Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Friday, February 22, 2013

Revenge 16 : The Truth (part 2)




Revenge 16 : The Truth (part 2)


“Aku sebenarnya anak kepada Raja Edward dan Permaisuri Elit. Selama ni, aku sembunyikan identiti aku supaya tiada siapa yang akan kenal aku. Kau orang tahukan, kita ada belajar sejarah kerajaan bukan. Dekat dalam buku tu, memang ada tulis nama Fairy Kingdom dan segala sejarah mengenainya.” Monica sudah garu kepala. Vanessa angkat kening. “Aku tak tahulah kalau kau orang tak baca buku History of Kingdoms.” Sambung Vanessa apabila melihat reaksi Monica. Monica tersengih.

Sejarah Kerajaan adalah subjek yang sangat tidak disukai oleh para pelajar kerana mereka terpaksa menghafal dan membaca sejarah kerajaan-kerajaan yang terdapat pada masa kini. Subjek tersebut di ajar dua minggu sekali dan hanya sekejap sahaja. Hanya segelintir pelajar yang menyukai subjek tersebut.

“Aku ada baca. Dalam buku tu ada tercatat bahawa ada ramalan yang mengatakan keturunan yang ke-11 Dark Kingdom akan berkahwin dengan keturunan yang ke-11 Fairy Kingdom.” Tiara bersuara.

Vanessa angkat bahu, “Aku tak beberapa pasti pasal ramalan tu dan aku pun tak tahu aku keturunan yang ke berapa. Tapi aku tak percaya pasal ramalan tu.”

“Kenapa kau berkawan dengan Argon?” Danny menyoal tiba-tiba. Vanessa tersentak. Dia menghela nafas panjang sebelum menjawab soalan tersebut. “Rantai.” Ringkas sahaja jawapan Vanessa. “Aku nak rantai yang selalu tergantung dileher Argon. Disebabkan rantai tu, aku berkawan dengan Argon. Hanya disebabkan rantai tu.”

“Kenapa kau nak rantai tu?” Slyer menyoal dengan nada ingin tahu. Mereka semua masih berada di bilik bawah tanah. Danny sudah berjaya dikeluarkan dari kristal tersebut dengan jayanya. Vanessalah orang yang paling gembira apabila Danny mula sedar.

“Rantai tu milik ayahanda aku. Aku hanya mahu hak aku balik. Aku kawan dengan Argon supaya aku boleh minta rantai tu dari Argon.”

Then, kenapa kau bunuh Argon?” Vanessa memandang Tiara sebelum beralih ke muka kawan-kawannya yang lain.

“Aku bukan sengaja bunuh dia tapi aku terpaksa. Aku dah minta cara baik tapi dia berdegil dan dia pernah beritahu aku yang dia hendak membunuh seseorang. Disebabkan itu, ayahanda dan bondanya menyuruh dia bersekolah di sini. Supaya dia boleh bunuh orang tu.” Peristiwa tersebut berputar di ingatan Vanessa.

“ .... dan bila saya semakin membesar, ayahanda dan bonda hantar saya ke sini supaya saya belajar magis hitam dengan lebih mendalam dan juga untuk saya bunuh seseorang.” Zappp.... Lagi sekali Vanessa terpana. Suara Argon sedikit keras apabila menyebut ayat “untuk saya bunuh seseorang.”

Vanessa mengeluh sendirian. “Kalau dia berdegil pun kenapa kau bunuh dia, Vanessa? Kau tahukan dia sayang gila dekat kau.” Monica menderam kegeraman.

Vanessa geleng kepala, “Kau orang semua ingat dia sayang aku. Aku pun ingat dia sayang aku tapi sebenarnya tak. Dia sayang aku sebab dia tidak tahu siapa aku sebenarnya. Kalau dia tahu, mesti dia akan bunuh aku awal-awal lagi.”

“Kenapa kau cakap macam tu?” Tiara memandang Vanessa dengan tanda tanya. Semua mata menumpu ke muka Vanessa. Vanessa pandang lantai dan mengeratkan lagi pelukan di lututnya.

“Dia kata dekat aku yang dia nak bunuh anak Permaisuri Elit. Itulah sebab utama dia belajar di sini.” Semua yang berada di situ tersentak.

“Oleh sebab itu, aku mengambil keputusan untuk bunuh dia, sebelum dia bunuh aku. Dia pada mulanya tak percaya bila aku kata aku nak bunuh dia kalau dia tak bagi aku rantai biru tu. Lepas tu, dia tanya aku kenapa aku berubah. Aku kata yang dia tak sayangkan aku, tak cintakan aku. Dia nafikan. Bila aku kata aku adalah orang yang dia nak bunuh dia tak percaya dan masih menyatakan sayang pada aku. Tapi akhirnya dia percaya dan kita orang bertarung sehinggalah dia mati.”

“Urmm... Vanessa.. apa maksud kau dengan peristiwa 6 tahun dahulu? Aku dengar kau kata dekat Frank.” Monica bertanya.

“Kau memang tak baca buku sejarah kerajaan ke?” Slyer menyoal Monica. Monica memuncungkan mulutnya.

“6 tahun lalu, Fairy Kingdom dan Dark Kingdom bertarung. Kejadian tersebut mengambil tempat di Fairy Kingdom. Helis (askar-askar Fairy Kingdom) bertarung dengan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kerajaan mereka. Perkampungan di Fairy Kingdom turut musnah. Ramai rakyat jelata yang hanya menguasai magis yang lemah cuba untuk menyelamatkan kerajaan mereka turut terkorban. Pertarungan tersebut berlaku selama dua hari. Semua kerajaan terkejut apabila kerajaan Fairy dapat dikalahkan selama dua hari. Ada orang kata bahawa ada pengkhianat di dalam istana Fairy. Anak-anak Permaisuri Elit dikatakan hilang apabila pertarungan tersebut tamat dan Permaisuri Elit mati dibunuh. Tapi sekarang, sejak ada pemerintah baru, kerajaan Fairy mula aman. Tiada lagi gangguan musuh. Itu ajelah yang aku tahu.” Slyer memandang Vanessa. Kelihatan air jernih mengalir turun di wajah Vanessa. Vanessa ketap gigi menahan sebak.

Vanessa geleng kepala, “Aku tak tahu sangat pasal tu semua. Yang aku tahu, bonda aku masih hidup.” Vanessa tahan sendunya. “Aku nak sangat jumpa bonda aku semula. Tapi, aku tak tahu dekat mana hendak mencarinya.” Air mata mengalir perlahan. Vanessa hanya membiarkan. Suasana sepi menemani mereka berlima.

“Danny, macam mana kau boleh kena bekukan?” Vanessa memecah suasana sunyi yang menyelubungi mereka semua. 4 pasang mata beralih ke muka Danny.

“Aku dapat surat layang. Dalam tu tulis ada orang nak jumpa aku. Aku pun apa lagi, pergi ajelah. Mana tahu jadi macam ni.”

“Itulah lain kali berhati-hati. Frank ke yang bekukan kau?” Slyer bertanya.

Danny geleng kepala. “Henry,” Balas Danny pendek. Vanessa tiba-tiba menumbuk lantai. Semua orang terkejut.

“Macam mana aku boleh lupa nak cari Henry. Aku rasa baik mulai sekarang kita berhati-hati. Aku takut nanti ada perkara buruk terjadi.” Vanessa meluahkan pendapatnya. Slyer angguk tanda setuju.

“Kenapa dengan Henry?” Monica bertanya. Vanessa pandang Monica.

“Monica, sebenarnya Henry, Frank dan Mony berasal dari Dark Kingdom dan mereka bertiga yang mengetuai kumpulan Dark Devils. Mereka juga yang menyuruh Jasmen mencari vasperin. Jasmen mengambil jalan mudah dengan menyuruh kita pergi mencari vasperin. Maksud aku, menyuruh kau cari vasperin dan kau minta tolong kita orang. Aku masih tak dapat tangkap kenapa mereka tak cari vasperin dekat tempat mereka dan kenapa mereka perlukan vasperin.” Monica terpana. “Dan apa yang menyebabkan mereka berempat datang ke sini. Aku tak rasa sebab dia orang nak bunuh Argon,” Vanessa senyap sesaat. “... atau memang dia orang nak bunuh Argon?” Vanessa memikirkan apa yang dia cakap sebentar tadi. Dia tidak pasti betul ke tak apa yang dia cakap tadi.

Monica memproses kata-kata Vanessa. Henry? Dark Kingdom? Vasperin? “Maksud kau, Henry tu jahat ke?” Vanessa sudah menjeling tajam ke arah Monica.

“Ya wahai sayangku... Henry tu jahat. Dia tipu kau.” Vanessa sengaja menyebut perkataan “sayangku” dengan nada keras. Dia menyabarkan hatinya. Dengan Monica memang terpaksa disabarkan hatinya. Lagipun, Monica sahabatnya yang pertama.

Monica terdiam. Dia tidak tahu hendak buat reaksi bagaimana. Nak kata marah, dia tak marah. Nak kata sedih, dia tak sedih. Akhir sekali dia menyebut, “Oooo....” Sambil mengangguk-angguk kepala. Tiara angkat kening pandang Monica. Pelik melihat reaksi Monica. Slyer dan Danny sudah tenggelam dalam perbicaraan masing-masing.

“Vanessa, kau kata yang kau dekat dengan Argon sebab nak rantai dia aje. Kenapa kau tak bunuh dia terus? Kenapa kau perlu dekat dengan dia?” Tiara menyoal. Soalan tersebut asyik berlegar di dalam fikirannya.

Vanessa tarik nafas. “Aku dekat dengan Argon supaya aku boleh ambil rantai tu tanpa perlu membunuh Argon.”

“Tapi, masalahnya kau dah bunuh Argon. Kenapa dari awal kau tak bunuh dia aje?” Tiara masih menyoal.

“Sebab aku tak tahu yang dia nak bunuh aku.”

“Macam mana kau tahu dia nak bunuh kau?”

“Okey, Tiara dengar sini baik-baik. Aku cerita dari awal hingga akhir. Kau jangan menyampuk. Okey?” Tiara angguk kepala.

“Sebenarnya, aku tak nak bunuh Argon hanya disebabkan rantai biru tu. Jadi aku cuba merapatkan diri aku dengan dia supaya aku boleh pujuk dia bagi rantai tu dekat aku. Aku menyampah gila dekat dia bila dia bagi aku bunga dan macam-macam lagi. Ajak jumpa dan pegang tangan. Memang aku nak bagi dia lighting thunder, tapi disebabkan rantai biru tu aku terima ajelah apa yang dia buat. Aku pura-pura gembira dan senyum pada dia.” Monica tergelak apabila Vanessa berkata bahawa dia hendak memberi lighting thunder dekat Argon. Vanessa dan Tiara jeling Monica. Monica berhenti ketawa dan tersengih.

“Sampai satu hari, masa tiga orang budak baru tu datang, Argon ajak aku keluar. Kau orang ingatkan yang hari Argon kenyit mata dekat aku dan Monica kata sweet padahal langsung tak sweet pun.” Tiara angguk kepala. Monica tersengih buat kali kedua.

“Masa aku keluar bilik dan hendak sampai di pintu pagar besar, aku terdengar yang Mony dan Argon bertengkar pasal aku. Mony suruh Argon tinggalkan aku dan Argon tidak mahu. Argon siap bela aku bila Mony mencaci aku. Mungkin sebab dia tak dapat tahan, dia lempang Mony apabila Mony masih terus-terusan burukkan aku. Sejujur-jujurnya aku tersentuh dengan kata-kata Argon. Aku rasa bahagia walaupun aku tak suka dia. Tapi, aku cepat-cepat bunuh perasaan tu sebelum perasaan tu merebak.” Vanessa hela nafas.

“Lepas tu, kita orang keluar pergi ke suatu tempat. Argon yang bawa aku kat tempat tu. Memang cantik tempat tu. Masa dekat situ, Argon ceritakan pasal diri dia dekat aku. Aku dengar dengan penuh minat sampailah dia menyentuh mengenai peristiwa 6 tahun lepas.” Vanessa gigit bibir.

“Aku tahu yang dia nak bunuh aku apabila dia kata dia nak bunuh anak Permaisuri Elit. Masa tu, dia masih tak tahu aku anak Permaisuri Elit.” Vanessa tutup mata. “Akhirnya masa balik tu, aku buat keputusan drastik untuk membunuh Argon jika Argon tak bagi aku rantai dia. Dan aku juga tak akan bagi tahu siapa diri aku supaya dia tak tahu.” Vanessa mematah-matahkan jarinya.

“Masa kita pergi Kampung Renta, aku suruh Argon jumpa aku. Yang masa tu aku suruh kau orang balik awal.” Tiara dan Monica mendengar dengan penuh khusyuk. “Aku kata dengan Argon dengan baik agar bagi aku rantai tu. Tapi Argon tak nak bagi sebab yang tu rantai pusaka. Dia berkeras tidak mahu bagi. Dia kata dia boleh bagi benda lain selain daripada rantai biru tu. Aku ubah soalan. Aku tanya dia siapa yang dia nak bunuh dan dia jawab anak kerajaan Fairy. Aku sengaja tanya untuk pastikan tekaan aku tepat. Lepas dia kata macam itu, aku terus menggunakan bahasa kasar. Argon tersentak. Dia tidak percaya yang itu aku. Dia ingatkan aku kena rasuk dan sebagainya. Aku terlepas cakap dan kita orang mula bertarung dan aku menang.” Monica tepuk tangan selepas cerita Vanessa habis. Tiara ketuk kepala Monica. Monica menggosok tempat yang kena ketuk. Dia menjeling Tiara. Tiara buat tak nampak.

“Oh, macam tu cerita dia.” Suara Danny kedengaran. Vanessa pandang belakang.

“Kau orang dengar ke cerita yang aku ceritakan tadi?” Slyer angguk kepala. “Tadi bukan kau orang sibuk bercerita pasal hal masing-masing ke?” Vanessa perli.

“Bila kau bercerita, aku sanggup dengar walaupun aku tak nak.” Slyer membalas selamba.

“Apa-apa ajelah.” Vanessa malas bertekak.

“Oh ya, macam mana kau orang boleh tahu di mana aku berada tempoh hari?” Vanessa pandang Monica dan Tiara.

“Kita orang pasang pengesan dekat kau sebab kau kata nak jumpa Argon. Mestilah kita orang nak tengok,” Tiara menjawab dengan selamba. “Dari situ, kita orang jejak kau.” Vanessa sudah jeling Tiara dan Monica.

“Kau tahu tak, aku masih fikir pasal The Four. Siapalah yang baik hati pergi sumpah The Four tu.” Tiara bersuara selepas mendiamkan diri beberapa minit.

“Sebenarnya aku yang sumpah dia orang. Padan muka dia orang berempat. Siapa suruh cari pasal lagi.” Vanessa memecahkan rahsia sendiri. Tiara dan Monica membuntangkan mata mereka.

“Kau?” Jari telunjuk Tiara tetap-tepat kena batang hidung Vanessa. Vanessa tepis jari Tiara.

“Yap.. untuk bagi pengajaran pada mereka berempat. Tak salah, bukan?” Ujar Vanessa.

“Memang tak salah. Bagus-bagus. Aku teringat kejadian yang memaksa mereka berempat merendahkan ego dan harga diri mereka. Memang kelakar. Ramai pelajar yang suka bila mereka berempat sujud di kaki warga sekolah.” Tiara membayangkan kejadian tersebut. Ada segaris senyuman di bibirnya. Begitu juga Monica. Danny dan Slyer sudah hilang entah ke mana. Explore tempat ni barang kali.

----------------------------------------------------------------------------------------------

p/s : Sorry late. Chapter 18 belum habis lagi tulis. Taktawlah bila boleh habiskan lagi... btw, thank baca and comment... ^^