Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Friday, January 10, 2014

Phase 14 : Her Soulmate



Phase 14 : Her Soulmate


“VIEL… Viel…” Morgan merapu dalam tidur. Dahinya berkerut seribu seperti sedang mengalami mimpi ngeri. Wajahnya pucat tidak berdarah seolah-olah mimpi tersebut sedang menyerap semua darahnya.  Kedua-dua tangannya pula tanpa sedar mengenggam erat selimut diparas dadanya. Peluh-peluh hangat sudah mentitis didahinya seperti hujan yang menyimbah.
            “Saudari!” suara seorang lelaki seakan memanggilnya. Morgan berhenti merapu namun nafasnya masih berat.
            “Saudari?” sekali lagi suara itu berkumandang ditelinganya. Entah kenapa suara itu kedengaran lembut dan mententeramkan perasaannya yang sedang gundah seolah-olah mimpi ngeri itu bertukar mimpi indah. Nafasnya yang tadi berat dan tidak teratur mula stabil dan tenang.
            Perlahan-lahan Morgan membuka kelopak mata. Atap yang hanya diperbuat daripada daun kelapa itu memenuhi ruang penglihatannya. Cahaya matahari yang memancar melalui jendela ditepinya membuatkan matanya terasa sakit lalu menutup matanya dalam beberapa saat.
            Tanpa dia sedari, seorang pemuda berpakaian orang kebanyakan sedang duduk ditepinya sambil memerhati setiap gerak gerinya dengan wajah penuh minat.
Morgan pun memandang ke kiri, melihat lelaki itu dalam keadaan yang masih mamai. Wajah milik pemuda itu kelihatan samar-samar dalam pandangannya. Barangkali disebabkan kepalanya yang masih sakit dek pertempurannya dengan ‘Viel’. Tiba-tiba dia ternampak tangan lelaki itu ingin mencapainya.
            “Jangan dekat!” tengking Morgan, serta-merta terbangun dan kembali segar.
Morgan yang ketakutan, terkejut lantas menolak lelaki itu sehingga lelaki tersebut terjatuh dari bangkunya. Morgan terus berundur ke bucu katil, menjauhkan dirinya.
            “Jangan takut, hamba bukan orang jahat,” ujar lelaki itu sambil bangkit. Wajahnya masih tenang walaupun sudah diperlakukan seperti itu. Bangku yang terjatuh itu, dikemas semula.
            “Kamu siapa?” soal Morgan sambil menelan liur.
            Dahi lelaki itu berkerut kecil, seakan cuba membaca riak Morgan.
            “Saudari tidak ingat?”
            “Ingat apa? Kau siapa? Aku ada dimana?” Morgan mula naik angin. Perkara terakhir yang dia ingat adalah pertarungan antara dia dan syaitan dimana syaitan itu bertukar menjadi abangnya, Viel. Selepas kejadian itu, dia tidak ingat lagi.
            “3 hari yang lalu, aku menemui saudari dalam keadaan tidak sedarkan diri berdekatan tempat ini. Aku tidak tahu saudari tinggal dimana, jadi aku bawa saudari ke rumah aku,”
            “Kenapa kau tak bangunkan aku?” soal Morgan seakan marah. Dahinya sudah berkerut.
            Lelaki itu tersenyum nipis. “Saudari cedera dan percayalah, aku sudah cuba bangunkan saudari tapi aku tak boleh. Saudari langsung tidak bergerak walau seinci pun, seolah-olah saudari sudah mati,” jawab lelaki itu sambil tersengih.
            Morgan memandang wajah lelaki itu dalam-dalam, seakan cuba mencari kejujuran dalam mata lelaki tersebut. Sejenak kemudian, dia mengeluh. Lelaki itu seolah-olah berkata benar.
            “Kalau begitu, aku berterima kasih atas pertolongan kamu. Aku akan pergi sekarang juga.” Ucap Morgan lalu ingin turun dari katil.
            “Tapi, saudari boleh berjalankah?” tanya pemuda itu dalam nada kerisauan.
            “Jangan risau, aku lebih kuat daripada yang kamu sangkakan,” jawab Morgan. Tiba-tiba dia tersenyum sinis. Ya, aku Dewi Maut kenapa pula aku perlu lemah dan tidak boleh selamatkan kekanda aku sendiri? Bisik hatinya, sarkastik. Seolah-olah dia sedang mempersalahkan dirinya kerana tidak mampu berbuat apa-apa.
            Morgan mula bangkit, namun belum sempat dia mengangkat punggungnya, dia sudah terduduk semula.
            “Saudari tak apa-apa?” soal pemuda itu dalam nada risau lalu menahan Morgan daripada terjatuh ke tanah.
            “Jangan sentuh!” dengus Morgan marah lantas menapis bantuan pemuda tersebut.
            “Aku boleh berjalan sendiri,” sambung dengan keras. Morgan pun mengumpul semula kekuatannya. Kata pemuda itu tadi, dia sudah tidur selama 3 hari tidak hairan jika semua anggota badannya terasa kebas.
            “Beginilah saudari, aku sarankan lebih baik saudari berehat disini untuk beberapa hari lagi. Aku tidak tahu apa yang telah terjadi atau apa yang telah saudari lalui sehinggakan saudari boleh terlelap selama 3 hari dengan perut kosong. Tapi aku mahu membantu saudari, kalau saudari izinkan,” kata pemuda itu dengan sopan. Pemuda itu tahu, dari cara pemakaian Morgan, pasti Morgan daripada keluarga bangsawan. Kalau tidak pun, anak raja? Tapi mustahil anak raja boleh berada didalam hutan tebal ini.
            Morgan memandang pemuda itu dengan riak ragu. Tapi apabila dia fikirkan semula tentang kata-kata pemuda itu, ada baiknya jika dia berehat untuk sehari lagi disitu. Lagipun, pemuda itu seperti tidak berniat jahat kepadanya tambahan pula dia tidak tahu dia kini berada dimana. Masih berada di Dunia Orang Mati ataupun dunianya yang sebenar?
            “Baiklah. Kalau begitu, izinkan aku tinggal disini untuk sehari lagi,” pinta Morgan.
            Pemuda itu terus mengukir senyuman. Lega pelawaanya diterima.
            “Aku izinkan. Kalau begitu, biar aku memperkenalkan diri aku. Nama aku Damon. Damon Silverhair,” ujar pemuda tersebut.
            Morgan hanya mengangguk. Tiada niat untuk memperkenalkan namanya.
            “Boleh aku tanya nama saudari?” soal Damon namun apabila Morgan merenungnya dengan tajam, dia terus tertunduk.
            “Maaf,” ucapnya.
            “Morgan. Nama aku Morgan,” ucap Morgan.
            Damon sudah mengangguk-angguk. “Oh, Morgan. Emm… saudari, boleh saya tanya apa yang telah terjadi dengan saudari?” soal Damon ingin tahu.
            “Kamu tidak perlu tahu apa-apa. Sekarang, boleh tinggalkan bilik ini. Aku mahu berehat,” arah Morgan. Dia memang tidak ingin memberi apa-apa maklumat kepada Damon. Mereka bukannya saling kenal. Lagipun, ia cuma akan membahayakan keadaan jika dia memberitahu Damon apa yang telah terjadi dengannya.
            “Maaf. Saya Cuma ingin bertanya. Adakah saudari lapar?” tanya Damon pula.
            Kroo…
            Baru saja Damon menyebut pasal lapar, perutnya itu sudah berkeroncong. Morgan tertunduk malu. Pasti bunyi perutnya itu kuat sehingga telinga Damon sempat menangkap bunyinya.
            “Kalau begitu, aku juga mahu membersihkan badan. Dimana kamar mandi?” tanya Morgan.
            Damon sudah kelat. Masakan rumah yang seburuk itu mempunyai kamar mandi seperti dalam rumah orang-orang bangsawan.
            “Maaf saudari, rumah hamba tiada kamar mandi,”
            Morgan mengerut kening. Baru dia faham dengan kata-kata pemuda itu. Bilik itu sungguh kecil dan seolah-olah bilik itu adalah rumah pemuda tersebut. Semua perabot dalam rumah itu diperbuat daripada kayu jati. Mustahil lelaki itu mempunyai kamar mandi mewah.
            “Jadi, kamu bersihkan badan dimana?”
            “Jangan khawatir, saudari. Ada sungai yang berdekatan dengan rumah hamba, saudari…”
            “Sungai? Kau mahu aku mandi menggunakan air sungai?” soal Morgan dengan mata membulat.
            “Maaf tapi itu saja caranya, saudari,”
            Morgan mendengus. Dia menggaru kepalanya yang terasa gatal. Seluruh tubuhnya sudah timbul rasa gatal. Kalau betul dia sudah tidak mempunyai pilihan, maka terpaksalah dia mandi disungai saja.
            “Baiklah, kalau itu saja caranya,”
            Damon tersenyum. Lega hatinya wanita itu beralah tanpa banyak bantahan. Sangkanya, anak orang bangsawan akan berkelakuan manja dan menginginkan apa saja yang dikehendakinya. Tapi berlainan dengan Morgan. Walaupun wanita itu agar keras, tapi dia masih boleh dilentur.
            “Kalau begitu, biar hamba sediakan santapan untuk saudari. Lepas tu, hamba bawa saudari ke sungai,” ujar Damon seraya bangkit dan berlalu ke dapur yang juga berada didalam satu ruang dengan bilik tidurnya.
            “Terima kasih atas layanan baik, kamu. Walaupun kamu tidak mengenali aku, kamu masih sudi membantu,” ucap Morgan pula. Berasa terhutang budi dengan kebaikan lelaki itu terhadapnya.
            Damon tersenyum kecil. “Tidak apa, saya cuma membantu orang yang berada dalam kesusahan,” jawabnya lalu menyambung kerja yang terbengkalai tadi.
            Morgan yang duduk diam diatas katil sekadar memerhati gerak-geri lelaki itu. Entah kenapa hatinya tenang bersama Damon. Dia langsung tidak merasakan aura kejahatan disekitar lelaki itu dan dia berasa selamat. Mungkin otaknya sudah tidak betul, tapi jauh disudut hatinya dia percaya dengan Damon. Dia percaya bahawa lelaki itu berniat baik dengannya.
            Beberapa minit berlalu, Damon sudah pun selesai menyediakan makanan untuknya. Baru harum makanan itu sudah mencucuk-cucuk hidungnya. Tidak sabar pula untuk menyentuh makanan tersebut.
            Morgan pun bangkit lalu bergerak ke meja lantas melabuh punggung.
            Damon hanya memerhati Morgan dari tepi. Tidak sampai 10 minit, gadis itu sudah menghabiskan semua hidangan dimeja. Tidak hairan kenapa gadis itu kelaparan, dia sudah tidur selama 3 hari!
            Seketika kemudian, Damon pun membawa Morgan ke sungai seperti yang dia maksudkan. Sungai yang dikatakan Damon itu sungguh jernih sehinggakan batu-batu didasar jelas kelihatan. Ikan-ikan yang sedang berenang juga kelihatan tidak ubah seperti berada didalam sungai. Air terjun dan juga tumbuh-tumbuhan hijau yang subur mengelilingi sungai itu turut menambahkan keindahannya.
            “Cantik sungguh sungai ini. Aku tak sangka,” puji Morgan seakan tidak percaya.
            “Ini kain saudari dan juga baju ganti,” Damon meletakkan kain dan juga baju ganti Morgan diatas batu besar ditepinya.  
            Morgan hanya mengangguk.
            “Kalau begitu, aku tinggalkan saudari disini. Kalau saudari perlukan apa-apa, saya tidak berada jauh dari tebing sungai,” ujar Damon. Seketika kemudian, dia pun beredar menginggalkan Morgan sendirian.
            Selepas memastikan lelaki itu sudah berada jauh dari tempatnya, Morgan pun perlahan-lahan membuka gaun yang sudah koyak-rabak itu dari badannya. Kemudian, dia mencapai kain yang berada diatas batu lalu menutup tubuhnya menggunakan kain tersebut.
            Perlahan-lahan Morgan turun ke dalam sungai. Terasa sejuk itu menjalar ke seluruh tubuhnya. Dia menyentuh air itu dengan jari-jemarinya. Air yang sejuk itu menyegarkan tubuh dan mindanya sekali.
            Usai mencuci rambut dan membersihkan badannya, dia pun tenggelam kedalam air. Menikmati keseronokan yang hanya sekali dalam seumur hidupnya itu. Seketika kemudian, dia pun keluar dari sungai. Pasti Damon sudah penat menunggunya.
            Selepas menyarungkan baju ganti itu dibadannya, dia pun melaungkan nama Damon. Lama dia menunggu lelaki itu untuk menyahut panggilannya tapi hanya bunyi burung dan alam saja yang kedengaran.
            “Damon?” panggil Morgan sekali lagi. Dia sudah mula berada tidak baik.
            Tiba-tiba dia terdengar bunyi semak-samun. Dengan telinganya yang peka, Morgan segera dapat tahu darimana datangnya bunyi tersebut. Sekali lagi dia terdengar bunyi semak-samun, tapi kali ini dia sempat menangkap sebuah lembaga hitam yang bergerak dengan pantas sekali.
            Dalam fikirnya, lembaga hitam itu pastinya bukan binatang buas kerana binatang tidak mungkin boleh bergerak dalam kelajuan itu. Dia tahu kerana dia sudah lama berlatih dengan Katana. Kelajuan lembaga itu sama pantasnya dengan Katana. Jadi, ada kemungkinan lembaga itu adalah syaitan!
             
********************************** 
p/s : hampir setahun enovel ni tak bersambung. Maaf buat readers yang tertunggu-tunggu dengan sambungan enovel ni. By the way, happy new year readers :)

4 comments:

Anonymous said...

wahhhhh! akhirnya.ada jugk ntry baru :)

eija said...

fuh lama gila tgu sbgn dia..

kapten zombie said...

lama pun lamalah...janji sy ttp setia menunggu citer ni abis. muahahahaa

Unknown said...

Cerita nih menarik... I Love It So Much.. >_<