Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Monday, November 8, 2010

TWINS - Bab 5

Ellixa keluar dari bilik air. Terasa segar setelah lama berendam. Dia segera mengenakan pijama. Penat rasanya seharian di sekolah. Sedang dia mengikat rambutnya yang panjang mencecah pinggang, satu bunyi hentakan kedengaran. Dengan sedikit terkejut, dia memandang ke arah bunyi tersebut.

'Oh, loket aku rupanya,' katanya di dalam hati. Dia segera mencapai rantai loketnya yang berbentuk kristal. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Ditekannya satu punat yang terdapat di loketnya itu. Satu hologram muncul. Ellixa menundukkan wajahnya sedikit.

"Ada apa panggil aku? Dan macam mana dengan misi kau?" tanya hologram itu.

"Bukan kau ke yang suruh aku panggil andai aku dah mulakan langkah? Lagi pula, ada banyak benda yang aku ingin beritahu pada kau." tanya Ellixa pula.

"Oh, ya. Maaf aku terlupa. Jadi, macam mana dengan misi kau? Apa perkembangannya?" tanya hologram itu lagi.

"Banyak juga soalan dari kau. Begini, aku dah dapat dekati dia. Agak mudah juga sebenarnya untuk dekati dia. Sekarang, tinggal nak umpan dia masuk perangkap saja. Kau tak perlu bimbang. Aku tahu macam mana nak handle dia."

"Bagus kalau begitu. Tapi kau mesti ingat. Kau tak boleh ambil masa yang terlalu lama untuk perangkap dia. Gerhana Avviate semakin mendekati dan Gaviens perlukan dia secepat mungkin."

"Baiklah Lex. Aku akan cuba untuk lakukannya dengan pantas," kata Ellixa sebelum dia mematikan perbualannya dengan Lex. Dia memandang ke luar tingkap. Cahaya bulan separa mengambang itu benar-benar membuatkan dia berasa risau. Sempatkah aku nak perangkap dia?

***

Ish! Mana abang Lynnet pergi ni, bisik Misa di dalam hati. Dia meneruskan pencariannya. Dari sebuah bilik ke sebuah bilik digeledahnya. Dia mengeluh. Manalah perginya abang aku yang sorang ni. Kalau jumpa dia nanti, ada yang kena cekik dengan aku. Misa keluar dari bilik terakhir yang dimasukinya. Segera berjalan menuju ke Orchestra River. Manalah tahu kalau-kalau Lynnet sudah menunggunya di situ.

"Hai Misa. Nak ke mana cepat-cepat ni?" tanya Sakura yang entah datang dari mana. Misa tersentak sedikit. Dia memandang Sakura lantas menhadiahkan satu senyuman yang amat bermakna buatnya. Sakura mengangkat kening.

"Kak Sakura ada nampak abang Lynnet tak? Puas Misa cari dia. Misa dah geledah semua tempat yang selalu abang Lynnet 'sembunyikan' diri tapi tak jumpa pun." Sakura tergelak.

"Hai Misa, Misa. Takkan Misa tak tahu yang abang Lynnet dah ke negara Xune. Ayah Misa yang suruh dia ke sana. Ada tugas yang amat penting yang perlu dia siasat. Abang Lynnet pergi dengan Pak Cik Ash. Dah seminggu mereka ke sana. Takkan Misa tak tahu?" tanya Sakura. Misa tercengang.

"Kenapa Kak Sakura tak beritahu Misa siang-siang? Misa langsung tak tahu. Patut lah dari minggu lepas lagi tak nampak kelibat abang Lynnet. Ish! Baik betul dia tak nak beritahu Misa. Misa nak ikut jugak!"

"Patut lah abang Lynnet tak nak beritahu Misa. Misa nak ikut jugak rupanya. Hehe."

"Tak baik tau gelakkan orang. Alang-alang dah jumpa Kak Sakura ni, apa kata kalau Kak Sakura je yang ajar Misa main pedang ni. Haih, dah lah pedang ni berat. Boleh tak Kak Sakura?" tanya Misa. Sakura diam sejenak. Memikirkan segala kemungkinan.

"Hm..boleh lah. Selalunya Misa berlatih kat mana?" Misa segera menarik tangan Sakura ke Orchestra River.

***

Ruei berjalan pantas. Semua yang sedang berjalan menentang arus hampir dilanggarnya. Hampir-hampir sahaja dia tersungkur kerana terlanggar batu. Mujur sahaja Lex ada di situ.

"Kau ni nak ke mana? Tak sabar-sabar sangat?" Tanya Lex. Ruei memendangnya. Dia segera berdiri dengan betul dan membetulkan ikatan rambutnya. Beredar tanpa memberi jawapan kepada pertanyaan Lex sebentar tadi. Lex hanya mengeluh.

"Ke tepi lah!" Jeritnya kepada pengawal keselamatan yang menghalangnya. Dia segera menghunus pedangnya. Pengawal yang mengawal di situ semuanya memohon maaf. Betapa mudahnya untuk dia melepasi pengawal-pengawal semua. Mungkin kerana dia merupakan antara pemain pedang yang paling handal di FTI. Dia tersenyum sendiri.

Segera dia berlari-lari anak untuk berjumpa dengan Gaviens. Hampir lima minit, dia tiba di hadapan pintu bilik mesyuarat. Dia segera masuk dan menghadap Gaviens.

"Gaviens, aku sudah jumpa penawar untuk penyakit Tara!"



p/s : Maaf kepada yang menunggu cerita ini. Kepada Kak Izz, Bang Jims dan Kak Maria, sudi-sudilah komen bab 5 ini. Kepada Kak Izz, maaflah Shin langsung tak keluar dalam bab ini... ;)

0 comments: