Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Saturday, October 15, 2011

Revenge 11 : The Four (part 1)




Revenge 11 : The Four (part1)

Sudah sebulan lebih Vanessa berkenalan dengan Argon. Dan sudah sebulan lebih juga mereka selalu berjumpa dan berita mengenai mereka tersebar. Vanessa menahan geram di hati apabila berita mengenai mereka tersebar. Dia tahu daripada Tiara dan Monica. Ramai juga peminat-peminat Argon datang menyerangnya tetapi tidaklah teruk. 

Ada juga yang bermain-main dengannya dengan menggunakan magis. Mahu meletup dia. Kebanyakkan magis yang digunakan ialah Dark Magic. Nampaknya dia mempunyai ramai musuh dari Dark Magic. Hatinya berkata bahawa dia perlu mengambil rantai biru tersebut secepat mungkin. Disebabkan Argon sering bercerita mengenai dirinya yang berasal dari Dark Kingdom membuatkan Vanessa mahu membunuh Argon.

Lagi-lagi apabila Argon memberitahu dia anak raja Dark Kingdom. Vanessa begitu yakin yang Argon di sini kerana hendak membunuh dirinya. Dia amat yakin tentang itu. Para peminat yang sering mengacaunya sudah tidak berani mengacaunya lagi apabila Argon memberi amaran kepada mereka semua. Dia langsung tidak tersentuh dengan apa yang Argon lakukan. 

Layanan Danny semakin diingin. Dia juga tidak tahu mengapa. Tiara dan Monica masih seperti dulu. Slyer pula sentiasa menemani Danny. Dia juga perasan yang Danny semakin rapat dengan Sarah. Sumpah dia rasa sakit hati tetapi dia tidak marah.

Kedinginan malam mencengkam tubuhnya. Dia masih lagi seperti dulu. Melakukan aktiviti yang disukainya. Melihat bulan. Cahaya bulan tersebut memancar indah. Dia terasa kesepian buat kali ke-2. Entah mengapa. Apabila dia melihat bulan, dia pasti akan rasa sepi dan sedih. Dia berasa keseorangan di dunia ini walhal dia masih mempunyai ibu angkat, adik dan kawan-kawan. 

Buku yang berada di hadapannya di pandang sekilas sebelum melihat bulan semula. Akhirnya, Vanessa menutup buku dan berjalan menghampiri katil. Dia mengeluarkan gambar keluarganya dari beg pakaiannya dan memeluk gambar tersebut. Pandangannya kabur. Mutiara jernih jatuh di pipinya. Dia menahan rasa rindu yang menggunung. Gambar tersebut di tatapnya lagi sekali sebelum menyimpan di dalam beg pakaian semula. Dia tidur di temani air mata yang tidak berhenti mengalir.

*****

Vanessa sedang bermalas-malasan di katil apabila ada 4 orang perempuan yang tidak dikenalinya menyerbu masuk ke bilik Topaz. Vanessa buat tidak endah dengan kehadiran 4 orang perempuan tersebut dan masuk ke dalam bilik mandi. Dalam hati dia mengutuk perempuan-perempuan yang berani masuk ke bilik Topaz.

“Siapa dekat sini bernama Vellina?!!” Vanessa yang terdengar namanya dipanggil tidak jadi untuk mandi. Dia hanya sempat membasuh muka. Vanessa membuka pintu bilik mandi dan keluar dari bilik mandi tersebut.

“Kenapa kau orang nak cari Vellina?” Vanessa bersuara. Dia melihat semula pelajar di dalam bilik tersebut mendiamkan diri termasuk Monica dan Tiara.Tetapi dia melihat mulut Tiara seolah-olah mencebik.

“Kau ke Vellina?” Pertanyaan dibalas dengan pertanyaan.

“Aku tanya kau orang dulu. Kenapa kau orang nak cari Vellina?” Soal Vanessa buat kali ke-2.

“Sebab aku ada perkara yang perlu dilangsaikan.” Perempuan yang berambut panjang paras pinggang menjawab dengan kasar. Vanessa mendengus.

“Apa dia perkara yang kau nak langsai dengan aku?” Vanessa menyoal dengan kasar.

“Aku rasa aku tak pernah ada perkara yang perlu dilangsaikan dengan kau orang semua,” Vanessa menyambung bicara.

“Ada. Pasal Argon. Aku nak kau jauhkan diri kau dari Argon! Argon milik aku! Dia milik aku!” Dengan pantas perempuan yang berdiri sebelah perempuan yang berambut panjang paras pinggang menjawab.

Vanessa kerut dahi sebelum tergelak kecil. Semua yang berada di bilik tersebut hairan, “Hei, miss-whatever-your-name-is. Argon tak pernah kata dia milik .....”

“Dia milik kita orang! The Four!” Belum sempat Vanessa menghabiskan kata-katanya. The Four memotong kata-katanya. Vanessa terdiam.

“The Four? Kau orang bilik mana?” Tiba-tiba, Vanessa ubah tajuk.

“A’ah, The Four. Jangan kata kau tak kenal dan tak pernah tahu nama tu. Dan semestinya kita orang bilik Diamond! Orang yang cantik macam kita orang semestinya duduk di bilik yang cantik.” Perempuan yang berambut paras bahu membalas.

Vanessa kerut dahi, “Maaflah, aku tak pernah dengar nama The Four. Tapi nama bilik Diamond aku tahulah. Bilik yang diduduki oleh pelajar-pelajar yang perasaan kaya, cantik dan pandai. Bukan begitu?” Vanessa sengaja menyimbah minyak pada api yang tengah marah.

“Hei, bukan perasan tapi memang. Kita orang memang kaya, cantik dan pandai. Dan kau ni memang kuno sebab tak kenal kita orang yang popular ni. Aku Jessy, sebelah aku ni, Carrel dan yang berambut paras bahu tu Ginny. Yang berdiri sebelah Ginny ialah Julie. Kami adalah the Four! Kumpulan yang paling popular dan pandai di sekolah ini. Kau tak boleh nak menafikan.” Jessy yang berambut panjang paras pinggang memperkenalkan diri dia dan kumpulannya. Vanessa mendengar sahaja apa yang keluar dari mulut Jessy.

“Aku kuno? Maaflah. Bukan aku kuno tapi kau orang yang perasaan popular tu tapi tak popular. Kalau kau orang popular kenapa aku boleh tak tahu dan tak kenal kau orang.” Vanessa diam seketika sebelum menyambung bicaranya.

“Dan aku rasa semestinya aku lagi popular dari kau orang sebab kau orang kenal nama aku walhal aku tak kenal kau orang pun.”

Sorry? Kau jangan nak cari pasal tahu. Kita orang kenal kau pun sebab Argon! Kalau bukan disebabkan Argon kita orang tak kenal kau! Perampas!” Julie mempertahankan kumpulan mereka. Vanessa mencebik.

“Apa-apa ajelah. Kalau kau nak sangat si Argon tu. Kau ambil aje. Free of charge. Tak payah nak bayar.” The Four dan semua di situ tercengang.

“Kenapa? Tak nak ke? Aku bukan minat sangat dengan si Argon tu. Dia yang terhegeh-hegeh nak dengan aku. Aku apa lagi. Layan ajelah dia.” Vanessa menyambung bicara. The Four ketap gigi.

“Kau ingat kau cantik? Aku rasa kau mesti tipu. Tak mungkin Argon yang punya handsome tu minat dekat kau yang hodoh. Kau yang terhegeh-hegeh dekat dia bukan. Kau sengaja nak malukan Argon depan kita orang semua, bukan?” Carrel menjawab lantang. Pantang betul jika orang yang disukai diperlekehkan.

Vanessa ketawa, “Kau orang nak apa sebenarnya? Aku nak bagi si Argon pada kau orang, kau orang marah. Kau orang nak apa hah?!”

“Kebenaran. Tak mungkin Argon boleh  sukakan kau. Kau sengaja nak jatuhkan maruah Argonkan? Baik kau jawab dengan jujur!” Bentak Julie. Vanessa memeluk tubuh.

“Yang kau orang tak percaya ni kenapa? Cuba kau tanya Argon tu sendiri. Dia yang tangkap cintan dengan aku tahu. Ya memang, memang aku nak dekati dia tapi sebagai kawan.”

“Tengok, mengaku juga kau. Kau yang terhegeh-hegeh nak dengan Argonkan.” Ginny menyindir.

Hello? Aku salah cakap atau kau orang yang salah dengar? Gila ke apa? Aku cakap, Argon yang tangkap cintan dengan aku. Dia yang terhegeh-hegeh minta aku jumpa dia. Aku pun jumpalah dia. Dan aku rapat dengan dia sebagai kawan. Aku tak tahulah kalau dia suka aku. Nak buat macam mana. Mata dia buta sebab tak nampak kau yang cantik tapi nampak aku yang hodoh ni.”

“Eh, Argon tak buta ya. Kau yang kenakan jampi dekat dia kan?” Julie tidak sanggup mendengar Vanessa berkata bahawa Argon buta.

Vanessa yang sudah bengang pergi ke bilik mandi dan keluar dengan sebesen air. Dia mengenakan jampi pada air tersebut. Air tersebut meluru ke arah The Four dan membelit mereka. Semua yang berada di situ tercengang. Tetapi belitan air tersebut musnah kerana dikerjakan oleh The Four. The Four menggunakan magis hitam melawan air tersebut.

“Kau ingat kau hebat ke? Kau tak akan dapat kalahkan kita orang. Aku dengar kau tu ambil magis air dan kristal. Nampak sangat kau tak dapat nak lawan kita orang. Kita orang semua ambil magis hitam dan magis penyembuh. Magis tersebut lebih hebat dari magis kau.” Ujar Ginny dengan bangganya. Vanessa mencebik. Meluat mendengar kata-kata Ginny.

Tiara dan Monica yang melihat keadaan itu bangun dari katil mereka. Mereka sudah tidak tahan melihat Vellina diperlekehkan. Tiara dan Monica mendekati Vellina. The Four tersenyum sinis melihat Tiara dan Monica.

“Kawan kau ke? Aku pasti yang kawan kau tak sehebat kita orang.” Julie mengejek.

“Huh.. kau nak tahu tak, bukan kau orang aje yang belajar magis hitam. Aku pun belajar magis hitam, Tiara pun sama.” Monica menjawab.

“Ouh.. tak sangka aku Vellina ada kawan yang hebat.” Carrel berkata dengan selamba.

“Kita orang tak nak cari gaduh. Baik kau orang berambus dari bilik kita orang. Kalau tak aku panggil penjaga bilik kita orang.” Tiara mengugut The Four.

“Kau ugut kita orang ke?” Soal Julie.

“Kau rasa?” Tiara menyoal semula. The Four mendengus dan berlalu pergi dari situ.

Tiara menggenggam tangan Vanessa, “Kau okey tak?” Vanessa gigit bibir. Dia angguk kepala. Dalam fikirannya dia mahu membalas dendam pada The Four!

Bilik Diomand ya. Kau orang tengoklah apa yang aku akan buat dekat kau orang.” Desis hati Vanessa kegeraman. Dia berlalu menuju ke bilik mandi meneruskan aktiviti yang tadi terganggu. Semua warga bilik Topaz memerhatikan Vanessa yang menuju ke bilik mandi sehingga kelibatnya hilang dari balik pintu.

p/s : Mungkin ada 3 part untuk bab 11