Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Friday, March 4, 2011

Phase 9 : Half Wing


Half Wing

            LORD El-Voq terbangun dari tidurnya. Tubuhnya sudah basah dek peluh. Selimut yang meliputi dirinya diselak kasar lalu mencapai jubahnya dan segera menyarungkan jubah itu kebadanya. Tanpa mengambil masa, dia terus beredar dari bilik itu.
            “Kamu boleh pergi, jangan kembali selagi matahari belum terbit,” kata Lord El-Voq kepada dua orang pengawal yang menjaga biliknya. Dua orang pengawal itu menurut tanpa bertanya. Lord El-Voq pun beredar menuju ke satu tempat yang asing dan sunyi.
            Dia berdiri di sebuah rumah batu yang sudah runtuh dan kelihatannya dia seperti menunggu sesuatu atau seseorang. Selepas beberapa minit berada disitu tiba-tiba 3 orang lelaki yang memakai topeng, topeng itu berlubang-lubang disekitarnya dan berjubah putih muncul disemak-samun. Mereka mendekati Lord El-Voq.
            “Macam mana dia boleh melarikan diri?” bentaknya setiba sahaja Memoria Selios ditempatnya. Mereka tunduk terlebih dahulu.
            “Saya percaya, Aeri-El sudah turun ke bumi tuan. Dia yang telah membantu Morgan melarikan diri,”
            “Kenapa kamu tak menjaganya? Dia seorang saja tapi kamu tak boleh urusakan,” marah Lord El-Voq lagi.
            “Ada sesuatu lagi tuan, Black Demon juga berada di sana. Aeri-El dan Black Demon berkerja sama untuk mengelurkan Morgan dari Bilik Hitam,” Memoria Selios #3 menyampaikan berita tersebut.
            “Black Demon! Sepatutnya dia dengan Morgan berperang sekarang ni, macam mana mereka boleh berkerja sama?” kata Lord El-Voq separu menjerit.
            “Saya fikir Morgan sudah mula mengingati siapa Black Demon Tuan, kita sepatutnya mengambil ingatannya sebelum mengurung dia ke dalam Bilik Hitam,” ujar Memoria Selios #2
            “Tapi kamu sendiri tahu, kalau kita mengambil ingatanya dia takkan kenal aku lagi dan semua rancangan kita akan menjadi sia-sia! Jadi siapa yang akan membunuh Black Demon? Siapa yang boleh mengambil darah Black Demon?”
            “Maaf tuan, rasanya kita perlu mengatur langkah kedua. Rasanya, Aeri-El tidak akan berdiam diri saja, dia tahu sesuatu bakal terjadi,” kata Memoria Selios #1
            “Kita harus mencari The Keepers sebelum mereka mencarinya,” kata Lord El-Voq.
            “Kamu boleh pergi,” kata Lord El-Voq lagi. Tiga lelaki itu pun beredar masuk semula ke semak-samun.

*****

            KENING Morgan berkerut. Dia cuba membuka matanya, tapi matanya itu terlalu berat. Terasa seperti sudah berhari-hari dia tidak tidur.
            “Master?” tiba-tiba terdengar suara halus seseorang. Dia tersentak apabila mendapati Rufus sedang duduk disisinya.
            “Rufus, macam mana kau boleh ada disini? Aku dimana?” soalnya sambil memandang ruang kosong yang usang itu.
            “Aku keluar sebaik saja aku rasa aura kau, aku minta maaf aku tiada disana saat kau perlukan aku,”
            “You better,” kata Morgan seakan marah. Rufus tersenyum.
            “Apa tempat ni?” soalnya pula.
            “Kau berada dibangunan aku, Milady,” tiba-tiba seorang lelaki serba putih termasuk rambut dan mata muncul dikaki pintu. Rufus segera berdiri dan melindung Morgan. Tangan kirinya sudah mengeluarkan aura berwarna kuning, langkah berjaga-jaga.
            “Rufus,” Morgan memagang pergelangan tangan Rufus, isyarat supaya Rufus cuba menenagkan dirinya. Rufus faham lantas menarik semula serangannya.
            “Kau siapa?” soal Morgan. Lelaki itu mendekati Morgan.
            “I’m your guardian angel, Aeri-El,” jawabnya. Rufus dan Morgan mengerut kening.
            “Tak. Aku tak ada guardian angel. Rufus mari kita balik,” kata Morgan lantas turun dari katil. Lelaki yang memperkenalkan diri Aeri-El bangkit menghalang laluannya.
            “Kalau kau balik ke Moonstone Hill sekarang, kau akan dikurung lagi,”
            “Kurung?” Rufus memandang Morgan pelik.
            “Macam mana kau tahu aku dikurung?”
            “Sebab aku yang tolong Black Demon untuk keluarkan kau dari Bilik Hitam,”
            “Bilik Hitam?” kali ini nada suara Rufus lebih tinggi dari tadi. Morgan duduk semula ke katil.
            “Kau dikurung dalam Bilik Hitam? Bilik Hitam?” Rufus seakan tidak percaya. Dia tidak percaya yang Morgan boleh melepaskan diri dari bilik itu setelah dikurung. Apa yang dia tahu adalah, sesiapa yang terkurung di bilik itu tidak akan keluar lagi buat selama-lamanya. Morgan mengangguk beberapa kali.
            “Lord El-Voq,” ujar Morgan.
            “Kenapa dia nak kurung kau? Kau kan anak angkatnya?”
            “Sebab dia bercinta dengan Black Demon,” pantas biji mata yang berwarna ungu itu menikam Aeri-El.
            “Watch your mouth!” tegas suaranya. Aeri-El segera mengangkat tangan tanda meminta maaf.
            “Kenapa kita tak tunggu Black Demon datang dulu, lepas ini aku akan jelaskan maksud kedatangan aku,” kata Aeri-El. Mereka hanya saling berpandangan. Mahu tidak mahu, benar atau salah, dia perlu tahu kenapa Lord El-Voq mahu mengurungnya di Bilik Hitam.

*****

            “SELAMAT pagi sayang. Kenapa ni, nampak lemah sangat,” Puan Bidara menyambut Ace yang sedang menuruni tangga. Ace sekadar tersenyum kecil.
            “Ya, kerja banyak sangat,” jawab Ace lalu melabuhkan punggung. Sekeping roti dicapai dan terus menyapukan jem.
            “Ace hari tu mama ada nampak baju yang berdarah, itu Ace punya?” soal Puan Bidara. Ace memandang ibunya lalu tersenyum. Tiba-tiba biji mata Ace bercahaya sesaat. Puan Bidara tersenyum.
            “Baik betul anak mama, jadi kucing tu dimana?” Puan Bidara mengambil tempat dihadapan anaknya.
            “Saya lepaskan,” jawabnya ringkas. “Ace naik dulu ya, nak ke restoran lagi,” tambah Ace lantas bangkit dan menuju ke biliknya.


            “OKEY, kenapa kau tak panggil dia saja?” kata Aeri-El. Morgan berdiri, Rufus ikut serta. Aeri-El lantas tergelak.
            “Aku tak sangka syaitan boleh tunduk dengan kau Morgan,” kata Aeri-El sinis. Rufus yang tidak boleh mengawal rasa marahnya segera mencekek leher Aeri-El. Aeri-El tersenyum, tiada tanda-tanda rasa takut diwajahnya. Sejurus itu Aeri-El terus melepaskan auranya dan sayapnya yang putih terus muncul dibelakang. Rufus segera terhumban di sudut bilik menghentam dinding.
            “Rufus! Kau bukan lawan dia,” kata Morgan. Rufus terbatuk sambil memegang dadanya. Dia berdiri.
            “Duduk Morgan. Kau belum boleh keluar lagi,” kata Aeri-El lantas duduk. Sayap dibelakangnya turut hilang. Morgan menurut.
            “Apa kau nak? Apa motif kau kurung aku disini?” soal Morgan. Rufus kembali ditempatnya.
            “Sebab kau dalam bahaya, dunia manusia dalam bahaya sekarang. Ditambah Azera, dan lagi bapa angkat yang kau percaya sangat tu. Mereka semua ni sama saja dengan syaitan Morgan, mereka nak menakluki dunia,”
            “Macam mana dengan Black Demon? Bukankah dia juga mahu memusnahkan dunia?” Aeri-El menggeleng.
            “Tidak Morgan, Black Demon disini adalah untuk melindungi kau sebelum aku dilepaskan dari penjara Enkeli the Half-fallen,”
            ”Half-fallen? Maksudnya kau adalah fallen angel?” soal Rufus. Aeri-El mengangguk.
            ”Penjara Enkeli the Half-fallen? Apa maksudnya?”
            ”Aku tak boleh terangkan semuanya Morgan, sebab kau dah lupa semua perkara itu. Hanya Black Demon yang boleh mengembalikan ingatan kau. Sebab itu kita perlu tunggu dia,”
            ”Lagi-lagi Black Demon, dia siapa sebenarnya? Apa kaitan dia dengan aku? Dia syaitan dan aku pemburu syaitan, apa semua ni?” kata Morgan. Nadanya sedikit kedengaran keras. Sudah terlalu banyak persoalan yang muncul dan satu pun belum selesai lagi.
            ”Kau tak perlu risau, Morgan. Proses tu tidak akan mengambil masa yang panjang,” tiba-tiba suara lelaki kedengaran dipintu masuk. Semua mata memandang ke arah pintu itu.
            ”Ace? Macam mana kau boleh tahu tempat ni?” Morgan terkejut dengan kehadiaran seorang lelaki yang pernah selamatkannya dulu. Tiba-tiba, dia tersentak. Kehadiran lelaki mengingatkan dia kepada peristiwa semasa dia berjaya keluar dari Bilik Hitam.
            ”I’m Black Demon, boleh panggil Damon aka Ace. Ace is my vessel,” Damon tersenyum tanya sedikit rasa bersalah. Morgan menggeleng tidak percaya. Rufus pula segera berdiri dihadapan Morgan.
            ”Aku datang bukan nak cederakan sesiapa Rufus, aku datang nak pulihkan ingatan Morgan,” kata Damon
            ”Tak. Walau apa pun kau, apa pun kaitan kita, aku taknak kau pulihkan ingatan aku. Aku taknak tahu kau siapa, aku taknak ingat apa-apa tentang kau. Jadi lepaskan kami sebelum...,”
            ”Sebelum apa? Sebelum kau cederakan aku? Sebelum El-voq datang cari kau? Tidak! Dia gunakan kau untuk merealisasikan impian dia, sama seperti yang dia lakukan 500 tahun dulu!” celah Damon.
            ”500 tahun dahulu?”
            ”Ya, proses untuk mengembalikan ingatan kau hanya mengambil beberapa jam saja. Kita boleh lakukannya sekarang,”
            ”Tidak! Aku tak nak ingatan aku dikembalikan, aku taknak ada apa-apa kaitan dengan kau oleh itu, ceritakan pada aku apa yang berlaku 500 tahun dahulu,” putus Morgan. Dia terlalu bencikan syaitan sehingga dia tidak ingin pun Damon menyentuhnya. Tapi berlainan dengan Rufus kerasa Rufus ada ikatan darah dengannya sekiranya dia mati, Rufus juga akan mati.
            ”Macam mana kalau apa yang aku ceritakan itu kau tak percaya?
            ”Apa gunanya...Lord El-Voq meninginkan aku untuk melakukan sesuatu yang dasyat dan aku takkan benarkan sekiranya itu betul,”
            ”Okey...kita akan buat seperti yang kau inginkan,” Damon mengalah. Tetapi hatinya berbisik sayu. Kalau aku tak kembalikan ingatan kau, kau takkan pernah merasa cinta aku terhadap kau lagi, Morgan.
            ”Kenapa kamu berdua ni suka buang masa? Kamu tahu kita kesuntukan masa, kenapa nak ceritakan pada dia kisah 500 tahun dulu sedangkan kau ada cara yang lebih cepat?” kata Aeri-El setelah lama menjadi pendengar perdebatan Morgan dengan Damon.
            ”Aku tak boleh paksa Morgan untuk mengingati kisah silamnya, kalau itu yang dia nak, kita akan ikut!” balas Damon. Aeri-El mendengus.
            ”Sikap kau masih sama dengan 500 tahun dahulu Damon, apa yang Morgan inginkan, kau turuti. Kau nak dia mati untuk kali kedua?”
            ”Diam!” bentak Morgan. Kedua-dua mereka segera terdiam. Mereka memandang Morgan.
            ”Aku takkan mati!” bentak Morgan. Aeri-El mendengus.
            ”Kalau kamu nak cepat, diam dan biar Black Demon yang ceritakan semuanya!” kata Morgan setelah dia menenangkan dirinya. Dia duduk bersama Rufus dibelakangnya. Aeri-El kembali ke tempatnya manakala Damon menghampiri Morgan diatas katil dan duduk dihadapannya.
            Tiba-tiba Damon menghulurkan sesuatu dari tangannya. Morgan mengerut kening namun setelah melihat objek dalam genggaman Damon, wajahnya berubah terkejut.  
            ”Rosette Violet? Macam mana ada pada kau?” Badge itu disambar kasar dari tangan Ace.
            “Aku ada disana saat kau dikurung, aku juga yang bawa kau keluar dari bilik putih itu,” terang Ace. Morgan segera memicit kepalanya. Rasa pening datang tiba-tiba. Perasaanya menjadi sebak mendadak. Separuh dari jiwa Morgan sekarang ingin cuba mengenali Damon tetapi dendamnya pada syaitan cuba menghalang keinginannya itu.
            “Siapa kau sebenarnya?” akhirnya, walaupun dia sudah bersumpah yang dia tidak akan mengambil tahu siapa Black Demon, dia tidak boleh menahan dirinya daripada mengenali lelaki itu. Hatinya membuak-buak ingin tahu selama ini tapi dia kerasakan hinggalah ke saat itu. Morgan sudah tidak boleh membendung perasaannya.

**************************************
p/s: maaflah N3 selalu lambat update…sorry!
Enjoy reading!


5 comments:

nonorm said...

suka baca cerita ni..

Witch a.k.a Okie said...

terima kasih anayue, sedang cuba mengemaskan lagi gaya penulisan..hehe

Anonymous said...

ok...suke sngat bce n3 kli nie...smbung lgi yup..x sbar nk tnggu nie..hehe

yufa said...

he...beshnya.....

Anonymous said...

NEW ENTRYYYYYYYYY PLSSSSSS......