Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Wednesday, December 14, 2011

Phase 12 : Pitiful Revenge


Phase 12 : Pitiful Revenge

MORGAN akhirnya tersungkur di bawah pokok besar itu setelah jauh berlari. Dia yang sudah setahun tidak menitiskan airmata, menangis pada hari itu. Berita yang baru saja diterimanya benar-benar menakutkan dia dan dia tidak percaya. Dia seorang dewi? Tidak mungkin, langsung tidak masuk akal. Bagaimana dewi boleh hidup dalam tubuh seorang manusia?
“Morgan…”
Morgan segera tersentak lalu lantas bangkit dan memandang sekeliling, mencari pemilik si pemanggil itu.
“Ini Katana. Kau mesti balik sekarang Morgan. Tidak selamat untuk kau berkeliaran diluar,” ujar Katana seakan memberi amaran kepada Morgan.
“Aku tidak ingin melarikan diri lagi, Katana. Maafkan aku, tolong jaga bonda dengan ayahanda,”
Selesai menamatkan ayatnya, dia terus menutup rapat matanya dan sesaat kemudian tiada lagi suara Katana kedengaran. Dia sudah memasang benteng telepati dia dengan Katana. Kemudian dia pun melangkah, dia harus segera sampai ke pintu gerbang Dunia Orang Mati. Dia tahu, hanya Katana seorang yang mampu membuka gerbang tersebut, tapi dia akan mencuba sedaya-upayanya untuk membuka gerbang tersebut.
“Krak!”
Morgan segera berpaling sebaik saja terdengar bunyi ranting kayu patah. Wajahnya mula berkerut.
“Katana?” panggilnya.
“Morgan La Fae, Puteri Tunggal negara Bloodsilver,” tiba-tiba satu suara garau seakan suara raksasa kedengaran.
Morgan pantas berundur beberapa tapak sebaik saja dia melihat seekor raksasa berketinggian 10 kaki berwarna kelabu dengan jalur-jalur hitam ditubuhnya, keluar dari semak samun. Tanduknya yang panjang lagi lebar itu menambahkan ketakutan yang ada dalam hati Morgan.
“Syaitan! Bagaimana syaitan boleh muncul didunia ini?” Morgan terus menghunus pedanganya. Kelihatan kedua-dua tangannya sudah menggeletar berhadapan dengan makhluk itu.
“Pedang tidak akan mencederakan aku, Morgan. Kau sepatutnya lebih tahu,” kata raksasa itu sambil melangkah ke hadapan dengan kakinya yang seakan kaki kuda itu. Seluruh tubuhnya dipenuhi dengan kepala tengkorak berwarna putih.
Dahi Morgan berkerut. “Aku tidak faham,”
“Bukankah penjaga gerbang ini sudah pun mendedahkan identity sebenar kau sebagai Dewi maut?”
Mata Morgan terbelik mendengar kata-kata makhluk itu.
“Bagaimana kau tahu, syaitan?!” tengking Morgan, seakan sudah hilang sabar dengan makhluk itu.
Makhluk kelabu itu menggelengkan kepala. “Dewi wujud, syaitan juga wujud Morgan. Kita tidak boleh dipisahkan,”
“Mengarut! Berhenti membebel! Mampus kau!” tidak semena-mena, tanpa berfikir lebih panjang lagi Morgan terus meluru sambil memancung tubuh syaitan itu namun, pergerakan makhluk itu lebih pantas daripada yang dijangkakan. Sekelip mata saja, makhluk kelabu itu sudah berada dibelakang Morgan dan serentak itu dia memukul belakang Morgan sehinggakan dia terhumban ke batang pokok yang besar.
Morgan mengerang kesakitan. Pedang yang ada ditangannya sudah terpelanting jauh ke semak-samun. Morgan menghadap belakang lalu bersandar. Tangan kirinya yang terasa sakit sekali itu dipegang kuat.
“Kau masih lemah Morgan. Kau tiada kekuatan tapi aku ada. Dengan itu bersedialah berhadapan dengan maut!”
Lumina grevă!”
Belum sempat makhluk kelabu itu mahu menyerang Morgan, satu cahaya lembing yang berwarna kuning menusuk ke perutnya membuatkan ia rebah atas tanah.
”Morgan!” Katana segera mendapatkan Morgan lalu menyembuhkan tangan kiri Morgan yang patah tadi.
”Kuasa sihir kau sudah tidak berkesan lagi dengan aku, Katana! Kita akan berjumpa lagi,” walaupun lembing cahaya itu  sudah menembusi tubuhnya, makhluk itu masih lagi boleh berdiri dengan gagah. Sesaat kemudian, ia lenyap begitu saja.
Katana agak terkejut dengan kemampuan syaitan itu bangkit selepas menerima serangan terkuatnya tadi. Tiada syaitan yang mampu bangkit setelah terkena serangan itu. Melainkan...
”Kenapa Katana?” soal Morgan membuatkan Katana segera tersentak.
”Tiada apa-apa, kita harus pergi dari sini,” kata Katana lantas memapah Morgan untuk bangkit.
Morgan hanya mengangguk. Beberapa langkah ke hadapan, Katana dan Morgan serentak lesap dimakan angin taufan hasil daripada mantra yang Katana ciptakan. Disebabkan keadaan Morgan yang masih parah, dia terpaksa menggunakan sihir untuk pulang ke rumah mereka.


*****

            “BAGAIMANA dengan keadaan dia Katana?” soal Permaisuri Flora sebaik saja Katan keluar dari bilik Morgan.
            Katana melap tangannya yang basah dengan tuala putih ditangannya kemudian dia pun menghampiri mejanya. Raja Arcana dan Permaisuri Flora membuntuti.
            “Keadaan dia sudah stabil, permaiusri. Cuma dia perlukan rehat untuk beberapa hari. Saya sudah hilangan rasa sakitnya, buat masa sekarang dia tidak akan rasa apa-apa,”
            “Macam mana dia boleh cedera teruk begini Katana?” soal Raja Arcana pula.
            Katana merenung wajah lelaki itu. Hatinya terasa berat untuk memberitahu hal yang sebenarnya bahawa Morgan bertembung dengan syaitan di dunia itu. Tapi dia tetap harus membuat pilihan, manis atau pahit mereka harus menelannya. Kemunculan syaitan dunia itu telah merosakkan keseimbangan dunia tersebut. Ini bermakna mereka harus memuat sesuatu agar dapat menghantar syaitan itu keluar semula dari dunia itu.
            “Raja Arcana, mungkin apa yang akan saya sampiakan ini akan membuatkan kamu berdua terkejut tapi kita harus buat sesuatu,” kata Katana dengan berat hatinya.
            Permaisuri Flora memandang Raja Arcana.
            “Apa dia Katana?”
            “Morgan diserang oleh syaitan bertaraf Q, ini bermakna syaitan itu adalah syaitan yang paling kuat antara semua syaitan. Syaitan itu tidak dapat dicederakan sama sekali. Nasib baik saya sampai lebih awal, kalau tidak mungkin…” Katana tidak meneruskan kata-katanya, berharap agar Raja Arcana dan Permaisuri faham dengan maksudnya sendiri.
            “Syaitan bertaraf Q dan tidak boleh dicederakan sama sekali? Adakah syaitan ini yang dimaksudkan oleh Lady Sarakiel?” soal Raja Arcana, wajahnya berkerut tidak percaya.
            “Siapa Lady Sarakiel, kanda?” tanya Permaisuri Flora pula.
            “Lady Sarakiel adalah ahli sihir yang pertama dan juga yang asal. Dia telah meramal masa depan dimana syaitan bertaraf Q akan muncul dibumi bersama anak-anak buahnya. Banyak cara yang telah kami lakukan agar kejadian ini dapat dielakkan, tetapi satu-persatu petanda muncul menunjukkan yang masa depan tidak dapat dielakan sama sekali,” terang Katana.
            “Jadi bagaimana kita nak kalahkan syaitan itu sedangkan dia tidak boleh disederakan langsung?” soal Permisuri Flora lagi.
            Katana menarik nafas dalam, lalu dihembus berat sekali.
            “Kita harus membawa syaitan itu keluar dari Dunia Orang Mati ini,”
            “Bagaimana?” soal Raja Arcana ingin tahu.
            Katana terdiam. Sanggupkah dia memberitahu perihal rancangannya?
            “Apa dia Katana?”
            “Dengan mengumpan dia,”
            “Dengan apa?”
            “Dengan Morgan. Umpan dia dengan Morgan,”
            Raja Arcana dan Permaisuri Flora tersentak hebat. Anak perempuan mereka satu-satunya dijadikan umpan untuk membawa syaitan itu keluar? Itu adalah perkara yang mustahil.

********************************
P/s : sorry pada siapa2 yang menunggu sambungannya, hari ini saya upload. Hehe..nak mengubati kerinduan saya pada VC. Enjoy!
           

Tuesday, December 13, 2011

Revenge 12 : The Lakelion (part 3)


Revenge 12 : The Lakelion (part 3)



Vanessa memegang lengannya yang tercedera. Dia mengetap gigi. Makhluk dihadapannya dipandang tajam. Monica dan Tiara sedang berlawan di sebelah kanannya manakala Slyer dan Danny sedang berlawan di sebelah kiri. Makhluk yang mereka lawan begitu hebat sekali. Makhluk-makhluk tersebut menyerang secara berkumpulan. Kesemua makhluk yang berbadan kecil itu dibilang oleh Vanessa. Kesemuanya ada 20! Vanessa memandang empat makhluk kecil itu di hadapannya. Makhluk kecil ini dinamakan Frewk.

Makhluk tersebut menjelir-jelir lidahnya. Vanessa ketap bibir. Dia tidak tahu sama ada mahu membunuh Frewk  menggunakan magis hitam atau tidak. Semua kawannya menggunakan magis hitam kecuali dia yang menggunakan magis kristal. Akhirnya dia mendapat akal. Dia berlari masuk ke dalam hutan yang jauh sedikit dari kawan-kawannya yang lain. Frewk mengikutnya dari belakang. Vanessa mengukirkan senyuman sinis. Nampaknya Frewk itu sudah masuk perangkap. Sampai sahaja di tempat yang dirasakan sesuai, Vanessa menggunakan magis hitam yang paling kuat.

Vanessa berdiri di tengah-tengah Frewk. Dia mendepangkan tangannya seolah-olah memberi Frewk mengerjakan tubuhnya. Tiba-tiba, satu cahaya hitam keluar dari celah jari Vanessa dan menikam empat Frewk sekaligus. Frewk tersebut sudah hilang. Vanessa terduduk kepenatan. Magis hitam yang digunakan memang bukan dibuat main. Dia menggenggam tangannya mengumpulkan semangat kembali. Sakit di lengan semakin mencucuk. Vanessa tersedar. Serbuk kristal! Ya. Serbuk kristal. Vanessa cepat-cepat menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan seuncang serbuk kristal. Serbuk tersebut diletak di atas lengan yang tercedera.

Sebelum itu, dia sempat menjampi serbuk tersebut. Lengannya berasa sejuk. Kesakitan yang dirasai mula menghilang sedikit. Air berwarna hitam mengalir keluar dari luka yang terdapat di lengannya. Air tersebut menitik ke tanah akhirnya. Setelah beberapa minit berlalu, Vanessa bangkit. Kesakitan sudah tidak dirasai lagi. Dia hendak membuka langkah tetapi tidak jadi apabila melihat sesuatu yang menarik perhatiannya. Vasperin. Vanessa memandang tumbuhan tersebut. Dia pasti tumbuhan tersebut pasti ada makhluk mengawalnya.

Tetapi apabila difikir-fikir semula. Tidak mungkin tumbuhan itu ada makhuk yang mengawalnya kerana tumbuhan tersebut jarang ditemui di sini. Vanessa memasang reflection di badannya. Reflection bertujuan untuk memperterbalikkan pantulan magis atau jampi ke arah tuannya sendiri. Reflection termasuk dalam magis hitam, iaitu pelajaran cabang ketiga. Cabang yang susah sekali.

Vanessa berjalan menghampiri Vasperin. Dia memetik tumbuhan itu dan memasukkannya ke dalam uncang serbuk kristal. Selepas itu dia berlalu pergi dari situ. Setelah hampir sampai ditempat kawan-kawannya dia membuang reflection yang dipasang sebentar tadi. Vanessa melangkah menuju ke arah Monica yang sedang mengubati Tiara. Frewk sudah tidak kelihatan lagi di sekeliling mereka. Slyer pula sedang mengubati Danny. Vanessa berjalan mendekati mereka berempat. Uncang serbuk kristal dikeluarkan. Diletakkan serbuk kristal tersebut di tapak tangannya dan dijampinya. Serbuk tersebut dilumur di tubuh Tiara yang tercedera. Kemudian, Vanessa melumur serbuk tersebut di tubuh Danny yang tercedera. Vanessa ketap bibir. Entah kenapa jantungnya berdebar dengan laju apabila melumur serbuk kristal tersebut di tubuh Danny yang tercedera. Slyer dan Monica merawat antara satu sama lain. Tubuh Danny yang paling banyak kesan luka.

“Kau orang, semua tumbuhan kita dah dapatkan? Jom kita balik. Lagipun semua sudah penat.” Vanessa memberi cadangan. Malam ini memang malam yang mencabar. Satu malam yang menggunakan magis yang banyak sehingga terasa penat.

“Belum.. Satu lagi tumbuhan tinggal. Vasperin.” Danny tersekat-sekat untuk berkata-kata. Monica angguk kepala menyokong. Tiara dan Slyer diam sahaja.

“Kita tak mungkin dapat cari tumbuhan tu. Itu mustahil.” Vanessa bersuara keras.

“Apa maksud kau? Kenapa mustahil?” Danny menyoal dalam keadaan yang masih tercungap-cungap.

“Tumbuhan tu bukan di sini habitatnya. Aku pun sebenarnya pelik bila Monica menunjukkan senarai tumbuhan yang perlu di cari sebab Vasperin habitatnya bukan di sini,” Slyer menyampuk percakapan Vanessa dan Danny. Danny kalih pandangannya dari memandang tanah ke muka Slyer.

“Habis tu dekat mana habitat tumbuhan tu? Hutan mana?” Monica menyoal. Danny memandang Slyer dan Vanessa bergilir-gilir. Tiara masih lagi kepenatan.

Dark Forest.” Slyer dan Vanessa menjawab serentak.

“Hutan tu ada dekat Dark Kingdom.” Slyer menyambung. Vanessa mengangguk kepala.

“Habis tu kenapa Encik Jaston suruh aku cari Vasperin kalau tumbuhan tu tak ada dekat sini?” Monica menyoal.

“Aku pun tak tahu kenapa. Tapi permintaan Encik Jaston menyuruh kau mencari Vasperin padahal kau kata dia nak buat healing potions memang tak masuk akal.” Vanessa bersuara.

“Kau pun fikir sama macam aku ke Vellina?” Slyer menyoal Vanessa. Semua orang memandang Slyer begitu juga Vanessa.

“Aku tahu kenapa kau rasa tak masuk akal bila Encik Jaston suruh Monica cari Vasperin. Sebab Vasperin tidak dimasukkan di dalam healing potions bukan?” Slyer menyambung kata selepas beberapa saat mendiamkan dirinya.

“A’ah. Vasperin tidak di masukkan ke dalam healing potions dan Vasperin bukan digunakan di dalam magis penyembuh.” Vanessa menjawab dan memberi penjelasan. Yang lain terdiam mendengar kata-kata Vanessa. Slyer tersenyum.

“Aku ingatkan aku seorang aje tahu. Tak sangka ada juga orang lain yang tahu.” Ujar Slyer.

“Jadi, Vasperin digunakan dalam apa?” Monica bertanya. Tiara dan Danny menunggu penuh
sabar mendengar jawapan yang akan keluar dari mulut Vanessa mahupun Slyer.

Slyer hela nafas. Vanessa gigit bibir. “Untuk buat dark potions.” Slyer menjawab. “dan digunakan dalam magis hitam sahaja,” sambung Vanessa. Yang lain terdiam.

“Habis tu kenapa cikgu Jaston nak Vasperin?” Tiara mula bersuara setelah agak lama mendiamkan diri. Vanessa angkat bahu.

“Kalau kau nak tahu, kita siasatlah pasal dia. Mungkin dia cuba nak buat sesuatu.” Slyer memberi cadangan.

“Dah. Kita bincang lepas balik sekolah nanti. Sekarang kita kena keluar dari sini. Sekarang dah nak pukul 5 pagi. Pukul 8 pagi nanti ada kelas.” Vanessa mengajak kawan-kawannya balik sekolah. Semua bangkit dari duduk dan mula berjalan menuju ke selatan. Dalam masa itu, Vanessa memasang reflection lagi sekali tetapi bukan ke atas dirinya sahaja. Dia memasangkan ke atas kawan-kawannya juga. Menghindar daripada terkena serangan.

*****

“Macam mana Monica? Apa yang cikgu Jaston kata? Macam mana reaksi dia?” Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Tiara. Dia sudah tidak sabar-sabar nak tahu.

“Wajah dia macam tak puas hati sebab aku kata aku tak jumpa Vasperin tu. Lepas tu, dia kata dia nak suruh aku cari tumbuh-tumbuhan lain pula. Aku tolak sebab aku kata nyawa aku hampir terancam kerana cari tumbuh-tumbahan tu semua. Lepas tu dia tanya lagi. Siapa yang tolong aku. Aku jawab kawan-kawan saya cikgu. Lepas tu, cikgu Jaston suruh aku keluar.” Terang Monica panjang lebar.

“Aku rasa lepas ni mesti dia suruh salah sorang daripada kau orang tolong dia.” Sambung Monica.

“Baguslah. Lagi senang kita nak tahu apa yang dia nak buat dengan bahan-bahan tu semua.” Slyer berkata. Semua di situ tercengang kecuali Vanessa yang tarik senyum mendengar kata-kata Slyer.

“Kau kenapa senyum Vellina? Kau faham ke maksud Slyer?” Tiara bertanya. Vanessa angguk sekali.

“Kalau cikgu tu suruh kita cari barang-barang tu semua kita boleh tanya macam-macam benda dekat dia. Kalau dia terlepas cakap, kita boleh tahu apa yangdia nak buat dengan bahan-bahan tersebut.” Vanessa terang apa yang dia rasa.

“Betul tu kata Vellina.” Slyer menunjukan thumbs up pada Vanessa. Vanessa senyum.

“Kau orang ni memang satu hati betul. Boleh jadi pasangan yang ideal.” Usik Monica. Vanessa dan Slyer buat bodoh. Muka Danny dan Tiara berubah.

“Hai Vellina..” Satu suara menegur Vanessa. Vanessa pusing kepala. Argon muncul di belakangnya dengan sejambak bunga. Vanessa meluat melihat Argon tapi di paksa diri untuk senyum apabila melihat rantai Argon.

“Hai Argon! Apa awak buat dekat sini?” Vanessa beramah mesra dengan Argon. Dia seolah-olah teruja dengan kedatangan Argon.

“Cari Vellina. Ini sejambak bunga untuk awak.” Argon hulurkan sejambak bunga ros merah kepada Vanessa. Vanessa sambut dengan senyuman yang paling manis.

“Argon dari mana ni?” Vanessa bertanya dengan gembira.

“Dewan makan. Tadi cari Vellina dekat sana tapi tak jumpa. Dia orang kata nak Vellina dekat taman dengan kawan-kawan. Jadi Argon datanglah dekat taman ni.” Muka Danny sudah memerah. Tetapi dia cuba sorokkan.

“Kau orang, aku nak pergi dewan makan. Siapa nak ikut? Kalau tak aku gerak sekarang.” Danny bersuara.

“Eh.. aku nak ikut. Monica, Tiara kau orang nak ikut tak?” Soal Slyer.

“Mestilah nak. Vellina kita orang pergi dulu tau. Jom Tiara.” Monica terus menarik tangan Tiara. Mereka berlalu meninggalkan Argon dan Vanessa. Vanessa mengutuk tindakan mereka dalam hatinya.

“Ish.. kenapalah kau tinggalkan aku dengan mamat ni wahai kawan-kawan ku. Tak sukalah..” Vanessa merungut dalam hati tetapi senyuman masih lagi terukir di bibirnya.

“Vellina!” Vanessa kalih pandangan ke arah suara tersebut. Cikgu Jaston tengah melambai-lambai memanggilnya. Vanessa bersorak di dalam hati.

“Argon, saya pergi dulu ya. Besok kita jumpa lagi.” Vanessa terus meninggalkan Argon dan berlari anak ke arah cikgu Jaston.

p/s : Nanti masuk Revenge 13 pulak ^^

Sunday, December 11, 2011

Revenge 12 : The Lakelion (part 2)

Revenge 12 : The Lakelion (part 2)

“Okey, siapa nak masuk dulu?” Monica bertanya tetapi matanya memandang hutan yang berada di hadapan mereka semua. Hutan tersebut sungguh menakutkan kerana pelbagai suara didengari oleh mereka semua walaupun masih belum masuk hutan tersebut.

“Lelakilah masuk dulu. Antara Danny dan Slyer. So, siapa?” Vanessa beri cadangan. Akhirnya Danny angkat tangga paras dada. Dia kemudian berjalan masuk ke dalam hutan dengan pantas diikuti oleh Vanessa, Monica, Tiara dan Slyer. Tiara yang mencadangkan Slyer masuk akhir. Slyer hanya angguk tanpa kata. Bermulanya perjalanan mereka semua mencari bahan untuk healing potions. Semua yang berada di situ langsung tidak bersuara. Mereka berjalan sambil memerhatikan sekeliling mereka.

“Kau orang tahu ke rupa bahan-bahan untuk potions tu?” Pertanyaan Vanessa membuatkan Danny berhenti mengejut. Vanessa yang tidak perasan Danny berhenti terlanggarnya. Monica, Tiara dan Slyer juga turut berhenti apabila melihat Vanessa sudah terlanggar Danny.

“Kau ni, kalau nak berhenti pun berilah isyarat. Ni berhenti mengejut. Selamatlah tak sakit badan aku.” Vanessa merungut. Danny diam tanpa kata. Dia menghadap belakang dan menyuruh semua orang membuat satu bulatan.

“Macam mana rupa bahan untuk buat potions tu? Kau ada tak bawa apa-apa untuk tatapan kita orang.” Danny mula bersuara. Monica dengan cepatnya menunjukkan kertas yang terdapat senarai tumbuhan yang patut di ambil untuk membuat healing potions. Kertas tersebut diberikan kepada Danny. Danny meneliti kertas tersebut sebelum memberi kertas itu kepada Slyer. Kertas tersebut beredar dari satu tangan ke satu tangan. Tangan yang terakhir ialah tangan Vanessa. Vanessa membaca satu persatu nama-nama tumbuhan.

Vasperin?” Nama tumbuhan itu di sebut dengan nada hairan. Vanessa memalingkan mukanya ke muka Monica. “Kau nak buat healing potion kan?” Vanessa bertanya mendapatkan kepastian.

“Yalah mak cik oii.. kau tak ingat ke apa yang aku kata tadi.” Monica membalas dengan geram. Vanessa ketap bibir. “Encik Jaston ke yang bagi senarai bahan ni?” Lagi sekali Vanessa bertanya. Monica angguk kepala. Persoalan mula berlegar di kepala Vanessa.

“Kau kenapa tanya macam-macam. Ada yang pelik ke?” Slyer bertanya apabila melihat Vanessa asyik bertanya. Vanessa geleng kepala.

“Apa yang cikgu Jaston nak buat sebenarnya. Vasperin bukan untuk buat healing potion. Dan mustahil Vasperin boleh dijumpai di sini. Vasperin hanya boleh jumpa sekali setahun di hutan sebegini.” Hati Vanessa mula berasa tidak sedap. Kertas tersebut di tatap lama. Satu soalan mula melintas di kepala.

“Monica. Siapa yang suruh cari dalam hutan ni semua tumbuh-tumbuhan tu? Cikgu Jaston atau engkau yang sengaja cari dekat sini.” Soalan yang melintas di kepala di tanya kepada Monica.

“Cikgu Jastonlah suruh. Aku manalah tahu apa-apa. Kenapa pula?” Balasan yang diberi oleh Monica membuatkan Vanessa yakin dan pasti ada sesuatu yang dirancang oleh Cikgu Jaston. Tetapi apa dia?

“Tak ada apa-apa. Saja aje tanya.” Mereka meneruskan perjalanan. Tempat yang dirempuh semakin tebal. Pelbagai bunyi mula kedengaran kuat. Monica sudah mencengkam lengan Vanessa. Vanessa hanya membiarkan. Matanya masih lagi mencari-cari jikalau Vasperin berada di situ. Dia harus menjumpai Vasperin sebelum kawan-kawannya menjumpainya.

“Wei, itu Gasthonkan?” Suara Tiara memecah kesepian. Vanessa dan kawan-kawannya memandang ke arah yang di tunjukkan oleh Tiara.

“A’ah. Itu Gasthon. Cepatlah pergi ambil Danny.” Monica sudah memberi arahan.

Pelik. Memang pelik. The Lakelion adalah tempat yang merbahaya. Jadi mengapa? Mengapa langsung tiada bahaya yang muncul? Something is fishy here. Vanessa bermonolog sendirian. Matanya melingas ke kanan dan ke kiri. Dia memandang sekitar dengan perasaan was-was. Akhirnya, matanya menjatuhkan pandangan ke Gasthon. Tiba-tiba, dia perasan sesuatu. Ada cahaya di belakang pokok yang berada dekat dengan Gasthon. Vanessa dengan pantasnya berlari ke arah Danny dan menolak Danny ke tepi.

Elishingo zenta!” Tapak tangan Vanessa dihalakan di tempat cahaya tersebut kelihatan. Kelibat makhluk yang matanya bercahaya sebentar tadi melompat tinggi supaya tidak terpelanting jauh. Makhluk tersebut keluar dari tempat persembunyiannya dan mendarat cantik di hadapan mereka semua. Makhluk itu bermata satu dan badannya penuh dengan lendair yang berwarna hijau. Tingginya lebih kurang paras dada Monica.

“Makhluk apa pula tu?” Monica bersuara. Seumur hidupnya tidak pernah dia melihat makhluk seperti di hadapannya.

“Yang itu Guruy. Dia yang menjaga Gasthon. Kita kena berlawan dengan dia. Senjata dia ialah lendair yang berada di tubuh badannya. Lendair tu sangat berbahaya kerana boleh membuatkan tumpuan seseorang terganggu. Jangan bagi lendair tu terkena pada badan kita.” Vanessa menerangkan dengan panjang lebar. Selamat dia sudah habis baca buku History of Kingdom. Buku itu sedikit sebanyak membantunya seperti buku Secret Glose.

Guruy tersebut mula datang dekat dengan mereka. Vanessa ketap bibir. Dia membuat keputusan untuk membiarkan kawan-kawannya yang berlawan dengan makhluk tersebut. Dia takut jika dia berlawan dengan makhluk itu. Pasti kawan-kawannya akan mensyaki sesuatu apabila dia boleh menggunakan magis hitam.

Efornter estiagos!” Cahaya berwarna merah bergerak terus ke makhluk tersebut. Makhluk tersebut mengelak. Danny masih mencuba lagi supaya cahaya merah terkena pada badan makhluk itu. Setelah beberapa kali mencuba, cahaya tersebut terkena badan makhluk tersebut. Makhluk tersebut terpelanting jauh.

“Slyer!! Ambil Gasthon tu cepat! Kita kena gerak sekarang!” Vanessa mengarahkan Slyer mengambil tumbuhan yang dijumpai oleh Tiara sebentar tadi. Slyer berlari dengan cepat mendapatkan tumbuhan itu. Sejurus selepas itu, mereka semua meneruskan perjalanan mereka.

*****