Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Saturday, January 22, 2011

Phase 8 : The Guardian


  
The Guardian 

            DARI jauh kedengaran gelak tawa yang sangat nyaring. Bunyi gongongan anjing dan ngauman serigala serta-merta berkumandang. Bulan yang bercahaya kekuning-kuningan perlahan-lahan menjadi merah darah.
            Kapulan-kapulan asap tebal dari bangunan-bangunan pencakar langit akibat dari serangan Azera perlahan-lahan membentuk pusaran mengelilingi bulan berwarna yang merah darah itu.
            Azera yang sedang memerhati kejadian itu dari udara tiba-tiba cemas. Bulu romanya serta-merta meremang. Peluh mula menitis. Kemudian dia menggeleng, seakan tidak percaya dengan apa yang ada di matanya.
            “Ini tak mungkin! Ini tak mungkin!” bentak Azera. Suaranya kedengaran bergetar. Perlahan-lahan dia mengundur lalu berpaling ke belakang. Dia merasakan satu aura sedang mendekatinya. Tidak semena-mena, satu objek berwarna putih tiba-tiba menerpa dihadapannya, hanya dengan jarak 2 meter muka mereka sudah bertemu. Seluruh tubuhnya berwarna putih, rambutnya pula panjang mengurai sehingga ke lutut. Objek itu juga mempunya satu sayap berwarna putih dan hitam yang besar.
            Azera kaku seperti patung, nafasnya seakan terhenti. Itu adalah kali kedua dia mengalami ketakutan yang sedemikian rupa. Malah, aura yang dirasainya sebentar tadi sama seperti aura yang pernah di rasainya 500 tahun dahulu.
Mata Azera terbeliak menatap kepala yang tidak berwajah itu.
We meet again, Azera!” tanpa mulut objek itu boleh bercakap. Makin berganda ketakutan didada Azera. Betul sangkaannya, objek itu adalah Malaikat. Musuh tradisinya.
“Aeri-el!” tergagap-gagap Azera menyebut nama itu.
“Macam mana kau boleh…”
“Aku beri kau dua pilihan, pergi atau mati!” tanpa menjawab soalan Azera, objek itu terus mengutarakan soalan. Azera tersentak. Tanpa berfikir panjang, dia terus melarikan diri. Dia tahu, objek dihadapannya itu bukan lawannya. Objek itu pernah menewaskannya 500 tahun dahulu, malah semua bala tentera syaitan yang berada di bawahnya dikalahkan sekali gus.
Objek yang seakan bernyawa dan mempunyai satu sayap tetapi tidak mempunyai wajah itu menggelengkan kepalanya. Tidak disangka selepas 500 tahun, kita berjumpa lagi musuh tradisiku.
Dia membuang pandangannya di sebuah bandar yang sudah binasa dek serangan Azera. Perlahan-lahan dia mengangkat kedua-dua tangannya. Angin yang sepoi-sepoi tiba-tiba mengganas. Pokok-pokok gergasi yang teguh terpacak diatas tanah bergoyang dengan kencang. Rambut putihnya yang separas dengan lutut mengerbang ditiup angin kencang.
Awan-awan tebal mula berarak laju diatas kepalanya. Dedaun yang ditiup angin turut bergabung bersama awan tersebut. Batu-batu yang berada di atas tanah perlahan-lahan naik ke atas awan itu. Air sungai yang deras mengalir naik ke udara setitis demi setitis dan bercantum bersama dengan awan, dedaun dan juga batu-batu itu.
Awan yang sudah bercampur aduk itu menjadi pusaran berwarna putih dan membesar sedikit demi sedikit dan apabila awan itu sudah melebihi tahap muatannya tidak semana-mana awan itu meletup diatas udara dan serpihan-serpihan yang berkecai itu jatuh ke bumi seperti  bintang-bintang kecil yang bergemerlapan diatas langit.
Beberapa minit kemudian, serpihan-serpihan itu pun lenyap dan bandar yang binasa tadi kembali seperti keadaan asal. Ianya berlaku dalam sekelip mata sahaja.
Orang-orang yang tercedera dan sudah pun meninggal, hidup semula. Orang-orang yang ketakutan seperti baru saja bangun dari mimpi ngeri dan terus terlupa akan kejadian dasyat itu. Mereke kembali berkerja seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi. Bulan yang berwarna merah pekat seperti darah itu turut kembali seperti biasa.
            Aeri-el menjatuhkan kedua-dua tangannya lalu menghembus nafas lega.
            “Takda siapa yang boleh memulihkan bandar ini dengan sempurna melainkan aku. Kau memang hebat Aeri-el!” puji Aari-el sendiri.
Sesaat kemudian Aeri-el tiba-tiba tersentak lantas memandang ke belakang. Terasa seperti ada sesuatu yang sedang menariknya. Morgan!

*****
            “MORGAN, tolonglah..kau mesti keluar dari situ…tempat itu semakin panas. Kau akan mati!” kata Black Demon. Terdengar nafas Morgan yang tercungap-cungap. Itu bermakna, dia sudah kehilangan banyak tenaga.
            “Ma..macam mana kau boleh tahu bilik ini semakin panas?” soalnya. Tidak mungkin Black Demon boleh berasa panas jika mereka hanya dihubungan dengan telepati.
            “Sebab kita bukan hanya dihubungkan dengan telepati, tapi kuasa Sen aku. Aku sedang mimpikan kau dan mimpi ini hanya boleh berhubung dengan orang yang kita cintai,” terang Black Demon. Morgan tergelak sambil tersandar di bucu katil. Tubuhnya sudah kuyup dengan peluh. Bilik yang hitam itu sudah mula menjadi merah seperti besi yang terbakar.
            “Cinta? Macam mana syaitan seperti kau tahu apa itu cinta? Bukankah syaitan tidak mempunyai perasaan cinta?” sindir Morgan. Black Demon tergelak.
            “Eya, syaitan memang tiada perasaan cinta tetapi orang lain boleh mewujudkan cinta untuk mereka. Dan kuasa ini sebenarnya bukan milik aku, tetapi milik kau Morgan. Kau yang tunjukkan aku kuasa ini, kau kena ingat itu..” kata Black Demon. Morgan masih berdegil. Dia kenal sangat sifat syaitan, seorang penggoda!
            “Argghh!” suara jeritan Black Demon kedengaran kejap sebelum mereka terputus hubungan. Morgan tersentak apabila dia tidak lagi merasa tenaga Black Demon. DIa terkapai-kapai.
            “Damon! Damon!” jerit Morgan kuat. Tiba-tiba dia menjadi takut.
            “Kau penipu! Dasar iblis!” bentak Morgan lantas mengensot ke belakang, bersandar pada katil.

*****

            BLACK Demon terhumban ke atas langit apabila sayapnya dicengkam lalu dilempar ke atas. Seketika kemudian, objek putih tanpa wajah itu melompat menyerang Black Demon. Tidak semena-mena sebila pedang berwarna perak muncul ditangan kirinya. Melihat penampilan itu, Black Demon segera mengecam pemilik pedang tersebut.
            “Aeri-el!” nama itu disebut perlahan dalam masa yang sama Aeri-el masih lagi sedang menerpa kearahnya. Black Demon mendengus, dia tidak boleh melengakah masa saat itu, dia perlu membantu Morgan, kalau tidak Morgan akan mati. Dia kini bergerak kearah bertentangan. Dia dengan Aeri-el akan bertembung.
            Black Demon mencengkam bahu Aeri-el begitu juga Aeri-el. Akibat daya tekanan yang tinggi, mereka berputar diatas udara menyebabkan angin tiba-tiba bertiup kencang.
            “Kalau kau tak nak Morgan mati, kau harus hentikan ini sekarang juga!’ kata Black Demon dalam keadaan menjerit.
            “Aku harus membunuh kau, kalau tidak kau akan memusnahkan bumi!” balas Aeri-el.
            “Kau sudah lupakan Morgan? Dia masih hidup dan dia perlukan pertolongan aku sekarang,” Aeri-el segera melepaskan tangannya sebaik saja mendengar nama Morgan. Serta-merta angin kencang tadi beransur perlahan.
            “Apa maksud kau Morgan masih hidup? Dia sudah mati 500 tahun yang lalu,” kata Aeri-el tidak percaya.
            “Dia dilahirkan semula, seperti yang dikatakan oleh Sofia,” Black Demon cuba meyakinkan Aeri-el.
            “Kalau betul apa yang kau katakan, bawa aku berjumpa dengan dia!” Black Demon menggeleng.
            “Tak boleh. Dia dikurung dalam Bilik Hitam oleh El-Voq. Aku dah takda masa, kita mesti selamatkan dia!” kata Black Demon. Matanya dan Aeri-el bertentangan seketika, dan Aeri-el pun bergerak ingin mendarat.

            Morgan terkejut, seakan baru terbangun dari tidur. Tenaga Black Demon kembali menyalur ke tubuhnya.
            “Morgan!” dia tersentak apabila terdengar suara asing.
            “Siapa kau? Kau bukan Black Demon!”
            “Bawa bertenang, aku datang untuk menolong. Aku tahu macam mana nak keluarkan kau dari situ,”
            “Kau siapa? Macam mana kau tahu tentang tempat ni?”
            “Kita takda masa nak bersoal jawab Morgan, kau perlu dengan kata-kata dia dulu,” kata Black Demon. Tiada balasan dari Morgan. Aeri-el menyambung perbicaraannya.
            “Morgan, kau perlu bertenang. Ini akan mengambil masa yang panjang jantung kau berdegup kencang,” kata Aeri-el. Morgan menurut tanpa menyoal lagi. Dia cuba menenangkan dirinya.
            “Okey, sekarang kau perlu fikirkan semua ni hanya ilusi. Anggap yang kau berada didalam mimpi kau,” Morgan tersentak.
            “Kau nak aku anggap semua ni mimpi sedangkan aku hampir mati kepanasan?!” marahnya.
            “Aku dah cakap, jangan menyampuk. Dengar arahan aku!” bentak Aeri-el. Morgan tidak menjawab. Walaupun hatinya mendidih diarah seperti itu tapi dia harus keluar dari situ.
            “Ini adalah kuasa Ilusi tahap ke-10 dimana ini adalah tahap tertinggi dalam Kitab Neraka. Ia hanya berkesan jika jantung kita berdegup kencang, dia dapat merasa ketakutan kau, sebab itu kau perlu tenangkan diri kau,” kata Aeri-el.
            “Ilusi tahap ke-10? Aku tak pernah dengar kuasa itu dalam Kitab Neraka,” kata Black Demon pelik.
            “Kuasa ini hanya diketaui oleh ketujuh-tujuh syaitan tertinggi. Sebenarnya ada yang lebih tinggi, dan ia hanya dapat dikuasai oleh L. Morgan, buat seperti yang aku arahkan tadi,” kata Aeri-el. Black Demon tersentak, tubuhnya tiba-tiba menegang seakan ada arus elektrik yang mengalir dalam tubuhnya.
            “It’s working. Keep it that way, Morgan!”
            “Damon, kau juga harus menenangkan diri kau, kalau tidak kau takkan berjaya membawa Morgan keluar,” pesan Aeri-el. Black Demon mengangguk dengan wajah berkerut menahan sakit.
           
BAHANG panas yang boleh meleburkan besi itu perlahan-lahan menjadi bening. Terasa dunianya seolah-olah berputar dan Bilik Hitam itu tiba-tiba berubah warna putih. Hanya dia yang berada dibilik itu.
            “Morgan, you’re back!” Morgan segera membuka matanya, dan tiada siapa pun yang berada dihadapannya melainkan dinding putih. Morgan bangkit lalu mencari pemilik suara itu. Tapi, tiada siapa yang berada di situ.
            “Aku dimana?” soal Morgan.
            “You’re back!” kata suara itu lagi. Morgan mengerutkan kening.
            “Show yourself!” soalnya mula sebal.
            “I’m here Morgan,” suara itu mucul dari arah belakangnya. Dia pantas berpaling, dan seorang lelaki yang berpakaian serba putih sedang berdiri dan tersenyum dihadapannya. Morgan mengerutkan kening lagi, dia seperti mengenali lelaki itu.
            “A…Ace? Kenapa kau boleh…apa kau buat…?” Morgan langsung tidak boleh memilih soalan mana yang patut dilontarkannya, semua ini tidak masuk akal. Lelaki itu tersenyum. Tanpa menjawab soalan Morgan, dia menghulurkan tangannya.
            “Kita keluar dari sini,” kata lelaki itu. Morgan memandang tangan itu buat seketika.
“Aku akan berurusan dengan kau nanti!” ugut Morgan. Tanpa menyambut tangan lelaki itu, dia terus maju ke depan.
            “I know, and I’m waiting!” jawabnya bersahaja. Mereka terus berjalan tanpa mengetahui hujung pangkal tempat itu. Tiba-tiba saja tubuh mereka lenyap dari pandangan. 
************************************** 
p/s: sorry lambat upload..enjoy!

5 comments:

yufa said...

tak baca lagi pun...saja nak tunjuk muka kat cni...nanti hr sabtu br baca, apapun da tau mest best...kikiki

Unknown said...

Dear Witch...

Takpe lambat upload tapi memang best citer ni.... next n3 please...

S@Y@NGH@SNI said...

x sabo nk bc sambungannyer..

Anonymous said...

naper lmbt sgt new n3 ni???
dah lama sgt tunggu ni..

Anonymous said...

new entry plsssssssssssssss