Goddess of Destruction
HAMPIR melompat isi perut Morgan apabila melihat tubuh kerepot Katana tiba-tiba berubah langsing, seluruh rambutnya yang beruban putih bertukar ke warna hitam. Tangan dan jari-jemarinya yang berkedut menjadi halus serta-merta. Morgan seakan tidak percaya.
Katana dihadapannya bukan lagi seorang nenek tua bongkok tapi seorang wanita yang berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun.
“Macam mana…” Morgan tidak mampu menyambung soalannya, dia betul-betul takjub. Katana mendengus lalu membuka jubahnya.
“Saya akan jawab semua soalan kamu nanti, sekarang kita perlu pergi. Kita belum selamat lagi,” kata Katana lantas menyambung perjalannya menyusuri semak-samun. Morgan pantas membuntutinya. Sepanjang perjalanan Morgan memandang sekeliling hutan itu, ia bukan seperti yang penduduk-penduduk negaranya ceritakan. Berdasarkan khabar-khabar angin penduduk Bloodsilver, hutan diselebungi dengan kegelapan, roh-roh orang mati akan berkeliaran disekitar hutan itu. Namun apa yang didengarinya itu bertentangan dengan apa yang dilihatnya kini.
Hutan itu seperti sebuah syurga, cantik dan indah. Pokok hijau merimbun dengan kicauan-kicauan burung. Cahaya matahari memancar terik namun terasa kehangatan yang memberikan dia keselesaan. Pertama kali dalam seumur hidup dia melihat keindahan sedemikian rupa, sedangan Taman Ondine yang dikategorikan sebuah taman tercantik dinegara itu pun tidak setandinag dengan Hutan Witchfate. Dia betul-betul kagum.
Setelah lama menyusuri hutan, mereka pun tiba di jalan utama. Sekali lagi Morgan terpegun. Sebuah istana berdiri megah jauh dari jalan utama itu. 7 pelangi mewarnai istana itu akibat refleksi daripada air terjun yang bersebelahan dengan istana. Istana itu terletak atas perbukitan dan dibawah itu pula wujud sebuah perkampungan yang besar. Sama seperti diluar hutan itu. Ada istana dan juga rakyat jelata.
Yang berbeza hanyalah keindahannya. Tempat itu lebih nyaman dan harmoni berbanding nergaranya.
“Ini Negara apa Katana?” soal Morgan sambil membuntui Katana menurui bukit.
“Inilah bukan sebuah negara, ini dunia orang mati,” hampir tersedak Morgan mendengar nama itu.
“Dunia orang mati? Tapi kenapa tempat ini begitu indah seperti syurga?”
“Tempat ini adalah persinggahan orang-orang mati sebelum menyeberang ke dunia lain,” jawab Katana.
“Menyeberang? Maksud Katana menyeberang ke syurga?”
“Syurga atau neraka,” jawab Katana. Morgan segera tersentak. Bercakap mengenai kematian, dia teringat akan keluarganya.
“Jadi, abang Veil, ayahanda dan bonda ada disini? Mereka dah mati…” suara Morgan menjadi sebak. Katana terus berpusing menghadap Morgan.
“Raja Arcana dan Permaisuri Flora, belum mati. Mereka berada ditempat yang selamat. Kalau kamu ingin berjumpa mereka, kita perlu cepat,” kata Katana. Morgan tidak jadi menangis. Air mata secebisnya disekat. Morgan segera mengukir senyuman.
“Betul? Di mana tempat tu?” soalnya teruja sambil mula mengangkat gaunnya, bersedia untuk berlari.
“Dekat saja, mereka ada dalam rumah tu,” kata Katana sambil menunjuk sebuah rumah yang tidak jauh dari tempat mereka, berdekatan dengan air terjun.
“BONDA, ayahanda!” jerit Morgan sebaik saja dia menolak pintu rumah kayu tanpa tiang itu. Terkejut Raja Arcana dan Permaisuri Flora dengan kehadiran Morgan disitu. Morgan terus menerpa dan memeluk kedua orang taunya lalu menangis sekuat hati. Dia sangat takut kehilangan kedua-dua orang orang taunya. Sewaktu dia diserang satan diistana, dia tidak mampu berfikir selain keadaan ibu bapanya dan melihat kedua-dua mereka selamat di rumah Katana membuatkan hatinya menjadi lega.
“Morgan, kamu selamat!” kata Permaisuri Flora.
“Tapi abang Veil…”
“Shh…kami dah tahu, dia masih berada di dunia ini dan dia akan berangkat tidak lama lagi,” kata Raja Arcana.
“Abang akan berangkat? Bila?”
“Malam ini..tapi..” jawab Permaisuri Flora luruh.
“Tapi apa bonda? Kita perlu jumpa dia sekarang! Morgan nak jumpa abang,” rayu Morgan.
“Kamu tak boleh pergi Morgan!” Katana yang sedari tadi berdiam diri tiba-tiba mencelah. Morgan menoleh ke belakang.
“Kenapa tak boleh?”
“Sebab kamu masih hidup, kamu masih manusia dan mereka sudah mati, mereka bukan manusia lagi,” kata Katana. Morgan segera bangkit.
“Saya nak pergi juga!” tegasnya.
“Dan kau akan mati! Bagaimana dengan ibu bapa kau?” soalan Katana membuatkan Morgan tersentak. Dia menoleh kebelakang, memandang kedua wajah orang tuanya. Sayu. Morgan terduduk kembali dipangkuan ibunya.
“Kami pun nak pergi jumpa Veil, sayang. Tapi, kami fikir pasal Morgan,kita masih hidup dan kita perlu teruskan hidup walaubagaimana pun,” kata Permaisuri Flora sambil mengusap kepala Morgan.
“Jangan risau, dia akan pergi ke tempat yang lebih baik. Dia tahu yang kita sayangkan dia,” Raja Arcana cuba menenangkan hati Morgan. Morgan tidak menjawab. Dalam hatinya sudah terbit rasa dendam kepada satan yang sudah membunuh abangnya. Pancaran matanya menunjukkan dendam api yang sedang membara. Dia berjanji demi nyawa abnagnya, dia kan membunuh setiap satan yang menapak dimuka bumi itu.
*Setahun Berlalu*
“KENAPA tak boleh? Dah hampir setahun saya belajar, saya rasa saya sudah cukup kuat untuk keluar dari sini!” bentak Morgan kepada Katana. Suara pekikan Morgan sehingga ke telinga Permaisuri Flora yang sedang mengait di ruang tamu.
“Saya adalah penjaga dunia ini jadi kau akan menurut segala perintah saya. Kau faham?” balas Katana pula. Raja Arcana yang terganggu dengan pertelingkahan itu segera bangun menuju ke bilik herba bersama isterinya.
Nampaknya pertengkaran antara Katana dan Morgan betul-betul mengundang resah dihati Permaisuri Flora, apa yang dia takutkan bukanlah Katana tapi Morgan. Sejak kematian Veil dirinya sudah dipenuhi dengan dendam terhadap syaitan. Kemarahan Morgan itu boleh mengakibatkan kecederaan pada orang lain.
“Saya tak boleh benarkan kau keluar, kau belum bersedia lagi!”
“Aku boleh!” bentak Morgan, serentak itu tiang-tiang dan dinding rumah tersebut bergegar. Katana menghadap Morgan. Dahinya berkerut seribu.
“Inilah sebabnya kenapa saya tak benarkan kau keluar Morgan, rasa dendam kau dan rasa marah kau itu akan membuatkan kau senang dikesan. Ingat, syaitan diluar sana lebih berkuasa dari kau, lebih kuat dari kau! Dengan sikap kau begini, kau takkan selamat selepas saja kau melangkah keluar,”
“Aku tak kisah, sekalipun nyawa aku terancam aku akan hapuskan semua syaitan yang ada dimuka bumi ini,” Katana hanya bias menggeleng mendengar jawapan Morgan, baginya Morgan sudah dianggap anak murid dan dia tidak mahu mensia-siakan Morgan.
“Morgan…kemarahan kau takkan membawa kau ke mana-mana,”
“Hentikan semua nasihat awak Katana. Aku tak perlukannya,” pintas Morgan pula. Katanya hanya mengeluh kecil. Tidak lama kemudian dia duduk dikerusi kerjanya. Morgan lantas mendekati meja.
“Sebelum kau keluar, kau perlu tau sesuatu Morgan,” kata Katana. Raja Arcana dan Permaisuri Flora yang sedang memasang telinga diluar bilik tersentak lalu segera memandang antara satu sama lain. Wajah mereka tampak terkejut.
“Apa dia?” soal Morgan.
“Itu…saya rasa kau perlu dengar dari mulut orang tua kau sediri,” kata-kata Katana semakin meresahkan Morgan. Pintu bilik terkuak membuatkan Morgan dan Katana segera mengalih pandangan ke belakang. Wajah Raja Arcana dan Permaisuri Flora terpacul dihadapan mereka.
“Bonda? Bonda dan ayahanda dah dengar perbualan kami, kan?” soal Morgan. Raja Arcana dan Permaisuri Flora mengangguk serentak. “Jadi, bagitau Morgan apa maksud Katana tadi? Apa yang perlu Morgan tau?”
“Morgan, sayang… sebenarnya…”
“Jangan Dinda, Morgan belum bersedia lagi. Dia belum mencapai 18 tahun,” pintas Raja Arcana. Morgan mengerut kening, segera dia mendekati kedua orang taunya.
“Kenapa ayahanda? Apa kena-menena umur Morgan dengan apa yang Morgan perlu ketahui?” Morgan semakin diserang ingin tahu. Tangannya sudah berpeluh dek keresahan.
“Tuanku, patik telah menyaksikan kejadian itu malah patik yang telah memberikan dia kepada Tuanku, Tuanku Permisuri… sudah tiba masanya Morgan tahu siapa dia yang sebenarnya,” celah Katana pula.
“Ada apa ni? Kenapa susah sangat nak bagitau Morgan? Ayahanda, Bonda?” suara Morgan sudah keras. Raja Arcana mengeluh kecil lalu duduk dikerusi yang ada. Dipandangnya wajah Morgan dengan riak sayu. Morgan mencangkung dihadapan ayahnya.
“Ayahanda nak bagitau yang Morgan bukanlah anak ayahanda dan bonda?” teka Morgan berbunyi sayu. Mendengar kata-kata Katana tadi memberikan sedikit kesangsian kepada hubungan kekeluargannya dengan Raja Arcana dan Permaisuri Flora.
“Sayang, bukan macam tu. Morgan anak bonda dan ayahanda walauapaun. Morgan anak kandung kami!”
“Jadi, ceritakan pada Morgan. Apa sebenarnya yang ayahanda dan Bonda rahsiakan pada Morgan? Siapa Morgan yang sebenarnya?” soal Morgan. Air matanya sudah ingin mengalir. Permaisuri Flora memaut bahu suaminya, Raja Arcana memandang pula Permaisuri Flora. Saat itu, mata mereka seakan berinteraksi. Raja Arcana menghembus nafas berat.
“Ayahanda akan beritahu Morgan, tapi ayahanda harap Morgan boleh menerimanya dengan hati yang terbuka,”
Morgan mengesat air matanya. Wajahnya segera ebrtukar serius. “Ya ayahanda!”
“Morgan bukan manusia,” luah Raja Arcana senafas. Membulat mata Morgan mendengarnya.
“Ayahanda bergurau, bukan?” soal Morgan tersekat-sekat. Raja Arcana menggeleng kepala.
“Tidak, inilah kebenaran yang Morgan perlu terima lambat-laun. Morgan bukan manusia,” terasa dunianya seakan-akan ingin pitam. Morgan lantas terduduk.
“Morgan bukan..manusia? Bonda, apa yang ayahanda cakapkan ni?” Morgan memandang Permaisuri Flora, Permaisuri Flora mengalih pandangan, tidak berani bertentangan mata dengan Morgan. Kemudian Morgan memandang Katana pula yang sedang berdiri dibelakang mereka. Katana diam, tiada reaksi yang diberikan. Melihat semua orang disisnya yang bersikap begitu, maka terbukti benar kata-kata ayahnya, dia bukan manusia. Tapi, kalau dia bukan manusia, dia apa?
“Ayahanda… kalau Morgan bukan manusia, jadi Morgan ini makhluk apa? Syaitan?” takut-takut Morgan menyebut perkataan syaitan itu.
“Morgan!” marah Permaisuri Flora.
“Jadi benar Morgan syaitan?” Morgan pantas berdiri. Air matanya sudah melimpah keluar.
“Bukan! Morgan adalah seorang dewi, Dewi Kemusnahan, Morgan akan membawa kemusnahan dibumi ini,” air mata Morgan semakin laju mengalir selepas mendengar penjelasan akhir ayahnya. Morgan perlahan-lahan menggeleng.
“Tak, tak mungkin… Morgan bukan dewi..bukan dewi!” jerit Morgan lantang lantas berlari keluar dari bilik itu.
“Morgan!” permisuri Flora yang baru saja ingin mengejar, Raja Arcana terus menghalangnya.
“Biarkan dia dinda, dia perlukan masa. Lambat-laun, dia akan tahu juga. Lagipun dia tidak boleh keluar dari tempat ni,”
“Tapi…” Raja Arcana segera memeluk isterinya. Cuba menenangkan keadaan Permaisuri Flora.
“Biar patik kejar dia, Tuanku. Kita tidak tahu sudah sampai mana tahap magik Morgan,” kata Katana lantas beredar selepas Raja Arcana mengangguk.
************************************************************
p/s: enjoy reading ^_______^
4 comments:
ermmm....suke2....tpi pndek lh.......smbung lgi yup...pe2 pn.......sye nntikn n3 bru...hehe
kt dlm blog sndri xnk smbung kew...?
hehehehhe...
sambunglah lagi bebanyk k...
miss u alway.. always follow your blog..
dh lame e-novel nie xupdate....mane penulis dier?????
dah lamer tunggu bwu ada...citer nie sonok sgat2x....
Post a Comment