Phase 14 : Her Soulmate
“VIEL…
Viel…” Morgan merapu dalam tidur. Dahinya berkerut seribu seperti sedang
mengalami mimpi ngeri. Wajahnya pucat tidak berdarah seolah-olah mimpi tersebut
sedang menyerap semua darahnya. Kedua-dua
tangannya pula tanpa sedar mengenggam erat selimut diparas dadanya. Peluh-peluh
hangat sudah mentitis didahinya seperti hujan yang menyimbah.
“Saudari!”
suara seorang lelaki seakan memanggilnya. Morgan berhenti merapu namun nafasnya
masih berat.
“Saudari?”
sekali lagi suara itu berkumandang ditelinganya. Entah kenapa suara itu
kedengaran lembut dan mententeramkan perasaannya yang sedang gundah seolah-olah
mimpi ngeri itu bertukar mimpi indah. Nafasnya yang tadi berat dan tidak
teratur mula stabil dan tenang.
Perlahan-lahan
Morgan membuka kelopak mata. Atap yang hanya diperbuat daripada daun kelapa itu
memenuhi ruang penglihatannya. Cahaya matahari yang memancar melalui jendela
ditepinya membuatkan matanya terasa sakit lalu menutup matanya dalam beberapa
saat.
Tanpa
dia sedari, seorang pemuda berpakaian orang kebanyakan sedang duduk ditepinya
sambil memerhati setiap gerak gerinya dengan wajah penuh minat.
Morgan pun memandang ke kiri, melihat lelaki itu
dalam keadaan yang masih mamai. Wajah milik pemuda itu kelihatan samar-samar
dalam pandangannya. Barangkali disebabkan kepalanya yang masih sakit dek
pertempurannya dengan ‘Viel’. Tiba-tiba dia ternampak tangan lelaki itu ingin
mencapainya.
“Jangan
dekat!” tengking Morgan, serta-merta terbangun dan kembali segar.
Morgan yang ketakutan, terkejut lantas menolak
lelaki itu sehingga lelaki tersebut terjatuh dari bangkunya. Morgan terus
berundur ke bucu katil, menjauhkan dirinya.
“Jangan
takut, hamba bukan orang jahat,” ujar lelaki itu sambil bangkit. Wajahnya masih
tenang walaupun sudah diperlakukan seperti itu. Bangku yang terjatuh itu,
dikemas semula.
“Kamu
siapa?” soal Morgan sambil menelan liur.
Dahi
lelaki itu berkerut kecil, seakan cuba membaca riak Morgan.
“Saudari
tidak ingat?”
“Ingat
apa? Kau siapa? Aku ada dimana?” Morgan mula naik angin. Perkara terakhir yang
dia ingat adalah pertarungan antara dia dan syaitan dimana syaitan itu bertukar
menjadi abangnya, Viel. Selepas kejadian itu, dia tidak ingat lagi.
“3
hari yang lalu, aku menemui saudari dalam keadaan tidak sedarkan diri
berdekatan tempat ini. Aku tidak tahu saudari tinggal dimana, jadi aku bawa
saudari ke rumah aku,”
“Kenapa
kau tak bangunkan aku?” soal Morgan seakan marah. Dahinya sudah berkerut.
Lelaki
itu tersenyum nipis. “Saudari cedera dan percayalah, aku sudah cuba bangunkan saudari
tapi aku tak boleh. Saudari langsung tidak bergerak walau seinci pun,
seolah-olah saudari sudah mati,” jawab lelaki itu sambil tersengih.
Morgan
memandang wajah lelaki itu dalam-dalam, seakan cuba mencari kejujuran dalam
mata lelaki tersebut. Sejenak kemudian, dia mengeluh. Lelaki itu seolah-olah
berkata benar.
“Kalau
begitu, aku berterima kasih atas pertolongan kamu. Aku akan pergi sekarang juga.”
Ucap Morgan lalu ingin turun dari katil.
“Tapi,
saudari boleh berjalankah?” tanya pemuda itu dalam nada kerisauan.
“Jangan
risau, aku lebih kuat daripada yang kamu sangkakan,” jawab Morgan. Tiba-tiba
dia tersenyum sinis. Ya, aku Dewi Maut kenapa pula aku perlu lemah dan tidak
boleh selamatkan kekanda aku sendiri? Bisik hatinya, sarkastik. Seolah-olah dia
sedang mempersalahkan dirinya kerana tidak mampu berbuat apa-apa.
Morgan
mula bangkit, namun belum sempat dia mengangkat punggungnya, dia sudah terduduk
semula.
“Saudari
tak apa-apa?” soal pemuda itu dalam nada risau lalu menahan Morgan daripada
terjatuh ke tanah.
“Jangan
sentuh!” dengus Morgan marah lantas menapis bantuan pemuda tersebut.
“Aku
boleh berjalan sendiri,” sambung dengan keras. Morgan pun mengumpul semula
kekuatannya. Kata pemuda itu tadi, dia sudah tidur selama 3 hari tidak hairan
jika semua anggota badannya terasa kebas.
“Beginilah
saudari, aku sarankan lebih baik saudari berehat disini untuk beberapa hari
lagi. Aku tidak tahu apa yang telah terjadi atau apa yang telah saudari lalui
sehinggakan saudari boleh terlelap selama 3 hari dengan perut kosong. Tapi aku
mahu membantu saudari, kalau saudari izinkan,” kata pemuda itu dengan sopan. Pemuda
itu tahu, dari cara pemakaian Morgan, pasti Morgan daripada keluarga bangsawan.
Kalau tidak pun, anak raja? Tapi mustahil anak raja boleh berada didalam hutan
tebal ini.
Morgan
memandang pemuda itu dengan riak ragu. Tapi apabila dia fikirkan semula tentang
kata-kata pemuda itu, ada baiknya jika dia berehat untuk sehari lagi disitu.
Lagipun, pemuda itu seperti tidak berniat jahat kepadanya tambahan pula dia
tidak tahu dia kini berada dimana. Masih berada di Dunia Orang Mati ataupun
dunianya yang sebenar?
“Baiklah.
Kalau begitu, izinkan aku tinggal disini untuk sehari lagi,” pinta Morgan.
Pemuda
itu terus mengukir senyuman. Lega pelawaanya diterima.
“Aku
izinkan. Kalau begitu, biar aku memperkenalkan diri aku. Nama aku Damon. Damon
Silverhair,” ujar pemuda tersebut.
Morgan
hanya mengangguk. Tiada niat untuk memperkenalkan namanya.
“Boleh
aku tanya nama saudari?” soal Damon namun apabila Morgan merenungnya dengan
tajam, dia terus tertunduk.
“Maaf,”
ucapnya.
“Morgan.
Nama aku Morgan,” ucap Morgan.
Damon
sudah mengangguk-angguk. “Oh, Morgan. Emm… saudari, boleh saya tanya apa yang
telah terjadi dengan saudari?” soal Damon ingin tahu.
“Kamu
tidak perlu tahu apa-apa. Sekarang, boleh tinggalkan bilik ini. Aku mahu berehat,”
arah Morgan. Dia memang tidak ingin memberi apa-apa maklumat kepada Damon. Mereka
bukannya saling kenal. Lagipun, ia cuma akan membahayakan keadaan jika dia
memberitahu Damon apa yang telah terjadi dengannya.
“Maaf.
Saya Cuma ingin bertanya. Adakah saudari lapar?” tanya Damon pula.
Kroo…
Baru
saja Damon menyebut pasal lapar, perutnya itu sudah berkeroncong. Morgan
tertunduk malu. Pasti bunyi perutnya itu kuat sehingga telinga Damon sempat
menangkap bunyinya.
“Kalau
begitu, aku juga mahu membersihkan badan. Dimana kamar mandi?” tanya Morgan.
Damon
sudah kelat. Masakan rumah yang seburuk itu mempunyai kamar mandi seperti dalam
rumah orang-orang bangsawan.
“Maaf
saudari, rumah hamba tiada kamar mandi,”
Morgan
mengerut kening. Baru dia faham dengan kata-kata pemuda itu. Bilik itu sungguh
kecil dan seolah-olah bilik itu adalah rumah pemuda tersebut. Semua perabot
dalam rumah itu diperbuat daripada kayu jati. Mustahil lelaki itu mempunyai
kamar mandi mewah.
“Jadi,
kamu bersihkan badan dimana?”
“Jangan
khawatir, saudari. Ada sungai yang berdekatan dengan rumah hamba, saudari…”
“Sungai?
Kau mahu aku mandi menggunakan air sungai?” soal Morgan dengan mata membulat.
“Maaf
tapi itu saja caranya, saudari,”
Morgan
mendengus. Dia menggaru kepalanya yang terasa gatal. Seluruh tubuhnya sudah
timbul rasa gatal. Kalau betul dia sudah tidak mempunyai pilihan, maka
terpaksalah dia mandi disungai saja.
“Baiklah,
kalau itu saja caranya,”
Damon
tersenyum. Lega hatinya wanita itu beralah tanpa banyak bantahan. Sangkanya, anak
orang bangsawan akan berkelakuan manja dan menginginkan apa saja yang
dikehendakinya. Tapi berlainan dengan Morgan. Walaupun wanita itu agar keras,
tapi dia masih boleh dilentur.
“Kalau
begitu, biar hamba sediakan santapan untuk saudari. Lepas tu, hamba bawa saudari
ke sungai,” ujar Damon seraya bangkit dan berlalu ke dapur yang juga berada
didalam satu ruang dengan bilik tidurnya.
“Terima
kasih atas layanan baik, kamu. Walaupun kamu tidak mengenali aku, kamu masih
sudi membantu,” ucap Morgan pula. Berasa terhutang budi dengan kebaikan lelaki
itu terhadapnya.
Damon
tersenyum kecil. “Tidak apa, saya cuma membantu orang yang berada dalam
kesusahan,” jawabnya lalu menyambung kerja yang terbengkalai tadi.
Morgan
yang duduk diam diatas katil sekadar memerhati gerak-geri lelaki itu. Entah
kenapa hatinya tenang bersama Damon. Dia langsung tidak merasakan aura
kejahatan disekitar lelaki itu dan dia berasa selamat. Mungkin otaknya sudah
tidak betul, tapi jauh disudut hatinya dia percaya dengan Damon. Dia percaya
bahawa lelaki itu berniat baik dengannya.
Beberapa
minit berlalu, Damon sudah pun selesai menyediakan makanan untuknya. Baru harum
makanan itu sudah mencucuk-cucuk hidungnya. Tidak sabar pula untuk menyentuh
makanan tersebut.
Morgan
pun bangkit lalu bergerak ke meja lantas melabuh punggung.
Damon
hanya memerhati Morgan dari tepi. Tidak sampai 10 minit, gadis itu sudah
menghabiskan semua hidangan dimeja. Tidak hairan kenapa gadis itu kelaparan,
dia sudah tidur selama 3 hari!
Seketika
kemudian, Damon pun membawa Morgan ke sungai seperti yang dia maksudkan. Sungai
yang dikatakan Damon itu sungguh jernih sehinggakan batu-batu didasar jelas
kelihatan. Ikan-ikan yang sedang berenang juga kelihatan tidak ubah seperti
berada didalam sungai. Air terjun dan juga tumbuh-tumbuhan hijau yang subur
mengelilingi sungai itu turut menambahkan keindahannya.
“Cantik
sungguh sungai ini. Aku tak sangka,” puji Morgan seakan tidak percaya.
“Ini
kain saudari dan juga baju ganti,” Damon meletakkan kain dan juga baju ganti
Morgan diatas batu besar ditepinya.
Morgan
hanya mengangguk.
“Kalau
begitu, aku tinggalkan saudari disini. Kalau saudari perlukan apa-apa, saya
tidak berada jauh dari tebing sungai,” ujar Damon. Seketika kemudian, dia pun
beredar menginggalkan Morgan sendirian.
Selepas
memastikan lelaki itu sudah berada jauh dari tempatnya, Morgan pun
perlahan-lahan membuka gaun yang sudah koyak-rabak itu dari badannya. Kemudian,
dia mencapai kain yang berada diatas batu lalu menutup tubuhnya menggunakan
kain tersebut.
Perlahan-lahan
Morgan turun ke dalam sungai. Terasa sejuk itu menjalar ke seluruh tubuhnya. Dia
menyentuh air itu dengan jari-jemarinya. Air yang sejuk itu menyegarkan tubuh
dan mindanya sekali.
Usai
mencuci rambut dan membersihkan badannya, dia pun tenggelam kedalam air.
Menikmati keseronokan yang hanya sekali dalam seumur hidupnya itu. Seketika
kemudian, dia pun keluar dari sungai. Pasti Damon sudah penat menunggunya.
Selepas
menyarungkan baju ganti itu dibadannya, dia pun melaungkan nama Damon. Lama dia
menunggu lelaki itu untuk menyahut panggilannya tapi hanya bunyi burung dan
alam saja yang kedengaran.
“Damon?”
panggil Morgan sekali lagi. Dia sudah mula berada tidak baik.
Tiba-tiba
dia terdengar bunyi semak-samun. Dengan telinganya yang peka, Morgan segera
dapat tahu darimana datangnya bunyi tersebut. Sekali lagi dia terdengar bunyi
semak-samun, tapi kali ini dia sempat menangkap sebuah lembaga hitam yang
bergerak dengan pantas sekali.
Dalam
fikirnya, lembaga hitam itu pastinya bukan binatang buas kerana binatang tidak
mungkin boleh bergerak dalam kelajuan itu. Dia tahu kerana dia sudah lama
berlatih dengan Katana. Kelajuan lembaga itu sama pantasnya dengan Katana.
Jadi, ada kemungkinan lembaga itu adalah syaitan!
**********************************
p/s : hampir setahun enovel ni tak bersambung. Maaf buat readers yang tertunggu-tunggu dengan sambungan enovel ni. By the way, happy new year readers :)
4 comments:
wahhhhh! akhirnya.ada jugk ntry baru :)
fuh lama gila tgu sbgn dia..
lama pun lamalah...janji sy ttp setia menunggu citer ni abis. muahahahaa
Cerita nih menarik... I Love It So Much.. >_<
Post a Comment