Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Tuesday, August 21, 2012

Revenge 13 : Enemies! (part 3)



Revenge 13 : Enemies! (part 3)

What?! Kau tak dapat?! Benda senang macam ni kau tak dapat nak lakukan? Hello Jasmen, aku bukan suruh kau buat benda yang susah. Benda yang simple aje aku suruh kau buat. Itu pun kau tak dapat buat?!” Vanessa tersentak mendengar jerkahan seseorang di dalam bilik Encik Jaston. Telinganya di rapatkan ke pintu bilik Encik Jaston.

“Ma.. maa.. maaf.. kan sa.. sa.. saya,” suara Encik Jaston meminta maaf menampar cuping telinga Vanessa. Vanessa mula berminat untuk mendengar dengan lebih lanjut. Mungkin dia boleh tahu mengapa Encik Jaston mahu mereka cari Vasperin.

“Maaf, maaf! Dari tadi tu yang aku dengar! Kau dengar sini baik-baik. Kita orang bertiga bagi kau masa 3 hari lagi untuk mencari Vasperin. Kalau kau tak dapat. Nahas kau kita orang kerjakan.” Ugut satu suara kepada Encik Jaston. Vanessa ketap bibir. Dia ingin tahu siapa yang menengking Encik Jaston. Hatinya tertarik-tarik untuk mengetahui pemilik suara tersebut.

“Itulah Jasmen. Lain kali fikir dahulu sebelum kau minta menjalankan tugas yang senang macam ni. Ini tidak, main redah aje. Kenapa? Kau nak sangat ke dapat titleThe Best People of Dark Kingdom’? Haa?? Jawablah,” Suara perempuan mula menampar cuping telinga Vanessa lagi sekali. Otak Vanessa memproses kata-kata tersebut. Dark Kingdom. Nama kerajaan tersebut meniti di bibirnya. The Dark Devil. Sekian lama nama tersebut tidak disebut Vanessa. Api kemarahan mula menguasai diri. Dadanya bergetar hebat!

“Sudahlah Mony, Frank. Jom kita balik ke bilik kita. Tidur lagi elok dari memandang muka lelaki yang tak berguna ni. Menyakitkan.” Sinis sekali suara tersebut. Kali ini Vanessa betul-betul tersentak dan terkedu.

Feriasti diango Mucco” Vanessa dengan cepat menyebut mantera yang telah lama tidak disebutnya. Mantera yang mula-mula di sebut ketika kerajaan bondanya diserang. Diserang oleh The Dark Devils!

Vanessa muncul di dalam tandas bilik Topaz. Dia menarik nafas lega. Namun badannya agak keletihan. Mantera yang disebut betul-betul membuatkan dia terasa letih dan penat! Vanessa bersandar di pintu tandas. Dia sama sekali tidak sangka akan mengetahui dengan begitu cepat mengenai ’mereka’ bertiga. Nampaknya Monica tidak mengetahui siapa sebenarnya Henry, Mony dan Frank. Satu keluhan yang berat dilepaskan. Dia harus buat sesuatu. Harus!

*****

“Hai Vellina!” Vanessa mengukir senyuman paksa. Sudah lama dia tidak diganggu oleh Argon sehingga dia lupa tentang Argon dan rantai biru tersebut.

“Hai Argon! Lama tak jumpa. Pergi mana? Bertapa?” Vanessa membuat lawak dalam hatinya berdoa agar ada orang boleh bawa Argon pergi jauh darinya sekarang. Mata Vanessa memandang belakang Argon. Mony, Frank dan Henry sedang berjalan sambil berbual.

“Vellina, boleh tak malam ni kita keluar? Saya hendak cakap sesuatu kepada awak.” Vanessa hendak pengsan mendengar ayat yang keluar dari mulut Argon. Dia cuba mencari alasan.

“Tapi, boleh ke kita keluar? Mesti cikgu-cikgu semua tak bagi. Lagipun susah nak keluar malam ni.” Alasan pertama yang terlintas di fikirannya di suarakannya.

“Awak jangan risau. Kalau pasal tu, saya dah bereskan. Awak hanya perlu keluar dari bilik macam biasa. Kita jumpa pukul 12 malam di pintu pagar utama. Saya tunggu.” Argon kenyit mata dan berlalu pergi. Vanessa mencebik. Dia lantas berlalu pergi mendapatkan kawan-kawannya.

“Lama betul aku tak nampak si Argon tu. Baru sekarang di muncul.” Tiara bersuara apabila Vanessa sampai di hadapannya.

“Apa yang kau orang bualkan tu? Sekejap aje. Tapi aku perasan Argon kenyit mata dekat kau tadi. Sweetlah Argon tu” Monica memuji Argon. Vanessa buat muka sebelum dia memegang dadanya. Dia berasa sakit. Matanya memandang Danny dan Bella sebelum membuang pandangan ke tempat lain. Monica dan Tiara kerut dahi.

“Vellina, kau tak apa-apa kan? Kau sakit dada ke?” Monica menyoal Vanessa. Wajah Monica menampakkan riak risau. Begitu juga wajah Tiara. Vanessa geleng kepala.
“Aku tak apa-apa. Penat agaknya.” Tiara dan Monica masih memandang Vanessa dengan ekspirasi muka yang sama. Vanessa tarik senyum dan ketawa. Tiara dan Monica yang geram terus mengetuk kepala Vanessa.

“Ish kau ni. Buat kita orang susah hati aje.” Cebik Tiara.

“Sayang juga kau orang kat aku.” Vanessa berkata dengan gembira, walhal sebenarnya dia hanya pura-pura ketawa supaya kawan-kawannya tidak risau. Lagipun dia mahu menghilangkan rasa sakit hati. Kenapa? Dia juga tidak tahu.

Mereka bertiga berjalan menuju ke bangunan sekolah. “Eh, cakaplah. Tadi apa yang Argon cakap dekat kau. Beritahulah.” Tiara sudah membuat muka comel. Monica disebelah turut kalih pandangan ke arahnya.

“Dia nak jumpa aku malam ni.” Beritahu Vanessa perlahan.

“Wah.. datinglah kiranya?” Vanessa ketuk kepala Tiara.

“Bukan date, tapi berjumpa. Dia kata ada hal.” Vanessa masih bertegas.

“Aku peliklah dengan kau, Vellina. Kau suka Argon ke tak? Kau orang ni pasangan kekasih ke bukan?” Monica bertanya dengan dahi yang berkerut seribu. Vanessa hela nafas. Dia tidak tahu nak bagi jawapan apa.

Akhirnya Vanessa memutuskan untuk memberi jawapan yang samar-samar kepada Monica. “Entahlah.. nanti kau juga akan tahu.” Mereka semua diam sesaat. Monica baru hendak membuka mulut tetapi Vanessa lagi pantas.

“Aku masuk kelas dulu.” Vanessa terus belok ke kanan dan masuk ke kelasnya, Magical Water. Vanessa mengambil tempat duduk di belakang sekali. Tempat duduk kegemarannya.

“Jauhkan diri kau dari Argon.” Vanessa tesentak mendengar suara yang keras di sebelahnya. Dia memandang sebelah dan ....

“Siapa kau?” Vanessa berkata seolah-olah langsung tidak kenal perempuan yang memberi amaran kepadanya itu.

“Kau tak perlu tahu. Yang perlu kau tahu ialah jauhkan diri kau dari Argon!” Perempuan itu memberi amaran lagi sekali.

“Kenapa pula aku harus jauhkan diri dari Argon?” Vanessa menyoal selamba. Mony tarik senyum sinis.

“Bukan harus. Kau kena jauhkan diri kau dari dia. Dia tak layak untuk kau. Opss.. silap. Kau tak layak untuk dia. Kau lemah!” Terbakar Vanessa mendengar kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Mony.

“Kau tak ada hak hendak menghalang aku. Kau siapa nak beri aku amaran? Argon berhak untuk berkawan dengan sesiapa yang dia mahu.” Vanessa sengaja buat tidak peduli dengan amaran Mony. Dia lagi mahu membakar perasaan Mony. Mony menghadiahkan satu jelingan tajam kepadanya. Vanessa turut buat begitu. Lama mata mereka menjeling satu sama lain. Ada perasaan marah, geram dan benci di situ.

“Semestinya aku ada hak. Aku tunang dia.” Vanessa terpana. Selama dia berkawan dengan Argon dia tidak tahu Argon ada tunang.

“Jadi? Kalau kau tunang dia pun, aku masih ada hak untuk berkawan dengan dia.” Mony menepuk meja dengan kuat dan berdiri. Vanessa membuat muka selamba. Dia memandang Vanessa garang dan terus berlalu keluar dari situ.

Tidak beberapa lama selepas itu, Puan Telly masuk ke kelas. Dia meletakkan bukunya dan memandang setiap wajah di hadapannya. “Maaf kerana saya terlambat. Saya bukan sengaja tetapi ada hal tadi. Kita mulakan pelajaran kita pagi ini dengan menyeru Berlod. Saya harap kamu semua dapat berikan yang terbaik.” Puan Telly membawa satu bekas besar berisi air menggunakan mantera. Bekas tersebut terapung-apung diudara dan bergerak menuju ke meja guru. Bekas tersebut mendarat dengan baik di hadapan Puan Telly.

Kamu semua ambil bekas di meja belakang dan isi air di dalamnya menggunakan air yang berada di hadapan saya. Berikan hati dan perasaan kamu ketika menyerunya. Seru dengan ikhlas. Tumpuan perhatian. Kamu pasti boleh!” Mereka semua bangkit dan pergi mengambil bekas dan mengisi air di dalamnya. Vanessa membawa air tersebut dengan penuh berhati-hati ke tempatnya. Setelah semua pelajar selesai mengisi air, Puan Telly berdiri tegak di hadapan. Matanya merenung semua muka di hadapannya. Satu persatu. “Sebut mantera untuk menyerunya dengan tepat dan lancar!”

Disedian afterrun adies zenos!” Puan Telly tersenyum lebar mendengar mantera tersebut. “Bagus! Berikan tepukan kepada diri kamu sendiri kerana berjaya menyebut mantera tersebut.” Para pelajar mula menepuk tangan dengan kuat. Vanessa pula menepuk tangan dengan sambalewa.

Tetapi!” Puan Telly bersuara serius. “Kalau kamu reti sebut tetapi tidak reti untuk menumpukan perhatian, itu adalah masalah yang lebih serius! Kamu harus ingat, makhluk ini harus diseru dengan memberikan sepenuh tumpuan pada mantera yang kamu baca. Kamu harus buka dada kamu selapang-lapangnya!” Semua pelajar diam di tempat duduk masing-masing. Mereka mendengar penjelasan Puan Telly dengan khusyuk. “Kamu boleh mula sekarang.” Ujar Puan Telly setelah mendiamkan diri beberapa saat.

Vanessa memandang air di hadapannya. Di sentuh air tersebut dengan hujung jari telunjuknya. Sebelah tangan menampung berat kepalanya. Dia mengacau air tersebut dengan perlahan. Puan Telly di hadapan kelas di pandang sekilas sebelum membuang pandangan ke tempat lain.

Dia memerhatikan segenap kelas dari tempat duduknya di belakang. Cally, pelajar perempuan yang duduk di hadapannya selang 3 baris sedang mencuba sedaya upayanya untuk menghasilkan Berlod namun masih tidak menunjukkan tanda-tanda positif. Vanessa kalih pula pandangan ke tempat Sabrina. Budak yang paling pandai dalam aliran magis air. Tetapi jika di aliran lain, mungkin dia dikatakan golongan sederhana.


Vellina sayang, kamu tak reti ke hendak menghasilkan Berlod? Kalau kamu tak reti, jangan malu-malu hendak tanya cikgu. Mula-mula sekali, kamu tumpuankan perhatian kamu. Selepas itu, kamu bayangkan Berlod kamu. Di situ kena letakkan lebih tumpuan. Kamu harus focus. Buka minda dan mata kamu. Bayangkan. Selepas kamu sudah buat begitu, kamu harus menyebut mantera yang cikgu ajar tadi. Sebut dengan tenang, yakin dan lancar. Jangan takut-takut. Jangan was-was. Yakin pada diri dan pop! Berlod kamu akan terhasil.” Panjang lebar Puan Telly memberikan penerangan. Sekali lagi! Vellina tarik senyum dan berbuat seperti yang disuruh. Dia pura-pura focus walhal tidak. Dia takut jika dia focus, Berlod yang dihasilkan akan menjadi kuat dan semua orang akan berasa sangsi dengan dirinya. Masakan tidak. Budak yang bodoh dan tidak handal dalam semua aliran boleh menghasilkan Berlod yang begitu hebat.

Popp....” Muncul seekor makhluk yang seluruh tubuhnya diperbuat daripada air, Makhluk tersebut tersenyum ke arah Vanessa dan mula melompat-lompat keriangan. Puan Telly tepuk tangan perlahan. “Bagus Vellina, bagus. Kamu sudah berjaya menghasilkan Berlod walaupun tidak kuat dan hebat tetapi comel dan lemah. Kamu memang hebat!” Yang lain turut ikut tepuk tangan. Vanessa tarik senyum paksa. Dia tidak tahu sama ada Puan Telly sindirnya atau memujinya.

Terima kasih, puan.” Vanessa menundukkan kepala sedikit. Selepas itu, Puan Telly beredar pergi dari situ dan mula menjelajah tempat-tempat lain. Vanessa menghela nafas lega. Selepas beberapa minit berlalu, loceng pun berbunyi. Vanessa kemas barang-barangnya dan mula melangkah keluar dengan pantas. 

p/s : Sorry kalau ada tersalah tulis. Busy this year. Trial SPM is a round the corner (3/9/2012) Pray for my success in Trial SPM and SPM. Amin. May Allah Bless You. ;)

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir and Batin.