Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Monday, October 25, 2010

Bab 1 : Orbit Cinta Benjamin

Bumi.
Tahun 2012.

“Emy bodoh! Emy bodoh! Emy bodoh!”

Dia merenung lemah bilik punya Benjamin itu. Album gambar yang sedari tadi terbuka di atas pahanya itu dipandang sayu. Kemudian diselak juga sambil mengusap lembut permukaan gambarnya. Sesekali ketawa Emy pecah. Terlalu banyak aksi lucu Benjamin yang terkandung di dalamnya.

Benjamin...

Sedar-sedar matanya sudah merah, berjuntaian air mata. Album ditutup. Dia kemudian bersandar pada chaise lounge sambil menghirup secangkir teh menghadap jendela. Pagi masih muda. Di luar, hujan sudah menyelimuti atmosfera dunia. Petir kemudian membelah bumi dengan visual halilintarnya. Sesekali angin lembap menyapa mukanya dengan tempias hujan.

Benjamin...

Nama itu terbit lagi di bibirnya. Sedari tadi, butir-butir suaranya memanggil-manggil nama itu saja. Emy cuba juga mengimbas kembali peristiwa di Pavilion. Bersama Benjamin. Betapa dia cuba untuk menerimanya... Lalu Emy lepaskan air mata berat bersama panggilan, “Benjamin...” lagi.

Walaupun pahit, walaupun sakit.

Teh dihirup lagi. Bau wanginya melatari ruang vakum di Bonjour Village bernombor 123 itu. Emy mendongak sedikit. Jendela yang menghadapnya itu berbingkai putih, melanjutkan pandangannya pada rintik-rintik hujan di luar. Langit sana sudah suram dibungkus mendung. Dan hujan terus lebat.

Tiba-tiba ada ketukan dipintu. Emy hanya bersuara, “Masuk!”

Dan pintu pun terkuak.

“Cik Puan Emy, lunch sudah siap. Jom makan!” perempuan yang berblaus ungu dengan apron polkadot lavender itu melirik senyum di pintu. Namanya Aliaa, pembantu rumah Emy yang masih muda remaja. Tapi semangat berdikarinya jauh tersasar dari paksi umur 18 tahun. Sungguh matang!

Emy menggeleng sambil meletakkan cawan tehnya di meja sebelahnya. “Saya tak lapar. Awak makan sajalah dulu,”

Aliaa muncung. Dia terus mendekati Emy di chaise lounge dan melabuhkan diri di sisi Emy. Langsung, “Cik Puan rindukan Cik Benji ya?”

Emy mengangguk saja. Dia (terlalu) rindukan Benjamin.

“Sabar ya Cik Puan Emy? Sesungguhnya, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.” Senyum perempuan itu menyala lagi. Manis. “Macam hujan juga...”

Huh? Emy senyum juga. “Insya-ALLAH.”

Aliaa menyimpan senyumnya. Kemudian, “Saya makan dululah ya?” Perempuan itu langsung menghilang di balik pintu.

Emy mengembalikan pandangan pada langit. Hujan tiba-tiba berhenti. Pelik! Dan pelangi datang bawa tujuh warnanya. Ada merah, biru, kuning, hijau, oren, jingga dan ungu.

Mungkin inikah, hikmahnya?

****

Planet Sataria.
Tahun 2023.

Benjamin...

Dia membuka mata. Cahaya silau dari jendela ruang gelap itu menerjah, mengembalikan sedarnya. Dia melemparkan pandangan ke depan. Siapa yang memanggilnya? Matanya berbalam-balam, kepalanya berat semacam. Terus dia bangkit dari lantai yang menggalas tubuhnya, menyeluruhi ruang suram itu. Pelik, “Di mana aku?” suara itu tergantung dibibirnya, bergema. Ruang gelap itu jelas kosong berlatarkan senyap yang membisu.

Tiba-tiba bunyi tapak kaki terdengar mendekati. Lalu dia fokuskan mata dalam suram itu. Seketika ada keriuk pintu, berpunca di sisinya. Dia meneguk air liur. Kelibat makhluk bertubuh sasa yang menakutkan berdiri di ambang pintu dengan lampu minyak di tangan. Benjamin terpisat-pisat.

“Siapa kau?”

‘Makhluk’ itu menapak beberapa langkah sambil membawa lampu minyaknya ke arah Benjamin. Seperti berjubah, makhluk itu memakai hood di kepala. Mukanya kelam di balik persalinan serba hitam itu. Kemudian makhluk itu merapatkan lampu minyaknya ke wajah Benjamin.

“Siapa kau?” Benjamin tanya lagi, dalam melodi cemas suaranya.

Makhluk itu menyelak hoodnya. Muka yang tadinya kelam, langsung mempamerkan riak tenang dalam wajahnya. Benjamin menyeluruhi muka itu. Tulang pipinya tinggi dan berkulit gebu yang cerah dan putih. Berkening tebal yang runcing di hujungnya, lengkap dengan alis mata lentik. Rambut croppednya pula ada bias chestnut dan bertubuh sasa yang tinggi lampai.

“Aku Aragon.” Katanya sambil meletakan lampu minyak itu di antara dia dan manusia di depannya.

Benjamin diam saja. Kemudian, “Dimana aku?”

“Kau di rumahku.” Senyumnya keras. Dia berdiri lalu menghidupkan sebatang mancis sebelum menyalakan api di hujung tiga sumbu lilin itu. Kemudian ruang suram rumah Aragon itu jadi hening dengan cahaya lampu minyak dan lilin-lilin yang menyala.

Benjamin berkerut di situ. “Rumah?” Dia memerhati ruang yang tadinya gelap. Dia mendapati rumah Aragon itu bagai tongkang pecah! Lalu dia mengembalikan pandangan pada Aragon.

“Mengapa aku di sini?”

Aragon diam saja. Dia kemudian berdiri, ke sudut rak buku-buku yang serba habuk! Lalu jari-jemarinya menarik sebuah buku yang terselit di rak paling atas. Terus dia meniup di permukaannya dan menghasilkan debu kecil yang berterbangan. Kemudian Aragon bawa buku itu kepada Benjamin.

Tiada tajuk. Benjamin menatap kosong buku ‘berhantu’ di depannya itu. Lalu dia memandang Aragon. Pelik, “Apa kena mengena dengan buku ni?” Benjamin mencari resolusi.

“Kau adalah manusia terpilih,” beritahu Aragon bagi pertanyaan tadi.

Benjamin ketawa. “Manusia terpilih?”

“Tak kelakar!” Aragon menghempas buku itu di depan Benjamin. Debu-debu kecil langsung menyelinap ke rongga hidungnya. Dan dia terbersin!

Benjamin kembali serius. Dia mengerling Aragon dengan persoalan, “Aku manusia terpilih?”

Aragon mengangguk. “Ya. Buku Cikochista ini akan memberitahu kau orangnya.” Dia membuka buku itu. Secara tiba-tiba terpacul wajah seorang lelaki yang berwajah ceria dari dalam buku itu. Kemudian dia bersuara nyaring, memberitahu namanya Ciko. Benjamin terkejut. Lidah terus kelu, otak pula beku!

“Kau yang terpilih Benji!” Ciko bersuara lagi.

Benjamin berkerut dahi. Kemudian, “Mengapa kalian mengatakan hal yang sama... aku terpilih?”

Aragon dan Ciko menguntum senyuman konspirasi.

“Sebenarnya, kau telah dibawa Aragon dari Bumi, untuk ke Planet Satari ini. Melalui itu kau berada di sini, di Planet Satari,” cerita Ciko, lanjut. “Kerana kau yang terpilih. Aragon membawamu merentasi cakerawala Benji!”

Benjamin terpinga-pinga. Tapi, “Mengapa masih aku?”

Soalan itu terapung-apung di antara senyap Aragon dan Ciko. Mereka bagai tiada jawapan untuk itu. Lalu Benjamin menadah muka, meminta jawapan. Aragon tiba-tiba mengeluh kecil. Ciko pula mengendur cerianya. Benjamin jadi serba-salah, terus, “Okey, aku minta maaf rosakkan mood kalian.”

Aragon menggeleng. “Tak, kau betul Benji. Aku tak sepatutnya ‘ambil’ kau dari pangkuan kakakmu.”

Benjamin mengingat. “Kakak?”

“Aku telah mengambil kau dari seorang perempuan di sebuah kompleks beli-belah,” Aragon memulakan cerita. Terus, “Tatkala itu kau sorang diri saja di atas pangkin. Dan kira-kira umur kau dalam tujuh tahun. Kemudian aku ‘membawa’ kau ke Planet Satari ini merentasi masa cakerawala. Dan umur kau sebayaku saja, 18 tahun.”

Benjamin terpaku. Jadi, “Itu maksud kau, bahawa aku yang TERpilih?”

Aragon dan Ciko jadi senyap. Dan Benjamin bangkit, terus menghilang pergi.

3 comments:

Maria Kajiwa said...

Puas hati membacanya cuma saya mengharapkan 'terjahan' yang lebih keras...ayuh.

jims emirza said...

terjahan yang bagaimana tu kak? insya-ALLAH. sedang mencuba, lagi dan lagi. :)

Anonymous said...

emm.. sy ingin tahu.. masih adakah sambungan dr bab 1 nih ke bab2 seterusnye...?? cerita nih best... :)