Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Friday, June 3, 2011

Revenge 8 : The Class Begin (part 1)


Revenge 8 : The Class Begin (part 1)

“Monica! Tiara! Bangun! Sekarang dah pukul 7 pagi! Kau orang nak lambat pergi kelas ke? Nak kena denda ke?” Saliva mengejutkan dua kawan barunya. Tidur tak ingat dunia! Monica dan Tiara mengeliat. “Pukul berapa sekarang?” Tanya Monica mamai.

“Sayang, dah pukul 7 pagilah! 7 pagi! Cepat pergi mandi! Pukul 8 ada kelas,” Saliva berkata dengan cepat sekali. Otak Monica yang baru bangun dari tidur itu lambat memproses kata-kata Saliva. Dia masih menggaru-garu kepalanya. Habis serabai rambutnya. Tiara pula boleh selamba sambung tidur balik semula.

“Cari pasal betul budak dua ekor ni,” Saliva menggaru kepalanya pula. Dia baru lepas sudah mandi. Dia sudah mengejutkan Monica dan Tiara sebelum pergi ke bilik mandi. Semasa dia pulang dari bilik mandi. Mahu terkeluar biji matanya. Monica dan Tiara masih lagi lena tidur. Habis segala skill digunakan untuk mengejutkan dua kawannya itu. Nak aje rasanya menggunakan magis mengejutkan kawannya itu. Saliva melihat Monica sudah bangun dari katilnya dan mengambil jam loceng di sebelah katilnya.

Oh my god!!” Terus terbeliak mata Monica. Tiara yang sedang tidur terganggu mendengar jeritan Monica.

“Kenapa dengan kau Monica? Kalau nak jerit pun tunggulah malam nanti,” lemah suara Tiara berkata.

“Valisa! Kenapa kau tak kejutkan kita orang. Sekarang dah pukul 7.20 pagi! Kelas kita orang mula pukul 8 pagi!” Jerit Monica. Saliva memandang Monica dengan muka yang bersahaja. Tiara yang mendengar kata-kata Monica terus melompat dari katil.

“Kau biar betul Monica? Sekarang pukul 7.20 pagi ke?” Tanya Tiara tidak percaya.

The clock is still ticking..” Balas Saliva selamba. Monica dan Tiara terkocoh-kocoh mengeluarkan pakaian dan pergi mandi. Saliva tergelak. Dia mengambil buku magisnya bertajuk Magical Water dan Magical Crystal. Selepas itu, dia keluar dari bilik tersebut. Dia menuju ke sofa dan duduk di sofa tersebut sambil membaca buku magisnya. Saliva tidak ambil pusing apabila mendengar jeritan di dalam bilik Topaz 2 (bilik perempuan). Monica punya jeritan memang membingitkan telinganya. Setelah 20 minit berlalu, barulah Monica dan Tiara keluar dari bilik. Saliva menutup buku magisnya dan berdiri memandang ke arah kawannya.
“Buku-buku dah bawa ke?” Tanya Saliva apabila dia melihat tiada sebarang buku di tangan kawan-kawannya. Monica dan Tiara cepat-cepat masuk semula ke dalam bilik dan keluar membawa dua buah buku di tangan masing-masing.

“Dah? Itulah, aku kejutkan pagi-pagi tak nak bangun. Tengok jam sendiri baru nak bangun, menjerit salahkan orang. Padahal aku kejutkan sampai berpuluh-puluh kali tak bangun-bangun. Selamatlah aku ada kudrat nak kejutkan kau orang. Kalau tak dah lama aku tinggalkan kau orang. Biar kena denda.” Saliva memerli dua orang rakannya. Monica dan Tiara hanya senyap sahaja sehingga mereka sampai di tingkat bawah. Dari tadi mereka terpaksa mendengar perlian Saliva. Naik merah telinga mendengar Saliva memerli.

“Kita orang tahulah kita orang salah. Boleh tak berhenti dari memerli kita orang? Naik merah aku punya telinga.” Akhirnya Tiara membuka suara kerana tidak tahan dengan perlian Saliva.

“Haa.. ada pula suara. Dari tadi aku cakap, baru sekarang kau nak buka mulut. Ingatkan aku cakap dengan anak patung.” Lagi sekali Saliva memerli. Tiara dan Monica mengetap bibir. Geram, geram. Pukul 8 mereka sampai di bangunan sekolah. Naik lenguh kaki mereka berlari. Saliva berlari ke tingkat 5, manakala Tiara dan Monica berlari ke tingkat yang paling mencabar sekali. Tingkat 8! Merungut-rungut mulut Tiara dan Monica kerana penat menaiki tangga sehingga tingkat 8!

*****

“Maaf cikgu! Saya tersesat tadi. Puas saya cari tingkat ke tingkat. Selamat ada budak yang baik hati beritahu saya yang pelajaran Magical Water dekat tingkat 5. Maaf cikgu,” Saliva dengan pantasnya mengelentong Puan Telly. Puan Telly memandang muka Saliva. Lama. Akhirnya dia mengangguk kepala. Tanda terima alasan tersebut.

“Memandangkan yang ini hari pertama, saya maafkan. Jangan lupa lagi yang kelas kamu di timgkat 3. Pergi cari tempat duduk.” Arah Puan Telly. Saliva sudah tersenyum di dalam hati. Bulat-bulat Puan Telly prcaya cerita dia. Nak tergelak pun ada.

Dia segera mencari tempat duduk. Akhirnya dia memilih untuk duduk di belakang kelas. Senang untuk makan dan tidur! Pelajaran untuk pagi itu mengambil masa 2 jam. Saliva mendengar dengan tekun segala yang Puan Telly beritahu. Walaupun dia sudah mengetahui asas-asas mengenai Magical Water tetapi dia akan mendengar lagi. Biar dapat mengingati asas-asas magis air.

“Kringgg.....” Bunyi loceng jelas kedengaran. Dengan cepatnya semua pelajar keluar dari kelas. Mereka semua menuju ke tingkat 1 dan 2 untuk makan. Saliva berdiri di tepi tangga tingkat 3. Dia melihat muka-muka yang melalui tangga tersebut. Muka-muka yang diharapkan belum turun dari tangga walaupun sudah 20 minit dia tercongok di situ. Lalu Saliva mengambil keputusan untuk naik ke tingkat 8. Mungkin mereka kena denda kerana datang lambat. Siapa tahu. Ketika Saliva ingin melangkah ke anak tangga yang pertama. Tangannya di tarik dari belakang. Tersentak Saliva dibuatnya. Saliva menoleh belakang melihat empunya diri yang berani menarik tangannya. Apabila dia pusing ke belakang, rupanya Danny yang menarik tangannya. Di sebelah Danny ialah Slyer.

“Kau nak pergi mana? Makanan ada dekat tingkat bawah, bukan atas.” Danny memandang Saliva. “Kau ingat aku ni apa? Makan aje ke kerja aku? Aku nak pergi cari Tiara dan Monica. Dia orang tak turun-turun lagi. Eh.. kau orang mesti tahu punya. Kau orangkan sama aliran dengan dia orang.” Danny terdiam, begitu juga Slyer.

Danny mengambil nafas sebelum berkata, ”Dia orang kena denda sebab datang lambat. Kau tak kena denda pula. Dia orang kata kau pergi sekolah dengan dia orang.”

“Kena denda? Dengan siapa? Denda apa?” Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Saliva.

“Denda tu mestilah cikgu kita orang yang bagi. Puan Taylor. Dia orang kena denda cuci pinggan mangkuk tanpa menggunakan magis. Dia orang dah lama keluar sebenarnya. 10 minit awal. Dia orang sekarang ada dekat kantin. Basuh pinggang mangkuk. Macam mana kau boleh terlepas?” Tanya Danny buat kali yang ke-2. Slyer yang berada di sebelah Danny mengambil langkah mendiamkan diri. Saliva memandang Slyer sekejap sebelum menjawab soalan Danny.

“Aku kelentong cikgu aku, Puan Telly. Dia percaya bulat-bulat apa yang aku kata. Taktik nak hidup katakan. Yang Monica dan Tiara tu tak kelentong cikgu dia orang kenapa pula? Tak kan lah dia orang tak reti kelentong cikgu?” Saliva bertanya. Kakinya melangkah ke tingkat 2. Danny dan Slyer mengikutnya di sebelah.

“Pandai betul kau kelentong cikgu tu. Apa yang kau kelentong? Monica dan Tiara dia nak kelentong cikgu. Tapi cikgu tu yang kelentong dia orang dulu. Baru langkah masuk ke kelas, terus kena kelentong dengan cikgu. Terdiam dia orang. Akhir sekali dia orang kata lambat bangun. Kau orang lambat bangun ke?” Tanya Danny, tak henti-henti.

“Baguslah cikgu tu. Aku baru langkah masuk terus aku minta maaf. Aku kata aku sesat. Lepas tu aku minta maaf lagi sekali. Cikgu tu percayalah. Lagi satu, bukan kau orang. Dia orang aje. Aku bangun awal. Lepas tu aku kejutkan dia orang and aku terus pergi masuk bilik mandi. Masa aku dah siap mandi tu, nak aje aku simbah air panas kat dia orang. Elok lagi dia orang tidur. Masa tu dah pukul 7 pagi. Aku pun kejutkan lagi sekali. Monica bangun tapi dia mamai dan lambat proses kata-kata aku. Tiara pula lagi bagus, dia pergi tidur balik. Geram betul aku masa tu. Yang tu pun bila Monica menjerit macam orang gila tengok jam pukul 7.20 pagi. Kalau tak, tak bangunlah dua makhluk tu.” Panjang lebar Saliva menerangkan. Danny dan Slyer menjadi pendengar yang baik sekali. Buktinya? Danny dan Slyer tergelak terbahak-bahak. Kelakar mendengar cerita Saliva.

p/s : Enjoy. Mohon maaf atas segala kesalahan. Kritikan dialu-alukan untuk memperbaiki diri.. 
=D

0 comments: