Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Wednesday, November 28, 2012

Revenge 14 : Love Does Not Exist




Revenge 14 : Love Does Not Exist

Vanessa toleh kepada menghadap jam di dinding bilik Topaz. 11. 00 malam. Matanya mula beralih ke pintu. Dia teragak-agak untuk keluar dan berjumpa dengan Argon. Dia memerhatikan segenap penjuru bilik itu. Suasana sunyi sepi. Masing-masing sibuk melayan mimpi-mimpi mereka. Vanessa berjalan dengan penuh berhati-hati dan keluar dari bilik. Dia berjalan seperti biasa mengikut arahan Argon.

Vanessa berjalan dengan agak perlahan apabila terdengar suara seseorang bercakap dengan nada keras. “Dia tak layak untuk kau Argon! Dia tu lemah, bodoh dan tak cukup baik untuk kau! Dia tidak sesuai menjadi suri di hati kau!” Berderau darah Vanessa mendengar nama Argon. Dia mula tertarik untuk mendengar lebih lanjut.

Kau tak layak cakap macam tu. Kau tak layak untuk judge dia.” Argon bersuara keras.

Kenapa? Kenapa aku tak layak? Kau bagi tahu aku. Kenapa aku tak layak nak judge dia. Argon, wake up! Dia tu bukan hebat Argon. Dia tak layak untuk kau. Kau memang tak sesuai untuk dia. Kau bukan untuk dia. Kau dah lupa siapa kau? Kau dah lupa ke?” Makin keras suara tersebut membalas. Peluh memercik di dahi Vanessa. Vanessa hanya membiarkannya.

Aku tak lupa Mony,” Vanessa tersentak. Tidak disangka suara tersebut kepunyaan Mony. Perempuan yang memberi amaran kepadanya untuk menjauhi Argon. “Aku tak lupa siapa aku. Tapi kau yang lupa Mony. Kau lupa sesuatu.” Vanessa sudah makin tertarik. Dia seakan-akan mahu pergi lebih dekat untuk mendengar dengan jelas.

“Apa yang aku lupa? Tell me!” Mony membentak dengan kuat.

“Kau lupa yang aku berhak untuk menyukai sesiapa yang aku suka. Kau lupa tentang tu.” Hambur Argon keras. Mony terdiam sesaat.

Hahahahaha.......” Vanessa pelik. Pelik apabila mendengar Mony ketawa.

Kau sudah pandai Argon. Kau sudah pandai bermadah kata. Satu pencapaian yang cukup bagus.” Sinis suara Mony kedengaran. Argon mendiamkan diri. “Kalau kau berdegil mahu bersama Vellina, aku tak teragak-agak untuk membunuh dia, Argon.” Vanessa terpana. Dia tidak sangka orang yang dibual oleh mereka berdua adalah .... dia!

Argon tersentak. Dia ketap bibir kuat. “Kau jangan berani apa-apa kan dia Mony. Kau tak ingat siapa kau? Siapa aku? Kalau kau cuba apa-apa kan dia, aku bunuh kau, Mony! Tiada sesiapa yang boleh sentuh dia walau sehelai rambut sekalipun!” Argon membentak dengan kuat. Tanggannya di genggam. Dia cuba untuk mengawal kemarahan dia. Vanessa terkesima mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Argon. Vanessa memegang dadanya. Kenapa dia terasa semacam saat Argon berkata begitu?

Kenapa Argon? Kenapa kau sayang sangat pada dia? Dia bukan siapa-siapa, Argon! Dia berbeza dari kau, dari aku. Kau, putera Dark Kingdom. Aku, penasihat kau. Kau patut dengar cakap aku Argon. Jauhi dia!”

Panggg....” Vanessa terdengar bunyi yang kuat seperti bunyi ... bunyi tamparan. Ia berlaku sekelip mata. “Berani kau, berani kau tampar aku disebabkan .,. disebabkan perempuan yang ... perempuan yang tak berguna tu! Berani kau!” Lagi sekali sebuah tamparan hinggap di pipi Mony. Mony meraba pipinya yang sudah berbekas merah. Dia mengetap bibir lantas berlalu dari situ. Vanessa tersandar di balik pintu utama. Dia tidak tahu apa yang harus dibuat. Bunuh Argon atau tidak? Soalan tersebut berlegar di fikirannya.

Setelah 10 minit berlalu, Vanessa keluar dari balik pintu dan menuju ke arah Argon yang sedang bersandar di pasu bunga yang besar di sebelah pintu pagar utama. Vanessa memberikan senyuman yang pahit kepada Argon. Argon membalas dengan senyuman yang indah. Hati Vanessa masih tidak tenteram. Dia tidak tahu kenapa hatinya berasa ..... lain macam...

Kita nak pergi mana ni?” Soal Vanessa sambil berjalan kaki dengan Argon. Wajahnya tunduk memandang jalan. Dia langsung tidak mengangkat wajahnya. Entah kenapa dia berasa semacam. Vanessa masih setia menunggu jawapan yang bakal keluar dari mulut Argon. Tetapi setelah beberapa saat berlalu, Argon masih tidak membuka mulut. Dia berjalan dan terus berjalan. Vanessa berhenti melangkah. Argon pandang Vanessa.

Kita pergi somewhere. Tempat tu memang tempat kesukaan saya. Dah? Sekarang boleh jalan?” Argon menjawab hendak tak hendak. Vanessa meneruskan langkahnya walaupun rasa geram dengan jawapan Argon. Tidak menepati skema soalan langsung!

*****

Vanessa terpana. Dia betul-betul berasa gembira melihat tempat tersebut. Suasananya sungguh indah. Angin malam menyapa wajahnya. Rambutnya terbuai-buai mengikut rentak angin. Vanessa berasa sungguh sejuk. Argon di sebelah sudah tidak di pedulikan. Vanessa leka melayan perasaan. Tiba-tiba, dia teringat akan Danny. Vanessa menghalakan anak matanya ke dada langit dan terlihat wajah Danny di situ. Danny yang sedang senyum kepadanya. Vanessa tersenyum nipis. Dia menggeleng kepala perlahan dan memandang Argon di sebelah.

Kenapa bawa saya ke sini?” Vanessa bersuara setelah sekian lama melayan perasaan. Argon pandang Vanessa dengan anak matanya. Lembut. Vanessa pantas berpaling ke arah lain. Di dalam hatinya, sudah tertanam nekad untuk mengambil rantai biru yang masih setia tergantung di leher Argon. Dia tidak akan membunuh Argon jika Argon menyerahkan rantai tersebut kepadanya. Tetapi dia akan bunuh Argon jika Argon tidak serahkan rantai tersebut. Tetapi, sanggupkah dia untuk membunuh Argon? Dia masih teringat pergaduhan Argon dan Mony. Peristiwa tersebut jelas berputar di kotak fikirannya.

Saja,” sekian lama menunggu jawapan yang keluar fari mulut Argon. Hanya perkataan ’saja’ yang keluar dari mulutnya. “Vellina, jom duduk dekat kerusi panjang tu.” Argon menghalakan jari telunjuknya ke arah kerusi panjang yang terdapat di sebelah pokok yang agak rendang.

Mereka berdua duduk di kerusi panjang tersebut. Argon masih senyap tidak bersuara. Vanessa pula tidak tahu hendak mulakan bicara. “Vellina.” Argon menyebut nama Vanessa. “Ya?” Vanessa toleh kiri memandang Argon. Argon tenung langit. Mengira bintang di langit.

Saya hendak beritahu sesuatu pada awak. Saya harap awak boleh menjadi pendengar yang baik.” Kali ini, Argon bercakap dan matanya yang tenung langit, merenung anak mata Vanessa pula. Vanessa telan air liur sebelum mengangguk kepala.

Argon pandang bawah. “Dulu, sewaktu saya kecil, bonda saya selalu bawa saya keluar pergi jalan-jalan.” Sebuah senyuman terukir di bibir Argon. “Bonda memang tak pernah marah saya walau apa pun yang saya lakukan. Ayahanda saya pula seorang yang tegas dan garang. Saya tak pernah merasa kasih sayangnya. Dia terlalu tegas sehingga saya takut untuk berbicara dengannya,” kedengaran gelak kecil dari mulut Argon. Vanessa mengulum senyuman nipis. “Suatu hari, masa tu umur saya lebih kurang 9 tahun, bonda saya mula tidak memperdulikan saya. Ayahanda saya lagilah pula. Mereka terlalu sibuk. Saya juga tidak tahu kenapa.” Argon berhenti seketika. Nafas ditarik dan dihembus.

Kepalanya didongak memandang langit. Vanessa di sebelah memandang muka Argon. “Rupa-rupanya mereka sibuk untuk mencari sebuah buku. Saya pun tidak tahu buku apa.” Nafas ditarik lagi sekali. Vanessa disebelah sudah ketap gigi. “Setiap hari saya pasti terdengar nama Fairy Kingdom dari mulut ayahanda dan bonda.” Argon diam sesaat. “Sampai satu hati, saya tengok ramai askar keluar dari istana termasuk ayahanda dan bonda saya. Saya hanya jadi pemerhati sahaja.” Argon diam lagi beberapa minit.

Matanya masih memandang bawah. “Lepas beberapa hari keluar rumah, mereka semua balik. Tetapi ada askar yang tak balik. Ayahanda dan bonda balik juga pada hari tu. Tapi, wajah mereka seperti tidak puas hati.” Vanessa sudah membara mendengar cerita Argon. “Malam tu, seperti biasa. Saya terdengar ayahanda dan bonda berbincang. Rupanya selama ni mereka semua keluar pergi bertarung dengan Fairy Kingdom. Buku yang mereka mahukan sudah tiada. Saya terdengar nama Permaisuri Elit di sebut oleh mereka berdua .... dan juga nama anak Permaisuri Elit. Tetapi saya tak berapa dengar nama anak dia.” Vanessa gigit bibir. Tiba-tiba, terbayang di ruang matanya segala yang berlaku pada 6 tahun yang lalu.

“Kenapa kamu beritahu saya semua ni?” Akhirnya Vanessa bersuara selepas lama mendiamkan diri. Argon pandang Vanessa.

Dia tersenyum nipis, “Supaya awak tahu kisah hidup saya,” ringkas jawapan Argon. Vanessa tarik senyum.

“Awak teruskanlah. Saya sudi mendengarnya.” Putus Vanessa. Walaupun dia sebenarnya tidak mahu mendengarnya. Dia seakan-akan mahu mengalirkan air mata apabila peristiwa yang berlaku 6 tahun lalu berlegar-legar di fikirannya. Suara bondanya. Ya, dia terlalu rindu dengan bondanya. Begitu juga adiknya.

“Setelah saya menginjak remaja, saya tahu kebenarannya. Kenapa ayahanda dan bonda terlalu sibuk. Mereka terlalu sibuk kerana hendakkan buku Secret Glose.” Zaaapppp.... Vanessa sudah terpana. Buku tu.. ya buku tu adalah buku milik keluarganya. Warisan turun temurun. “Buku tu adalah buku yang hebat. Dalamnya punya banyak mantera dan macam-macam benda. Itu yang saya tahu. Ayahanda dan bonda teringin sangat buku tu.” Argon pandang langit semula.

“ .... dan bila saya semakin membesar, ayahanda dan bonda hantar saya ke sini supaya saya belajar magis hitam dengan lebih mendalam dan juga untuk saya bunuh seseorang.” Zappp.... Lagi sekali Vanessa terpana. Suara Argon sedikit keras apabila menyebut ayat “untuk saya bunuh seseorang.” Vanessa ketap bibir dengan kuat.

“Argon, jom kita balik. Saya rasa dah lewat malam.” Vanessa meminta izin untuk balik. Argon angguk kepala. Mereka berdua meninggalkan tempat tersebut. Masing-masing layan perasaan.

*****

Sudah dua hari peristiwa dia keluar dengan Argon berlalu. Dia menghela nafas dan melontarkan dirinya ke atas katil Tiara yang berada di bawah. Katil Monica di tingkat dua dan katilnya di tingkat tiga. Hari ini hari minggu, jadi kelas tiada dan murid-murid boleh membuat kerja masing-masing. Tiara dan Monica sedang bergelak ketawa. Sesekali nama Henry disebut oleh Monica. Vanessa melangkah ke tempat Monica dan Tiara.

Vanessa tepuk bahu Tiara, “Nak keluar tak? Pergi ke kampung Renta.” Dengan cepat, Monica dan Tiara angguk kepala. “Jadi, pergi bersiap-siap. Pukul 10 ni kita keluar.” Tiara dan Monica kemas meja dan katil mereka. Beg-beg pakaian di susun. Pakaian-pakaian yang belum di basuh dibawanya ke bilik air dan membasuhnya menggunakan magis. Setelah lebih kurang 10 minit berada di bilik air untuk membasuh pakaian mereka, akhirnya Tiara dan Monica keluar. Mereka memilih baju yang tampak kasual. Setelah bersiap, mereka bertiga mula keluar bilik. Saat membuka pintu bilik, pintu bilik Topaz 2 turut dibuka dan terjengul wajah Slyer diikuti wajah Danny.

“Hai.” Tiara menegur dengan ramah sekali. Slyer dan Danny memberikan senyuman kepada Tiara.

 “Kau orang nak pergi mana?” Slyer menyoal sambil menutup pintu bilik. 

Somewhere.” Jawab Monica ringkas. Slyer angkat kening sesaat. Pandangan Vanessa beralih ke arah Danny yang diam semacam hari ini. Pelik, memang pelik.

Selalunya Slyer yang mendiamkan diri tetapi hari ini, Danny pula yang mendiamkan diri. “Boleh tak bagi tempat yang spesifik sikit? Aku pun nak join juga. Danny tak tahulah.” Slyer jeling Danny di sebelah. Dia tidak tahu kenapa kawannya sudah tidak banyak cakap. Sepuluh patah di tanya, di balas dengan anggukan atau pun gelengan. Pelik-pelik. Danny angguk kepala. Tiara dan Monica serta Vanessa pandang pelik ke arah Danny. Danny pula terus berpaling ke tepi dengan muka yang serius. Pandangan tiga gadis tersebut terkena pada Slyer. Mereka memandang Slyer meminta penjelasan dengan perangai pelik Danny.

Slyer buat tak tahu dengan pandangan tersebut, “Kau orang nak pergi mana? Aku bosanlah duduk kat sini.” Slyer berkata sedemikian.

“Pergi kampung Renta. Nak ikut tak?” Tiara membalas dan menyoal Slyer.

“Bagus! Aku memang nak pergi ke kampung Renta. Jom kita pergi sama-sama.” Slyer menarik tangan Danny. Danny menepis dan berjalan ke hadapan. Vanessa mula menghidu ada sesuatu yang tak kena dengan Danny. Mereka berlima mula berjalan keluar dari pintu utama menuju ke kampung Renta.

Tiba-tiba, Vanessa nampak kelibat Argon tidak jauh dari situ. Dia berlari meninggalkan kawan-kawannya. “Argon, nanti kita jumpa dekat kampung Renta boleh?” Vanessa bertanya setelah sampai di hadapan Argon.

“Boleh. Tapi dekat mana?” Argon bertanya. Ligat otak Vanessa memikirkan tempat untuk berjumpa Argon. Akhirnya dia membalas,

“Dekat mana-mana aje. Kalau kita berjumpa. Tapi pastikan awak berlegar di pasar mini kampung Renta. Senang saya cari. Pukul 5 petang okey.”

Argon mengerutkan dahi lantas menjawab, “Okey. Jangan awak tak muncul pula.” Vanessa tersenyum dan berlari meninggalkan Argon. Dia kemudian menyertai kawannya. Vanessa terpandang mata Danny. Zaaapp... Darahnya seakan-akan terhenti. Pandangan mata Danny. Pandangan mata Danny lain dari biasa. Dia mula berasa sangsi dengan diri Danny. Vanessa tersedar apabila Tiara menepuk bahunya dengan kuat.

“Eh, jomlah gerak. Dah nak pukul 11 dah.” Monica bersuara.

*****

Vanessa berlegar-legar sendirian di kedai buku. Matanya melilau-lilau mencari buku yang boleh menarik perhatiannya. Kawan-kawannya yang lain sudah hilang ke tempat-tempat yang ingin ditujui. Mereka berpecah apabila sudah sampai di perkampungan Renta. Vanessa toleh ke belakang. Dia terasa macam ada orang sedang memerhatikannya. Tetapi dia langsung tidak nampak kelibat orang yang mencurigakan. Dia angkat bahu dan mula keluar dari kedai tersebut dan menjelajah setiap kedai buku.

“Jam ditangan di belek. Pukul 4 petang. Lagi satu jam untuk bertemu dengan Argon. Vanessa mencari-cari kelibat kawannya. Dia ternampak Tiara dan Monica sedang membelek-belek snowball. Dia menghampiri mereka dan menepuk bahu mereka serentak. Tersentak Monica dan Tiara. Monica dengan gelabahnya meletak snowball tersebut di tempatnya. Dia pandang belakang. Mukanya tampak bengang.

Sorry. Tak sengaja.” Vanessa tergelak kecil.

“Nak apa?” Tiara menyoal. Malas nak marah-marah.

“Aku nak jumpa Argon. Kau orang baliklah dulu kalau nak. Aku jumpa Argon pukul 5 nanti. Sekarang dah pukul 4.15 petang. Aku ingatkan nak tunggu dia setengah jam awal.” Tiara dan Monica seperti berfikir sesuatu.

“Aaa... okeylah macam tu. Nanti aku kata dengan Danny dan Slyer. Good Luck!” Tiara membalas. Tangannya menepuk-nepuk bahu Vanessa. Monica pula tersenyum lebar.

*****

Vanessa berjalan keluar dari tempat yang sesak dengan ramai orang. Jam tangannya menunjuk pukul 4.45 petang, namun kelibat Argon masih belum muncul. “Lagi 15 minit lagi,” Vanessa mendesis. Matanya masih melilau-lilau mencari kelibat Argon. Tiba-tiba, ada tangan yang menepuk bahunya dari arah belakang. Tersentak Vanessa. Dia cepat-cepat pusing belakang melihat gerangan yang menepuk bahunya. Sebuah senyuman lega terukir di bibir Vanessa. Argon membalas senyuman tersebut.

“Lama tunggu?” Vanessa geleng kepala. “Taklah, baru aje sampai. Tak sampai 5 minit.” Nafi Vanessa.

So, nak pergi mana?” Argon soal Vanessa. Vanessa berfikir sejenak.

“Urmm... tempat ni ada tak sebuah bangunan kosong yang telah lama ditinggalkan?” Argon pelik mendengar soalan Vanessa. Namun kepalanya diangguk. “Good!” Vanessa tarik senyum gembira. Argon hanya mengikut rentak Vanessa. “Awak tahu kan tempat tu dekat mana?” Agron angguk lagi sekali. Mereka mula berjalan. Masing-masing senyapkan diri sehingga sampai di sebuah bangunan yang usang. Vanessa tersenyum puas.

“Jom masuk,” ajak Vanessa. Tangan Argon ditariknya. Vanessa menghafal setiap jalan yang dilalui. Argon mengikut jejak langkah Vanessa tanpa bantahan. Akhirnya Vanessa berhenti di tempat yang luas dan dihadapan tempat itu mempunyai 3 lorong. Vanessa menjauhkan diri dari Argon. Dia masih mengekalkan senyumannya. Argon pandang pelik ke arah Vanessa.

“Kenapa berhenti dekat sini, Vellina?” Soal Argon. Dahinya sudah berlapis-lapis. Vanessa masih tersenyum. Dia menunjuk rantai Argon menggunakan jari telunjuknya. Argon memandang tempat yang ditunjuk oleh Vanessa. Argon pandang Vanessa semula.

“Boleh tak kalau saya nak rantai tu?” Soalan yang pertama keluar setelah lama Vanessa menyepikan dirinya. Argon mengeluarkan rantai tersebut. Dia memegang rantai tersebut. Erat.

“Kenapa awak nak rantai ni?” Argon membalas soalan Vanessa dengan soalan. Vanessa masih tersenyum, “Sebab saya nak rantai tu.” Ringkas, Vanessa menjawab. “Argon masukkan semula rantai tersebut ke dalam bajunya.

“Saya tak boleh bagi,” ujar Argon perlahan.

“Kenapa? Penting sangat ke rantai tu?” Soal Vanessa. Dia masih tersenyum. Dia tidak akan membunuh Argon kalau Argon memberi rantai tersebut kepadanya. Tetapi jika Argon tidak memberi rantai tersebut. Something bad akan berlaku.

Argon angguk kepala, “Ya. Rantai ni rantai yang diwarisi turun temurun.” Jawab Argon. Vanessa mula mengubah soalan.

“Siapa yang awak mahu bunuh tu?” Argon yang leka merenung dinding mengalih pandangannya ke wajah Vanessa. “Boleh tak kalau saya tahu?” Sambung Vanessa dengan suara lembut.

“Anak kepada kerajaan Fairy.” Vanessa menarik senyuman lebar. Dia sudah agak yang Argon mahu membunuhnya.

“Aku nak rantai tu,” tiada lagi senyuman di bibir Vanessa. Wajahnya serius. Pandangan matanya tajam menusuk mata Argon. Argon tersentak melihat pandangan tersebut dan mendengar suara Vanessa yang keras.

“Awak kenapa Vellina?” Argon bertanya.

“Aku nak rantai tu!”

“Tapi kenapa?”

“Kau nak bagi ke tak?” Argon seolah-olah mahu membuka mulut tetapi tidak jadi. Vanessa masih lagi berdiri tegak dengan muka yang serius. Argon masih pelik melihat sikap Vanessa yang tiba-tiba berubah.

“Vellina, kenapa dengan awak? Awak sakit ke?”

“Aku kata aku nak rantai tu Argon. Bagi aku rantai tu!” Vanessa bersuara keras. Anak matanya menunjukkan api dendam.

“Vellina, saya bukan tak nak bagi awak. Tapi rantai ni adalah rantai warisan, Vellina.”

Vanessa tarik senyum sinis, “Aku tak kisah pasal hal tu. Yang aku tahu aku nak rantai tu. Kau nak bagi ke tak?”

“Kalau Argon tak nak bagi?” Argon masih lagi berlembut.

Vanessa ketawa jahat, “Aku terpaksa hapuskan riwayat kau!” Hambur Vanessa setelah ketawanya reda. Argon terpana.

“Vellina, apa yang awak cakapkan ni?”

“Bodoh! Bagi aku rantai tu sekarang. Aku nak rantai tu. Bagi aku atau aku bunuh kau.” Vanessa mengeraskan suaranya. Argon menggeleng kepala perlahan. Dia tidak percaya dihadapannya itu Vellina.

“Kenapa? Terkejut tengok aku berkasar? Terkejut dengar aku akan bunuh kau?” Sinis suara Vanessa kedengaran.

“Siapa kau?” Akhirnya Argon berani menggunakan perkataan ’kau’. Vanessa menarik senyuman jahat.

“Aku adalah Vellina. Orang yang kau suka.” Vanessa membalas dengan suara seperti mengejek.

“Kau bukan Vellina. Vellina bukan macam kau!” Argon membentak. Tangannya dikepal-kepal.

“Hahhahhaha..........” Vanessa gelak dengan begitu kuat. Kemudian dia menyambung, “Kenapa sayang? Tak percaya ke? Saya memang Vellina. Vellina yang pura-pura baik dengan awak kerana bersebab. Nak tahu sebab apa?” Vanessa membuka mulut diselangi ketawa kecil.

“Kau jangan nak tipu aku. Kau bukan Vellina.” Argon masih tidak mempercayai kata-kata Vanessa.

“Terpulang. Aku dah kata aku Vellina. Tapi yang aku nak tahu, kau nak bagi aku rantai tu ke tak?”

“Jangan harap!” Argon mengetap gigi dengan kuat.

“Tsk. Kau memang nak tempah maut betul, huh! Jangan salahkan aku kalau kau mati.”

“Boleh ke kau bunuh aku? Aku tak rasa kau boleh.” Argon mengejek.

“Tsk. Kau jangan nak cabar aku Argon. Tak pasal-pasal belum sampai 10 minit kau dah mati.” Vanessa menjawab dengan geram.

Well, we see about that.Argon sengaja menyimbah minyak ke api yang marak.

Vanessa yang terlampau kegeraman menghalakan tangannya ke arah Argon, “Explode!” Argon dengan pantasnya mengelak apabila Vanessa menyebut “explode”. Vanessa yang masih tidak puas hati membuat perkara yang sama berulang kali. “Explode, explode, explode, explode!” Semua letupannya berjaya dielak oleh Argon. Vanessa ketap bibir. Dia memandang Argon yang berada di atas tiang.

“Lemah betul skill  kau. Tak cukup hebat untuk mengalahkan aku.” Argon berkata dengan angkuh. Dalam pada masa yang sama dia mengejek. Vanessa tersenyum mengejek ke arahnya.

“Cuba kau tengok betul-betul. Kau sekarang berada dekat mana.” Kata-kata Vanessa membuatkan Argon memandang kakinya.

“Bayangan! What the ....” Pandangannya di kalih ke arah Vanessa yang tersenyum mengejek.

So? Siapa yang hebat Argon? Skill siapa yang lemah? Kau ke aku?” Vanessa menyoal Argon dengan berlagak.

“Kenapa? Tak percaya ke aku buat bayangan pada kau? Lain kali semasa mengelak berhati-hati. Kita tak akan tahu apa step yang bakal dilakukan oleh musuh.” Argon tergelak kuat.

“Ya, kita tak akan tahu step yang bakal dilakukan oleh musuh. Kau juga begitu bukan?” Vanessa terasa lain macam dengan kata-kata Argon. Dia memerhatikan dirinya. Tiada apa yang pelik. Belum sempat dia kalih pandangn ke tempat Argon, dia terasa ada benda yang buruk bakal berlaku. Vanessa dengan pantas melompat ke tempat lain.

“Macam mana kau...” Vanessa masih tidak percaya Argon boleh lepas dengan teknik bayangannya.

Skill kau yang lemah.” Argon menjawab soalan Vanessa. Dia tarik senyum sinis.

“Tsk,” Vanessa menggigit bibir. “Huh! Kita tengok siapa punya skill yang lemah lepas ni. Itu baru sikit.” Vanessa menghalakan tangannya ke atas.

Esianse diago, eslast bians,” satu cahaya mula terbentuk. Vanessa pandang Argon. Argon memandang cahaya tersebut. Vanessa tarik senyum jahat. Vanessa menggerakkan tangannya ke tempat Argon berdiri, “Explosive!” Argon tergamam. Dia tercampak ke tepi. Darah mengalir di lengannya tetapi tidak diendah. Rantai yang tergantung di leher Argon dipandang sekilas oleh Vanessa sebelum memandang muka Argon.

Diand!” Argon menjerit ke arah Vanessa dan satu panahan terkena pada pipi Vanessa. Semuanya berlaku dengan pantas. Vanessa memegang pipinya yang tercalar. Darah mengalir dari situ.

“Tsk,” Vanessa mengeluarkan bunyi yang menjadi trademarknya.

Vanessa pandang mata Argon. Kini, perlawanannya sebetul-betulnya bermula. Argon mula berjaga-jaga. “Ballast!” Jerit Vanessa.

Wall!” Argon tahan serangan Vanessa. Vanessa gigit bibir.

Water! Fire! Crystal!” Vanessa mengeluarkan semua bentuk serangan.

Wall!, Wall!, Wall!” Argon menangkis semua bentuk serangan Vanessa.

“Tsk,” Vanessa tidak puas hati dia mencuba lagi sekali. Namun tidak berjaya. Muncul satu idea di fikirannya. Dia berlari ke tepi sambil menyebut “Water Shoot!” Vanessa melompat ke atas dan menyebut, “Crystal Shoot!” Argon yang menahan air tersebut kena padanya terkejut apabila memandang kristal yang banyak menghala ke arahnya dari arah atas. Satu persatu kristal tersebut terkena padanya. Kesan calar balar mula memenuhi tubuhnya. Vanessa tersenyum puas. Rantai di leher Argon terputus dan tercampak ke tepi. Vanessa berlari dan mengambil rantai tersebut. “Fire Shoot!” Lagi sekali Vanessa menyerang apabila ingin mencapai rantai itu. Argon yang lemah tidak dapat menangkis serangan tersebut. Namun, dia sempat memasang pendinding di tepinya. Api tersebut tidak terkena tubuhnya. Namun Vanessa masih berpuas hati. Argon terasa sakit yang teramat sangat di tempat yang terkena panahan kristal tersebut.

“Macam mana sakit tak Argon? Nak tahu tak, kristal tu ada racun sebenarnya. Mungkin kau akan mati dalam 24 jam ni. Tapi aku tak suka nak tunggu kau mati. Apa kata aku bunuh kau daripada kau terpaksa tunggu ajal kau. Mesti kau suka bukan?” Vanessa berkata dengan sinis sekali. Dalam pada masa yang sama dia mengejek Argon. Rantai yang di ambil di baling-balingnya.

Argon mengetap gigi, “Shit!” Dia memandang rantai yang sedang di baling-baling oleh Vanessa. Vanessa yang perasan tenungan Argon tersebut berkata,

“Kenapa? Nak rantai ni ke? Kalau kau nak, aku boleh bagi but over my dead body first.Keras suara Vanessa menyebut ayat akhir. Dada Argon berombak-ombak. Racun tersebut mula menyerap ke dalam badannya.

“Aku dah bosan tengok drama ni. Jadi apa kata aku tamatkan terus? Senang bukan?” Vanessa menutup mata perlahan. Rantai yang berada di pegangannya di simpan di dalam poket seluar. Aura hitam menyelubungi bangunan tersebut. Vanessa membuka mata. Matanya yang biasa menjadi merah. Ada urat muncul di mukanya. Argon terpana melihat Vanessa. Dia juga merasa ada aura hitam dan aura tersebut amat kuat.

“Hutang nyawa di balas dengan nyawa. Hutang darah di balas dengan darah. Kau dan seluruh keluarga kau telah musnahkan seluruh kehidupan aku dan keluarga aku. Seluruh keluarga kau tak layak untuk hidup! Kau orang patut mati!” Keras suara Vanessa berkata. Argon tersentak. Dia tidak faham apa yang dimaksudkan dengan kata-kata Vanessa.

“Apa maksud kau?” Soal Argon kebingungan. Rasa sakit yang kian mencucuk di tahannya. Vanessa gelak jahat.

“Kau tidak tahu atau pura-pura tidak tahu?” Sinis suara Vanessa kedengaran.

“Kau!” Tangan Vanessa lurus menunjuk ke tempat Argon. “Kau dan keluarga kau yang menyebabkan aku jadi begini! Disebabkan kau dan keluarga kau! Aku dan seluruh keluarga aku termasuk kerajaan aku musnah! Disebabkan kau dan keluarga kau!” Vanessa jerit dengan kuat sekali. “Sebelum kau bunuh aku, baik aku bunuh kau.” Vanessa menyambung kata-katanya dengan deraman yang kecil.

Argon menunjukkan muka yang pelik. “Aku tak pernah berniat nak bunuh kau Vellina. Aku sayangkan kau. Aku cintakan kau.” Argon bersuara.

Vanessa tergelak dengan kuat. “Kau? Cintakan aku? Hahhahhahah.....” Vanessa tergelak. “Kau patutnya tidak boleh mencintai aku, orang yang kau mahu bunuh! Lagipun satu perkara yang kau patut tahu, cinta tak pernah wujud. Cinta sejati hanya sekadar sebuah dongeng! Lagi-lagi bila kau yang menyebut perihal cinta!” Tempik Vanessa nyaring.

“Aku tak pernah berniat nak bunuh kau Vellina. Aku...”

“Diam!” Vanessa memotong percakapan Argon. Matanya merenung tajam ke arah Argon. “Kau jangan nak menipu Argon. Bukan kau ke kata kau nak bunuh aku. Bunuh Vanessa!” Argon tersentak. “Aku Vanessa! Orang yang kau nak bunuh! Orang yang telah hilang 6 tahun dahulu! Keluarga kau yang menyebabkan bonda aku mati! Keluarga kau yang menyebabkan aku dan adik aku kehilangan bonda. Keluarga kau penyebab semuanya!” Hambur Vanessa dengan bengang. Nafasnya turun naik.

“Hhahahhahhahha........” Tiba-tiba Vanessa ketawa. “Apa kata kita tamatkan ini semua dengan cepat? Aku dah muak nak tengok muka kau. Lepas kau, aku akan bunuh penasihat kau dan dua orang lelaki yang bersama-sama dengan penasihat kau.”

Killing Shoot! Water! Fire! Crystal! Fairy! Darknest!” Bertimpa-timpa jenis serangan yang terkena badan Argon. “The shoot of devils!” Satu panahan seperti kilat terkena tepat pada dada Argon yang lemah tak bermaya. Vanessa tersenyum puas. Argon terkulai menyembah lantai. Aura hitam yang menyelubungi bangunan tersebut hilang sedikit demi sedikit. Gelak ketawa Vanessa bergema. Lantai bangunan tersebut juga sudah mempunyai lubang besar dan kecil. Dinding bangunan tersebut sudah calar-balar di kerjakan oleh mereka berdua ketika bertempur. Ada dinding yang sudah retak. Pendek kata, semuanya sudah tidak seperti pertama kali mereka masuk.

Vanessa berjalan mendekati Argon yang sudah tidak bernyawa lagi. Dia mencangkung di hadapan Argon dan menarik rambut Argon. “Kau memang bodoh Argon. Kau terlalu percayakan aku.” Selepas itu Vanessa melepaskan rambut Argon dengan kasar. Dia tersenyum puas.

“Vellina!!” Vanessa terdengar namanya di panggil. Dia memandang belakang.

p/s : Mintak maaf if ada error. Happy reading.

2 comments:

Unknown said...

danny ke yg pgil vellina?? argg sbug2...

nonorm said...

klo bukan danny mesti monica dan tiara