Revenge 16 : The Truth (part 2)
“Aku sebenarnya anak kepada
Raja Edward dan Permaisuri Elit. Selama ni, aku sembunyikan identiti aku supaya tiada
siapa yang akan kenal aku. Kau orang tahukan, kita ada belajar sejarah kerajaan
bukan. Dekat dalam buku tu, memang ada tulis nama Fairy Kingdom dan segala
sejarah mengenainya.” Monica sudah garu kepala. Vanessa angkat kening. “Aku tak
tahulah kalau kau orang tak baca buku History of Kingdoms.” Sambung Vanessa
apabila melihat reaksi Monica. Monica tersengih.
Sejarah
Kerajaan adalah subjek yang sangat tidak disukai oleh para pelajar kerana
mereka terpaksa menghafal dan membaca sejarah kerajaan-kerajaan yang terdapat
pada masa kini. Subjek tersebut di ajar dua minggu sekali dan hanya sekejap
sahaja. Hanya segelintir pelajar yang menyukai subjek tersebut.
“Aku
ada baca. Dalam buku tu ada tercatat bahawa ada ramalan yang mengatakan
keturunan yang ke-11 Dark Kingdom akan berkahwin dengan keturunan yang ke-11
Fairy Kingdom.” Tiara bersuara.
Vanessa
angkat bahu, “Aku tak beberapa pasti pasal ramalan tu dan aku pun tak tahu aku
keturunan yang ke berapa. Tapi aku tak percaya pasal ramalan tu.”
“Kenapa
kau berkawan dengan Argon?” Danny menyoal tiba-tiba. Vanessa tersentak. Dia
menghela nafas panjang sebelum menjawab soalan tersebut. “Rantai.” Ringkas sahaja
jawapan Vanessa. “Aku nak rantai yang selalu tergantung dileher Argon.
Disebabkan rantai tu, aku berkawan dengan Argon. Hanya disebabkan rantai tu.”
“Kenapa
kau nak rantai tu?” Slyer menyoal dengan nada ingin tahu. Mereka semua masih
berada di bilik bawah tanah. Danny sudah berjaya dikeluarkan dari kristal
tersebut dengan jayanya. Vanessalah orang yang paling gembira apabila Danny
mula sedar.
“Rantai
tu milik ayahanda aku. Aku hanya mahu hak aku balik. Aku kawan dengan Argon
supaya aku boleh minta rantai tu dari Argon.”
“Then,
kenapa kau bunuh Argon?” Vanessa memandang Tiara sebelum beralih ke muka
kawan-kawannya yang lain.
“Aku
bukan sengaja bunuh dia tapi aku terpaksa. Aku dah minta cara baik tapi dia
berdegil dan dia pernah beritahu aku yang dia hendak membunuh seseorang.
Disebabkan itu, ayahanda dan bondanya menyuruh dia bersekolah di sini. Supaya
dia boleh bunuh orang tu.” Peristiwa tersebut berputar di ingatan Vanessa.
“ .... dan bila saya semakin membesar, ayahanda dan bonda hantar saya ke
sini supaya saya belajar magis hitam dengan lebih mendalam dan juga untuk saya
bunuh seseorang.” Zappp.... Lagi sekali Vanessa terpana. Suara Argon sedikit
keras apabila menyebut ayat “untuk saya bunuh seseorang.”
Vanessa
mengeluh sendirian. “Kalau dia berdegil pun kenapa kau bunuh dia, Vanessa? Kau
tahukan dia sayang gila dekat kau.” Monica menderam kegeraman.
Vanessa
geleng kepala, “Kau orang semua ingat dia sayang aku. Aku pun ingat dia sayang
aku tapi sebenarnya tak. Dia sayang aku sebab dia tidak tahu siapa aku
sebenarnya. Kalau dia tahu, mesti dia akan bunuh aku awal-awal lagi.”
“Kenapa
kau cakap macam tu?” Tiara memandang Vanessa dengan tanda tanya. Semua mata
menumpu ke muka Vanessa. Vanessa pandang lantai dan mengeratkan lagi pelukan di
lututnya.
“Dia
kata dekat aku yang dia nak bunuh anak Permaisuri Elit. Itulah sebab utama dia
belajar di sini.” Semua yang berada di situ tersentak.
“Oleh
sebab itu, aku mengambil keputusan untuk bunuh dia, sebelum dia bunuh aku. Dia
pada mulanya tak percaya bila aku kata aku nak bunuh dia kalau dia tak bagi aku
rantai biru tu. Lepas tu, dia tanya aku kenapa aku berubah. Aku kata yang dia
tak sayangkan aku, tak cintakan aku. Dia nafikan. Bila aku kata aku adalah
orang yang dia nak bunuh dia tak percaya dan masih menyatakan sayang pada aku.
Tapi akhirnya dia percaya dan kita orang bertarung sehinggalah dia mati.”
“Urmm...
Vanessa.. apa maksud kau dengan peristiwa 6 tahun dahulu? Aku dengar kau kata
dekat Frank.” Monica bertanya.
“Kau
memang tak baca buku sejarah kerajaan ke?” Slyer menyoal Monica. Monica
memuncungkan mulutnya.
“6
tahun lalu, Fairy Kingdom dan Dark Kingdom bertarung. Kejadian tersebut
mengambil tempat di Fairy Kingdom. Helis (askar-askar Fairy Kingdom) bertarung
dengan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kerajaan mereka. Perkampungan di
Fairy Kingdom turut musnah. Ramai rakyat jelata yang hanya menguasai magis yang
lemah cuba untuk menyelamatkan kerajaan mereka turut terkorban. Pertarungan
tersebut berlaku selama dua hari. Semua kerajaan terkejut apabila kerajaan
Fairy dapat dikalahkan selama dua hari. Ada orang kata bahawa ada pengkhianat
di dalam istana Fairy. Anak-anak Permaisuri Elit dikatakan hilang apabila
pertarungan tersebut tamat dan Permaisuri Elit mati dibunuh. Tapi sekarang, sejak
ada pemerintah baru, kerajaan Fairy mula aman. Tiada lagi gangguan musuh. Itu
ajelah yang aku tahu.” Slyer memandang Vanessa. Kelihatan air jernih mengalir
turun di wajah Vanessa. Vanessa ketap gigi menahan sebak.
Vanessa
geleng kepala, “Aku tak tahu sangat pasal tu semua. Yang aku tahu, bonda aku
masih hidup.” Vanessa tahan sendunya. “Aku nak sangat jumpa bonda aku semula.
Tapi, aku tak tahu dekat mana hendak mencarinya.” Air mata mengalir perlahan. Vanessa
hanya membiarkan. Suasana sepi menemani mereka berlima.
“Danny,
macam mana kau boleh kena bekukan?” Vanessa memecah suasana sunyi yang
menyelubungi mereka semua. 4 pasang mata beralih ke muka Danny.
“Aku
dapat surat layang. Dalam tu tulis ada orang nak jumpa aku. Aku pun apa lagi,
pergi ajelah. Mana tahu jadi macam ni.”
“Itulah
lain kali berhati-hati. Frank ke yang bekukan kau?” Slyer bertanya.
Danny
geleng kepala. “Henry,” Balas Danny pendek. Vanessa tiba-tiba menumbuk lantai.
Semua orang terkejut.
“Macam
mana aku boleh lupa nak cari Henry. Aku rasa baik mulai sekarang kita
berhati-hati. Aku takut nanti ada perkara buruk terjadi.” Vanessa meluahkan
pendapatnya. Slyer angguk tanda setuju.
“Kenapa
dengan Henry?” Monica bertanya. Vanessa pandang Monica.
“Monica,
sebenarnya Henry, Frank dan Mony berasal dari Dark Kingdom dan mereka bertiga
yang mengetuai kumpulan Dark Devils. Mereka juga yang menyuruh Jasmen mencari vasperin.
Jasmen mengambil jalan mudah dengan menyuruh kita pergi mencari vasperin.
Maksud aku, menyuruh kau cari vasperin dan kau minta tolong kita orang.
Aku masih tak dapat tangkap kenapa mereka tak cari vasperin dekat tempat
mereka dan kenapa mereka perlukan vasperin.” Monica terpana. “Dan apa
yang menyebabkan mereka berempat datang ke sini. Aku tak rasa sebab dia orang
nak bunuh Argon,” Vanessa senyap sesaat. “... atau memang dia orang nak bunuh
Argon?” Vanessa memikirkan apa yang dia cakap sebentar tadi. Dia tidak pasti
betul ke tak apa yang dia cakap tadi.
Monica
memproses kata-kata Vanessa. Henry? Dark Kingdom? Vasperin? “Maksud kau,
Henry tu jahat ke?” Vanessa sudah menjeling tajam ke arah Monica.
“Ya
wahai sayangku... Henry tu jahat. Dia tipu kau.” Vanessa sengaja menyebut
perkataan “sayangku” dengan nada keras. Dia menyabarkan hatinya. Dengan Monica
memang terpaksa disabarkan hatinya. Lagipun, Monica sahabatnya yang pertama.
Monica
terdiam. Dia tidak tahu hendak buat reaksi bagaimana. Nak kata marah, dia tak
marah. Nak kata sedih, dia tak sedih. Akhir sekali dia menyebut, “Oooo....”
Sambil mengangguk-angguk kepala. Tiara angkat kening pandang Monica. Pelik
melihat reaksi Monica. Slyer dan Danny sudah tenggelam dalam perbicaraan
masing-masing.
“Vanessa,
kau kata yang kau dekat dengan Argon sebab nak rantai dia aje. Kenapa kau tak
bunuh dia terus? Kenapa kau perlu dekat dengan dia?” Tiara menyoal. Soalan
tersebut asyik berlegar di dalam fikirannya.
Vanessa
tarik nafas. “Aku dekat dengan Argon supaya aku boleh ambil rantai tu tanpa
perlu membunuh Argon.”
“Tapi,
masalahnya kau dah bunuh Argon. Kenapa dari awal kau tak bunuh dia aje?” Tiara
masih menyoal.
“Sebab
aku tak tahu yang dia nak bunuh aku.”
“Macam
mana kau tahu dia nak bunuh kau?”
“Okey,
Tiara dengar sini baik-baik. Aku cerita dari awal hingga akhir. Kau jangan
menyampuk. Okey?” Tiara angguk kepala.
“Sebenarnya,
aku tak nak bunuh Argon hanya disebabkan rantai biru tu. Jadi aku cuba
merapatkan diri aku dengan dia supaya aku boleh pujuk dia bagi rantai tu dekat
aku. Aku menyampah gila dekat dia bila dia bagi aku bunga dan macam-macam lagi.
Ajak jumpa dan pegang tangan. Memang aku nak bagi dia lighting thunder,
tapi disebabkan rantai biru tu aku terima ajelah apa yang dia buat. Aku
pura-pura gembira dan senyum pada dia.” Monica tergelak apabila Vanessa berkata
bahawa dia hendak memberi lighting thunder dekat Argon. Vanessa dan
Tiara jeling Monica. Monica berhenti ketawa dan tersengih.
“Sampai
satu hari, masa tiga orang budak baru tu datang, Argon ajak aku keluar. Kau
orang ingatkan yang hari Argon kenyit mata dekat aku dan Monica kata sweet
padahal langsung tak sweet pun.” Tiara angguk kepala. Monica tersengih
buat kali kedua.
“Masa
aku keluar bilik dan hendak sampai di pintu pagar besar, aku terdengar yang
Mony dan Argon bertengkar pasal aku. Mony suruh Argon tinggalkan aku dan Argon
tidak mahu. Argon siap bela aku bila Mony mencaci aku. Mungkin sebab dia tak
dapat tahan, dia lempang Mony apabila Mony masih terus-terusan burukkan aku.
Sejujur-jujurnya aku tersentuh dengan kata-kata Argon. Aku rasa bahagia
walaupun aku tak suka dia. Tapi, aku cepat-cepat bunuh perasaan tu sebelum
perasaan tu merebak.” Vanessa hela nafas.
“Lepas
tu, kita orang keluar pergi ke suatu tempat. Argon yang bawa aku kat tempat tu.
Memang cantik tempat tu. Masa dekat situ, Argon ceritakan pasal diri dia dekat
aku. Aku dengar dengan penuh minat sampailah dia menyentuh mengenai peristiwa 6
tahun lepas.” Vanessa gigit bibir.
“Aku
tahu yang dia nak bunuh aku apabila dia kata dia nak bunuh anak Permaisuri
Elit. Masa tu, dia masih tak tahu aku anak Permaisuri Elit.” Vanessa tutup
mata. “Akhirnya masa balik tu, aku buat keputusan drastik untuk membunuh Argon
jika Argon tak bagi aku rantai dia. Dan aku juga tak akan bagi tahu siapa diri
aku supaya dia tak tahu.” Vanessa mematah-matahkan jarinya.
“Masa
kita pergi Kampung Renta, aku suruh Argon jumpa aku. Yang masa tu aku suruh kau
orang balik awal.” Tiara dan Monica mendengar dengan penuh khusyuk. “Aku kata
dengan Argon dengan baik agar bagi aku rantai tu. Tapi Argon tak nak bagi sebab
yang tu rantai pusaka. Dia berkeras tidak mahu bagi. Dia kata dia boleh bagi
benda lain selain daripada rantai biru tu. Aku ubah soalan. Aku tanya dia siapa
yang dia nak bunuh dan dia jawab anak kerajaan Fairy. Aku sengaja tanya untuk
pastikan tekaan aku tepat. Lepas dia kata macam itu, aku terus menggunakan
bahasa kasar. Argon tersentak. Dia tidak percaya yang itu aku. Dia ingatkan aku
kena rasuk dan sebagainya. Aku terlepas cakap dan kita orang mula bertarung dan
aku menang.” Monica tepuk tangan selepas cerita Vanessa habis. Tiara ketuk
kepala Monica. Monica menggosok tempat yang kena ketuk. Dia menjeling Tiara.
Tiara buat tak nampak.
“Oh,
macam tu cerita dia.” Suara Danny kedengaran. Vanessa pandang belakang.
“Kau
orang dengar ke cerita yang aku ceritakan tadi?” Slyer angguk kepala. “Tadi
bukan kau orang sibuk bercerita pasal hal masing-masing ke?” Vanessa perli.
“Bila
kau bercerita, aku sanggup dengar walaupun aku tak nak.” Slyer membalas
selamba.
“Apa-apa
ajelah.” Vanessa malas bertekak.
“Oh
ya, macam mana kau orang boleh tahu di mana aku berada tempoh hari?” Vanessa
pandang Monica dan Tiara.
“Kita
orang pasang pengesan dekat kau sebab kau kata nak jumpa Argon. Mestilah kita
orang nak tengok,” Tiara menjawab dengan selamba. “Dari situ, kita orang jejak
kau.” Vanessa sudah jeling Tiara dan Monica.
“Kau
tahu tak, aku masih fikir pasal The Four. Siapalah yang baik hati pergi sumpah
The Four tu.” Tiara bersuara selepas mendiamkan diri beberapa minit.
“Sebenarnya
aku yang sumpah dia orang. Padan muka dia orang berempat. Siapa suruh cari
pasal lagi.” Vanessa memecahkan rahsia sendiri. Tiara dan Monica membuntangkan
mata mereka.
“Kau?”
Jari telunjuk Tiara tetap-tepat kena batang hidung Vanessa. Vanessa tepis jari
Tiara.
“Yap..
untuk bagi pengajaran pada mereka berempat. Tak salah, bukan?” Ujar Vanessa.
“Memang
tak salah. Bagus-bagus. Aku teringat kejadian yang memaksa mereka berempat
merendahkan ego dan harga diri mereka. Memang kelakar. Ramai pelajar yang suka
bila mereka berempat sujud di kaki warga sekolah.” Tiara membayangkan kejadian
tersebut. Ada segaris senyuman di bibirnya. Begitu juga Monica. Danny dan Slyer
sudah hilang entah ke mana. Explore tempat ni barang kali.
----------------------------------------------------------------------------------------------
p/s : Sorry late. Chapter 18 belum habis lagi tulis. Taktawlah bila boleh habiskan lagi... btw, thank baca and comment... ^^
6 comments:
masi lg dlm tda tye... sapa hero dlm cite nie... ??
Hope vanessa dgn argon sbb argon syg gila kat dia. keep it up akak. good job!
I like looking through a post that can make men and women think.
Also, many thanks for permitting me to comment!
My web page - page next
Hello to every one, it's in fact a pleasant for me to pay a quick visit this web page, it includes valuable Information.
Also visit my site know more about
You need to be a part of a contest for one of the highest quality blogs on the internet.
I'm going to recommend this web site!
my webpage - more
Wonderful beat ! I would like to apprentice while you amend
your site, how could i subscribe for a blog site? The account aided
me a acceptable deal. I had been tiny bit acquainted of this your broadcast offered bright clear idea
Also visit my site move next
Post a Comment