Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Friday, January 16, 2015

Revenge 17 : Home (part 3)



Revenge 17 : Home (part 3)

Vanessa menghulurkan seutas rantai berbatu biru kepada Zella. Zella terpaku. Rantai tersebut dipandang sepi sebelum mengalihkan pandangannya ke Vanessa. Vanessa tersenyum kecil. Dia mencapai telapak tangan Zella dan dibawanya ke hadapan. Rantai biru tersebut diletakkan di atas telapak tangan Zella.

“Zella jaga baik-baik rantai ni. Ini rantai ayahanda.” Ujar Vanessa.

“Zella tahu rantai biru ini milik ayahanda tapi..”

“...macam mana boleh berada pada kakak?” Vanessa memotong bicara Zella. Dia tersenyum kecil. Zella angguk kepala.

Vanessa mengambil rantai tersebut semula dan dia bediri di belakang Zella. Rambut Zella diangkatnya dan dia mula memakaikan rantai tersebut di leher Zella. “Kakak rampas semula dari Argon. That’s all.”

Zella memegang batu biru tersebut. Dia terasa seolah-olah ada kuasa yang mengalir di dalam tubuhnya. Vanessa memegang bahu Zella dan menyuruh Zella menghadapnya.

“Ingat Zella. Jaga rantai ni sebaik mungkin. Jangan bagi rantai ini jatuh ke dalam tangan Dark Devils.” Zella angguk kepala tanda faham.

Suasana sepi mula menyelebungi mereka berdua. “Err.. kakak,” suara Zella memecahkan kesepian yang melanda. Vanessa memandang Zella.

“Kakak ada cakap yang Dark Devils berasal dari Dark Kingdom. Dark Devils merupakan sebuah organisasi yang dikendalikan oleh raja dan permaisuri Dark Kingdom. Semua arahan raja dan permaisuri Dark Kingdom harus dipatuhi oleh Dark Devils. Jadi, adakah Dark Kingdom adalah sebuah kerajaan yang dihuni oleh orang jahat sahaja?” Zella mengeluarkan pertanyaan dengan suara yang tidak beberapa jelas tetapi masih mampu didengari oleh Vanessa.

“Tak. Tak semua yang berada di Dark Kingdom jahat. Sebenarnya begini ceritanya. Tapi kakak tak tahu sangat kebenaran cerita ni. Kakak hanya terdengar dan terbaca tentang Dark Kingdom. Kalau sejarah mengenai Dark Kingdom. Itu kakak baca. Zella nak dengar sejarah Dark Kingdom atau cerita yang kakak terdengar dari orang lain dan terbaca dari buku?”

“Dua-dua. Tapi Zella nak dengar sejarah Dark Kingdom dulu.”

“Okey. Dengar baik-baik tahu. Dahulu ada sepasang kekasih yang saling sayang-menyayangi antara satu sama lain. Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa mereka adalah kekasih kerana pada zaman itu, kekasih mestilah sama taraf dan pasangan kekasih tersebut tidak sama taraf. Lelaki tersebut merupakan golongan bangsawan tetapi gadis tersebut adalah dari golongan bawahan. Jadi, mereka tidak sesuai untuk menjadi kekasih.

Namun disebabkan kasih sayang yang terlampau mendalam, mereka mengetepikan peraturan tersebut. Mereka juga menyembunyikan kisah cinta mereka daripada orang ramai. Malang tak berbau, ayah kepada lelaki bangsawan tersebut mengetahui bahawa anaknya mempunyai hubungan dengan seorang gadis yang tidak sama taraf. Ayah lelaki tersebut menyuruh pengawal mencari siapakah gerangan gadis tersebut dan setelah dijumpai, gadis tersebut harus dihukum bunuh.

Lelaki tersebut berasa bersalah yang teramat sangat terhadap gadis tersebut. Jadi, dia mula memikirkan cara untuk melepaskan dirinya dari bilik kurungan supaya dapat menyelamatkan gadis yang disayanginya.

Setelah berjaya melepaskan diri dari bilik kurungan tersebut. Lelaki tersebut dengan pantas menuju ke rumah gadis itu secara diam-diam tanpa dapat dikesan. Namun, kerana tersilap langkah mereka berdua dapat dikesan. Akhirnya mereka berdua dihukum bunuh.

Pada hari terakhir mereka berdua dihukum bunuh. Mereka masih menggenggam tangan masing-masing dan ada senyuman kecil tetapi penuh dengan kebencian terukir dibibir mereka berdua. Mereka seolah-olah tidak gentar dengan hukuman tersebut dan sedia untuk menghadapi hukuman tersebut.

Tetapi, sebelum mereka dipancung, mereka berdua menjerit sesuatu yang mengejutkan semua rakyat jelata. Iaitu..

 “kasih sayang kami akan terus mekar dan mekar dan kerajaan ini akan kucar-kacir dan pertempuran yang amat dasyat akan berlaku. Semua orang akan dipenuhi dengan sifat kebencian. Dendam dan syak wasangka akan memusnah kalian. Dan disaat itu, kami akan bangkit semula untuk meneruskan kisah cinta kami disamping membina kerajaan baru yang dipanggil Dark Kingdom!”

Setelah habis berkata sedemikian, mereka berdua menjerit tiba-tiba. Ada sesuatu yang keluar dari badan mereka. Sesuatu yang berwarna hitam dan seolah-olah seperti asap. Terbang ke langit biru. Dan disaat itu juga darah memancut-mancut keluar. Kepala mereka berdua sudah terpisah.

Semua rakyat jelata mengatakan bahawa, pasangan tersebut mengamalkan ilmu hitam atau dipanggil Dark Magic. Selepas itu, langit mula hitam dan hujan lebat turun secara tiba-tiba dan perkara yang dikatakan oleh pasangan kekasih tersebut berlaku. ”

Zella menelan air liur. Bulu romanya meremang. Sejarah Dark Kingdom memang tragis tetapi menarik.

“Kakak, kalau yang kakak terdengar atau terbaca?”

“Malam nanti sambung boleh tak Zella? Kakak penatlah. Nak makan, mandi dan belajar. Malam nanti tepat pukul 12 malam kakak cerita. Zella kena datang bilik akaklah.”

Zella tarik muncung. Bulu Kitty diusapnya dengan muka yang masam mencuka. Vanessa tarik nafas.

“Zella. Akak betul-betul perlukan rehat. Kakak baru lepas berlatih magis sebelum memberi rantai biru dan menceritakan sejarah Dark Kingdom dekat Zella. So, I really need a rest.” Vanessa menekan ayat terakhirnya itu. Zella berjalan masuk ke dalam biliknya. Vanessa geleng kepala sebelum masuk ke biliknya. Zella, Zella...

*****
Vanessa tengah menyiapkan assignment yang diberikan oleh Puan Telly ketika pintunya dikuak dari luar. Vanessa memalingkan kepalanya ke belakang sebelum menghadap ke hadapan semula. Zella berjalan menuju ke arah katil empuk milik Vanessa. Sejurus itu, Kitty masuk ke dalam bilik Vanessa dan melompat naik ke katil Vanessa.

Vanessa meletakkan penanya. Dia meluruskan segala urat sarafnya yang sudah kepenatan. Matanya terasa berat. Dia sudah berasa kantuk. Vanessa tutup mata beberapa saat. Rasa mengantuk yang hendak menguasai diri ditepisnya. Dia akhirnya berlalu ke tandas dan membasuh muka sepuas hatinya. Selepas itu, dia duduk di katil bersama-sama dengan Zella. Kitty yang berada di katilnya diletak di ribanya.

“Kakak mengantuklah Zella. Boleh bagi kakak tidur satu jam?” Zella merenung anak mata Vanessa. Jelas kelihatan urat-urat merah disekeliling anak mata kakaknya itu. Zella ukir senyum nipis dan menganggukkan kepala. Vanessa terus membaringkan diri dan terlelap. Zella memandang suis lampu. Lama. Akhir sekali, dia menutup suis lampu dan baring di sebelah Vanessa. Kitty tidur di celah-celah Vanessa dan Zella.

*****

Vanessa mengeliat dengan penuh asyik. Terasa segar badannya setelah mendapat tidur yang secukupnya. Vanessa tersentak. Secukupnya? Dia kalih pandangan ke kanan. Tercetus sebuah senyuman kecil dibibirnya. Dia perlahan-lahan bangun dari pembaringan dan terus membersihkan diri.

Vanessa tengah menyediakan makanan untuk sarapan pagi mereka sekeluarga apabila Zella masuk ke ruangan dapur.

“Sarapan belum siap, pergi mandi dulu.” Ujar Vanessa tanpa memandang muka Zella. Zella tanpa sebarang reaksi bangun dari kerusi dan pergi membersihkan diri. Vanessa memalingkan muka ke belakang apabila Zella sudah tidak kelihatan. Vanessa terus menyambung aktivitinya.

*****

Thanks my dearest sister.” Vanessa tarik kerusi menghadap Zella yang duduk termenung melihat ke luar tingkap biliknya. Zella terkejut dan pelik. Pelik kerana kakaknya tiba-tiba mengucapkan terima kasih. Untuk? Dan terkejut kerana kakaknya tiba-tiba muncul dihadapannya apabila dia sibuk termenung. Kenapa?

Thanks for?

“Tidur,” balas Vanessa pendek. Zella buat mulut berbentuk ’O’.

“Kenapa datang?” Tanya Zella kemudiannya.

“Aik? Macam tak suka aje. Tak apa, kakak boleh pergi.” Usik Vanessa.

“Bukan tak suka. Saja aje tanya.”

“Nak ceritakan pasal Dark Kingdom lah adikku tersayang,”

“Ouh. Bila nak cerita? Sekarang?”

“Kalau nak,” Zella terus menukar posisinya. Dari duduk termenung di atas katil, dia terus meniarap sambil menongkat dagu memandang kakaknya.

“Ceritalah,” Zella memandang muka kakaknya dengan penuh minat.

Vanessa yang baru hendak membuka mulut terkejut apabila...

“Sekejap!” Zella menjerit kecil. Dia berlari keluar bilik dan kembali bersama keropok dan air. Makanan dan minuman tersebut diletakkan diatas lantai.

“Kakak, cerita dekat atas lantailah. Senang sikit.” Vanessa bangun dari tempatnya dan duduk di hadapan Zella. Di tengah-tengah mereka ialah makanan dan minuman yang dibawa oleh Zella.

“Okey. Boleh mula.”

“Pada masa dulu, Dark Kingdom merupakan sebuah kerajaan yang aman damai. Walaupun dinamakan Dark Kingdom, mereka semua bukanlah jahat. Tapi semuanya berubah apabila pada suatu malam, ada seseorang menceroboh masuk ke dalam istana Dark Kingdom. Habis semua pengawal ditumpaskannya walaupun dia bersendirian.

Pada masa itu, raja dan permaisuri sedang tidur di dalam kamar. Keadaan yang huru-hara tidak mampu membuatkan raja dan permaisuri terjaga dari lena. Namun sebaliknya berlaku pada anak raja dan permaisuri. Dia terjaga dari tidur dan berjalan perlahan-lahan keluar dari biliknya. Dia melihat banyak jasad pengawal istana terbaring di atas lantai.

Anak raja tersebut hendak mencari ayah dan ibunya namun, tidak jumpa bilik ibu bapanya. Bilik-bilik di istana tersebut seolah-olah sudah bertukar kedudukan. Tiba-tiba, dia tersebut nampak ada seseorang yang sedang berjalan menuju ke arahnya. Dia melangkah setapak demi setapak ke belakang dengan perasaan yang cemas, takut, gelisah dan sedih.

Rupa-rupanya orang tersebut adalah ayahandanya. Anak raja itu hendak berlari mendapatkan ayahnya tetapi dia terdengar suara ibunya menjerit menyuruh dia melarikan diri dengan cara terjun ke bawah. Dia terpingga-pingga. Dari kejauhan dia melihat ayahnya berpaling ke arah ibunya dan mencekik leher ibunya. Ibunya tetap bersuara menyuruh dia melarikan diri, Lari, lari. Selamatkan dirimu. Jangan kembali.

Ibunya bersuara dengan lemah sekali. Tanpa berfikir panjang anak raja itu terjun ke bawah. Nasibnya agak baik kerana dia terjatuh dia atas benda yang agak lembut. Dengan sekuat tenaga dia berlari keluar dari istana untuk mendapatkan bantuan dari warga kampung. Tetapi, dia tidak berjaya.

Dia pengsan dihadapan sebuah rumah usang dan dia dijaga oleh seorang nenek. Setelah beberapa hari, barulah dia tersedar. Dia terus memberitahu nenek yang menjaganya tentang perkara yang berlaku dari istana. Nenek tersebut hanya tersenyum tidak percaya dengan segala ceritanya kerana istana tersebut langsung tiada apa-apa yang mencurigakan. Malahan nenek tersebut memberitahu bahawa dia baharu terserempak dengan raja dan permaisuri yang sedang berjalan-jalan di sekeliling kampung melihat keadaan seluruh warga kampung.

Anak raja itu terkejut dan terpana. Dia tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh nenek tersebut. Sehari selepas itu, dia menyamar menjadi budak kecil dan melihat keadaan istana tersebut dari jauh. Ya. Memang benar. Tiada apa-apa yang berlaku pada istana tersebut. Para pengawal kelihatan sedang berjalan ke sana ke sini.

Selepas puas melihat keadaan istana tersebut, dia terus berhijrah ke kerajaan lain dan kerajaan yang terakhir yang menjadi tempat tinggalnya ialah Fairy Kingdom. Dia menulis perkara yang menimpa ke atas istana Dark Kingdom dan meletakkan kertas tersebut di atas meja dan pada malam itu dia meninggal tanpa sebab. Perkara itu masih menjadi misteri sampai sekarang.

Setelah dia meninggal, perkara yang aneh banyak berlaku di Dark Kingdom. Raja menjadi semakin tamak akan harta. Beliau menjatuhkan hukuman mati ke atas semua orang miskin dan para penjahat tanpa belas kasihan. Ramai yang mati pada waktu itu dan ramai juga berusaha keluar dari kerajaan tersebut.

Kerajaan Fairy yang mendapat tahu mengenai keadaan Dark Kingdom sekarang teringat akan kertas yang dijumpai oleh rakyatnya. Dalam kertas tersebut ada menyebut bahawa perkara buruk mungkin akan berlaku ke atas rakyat Dark Kingdom dan semua ini angkara seseorang yang telah merasuk raja Dark Kingdom.

Orang ramai mulai menyesal apabila tidak percaya dengan perkara yang disampaikan oleh anak raja sewaktu dia masih hidup lagi. Sampai satu masa, kerajaan Fairy yang telah menolong menamatkan kekacauan yang dilakukan oleh raja Dark Kingdom. Setelah itu, keadaan menjadi seperti biasa dan raja baharu ditabalkan.”

“Pelik.” Zella bersuara setelah Vanessa habis bercerita.

“Pelik?” Vanessa memandang Zella dengan tanda tanya.

“Kenapa ditabalkan raja baharu? Apa yang terjadi dengan raja tadi? Siapa orang yang merasuk raja?” Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Zella.

“Sebab raja sebelumnya sudah mati apabila salah seorang dari tentera Fairy Kingdom cuba mengeluarkan roh yang merasuk raja tersebut. Mereka percaya, pedang emas yang baru siap dileburkan dan ditulis jampi akan membuatkan roh yang merasuk raja mati bersama dengan raja. Orang yang merasuk raja belum dapat diketahui sehingga sekarang.”

“Jadi apa kaitannya benda tersebut dengan apa yang berlaku dengan kerajaan kita pada masa lalu?”

“Mungkin orang yang merasuk raja tadi cuba membalas dendam kepada Raja dan seluruh ahli keluarga Fairy Kingdom kerana membunuh roh yang merasuk raja Dark Kingdom. Dia mungkin merasuk raja dan permaisuri Dark Kingdom.” Vanessa terdiam sebentar apabila terfikir sesuatu.

“Tapi yang peliknya kenapa sampai sekarang mereka masih memburu kita? Kenapa raja dan permaisuri Dark Kingdom masih lagi memburu kita? Masih lagi memburu Secret Glose? Dan kenapa rakyat Dark Kingdom boleh hidup aman? Dan kenapa semua kerajaan boleh berbaik dengan kerajaan Dark Kingdom termasuk Fairy Kingdom? Kenapa mereka boleh berbaik? Siapa raja dan permaisuri Fairy Kingdom sekarang? Ada sesuatu yang tak kena bila difikir-fikirkan balik.” Vanessa bercakap sendirian.

“Kakak, mereka buru kita kerana Secret Glose. Mereka mahukan Secret Glose kerana buku tu berkuasa. Tapi soalan kakak yang lain-lain tu, Zella tak ada idea. Memang ada sesuatu yang pelik bila kakak soal macam tu. Dan yang paling Zella ingin tahu, siapa raja dan permaisuri Fairy Kingdom yang baharu ditabalkan selepas peristiwa 6 tahun yang lalu?”


“Kakak akan cari jawapan untuk itu di Fairy Kingdom,” ujar Vanessa dengan senyuman penuh makna.

p/s : Thanks for reading this piece of work yang selalu diupdate lambat. Terlampau lambat... Sorry again. Lagi satu, chapter 18 still xdpt nak gerak2... Conflict jalan cerita, macam something wrong ja mase tulis tu. Haaa maaf tapi akan cuba gerakkan dia. All is well.

Saturday, June 28, 2014

Revenge 17 : Home (part 2)


Revenge 17 : Home (part 2)

Setelah 6 bulan here comes part 2 for revenge 17. Seriously sorry sangat2 sebab ambek mase 6 bulan untuk post chaps nie. And sorry if ada typo and all. And lastly Selamat Berpuase to muslim ^^

 “Dah jumpa cara nak broke the crystal freeze?” Vanessa duduk di atas katil adiknya. Zella tengah duduk di atas lantai sambil membaca buku Secret Glose. Zella garu kepala.

“Tak jumpalah kakak. Langsung tak jumpa.” Rengek Zella perlahan.

Vanessa mengeluh, “Betul ke tak ada? Kakak copy benda tu dari buku ni tau. Tak mungkin tak ada pulak,”

“Tapi kakak, Zella dah selak dah buku ni lebih dari 3 kali. Langsung tak jumpa.” Zella menyelak-nyelak buku tersebut dengan ganas. Vanessa pegang tangan Zella.

Zella, akak kata cari dengan mata dan fikiran bukan dengan mata aje. Kakak dah kata, Zella bukan hanya mencari cara nak broke the crystal freeze aje. Zella kena membaca buku ni dan memahaminya dengan betul juga. Ingat Zella, esok malam akak tanya Zella. Pastikan Zella dapat jawab dengan betul. Kalau tak, Zella tengok aje apa yang kakak akan buat dekat Zella.” Vanessa sudah memberi amaran. Zella ketap bibir. Dia tidak boleh hendak jangka apa yang kakaknya akan buat padanya.

Zella angguk lemah. Dia mengangkat buku tersebut dan meletakkannya di atas meja. Dia turut di duduk di situ meja tersebut sambil menongkat dagu. Buku yang terbentang luas di hadapannya di pandang sepi. Vanessa hanya memerhatikan adiknya sahaja. Punggung mula diangkat dan di labuhkan di atas meja adiknya.

“Zella, Zella kena ingat satu perkara. Musuh kita makin hari makin bertambah Zella. Akak pasti tentang itu. Lagi-lagi dari Dark Kingdom.” Vanessa bangkit dari situ dan menyentuh bahu Zella, “Fikir baik-baik Zella.”

Vanessa keluar dari bilik Zella, dia menutup pintu dengan perlahan. Bibirnya di ketap. Dia yakin adiknya sudah tidak begitu mentah lagi dan dia harap adiknya akan berjaya menguasai semua magis dan mantera. Langkah diatur ke dapur.

Kelihatan ibunya tengah memasak untuk makan petang. “Nak kakak tolong tak ibu?” Vanessa memeluk erat pinggang ibunya. Kepalanya diletakkan di bahu ibunya.

Mak Cik Gin tersenyum apabila anak angkatnya berbuat demikian, “Tak apalah, ibu nak sudah dah pun. Pergi panggil adik kamu makan. Makanan dah nak siap,”

“Okey,” Vanessa melangkah semula ke bilik adiknya. Pintu dibuka.Vanessa melihat di meja yang adiknya duduk sebentar tadi namun kelibat adiknya langsung tidak kelihatan di situ. Vanessa garu kepala.

Dia masuk ke dalam bilik adiknya dan memandang segenap ruang bilik tersebut. Pandangannya berhenti di pintu bilik air. Dia mendekati pintu tersebut dan melekapkan telinganya ke pintu tersebut. Terdengar esakan kecil di dalam bilik air tersebut.

Vanessa kerut dahi. Dia menolak pintu bilik air tersebut namun tidak berjaya. “Estiasi unlock,” Pintu terbuka. Vanessa melangkah masuk. Dia melihat adiknya duduk memeluk lutut menghadap dinding. Bahu adiknya di sentuh.

Zella pantas memusing kepala apabila terasa bahu di sentuh. Tergamam dia melihat kakaknya di situ. Air mata yang mengalir di kesat. Vanessa memegang tangan Zella. “Kenapa ni? Kenapa menangis?” Zella geleng kepala. “Zella,”

“Tak ada apa-apa. Cuma... umm... sakit perut,”

Vanessa angkat kening. “Zella, honest please,”

“Zella rindu bonda, Zella rindu ayahanda, Zella rindu zaman dulu-dulu. Zella tak suka apa yang berlaku. Zella tak suka nak berlawan. Zella tak suka ada musuh. Kenapa kakak? Kenapa kita yang kena? Zella nak keluarga yang dulu,” Zella memeluk Vanessa erat. Air mata mengalir keluar mencurah-curah. Vanessa mengusap rambut Zella perlahan-lahan, penuh dengan kasih sayang.

“Zella, ini semua adalah dugaan hidup. Zella kena kuatkan diri Zella. Tabahkan hati. Hidup ini memang kejam. Tersangat kejam. Disebabkan itu, kita kena menjadi kejam. Zella, kalau Zella rindukan bonda dan ayahanda dan keluarga kita yang dulu, kakak tak akan halang. Tapi ingat Zella, jangan sampai pihak musuh tahu mengenai kelemahan Zella iaitu masa lalu Zella. Itu boleh dijadikan senjata oleh musuh-musuh kita. Zella pun kena menghadapi dan mengharungi rintangan hidup ini walaupun Zella tak suka sebab apabila Zella kalah dalam pertempuran, Zella akan mati. Mati untuk selama-lamanya. Jadi Zella kena terima.” Zella memperkemaskan pelukan di pinggang kakaknya. Dia sedih mendengar semua yang keluar dari mulut kakaknya. Dunia kejam? Tersangat kejam? Ya. Dia yakin tentang itu. Dunia kejam, tersangat kejam.

“Zella, kakak kena pergi dapur. Ibu suruh makan. Zella nak makan dekat bilik atau dekat dapur? Kalau Zella nak makan dekat bilik kakak boleh tolong bawakan.” Zella mengesat air matanya. Dia mendongak memandang kakaknya. Perlahan-lahan dia berdiri.

“Zella makan dekat dapurlah. Tapi bagi Zella 5 minit. Baru Zella turun.” Senyuman manis di tarik. Hambar. Vanessa turut menarik senyuman namun senyumannya juga sama seperti Zella, hambar.

Zella berdiri menghadap cermin setelah Vanessa pergi dari situ. Dia menarik nafas panjang dan menghembus semula. Setelah dua minit melakukan perkara yang sama, dia mengukirkan senyuman untuk menyembuhkan hatinya yang sedang berduka. Namun, dia tidak berjaya untuk berbuat begitu. Senyumannya masih kelihatan hambar.

Zella membasuh muka dan mula mengingati saat-saat manis mereka sekeluarga. Senyuman kecil tercetus akhirnya. Zella melangkah keluar dari situ dan mula bergerak menuju ke dapur. “Haa.. baru nampak batang hidung. Ingatkan nak panggil tadi,” Vanessa menyergah adiknya. Zella tersenyum. Dia duduk di sebelah Vanessa.

“Haa.. sampai pun. Ingatkan tak nak makan.” Mak Cik Gin menyapu mentega pada roti bakar dan meletakkan di hadapan Zella. “Lepas ni, ibu kena pergi kerja. Jaga rumah baik-baik.”

“Okey, bu. Don’t worry, be happy.Vanessa membalas. Zella angguk kepala. Menyokong kata-kata kakaknya.

“Senang ibu dengar. Nanti habis ni, boleh tak Vanessa tolong kemaskan dapur? Ibu kena pergi sekarang. Dah lambat dah.” Vanessa angguk kepala.

Zella, tolong kakak kemas tau. Jangan nak ngelat.” Mak Cik Gin beri amaran.

“Mana ada Zella ngelat. Jangan risaulah, bu. Zella tolong kakak kemas nanti.”

“Betul ni?”

“Betul..”

Ye ke ni?”

Ye..

“Okeylah. Ibu pergi dulu. Jaga rumah baik-baik.” Mak Cik Gin terus berlalu dari situ.

“Siapa nak kemas ni? Kakak ke Zella?” Vanessa angkat kening memandang Zella yang sedang menggigit roti bakar yang sudah disapu mentega.

“Kakaklah. Takkanlah Zella pulak.”

“Aik.. tadi kata nak tolong kakak.”

“Saja aje kata macam tu. Kakaklah kemas eh. Zella nak buat kerjalah.”

“Kerja apa?”

Laa... baca bukulah. Cari cara-cara nak musnahkan crystal freeze.” Vanessa tersenyum

“Okeylah kalau macam tu. Kakak harap Zella berjaya cari. Jangan malas-malas.”

“Taulah. Okeylah, Zella pergi masuk bilik dulu,”

Vanessa hanya memerhatikan adiknya berlalu pergi. Dia memandang dapur tersebut sebelum tersenyum. “Esdiasi working,” Vanessa mengawang-awangkan tangannya di udara. Dia mengemaskan dapur tersebut tidak sampai 2 minit. Selepas itu, dia mula melangkah masuk ke dalam biliknya.

Vanessa menghempaskan tubuhnya di atas katil. Dia mendepangkan tangannya seluas-luasnya. Vanessa menutup mata dan terus tertidur.

 *****

Kau bukan kakak aku! Kau lemah! Kau pengecut! Kakak aku bukan macam kau!” Zella menjerit. Mukanya kelihatan bengis sekali.

Vanessa menggeleng-geleng kepala, “Zella, apa yang Zella merepekkan ni? Ni kakak, Zella. Kakak Zella.”

Zella ketawa nyaring, “Kakak? Kakak? Kau bukan kakak aku! Aku tak ada dan tak akan pernah ada kakak! Lagi-lagi kakak seperti kau! Pengecut! Lemah!” Bentak Zella garang. Vanessa cuba untuk mencapai tangan Zella.

Zella, apa yang Zella merepakkan ni? Zella tak kenal kakak sendiri ke?”

Berapa kali aku nak kata!” Zella menjerit dengan lantang sekali. “Aku tak ada kakak, bodoh! Kau bukan kakak aku! Kakak aku tak macam kau! Lemah! Pengecut pulak tu!” Zella melari meninggalkan Vanessa keseorangan di dalam hutan yang sungguh asing baginya.

Vanessa memandang sekeliling dengan perasaan yang cemas. Dalam fikirannya hanya ada Zella. Vanessa menangkap bunyi-bunyi yang agak asing di cuping telingannya. Dia mula bergerak untuk menjejak Zella yang sudah hilang di balik pokok-pokok di dalam hutan tersebut.

Vanessa memandang sekeliling, dia melangkah dengan penuh berhati-hati. Matanya meliar-liar memandang sekeliling. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi esakan kecil, tidak jauh dari tempatnya. Dia mencari arah bunyi tersebut. Dia mula bergerak perlahan-lahan menuju ke arah bunyi tersebut.

Vanessa nampak Zella sedang duduk di atas batu yang besar. Kakinya dirapatkan ke badannya. Mukanya ditekup di lututnya. Esakan Zella mulai kuat. Vanessa menyentuh bahu adiknya. Bunyi esakan sudah tidak kedengaran.

Zella ketawa kecil. Vanessa meramas bahu Zella. Ketawa Zella mulai kuat dan serentak itu Zella mengalihkan pandangannya ke muka Vanessa. Vanessa menjerit melihat muka Zella.

Vanessa terbangun dari tidur. Peluh memercik membasahi wajahnya. Dia tercungap-cungap. Vanessa tarik nafas dan menghembus nafas. Dia bangun dari katil menuju ke bilik mandi. Mukanya dibasahkan dengan air paip.

Vanessa memandang mukanya di cermin. Dia mengetap bibir. Matanya dipejam perlahan. Mimpi tersebut seolah-olah benar-benar berlaku.


Vanessa meletakkan tangan kanannya di dadanya. Dia cuba meredakan degupan jantungnya. Apakah petanda mimpi tersebut? Buruk atau baik? Tanya hati kecil Vanessa.

 Vanessa melangkah semula ke katilnya dan mula menyelimuti diri. Mata dipejam dan dia terus terlena semula sehingga pagi.

p/s : Have a great day ahead and Happy fasting and lagi 5 jam happy breaking fast ! :D

Friday, January 10, 2014

Phase 14 : Her Soulmate



Phase 14 : Her Soulmate


“VIEL… Viel…” Morgan merapu dalam tidur. Dahinya berkerut seribu seperti sedang mengalami mimpi ngeri. Wajahnya pucat tidak berdarah seolah-olah mimpi tersebut sedang menyerap semua darahnya.  Kedua-dua tangannya pula tanpa sedar mengenggam erat selimut diparas dadanya. Peluh-peluh hangat sudah mentitis didahinya seperti hujan yang menyimbah.
            “Saudari!” suara seorang lelaki seakan memanggilnya. Morgan berhenti merapu namun nafasnya masih berat.
            “Saudari?” sekali lagi suara itu berkumandang ditelinganya. Entah kenapa suara itu kedengaran lembut dan mententeramkan perasaannya yang sedang gundah seolah-olah mimpi ngeri itu bertukar mimpi indah. Nafasnya yang tadi berat dan tidak teratur mula stabil dan tenang.
            Perlahan-lahan Morgan membuka kelopak mata. Atap yang hanya diperbuat daripada daun kelapa itu memenuhi ruang penglihatannya. Cahaya matahari yang memancar melalui jendela ditepinya membuatkan matanya terasa sakit lalu menutup matanya dalam beberapa saat.
            Tanpa dia sedari, seorang pemuda berpakaian orang kebanyakan sedang duduk ditepinya sambil memerhati setiap gerak gerinya dengan wajah penuh minat.
Morgan pun memandang ke kiri, melihat lelaki itu dalam keadaan yang masih mamai. Wajah milik pemuda itu kelihatan samar-samar dalam pandangannya. Barangkali disebabkan kepalanya yang masih sakit dek pertempurannya dengan ‘Viel’. Tiba-tiba dia ternampak tangan lelaki itu ingin mencapainya.
            “Jangan dekat!” tengking Morgan, serta-merta terbangun dan kembali segar.
Morgan yang ketakutan, terkejut lantas menolak lelaki itu sehingga lelaki tersebut terjatuh dari bangkunya. Morgan terus berundur ke bucu katil, menjauhkan dirinya.
            “Jangan takut, hamba bukan orang jahat,” ujar lelaki itu sambil bangkit. Wajahnya masih tenang walaupun sudah diperlakukan seperti itu. Bangku yang terjatuh itu, dikemas semula.
            “Kamu siapa?” soal Morgan sambil menelan liur.
            Dahi lelaki itu berkerut kecil, seakan cuba membaca riak Morgan.
            “Saudari tidak ingat?”
            “Ingat apa? Kau siapa? Aku ada dimana?” Morgan mula naik angin. Perkara terakhir yang dia ingat adalah pertarungan antara dia dan syaitan dimana syaitan itu bertukar menjadi abangnya, Viel. Selepas kejadian itu, dia tidak ingat lagi.
            “3 hari yang lalu, aku menemui saudari dalam keadaan tidak sedarkan diri berdekatan tempat ini. Aku tidak tahu saudari tinggal dimana, jadi aku bawa saudari ke rumah aku,”
            “Kenapa kau tak bangunkan aku?” soal Morgan seakan marah. Dahinya sudah berkerut.
            Lelaki itu tersenyum nipis. “Saudari cedera dan percayalah, aku sudah cuba bangunkan saudari tapi aku tak boleh. Saudari langsung tidak bergerak walau seinci pun, seolah-olah saudari sudah mati,” jawab lelaki itu sambil tersengih.
            Morgan memandang wajah lelaki itu dalam-dalam, seakan cuba mencari kejujuran dalam mata lelaki tersebut. Sejenak kemudian, dia mengeluh. Lelaki itu seolah-olah berkata benar.
            “Kalau begitu, aku berterima kasih atas pertolongan kamu. Aku akan pergi sekarang juga.” Ucap Morgan lalu ingin turun dari katil.
            “Tapi, saudari boleh berjalankah?” tanya pemuda itu dalam nada kerisauan.
            “Jangan risau, aku lebih kuat daripada yang kamu sangkakan,” jawab Morgan. Tiba-tiba dia tersenyum sinis. Ya, aku Dewi Maut kenapa pula aku perlu lemah dan tidak boleh selamatkan kekanda aku sendiri? Bisik hatinya, sarkastik. Seolah-olah dia sedang mempersalahkan dirinya kerana tidak mampu berbuat apa-apa.
            Morgan mula bangkit, namun belum sempat dia mengangkat punggungnya, dia sudah terduduk semula.
            “Saudari tak apa-apa?” soal pemuda itu dalam nada risau lalu menahan Morgan daripada terjatuh ke tanah.
            “Jangan sentuh!” dengus Morgan marah lantas menapis bantuan pemuda tersebut.
            “Aku boleh berjalan sendiri,” sambung dengan keras. Morgan pun mengumpul semula kekuatannya. Kata pemuda itu tadi, dia sudah tidur selama 3 hari tidak hairan jika semua anggota badannya terasa kebas.
            “Beginilah saudari, aku sarankan lebih baik saudari berehat disini untuk beberapa hari lagi. Aku tidak tahu apa yang telah terjadi atau apa yang telah saudari lalui sehinggakan saudari boleh terlelap selama 3 hari dengan perut kosong. Tapi aku mahu membantu saudari, kalau saudari izinkan,” kata pemuda itu dengan sopan. Pemuda itu tahu, dari cara pemakaian Morgan, pasti Morgan daripada keluarga bangsawan. Kalau tidak pun, anak raja? Tapi mustahil anak raja boleh berada didalam hutan tebal ini.
            Morgan memandang pemuda itu dengan riak ragu. Tapi apabila dia fikirkan semula tentang kata-kata pemuda itu, ada baiknya jika dia berehat untuk sehari lagi disitu. Lagipun, pemuda itu seperti tidak berniat jahat kepadanya tambahan pula dia tidak tahu dia kini berada dimana. Masih berada di Dunia Orang Mati ataupun dunianya yang sebenar?
            “Baiklah. Kalau begitu, izinkan aku tinggal disini untuk sehari lagi,” pinta Morgan.
            Pemuda itu terus mengukir senyuman. Lega pelawaanya diterima.
            “Aku izinkan. Kalau begitu, biar aku memperkenalkan diri aku. Nama aku Damon. Damon Silverhair,” ujar pemuda tersebut.
            Morgan hanya mengangguk. Tiada niat untuk memperkenalkan namanya.
            “Boleh aku tanya nama saudari?” soal Damon namun apabila Morgan merenungnya dengan tajam, dia terus tertunduk.
            “Maaf,” ucapnya.
            “Morgan. Nama aku Morgan,” ucap Morgan.
            Damon sudah mengangguk-angguk. “Oh, Morgan. Emm… saudari, boleh saya tanya apa yang telah terjadi dengan saudari?” soal Damon ingin tahu.
            “Kamu tidak perlu tahu apa-apa. Sekarang, boleh tinggalkan bilik ini. Aku mahu berehat,” arah Morgan. Dia memang tidak ingin memberi apa-apa maklumat kepada Damon. Mereka bukannya saling kenal. Lagipun, ia cuma akan membahayakan keadaan jika dia memberitahu Damon apa yang telah terjadi dengannya.
            “Maaf. Saya Cuma ingin bertanya. Adakah saudari lapar?” tanya Damon pula.
            Kroo…
            Baru saja Damon menyebut pasal lapar, perutnya itu sudah berkeroncong. Morgan tertunduk malu. Pasti bunyi perutnya itu kuat sehingga telinga Damon sempat menangkap bunyinya.
            “Kalau begitu, aku juga mahu membersihkan badan. Dimana kamar mandi?” tanya Morgan.
            Damon sudah kelat. Masakan rumah yang seburuk itu mempunyai kamar mandi seperti dalam rumah orang-orang bangsawan.
            “Maaf saudari, rumah hamba tiada kamar mandi,”
            Morgan mengerut kening. Baru dia faham dengan kata-kata pemuda itu. Bilik itu sungguh kecil dan seolah-olah bilik itu adalah rumah pemuda tersebut. Semua perabot dalam rumah itu diperbuat daripada kayu jati. Mustahil lelaki itu mempunyai kamar mandi mewah.
            “Jadi, kamu bersihkan badan dimana?”
            “Jangan khawatir, saudari. Ada sungai yang berdekatan dengan rumah hamba, saudari…”
            “Sungai? Kau mahu aku mandi menggunakan air sungai?” soal Morgan dengan mata membulat.
            “Maaf tapi itu saja caranya, saudari,”
            Morgan mendengus. Dia menggaru kepalanya yang terasa gatal. Seluruh tubuhnya sudah timbul rasa gatal. Kalau betul dia sudah tidak mempunyai pilihan, maka terpaksalah dia mandi disungai saja.
            “Baiklah, kalau itu saja caranya,”
            Damon tersenyum. Lega hatinya wanita itu beralah tanpa banyak bantahan. Sangkanya, anak orang bangsawan akan berkelakuan manja dan menginginkan apa saja yang dikehendakinya. Tapi berlainan dengan Morgan. Walaupun wanita itu agar keras, tapi dia masih boleh dilentur.
            “Kalau begitu, biar hamba sediakan santapan untuk saudari. Lepas tu, hamba bawa saudari ke sungai,” ujar Damon seraya bangkit dan berlalu ke dapur yang juga berada didalam satu ruang dengan bilik tidurnya.
            “Terima kasih atas layanan baik, kamu. Walaupun kamu tidak mengenali aku, kamu masih sudi membantu,” ucap Morgan pula. Berasa terhutang budi dengan kebaikan lelaki itu terhadapnya.
            Damon tersenyum kecil. “Tidak apa, saya cuma membantu orang yang berada dalam kesusahan,” jawabnya lalu menyambung kerja yang terbengkalai tadi.
            Morgan yang duduk diam diatas katil sekadar memerhati gerak-geri lelaki itu. Entah kenapa hatinya tenang bersama Damon. Dia langsung tidak merasakan aura kejahatan disekitar lelaki itu dan dia berasa selamat. Mungkin otaknya sudah tidak betul, tapi jauh disudut hatinya dia percaya dengan Damon. Dia percaya bahawa lelaki itu berniat baik dengannya.
            Beberapa minit berlalu, Damon sudah pun selesai menyediakan makanan untuknya. Baru harum makanan itu sudah mencucuk-cucuk hidungnya. Tidak sabar pula untuk menyentuh makanan tersebut.
            Morgan pun bangkit lalu bergerak ke meja lantas melabuh punggung.
            Damon hanya memerhati Morgan dari tepi. Tidak sampai 10 minit, gadis itu sudah menghabiskan semua hidangan dimeja. Tidak hairan kenapa gadis itu kelaparan, dia sudah tidur selama 3 hari!
            Seketika kemudian, Damon pun membawa Morgan ke sungai seperti yang dia maksudkan. Sungai yang dikatakan Damon itu sungguh jernih sehinggakan batu-batu didasar jelas kelihatan. Ikan-ikan yang sedang berenang juga kelihatan tidak ubah seperti berada didalam sungai. Air terjun dan juga tumbuh-tumbuhan hijau yang subur mengelilingi sungai itu turut menambahkan keindahannya.
            “Cantik sungguh sungai ini. Aku tak sangka,” puji Morgan seakan tidak percaya.
            “Ini kain saudari dan juga baju ganti,” Damon meletakkan kain dan juga baju ganti Morgan diatas batu besar ditepinya.  
            Morgan hanya mengangguk.
            “Kalau begitu, aku tinggalkan saudari disini. Kalau saudari perlukan apa-apa, saya tidak berada jauh dari tebing sungai,” ujar Damon. Seketika kemudian, dia pun beredar menginggalkan Morgan sendirian.
            Selepas memastikan lelaki itu sudah berada jauh dari tempatnya, Morgan pun perlahan-lahan membuka gaun yang sudah koyak-rabak itu dari badannya. Kemudian, dia mencapai kain yang berada diatas batu lalu menutup tubuhnya menggunakan kain tersebut.
            Perlahan-lahan Morgan turun ke dalam sungai. Terasa sejuk itu menjalar ke seluruh tubuhnya. Dia menyentuh air itu dengan jari-jemarinya. Air yang sejuk itu menyegarkan tubuh dan mindanya sekali.
            Usai mencuci rambut dan membersihkan badannya, dia pun tenggelam kedalam air. Menikmati keseronokan yang hanya sekali dalam seumur hidupnya itu. Seketika kemudian, dia pun keluar dari sungai. Pasti Damon sudah penat menunggunya.
            Selepas menyarungkan baju ganti itu dibadannya, dia pun melaungkan nama Damon. Lama dia menunggu lelaki itu untuk menyahut panggilannya tapi hanya bunyi burung dan alam saja yang kedengaran.
            “Damon?” panggil Morgan sekali lagi. Dia sudah mula berada tidak baik.
            Tiba-tiba dia terdengar bunyi semak-samun. Dengan telinganya yang peka, Morgan segera dapat tahu darimana datangnya bunyi tersebut. Sekali lagi dia terdengar bunyi semak-samun, tapi kali ini dia sempat menangkap sebuah lembaga hitam yang bergerak dengan pantas sekali.
            Dalam fikirnya, lembaga hitam itu pastinya bukan binatang buas kerana binatang tidak mungkin boleh bergerak dalam kelajuan itu. Dia tahu kerana dia sudah lama berlatih dengan Katana. Kelajuan lembaga itu sama pantasnya dengan Katana. Jadi, ada kemungkinan lembaga itu adalah syaitan!
             
********************************** 
p/s : hampir setahun enovel ni tak bersambung. Maaf buat readers yang tertunggu-tunggu dengan sambungan enovel ni. By the way, happy new year readers :)