Revenge 13 : Enemies! (part 3)
“What?! Kau tak dapat?! Benda senang macam ni kau
tak dapat nak lakukan? Hello Jasmen, aku bukan suruh kau buat benda yang
susah. Benda yang simple aje aku suruh
kau buat. Itu pun kau tak dapat buat?!” Vanessa tersentak mendengar jerkahan
seseorang di dalam bilik Encik Jaston. Telinganya di rapatkan ke pintu bilik
Encik Jaston.
“Ma..
maa.. maaf.. kan sa.. sa.. saya,” suara Encik Jaston meminta maaf menampar
cuping telinga Vanessa. Vanessa mula berminat untuk mendengar dengan lebih
lanjut. Mungkin dia boleh tahu mengapa Encik Jaston mahu mereka cari Vasperin.
“Maaf,
maaf! Dari tadi tu yang aku dengar! Kau dengar sini baik-baik. Kita orang
bertiga bagi kau masa 3 hari lagi untuk mencari Vasperin. Kalau kau tak
dapat. Nahas kau kita orang kerjakan.” Ugut satu suara kepada Encik Jaston. Vanessa
ketap bibir. Dia ingin tahu siapa yang menengking Encik Jaston. Hatinya
tertarik-tarik untuk mengetahui pemilik suara tersebut.
“Itulah
Jasmen. Lain kali fikir dahulu sebelum kau minta menjalankan tugas yang senang
macam ni. Ini tidak, main redah aje. Kenapa? Kau nak sangat ke dapat title ’The Best
People of Dark Kingdom’? Haa?? Jawablah,” Suara perempuan mula
menampar cuping telinga Vanessa lagi sekali. Otak Vanessa memproses kata-kata
tersebut. Dark Kingdom. Nama kerajaan tersebut meniti di bibirnya. The
Dark Devil. Sekian lama nama tersebut tidak disebut Vanessa. Api kemarahan
mula menguasai diri. Dadanya bergetar hebat!
“Sudahlah
Mony, Frank. Jom kita balik ke bilik kita. Tidur lagi elok dari memandang muka
lelaki yang tak berguna ni. Menyakitkan.” Sinis sekali suara tersebut. Kali ini
Vanessa betul-betul tersentak dan terkedu.
“Feriasti
diango Mucco” Vanessa dengan cepat menyebut mantera yang telah lama tidak
disebutnya. Mantera yang mula-mula di sebut ketika kerajaan bondanya diserang.
Diserang oleh The Dark Devils!
Vanessa
muncul di dalam tandas bilik Topaz. Dia menarik nafas lega. Namun badannya agak
keletihan. Mantera yang disebut betul-betul membuatkan dia terasa letih dan
penat! Vanessa bersandar di pintu tandas. Dia sama sekali tidak sangka akan
mengetahui dengan begitu cepat mengenai ’mereka’ bertiga. Nampaknya Monica
tidak mengetahui siapa sebenarnya Henry, Mony dan Frank. Satu keluhan yang
berat dilepaskan. Dia harus buat sesuatu. Harus!
*****
“Hai Vellina!”
Vanessa mengukir senyuman paksa. Sudah lama dia tidak diganggu oleh Argon
sehingga dia lupa tentang Argon dan rantai biru tersebut.
“Hai
Argon! Lama tak jumpa. Pergi mana? Bertapa?” Vanessa membuat lawak dalam
hatinya berdoa agar ada orang boleh bawa Argon pergi jauh darinya sekarang.
Mata Vanessa memandang belakang Argon. Mony, Frank dan Henry sedang berjalan
sambil berbual.
“Vellina,
boleh tak malam ni kita keluar? Saya hendak cakap sesuatu kepada awak.” Vanessa
hendak pengsan mendengar ayat yang keluar dari mulut Argon. Dia cuba mencari
alasan.
“Tapi,
boleh ke kita keluar? Mesti cikgu-cikgu semua tak bagi. Lagipun susah nak
keluar malam ni.” Alasan pertama yang terlintas di fikirannya di suarakannya.
“Awak
jangan risau. Kalau pasal tu, saya dah bereskan. Awak hanya perlu keluar dari
bilik macam biasa. Kita jumpa pukul 12 malam di pintu pagar utama. Saya
tunggu.” Argon kenyit mata dan berlalu pergi. Vanessa mencebik. Dia lantas
berlalu pergi mendapatkan kawan-kawannya.
“Lama
betul aku tak nampak si Argon tu. Baru sekarang di muncul.” Tiara bersuara
apabila Vanessa sampai di hadapannya.
“Apa
yang kau orang bualkan tu? Sekejap aje. Tapi
aku perasan Argon kenyit mata dekat kau tadi. Sweetlah Argon tu” Monica
memuji Argon. Vanessa buat muka sebelum dia memegang dadanya. Dia berasa sakit.
Matanya memandang Danny dan Bella sebelum membuang pandangan ke tempat lain.
Monica dan Tiara kerut dahi.
“Vellina,
kau tak apa-apa kan? Kau sakit dada ke?” Monica menyoal Vanessa. Wajah Monica
menampakkan riak risau. Begitu juga wajah Tiara. Vanessa geleng kepala.
“Aku tak
apa-apa. Penat agaknya.” Tiara dan Monica masih memandang Vanessa dengan
ekspirasi muka yang sama. Vanessa tarik senyum dan ketawa. Tiara dan Monica
yang geram terus mengetuk kepala Vanessa.
“Ish kau
ni. Buat kita orang susah hati aje.” Cebik
Tiara.
“Sayang
juga kau orang kat aku.” Vanessa berkata dengan gembira, walhal sebenarnya dia
hanya pura-pura ketawa supaya kawan-kawannya tidak risau. Lagipun dia mahu
menghilangkan rasa sakit hati. Kenapa? Dia juga tidak tahu.
Mereka
bertiga berjalan menuju ke bangunan sekolah. “Eh, cakaplah. Tadi apa yang Argon
cakap dekat kau. Beritahulah.” Tiara sudah membuat muka comel. Monica disebelah
turut kalih pandangan ke arahnya.
“Dia nak
jumpa aku malam ni.” Beritahu Vanessa perlahan.
“Wah.. datinglah
kiranya?” Vanessa ketuk kepala Tiara.
“Bukan date,
tapi berjumpa. Dia kata ada hal.” Vanessa masih bertegas.
“Aku
peliklah dengan kau, Vellina. Kau suka Argon ke tak? Kau orang ni pasangan
kekasih ke bukan?” Monica bertanya dengan dahi yang berkerut seribu. Vanessa
hela nafas. Dia tidak tahu nak bagi jawapan apa.
Akhirnya
Vanessa memutuskan untuk memberi jawapan yang samar-samar kepada Monica.
“Entahlah.. nanti kau juga akan tahu.” Mereka semua diam sesaat. Monica baru
hendak membuka mulut tetapi Vanessa lagi pantas.
“Aku
masuk kelas dulu.” Vanessa terus belok ke kanan dan masuk ke kelasnya, Magical
Water. Vanessa mengambil tempat duduk di belakang sekali. Tempat duduk
kegemarannya.
“Jauhkan
diri kau dari Argon.” Vanessa tesentak mendengar suara yang keras di
sebelahnya. Dia memandang sebelah dan ....
“Siapa
kau?” Vanessa berkata seolah-olah langsung tidak kenal perempuan yang memberi
amaran kepadanya itu.
“Kau tak
perlu tahu. Yang perlu kau tahu ialah jauhkan diri kau dari Argon!” Perempuan
itu memberi amaran lagi sekali.
“Kenapa
pula aku harus jauhkan diri dari Argon?” Vanessa menyoal selamba. Mony tarik
senyum sinis.
“Bukan
harus. Kau kena jauhkan diri kau dari dia. Dia tak layak untuk kau. Opss..
silap. Kau tak layak untuk dia. Kau lemah!” Terbakar Vanessa mendengar
kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Mony.
“Kau tak
ada hak hendak menghalang aku. Kau siapa nak beri aku amaran? Argon berhak
untuk berkawan dengan sesiapa yang dia mahu.” Vanessa sengaja buat tidak peduli
dengan amaran Mony. Dia lagi mahu membakar perasaan Mony. Mony menghadiahkan
satu jelingan tajam kepadanya. Vanessa turut buat begitu. Lama mata mereka
menjeling satu sama lain. Ada perasaan marah, geram dan benci di situ.
“Semestinya
aku ada hak. Aku tunang dia.” Vanessa terpana. Selama dia berkawan dengan Argon
dia tidak tahu Argon ada tunang.
“Jadi?
Kalau kau tunang dia pun, aku masih ada hak untuk berkawan dengan dia.” Mony
menepuk meja dengan kuat dan berdiri. Vanessa membuat muka selamba. Dia
memandang Vanessa garang dan terus berlalu keluar dari situ.
Tidak
beberapa lama selepas itu, Puan Telly masuk ke kelas. Dia meletakkan bukunya dan
memandang setiap wajah di hadapannya. “Maaf
kerana saya terlambat. Saya bukan sengaja tetapi ada hal tadi. Kita mulakan
pelajaran kita pagi ini dengan menyeru Berlod. Saya harap kamu semua
dapat berikan yang terbaik.” Puan Telly membawa satu bekas besar berisi air
menggunakan mantera. Bekas tersebut terapung-apung diudara dan bergerak menuju
ke meja guru. Bekas tersebut mendarat dengan baik di hadapan Puan Telly.
“Kamu semua ambil bekas
di meja belakang dan isi air di dalamnya menggunakan air yang berada di hadapan
saya. Berikan hati dan perasaan kamu ketika menyerunya. Seru dengan ikhlas.
Tumpuan perhatian. Kamu pasti boleh!” Mereka semua bangkit dan pergi mengambil
bekas dan mengisi air di dalamnya. Vanessa membawa air tersebut dengan penuh
berhati-hati ke tempatnya. Setelah semua pelajar selesai mengisi air, Puan
Telly berdiri tegak di hadapan. Matanya merenung semua muka di hadapannya. Satu
persatu. “Sebut mantera untuk menyerunya
dengan tepat dan lancar!”
“Disedian afterrun
adies zenos!” Puan Telly
tersenyum lebar mendengar mantera tersebut. “Bagus!
Berikan tepukan kepada diri kamu sendiri kerana berjaya menyebut mantera
tersebut.” Para pelajar mula menepuk tangan dengan kuat. Vanessa pula menepuk
tangan dengan sambalewa.
“Tetapi!” Puan Telly bersuara
serius. “Kalau kamu reti sebut tetapi tidak
reti untuk menumpukan perhatian, itu adalah masalah yang lebih serius! Kamu
harus ingat, makhluk ini harus diseru dengan memberikan sepenuh tumpuan pada
mantera yang kamu baca. Kamu harus buka dada kamu selapang-lapangnya!” Semua
pelajar diam di tempat duduk masing-masing. Mereka mendengar penjelasan Puan
Telly dengan khusyuk. “Kamu boleh mula
sekarang.” Ujar Puan Telly setelah mendiamkan diri beberapa saat.
Vanessa
memandang air di hadapannya. Di sentuh air tersebut dengan hujung jari
telunjuknya. Sebelah tangan menampung berat kepalanya. Dia mengacau air
tersebut dengan perlahan. Puan Telly di hadapan kelas di pandang sekilas
sebelum membuang pandangan ke tempat lain.
Dia
memerhatikan segenap kelas dari tempat duduknya di belakang. Cally, pelajar
perempuan yang duduk di hadapannya selang 3 baris sedang mencuba sedaya
upayanya untuk menghasilkan Berlod namun masih tidak menunjukkan
tanda-tanda positif. Vanessa kalih pula pandangan ke tempat Sabrina. Budak yang
paling pandai dalam aliran magis air. Tetapi jika di aliran lain, mungkin dia
dikatakan golongan sederhana.
“Vellina sayang, kamu tak
reti ke hendak menghasilkan Berlod? Kalau kamu tak reti, jangan
malu-malu hendak tanya cikgu. Mula-mula sekali, kamu tumpuankan perhatian kamu.
Selepas itu, kamu bayangkan Berlod kamu. Di situ kena letakkan lebih
tumpuan. Kamu harus focus. Buka minda dan mata kamu. Bayangkan. Selepas
kamu sudah buat begitu, kamu harus menyebut mantera yang cikgu ajar tadi. Sebut
dengan tenang, yakin dan lancar. Jangan takut-takut. Jangan was-was. Yakin pada
diri dan pop! Berlod kamu akan terhasil.” Panjang lebar Puan
Telly memberikan penerangan. Sekali lagi! Vellina tarik senyum dan berbuat
seperti yang disuruh. Dia pura-pura focus walhal tidak. Dia takut jika
dia focus, Berlod yang dihasilkan akan menjadi kuat dan semua
orang akan berasa sangsi dengan dirinya. Masakan tidak. Budak yang bodoh dan
tidak handal dalam semua aliran boleh menghasilkan Berlod yang begitu
hebat.
“Popp....” Muncul seekor
makhluk yang seluruh tubuhnya diperbuat daripada air, Makhluk tersebut
tersenyum ke arah Vanessa dan mula melompat-lompat keriangan. Puan Telly tepuk
tangan perlahan. “Bagus Vellina, bagus. Kamu
sudah berjaya menghasilkan Berlod walaupun tidak kuat dan hebat tetapi
comel dan lemah. Kamu memang hebat!” Yang lain turut ikut tepuk tangan. Vanessa
tarik senyum paksa. Dia tidak tahu sama ada Puan Telly sindirnya atau
memujinya.
“Terima kasih, puan.” Vanessa
menundukkan kepala sedikit. Selepas itu, Puan Telly beredar pergi dari situ dan
mula menjelajah tempat-tempat lain. Vanessa menghela nafas lega. Selepas
beberapa minit berlalu, loceng pun berbunyi. Vanessa kemas barang-barangnya dan
mula melangkah keluar dengan pantas.
p/s : Sorry kalau ada tersalah tulis. Busy this year. Trial SPM is a round the corner (3/9/2012) Pray for my success in Trial SPM and SPM. Amin. May Allah Bless You. ;)
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir and Batin.
2 comments:
buat btl2 yek spm... nti fre jgn lupa update lg taw... sy mmg suka cite nie...
good luck dlm SPM nanti....nway, cite ni mmg best..!!!
hope, one day sy dpt mbaca keseluruhannya....
Selamat berjuang...!!!
Post a Comment