Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Tuesday, December 13, 2011

Revenge 12 : The Lakelion (part 3)


Revenge 12 : The Lakelion (part 3)



Vanessa memegang lengannya yang tercedera. Dia mengetap gigi. Makhluk dihadapannya dipandang tajam. Monica dan Tiara sedang berlawan di sebelah kanannya manakala Slyer dan Danny sedang berlawan di sebelah kiri. Makhluk yang mereka lawan begitu hebat sekali. Makhluk-makhluk tersebut menyerang secara berkumpulan. Kesemua makhluk yang berbadan kecil itu dibilang oleh Vanessa. Kesemuanya ada 20! Vanessa memandang empat makhluk kecil itu di hadapannya. Makhluk kecil ini dinamakan Frewk.

Makhluk tersebut menjelir-jelir lidahnya. Vanessa ketap bibir. Dia tidak tahu sama ada mahu membunuh Frewk  menggunakan magis hitam atau tidak. Semua kawannya menggunakan magis hitam kecuali dia yang menggunakan magis kristal. Akhirnya dia mendapat akal. Dia berlari masuk ke dalam hutan yang jauh sedikit dari kawan-kawannya yang lain. Frewk mengikutnya dari belakang. Vanessa mengukirkan senyuman sinis. Nampaknya Frewk itu sudah masuk perangkap. Sampai sahaja di tempat yang dirasakan sesuai, Vanessa menggunakan magis hitam yang paling kuat.

Vanessa berdiri di tengah-tengah Frewk. Dia mendepangkan tangannya seolah-olah memberi Frewk mengerjakan tubuhnya. Tiba-tiba, satu cahaya hitam keluar dari celah jari Vanessa dan menikam empat Frewk sekaligus. Frewk tersebut sudah hilang. Vanessa terduduk kepenatan. Magis hitam yang digunakan memang bukan dibuat main. Dia menggenggam tangannya mengumpulkan semangat kembali. Sakit di lengan semakin mencucuk. Vanessa tersedar. Serbuk kristal! Ya. Serbuk kristal. Vanessa cepat-cepat menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan seuncang serbuk kristal. Serbuk tersebut diletak di atas lengan yang tercedera.

Sebelum itu, dia sempat menjampi serbuk tersebut. Lengannya berasa sejuk. Kesakitan yang dirasai mula menghilang sedikit. Air berwarna hitam mengalir keluar dari luka yang terdapat di lengannya. Air tersebut menitik ke tanah akhirnya. Setelah beberapa minit berlalu, Vanessa bangkit. Kesakitan sudah tidak dirasai lagi. Dia hendak membuka langkah tetapi tidak jadi apabila melihat sesuatu yang menarik perhatiannya. Vasperin. Vanessa memandang tumbuhan tersebut. Dia pasti tumbuhan tersebut pasti ada makhluk mengawalnya.

Tetapi apabila difikir-fikir semula. Tidak mungkin tumbuhan itu ada makhuk yang mengawalnya kerana tumbuhan tersebut jarang ditemui di sini. Vanessa memasang reflection di badannya. Reflection bertujuan untuk memperterbalikkan pantulan magis atau jampi ke arah tuannya sendiri. Reflection termasuk dalam magis hitam, iaitu pelajaran cabang ketiga. Cabang yang susah sekali.

Vanessa berjalan menghampiri Vasperin. Dia memetik tumbuhan itu dan memasukkannya ke dalam uncang serbuk kristal. Selepas itu dia berlalu pergi dari situ. Setelah hampir sampai ditempat kawan-kawannya dia membuang reflection yang dipasang sebentar tadi. Vanessa melangkah menuju ke arah Monica yang sedang mengubati Tiara. Frewk sudah tidak kelihatan lagi di sekeliling mereka. Slyer pula sedang mengubati Danny. Vanessa berjalan mendekati mereka berempat. Uncang serbuk kristal dikeluarkan. Diletakkan serbuk kristal tersebut di tapak tangannya dan dijampinya. Serbuk tersebut dilumur di tubuh Tiara yang tercedera. Kemudian, Vanessa melumur serbuk tersebut di tubuh Danny yang tercedera. Vanessa ketap bibir. Entah kenapa jantungnya berdebar dengan laju apabila melumur serbuk kristal tersebut di tubuh Danny yang tercedera. Slyer dan Monica merawat antara satu sama lain. Tubuh Danny yang paling banyak kesan luka.

“Kau orang, semua tumbuhan kita dah dapatkan? Jom kita balik. Lagipun semua sudah penat.” Vanessa memberi cadangan. Malam ini memang malam yang mencabar. Satu malam yang menggunakan magis yang banyak sehingga terasa penat.

“Belum.. Satu lagi tumbuhan tinggal. Vasperin.” Danny tersekat-sekat untuk berkata-kata. Monica angguk kepala menyokong. Tiara dan Slyer diam sahaja.

“Kita tak mungkin dapat cari tumbuhan tu. Itu mustahil.” Vanessa bersuara keras.

“Apa maksud kau? Kenapa mustahil?” Danny menyoal dalam keadaan yang masih tercungap-cungap.

“Tumbuhan tu bukan di sini habitatnya. Aku pun sebenarnya pelik bila Monica menunjukkan senarai tumbuhan yang perlu di cari sebab Vasperin habitatnya bukan di sini,” Slyer menyampuk percakapan Vanessa dan Danny. Danny kalih pandangannya dari memandang tanah ke muka Slyer.

“Habis tu dekat mana habitat tumbuhan tu? Hutan mana?” Monica menyoal. Danny memandang Slyer dan Vanessa bergilir-gilir. Tiara masih lagi kepenatan.

Dark Forest.” Slyer dan Vanessa menjawab serentak.

“Hutan tu ada dekat Dark Kingdom.” Slyer menyambung. Vanessa mengangguk kepala.

“Habis tu kenapa Encik Jaston suruh aku cari Vasperin kalau tumbuhan tu tak ada dekat sini?” Monica menyoal.

“Aku pun tak tahu kenapa. Tapi permintaan Encik Jaston menyuruh kau mencari Vasperin padahal kau kata dia nak buat healing potions memang tak masuk akal.” Vanessa bersuara.

“Kau pun fikir sama macam aku ke Vellina?” Slyer menyoal Vanessa. Semua orang memandang Slyer begitu juga Vanessa.

“Aku tahu kenapa kau rasa tak masuk akal bila Encik Jaston suruh Monica cari Vasperin. Sebab Vasperin tidak dimasukkan di dalam healing potions bukan?” Slyer menyambung kata selepas beberapa saat mendiamkan dirinya.

“A’ah. Vasperin tidak di masukkan ke dalam healing potions dan Vasperin bukan digunakan di dalam magis penyembuh.” Vanessa menjawab dan memberi penjelasan. Yang lain terdiam mendengar kata-kata Vanessa. Slyer tersenyum.

“Aku ingatkan aku seorang aje tahu. Tak sangka ada juga orang lain yang tahu.” Ujar Slyer.

“Jadi, Vasperin digunakan dalam apa?” Monica bertanya. Tiara dan Danny menunggu penuh
sabar mendengar jawapan yang akan keluar dari mulut Vanessa mahupun Slyer.

Slyer hela nafas. Vanessa gigit bibir. “Untuk buat dark potions.” Slyer menjawab. “dan digunakan dalam magis hitam sahaja,” sambung Vanessa. Yang lain terdiam.

“Habis tu kenapa cikgu Jaston nak Vasperin?” Tiara mula bersuara setelah agak lama mendiamkan diri. Vanessa angkat bahu.

“Kalau kau nak tahu, kita siasatlah pasal dia. Mungkin dia cuba nak buat sesuatu.” Slyer memberi cadangan.

“Dah. Kita bincang lepas balik sekolah nanti. Sekarang kita kena keluar dari sini. Sekarang dah nak pukul 5 pagi. Pukul 8 pagi nanti ada kelas.” Vanessa mengajak kawan-kawannya balik sekolah. Semua bangkit dari duduk dan mula berjalan menuju ke selatan. Dalam masa itu, Vanessa memasang reflection lagi sekali tetapi bukan ke atas dirinya sahaja. Dia memasangkan ke atas kawan-kawannya juga. Menghindar daripada terkena serangan.

*****

“Macam mana Monica? Apa yang cikgu Jaston kata? Macam mana reaksi dia?” Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Tiara. Dia sudah tidak sabar-sabar nak tahu.

“Wajah dia macam tak puas hati sebab aku kata aku tak jumpa Vasperin tu. Lepas tu, dia kata dia nak suruh aku cari tumbuh-tumbuhan lain pula. Aku tolak sebab aku kata nyawa aku hampir terancam kerana cari tumbuh-tumbahan tu semua. Lepas tu dia tanya lagi. Siapa yang tolong aku. Aku jawab kawan-kawan saya cikgu. Lepas tu, cikgu Jaston suruh aku keluar.” Terang Monica panjang lebar.

“Aku rasa lepas ni mesti dia suruh salah sorang daripada kau orang tolong dia.” Sambung Monica.

“Baguslah. Lagi senang kita nak tahu apa yang dia nak buat dengan bahan-bahan tu semua.” Slyer berkata. Semua di situ tercengang kecuali Vanessa yang tarik senyum mendengar kata-kata Slyer.

“Kau kenapa senyum Vellina? Kau faham ke maksud Slyer?” Tiara bertanya. Vanessa angguk sekali.

“Kalau cikgu tu suruh kita cari barang-barang tu semua kita boleh tanya macam-macam benda dekat dia. Kalau dia terlepas cakap, kita boleh tahu apa yangdia nak buat dengan bahan-bahan tersebut.” Vanessa terang apa yang dia rasa.

“Betul tu kata Vellina.” Slyer menunjukan thumbs up pada Vanessa. Vanessa senyum.

“Kau orang ni memang satu hati betul. Boleh jadi pasangan yang ideal.” Usik Monica. Vanessa dan Slyer buat bodoh. Muka Danny dan Tiara berubah.

“Hai Vellina..” Satu suara menegur Vanessa. Vanessa pusing kepala. Argon muncul di belakangnya dengan sejambak bunga. Vanessa meluat melihat Argon tapi di paksa diri untuk senyum apabila melihat rantai Argon.

“Hai Argon! Apa awak buat dekat sini?” Vanessa beramah mesra dengan Argon. Dia seolah-olah teruja dengan kedatangan Argon.

“Cari Vellina. Ini sejambak bunga untuk awak.” Argon hulurkan sejambak bunga ros merah kepada Vanessa. Vanessa sambut dengan senyuman yang paling manis.

“Argon dari mana ni?” Vanessa bertanya dengan gembira.

“Dewan makan. Tadi cari Vellina dekat sana tapi tak jumpa. Dia orang kata nak Vellina dekat taman dengan kawan-kawan. Jadi Argon datanglah dekat taman ni.” Muka Danny sudah memerah. Tetapi dia cuba sorokkan.

“Kau orang, aku nak pergi dewan makan. Siapa nak ikut? Kalau tak aku gerak sekarang.” Danny bersuara.

“Eh.. aku nak ikut. Monica, Tiara kau orang nak ikut tak?” Soal Slyer.

“Mestilah nak. Vellina kita orang pergi dulu tau. Jom Tiara.” Monica terus menarik tangan Tiara. Mereka berlalu meninggalkan Argon dan Vanessa. Vanessa mengutuk tindakan mereka dalam hatinya.

“Ish.. kenapalah kau tinggalkan aku dengan mamat ni wahai kawan-kawan ku. Tak sukalah..” Vanessa merungut dalam hati tetapi senyuman masih lagi terukir di bibirnya.

“Vellina!” Vanessa kalih pandangan ke arah suara tersebut. Cikgu Jaston tengah melambai-lambai memanggilnya. Vanessa bersorak di dalam hati.

“Argon, saya pergi dulu ya. Besok kita jumpa lagi.” Vanessa terus meninggalkan Argon dan berlari anak ke arah cikgu Jaston.

p/s : Nanti masuk Revenge 13 pulak ^^

4 comments:

eija said...

msti cikgu 2 nk sruh vel cr tumbuhan 2 plk..
Wahhh xsbr nk tgu n3 lg...

Anonymous said...

sukanyaaaaaaaaa...cepat2...hari2 bukak nk baca entry seterusnyaaa...sukaaa...like like like seribu kali...nge nge

Ashik said...

omg best nye. tolong la update byk-2 ye sementara cuti ni. thumbs up for penulis utk cerita yg best :)

Anonymous said...

beatnye..ble nk post revenge 13 plak?tak sabar ni..