Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Monday, January 10, 2011

PROLOG : The Witch and The Demon Part 2


“RUFUS!!” panggil Morgan dengan nada menjerit. Bangunan terbiar itu merekah dek hempapan badan Rufus.Morgan menuju ke timbunan batu-bata di sebelah tiang.
Master!” Morgan tersentak.Dia memandang ke belakang.Dia fikir Rufus berada didalam timbunan batu-bata itu rupanya dia sedang duduk bersandar di tepi tiang sambil memegang perutnya.Morgan segera mendekati Rufus.
Rufus..are you okey? I’ll send you home,” kata Morgan seakan risau.
Why? Kau nampak pelik hari ini, kau tak pernah baik pada aku sebelum ini,” kata Rufus.
Yah..at lease you should say thanks too me,” kata Morgan.Rufus tergelak kecil.
Thank you,” ucapnya.Kelihatan Morgan sekali lagi mengeluarkan pisau yang tersimpan di cincin jari tengahnya lalu mengerat semula tapak tangannya,darah yang sudah membeku mengalir semula.Beberapa titis darah menitis ke mulut Rufus sekali gus membasahi tekaknya.Dan sekali lagi pentagram kuning keemasan itu muncul di bawah tubuh Rufus.Perlahan-lahan tubuh Rufus menyusut ke dalam tanah dan pentagram itu lesap.
Morgan tersentak. Dia memandang tepat ke udara. Kelihatan 10 orang yang terdirinya daripada senior witches dan senior warlock sedang mendarat di tempat itu. Morgan mendengus.
“Lady Morgan kamu tak ada apa-apa? Tidak luka mana-mana?” baru saja mendarat Sabestian sudah mengacukan soalan tidak masuk akal sambil memegang kedua-dua lengan Morgan. Tak nampak aku masih berdiri? Morgan menapis kasar tangan itu.
“Siapa yang menghantar kamu disini?” soalnya,ada nada tegas terselit dalam suaranya.
“The Elders menghantar kami untuk membantu. Dia merasakan seperti Lady Morgan memerlukan pertolongan,” jawab Duke pula.Seorang Senior Warlock.
“I don’t need any help! Kamu boleh pergi sekarang!” kata Morgan sambil melangkah keluar dari tempat itu.
“Tapi bagaimana dengan pemburuan Lady Morgan? Dengan siapa Lady Morgan berlawan tadi?” soal Sabestian pula. Langkah Morgan mati.Dia memandang mereka dengan ekor mata.
“Aku tidak perlu laporkan apa-apa pada kamu,” kata lalu meneruskan langkah keluar dari tempat itu.
“Lady Morgan,saya boleh tumpangkan Lady Morgan balik ke pangkalan Blackford!” laung Sabestian namun Morgan sama sekali tidak menandangnya malah terus berlalu.
Dalam masa 20 minit gadis itu sampai ke sebuah hutan tebal.Morgan turun dari kenderaan itu dan tanpa diarah kenderaan itu dengan sendirinya menghilangkan diri.Di dalam hutan tebal itu ada tersembunyi sebuah mansion di mana ia telah diletakkan shield untuk keselamatan organisasi itu
Selepas masuk beberapa kilometer ke dalam hutan tebal itu,Morgan tiba di sebuah pokok yang besar merimbun.Dia menghayun telapak tangan kearah kiri untuk membuka portal yang menghubungkan dunia manusia dan dunia Moonstone Hill.Batang pokok itu tiba-tiba berlubang dan bercahaya biru. Morgan tahu,portal sudah pun dibuka dia terus melangkah masuk. Serta-merta disudah pun berada di hadapan sebuah pintu besar dan tinggi.
“Lady Morgan dan balik! Cepat!” kelihatan beberapa Warlock sedang berpusu-pusu menuju ke pintu utama sambil membawa tuala putih lagi bersih.Ada juga yang membawa botol mineral. Mereka seperti tahu akan ada seseorang yang masuk dari pintu itu. Mereka seakan menanti seseorang.
Pintu itu terbuka, Morgan melangkah masuk seperti tiada sesiapa pun yang ada di situ. Dia berjalan dengan gah sekali. Seolah dia sudah biasa dengan keadaan itu. Para Warlocks itu berebut-rebut menghulurkan air dan tuala putih kepadanya. Morgan berhenti melangkah.
3 second!” mendengar ayat itu serta-merta mereka berhenti dan senyap seketika
One,” kira Morgan dengan wajah serius. Sesaat,mereka terus berlari bertempiaran meninggalkan dia. Seolah-olah ayat itu sungguh berkuasa dan menakutkan. Morgan meneruskan langkahnya menuju ke bilik mesyuarat.
Sampai disitu, pintu dibuka oleh seorang butler. Morgan terus melangkah masuk. Kelihatan 7 lelaki dan 5 wanita lingkungan 40-an sedang duduk mengelilingi meja bulat itu. Mereka memandang Morgan dengan wajah angkuh, seakan tidak suka dengan kehadiran Morgan. Morgan tidak memberi perhatian kepada renungan mereka, dia terus mendekati Lord El-voq yang duduk dikerusi besar.
“Apa yang kau nak sampaikan Morgan La Fea? Bagaimana dengan Werewolf…”
Stright to the point..ikut aku!” belum sempat El-Voq menghabiskan ayatnya, Morgan sudah memintas. Melihat sikap Morgan yang seperti biadap terhadap Elder, para Witch dan Wizard itu terus berbisik antara satu sama lain. Morgan melangkah ke meja besar yang di atasnya terletak sebuah benda bersegi seakan projector. Punat di tengah ditekan.
Cahaya dari projector itu memancar dan muncul satu skrin computer tembus pandang berwarna biru dan ianya adalah touch screen. Dia menyentuh arkib sejarah demonology lalu dibuka.
Beberapaa gambar dan file berselerak di screen itu.Satu persatu ditarik dengan dua jarinya. Para Witches dan Wizards itu sekadar memerhati. Fail bernama Rekod Demonology ditarik keluar dan dibuka. Beberapa gambar keluar dari fail itu.Satu demi satu gambar diasingkan sehinggalah dia menjumpai gambar yang sama seperti makhluk hitam itu tadi. Gambar itu di tekan dua kali. Gambar itu menjadi besar dan tertera ayat ‘No Specific Information’. Bermakna Demon itu tidak wujud dalam sejarah demonology. Antara 7 syaitan yang terkuat dia adalah yang kelapan, tetapi sikapnya yang tidak suka berkerja sama dan kuat memberontak membuatkan dia dibuang dan dikurung.
“Makhluk ini yang aku nampak masa memburu tadi,” El-Voq tersentak begitu juga dengan witches dan wizards. The Black Demon?
“Tapi makhluk ni sudah dikurung dalam 7 Blackhole..tiada apa yang boleh membuka shield itu,” kata El-Voq.
“Aku tahu, tapi bagaimana dia boleh terlepas? Dan semasa pergi memburu tadi..aku merasa aura yang berbeza. Aura yang lebih besar dan aku tahu aura itu milik dia,” kata Morgan sambil menyentuh skrin komputer.
“Tapi kami disini tidak merasa aura seperti itu, mana mungkin Black Demon boleh terlepas dari Blackhole,” Morgan memandang El-Voq dengan mata tajamnya.
“Jadi Elder tidak percaya dengan aku? Baiklah,” kata Morgan lalu membuka sesuatu dari telinganya dan meletakkan benda itu di telinga El-Voq. Dia menekan punat.  Serta-merta rakaman yang sempat dirakam bermain dicermin hijaunya.
“Percaya sekarang?” kata Morgan sedikit angkuh.El-Voq melarikan headphone itu dari kepalanya lalu memberikan kepada para Elders yang lain.
“Dia tidak boleh ada di dunia manusia Morgan, Black Demon sangat berbahaya. Dia akan memusnahkan dunia ini,” kata El-Voq sedikit cemas.
“Aku tahu..dan aku akan musnahkan dia sebelum dia musnahkan dunia ini,”
“Tidak..bukan begitu. Saya perlu berbincang dengan ahli tertinggi dulu dan barulah saya memberikan kata putus,” kata El-Voq.
“Mana boleh!” tiba-tiba salah seorang dari Witches itu membentak meja.Semua orang memandangnya Lady Selena
“Kenapa Lady Selena?”
“Kenapa The Elder bertoleransi dengan budak angkuh ni? Kita boleh hantar banyak pasukan untuk menghapuskan Black Demon. Tanpa budak ini pun kita boleh menang,” kata Lady Selena penuh keyakinan. Sebelum kedatangan Morgan di akademi itu, tiada siapa yang boleh menggugat kedudukan mereka tapi selepas kedatangannya. Sekali gus, The Elders berubah. Dia memanjakan Morgan.
Antara satu yang membuatkan mereka tergugat adalah, mereka mengambil masa bertahun-tahun untuk mencapai Witch dan Wizard dimana Witch dan Wizard adalah ketiga tertinggi antara 6 peringkat.Tapi bagi Morgan, dia hanya mengambil masa selama 5 tahun untuk mencapai Black Wizard dimana Black Wizard adalah kedua terkuat dalam peringkat itu, iaitu dibawah El-Voq, dengan pakgkat Sorcerer. 6 peringkat itu ialah Sorcerer/sorcerers.Wizard terbahagi kepada tiga yaitu yang tertinggi adalah Black Wizard, White Wizard dan Wizard.Ketiga tertinggi adalah Witch diikuti dengan Mage.
“Saya tidak bertoleransi dengan dia Lady Selena, saya inginkan perkara ini dibincangkan dengan ahli tertinggi terlebih dahulu dan keputusan boleh dibuat dengan rasional dan saksama,” kata El-Voq.Tutur katanya kedengaran lembut.
“Kalau begitu, aku mahu balik ke bilik dulu. Aku penat. Bincanglah selama mana yang kamu mahu,” kata Morgan,dia terus berlalu. Tidak ambil kisah dengan perasaan mereka sekarang ini. El-Voq sekadar menggelengkan kepalanya sambil memandang Morgan yang sudah keluar dari pintu.
“Budak angkuh!” dengus Lady Selena sambil menghempas punggung dibangkunya.

0 comments: