Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Monday, June 27, 2016

Revenge 18 : Fake Identity and The Information (part 1 and part 2)




Revenge 18 : Fake Identity and The Information

“Zella nak ikut kakak ke Fairy Kingdom tak?” Vanessa menyoal adiknya selepas ibu mereka keluar pergi kerja. Zella pusing kepala hadap kakaknya dengan pandangan yang tidak percaya.

“Kakak nak bagi ke Zella pergi kalau Zella nak?” Soal Zella dengan teruja.

“Kakak bagi. Kakak memang ingat nak bawa Zella. Tapi takut Zella tak suka. Zella nak ke tak?”

“Nak! Zella nak pergi. Tapi..”

“Pasal ibu jangan risau. Kakak uruskan.”

“Boleh ke?” Zella luahkan kerisauannya. Dia rasa Mak Cik Gin tak mungkin bagi dia pergi. Vanessa angguk kepala dengan yakin. Zella ukirkan senyuman bimbang.

“Urm.. bila bertolak?”

“Dua hari lagi. Zella siap-siaplah kemas baju esok malam. Hari ni pun boleh. Kalau Zella tak sabar sangat,”

“Esok malamlah Zella kemas. Kakak jangan lupa beritahu ibu.”

“Iye, akak akan beritahu ibu malam ni. Jangan risau okey,” Vanessa usap rambut Zella kasar dan melangkah keluar dari bilik Zella. Zella melihat kakaknya yang berlalu pergi dan kemudiannya mengalihkan pandangannya ke almari baju. Dia mengetap bibirnya. Rapat. Pandangannya kemudian dijatuhkan ke lantai. Sebuah keluhan kedengaran.

Are you sure, Zella?

Sure.

Zella bercakap sendirian dan kemudiannya membaringkan dirinya di atas katil.

*****

Zella pandang Vanessa dengan muncung yang panjang. Dihadapan mereka ialah ibu mereka, Mak Cik Gin. Vanessa gigit bibir bawah apabila melihat muncung panjang Zella.

“Ibu, bolehlah bagi Zella ikut Nessa ke tempat Nessa. Please.” Vanessa membahasakan dirinya sebagai Nessa. Mak Cik Gin memandang anak angkatnya.

“Kenapa Zella nak ikut kakak?” Mak Cik Gin menyoal Zella. Vanessa tersentak. Zella terkulat-kulat memikirkan jawapan untuk pertanyaan ibunya.

“Nessa yang ajak Zella, bu. Nessa nak Zella tahu keadaan tempat belajar Nessa tu. Tahun depankan Zella masuk tempat Nessa. Belajar sama dengan Nessa.” Vanessa menjawab bagi pihak adiknya. Zella angguk kepala mendengar penjelasan kakaknya.

“Nessa belajar dekat mana sebenarnya? Sudahlah masa pergi tu tak beritahu ibu pun. Alih-alih adik kamu yang beritahu ibu. Terkejut ibu. Cuba cakap Nessa belajar dekat mana?” Vanessa dan Zella berpandangan. Mereka tidak tahu hendak jawab apa. Air liur ditelan. Kesat.

Vanessa memikirkan jawapan yang sesuai. Manakala Zella memikirkan cara untuk memutar belitkan soalan ibunya. Mak Cik Gin masih memandang Zella dan Vanessa. Mengharapkan jawapan.

“St.. St.. Pri..St. Pressate.. Private.. School. Ha! St. Private School.” Vanessa pantas menjawab. Dia teringat perbualan dua orang remaja semasa dia keluar ke kedai tempoh hari. Zella pantas memandang kakaknya. Senyuman kecil diukir.

“Oh sekolah tu. Cakaplah awal-awal. Berapa lama pergi?”

“Err.. sebulan..” Vanessa angkat satu jari. Mak Cik Gin membuntangkan matanya.

“Kenapa sampai sebulan? Lama tu. Ibu ingatkan seminggu. Tak boleh!”

“Tapi bu, Nessa nak adik tinggal dekat sana. Bolehlah Nessa ajar adik pasal selok belok sekolah tu. Adik pun setuju pasal tu. Betul tak adik?” Vanessa ukir senyum penuh makna. Ibu mereka memandang Zella.

“Aaa.. aa..” Zella tergagap-gagap. Vanessa sepak kaki Zella.

“Betullah tu. Adik yang minta.” Zella jeling kakaknya, Vanessa. Entah bila dia minta hendak ikut kakaknya. Sudahlah mereka menipu ibu dengan alasan hendak ke St. Private School walhal hendak pergi ke tempat asal mereka. Fairy Kingdom.

“Ibu berat hati nak bagi Zella pergi. Kamu pula, baru sebulan duduk rumah sudah mahu ke sekolah balik,” ujar Mak Cik Gin. Ada kerutan di dahinya. Dia bimbang akan keselamatan anak-anak angkatnya itu.

“Ala ibu.. Bolehlah bu. Nessa nak sangat Zella ikut Nessa. Lagipun tahun depan Zella tetap akan tinggalkan rumah ni.”

“Kamu cakap begitu, lagi ibu berat hati.”

Vanessa terkedu. Salah cakapkah dia? Zella cubit peha kakaknya. Siapa suruh buat ibu risau?!

“Ibu, bolehlah ibu. Bagilah Zella pergi dengan Nessa.” Vanessa pandang ibunya dengan muka yang penuh mengharap. Mak Cik Gin kerut dahi. Dia serba salah hendak membenarkan anak angkatnya itu pergi. Tapi bila memandang muka si kakaknya yang penuh mengharap, timbul rasa kasihan dalam hatinya. Akhirnya, Mak Cik Gin hanya mampu mengangguk lemah.
Vanessa sudah pandang Zella sambil angkat kening. Zella tunjukkan thumbs up dekat kakaknya.

“Tapi ingat, sebulan aje. Lepas tu, balik ke sini cepat-cepat.” Mak Cik Gin mengingatkan anak angkatnya itu.

“Okey!” Anak angkatnya menjawab. Serentak. Vanessa mencium pipi ibu angkatnya diikuti oleh Zella.

“Ibu, Nessa dan Zella masuk tidur dulu. Selamat malam,” selepas berkata demikian, mereka berdua masuk ke bilik masing-masing. Zella menghempas badannya ke katil dengan hati yang gembira. Dia akhirnya dapat pergi ke Fairy Kingdom.

*****

What?” Zella memandang kakaknya. Pelik. “Kenapa Zella perlu tukar identiti Zella? Kita cuma pergi Fairy Kingdom, right?”

Yes, but I don’t want you to be labeled as my sister. I want you to be labeled as my new friend. Come on Zella. It’s nothing to be worried about. Kakak takut kalau-kalau ada musuh yang cuba mendapatkan Zella. That’s why akak nak Zella ada fake identity.

It’s mean you wanna fool your friends.” Zella angkat kening. Dia cuba bersikap matang. Walaupun selama ini dia seperti budak kecil tetapi dia juga punya sikap seperti kakaknya. Cuma dia tidak suka menonjolkan sikap matangnya itu. Terasa tua!

Yes, my friends and our enemies. Not my friends only. Akak akan rasa susah hati kalau ada apa-apa terjadik dekat Zella tau.” Vanessa menafikan kenyataan adiknya itu.

Sister, I know that you were worried about me. But, I can look after myself. I don’t need you anymore.. err I think. But, whatever it is I don’t like to fool your friends. It’s not nice. It’s cruel.” Vanessa terdiam mendengar kata-kata yang keluar dari mulut adiknya itu. Semakin matang!

“Zella, kakak tetap nak Zella tukar identiti. Kakak tak kira! Kalau Zella tak nak. Fine! Zella tinggal sini. Kakak tak akan bawa Zella pergi ke tempat lahir Zella. Noktah.” Vanessa menyilangkan tangannya di dada.

Zella memandang kakaknya. Dia mengetap bibirnya. Tukar identiti? Bukan suatu benda yang disukainya. Matanya ditutup rapat. Dia berfikir-fikir sedalam-dalamnya. Cuma tukar identiti. That’s all. Nothing more or less. Zella cuba membuat keputusan yang bijak.

Zella membuka matanya perlahan-lahan. “Baiklah. Tapi, cuma tukar identiti aje.” Vanessa tersenyum. Dia berjalan mendekati Zella. Gunting yang berada di poket seluarnya dikeluarkan. Vanessa tersenyum.

Well, kita mulakan dengan rambut Zella.” Zella kerut dahi. Mata kakaknya dipandang sekilas sebelum matanya mendarat pada gunting yang berada di tangan kakaknya itu. Zella hendak membantah. Tetapi sebelum sempat dia membantah, Vanessa sudah menggenggam rambutnya yang panjang dan..

Zappp.....

Zella terkedu. Dia terasa kepalanya menjadi semakin ringan. Perlahan-lahan dia menghadap kakaknya itu. Pandangannya jatuh pada rambut yang berada digenggaman kakaknya itu. Tangannya menggigil-gigil menyentuh rambutnya. Vanessa tersenyum kelucuan melihat gelagat adiknya itu.

“Kenapa kakak potong rambut Zella? Kakak kata Zella kena tukar identiti, tapi kakak tak kata Zella kena potong rambut.” Zella mengeraskan nada suaranya. Sungguh dia berasa geram dengan tindakan kakaknya itu.

“Tukar personaliti sekali dengan identiti. Itu adalah lebih baik. Lagipun, kakak tak mahu ada orang kenal Zella dan mengatakan Zella serupa macam kakak. Lepas ni, muka Zella pulak.” Dengan selambanya Vanessa membalas kata adiknya itu.

Vanessa menepuk kepala adiknya dan terus berlalu keluar. Gunting dan rambut yang berada ditangannya sempat dicampak ke lantai sebelum keluar dari bilik itu. Zella mengetap gigi melihat kakaknya itu. Rambut dan gunting yang berada di atas lantai dipandang sekilas lalu. Dia berasa geram dengan kakaknya itu.

Zella melepaskan keluhan kecil sebelum mengemas kembali sepah yang dibuat oleh Vanessa. Setelah itu dia mula melontarkan dirinya ke atas katil. Kitty yang sedari tadi melihat perbualan Zella dan Vanessa mula mendekatkan diri dengan Zella yang berada di atas katil.

Zella mengambil Kitty dan diletakkan dia atas perutnya. Dia kemudian tertidur sehingga pagi menampakkan diri.

*****
Vanessa mengejutkan adiknya dari tidur. Dia menepuk-nepuk paha adiknya itu. Mata Zella mula bergerak-gerak sedikit sebelum terbuka luas. Dia memandang kakaknya yang sudah bercekak pinggang di hadapannya.

“Nak apa?” Zella mengesat-ngesat matanya sebelum dia sambung tidur. Vanessa mengetap gigi menahan marah.

“Zella, baik bangun sekarang. Dah lupa ke hari ni kita nak bertolak?” Vanessa memerhatikan dahi adiknya yang sudah berkerut. Tidak lama selepas itu mata Zella terbuka luas dan dia terus duduk tegak.

“Alamak! Orang lupalah. Baju tak pack lagi.” Zella menggigit bibirnya. Vanessa membuntangkan matanya.

“Zella tak packing baju lagi? Macam mana Zella boleh tak packing baju lagi?”

“Zella tertidurlah kakak. Macam mana ni?”

“Macam mana ape, packinglah sekarang. Kita ada lagi 3 jam lagi untuk bertolak.” Serentak itu Vanessa terus keluar dari bilik Zella.

Zella memandang sekeliling biliknya sebelum menjatuhkan pandangannya ke almari baju miliknya. Dia bingkas bangkit dari tempat tidurnya menuju ke almari baju. Almari baju dibuka dan beg baju dicapainya. Dia mula berkemas.

1 jam selepas itu...

“Zella, cepat sikit. Kakak dah sediakan makanan.” Vanessa mengetuk-ngetuk pintu bilik air adiknya perlahan.

“Okey. Sekejap lagi Zella turun. Kakak pergilah makan dulu.” Zella menjawab. Tangannya sudah berada di kepala paip. Dia sudah siap membersihkan dirinya.

“Ibu dia nak makan sama-sama dengan kita. Kita kan nak pergi Fairy Kingdom hari ni. Jadi, cepat sikit.”

“Oh. Okey. Zella dah sudah mandi dah.” Serentak itu pintu bilik air terbuka. Muncul  Zella yang sudah lengkap berpakaian di hadapan Vanessa. Vanessa tarik senyum sebelum melangkah pergi keluar bilik.

Zella berjalan menuju ke meja solek. Dia memandang imej dirinya yang terpapar pada cermin di hadapannya. Rambutnya yang basah dilapnya sehingga dia berasa puas. Selepas itu dia mula melangkah keluar dari biliknya untuk ke ruang makan.

“Sudah sampai pun tuan puteri. Lama ibu tunggu.” Mak Cik Gin berkata apabila melihat Zella yang sudah berada tidak jauh dari dia.

Zella tarik senyum, “Sorry. Ibu tengah berborak apa dengan kak Vanessa tadi?”

“Tak ada apa-apa cuma suruh kak Vanessa jaga Zella dengan baik-baik,” Zella buat mulut berbentuk O lantas mengambil tempat duduk disebelah kakaknya.
“Lepas sebulan ni, balik rumah kan?” Mak Cik Gin bertanya sambil memakan makanan yang terhidang dihadapannya. Pergerakkan Vanessa terhenti seketika.

“Huh?” Vanessa menyoal. “Urm.. tengoklah dulu macam mana ibu. Mungkin Zella yang balik dulu tapi Nessa tinggal sama lagi.” Vanessa menyambung semula.

Mak Cik Gin meletakkan garfu dan sudunya semula, “Kenapa Zella balik dulu?”

“Um.. sebab mungkin Nessa ada hal nanti dekat sana,”

“Habis tu takkan Zella balik sendiri?”

“Tak ibu, nanti Nessa mungkin suruh kawan hantar Zella balik atau Nessa hantar Zella balik dan pergi semula ke sekolah tu balik.”

“Kenapa Zella tak tahu pulak pasal ni?” Zella memandang pelik dekat Vanessa. Vanessa hanya menutup mulut seolah-olah tidak dengar akan pertanyaan adiknya itu.

“Umm.. takpelah kalau begitu. Ah Zella, bila potong rambut? Baru ibu perasan.” Mak Cik Gin memandang rambut Zella yang sudah pendek parat bahu.

“Oh... ni. Um..” Zella memegang pangkal rambutnya. “Semalam Zella potong. Zella suruh kakak potong. Kenapa, ibu tak suka ke?”

“Eh, taklah. Sesuai potongan rambut tu dengan Zella. Nampak lagi comel.”

Yeke? Terima kasih ibu,”

            Mak Cik Gin memandang jam dinding yang terdapat ditepi meja makan. Dia lantas bangkit dari meja makan. Vanessa dan Zella memandang ibu mereka.

            “Kenapa ibu?” Zella bertanya.

            “Ibu dah kena pergi kerja. Kamu berdua baik-baik nanti pergi. Ibu pasti rindukan kamu berdua,”  Mak Cik Gin memeluk Vanessa dan Zella dan terus berlalu pergi keluar rumah. Mereka berdua memandang kelibat Mak Cik Gin sehingga kelibat tersebut hilang dari pandangan mereka.

            “Sudahlah. Jom kita bersiap sedia pergi ke Fairy Kingdom. Kawan kakak mesti dah tunggu kita berdua dekat sana.” Vanessa mengangkat pinggan mangkuk ke sinki dan diikuti oleh Zella.

            “Umm.. Kakak, betul ke nanti Zella akan balik sini semula? Bukan nanti Zella akan pergi belajar dekat Silvery School ke nanti?” Zella bertanya perlahan. Vanessa memusingkan dirinya menghadap adiknya itu.

            Vanessa tarik senyum kecil sebelum menjawab pertanyaan adiknya itu, “Zella akan balik ke sini sekejap sebelum pergi ke Silvery School. Mungkin selama seminggu Zella duduk rumah. Nanti Zella pergi sendiri ke Silvery School. Kakak tak akan jemput Zella tahu.”

            “Eh, kenapa pulak kakak tak jemput?”

            “Saje. Kakak nak Zella belajar berdikari. Mana tahu kalau apa-apa terjadi dekat kakak, Zella boleh berdikari.” Vanessa menjawab tenang.

            “Kakak, tak akan ada apa-apa terjadi dekat kakak. Kakak kan hebat.” Zella menyakinkan Vanessa. Vanessa cuma angkat bahu dan kemudian naik ke biliknya. Zella memandang kakaknya dari belakang. Dia yakin tidak akan ada benda yang berlaku dekat kakaknya nanti. Dia yakin itu. Jika ada apa-apa yang berlaku dekat kakaknya, dia akan melindungi kakaknya itu. Dia berjanji pada dirinya sendiri.

*****
           
            Zella memandang imej dirinya dihadapan cermin besar. Sudah 30 minit berlalu selepas mereka berdua sudah makan.

            “Bolehlah ni kakak. Zella suka imej Zella yang ni tapi Zella lagi suka imej Zella yang dulu.”  Zella masih lagi memerhati dirinya. Vanessa yang berada di tepinya dipandang sekilas lalu.

            “Kalau begitu kakak akan seal imej Zella ni. Ingat Zella, Zella jangan bagi tahu sesiapa pun yang Zella ni adik kakak.”

            “Okey. Jangan risau Zella tak akan bagi tahu punya. Umm.. Bila nak bertolak?”

            “Lagi 10 minit.”
           
            “Tak sabar nak pergi semula ke tempat lahir kita.” Senyuman gembira terukir di bibir Zella. Vanessa tersenyum melihat adiknya itu. Jika Zella tahu bonda mereka hidup bagaimana reaksinya nanti? Vanessa tertanya-tanya. Dia tidak akan bagi tahu Zella perkara itu. Tidak akan sehinggalah bonda mereka berjaya diselamatkan.

            “Zella ingat, nama Zella sekarang ialah Melissa. Ingat tau.” Vanessa mengingatkan lagi sekali nama samaran Zella. Zella angguk kepala dengan pantas.

            “Jomlah pergi. Dah tak sabar ni.” Zella sudah berdiri dihadapan cermin sambil memegang Kitty. Bagasinya berada di sisinya. Vanessa tersenyum dan  membuka langkah ke arah Zella sambil membawa bagasi miliknya. Dia menarik nafas perlahan sebelum membaca mantera itu.

*****

p/s : Hii ! Dah lama tak melawat sini and I just got home and trying to write again.. and alhamdulillah, chapter 18 dah lepas. Tak kena writer block dah. Really hope can finish TCOR before this upcoming september hmm anyway thanks readingg ^^

https://www.wattpad.com/story/317285-the-chronicles-of-revenge

2 comments:

Anonymous said...

pls update lelajuss...lama gila kot blog nie sepi...kebanyakan cerita tergantung...hanging.....hemm.....

Eefa Azwany said...

Waaa..berkurun tggu nk bca citer ni. Lps ni tlg update lelaju ya.
Thnks..