Revenge 12 : The Lakelion (part 1)
Setelah dua bulan peristiwa tentang The Four sujud di kaki warga sekolah berlalu, The Four sudah tidak membuat hal lagi. Para pelajar sudah berasa aman walaupun ada pelajar bilik Diamond yang mengambil alih membuli para pelajar tetapi tidak seteruk yang di buat oleh The Four. Dan selagi budak Diamond tersebut tidak mengganggu Vanessa, Vanessa tidak akan mengusik budak tersebut. Prinsipnya senang sahaja, You touch me, I touch you!.
Vanessa sedang mengikat rambut apabila Monica memanggilnya. Vanessa kalih pandangan dari cermin ke arah Monica. Vanessa angkat kening, Monica menunjukkan isyarat tangan supaya datang dekatnya. Vanessa hela nafas sebelum berjalan mendekati Monica.
“Hurm.. apa dia?” Vanessa campak sikat yang berada di tangannya ke arah Monica, Monica menangkap sikat tersebut dan meletakkannya di atas katilnya.
“Nak tak kalau kita curi-curi keluar malam ni? Kita pergi ke kampung Renta balik semula. Nak tak?” Soalan Monica yang pelik membuatkan dahi Vanessa berkerut. Dahi Monica di sentuh dengan belakang tapak tangannya. Monica menepis tangan Vanessa.
“Hish, aku tak demamlah. Aku cuma bosan. Lagipun, boleh kita tunjukkan magis masing-masing nanti.”
“Dekat sini pun kita boleh tunjukkan magis kita. Buat apa pergi kampung Renta. Lagi satu cik kak oi... macam mana kita nak keluar? Pintu pagar dah tutup. Ramai orang yang jaga sekitar kawasan ni. Kau nak kena hukum lagi ke?”
“Ala.. pandai-pandailah kita buat trick biar dia orang semua tak nampak kita. Kita ajak Tiara sekali. Macam mana?” Vanessa kerut kening. Sah! Memang Monica hendak membuat sesuatu sebenarnya. Tetapi, apa dia?
“Aku malaslah nak keluar malam ni. Aku nak tidur cepat hari ni. Kau ajaklah Tiara kalau kau nak. Okeylah, aku masuk tidur dulu.” Baru sahaja Vanessa mahu membuka langkah, lengannya di tarik oleh Monica. Vanessa garu kepala melihat muka Monica. Dia menghela nafas.
“Hish.. Yalah, yalah. Aku ikut. Tepat pukul 12 malam, kita keluar bilik. Pergi ajak Tiara sekali. Aku nak tidur. Nanti otak aku tak boleh berfungsi pagi esok kalau tak dapat tidur yang secukupnya.” Vanessa memandang jam di dinding bilik Topaz. Jarum panjang menunjuk nombor sembilan manakala jarum pendek menunjuk nombor enam. Vanessa buka langkah menuju ke katilnya. Dia meletakkan kepala di atas bantal dan terus tertidur. Hari ini dia berasa sungguh letih.
*****
Vanessa menguap kecil. Dia bangun dari pembaringan dan mencapai sweaternya yang labuh di atas kerusi belajar. Selepas itu dia mencuci muka. Jarum jam menunjukkan hampir pukul 12. Monica dan Tiara masih lagi berdiri tegak di pintu bilik mandi. Vanessa mengambil serbuk kristal yang telah dijampi supaya dapat menjadi perlindungan bagi mereka bertiga. Vanessa dan yang lain-lain berhati-hati ketika keluar dari bilik tersebut. Takut ada penjaga bilik tersebut nampak. Selalunya Puan Victoria akan duduk di sofa dan menjampi sekeliling bilik jika dia malas berkawal. Vanessa tarik tangan Monica dan Tiara apabila melihat mereka hendak keluar.
“Apa dia?” Bisik Monica di telinga Vanessa. Vanessa melarikan jari telunjuknya ke tempat Pan Victoria. Tiara sudah gigit bibir.
“Cikgu tu selalu pasang pendinding dekat sekeliling ruang tamu ni. Kalau kita pijak, Puan Victoria akan terjaga. So, macam mana?” Vanessa memberitahu Monica dan Tiara. Monica mengetuk-ngetuk dagunya. Kepalanya ligat berfikir. Dia memetik jarinya sedikit kuat. Vanessa terus menyiku Monica. Monica tersengih.
“Wei, aku dah dapat idea. Kita tak boleh nak pijak lantai ni kan, so maknanya orang yang ada kelebihan untuk terbang ajelah yang boleh lepas, betulkan.”
“So? Kau nak kata apa? Aku still tak faham. Antara kita bertiga, tiada seorang pun yang menguasai kelebihan untuk terbang.” Tiara masih lagi tidak faham apa yang Monica sampaikan. Vanessa angguk kepala menyokong kata-kata Tiara.
“Siapa kata tak ada? Orang depan kau ni ada kelebihan tu.”
“Tipulah. Kalau kau ada kelebihan tu, semestinya kau dari Fairy Kingdom dan akan mengambil Fairy Magic” Tiara tidak percaya. Monica mencebik.
“Aku dari Fairy Kingdom, okey. Lagi satu, kau ni kuno betul! Aku tak ambil Fairy Magic sebab bahan-bahan untuk buat serbuk-serbuk dan barang-barang nya susah dijumpai. Itulah sebab aku tak ambil. Okey dah clear?” Sekarang kau orang pegang tangan aku. Buat bulatan. Cepat sikit. Kita dah tak ada masa ni. Dah pukul 12.15 minit dah pun.” Vanessa dan Tiara pegang tangan masing-masing dan buat bulatan kecil. Monica tutup mata. Vanessa juga begitu. Tiara mengikut mereka. Tiba-tiba badan mereka dikelilingi sparkles. Mereka terapung dan mula bergerak keluar dari bilik. Semua buka mata.
“First Floor,” suara Tiara kedengaran. Tangga kelihatan dihadapan. Mereka bergerak tanpa cecah lantai sehingga ke tingkat bawah. Akhirnya mereka melepaskan pegangan.
“Selamat lepas. Sekarang nak pergi mana ni? Dekat pintu keluar ada penjaga juga. Encik Harry dan Encik Erik. Dua orang tu. Dengan dia orang jangan main-main.” Tiara mengingatkan Vanessa dan Monica. Vanessa ketap bibir. Senyuman terukir di bibir.
“Apa kata kita alih perhatian penjaga tu? Kita buat seseorang dan kita suruh ’orang’ yang kita reka tu ambil perhatian penjaga tu.” Vanessa memberi cadangan. Tiara dan Monica membuat thumbs up.
“Tapi siapa nak buat ’orang’ tu?” Pertanyaan Monica dibalas dengan senyuman panjang oleh Vanessa.
Vanessa mengeluarkan kristal yang belum dijadikan serbuk ke hadapan. Diletaknya kristal tersebut di atas lantai. Tangannya terawang-awang di hadapan kristal tersebut. Cahaya menyelebungi kristal tersebut. Monica dan Tiara menutup mata kerana cahaya tersebut sungguh menyilaukan. Seorang lelaki berdiri di hadapan mereka bertiga. Monica dan Tiara memandang lelaki tersebut tidak berkelip. Handsome!
Vanessa menghampiri lelaki tersebut. “Kau tahu apa hendak buat bukan?” Lelaki tersebut angguk kepala lalu beredar dari situ. Vanessa tarik tangan Monica dan Tiara. Mereka berdua mengikuti langkah Vanessa. Bila Vanessa berhenti, mereka berhenti. Bila Vanessa jalan, mereka jalan.
Dari kejauhan mereka melihat lelaki tersebut menarik perhatian dua orang penjaga Silvery School yang tengah menjaga pintu masuk dan keluar. Penjaga tersebut mula mengejar lelaki tersebut. Mereka bertiga mengambil kesempatan tersebut untuk keluar dari Silvery School. Dari kejauhan Vanessa melihat ada dua orang makhluk sedang berdiri. Vanessa siku Tiara. Tiara pandang Vanessa. Vanessa memuncungkan bibir ke arah makhluk-makhluk tersebut.
Tiara pandang tempat yang ditunjuk. Tiara telan air liur. Monica di sebelah yang tengah tercungap-cungap kerana berlari disikunya. Monica angkat kening memandang Tiara. Tiara menjatuhkan pandangan matanya ke arah makhluk-makhluk yang berada tidak jauh dari mereka. Monica melihat pandangan mata Tiara. Monica terus berdiri dan berlari mendapatkan dua makhluk tersebut. Tiara terpinga-pinga. Begitu juga Vanessa. Tetapi mereka tetap pergi tempat dua makhluk yang tidak diketahui itu berdiri kerana Monica asyik melambai-lambaikan tangannya ke arah Vanessa dan Tiara.
Vanessa terkejut melihat Slyer dan Danny yang berada di depan mereka. Nafas terasa sesak seketika. “Apa kau orang buat dekat sini tengah-tengah malam ni?” Tiara membuka mulut sebelum sempat Vanessa bersuara.
“Kita orang mana tahu apa-apa. Si Monica ni ajak pergi keluar sekolah malam-malam macam ni. Kita orang pun okey aje.” Slyer membalas soalan Tiara. Vanessa terus pandang Monica yang berada di sebelah Danny.
“Laa... salah ke? Tak kan aku nak ajak kau orang aje. So, aku ajaklah dua orang ni ikut kita sekali. Kalau ada ramai orang senang sikit kerja aku.” Monica bersuara apabila Vanessa memandangnya. Vanessa kerut dahi. “Kerja apa kau nak buat sampai kena ada ramai orang?”
“Urmm.. aku sebenarnya.. umm.. aku.. hish macam mana nak cakap..” Monica garu kepala. Mereka berempat sudah tenung Monica dengan perasaan ingin tahu. “Aku sebenarnya nak cari bahan-bahan untuk buat healing potions.” Terluah juga perkataan dari mulut Monica.
“Laa.. katalah awal-awal. Dekat mana kita nak cari bahan-bahan dia?” Tiara bertanya. Mereka berlima sedang berjalan menuju ke perkampungan Renta. Kampung yang paling dekat dengan sekolah mereka. Monica memandang Tiara sebelum memandang ke hadapan semula, “Lakelion,” balasnya pendek.
“Hah!!” Tiga daripada mereka menjerit. Vanessa dan Monica menutup telinga mereka yang hendak pecah akibat jeritan tiga orang rakan mereka.
“Kau orang tak tahu ke kita nak pergi ke sana? Aku ingatkan kau orang tahu sebab senyap aje dari tadi.” Lagi sekali Vanessa menyoal.
“Kau biar betul kita nak masuk sana. Betul ke Monica?” Tiara masih tidak percaya kata-kata Vanessa. Monica angguk kepala. “Ish.. kalau aku tahu, awal-awal lagi aku tak nak ikut.” Tiara merungut. Monica buat tidak dengar.
“Kau buang tabiat ke cari bahan-bahan tu?” Suara Slyer kedengaran. Monica hela nafas. “Bukanlah. Encik Jaston punya pasallah. Dia suruh aku cari bahan-bahan buat healing potions sebab aku tertidur dalam kelas dia. Kejamkan?”
“Itulah kau, siapa suruh cari pasal. Selamatlah kau ada kawan baik macam kita orang.” Danny bersuara setelah lama membisu.
“Okey, kita dah sampai kampung Renta. So, dekat mana arah The Lakelion?” Tiara bersuara sambil memandang sekelilingnya. Angin pada malam itu sungguh segar sekali. Bulan tidak muncul pada malam itu. Bintang berkelipan di dada-dada langit. Tiara memandang bintang-bintang yang berkelipan. Vanessa turut tidak ketinggalan berbuat sebegitu.
“Kau orang ni dah dilamun cinta ke?” Monica bersuara apabila melihat dua orang kawannya memandang bintang-bintang yang berada di langit. Serentak itu, Vanessa dan Tiara kalih pandangan mereka ke muka Monica.
“Mak aku kata siapa-siapa yang suka tengok bintang dan kira bintang, maknanya orang tu tengah dilamun cinta.” Monica bersuara dengan selambanya. Muka Tiara sudah memerah. Malu barangkali atau ... marah. Vanessa hanya mampu ketap bibirnya sebelum bersuara. “Dah, dah. Kau ni saja aje nak kenakan kita orang. Kita orang belum dilamun cintalah.” Monica angkat bahu mendengar kata-kata Vanessa. Mereka meneruskan perjalanan ke arah utara setelah mengkaji peta yang dibawa oleh Monica.
*****
0 comments:
Post a Comment