Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Sinopsis


BLACK CAT
By : Snow Queen
Academy White Lily. Seindah namanya, academy berusia ratusan tahun itu juga menyimpan cerita yang tersendiri. Top dan Uee adalah dua orang insan biasa yang secara tak langsung ditarik masuk ke dalam kancah peperangan antara ahli White Lily dan makhluk-makhluk kegelapan kerana dikatakan roh mereka berdua berupaya menghidupkan kembali raja kegelapan. Untuk mengelakkan Top dan Uee dibunuh sekaligus menjaga keharmornian dunia yang dikenali sebagai Under World, Ivy dan Ian mesti mencari jalan untuk mengelakkan perkara yang ditakuti itu daripada berlaku. Dapatkan mereka menyelamatkan Top dan Uee sekaligus menghancurkan rancangan makhluk-makhluk kegelapan?

CUPID
By : Virtual Writer
CUPID, mengisahkan perspektif kehidupan dari 3 individu berlainan watak dan persepsi dalam kehidupan. Dua daripada mereka ditakdirkan bersama, namun apabila ada yang ketiga muncul, roda takdir mula berputar sehingga sanggup menggadaikan pendirian diri dan persahabatan. 

ASRAN - Seorang yang ceria dan lincah, namun hidup dalam kepura-puraan. Mempunyai misi penting demi maruah dan kepuasan diri sendiri.

HENRIETTA - Gadis pendiam namun berpendirian. Menyimpan seribu rahsia di sebalik perwatakannya.

LEX - Lelaki yang dingin di luar namun sentiasa hangat di dalam

____________________________________


MOONLIGHT FAIRYTALE
By : Puteri_impi


Kisah seorang gadis biasa yang mengharungi kehidupan yang biasa. Namun bakal menemui sesuatu yang luar biasa.
Wilda el Seiffe, gadis kacukan yang punya kecantikan tersendiri sudah biasa dengan hidupnya yang sering berpindah-randah dari satu Negara ke satu Negara sejak kematian ayahnya, Tuan Setsu el Seiffe, ketika usianya masih mentah. Disebabkan itu, keluarganya digantung tidak bertali. Ibunya, Lady Vienne, berusaha membangunkan semula keluarganya dengan mewarisi syarikat pembangunan antarabangsa yang terkenal milik arwah suaminya.
 Namun kerana kurang pengalaman, dia dihantar untuk belajar dari bawah tentang asas membangunkan syarikat yang juga membawa maksud bekerja dari satu cawangan ke cawangan lain. Dengan kata lain, keluarga ini tidak pernah tinggal tetap lebih dari setahun.
___________________________________

STANZA TERAKHIR
By : Farah Husain

Ezara Hadly, adalah anak tunggal kepada pemilik Hadly Corps., sebuah firma import eksport yang memonopoli perniagaan import eksport makanan di Cyrstallisa. Kerana tidak puas hati dengan cara keluarganya mengendalikan perniagaan dengan menindas orang yang tidak berkemampuan, Ezara bertindak keluar dari rumah dan menjadi guru sementara di Akademi Crystallisa. Sikapnya yang suka memberontak dan bencikan ketidak adilan telah membuatkan dia tidak begitu digemari oleh pelajar-pelajar kaya di akademi itu. Ezara berkawan baik dengan Putera Rayyu, anak saudara kepada pemerintah Crystallisa yang tidak disukai oleh pembesar negara kerana sikapnya yang suka membangkang kehendak Raja Malique, seorang raja yang mentadbir negara dengan cara yang kejam.
            Hidup kedua-duanya mula berubah apabila beberapa siri pembunuhan yang melibatkan senator-senator dan orang-orang kenamaan Crystallisa mula berlaku. Pada mulanya Rayyu menganggap pembunuhan itu hanya melibatkan senator dan orang kenamaan yang korup tetapi apabila nyawa Ezara sendiri mula terancam, Rayyu mula merasakan ada sesuatu yang lebih besar sedang berlaku. Demi rasa kasihnya pada Ezara, Rayyu bertekad untuk memastikan nyawa gadis itu selamat.
            Aizek, seorang lelaki yang tidak ada masa silam. Satu-satunya perkara yang dipunyai dari masa silamnya hanyalah dua bait stanza yang tertulis di sehelai kertas yang tersimpan di dalam rantai yang terkalung di lehernya. Hatinya sejuk seperti ais. Wajahnya tidak berperasaan. Hidupnya tidak ubah seperti robot. Hanya mengikut arahan yang dikeluarkan oleh ketuanya tanpa banyak soal. Namun apabila dia diarahkan untuk membunuh Ezara Hadly, hati bekunya mula terusik. Entah kenapa, bila terpandangkan wajah gadis itu, hatinya mula merasakan sesuatu. Melihat Rayyu yang sanggup menggadai nyawa demi Ezara, hatinya mula tidak senang. Bayangan-bayangan asing mula muncul di fikirannya. Kehadiran Ezara membuatkann dia tiba-tiba mahu mencari masa silamnya.
            Apabila takdir menemukan ketiga-tiga individu bersama, sebuah kisah silam kembali muncul. Aizek, Ezara dan Rayyu sebenarnya berkongsi kisah silam yang sama. Bila orang di sekeliling cuba menghalang mereka dari mengetahui sejarah lama mereka bertiga, Ezara, Aizek dan Rayyu mengambil keputusan melarikan diri untuk mencari rahsia lama mereka. Namun tanpa mereka sedari, semakin hampir mereka dengan kisah silam tersebut, nyawa mereka semakin dalam bahaya.
            Kawan mula menjadi lawan. Episode penipuan dan pengkhianatan mula tercipta.  Antara sahabat, kekasih, keluarga dan masa depan sebuah negara; mereka bertiga perlu membuat keputusan yang tepat. Apa yang pasti, akan ada hati-hati  yang terluka atas setiap keputusan yang di buat. Apakah sebenarnya kisah silam mereka? Siapakah sebenarnya Ezara dalam hidup Aizek? 
______________________________________

VIOLET CRESCENT
By : Okie aka Witch
Violet Crescent berkisar tentang dunia Magik yang berada dialam manusia dimana ia wujud tanpa manusia sedari. Ia dipanggil Moonstone Hill. Ahli-alhi sihir yang berada di dalam Moonstone Hill sudah lama wujud sejak berkurun-kurun dahulu, mereka berperanan untuk melindung dunia manusia daripada ancamam binatang buas dan syaitan-syaitan yang berjaya keluar dari Dunia Syaitan. Pintu gerbang yang memisahkan dunia syaitan dengan dunia manusia yang sudah semakin lemah mengakibatkan syaitan mudah untuk keluar dari dunia mereka. Tanpa disangka, The Black Demon iaitu antara 8 syaitan yang terkuat di dunia syaitan terlepas Moonstone Hill menjadi hura-hara. Kerana, Black Demon sudah terkurung selama 500 tahun didalam Black Hole dan yang misterinya ialah, Black Demon tidak mungkin terlepas jika tiada yang melepaskannya. Hanya seorang yang mampu menyelamatkan dunia manusia, iaitu Morgan La Fea.

Morgan Lafea adalah seorang ahli sihir wanita yang terkuat di Moonstone Hill, dia juga adalah orang ke dua terkuat selain Lord El-Voq, pemerintah Moonstone Hill. Dia seorang wanita yang agresif, dingin, keras hati dan juga keras kepala. Hanya dia seorang saja yang berani bertentangan dengan pemerintah Moonstone Hill malah kesemua 12 Elder Moonstone Hill juga tidak mampu menandingi kekuatan Morgan. Tetapi ada sesuatu yang menanti Morgan diluar, iaitu takdirnya bersama Black Demon.

Black Demon pula adalah Syaitan yang berjaya keluar dari Black Hole. Satu tempat yang diciptakan khas untuk Black Demon. Tiada siapa yang boleh membuka shield tersebut melainkan seseorang yang sudah mahir dan kuat. Kehadiran Black Demon didunia manusia telah menganggu gugat keseimbangan antara baik dan jahat. Ini bermakna, kejahatan akan melanda dunia manusia bila-bila saja jika Black Demon tidak ditangani. Tetapi Black Demon mempunyi rancangannya sendiri, oleh itu dia bertekad untuk bertemu Morgan semula.

____________________________________

CHRONICLES OF REVENGE
By : Ishihara Bieyla


Peperangan yang berlaku di Fairy Kingdom menyebabkan Saliva dan Zella dihantar ke dunia tanpa magis oleh bonda mereka, Permaisuri Elit. Mak Cik Gin orang yang menjumpai mereka mengambil mereka sebagai anak angkat tanpa mengetahui asal-usul mereka.


6 tahun sudah berlalu namun dendam Saliva terhadap The Dark Devil tidak pernah padam tetapi semakin membara. Zella, puteri Fairy Kingdom yang kedua juga merangkap adik kepada Saliva tidak pernah berdendam dengan The Dark Devil kerana tidak pernah mengetahui mengenai The Dark Devil sehinggalah kakaknya, Saliva memberitahunya mengenai The Dark Devil.


Saliva mula hendak menjejakkan kaki ke King Kingdom tetapi tidak disokong oleh Zella. Saliva tidak mempedulikan keputusan adiknya. Baginya, selagi dendamnya belum terlerai, dia akan menjejakkan kaki ke King Kingdom. Adakah dendam Saliva akan terlerai? Atau perkara yang lebih buruk akan berlaku?


____________________________________

VAMPIRA
By : Izza Legion
Lyra Anastasia Hunter, gadis keturunan ahli sihir (Wiccan) telah ditukarkan menjadi Vampira secara tidak sengaja demi menyelamatkan dirinya. Setelah menjadi Vampira, dia terpaksa meninggalkan kehidupan sebagai manusia dan menggunakan nama Larissa. Bersama-sama dengan Zarique, Vampira pahlawan yang menukarkannya, dia memburu Strigoi, keturunan Vampira yang membunuh manusia sesuka hati.

Penjualan tanah kepunyaan keluarga Hunter oleh kakak kembar Larissa, Kyra Sophia Hunter, telah menyebabkan takdirnya bertemu dengan Lord Zarayy, Vampira keturunan bangsawan yang sangat berkuasa.


Kedua-dua kejadian ini telah menyebabkan hijab yang menyelubungi anak-anak Hunter runtuh. Kebolehan mereka sebagai ahli sihir yang selama ini terpendam, mula terserlah. Majlis Wiccan huru-hara kerana anak-anak Hunter pasti membalas dendam kepada mereka. Istana Vampira gempar kerana darah Vampira dan Wiccan tidak mungkin boleh bersatu. Asal usul keturunan Wiccan adalah menghapuskan kewujudan Vampira. Maka kejadian Larissa adalah mustahil.


Lycan, musuh tradisi Vampira dan Wiccan pula mula mengganggu ketenteraman Gaia, dunia manusia yang selama ini aman damai. Dalam keadaan kelam-kabut, Kyra diserang Lycan. Satu-satunya cara menyelamatkan Kyra adalah dengan menyerap tenaga hayatnya. Ini bermakna Kyra akan berkongsi jasad dengan Larissa menjadikan Larissa dalam dilema. Dua jiwa dalam satu jasad. Cinta Kyra pada Lord Zarayy. Kasih Zarique pada Larissa. Siapa pilihan Larissa?


Bolehkah Vampira dan Wiccan bersatu menentang Lycan? Bagaimanakah Larissa memilih takdirnya? Bersumpah setia kepada Majlis Wiccan yang telah membunuh ibu bapanya ataupun kembali kepada Lord Valerian, raja Vampira yang mahu menggunakan kebolehannya? Mampukah dia hidup sebagai Kyra dan menerima cinta Lord Zarayy? Atau dia mahu lepaskan tenaga hayat Kyra dan menjadi dirinya semula untuk menerima kasih Zarique?
____________________________________________


" Air dicincang takkan putus. "


ORBIT CINTA BENJAMIN
By : Jims
Takdir sudah mengatur segalanya. Hubungan adik beradik antara Emy dan Benjamin tidak lama. Mereka dipisahkan jarak dan waktu. Antara Bumi dan Satari. Aragon si penculik tidak berniat jahat. Dia hanya menjalankan tugas. Dan di sebalik 'tugas' itu ada kemahuan. Kemahuan yang telah lama dipendam. Tuan Eric merancang segalanya. Tuan Eric mengarah Aragon untuk mencari seseorang. Seseorang yang berdarah dewa iaitu Benjamin.


Cikochista adalah si buku ajaib. Empunya suara nyaring ini mengetahui segalanya. Tapi secara rahsia, dia mengkhianati Aragon. Dia menghantar mesej ke bumi melalui mimpi malam Emy. Selepas mendapati Benjamin dalam bahaya, Emy bertindak segera. Dia dikurniakan kuasa magis dari sebentuk cincin Orbit. Cincin orbit ini akan membawa Emy ke satari dari terbit fajar sehingga denting jam 12 malam. Tanpa diduga ia menjadi sebuah pengembaraan mencabar. Pelbagai onak yang dilalui Emy untuk menjejak Benjamin. Akhirnya mereka dipertemukan, tetapi Tuan Eric bertindak licik. Dia telah mengaturkan sebuah pertempuran. Antara Benjamin dan makhluk Naga Satari.


Menangkah Benjamin dalam pertempuran itu?
Dapatkah Tuan Eric merasa darah dewa Benjamin?
Bahagiakah Emy dengan adik kandungnya?


Gali jawapannya dalam Orbit Cinta Benjamin!
______________________________________