
Wednesday, September 22, 2010
Prolog : Orbit Cinta Benjamin

Wednesday, September 15, 2010
Moonlight Fairytale (Bab 4)

************************************************************************************
Wilda terjaga dari tidurnya. Tangan kanannya diletakkan ke belakang bagi menampung badannya. Tangan kirinya pula ditekapkan ke dada, cuba menenangkan aturan pernafasannya yang sedikit kencang. Mukanya berkerut. Mimpi itu lagi..tak guna siapa dia? Kenapa dia asyik muncul dalam mimpi penuh kegelapan itu? kata suara hatinya.
Terdengar ketukan di pintu. Wilda menjerit kecil. Terkejut dengan bunyi yang kedengaran tiba-tiba itu. "Wil, boleh aku masuk?" kata suara di sebalik pintu. Suara yang sangat dikenali. Wilda menghembuskan nafas lega. "Masuklah," kata Wilda lantas tangannya memusingkan tombol pintu.
"Kau baru bangun ke? Maaf kalau aku ganggu kau.." kata Sara apabila melihat wajah Wilda nampak kurang bermaya. Wilda menggeleng. "Tidaklah..kau nak apa datang sini? Ada apa-apa yang aku boleh bantu? Kejap, aku nak ke tandas dulu.." kata Wilda meminta izin. Dia berjalan ke tandas untuk mencuci muka. Kemudian dia duduk di atas katil setentang dengan Sara yang duduk di atas kerusi meja belajar.
"Okay, ada apa?" tanya Wilda seraya mengangkat keningnya. "Hei, buat-buat tak tahu pulak, cepat cerita, kenapa awak pilih unsur air? Kenapa tak nak sama dengan saya?" tanya Sara, marah apabila Wilda sengaja mengelak. Wilda tergelak kecil. Laa..itu rupanya ingatkan apalah.. detik hati kecil Wilda. Sara mendengus. Pura-pura merajuk.
"Okay-okay, sorry, aku ceritalah ini.."kata Wilda, menghabiskan sisa-sisa tawanya. "First of all, dengar tak apa kata Master Feng, dia kata aku bebas pilih mana unsur yang aku nak kuasai kan?" tanya Wilda, cuba menguji ingatan Sara. Sara mengangguk. "S0?" tanya Sara.
"Aku rasa deep inside..yang aku boleh kuasai dua-dua unsur itu..jangan tanya kenapa.. I just can feel it.." kata Wilda, mengepal penumbuknya. Wajahnya tampak yakin.
"Eh, kau jangan, Master Fengkan dah cakap seorang cuma boleh kuasai satu sahaja, kau jangan bahayakan diri sendiri. Please Wilda jangan buat apa yang aku fikirkan.." kata Sara risau, khuatir Wilda ingin membahayakan dirinya. Dia tahu Wilda suka mengambil risiko. Walaupun dia baru mengenali Wilda, dari matanya sahaja dia sudah dapat mengagak perwatakan Wilda.
"Apa yang kau fikir?" kata Wilda cuba menguji Sara. "Kau nak minta aku ajarkan cara mengawal unsur anginkan? Sebab itu kau pilih unsur air, betulkan?" teka Sara. Wilda mengangguk lantas menaikkan thumbs-up pada Sara.
"No, Wil! Aku tak nak ambil risiko.. please Wilda, batalkanlah niat kau itu, janji dengan aku, " rayu Sara. dia tidak mahu kehilangan Wilda. Cukuplah dia pernah kehilangan seorang sahabat dulu. Sahabat yang dia tak dapat nafikan memang sangat mirip dengan Wilda.
"Sara, jangan risaulah, " Wilda ingin meyakinkan Sara lagi tapi melihat renungan tajam Sara, dia membatalkan niatnya. Dia mengeluh. nampaknya dia terpaksa mengalah. Jari kelingking Wilda dipautkan pada jari kelingking Sara yang sedang menanti. Sebuah perjanjian termeterai. Dalam hati Wilda berkata; Maaf sahabatku, janji yang ini aku terpaksa mungkiri, bukan kerana menurut nafsu semata..tapi aku dapat rasa ini takdirku, maaf Sara...
"Eh lupa pula, sebenarnya aku ada satu lagi permintaan," pinta Sara. Wilda mengangkat kening, mengisyaratkan pada Sara apa permintaan tersebut.
Sara bangun kembali semula ke biliknya. Tak lama kemudian, dia datang semula ke bilik Wilda.
"Ini haa.. assignment Biologi tadi, soalan yang ini aku tak fahamlah.." kata sara lantas memberikan kertas tugasan Biologinya pada Wilda. Semasa kelas Biologi pagi tadi, Guru mereka telah memberikan 5 set soalan Paper 2 pada mereka. Kerja tersebut perlu diserahkan lusa jadi semua pelajar kelas 4 Excel bertungkus-lumus cuba menyiapkannya. Wilda meneliti soalan yang tertera pada kertas tersebut. Kemudian dia mengambil sebatang pensel dan mula mencoret sesuatu yang dirasakan jawapannya. Mulutnya bergerak seiring dengan gerakan tangannya untuk mengajar Sara mengenai soalan tersebut.
Sejam kemudian, siap sudah kertas-kertas tugasan itu. Wilda membaringkan dirinya di atas katil. Merehatkan otak yang sudah penat dikerah. Sara turut mengikuti jejak langkah Wilda, dia juga terbaring di sebelah Wilda sambil otaknya cuba menghadam kata-kata Wilda. Tak lama kemudian, barulah Wilda bangun lalu menapak ke meja tulis.
Sebut pasal kerja, tugasan aku pun tak siap lagi ni.. getus hati Wilda. Tangannya dimasukkan ke dalam beg untuk mengambik buku biologinya. Setelah agak lama..eh, mana pula? kata hati Wilda. Dia mula berasa cemas. Wilda tidak berputus asa, segala isi beg dikumbahnya keatas meja. Bunyi yang bising itu membuatkan Sara tersentak dari tidurnya. Matanya berpisat-pisat.
"Wil, apa bising-bising ini?" tanya Sara, masih mamai. Dia bangkit, mengemas buku-bukunya dan bersedia untuk sambung tidur di biliknya. "Aku cari buku aku, buku biologi aku hilang, Sara! Apa patut aku buat? Tugasan aku baru separuh siap.."kata Wila dengan cemas. "Sabar, bertenang dulu, tertinggal kat kelas ke?" tanya Sara cuba menenangkan Wilda.
"Mungkin kot.." kata Wilda tidak begitu yakin. Hal ini kerana, Wilda tidak suka meninggalkan sebarang benda di kelas.
"Sudahlah, jom makan. Waktu makan dah tiba..jangan risau, esok waktu Biologikan waktu terakhir..sempat lagi..lagipun takkan kau nak pergi kelas pulakkan malam ini," kata Sara.
"Tak boleh ke? Nanti lepas makan kita pergi? Aku tak boleh tidur selagi tak siap.." cadang Wilda berbaur keresahan. Sara membuntangkan matanya. " Cik kak, kawasan sekolah kawasan larangan bila malamlah..kau tak tahu ke? Dahlah..jom makan.." kata Sara memberitahu lantas menarik tangan Wilda yang masih kaku dengan fakta yang baru diketahuinya.
Tak kisahlah..boleh ke tak ke..aku tetap nak pergi kelas malam ini..kau tak nak ikut sudah...getus hati Wilda, tidak berani diluahkan kerana takut Sara akan menghalangnya. bukannya apa, Wilda tidak suka bertangguh. Amaran ketika dalam mimpinya tadi tidak dihiraukan. Tanpa dia sedari, keputusannya telah menyebabkan dia terjebak ke dalam perangkap sang ahli sihir...
Friday, September 3, 2010
TWINS - Bab 3
