Revenge 11 : The Four (part 3)
“Saya memanggil awak semua supaya berkumpul di sini kerana saya mahu tahu, siapa di antara kamu yang memperdajalkan The Four?” Puan Taylor dengan lantangnya menyoal. Mereka semua berada di tengah-tengah padang kecuali The Four. Entah di mana mereka berada. Jam di tangan Tiara menunjukan pukul 8.30 pagi. Vanessa mengangkat tangan. Renungan Puan Taylor menikam matanya.
“Kamu yang buat?” Suara Puan Taylor kedengaran keras. Vanessa menggeleng kepala.
“Habis, kenapa kamu angkat tangan?”
“Saya hendak tahu apa yang terjadi pada The Four?” Soal Vanessa dengan rasa ingin tahu. Yang lain turut berasa begitu. Mereka hendak tahu apa yang terjadi pada The Four.
“Jadi ada di antara kamu yang belum tahu ya. Siapa yang sudah tahu jangan cakap apa-apa. Saya tidak mahu ramai orang yang tahu keadaan The Four sekarang. Saya juga mahu tahu siapa yang membuat The Four jadi begitu.” Suara Puan Taylor kedengaran lagi. Vanessa ketap bibir. Puan Taylor langsung tidak menjawab soalannya tadi.
“Vellina!!” Tiba-tiba satu suara memanggil nama Vellina dengan kuat. Mereka semua menoleh ke arah suara tersebut. Ada satu makhluk yang berdiri tidak jauh dari tempat mereka berkumpul. Ada yang menjerit melihat makhluk tersebut. Vanessa tersenyum sinis dalam diam. Makhluk tersebut mendekati tempat mereka berkumpul. Dia menuju ke arah Vanessa. Yang lain lari menjauhi Vanessa. Badan makhluk tersebut dipenuhi sisik-sisik yang berlendir. Rambutnya keras dan giginya tajam. Sungguh menakutkan.
“Diam!! Buat barisan semula!!” Puan Taylor memberi arahan. Yang lain terkejut dengan arahan Puan Taylor. Gila! Tidak nampakkah Puan Taylor makhluk yang sungguh menakutkan itu? Tetapi mereka turuti perintah Puan Taylor. Makhluk yang sungguh menakutkan itu sekarang berada di depan Vanessa. Vanessa tutup hidung seolah-olah makhluk tersebut berbau busuk. Yang lain ikut sama menutup hidung apabila mereka melihat Vanessa tutup hidung.
“Hei Vellina! Baik kau bagi tahu aku macam mana nak hilangkan sisik-sisik yang berlendir dan gigi yang menakutkan ini. Kalau tak aku bunuh kau!” Yang lain terpana. Vanessa turut membuat seperti itu.
“Kau siapa?” Soal Vanessa, seolah-olah dia tidak tahu siapa di hadapannya sekarang. Makhluk tersebut menggenggam tangan sendiri. Puan Taylor yang berada di hadapan kini berada di tepi Vanessa.
“Betul ke apa yang Julie katakan? Awak yang sihir mereka semua?” Puan Taylor bersuara. Yang semua terpana. Julie? Makhluk yang menakutkan itu, Julie? Satu berita yang menggemparkan. Ada sesetengah daripada mereka tertawa di padang tersebut. Puan Taylor merenung tajam pelajar-pelajar yang ketawa tadi. Pelajar-pelajar tersebut terus menekup mulutnya dengan dua belah tangan.
“Mana ada cikgu. Mustahil saya yang sihir dia sebab saya mana hebat sangat dalam magis-magis ni. Rasanya magis yang dikenakan atas Julie ialah magis hitam. Saya belajar magis air dan kristal. Tak kan itu pun cikgu tak boleh fikir? Julie kau tak boleh fikir ke? Kan kau kata kau hebat,” Vanessa menyindir Puan Taylor dan Julie. Pada masa yang sama dia mencemuh Julie. Julie ketap bibir. Puan Taylor merenung tajam mata Vanessa. Vanessa membalas renungan tersebut. Akhirnya, Puan Taylor mengalihkan kepalanya ke hadapan dan berjalan ke depan. Julie mengikut Puan Taylor kerana Puan Taylor menarik lengannya.
“Puan Taylor!!” Vanessa menjerit memanggil Puan Taylor. Puan Taylor berhenti berjalan tetapi dia tidak memusingkan badannya ke belakang.
“Saya pernah baca tentang sihir yang dikenakan atas Julie. Kalau nak hilangkan sihir tu, orang tersebut harus sujud di kaki semua warga sekolah termasuk guru-guru, pelajar-pelajar, dan warga sekolah yang lain.” Julie sudah menjerit. Pelajar-pelajar yang lain ada yang sudah senyum sinis. Semestinya berasa seronok jika The Four sujud di kaki mereka. The Four selalu membuat kacau di Silvery School. Habis satu sekolah mereka cari pasal. Oleh itu, tidak hairanlah jika para pelajar bersorak keriangan mendengar cara untuk menghapuskan sihir yang dikenakan pada Julie.
“Heh perempuan! Kau jangan sengaja nak mengada-ngadakan cerita bagaimana nak menghapuskan sihir ni! Kau sengaja nak malukan aku kan!” Julie menjerit dengan kuat. Vanessa mendiamkan diri. Puan Taylor seolah-olah berfikir. Puan Taylor memusingkan badan menghadap Vanessa.
“Macam mana kamu yakin itu cara untuk menghapuskan sihir yang dikenakan atas Julie ni? Saya rasa memang awak yang kenakan sihir atas Julie dan ahli The Four yang lain.” Tiba-tiba Puan Telly datang dekat dengan Vanessa.
“Puan Taylor, Puan Taylor tidak boleh menuduh Vellina. Dia hanya belajar dua magis yang tidak hebat. Mana mungkin dia dapat melakukan magis yang hebat. Puan juga sepatutnya memberi mereka makan sebelum berkumpul di padang. Jika Encik Stephan tahu, semestinya Encik Stephan marah.” Puan Telly, guru magis air membela Vanessa. Puan Taylor memandang Puan Telly.
“.. dan Puan Taylor kena suruh The Four sujud di kaki semua warga sekolah. Itu merupakan cara menghapuskan sihir tersebut. Saya ada juga membaca tentang itu di sebuah buku.” Julie gigit bibir bawah. Puan Taylor memandang Julie yang berada di sebelahnya sebelum melemparkan pandangannya ke arah Vanessa. Puan Taylor berjalan ke tempat asalnya manakala Puan Telly masih tegak berdiri di sebelah Vanessa.
Puan Taylor berhenti dan memandang semua muka yang berada di hadapannya. “Kamu semua boleh mulakan bersukan. Main aktiviti apa yang kamu mahu main. Jangan sampai membahayakan diri,” setelah itu Puan Taylor masuk ke dalam bangunan diikuti Julie. Semua guru yang berada di padang masih lagi berada di padang melihat anak murid mereka bermain. Vanessa berjalan menghampiri Tiara dan Monica.
“Gila betul Puan Taylor tu. Patutlah kita tidak diberi makan. Encik Stephan tiada rupanya, semestinya Puan Taylor ambil alih. Aku kesian gila dekat kau. Kau pula yang kena serang. Pelik betul, tak kan Julie tak tahu kau tu mana hebat sangat nak sihir-sihir ni.” Monica melampiaskan rasa tidak puas hati. Tiara dan Vanessa setia mendengar.
Vanessa mencari kelibat Danny. Dia juga tidak tahu mengapa. Dia ternampak Danny dan Slyer sedang berborak dengan Sarah. Tiba-tiba, bahunya di tepuk dari belakang. Vanessa pusing belakang. Kelibat Argon berada di hadapannya. Vanessa menghadiahkan senyuman kepada Argon. Argon membalas senyuman tersebut.
“Jom kita pergi duduk di bawah pokok tu,” Argon mengajak Vanessa. Jari telunjukkannya menunjuk ke arah pokok yang rendang. Vanessa angguk kepala tanda setuju.
“Aku pergi duduk dengan Argon dulu. Kau orang bergembiralah ya.” Selepas berkata begitu kepada Monica dan Tiara, Vanessa dan Argon berjalan bersama-sama ke tempat yang ditunjuk sebentar tadi. Danny memandang Vanessa dari jauh. Dia mengetap gigi menahan rasa. Dia tidak tahu mengapa dia berasa begitu. Semua ini terjadi setelah Argon muncul. Dia sayangkan Vellina? Tidak mungkin! Dari kejauhan dia melihat Vellina dan Argon duduk bersama. Dia melihat Vellina sedang gelak manakala Argon bercerita sesuatu. Dia cemburu melihat itu semua. Cemburu!
*****
“Sekarang, saya meminta kamu semua berkumpul mengikut rumah masing-masing. Dranky, Crissy, Helium dan Zenka. Para guru dan semua warga sekolah juga berkumpul sekarang. Sila buat barisan memanjang.” Tiba-tiba, suara Puan Taylor mengarah mereka berkumpul kedengaran. Para pelajar berlari-lari untuk berkumpul. Entah apa yang hendak dilakukan oleh Puan Taylor. Vanessa bosan! Dia melihat Monica dan Tiara sudah memanggil dia suruh cepat. Tetapi dia berjalan dengan lambat sekali. Setelah semua orang sampai dan berkumpul mengikut rumah masing-masing. Puan Taylor memanggil The Four keluar. Vanessa terasa ada sesuatu yang menarik bakal berlaku. Dia sudah tidak sabar-sabar.
The Four keluar dengan wajah menunduk. Badan mereka semua sama seperti badan Julie. Semua yang berada di situ kegelian. Mereka berempat berdiri di hadapan bersama-sama Puan Taylor.
“Sekarang, kamu boleh buat apa yang patut kamu buat.” Puan Taylor bersuara. The Four menundukkan wajah mereka. Mereka terasa malu untuk membuat perkara tersebut. Julie tolak Carrel, Carrel tolak Jessy, Jessy tolak Ginny. Mereka semua menolak antara satu sama lain. Puan Taylor memandang mereka berempat dengan tajam. Mereka berempat berhenti menolak.
“Bukan ini yang saya suruh. Kalau kamu pentingkan ego dan maruah kamu. Kamu tidak payah buat seperti yang saya suruh. Tetapi jika kamu pentingkan wajah dan tubuh kamu yang asal, kamu buat seperti yang saya suruh.” Vanessa tersenyum sinis.
Ginny perlahan-lahan tunduk dan kemudian sujud di kaki Puan Taylor. Dia kemudian merangkak-rangkak sujud di kaki para guru. Kemudian diikuti oleh Jessy dan Carrel. Julie masih tidak berganjak dari situ. Dia hanya melihat ahli-ahli The Four yang lain sujud di kaki para guru.
Selepas itu, Ginny sujud di kaki para pelajar di mulai dengan bilik Ruby, Topaz, Cristal dan Diamond. Jessy dan Carrel ikut sama. Julie masih belum berganjak dari tempatnya. Sesudah Jessy, Carrel dan Ginny sujud di semua kaki warga sekolah, tiba-tiba satu cahaya meneylubungi mereka bertiga. Mereka bertiga menjerit dengan kuat sekali. Para pelajar sudah berasa cemas. Beberapa saat kemudian, cahaya tersebut hilang. Ginny, Jessy dan Carrel sudah bertukar ke bentuk asal masing-masing. Mereka bertiga sudah tidak sedarkan diri. Julie yang melihat keadaan itu mula sujud di kaki Puan Taylor kemudian dia sujud di kaki para guru. Dalam hati dia berasa malu kerana menjadi orang akhir yang sujud.
Setelah sudah sujud di kaki semua warga sekolah. Cahaya putih menyelubungi Julie. Julie menjerit kesakitan dan ketakutan. Beberapa saat kemudian Julie rebah, badannya sudah bertukar ke bentuk asal. Puan Taylor mengangkat murid kesayangannya itu dan membawa mereka semua ke bilik rawatan.
Para pelajar bersorak gembira kerana The Four sujud di kaki mereka. Mereka berpuas hati kerana dapat memijak tangan The Four. Sudah lama mereka mahu menyakiti dan memalukan The Four, tetapi tidak boleh kerana The Four disayangi Puan Taylor, guru yang hebat di sekolah ini. Mereka semua bersurai dan balik ke bilik. Danny berjalan dengan Sarah. Slyer dengan Bella manakala Monica dengan Tiara. Vanessa jalan keseorangan sebelum Argon tarik lengannya dan menyuruh jalan bersama-sama sambil berpegangan tangan. Vanessa mengutuk tindakan Argon di dalam hati tetapi dia memberikan senyuman yang manis kepada Argon. Rantai di leher Argon dipandang sekilas.
0 comments:
Post a Comment