Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Wednesday, July 20, 2011

Revenge 9 : Blue Necklace (part 2)


Revenge 9 : Blue Necklace (part 2)

 Saliva menutup buku di hadapannya. Kelopak matanya terasa berat. Angin malam menyapa tubuhnya. Baju sejuk yang dipakainya di tarik. Dia kesejukan teramat sangat! Saliva bangun dari kerusi dan berdiri di tingkap untuk menghirup udara segar dan melihat bulan. Dia merenung sayu bulan tersebut. Saliva menghela nafas berat. Bulan tersebut masih dipandangnya. Bulan.

Dia teringat satu ketika dahulu, bondanya selalunya menyatakan bahawa, bila seseorang itu kesepian atau merindui seseorang, pasti orang tersebut melihat bulan. Dan dia mula mengakui kebenaran kata-kata bondanya itu. Dia terasa hidupnya sunyi. Dia terlalu merindui keluarganya. Keluarga yang bahagia. Dark Devils. Nama Dark Devils, iaitu kumpulan yang bertanggungjawab merampas segala kebahagiannya meniti di bibir Saliva. Dan dia akan pastikan, semua ahli kumpulan tersebut menerima balasan yang setimpal atas perbuatan mereka. Sebuah senyuman yang menakutkan terukir di bibir Saliva. Tiba-tiba, ingatan Saliva mengimbas peristiwa yang berlaku pagi tadi.

Dari kejauhan Saliva dapat melihat lelaki semalam yang menarik perhatiannya. Dia melihat segala tingkah laku lelaki tersebut sebelum pergi menegur lelaki tersebut. Malangnya, ketika dia hendak melangkah menuju ke lelaki itu....

Puan Telly panggil kau,” Danny menarik lengannya dan menyampaikan apa yang patut di sampaikan. Saliva terkesima. Otaknya tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Danny.

Apa?” Saliva bertanya lagi sekali. Dia terlupa bahawa dia mahu menegur lelaki yang memakai rantai berwarna biru tersebut.

Puan Telly panggil kau dekat bilik dia.” Lagi sekali Danny mengulangi pesanan yang disampaikan oleh Puan Telly.

Oh. Nanti aku pergi.” Balas Saliva selamba. Dia baru hendak melangkah apabila Monica menarik lengannya.

Pergi sekarang Saliva. Kau tak akan cari masalah dengan cikgu lagikan?” Monica mengarah Saliva dan menyoalnya.

Aku nak pergi jumpa lelaki tu,” Saliva memuncungkan mulutnya ke arah lelaki yang ingin dijumpainya. Monica menunjukkan isyarat tangan tanda tidak membenarkan. Saliva kerut dahi.

Kenapa aku tak boleh jumpa dia pula?” Soal Saliva. Tidak puas hati.
Aku cakap tak boleh, maknanya tak boleh.” Dengan selamba Monica membalas. Tiara menyokong dari  belakang.

Mana boleh macam ni. Aku nak jumpa juga lelaki tu.” Saliva protes mendengar arahan Monica. Monica langsung tidak peduli mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Saliva. Dia menarik lengan Saliva menuju ke tingkat 9. Saliva cepat-cepat menarik lengannya supaya dia dapat bebas. Semasa agenda tarik menarik berlaku, mata Saliva menyinggah di tempat budak lelaki yang memakai rantai biru tersebut. Hilang! Budak tersebut sudah hilang! Saliva mencari-cari jikalau budak tersebut ada di sekelilingnya.

Malangnya, budak tersebut memang tiada di situ. Saliva mengeluh hampa dan membiarkan lengannya di tarik oleh Monica. Setelah dia sampai di bilik Puan Telly, Puan Telly memberitahu bahawa dia lupa kenapa dia panggil Saliva. Saliva menahan amarahnya.

Bunyi batuk kedengaran bertalu-talu. Saliva kembali ke dunia sebenar. Dia memusing kepala ke belakang melihat siapa yang batuk. Sarah. Sarah ialah pelajar yang baru masuk ke sini. Pelajar yang dikatakan cantik oleh Danny. Ya, Sarah memang cantik. Dia juga tidak menafikan kebenaran kata-kata Danny. Selain itu, Sarah juga seorang yang peramah. Matanya yang berwarna hitam pekat memang cantik! Rambutnya panjang melepasi bahu membuatkannya bertambah ayu. Saliva tarik nafas perlahan. Dia melihat segenap bilik tidur. Katil bilik ini ada tiga tingkat. Di bilik itu ada 50 katil. Lantainya sangat cantik kerana di hiasi oleh jubin yang diukir cantik. Di bilik itu juga terdapat meja untuk belajar. Saliva membuka langkah menuju ke katilnya. Dia menguap kecil sebelum menarik selimut. Dia meletakkan kepala di bantal dan terus tidur.

*****

“Itulah kau orang, aku cakap sikit kata aku ni mak tiri. Aku cakap pun sebab aku geram dengan kau orang. Asyik-asyik lambat bangun. Asyik-asyik aku yang kena kejutkan. Bila kau orang lambat bangun, aku yang kejutkan. Bila aku yang kejutkan, kau orang lambat bangun.  Bila aku tegur, nasihat. Mulut kau ni macam mak tirilah. Kita orang mana ada mak tiri lagi.” Saliva mengajuk kata-kata yang keluar dari mulut Tiara bila dia tegur mereka.

“Selamat hari ni pelajaran mula pukul 9. Kalau tak? Sah-sah kau orang kena cuci tandas. Tak pun cuci dan kemas bilik stor yang dah berhabuk, bersawang dan kotor tu. Lepas tu, mulalah minta aku tolong. Aku boleh tolong, tapi bila aku nak guna magis. Kau orang tak nak. Takut cikgu tahu. Selama aku kena hukuman cuci tandas dekat tingkat 9 dan 10. Selama tu juga aku guna magis. Ada cikgu tahu? Tak. Pandai-pandailah guna. Jangan kena tangkap.” Saliva sambung bebelannya.

Tiara dan Monica terpaksa tahan telinga. Memang salah mereka. Liat bangun tidur. Selamat tadi ada budak bagi tahu yang kelas mula lambat sebab semua cikgu ada hal. Sebenarnya semua kelas ada buat dua sesi. Sesi petang dan pagi. Semasa sesi pagi, para pelajar boleh pilih pelajaran mana yang hendak di masuk dahulu. Dan bila sesi petang, pelajaran seterusnya pula yang harus di masuk. Contoh, bila seseorang itu ambil magis hitam dan magis penyembuh. Dia boleh pilih magis mana yang hendak di masuki dahulu. Jika sesi petang dia mahu masuk ke kelas magis hitam. Maknanya pada sesi pagi dia harus masuk ke kelas magis penyembuh. Oleh sebab itu, semua kelas di buka waktu pagi dan petang. Pelajar-pelajar boleh pilih kelas yang hendak di masuk dahulu.

Langkah Saliva terhenti begitu juga dengan bebelannya. Tiara dan Monica terkejut kerana Saliva berhenti tanpa beri isyarat. Selamat mereka bertiga tidak berlanggar. Mata Saliva melihat lelaki yang sudah lama hendak di dekati tersebut. Dia berazam hari ini dia harus mendekati lelaki tersebut. Saliva pantas berjalan menghampiri lelaki itu. Monica dan Tiara langsung tidak dipedulikan. Hanya lelaki itu sasarannya sekarang. Dia pura-pura langgar lelaki tersebut. Habis jatuh buku lelaki itu dan bukunya. Saliva dengan pantas mengambil bukunya sambil matanya melihat tajuk buku lelaki tersebut. Oh, Dark Magic dan Healing Magic rupanya. Desis hati kecil Saliva.

“Opss.. Sorry. Tak sengaja. Minta maaf ya. Urm... Saya Valisa.” Saliva mula memperkenalkan dirinya. Dia harus pantas bertindak. “Argon.” Balas lelaki itu. Hati Saliva sudah tersenyum.

p/s : Sudah agak serabut pkir jalan cerita utk 4 bab terakhir.. hurmm..

0 comments: