Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Monday, January 10, 2011

Phase 1 : Morgan La Fea


-->
Morgan La Fea


           
Phase 1 : Morgan La Fea

MORGAN..” Morgan mengeliat ke kiri.Keringat mula menitis di dahinya walaupun aircond terpasang under 20.
            “Morgan..” sekali lagi suara itu menganggu tidurnya.
            “Morgan La Fea!” mata Morgan terbuka luas,dia segera bangun.Dia mengesat peluh di dahi dengan jarinya.Kemudian dia mendengus.That Demon!Dia menyelak kasar selimut yang menutup kakinya lalu turun dari katil,dalam masa yang sama seorang wanita tua bepakaian gaun pembantu rumah menguak pintu dormnya lalu melangkah masuk sambil membawa sebuah troli makan dua tingkat di mana di bawah ada beberapa buah ancient book berwarna coklat dan di atas pula berisi segelas Milk Silk dan sandwich.
            “Hari ini Cik Muda ada kelas mengajar Flame magic kelas junior Mage,” kata Athela selaku pembantu dan pengurus Morgan.Athela menyorong troli itu mendekati meja,lalu meletakkan milk silk dan piring berisi sandwich di atas meja.
            “Bolehkah aku rehat lagi?” soal Morgan sambil melabuhkan punggung.
            “Tak boleh cik muda..sehari cik muda berada di dunia manusia,cik muda sudah terlepas 3 hari masa untuk mengajar junior mage,” kata Athela lagi.
            “Oh..Athela..aku penat sangat..boleh tangguhkan kelas tu tak?” Morgan seakan merayu.
            “Cik muda tak boleh..lagi pun selepas kelas nanti cik muda ada persidangan dengan The Elders,” Morgan mengeluh.
            “How much time do I have?” soal Morgan. Mahu tidak mahu terpaksa juga dia menurut.:agi pun itu sudah menjadi tanggungjawabnya.
            “15 minutes,”
            “Okey..give me 3 second!” pak!Morgan memetik jari.Serta-merta baju tidur yang tersarung di badannya berubah kepada jaket panjang dan korset sebagai pakaian luar.Seluar hitam ketat dan boot panjang paras betis.Rambutnya yang terurai tadi sudah diikat tinggi sambil rambut depan terkeluar sedikit dari ikatan.Dalam tiga saat itu,dia sudah melakukan semua kerja,mandi,tukar pakaian dan mengikat rambut.Dia lakukan itu hanya dengan menggunakan minda.
            Athela sedikit pun tidak terkejut,sudah terbiasa barangkali.Memang itulah hari-hari yang terjadi setiap kali dia masuk ke dalam bilik itu.Morgan melabuhkan punggung lalu menjamu sarapannya.Milk Silk diteguk sekali.
            “Cik Muda..”
            “Let me guess..berita tentang Black Demon sudah tersebar?” Athela tersenyum sambil menganggu.Kuasa yang Morgan milik mampu membuatkan dia dapat menjangkakan apa yang akan berlaku nanti.
            “Ini pin cik muda,” kata Athela sambil menghulurkan kotak berbentuk pentagon berisi pin berbentuk ros sambil durinya manjalar berwarna ungu.
            “Thanks..aku jalan sekarang,” Morgan menyambut kotak itu dan mencapai buku tebal di bawah troli makan.Athela tunduk tanda mengucap selamat jalan.Pintu tertutup.

            “SELAMAT pagi Lady Morgan,” ucap dua orang pelajar junior warlock semasa berselisih dengannya.Morgan sekadar mengangguk.Tiada niat pun hendak membalas ucapan itu.Dua orang pelajar itu mematikan langkah.
            “Eh kau tau aku dengar semalam Lady Morgan bertarung dengan Black Demon.Lord Seiren ada tunjukkan bukti pada aku semalam,” kata salah seorang dari mereka.
            “Shhuuu..!!!Nanti dia dengar macam mana?kau taulah perangai Lady Morgan.Habis kita dikerjakan nantu!” marah kawannya keras tapi dalam nada berbisik.Dua-dua memandang Morgan yang sudah berhenti atas tangga.
            “Tengok..dia dengarlah!Dah..jom!” mereka terus bergegas menyambung langkah.
            Morgan mendengus. “Flys!”
            “Hai!” Morgan tersentak lalu memandang ke bawah.Kelihatan seorang lelaki bertanduk dua di dahi sambil berpakaian ala-ala zaman Victorian sedang berdiri atas tangga.
            “Rufus?Kau buat apa di sini?” soal Morgan seakan terkejut.Bukan apa..dia faham benar dengan perangai Rufus,dia hanya akan keluar apabila diseru.Tapi Rufus tetap dapat keluar bila-bila saja yang dia mahu walaupun tidak diseru.
            “You look good..with that outfit,” peril Morgan.
            “Jangan nak peril..ini pakaian terkenal tahu.Aku dapat sendiri dari kamar Queen Victorian.Kalau kau nak aku boleh bagi” kata Rufus.Morgan ketawa.Sememangnya hubungan persahabatan mereka sudah semakin kukuh memandangkan sudah lebih 5 tahun Rufus berada di bawah perintahnya.Tapi bagi Morgan Rufus lebih kepada seorang kawan.
            “No thanks…by the way, kau mesti ada sebab keluar, kan? Why?” soal Morgan.
            “It’s about the Demon we fought last night,” wajah Rufus berubah serius.
            “Kenapa dengan demon tu?”
            “Master,I know you very well..tapi lepaskan saja hasrat kau untuk memusnahkan dia. He’s to strong,” Rufus seakan memberi nasihat.
            “Kenapa pula?Takkan kita nak biarkan saja dia musnahkan dunia ni?”
            “Aku tahu..tapi..antara 7 demon berkuasa dia adalah yang ke-8..seperti yang kau nampak sendiri pada malam pertarungan kita,dia dapat mengawal badan aku dengan senangnya.Dia terlalu kuat!”
            “Bukankah lebih kuat lebih seronok..lagipun aku dah lama tak bertarung dengan musuh yang kuat.Dan aku rasa kau pun patut ikut serta.Macam mana?”
            “Master..dia tu Black Demon, bukan calang-calang syaitan. Beside..he used to be my Master long time ago,”
            “Oh..really? That’s great...nampaknya kamu memang ada jodoh. Tapi sekarang, aku adalah Master kau merangkap sahabat karib kau… jadi mahu tidak mahu kau harus memihak aku. Faham?” kata Morgan sambil menepuk bahu Rufus.Rufus tersenyum kecil.
            “Okey..tapi kalau kita tak boleh musnahkan dia, pada masa itu kita sudah tiada masa untuk berpaling,” Rufus mengingatkan
            “Percayalah, aku boleh musnahkan dia,” kata Morgan yakin. Rufus mengeluh.
            “Macam mana kalau kau mati dalam tangan dia?”
            “No. Kalau aku mati, kami akan mati bersama-sama,” ringkas dan tenang saja jawapan Morgan. selepas menamatkan ayatnya, Morgan terus berlalu dengan bergaya sekali.
            “Wei..jadi aku macam mana? Lebih baik kau beri aja nyawa kau tu kat aku,daripada mati sebab nak selamatkan dunia ni,” langkah Morgan terhenti selepas menuruni dua anak tangga.Dia menoleh semula.
            “Itu terlalu tragislah Rufus…akukan kawan kau, lagipun kalau aku berjaya…perjanjian kita serta-merta batal dan kau boleh menjalani kehidupan biasa. Bukan begitu? So, kau memihak siapa, aku atau makhluk tu?
            “Well..siapa yang boleh bagi aku kehidupan sempurna, aku memihak dia. So that means…aku pilih kau,” Morgan tersenyum mendengar ayat itu.Menurut tafsiran Morgan,Rufus percaya yang mereka akan dapat mengurung Black Demon semula.
            “Good! Okeylah..till then. Aku ada kelas lagi,”
            “Boleh aku ikut?”
            “Tak boleh..junior mage belum pernah tengok Demon. Lagi-lagi kau Rufus,kau takda reflection!” kata Morgan seakan memerli.
            “Wei..aku handsome apa?”
            “Tak boleh! Lebih baik kau balik…kau belum sembuh sepenuhnya lagi,” kata Morgan seperti tahu kondisi Rufus sekarang lalu menyambung perjalannya menuju ke kelas junior mage.Rufus sekadar memandang Morgan hilang disebalik pintu.
            Bawa kaki Rufus sudah timbul lubang hitam dan perlahan-lahan dia menyusut masuk ke dalam lubang itu.Lubang itu tertutup semula.


*****


            “HAI guys!” jerit Ace atau nama penuhnya Ace Avitus,sambil menguak pintu restaurant itu luas-luas.
            “Ace?” puan Rena seakan terkejut.Dia baru saja mendapat berita pekerjanya itu mengalami kemalangan jalan raya beberapa hari yang lalu dan sekarang Ace sedang berdiri di hadapannya.
            “Ace?!” Rita,kawan sekerjanya terus meluru keluar apabila terdengar majikannya menyebut nama Ace.Mereka menghampiri Ace sementara Ace menutup pintu restaurant.
            “Bukan kau ada kat hospital Ace?” soal Rita.
            “Memang..sepatutnyalah..tapi aku tak cedera, sebaliknya mama aku yang masuk wad.Dia terkejut sangat,” kata Ace selamba.Wajah puan Rena dan Rita pula yang berubah riak.
            “Kenapa kau datang kerja? Bukan kau sepatutnya jaga mama kau kat hospital tu,” Tanya puan Rena pula.
            “Siapa lagi yang nak bayar kos perubatan mama kalau aku tak kerja?”
            “Jadi kau tak luka mana-mana masa kemalangan tu?” Rita masih menyoal tentang kemalangan itu.
            “It’s a miracle that I’ve survive..aku tak apa-apa cuma luka sikit saja kat bahu tapi dah sembuh. Jangan risau,”
            “Kau pasti?” soal puan Rena lagi seakan tidak percaya.
            “Eya… okey, okey! End of discussion. Ada tempahan?” Ace mengubah topik.Memang benar tubuhnya terasa sakit selepas kemalangan walaupun tidak serius kecederaannya,selepas berehat sehari badannya sudah kembli pulih seperti biasa.
            “Nah..ini alamatnya.Hati-hati…jangan sampai kemalangan lagi,” kata Rita sambil menghulurkan sekeping nota berisi kandungan alamat-alamat penempah. Kotak aluminium top slide itu diberikan kepada Ace.
            “Aku pergi!” selepas mendapatkan kedua-dua benda itu Ace keluar semula lalu menghidupkan engine skuternya. Kotak aluminium itu diletakkan dibelakangnya skuter.Ace sudah pun keluar dari tempat itu.
            Rita menjenguk keluar sebaik melihat Ace sudah berlalu melalui dinding kaca restaurant itu.
            “Thanks Ace for being alive,” bisik Rita.

*****

            PINTU bilik dewan persidangan dikuak oleh dua orang butler. Morgan melangkah masuk. Kelihatan kesemua 15 Elders sudah pun duduk ditempat masing-masing di meja segi empat sisi itu. Di atas meja itu sudah terhidang beberapa gelas wine anggur .Pandangan yang mereka lemparkan pada Morgan sangatlah tajam seakan tidak suka akan kehadiran dia di situ,tapi bagi Morgan itu sudah biasa baginya.
            “Beginikah sikap seorang Black Wizard? Tidak menepati masa!” Lady Selena bersuara sinis.Morgan melabuhkan punggung bersebelahan Lord El-Voq.Tidak peduli dengan rungutan wanita itu. Lagipun, Morgan bukanlah orang yang suka memberi alasan, kalau lambat, lambatlah.
            “Let’s begin!” Lord El-Voq bersuara. Serta-merta pandangan beralih padanya.
            “Seperti yang sudah kita bincangkan,Black Demon terlepas dari Black Hole dan sekarang dia berada di dunia manusia. Ini mungkin…”
            “Straight to the point please!” potong Morgan sambil memandang tepat kearah Lord El-Voq.Sikapnya itu telah menimbulkan kemarahan para Elders.Tapi Morgan tetap tenang dengan situasi tu.
            “Behave your self Morgan. Kami sebagai Elders perlu dihormati,kamu tak boleh bersikap seperti itu!” marah Lady Rozane.
            “Semua pelajar di akademi ini sudah tahu tentang kewujudan Black Demon, jadi jangan nak buang masa terangkan semula keadaan itu. Betul tak Lord Seiren?” kata Morgan dengan nada menyindir. Lord Seiren terpinga. Morgan seperti dapat membaca fikiran Lord Seiren. Lord Seirenlah yang menyebarkan cerita itu, untuk memalukan Morgan.
            “Macam mana mereka boleh tahu?” soal Lord Lucas.
            “Itu biar Lord Seiren yang terangkan,” jawab Morgan bersahaja. Lord Seiren mendengus. Mahu saja dia membaling gelas berisi wine itu kepada Morgan. Budak ni memang cari nahas!
            “Elder Seiren?” soal Lady Ratna, yang terkenal dengan sikap lemah-lembut, cuma dia seorang saja yang tidak mengambil kisah pasal Morgan. Mata mereka beralih pada Lord Seiren.
            “Lambat-laun mereka akan tau juga lagipun mereka berhak untuk tahu pasal kewujudan Black Demon. Bukan begitu Lord El-Voq?” kata Lord Seiren membela seakan dirinya.
            “Enough!!” bentak Lord El-Voq serentak itu pintu terkuak dari luar,Rufus masuk dengan keadaan tergesa-gesa.Langkahnya cepat menghampiri Morgan.Morgan bingkas bangkit. Para Elders kelihatan terkejut dengan kehadiran Rufus disitu termasuk Lord El-Voq.
            “Rufus??” sebaik tiba ditempat Morgan,Rufus segera membisikkan sesuatu ditelinganya.Mata Morgan membulat.Dia memandang Lord EL-Voq.
            “Ada apa Morgan?” soal Lord El-Voq separuh cemas.Morgan menarik nafas sebelum memulakan bicara.
            “Disebabkan Black Demon terlepas dari Black Hole, pintu gerbang antara dunia manusia dan dunia syaitan telah menjadi lemah. Kemungkinan besar, syaitan yang lain juga boleh merentasi sempadan itu,”
            “Apa?!” Lord El-Voq seakan terkejut. Dia bingkas bangkit. Serta-merta riuh seisi dewan dengan suara para Elders.
            “Kita perlu himpunkan semua Senior Witches dan Warlock sebelum gerbang itu terbuka!” kata Lord El-Voq.
            “Kalau begitu kita perlu hantar beberapa Warlock ke dunia manusia untuk meninjau sama ada Syaitan sudah terlepas atau belum,” Lady Selena memberi cadangan.
            “Jangan!” Rufus tiba-tiba bersuara.Mereka berpaling ke arahnya.Morgan tiba-tiba tersentak.Dia seperti baru saja merasa satu aura gelap yang hampir dengan Dunia Moonstone Hill.Tapi bukan aura Black Demon.
            “Aku setuju,” jawab Morgan.
            “Apa sebabnya?” soal Lord El-Voq.
            “Satu aura besar sedang mendekati pangkalan Estivage, aku rasa itu milik Demon. Tapi yang pasti itu bukan milik Black Demon,” jawab Morgan lagi.Dewan kembali riuh,mereka masing-masing bimbang dengan situasi itu.
            “Cepat! Kita kena lekas pergi ke Gerbang pangkalan! Elder Lucas, himpunkan Senior Warlock ke pangkalan Estivage,” arah Lord El-Voq.Lord Seiren segera bertindak pantas keluar dari Dewan itu.Lord El-Voq juga bergegas keluar begitu juga dengan Elders yang lain.Yang tinggal hanya Rufus dan Morgan.
            “Kau pasti?” Morgan masih tidak pasti dengan derianya.
            “Eya..It’s Azera,” perlahan-lahan Rufus menutur nama itu.Nama yang sudah lama tidak disebutnya.Morgan menekup bibir.
            “How can..She’s looking for me. She want me!”
            “Kita perlu bagitau mereka cepat..kalau tidak, sebab aku..semua Senior Warlock akan mati!” tambah Morgan lagi dan terus beredar dari dewan itu meninggalkan Rufus berdiri di sana.Tapi dia berhenti di pintu.
            “You don’t have to come,Rufus!” Morgan memberi arahan. Dia menyambung langkahnya. Rufus membisu. Azera, kau takkan pernah dapat kawan aku! Rufus seakan baru disimbar air,dia bergegas keluar. Mengejar Morgan.

           

2 comments:

Anonymous said...

hehehe....suka sangat baca cter nie....bez sngat2...dri mula bce smpai n3 nie....mmg menarik....

Unknown said...

Disebabkan tengok cerita yuyu hakushoo...
sooo terimagine cerita tuuu...sempadan antara dunia manusia dengan dunia syaitan.
huuummmm..jom bace lg..