Tetapi selepas seminggu, Argon dan Encik Jaston masih belum muncul. Ramai yang mula membuat andaian yang bukan-bukan. Pelajaran magis penyembuh pula digantikan dengan pelajaran sejarah kerajaan. Segelintir para pelajar magis penyembuh mengeluh termasuk Monica.

Encik Stephen mula mencari guru baru untuk pelajaran magis penyembuh. Dia juga pusing apabila memikirkan banyak khabar angin yang buruk mengenai Encik Jaston dan Argon. Monica, Tiara dan Vanessa termenung. Patutkah mereka beritahu Encik Stephen? Apa reaksi yang akan diberi? Mereka bertiga mengeluh hampir serentak.

Kehilangan Mony, Frank dan Henry memusingkan lagi kepala Encik Stephen. Lima orang hilang pada waktu dan hari yang sama membuatkan andaian buruk yang berlegar dianggap benar.

Tak payahlah. Biar aje benda tu berlalu pergi macam angin. Nanti dua bulan lepas tu, hilanglah cerita pasal dia orang. Aku confirm, mesti dia orang semua akan lupakan nama lima orang tu. Trust me!” Vanessa menyakinkan kawannya. Tiara dan Monica pandang Vanessa.

Betul ke?” Tanya mereka hampir serentak. Vanessa angguk yakin. Mereka berpandangan sebelum tersenyum nipis.

Dahlah. Aku nak masuk tidur. Good night!” Tiara bangkit dan mencampak bantalnya ke atas tilamnya yang berada di tingkat nombor 2. Bawah katil Vanessa yang berada di tingkat nombor 3. Monica juga bangkit dari tilam Vanessa dan turun ke katilnya di tingkat nombor 1.

Vanessa jungkit bahu dan terus membaringkan tubuhnya. Lengan tangan kanan di letakkan di dahinya. Dia menghela nafas panjang dan mengiring ke tepi. Zella. Bonda. Ibu. Keluarga. Keempat-empat nama tersebut meniti di bibirnya sebelum dia melelapkan matanya.

*****

Cuti pertengahan semestar sudah tiba. Para pelajar sibuk berkemas. Vanessa, Tiara dan Monica tidak ambil port. Mereka leka berbual di atas katil Vanessa.

Rindulah kau orang macam ni. Lagi dua bulan baru boleh jumpa,” lirih suara Monica kedengaran. Vanessa tarik senyum.

Monica, kalau kau nak jumpa aku selalu pun boleh. Aku tak ada hal punya. Tapi aku takut kau rindu keluarga kau aje.”

Betul ke Vanessa? Then, aku nak ikut kau baliklah. Boleh main sama-sama. Belajar sama-sama. Tengok keadaan rumah kau.” Monica berceloteh.

“Betullah. Tapi, kau tak nak ke jenguk mak kau?”

Aku ikut kaulah macam tu. Pasal mak aku, kau jangan risau. Aku akan call mak aku hari-hari.” Monica tergelak mendengar kata-kata sendiri. Vanessa garu kepala dan memandang Tiara. Dia rasa tiada apa yang lawak.

Tiara tampar lengan Monica. “Yang kau gelak tiba-tiba ni kenapa? Sawan?”

Paapp... Monica tampar betis Tiara.

Aku gelak sebab mesti mak aku kata, naik gila mak macam ni. Asyik-asyik call. Bila call mesti asyik-asyik.Tak payah call lepas ni. Mak dah terseksa nak dengar suara kau merengek-rengek macam budak kecik. Padahal umur dah cecah angka 15.” Monica menggunakan suara dalamnya untuk menggayakan percakapan ibunya. Vanessa geleng kepala. Monica memang tak tahu malu nak malukan diri sendiri. Tiara gelak apabila mendengar dua ayat yang dirasakan kelakar.

Yang kau gelak ni kenapa? Sawan Monica dah berjangkit dekat kau ke?” Vanessa bertanya.

Paapp... Lengan Vanessa di tepuk.

Aku gelak sebab kelakar dengar ayat, asyik-asyik call. Bila call mesti asyik-asyik. Tak ke kelakar bunyi dia. Hhahhaha.....” Pecah perut Tiara gelak. Vanessa garu kepala. Lawak ke? Monica tayang muka selamba.

Dah-dah. Layan kau orang mesti tak siap-siap kerja aku. Jom kemas barang. Petang ni balik tempat masing-masing. Rasa macam sekejap aje.” Vanessa keluh perlahan. Tiara berhenti gelak.

Aku pun ingat nak join Monica tidur rumah kau,” ujar Tiara lambat-lambat.

Ish kau orang. Baliklah rumah kau orang. Tak kesian dengan keluarga kau orang ke? Mesti dia orang gila punya rindu dengan kau. Alih-alih kau orang tak balik.” Vanessa menegah kawan-kawannya untuk balik ke rumahnya.

Kau macam tak sudi aje kita orang tidur rumah kau.” Monica sudah keluar suara hendak merajuk. Vanessa terkelu.

A’ah, macam tak suka aje kita orang nak ikut kau. Siap tegah lagi.” Tiara turut ikut sama.

Mana ada. Kau orang yang nak touching-touhing ni kenapa? Aku cuma kesian dengan family kau orang aje. Okey. Apa kata macam ni. Lepas sebulan cuti, apa kata kalau kau dan aku pergi ke Fairy Kingdom? Kita tidur rumah Monica. Ha, boleh tak macam tu?” Vanessa keluarkan pendapat. Tiara pandang sesaat.

“Eh... aku setuju sangat-sangat.” Monica cepat-cepat setuju. Tiara seperti berfikir sesuatu.

Alah Tiara. Tak payah nak fikir-fikir. Terima ajelah.” Ujar Vanessa.

Okeylah. Aku on. Lepas sebulan tahu. Kau jangan nak mengada-ngada nak tambah seminggu pula, Vanessa. Aku cekik kau sampai mati nanti.” Tiara sudah mula mengeluarkan aura mengugut.

Yalah, yalah. Tak payah risau. Aku tak tambah seminggu tapi maybe dua minggu.”

Pap.... Serentak Monica dan Tiara pukul lengan Vanessa. Vanessa ketawa.

“Kau jangan mengada-ngada. Seminggu aku tak bagi tambah, jangan nak tambah dua minggu pula. Aku humban kau kat Dark Forest nanti.” Tiara dah tayang muka membunuh.

Alah.. main-main aje. Dahlah. Jom kemas. Kalau lambat, lambat balik. Aku dah rindu nak jumpa ibu dan adik aku.” Vanessa bingkas bangun. Dia lompat turun dari katil dan mula mengemas pakaiannya. Tangannya terawang-awang diudara. Beg pakaian terbuka dan disusun dengan sendirinya. Vanessa kalih tangannya ke arah meja belajar. Buku-buku di meja tersebut melayang masuk ke dalam begnya. Zip ditutup rapat. Setelah siap berkemas. Vanessa duduk atas katil Monica.

*****

Masing-masing memeluk erat kawan-kawan mereka semua. Beg pakaian sudah setia menanti di tapak perhimpunan. Mereka semua sedang berpelukan di dewan makan Homemass.

Aku pasti rindu kau orang berdua,” Tiara peluk Vanessa dan Monica. Erat. Vanessa dan Monica membalas pelukan kawannya itu.

Kita orang pun. Apa ingat kau sorang aje yang rindu.” Sempat Monica memerli Tiara. Tiara mendiamkan diri. Langsung tak ambil peduli. Vanessa tersenyum mendengar kata-kata Monica.

“Perempuan memang macam ni ke? Emosi terlebih?” Sindir Danny.

“Perempuan memang macam tu.” Slyer menjawab. Dia mencebikkan bibirnya.

Eh, dahlah. Nanti ada yang cemburu pula.” Vanessa membalas sindiran Danny dan Slyer.

“Tak ada siapalah nak cemburu dengan kau orang bertiga,” Jawab Danny.

Siapa terasa cili, dia yang makan pedasnya.” Monica menjawab. Dia menjelir lidah ke arah Danny dan Slyer. Vanessa ketuk kepala Monica.

“Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya. Bukan siapa terasa cili, dia yang makan pedasnya.” Danny, Slyer dan Tiara tergelak melihat telatah kawan-kawannya.

Eh? Salah ke? Aku ingatkan betul.” Monica garu kepala. Pelukan dileraikan. Vanessa geleng kepala. Tiara senyum nipis.

Eh, Slyer. Kau dengan Tiara sama ke? Fire Kingdom?” Vanessa bertanya. Slyer angguk kepala. “Kau?” Vanessa pandang Danny. “Dark Kingdom.” Ringkas jawapan Danny. Vanessa angguk kepala.

Jomlah gerak. Aku tak sabar nak balik rumah. Nak bagi kejutan dekat keluarga aku.” Tiara melangkah meninggalkan kawan-kawannya. Vanessa dan Monica cepat-cepat ikut Tiara. Slyer dan Danny berjalan dengan lambat. Mereka ketinggalan jauh di belakang.

Tiara, Vanessa dan Monica lihat sekeliling. Ramai yang sudah balik ke tempat masing-masing. “Slyer! Cepat sikit! Kata nak balik dengan aku!” Tiara melaung ke arah Slyer. Slyer angkat tapak tangan tanda sekejap. Dia memeluk Danny dan melangkah pergi ke tempat Tiara. Lagi sekali Tiara memeluk Vanessa dan Monica.

“Jangan lupakan aku tau. Nanti lepas sebulan aku datang Fairy Kingdom.” Tiara tarik senyum dan melangkah masuk ke dalam kereta api yang tertera nama Fire Kingdom.

Di belakang kereta api Fire Kingdom ialah kereta api Dark Kingdom. Danny melambai tangannya dan hilang di balik pintu kereta api Dark Kingdom. “Vanessa, kau balik dengan aku kan?” Monica bertanya tiba-tiba. Vanessa geleng kepala.

“Rumah aku dekat tempat lainlah. Tak kan nak balik kat Fairy Kingdom pula.”

Monica kerut dahi. “Rumah kau dekat mana?” Tanya Monica. “Eh, Monica. Kereta api kau dah sampailah. Baik cepat. Nanti terlepas.” Vanessa menepuk bahu Monica dan memuncungkan mulutnya ke arah kereta api Fairy Kingdom. “Jumpa lepas sebulan ni!” Laung Vanessa. Dia menarik senyum dan melambai tangan ke arah Monica. Selepas kereta api Monica hilang dari pandangan, dia melangkah pergi ke tandas di stesen kereta api tersebut.

Vanessa pandang kiri dan kanan sebelum melangkah masuk ke dalam tandas tersebut. Dia menutup pintu tandas dengan perlahan dan mula menyihir tombol pintu tersebut. Dia berdiri di hadapan cermin bilik air tersebut. Nafas ditarik dan dilepaskan.

Estriagos menchianso diago
Eliago menchriasti tego
Entegame diango melly
Asbastrous diango
Frenscho!”

Vanessa tersenyum apabila pusaran air mula kelihatan. Dia mengangkat beg pakaiannya dan melangkah masuk ke dalam pusaran air dengan pantas. Sebelum itu, dia sempat menanggal semula sihir yang dikenakan di tombol pintu sebentar tadi. Dia hilang di balik cermin tersebut.

Home sweet home,” Vanessa mendepangkan tangannya dan sebuah senyuman terukir dibibirnya. Dia sekarang berada di biliknya. Beg pakaian di letakkan di tepi katil menggunakan kuasa sihir. Semua barang-barang dikeluarkan dan disusun di tempat yang sesuai dengan menggunakan kuasa sihir lagi sekali.

Vanessa memerhatikan sekeliling. “Never change,” Ujarnya perlahan. Dia masih lagi kekal berdiri di hadapan meja solek. Setelah 10 minit berlalu barulah Vanessa melangkah dari situ menuju ke bilik adiknya.

Vanessa memulas tombol pintu adiknya berhati-hati. Tetapi apabila pintu bilik adiknya sudah terbuka luas, langsung tiada kelibat adiknya di situ. Vanessa melangkah masuk dan memandang sekeliling. Dia angkat bahu dan menuju ke tingkap. Segaris senyuman terbit di bibirnya.

Vanessa memerhatikan setiap gerak geri adiknya di balik tingkap. Dia dapat melihat dengan jelas bahawa adiknya sudah pandai mengawal kuasanya. Tiba-tiba, terlintas di fikirannya untuk menguji adiknya itu.

Vanessa menalakan telapak tangannya ke arah adiknya, “Explode,” Ujar Vanessa dengan perlahan dan terus menyembunyikan dirinya.

Zella pantas mengelak. Dia memandang sekeliling. Nafasnya sudah tidak teratur. Dia mengetap bibir tanda geram. Vanessa memerhati dengan penuh minat. Vanessa membuat serangan hendap jenis air.

Lagi sekali, Zella mengelak. Dia dapat mengesan bahawa serangan tersebut datang dari biliknya. Dia menalakan tapak tangannya ke tingkap biliknya. “Baik kau tunjukkan diri kau! Atau kau nak aku bunuh kau!” Jerit Zella, kuat. Vanessa tersenyum mendengar kata-kata Zella. Dia masih menyembunyikan dirinya. “Kau ingat aku tak tahu ke kau sekarang berada di bilik aku! Baik kau tunjukkan diri kau!”

Feriasti diango Mucco,” Vanessa sudah muncul di belakang Zella.

Kalau aku tak nak?” Vanessa menyoal dengan nada perlahan. Zella pantas mengalihkan tubuhnya menghadap Vanessa. Zella tergamam. “Don’t wanna hug me?” Vanessa mendepangkan tangannya. Bibirnya mengukir senyuman.

Kakak!!! Zella rindu kakak!!” Zella memeluk Vanessa dengan erat sekali. Seakan-akan tidak mahu melepaskannya. Dia meloncat-loncat kegembiraan. “Bila kakak balik?” Zella melepaskan pelukan dan menyoal Vanessa. Matanya menampakkan kegembiraan yang teramat.

Baru aje. Lebih kurang 20 minit lepas.” Vanessa tayang gigi.

What?! 20 minutes ago?! Kenapa sekarang baru kakak muncul?!” Pipi Vanessa menjadi mangsa cubitan Zella.

“Sakitlah pipi akak, Zella.”

Sorry,” Zella melepaskan pipi Vanessa daripada menjadi mangsa jarinya.

“Kakak dah muncul 10 minit awal depan Zella tapi Zella tak nampak. Bagus betul Zella elak serangan kakak tadi.” Zella terkejut.

“Ooo... Kakaklah yang serang Zella tadi? Ingat musuh manalah serang. Takut Zella.” Zella merungut.

Sorrylah. Kakak saja nak test kuasa Zella. Kakak tengok Zella macam dah terror aje. Bila akak test memang Zella dah terror.” Zella kulum senyum malu.

Mana ada. Sikit aje. Tak terror macam akak lagi.” Zella merendah diri.

Yalah tu. Akak tengok memang macam dah expert. Kalah akak.” Vanessa masih lagi memuji adiknya, Zella.

“Dahlah akak ni. Jom masuk rumah. Kita makan. Zella laparlah.”

Jom. Biar kakak masak hari ni. Zella pergi masuk mandi. Mandi bersih-bersih tau.” Zella angguk kepala dan berlari masuk ke dalam rumah. Vanessa menyusul kemudian dan menuju ke dapur. Barang-barang di dalam peti sejuk di tiliknya. Setelah menimbang-nimbang, akhirnya dia membuat keputusan untuk membuat stik!

Vanessa sedang membuat kemasan pada stik apabila Zella mencuit pinggangnya. Vanessa membalas balik perbuatan adiknya itu. “Dah, dah. Zella lapar. Nak makan.” Akhirnya Zella terduduk akibat penat bergelak-ketawa. Vanessa duduk di tepi adiknya.

Tunggu ibu dulu.” Zella garu lengan. Vanessa angkat kening.

“Ibu selalu balik pukul 10 lebih. Zella dah lapar.”

Vanessa lihat jam dinding. Pukul 4.45 petang. “Okeylah. Kita makan dulu. Jap. Tunggu akak. Akak nak mandi sekejap. Pukul 5.15 kita makan.” Vanessa terus masuk bilik. Zella menyandarkan badannya di kerusi. Dia melihat makanan yang terhidang. Kecur air liurnya, tapi dia harus menunggu kakaknya. Dia menyabarkan hatinya.

30 minit berlalu, bayangnya Vanessa langsung tidak kelihatan. Zella mencapai garfu dan sudu. Dia mengira di dalam hati. Jika kakaknya masih tidak muncul sehingga kiraan tiga, dia akan makan dahulu.

Vanessa menampar lengan adiknya apabila adiknya mahu mengambil stik. “Nak curi ke?”

“Mana ada. Kakak yang lambat keluar. Zella pula dah lapar. Kata 5.15 tapi dah 5.20. Janji tak serupa bikin.”

Kakak terleka sekejaplah. Dah jom makan. Nanti kebulur pula.” Mereka sama-sama makan makanan yang sudah tersedia.

*****

“Kakak sekolah dekat mana?” Zella bertanya. Mereka berdua sedang melepak di atas katil bilik Zella. Vanessa memandang adiknya sebelum menghalakan pandangannya ke televisyen.

“Silvery School. Nanti Zella masuklah sana.” Vanessa mengambil sekeping keropok dan memasukkannya ke dalam mulut. Matanya masih lagi memandang televisyen.

Best ke sekolah situ?” Sekeping keropok masuk ke dalam mulut Zella

Bagi akak best. Tak tahulah Zella macam mana.”

“Ada berapa banyak pelajaran dekat situ?” Zella terus bertanya.

Ada 6 pelajaran. Kalau masuk sejarah kerajaan, ada 7. Pertama, Dark Magic. Seperti yang Zella ketahui, Dark Magic merupakan magis yang paling hebat dan kuat. Kedua, Fairy Magic. Magis yang kedua kuat. Tapi magis ni masih mampu melawan magis hitam. Lepas tu, Healing Magic. Kakak nak Zella belajar magis ni. Sangat berguna. Kalau kakak tercedera, Zella boleh tolong rawat kakak. Seperti yang Zella ketahui, sesiapa yang belajar healing magic tak boleh merawat luka sendiri sebab tu kakak nak suruh Zella belajar healing magic. Boleh rawat kakak.”

Kakak, bukan sesiapa pemakai rantai merah, biru dan hijau boleh rawat diri sendiri ke?” Vanessa tersenyum.

Memanglah. Tapi akak tetap nak Zella belajar healing magic. Zella boleh bantu kawan-kawan Zella yang tercedera. Lagi satu Zella, tak semestinya pemakai rantai biru, merah dan hijau boleh rawat luka masing-masing. Kalau masa tu, dia sakit dan penat. Mungkin susah sikit nak rawat. Lagi-lagi kalau luka dia parah.” Zella khusyuk mendengar penerangan kakaknya. Televisyen sudah ditutup oleh Vanessa. Keropok ikan berperisa masih lagi dikunyah.

“Lepas tu, Magical Water, Magical Fire dan Magical Crystal. Zella patut tahu bahawa kristal magis ada kaitan dengan magis hitam. Bukan semua kristal magis ada kaitan dengan magis hitam tapi ada satu serangan ni, dia memang ada kaitan dengan magis hitam iaitu Crystal freeze.”

Crsytal freeze?”

“Yap. Crystal freeze. Satu serangan yang punya kaitan dengan magis hitam. Crystal freeze merupakan dalam kategori cabang yang susah untuk dipelajari dan hanya pelajar tahun ketiga iaitu tahun akhir boleh mempelajari serangan tersebut.”

Bentuk serangan macam mana crystal freeze tu?” Zella mula berminat untuk mendengar penerangan kakaknya.

“Membekukan pihak lawan.” Zella kerut dahi.

Bekukan pihak lawan?” Zella bertanya dengan dahi yang sudah berlapis-lapis. Vanessa angguk kepala.
“Kalau pihak lawan dah beku, dan dia membuat serangan dekat tempat yang telah dibekukan. Tempat tersebut akan berkecai.” Vanessa menyebut perkataan berkecai dengan perlahan sekali. Zella telan air liur.

Biar betul akak? Katakan kaki yang beku, bila orang tu cuba hendak pecahkan kristal tersebut. Kaki tu pecah berkecai. Macam tu ke?” Vanessa angguk kepala. “Biar betul kakak. Habis tu macam mana nak elakkan kaki tu pecah?” Zella mula berminat.

Ada dua cara sebenarnya. Kakak cabar Zella supaya cari sendiri. Buku Secret Glose masih terbuka lagikan? Kakak bagi masa dua hari untuk cari cara untuk memecahkan kristal tanpa mengelakkan anggota badan pecah.” Zella memuncungkan mulutnya.

Alaaa.... kakak bagi tahu ajelah. Zella malaslah nak cari-cari ni.” Zella merengek. Vanessa tersenyum. “Zella dah 14 tahun. Jadi Zella kena cari sendiri. Dah besar buat gaya orang dah besar.” Vanessa usik adiknya. Adiknya itu, sewaktu 8 tahun masih lagi perangai macam budak-budak walhal dia yang berumur 9 tahun sudah berperangai seperti orang dewasa. Jadi adiknya masih tidak tahu sangat mengenai peristiwa 6 tahun lepas.

Zella mencebik, “Tahulah orang macam budak kecik. Budak tak matang. Tak payahlah nak menyindir.” Pipi Zella sudah mengembung. Merajuk barangkali.

Alaa... akak cuma usik aje. Itu pun nak emo. Tapi yang pasti, Zella kena rajin baca buku Secret Glose. Dalam tu Zella akan jumpa caranya.”

“Kenapa tak bagi tahu aje? Kenapa nak suruh Zella baca pulak?”

Bila Zella baca buku tu, secara tidak langsung, Zella akan mendapat ilmu. Banyak jenis mantera yang Zella akan dapati dan Zella boleh pratikkan masa lawan akak nanti.”

Zella lawan akak?” Vanessa angguk kepala. “Gerenti Zella kalah.” Zella menjawab.

Vanessa jeling Zella, “Hei, belum cuba belum tahu. Kakak bagi Zella masa 2 hari aje. Jangan ngada-ngada nak tambah hari.” Zella mendiamkan diri.

Zella, akak buat ni semua untuk kebaikan Zella jugak tau. Kakak bukan sengaja nak menyusahkan Zella, tapi akak harap masa Zella baca buku tu, Zella dapat banyak ilmu dan dapat mengetahui banyak mantera dan cara-cara memecahkan mantera dan sebagainya.”

Tapi kenapa Zella kena lawan kakak?” Satu pertanyaan tercetus dari mulut Zella. Vanessa membuang pandangan keluar tingkap.

“Musuh kita semakin hari semakin bertambah Zella. Lagi kuat daripada Zella, daripada kakak. Jadi kakak nak latih Zella.” Zella mengeluh.

Kenapa musuh kita akan bertambah? Dia orang semua nak apa sebenarnya?”

Vanessa ketap bibir, “Mati.”

Zella kerut dahi, “Mati?”

Dia orang semua nak kita mati, nak hapuskan keturunan kita. Selain itu, mereka nak mengumpulkan tiga jenis rantai dan cincin dan mereka hendakkan buku Secret Glose. Buku warisan kita. Buku yang paling hebat dan berkuasa. Zella nak bagi semua tu dekat musuh kita ke?” Vanessa menyoal Zella. Zella tersentak seraya menggeleng kepala perlahan.

Kakak, sebenarnya buku Secret Glose tu pernah tertutup dan dililit selepas kakak pergi tapi beberapa hari lepas buku tu terbuka.” Perlahan suara Zella memberitahu kakaknya. Vanessa memandang Zella dengan rasa yang tidak percaya.

“Macam mana boleh tertutup dan macam mana boleh terbuka?”

Zella masa tu penat sangat lepas baca buku tu. Zella tak sedar yang Zella tutup buku tu. Sepantas kilat buku tu kena lilit. Zella cuba untuk buka tapi tak berjaya. Akhirnya Zella masukkan buku tu dalam almari bawah sekali. Beberapa hari lepas, Zella nak cuba pecahkan lilitan tu. Zella letak buku tu dekat atas meja. Masa Zella cuba nak pecahkan lilitan tu, ibu panggil turun bawah. Zella tinggalkan buku tu dalam bilik and then, masa Zella masuk bilik, buku tu dah terbuka.”

“Dalam bilik ada sesiapa tak masa tu?” Zella geleng kepala.

“Kitty?” Zella angkat kepala.

“Kakak, Kitty hanya seekor kucing peliharaan Zella.”

“Tapi mungkin Kitty kunci kepada buku tu. Kita tak akan tahu selagi tak mencuba,”

“Tapi kakak, Kitty tak ada keistimewaan apa-apa. Hanya seekor kucing aje.”

“Dia mungkin seperti kucing biasa tapi dia juga mungkin kunci kepada buku tu.”

Tapi kakak, tak mungkin Kitty.”

Okey. Kita berhenti cakap pasal Kitty. Sekarang, akak nak Zella baca buku tu. Ingat Zella, dua hari aje. Kalau...” Vanessa berhenti bercakap apabila terdengar suara ibu mereka.

“Ibu dah baliklah, jom buat kejutan.” Zella sudah membuat sengihan panjang. Vanessa angkat kening.

Zella keluar dari biliknya dan pergi ke arah ibunya. “Ibu, Zella ada kejutan untuk ibu. Ibu mesti suka.” Zella menarik tangan ibunya.

“Mana kejutannya? Dekat mana?”

“Adalah.. Jom ikut Zella dulu,” mereka menuju ke bilik Zella. Zella menarik tangan ibunya masuk ke dalam biliknya yang gelap.

“Kenapa tak buka lampu Zella? Susah ibu nak jalan.”

Nama pun kejutan, tak kanlah nak buka lampu.” Vanessa menjawab. Mak Cik Gin terpana. Suara tu, macam suara... Vanessa. Desis hati Mak Cik Gin.

“Urmm.. Zella kenapa suara kamu tiba-tiba berubah?”

“Itu bukan suara Zella, bu.” Serentak itu, lampu terpasang. Mak Cik Gin tergamam.

“Vanessa!” Vanessa meluru ke arah Mak Cik Gin dan memeluknya erat.

“ Vanessa rindu ibu.”

Ibu pun sama. Bila balik?” Mak Cik Gin meleraikan pelukannya dan memegang bahu Vanessa. Erat.

“Petang tadi.” Zella memerhatikan dua beranak itu. Dia tersenyum gembira.

“Dah makan ke? Kalau tak ibu masakkan,”

Eh.. tak payahlah bu, Vanessa baru aje makan dengan adik tadi.”

Betul ni?” Vanessa angguk pantas.

“Okeylah, besok pagi kita bersembang. Ibu nak rehatkan badan. Kamu berdua masuk tidur cepat. Esok aje sembang.”

Okey ibu!” Balas mereka hampir serentak. Mak Cik Gin berlalu dari situ. Vanessa dan Zella memerhatikan ibu mereka sehingga kelibat ibu mereka hilang di balik pintu.

Akak masuk tidur dulu. Good night!” Zella angguk kepala.

Good night jugak!”

*****

p/s : Yeah thank again for reading. Really appreciate it ^^

Sunday, July 21, 2013

RUMAH FANTASI DI GROUP FACEBOOK



AS SALAM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA

SEMUA PENGHUNI RUMAH FANTASI DIJEMPUT MENGANGGOTAI 
GROUP RUMAH FANTASI
 DI FACEBOOK

https://www.facebook.com/groups/161660914017173/

Post link karya anda di sana.

Ayuh meriahkan persada penulisan fantasi!

Friday, February 22, 2013

Revenge 16 : The Truth (part 2)




Revenge 16 : The Truth (part 2)


“Aku sebenarnya anak kepada Raja Edward dan Permaisuri Elit. Selama ni, aku sembunyikan identiti aku supaya tiada siapa yang akan kenal aku. Kau orang tahukan, kita ada belajar sejarah kerajaan bukan. Dekat dalam buku tu, memang ada tulis nama Fairy Kingdom dan segala sejarah mengenainya.” Monica sudah garu kepala. Vanessa angkat kening. “Aku tak tahulah kalau kau orang tak baca buku History of Kingdoms.” Sambung Vanessa apabila melihat reaksi Monica. Monica tersengih.

Sejarah Kerajaan adalah subjek yang sangat tidak disukai oleh para pelajar kerana mereka terpaksa menghafal dan membaca sejarah kerajaan-kerajaan yang terdapat pada masa kini. Subjek tersebut di ajar dua minggu sekali dan hanya sekejap sahaja. Hanya segelintir pelajar yang menyukai subjek tersebut.

“Aku ada baca. Dalam buku tu ada tercatat bahawa ada ramalan yang mengatakan keturunan yang ke-11 Dark Kingdom akan berkahwin dengan keturunan yang ke-11 Fairy Kingdom.” Tiara bersuara.

Vanessa angkat bahu, “Aku tak beberapa pasti pasal ramalan tu dan aku pun tak tahu aku keturunan yang ke berapa. Tapi aku tak percaya pasal ramalan tu.”

“Kenapa kau berkawan dengan Argon?” Danny menyoal tiba-tiba. Vanessa tersentak. Dia menghela nafas panjang sebelum menjawab soalan tersebut. “Rantai.” Ringkas sahaja jawapan Vanessa. “Aku nak rantai yang selalu tergantung dileher Argon. Disebabkan rantai tu, aku berkawan dengan Argon. Hanya disebabkan rantai tu.”

“Kenapa kau nak rantai tu?” Slyer menyoal dengan nada ingin tahu. Mereka semua masih berada di bilik bawah tanah. Danny sudah berjaya dikeluarkan dari kristal tersebut dengan jayanya. Vanessalah orang yang paling gembira apabila Danny mula sedar.

“Rantai tu milik ayahanda aku. Aku hanya mahu hak aku balik. Aku kawan dengan Argon supaya aku boleh minta rantai tu dari Argon.”

Then, kenapa kau bunuh Argon?” Vanessa memandang Tiara sebelum beralih ke muka kawan-kawannya yang lain.

“Aku bukan sengaja bunuh dia tapi aku terpaksa. Aku dah minta cara baik tapi dia berdegil dan dia pernah beritahu aku yang dia hendak membunuh seseorang. Disebabkan itu, ayahanda dan bondanya menyuruh dia bersekolah di sini. Supaya dia boleh bunuh orang tu.” Peristiwa tersebut berputar di ingatan Vanessa.

“ .... dan bila saya semakin membesar, ayahanda dan bonda hantar saya ke sini supaya saya belajar magis hitam dengan lebih mendalam dan juga untuk saya bunuh seseorang.” Zappp.... Lagi sekali Vanessa terpana. Suara Argon sedikit keras apabila menyebut ayat “untuk saya bunuh seseorang.”

Vanessa mengeluh sendirian. “Kalau dia berdegil pun kenapa kau bunuh dia, Vanessa? Kau tahukan dia sayang gila dekat kau.” Monica menderam kegeraman.

Vanessa geleng kepala, “Kau orang semua ingat dia sayang aku. Aku pun ingat dia sayang aku tapi sebenarnya tak. Dia sayang aku sebab dia tidak tahu siapa aku sebenarnya. Kalau dia tahu, mesti dia akan bunuh aku awal-awal lagi.”

“Kenapa kau cakap macam tu?” Tiara memandang Vanessa dengan tanda tanya. Semua mata menumpu ke muka Vanessa. Vanessa pandang lantai dan mengeratkan lagi pelukan di lututnya.

“Dia kata dekat aku yang dia nak bunuh anak Permaisuri Elit. Itulah sebab utama dia belajar di sini.” Semua yang berada di situ tersentak.

“Oleh sebab itu, aku mengambil keputusan untuk bunuh dia, sebelum dia bunuh aku. Dia pada mulanya tak percaya bila aku kata aku nak bunuh dia kalau dia tak bagi aku rantai biru tu. Lepas tu, dia tanya aku kenapa aku berubah. Aku kata yang dia tak sayangkan aku, tak cintakan aku. Dia nafikan. Bila aku kata aku adalah orang yang dia nak bunuh dia tak percaya dan masih menyatakan sayang pada aku. Tapi akhirnya dia percaya dan kita orang bertarung sehinggalah dia mati.”

“Urmm... Vanessa.. apa maksud kau dengan peristiwa 6 tahun dahulu? Aku dengar kau kata dekat Frank.” Monica bertanya.

“Kau memang tak baca buku sejarah kerajaan ke?” Slyer menyoal Monica. Monica memuncungkan mulutnya.

“6 tahun lalu, Fairy Kingdom dan Dark Kingdom bertarung. Kejadian tersebut mengambil tempat di Fairy Kingdom. Helis (askar-askar Fairy Kingdom) bertarung dengan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kerajaan mereka. Perkampungan di Fairy Kingdom turut musnah. Ramai rakyat jelata yang hanya menguasai magis yang lemah cuba untuk menyelamatkan kerajaan mereka turut terkorban. Pertarungan tersebut berlaku selama dua hari. Semua kerajaan terkejut apabila kerajaan Fairy dapat dikalahkan selama dua hari. Ada orang kata bahawa ada pengkhianat di dalam istana Fairy. Anak-anak Permaisuri Elit dikatakan hilang apabila pertarungan tersebut tamat dan Permaisuri Elit mati dibunuh. Tapi sekarang, sejak ada pemerintah baru, kerajaan Fairy mula aman. Tiada lagi gangguan musuh. Itu ajelah yang aku tahu.” Slyer memandang Vanessa. Kelihatan air jernih mengalir turun di wajah Vanessa. Vanessa ketap gigi menahan sebak.

Vanessa geleng kepala, “Aku tak tahu sangat pasal tu semua. Yang aku tahu, bonda aku masih hidup.” Vanessa tahan sendunya. “Aku nak sangat jumpa bonda aku semula. Tapi, aku tak tahu dekat mana hendak mencarinya.” Air mata mengalir perlahan. Vanessa hanya membiarkan. Suasana sepi menemani mereka berlima.

“Danny, macam mana kau boleh kena bekukan?” Vanessa memecah suasana sunyi yang menyelubungi mereka semua. 4 pasang mata beralih ke muka Danny.

“Aku dapat surat layang. Dalam tu tulis ada orang nak jumpa aku. Aku pun apa lagi, pergi ajelah. Mana tahu jadi macam ni.”

“Itulah lain kali berhati-hati. Frank ke yang bekukan kau?” Slyer bertanya.

Danny geleng kepala. “Henry,” Balas Danny pendek. Vanessa tiba-tiba menumbuk lantai. Semua orang terkejut.

“Macam mana aku boleh lupa nak cari Henry. Aku rasa baik mulai sekarang kita berhati-hati. Aku takut nanti ada perkara buruk terjadi.” Vanessa meluahkan pendapatnya. Slyer angguk tanda setuju.

“Kenapa dengan Henry?” Monica bertanya. Vanessa pandang Monica.

“Monica, sebenarnya Henry, Frank dan Mony berasal dari Dark Kingdom dan mereka bertiga yang mengetuai kumpulan Dark Devils. Mereka juga yang menyuruh Jasmen mencari vasperin. Jasmen mengambil jalan mudah dengan menyuruh kita pergi mencari vasperin. Maksud aku, menyuruh kau cari vasperin dan kau minta tolong kita orang. Aku masih tak dapat tangkap kenapa mereka tak cari vasperin dekat tempat mereka dan kenapa mereka perlukan vasperin.” Monica terpana. “Dan apa yang menyebabkan mereka berempat datang ke sini. Aku tak rasa sebab dia orang nak bunuh Argon,” Vanessa senyap sesaat. “... atau memang dia orang nak bunuh Argon?” Vanessa memikirkan apa yang dia cakap sebentar tadi. Dia tidak pasti betul ke tak apa yang dia cakap tadi.

Monica memproses kata-kata Vanessa. Henry? Dark Kingdom? Vasperin? “Maksud kau, Henry tu jahat ke?” Vanessa sudah menjeling tajam ke arah Monica.

“Ya wahai sayangku... Henry tu jahat. Dia tipu kau.” Vanessa sengaja menyebut perkataan “sayangku” dengan nada keras. Dia menyabarkan hatinya. Dengan Monica memang terpaksa disabarkan hatinya. Lagipun, Monica sahabatnya yang pertama.

Monica terdiam. Dia tidak tahu hendak buat reaksi bagaimana. Nak kata marah, dia tak marah. Nak kata sedih, dia tak sedih. Akhir sekali dia menyebut, “Oooo....” Sambil mengangguk-angguk kepala. Tiara angkat kening pandang Monica. Pelik melihat reaksi Monica. Slyer dan Danny sudah tenggelam dalam perbicaraan masing-masing.

“Vanessa, kau kata yang kau dekat dengan Argon sebab nak rantai dia aje. Kenapa kau tak bunuh dia terus? Kenapa kau perlu dekat dengan dia?” Tiara menyoal. Soalan tersebut asyik berlegar di dalam fikirannya.

Vanessa tarik nafas. “Aku dekat dengan Argon supaya aku boleh ambil rantai tu tanpa perlu membunuh Argon.”

“Tapi, masalahnya kau dah bunuh Argon. Kenapa dari awal kau tak bunuh dia aje?” Tiara masih menyoal.

“Sebab aku tak tahu yang dia nak bunuh aku.”

“Macam mana kau tahu dia nak bunuh kau?”

“Okey, Tiara dengar sini baik-baik. Aku cerita dari awal hingga akhir. Kau jangan menyampuk. Okey?” Tiara angguk kepala.

“Sebenarnya, aku tak nak bunuh Argon hanya disebabkan rantai biru tu. Jadi aku cuba merapatkan diri aku dengan dia supaya aku boleh pujuk dia bagi rantai tu dekat aku. Aku menyampah gila dekat dia bila dia bagi aku bunga dan macam-macam lagi. Ajak jumpa dan pegang tangan. Memang aku nak bagi dia lighting thunder, tapi disebabkan rantai biru tu aku terima ajelah apa yang dia buat. Aku pura-pura gembira dan senyum pada dia.” Monica tergelak apabila Vanessa berkata bahawa dia hendak memberi lighting thunder dekat Argon. Vanessa dan Tiara jeling Monica. Monica berhenti ketawa dan tersengih.

“Sampai satu hari, masa tiga orang budak baru tu datang, Argon ajak aku keluar. Kau orang ingatkan yang hari Argon kenyit mata dekat aku dan Monica kata sweet padahal langsung tak sweet pun.” Tiara angguk kepala. Monica tersengih buat kali kedua.

“Masa aku keluar bilik dan hendak sampai di pintu pagar besar, aku terdengar yang Mony dan Argon bertengkar pasal aku. Mony suruh Argon tinggalkan aku dan Argon tidak mahu. Argon siap bela aku bila Mony mencaci aku. Mungkin sebab dia tak dapat tahan, dia lempang Mony apabila Mony masih terus-terusan burukkan aku. Sejujur-jujurnya aku tersentuh dengan kata-kata Argon. Aku rasa bahagia walaupun aku tak suka dia. Tapi, aku cepat-cepat bunuh perasaan tu sebelum perasaan tu merebak.” Vanessa hela nafas.

“Lepas tu, kita orang keluar pergi ke suatu tempat. Argon yang bawa aku kat tempat tu. Memang cantik tempat tu. Masa dekat situ, Argon ceritakan pasal diri dia dekat aku. Aku dengar dengan penuh minat sampailah dia menyentuh mengenai peristiwa 6 tahun lepas.” Vanessa gigit bibir.

“Aku tahu yang dia nak bunuh aku apabila dia kata dia nak bunuh anak Permaisuri Elit. Masa tu, dia masih tak tahu aku anak Permaisuri Elit.” Vanessa tutup mata. “Akhirnya masa balik tu, aku buat keputusan drastik untuk membunuh Argon jika Argon tak bagi aku rantai dia. Dan aku juga tak akan bagi tahu siapa diri aku supaya dia tak tahu.” Vanessa mematah-matahkan jarinya.

“Masa kita pergi Kampung Renta, aku suruh Argon jumpa aku. Yang masa tu aku suruh kau orang balik awal.” Tiara dan Monica mendengar dengan penuh khusyuk. “Aku kata dengan Argon dengan baik agar bagi aku rantai tu. Tapi Argon tak nak bagi sebab yang tu rantai pusaka. Dia berkeras tidak mahu bagi. Dia kata dia boleh bagi benda lain selain daripada rantai biru tu. Aku ubah soalan. Aku tanya dia siapa yang dia nak bunuh dan dia jawab anak kerajaan Fairy. Aku sengaja tanya untuk pastikan tekaan aku tepat. Lepas dia kata macam itu, aku terus menggunakan bahasa kasar. Argon tersentak. Dia tidak percaya yang itu aku. Dia ingatkan aku kena rasuk dan sebagainya. Aku terlepas cakap dan kita orang mula bertarung dan aku menang.” Monica tepuk tangan selepas cerita Vanessa habis. Tiara ketuk kepala Monica. Monica menggosok tempat yang kena ketuk. Dia menjeling Tiara. Tiara buat tak nampak.

“Oh, macam tu cerita dia.” Suara Danny kedengaran. Vanessa pandang belakang.

“Kau orang dengar ke cerita yang aku ceritakan tadi?” Slyer angguk kepala. “Tadi bukan kau orang sibuk bercerita pasal hal masing-masing ke?” Vanessa perli.

“Bila kau bercerita, aku sanggup dengar walaupun aku tak nak.” Slyer membalas selamba.

“Apa-apa ajelah.” Vanessa malas bertekak.

“Oh ya, macam mana kau orang boleh tahu di mana aku berada tempoh hari?” Vanessa pandang Monica dan Tiara.

“Kita orang pasang pengesan dekat kau sebab kau kata nak jumpa Argon. Mestilah kita orang nak tengok,” Tiara menjawab dengan selamba. “Dari situ, kita orang jejak kau.” Vanessa sudah jeling Tiara dan Monica.

“Kau tahu tak, aku masih fikir pasal The Four. Siapalah yang baik hati pergi sumpah The Four tu.” Tiara bersuara selepas mendiamkan diri beberapa minit.

“Sebenarnya aku yang sumpah dia orang. Padan muka dia orang berempat. Siapa suruh cari pasal lagi.” Vanessa memecahkan rahsia sendiri. Tiara dan Monica membuntangkan mata mereka.

“Kau?” Jari telunjuk Tiara tetap-tepat kena batang hidung Vanessa. Vanessa tepis jari Tiara.

“Yap.. untuk bagi pengajaran pada mereka berempat. Tak salah, bukan?” Ujar Vanessa.

“Memang tak salah. Bagus-bagus. Aku teringat kejadian yang memaksa mereka berempat merendahkan ego dan harga diri mereka. Memang kelakar. Ramai pelajar yang suka bila mereka berempat sujud di kaki warga sekolah.” Tiara membayangkan kejadian tersebut. Ada segaris senyuman di bibirnya. Begitu juga Monica. Danny dan Slyer sudah hilang entah ke mana. Explore tempat ni barang kali.

----------------------------------------------------------------------------------------------

p/s : Sorry late. Chapter 18 belum habis lagi tulis. Taktawlah bila boleh habiskan lagi... btw, thank baca and comment... ^^