Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Wednesday, March 2, 2011

CUPID : Chapter 6

Henrietta memang kurang pandai bershopping. Aku sengaja mengheret dia lepas kelas naik kereta baru aku ke pusat membeli-belah. Temankan dia beli pakaian yang lebih sesuai dan beli barang-barang mekap sikit. Dia main ikut je aku, macamlah aku yang nak beli barang. Aku ni lelaki, bukan manusia pulak tu. Manalah aku tahu benda-benda macam ni. Terpaksalah aku minta pekerja di situ tolong uruskan hal dia.

Barang-barang yang dibeli tu, aku bayarkan pakai kad kredit. Macam mana aku dapat, janganlah bertanya. Semuanya Tuan Cassius yang uruskan. Begitu juga dengan kekasih baru aku yang bernama Honda itu. Kad kredit tu memang ajaib. Guna kad tu boleh dapat sanyak benda. Lebih hebat dari kebolehan aku ni. Fikirku sambil tersengih sendiri. Kad kredit diputar-putar di tanganku. Agaknya inilah yang dipanggil 'jutawan' di dunia manusia.

Aku sedang menunggu Henrietta di sebuah kedai yang kelihatan ternama. Dia dibawa masuk oleh dua orang pekerja wanita yang melayan kami sejak tadi. Mereka asyik mengesyorkan pakaian yang sesuai serta menyuruh Henrietta disolek di bilik khas. 

Sedang aku berangan yang diriku seorang jutawan, Henrietta menjengah keluar dari bilik khas itu. 

"Asran, saya rasa kekoklah." bisiknya. Dia kelihatan sangat berbeza. Henrietta mengenakan kemeja tidak berlengan nipis berwarna kuning cair yang mempunyai renda-renda kecil berwarna kelabu dan skirt pendek kelabu gelap serta sepasang boot gelap setinggi lutut. Dia juga dikenakan solekan nipis dan rambut hitamnya yang panjang mengurai itu kelihatan rapi dengan dua pin rambut berbentuk hati terselit di kiri rambutnya. Gadis itu kelihatan sangat menawan. 

Tetapi, dia kelihatan tidak begitu selesa. Mungkin ini ialah perubahan terbesar baginya. Kalaulah dia berpakaian begini ke kelas esok, aku pasti ramai yang akan terkejut. Dan aku akan pastikan Lex juga akan terpukau olehnya.

"Cantik rupa-rupanya awak ni ya." pujiku cuba menaikkan semangat gadis itu.

Dia kelihatan seperti hendak menarik bajunya itu sekarang juga kerana terlalu tidak selesa. 

"Jom balik." ajakku. "Bawa pulang semua baju dan benda yang kita beli tadi." Dia kelihatan terkejut. "Kenapa awak buat semua ni untuk saya?" soalnya. 

Aku memandang tepat ke matanya. Aku harus memainkan peranan psikologi untuk memujuk gadis ini. "Kita kan berkawan. Apa salahnya sekali-sekala saya tolong awak. Awak juga akan menolong saya satu hari nanti, kan?" kataku memikirkan yang gadis ini dan Lex ialah tiket untuk membersihkan namaku di dunia Cupid serta diberi kebebasan memilih tugasan yang aku sukai.

"Lagipun kan saya dah janji akan tolong awak mengenali Lex dengan lebih rapat. Saya bukannya nak cakap dengan penampilan awak yang dulu, awak akan gagal. Tapi, saya mahu awak belajar membina keyakinan diri. Dan salah satu caranya ialah dengan memperbaiki penampilan awak." sambungku.

Gadis itu merenungku agak lama. Raut wajahnya yang kelihatan cemas tadi berubah sedikit demi sedikit. Kemudian dia menguntum seulas senyuman ikhlas yang kelihatan begitu manis apabila dipadankan dengan penampilan barunya. 

Untuk seketika aku seperti terpukau melihat wajah Henrietta sebegitu. Jantungku berdetap kencang sekali, dan aku hanya menyangkakan pada ketika itu cuaca begitu panas sehingga menyebabkan jantungku berdegup secara luar biasa sekali. 

Pertama kali dalam seumur hidupku.



Henrietta

Henrietta gementar. Asran telah membelikannya banyak pakaian yang dia hanya melihat dipakai oleh orang lain. Malah dia juga telah diajar cara-cara asas mengenakan mekap. Asran mencabarnya menukar penampilannya sewaktu menghadiri kelas pada pagi keesokannya. Katanya sekurang-kurangnya selepas ini Lex akan mengingati namanya.

Pagi itu dengan bantuan Elis yang berasa terperanjat pada mulanya, dia mengenakan sehelai top two pieces hijau muda digandingkan dengan sedikit perhiasan serta skirt pendek dan kasut tinggi berwarna gelap. Rambutnya diikat gaya seperti gadis dari Asia timur dan dia juga mengenakan mekap seperti yang diajar. 

Henrietta bangun awal pagi itu semata-mata ingin bersiap-siap. Dia nekad ingin mengubah gayanya dan akan memberanikan diri berbual dengan Lex. Dia juga tidak mahu mengsia-siakan usaha Asran yang selalu membantunya itu. 

Dia melangkah keluar dari rumah dengan penuh yakin akan penampilan barunya itu.

"Kenapa kau tiba-tiba berubah, Henrietta? Kau dah ada boyfriend ke?"soal Elis di dalam tren. Dia memang hairan dengan perubahan Henrietta yang tiba-tiba itu.

"Aku saja nak ubah gaya aku. Salah ke?" balas Henrietta. 

"Betul ke ni? Mesti ada sebab." Elis cuba meneka lagi.

"Anggap je la aku sedang cuba mendapatkan lelaki terhebat di abad ini." kata Henrietta sambil tersengih.

Elis memandangnya sambil memuncungkan mulut. Dia tahu Henrietta sangat perahsia orangnya. "Hishh... tak sangka. Dalam diam, gatal juga kau ni ye."

Mereka tiba sebelum kelas bermula. Henrietta masih berdebar-debar. Risau jika perubahannya tidak dapat diterima sesiapa. Risau jika dia dikutuk orang. Keyakinannya masih belum ada seratus peratus. 

Perlahan-lahan dia menjenguk ke dalam kelas di pintu. Hatinya ragu-ragu untuk masuk.

"Taknak masuk kelas ke?" seseorang menyapanya dari belakang dan dia pantas menoleh. Seseorang yang tinggi berdiri di belakangnya menyebabkan dia terpaksa mendongak. Jantungnya hampir berhenti apabila memandang muka Lex.

Lex juga memandangnya dengan dengan wajah terperanjat. Dia berasa seperti kenal gadis itu.

"Henrietta?" tegurnya tiba-tiba. 

Henrietta tergamam. Lex mengenalinya malah tahu namanya yang sukar disebut itu. Suara Lex menyebut namanya terngiang-ngiang di telinga seperti gema. Dia dengan spontan mengumpul kekuatan dan berkata," selamat pagi, Lex."

Lelaki itu tersenyum kepadanya dan menarik pintu kelas. Dia menahan pintu itu dan menunggu Henrietta melaluinya. Gadis itu masuk dan duduk di sebelah Joan seperti biasa. Lex sempat menghadiahkan gadis itu senyuman sebelum duduk selang beberapa baris di belakang Henrietta. 

Beberapa pasang mata memandang Henrietta sambil berbisik-bisik. Kemudian beberapa orang pelajar menghampirinya dan menegur gadis itu, menyatakan yang perubahannya sangat baik.

Henrietta nampak Asran masuk ke kelas dan dia tersenyum kepadanya. Asran membalas sambil menunjukkan isyarat bagus dengan ibu jari sebelum berjalan ke tempat Lex dan duduk di sebelahnya.

2 comments:

Camellia MK (Maria Kajiwa) said...

Ada masalah sedikit dengan POV. POVnya bercampur. Kalau boleh gunakan satu POV saja.

Nur Farah said...

kak maria, POV tu apa?