Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Friday, April 29, 2011

Revenge 7 : New Friends (part 1)


                                                      Revenge 7 : New Friends (part 1)


Pintu gerbang Silvery School dibuka. Saliva menggengam erat beg pakaiannya dan menarik nafas sebelum melangkah masuk ke dalam Silvery School. Sekolah yang sudah berusia 58 tahun. Dia terpegun melihat kecantikan sekolah tersebut. Keindahan sekolah tersebut tidak sama seperti yang di baca. Sekolah tersebut lagi indah, cantik dan suasananya amat menggembirakan hatinya. Sedang ralit dia melihat keindahan kolam yang berada di tengah-tengah lalu lintas orang ramai, dia terlanggar seseorang. Saliva dengan pantasnya meminta maaf.

“Tak apa. Awak tak sengaja bukan,” balas gadis yang dilanggarnya. Dia memerhatikan gadis tersebut. Mempunyai rambut yang hitam, lebat dan panjang melepasi bahu. Mukanya kelihatan kemerah-merahan. Mungkin kerana kulitnya tidak begitu tahan dengan cahaya matahari. Gadis tersebut memakai pakaian yang biasa pada pandangan Saliva. Berbaju t-shirt dan berseluar jeans. Muka gadis tersebut sungguh cantik sekali.

“Saya Monica,” Monica menghulur tangan tanda persahabatan. Saliva yang terkejut kerana ralit memerhatikan gadis tersebut tersentak.

“Saya err... Valisa,” Saliva menyambut huluran tangan tersebut. Mereka berbalas senyuman.

“Unik nama awak. Valisa. Memang unik.”

“Err... aaa... Terima kasih. Awak punya nama cantik. Monica. Sesuai dengan rupa awak yang cantik,” puji Saliva. Senyuman Monica bertambah lebar. Mukanya sudah memerah. Malu barangkali.

“Awak nak pergi daftar ke?” Monica bertanya. Saliva mengangguk kepala.

Monica tersenyum lalu berkata, “Kalau macam tu, jom kita daftar sama-sama.”

“Boleh aje. Tapi dekat mana nak daftar?”

“Lupa pula. Awak ambil aliran apa? Dark, Fairy, Healing, Water, Fire atau Crystal?”

“Magical Water dan Magical Crystal,” teragak-agak Saliva bersuara.

“Nampaknya kita tidak ambil aliran yang sama. Saya ambil aliran Dark Magic dan Healing Magic. Saya tak sanggup hendak ambil Fairy Magic. Semua bahan-bahan untuk membuat serbuk-serbuk dan macam-macam lagi memang susah hendak cari. Agaknya sampai mati saya tidak dapat cari,” dengan ramah Monica memberitahu. Saliva tergelak mendengar ayat akhir yang di sebut oleh Monica.

“Urm.. tetapi kenapa awak ambil Dark Magic? Bukan magis tersebut lagi susah daripada Fairy Magic ke?” Soal Saliva khuatir.

“Ya, betul kata awak. Tapi, magis hitam memang bagus kalau kita pelajari. Ibu bapa saya sokong bila saya hendak ambil Dark Magic. Dark Magic juga boleh tolong kita kalau kita kena serang dengan musuh. Memang bergunalah magis hitam ni. Lupa pula, kalau Magical Water, Magical Crystal and Magical Fire, kena daftar dekat kaunter nombor 2. Sebelah kaunter nombor 1. Jauh jugalah. Sebab ada 3 meja setiap kaunter. Tengoklah papan tanda tu tulis aliran apa. Dekat situlah kena daftar,”

“Jom pergi sama-sama. Nanti lepas sudah, awak tunggu saya tau. Saya baru kenal dengan awak aje.” Sambung Monica selepas diam beberapa saat.

“Ok, jom kita pergi daftar. Lagi lambat, lagi lamalah kena berdiri.”

“Jomlah,” lantas mereka berdua berjalan bersama-sama dan mula berpecah kerana hendak pergi ke kaunter pendaftaran. Monica ke sebelah kanan, manakala Saliva ke sebelah kiri.

*****

“Mana pula si Monica ni? Berkematu kaki aku tunggu dia. Naik penat kaki aku aje. Sabar ajelah wahai hati,” rungut Saliva. Tangannya sudah menggaru-garu lehernya sambil memandang ke kaunter 1. Bayangan Monica masih tidak lagi kelihatan. Saliva mengeluh buat kali yang ke-9. Sedang asyik dia menggaru-garu lehernya dan kakinya berjalan ke hulu hilir. Dia terlanggar seseorang.

“Maaf, tak sengaja.” Saliva dengan pantasnya meminta maaf. Dia tunduk mengutip buku-buku budak yang di langgar dengan tidak sengaja. The Magical Fire. Saliva menyebut tajuk buku yang di kutipnya itu.

“Budak Magical Fire ke?” tanya Saliva dengan tiba-tiba. Budak lelaki tersebut mengangkat kepalanya memandang Saliva. Dia mengangguk kepalanya sekali.

“.... dengan Dark Magic?” tanya Saliva lagi.

“Ya. Macam mana tahu?” tanya budak lelaki tersebut kehairanan. Dia melihat buku-buku yang dipegangnya itu. Tiada langsung buku magis hitam di tangannya.

“Selalunya orang yang masuk sini mesti ambil aliran Dark Magic. Jadi, tak hairanlah kalau saya teka awak pun ambil aliran tu.” beritahu Saliva.

“Mengkaji ke?”

“Taklah. Pemerhatian aje.” jawab Saliva bersama sengihan. Budak lelaki tersebut ketawa. Saliva menganalisis budak lelaki tersebut. Memakai baju berwarna hitam dan seluar jeans biru. Membawa beg sandang di tepi bahu kanan dan membawa dua buah buku di tangannya. Kulitnya boleh dikatakan putih. Keningnya agak lebat. Tetapi tidak lebat. Mungkin sederhana lebat. Bibirnya berwarna merah pekat. Cantik! dan hidungnya agak mancung. Matanya berwarna coklat hazel. Memang mata idaman Saliva!

“Awak dah habis daftar ke belum?”

“Dah. Ini nak pergi merayau-rayau sebelum ambil bilik.” Jawab lelaki tersebut.

“Ooo.. Dekat mana nak ambil bilik?”

“Sebelum saya jawab pertanyaan awak tu, nama awak siapa?” Saliva tergelak. Dia baru perasan yang mereka belum memberitahu nama masing-masing.

“Valisa. Awak?”

“Daniel, panggil Danny. Apa-apa pun, nama awak memang uniklah. Kali pertama saya dengar nama orang Valisa. Memang unik.” Saliva tersenyum.

“Jadi, soalan saya tu?”

“Lupa pula. Kita kena berkumpul di bangunan hujung sana. Dekat situ barulah boleh pilih bilik. Tapi...”

“Maaf lambat. Ramai gila orang yang nak daftar masuk Dark Magic tadi. Urmmm.... ni siapa?” Satu suara mencelah perbualan mereka.

“Oh, ni Danny. Dia pun ambil aliran sama dengan kau tapi aliran ke-2 dia ambil Magical Fire. Danny sambung balik apa yang kau kata tadi,”

“Dekat bangunan hujung sana baru kita boleh pilih bilik kita.” Jari telunjuk Danny menunjuk pada bangunan yang tersergam indah. Bangunan sungguh cantik sekali.

“Tapi.. kita kena tunggu malam, baru boleh masuk bangunan tu,” sambung Danny.

“Laa... habis tu lepas daftar ni, apa yang kita nak buat? Merayau?” Monica berkata dengan nada geram.

“Pandai pun. Jadi jom kita pergi merayau ke kampung-kampung dekat King Kingdom ni.” Usul Danny. Monica dan Saliva memandang Danny dengan rasa yang tidak percaya.

“Kau biar betul nak pergi merayau. Nanti tak pasal-pasal kena marah dengan cikgu-cikgu dekat sini,” balas Monica. Danny menghela nafas bosan, “Cikgu mana tahu nama kita lagi. Dia orang belum lagi check. Jomlah. Seronok kalau dapat merayau-rayau. Sekali dalam hidup ni.”

“Aku boleh aje. Tapi Monica aku tak tahu,” Saliva bersetuju dengan rancangan Danny. Monica memandang kawan barunya itu.

“Aku pun masuklah..” balas Monica perlahan.

“Haa... jadi, jomlah pergi. Lagi cepat lagi bagus. Dapat kita tengok kampung-kampung dekat sini.” Danny berjalan di hadapan sekali di ikuti oleh Saliva dan Monica. Mereka berjalan keluar dari Silvery School dan berjalan terus sehingga sampai di perkampungan yang pertama, Renta.

“Cantik juga kampung ni. Aman dan damai.” ujar Monica perlahan sambil berjalan menyusuri pasar-pasar. Mereka bertiga melihat-lihat ragam manusia yang berada di tepi, kanan, kiri, depan dan belakang mereka. Sesak sungguh! Ketika mereka berjalan-jalan melihat ragam manusia yang pelbagai, Saliva menarik tangan Monica.

“Kenapa?”

“Aku nak pergi ke kedai dekat sana, kau orang jalanlah dulu. Nanti aku follow lepas sudah lihat kedai tu.” ujar Saliva. Matanya memandang ke kedai yang berada di belakang pasar. Kedai tersebut terlindung dan mungkin ramai orang tidak perasan.

“Ok, jalan elok-elok. Jangan tak dapat kesan kita orang sudah.” Seraya itu Monica berjalan terus ke hadapan. Saliva memandang kelibat Monica sehingga kelibat kawannya itu hilang. Saliva bergegas menuju ke deretan kedai yang terdapat di belakang pasar tersebut. Kedai tersebut di cat warna putih dan ada sedikit kotoran di dinding kedai tersebut.

Saliva menolak pintu kedai tersebut perlahan-lahan. Bunyi loceng jelas kedengaran menandakan ada seseorang memasuki kedai tersebut. Saliva tidak ambil pusing tentang bunyi loceng tersebut. Dia melilau-lilau melihat barang-barang yang terdapat di dalam kedai itu. Matanya menyinggah ke rak yang menempatkan pelbagai kristal. Bermacam-macam warna dan bentuk kristal tersebut. Dia berjalan menghampiri rak tersebut. Apabila tangannya ingin memegang salah satu kristal tersebut, ada tangan yang menepuk bahu dari arah belakang. Saliva dengan pantasnya memusing kepalanya ke belakang.

“Adik nak beli apa-apa ke?” tanya orang tua tersebut yang sedang memakai baju dan seluar lusuh. Mukanya agak tidak terjaga.

“Tak, saya tengok-tengok aje. Yang kristal ni untuk apa?”

“Oh, kristal ni untuk membuat serbuk kristal. Caranya.. tidak saya ketahui. Orang kata serbuk tersebut jika di taburkan pada pihak lawan, pergerakan pihak lawan akan terhenti seketika sahaja. Tapi kalau pihak lawan itu kuat, serbuk kristal bukan tandingannya dan tidak akan dapat mengapa-apakannya.” Jelas orang tua tersebut.

“Nama pak cik apa?”

Orang tua tersebut menarik senyuman nipis sebelum menjawab soalan Saliva, “Fred.”

“Ooo.. Saya Sa.. urmm.. Valisa dan pak cik tak perlu kata nama saya itu unik kerana saya sudah tahu awal-awal lagi,” Saliva tersenyum kecil, Pak Cik Fred tergelak besar.

“Baru pak cik nak kata nama kamu tu unik,” balas Pak Cik Fred dengan tawanya yang masih bersisa lagi.

“Urmm.. pak cik, kristal ni satu berapa?” Saliva menukar soalan.

“Kamu nak kristal ni ke? Kalau kamu nak pak cik bagi free sahaja. Tak payah bayar.”

“Eh.. betul ke ni pak cik? Saya ingat nak beli 10 kristal ni.” ujar Saliva dengan tidak percaya.

“Kamu hendak 20 pun boleh,” balas Pak Cik Fred.

“Betul ke ni pak cik? Pak cik tak nak duit ke? Rugi pak cik kalau pak cik tak nak saya bayar.” Saliva berkata lagi dengan harapan Pak Cik Fred memintanya bayar. Dia serba salah hendak mengambil kristal tersebut tanpa bayaran. Dia tidak mahu berhutang dengan sesiapa pun. Pak Cik Fred menganggukkan kepalanya.

“Kamu ambillah, pak cik dah lama hendak memberi kepada orang ramai. Tetapi sampai sekarang semua yang datang kedai pak cik tak mahu kristal ni. Jadi kamu bolehlah ambil semua kristal ni.” Saliva terdiam. Gila! Semua kristal Pak Cik Fred mahu memberi kepadanya. Walaupun dia gembira, tetapi dia takut juga kalau-kalau kristal ni boleh membunuh tuannya. Tapi, mana mungkin kristal ni boleh membunuh. Tengok rupa pun dah tau. Saliva tiba-tiba tersenyum geli hati.

“Kalau macam tu, saya ambil semua kristal ni, boleh pak cik?”

“Baguslah kalau macam itu. Jaga kristal ni elok-elok. Tapi pak cik pernah berjanji pada arwah nenek pak cik, kalau ada orang yang mahu mengambil semua kristal tersebut tanpa bayaran mereka perlu.....” Pak Cik Fred berhenti seketika.

“Bencana hendak datang ke? Alahai, belum sampai sehari dekat sini bencana hendak datang. Nasib kaulah Saliva.” Desis hati Saliva.

“Mereka perlu apa pak cik? Tanya Saliva dengan senyuman paksa. Jangan buat benda bodoh sudah.

“Mereka perlu membela seekor kucing. Tapi malangnya kucing tersebut sudah hilang bertahun-tahun lamanya. Pak cik tak tahu pak cik patut buat apa apabila kucing tu sudah hilang. Kucing tu sangat berharga sebenarnya. Jika orang ingat kucing tersebut hanya kucing biasa mereka silap. Walaupun kucing tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda dia hebat, sebenarnya dia hebat sangat. Tapi memandangkan kucing tersebut tiada, jadi kamu tidak payah membela kucing itu.” Panjang lebar Pak Cik Fred berkata. Saliva melepaskan nafas lega.

“Ingatkan suruh buat apalah. Setakat bela kucing bolehlah, jangan di suruh bunuh diri sudah.” Saliva bermonolog sendirian.

“Tapi kalau kucing tu tak ada dah, buat apalah pak cik ni beritahu aku? Saja nak takutkan ke? Atau saja nak duga aku? Pelik, pelik...” sambung Saliva di dalam hati.

“Pak cik, saya pergi dulu ya. Takut kawan-kawan saya cari saya. Dah lama saya dekat sini.”

“Ya, ya.. Tapi sebelum tu, jangan lupa bawa kristal-kristal ni sekali.” Pak Cik Fred memasukkan kristal-kristal tersebut di dalam uncang yang berwarna merah hati. Dia memberikan uncang tersebut kepada Saliva.

“Gunakan kristal ni dengan betul. Jangan salah guna.” ujar Pak Cik Fred sebelum Saliva keluar dari kedai tersebut. Saliva tersenyum mendengar nasihat pak Cik Fred itu.

p/s : Sorry lambat update. a BIG sorry

2 comments:

Anonymous said...

smbung.......tak puas lh.....pepe pun best..huu

Nur Farah said...

mcm cite harry potter plk.. hahaha
apa2 pun mmng best..