Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Wednesday, September 22, 2010

Prolog : Orbit Cinta Benjamin

Benjamin menjerit lagi. "Kak Emy!!!"

Emy terkejut. Frekuensi nyaring itu tiba-tiba menggigit lohong telinganya. Susup-sasap orang di kompleks Pavilion sudah terintai-intai empunya suara yang menjerit. Dan lelaki 7 tahun itu terpaku dengan lirik-lirik mata yang menjelingnya. Benjamin jadi takut. Teddy bear di tangannya dipeluk ketat.

Kemudian, “Kak Emy!!!” lagi.

Benjamin menangis pula. Suara kecilnya bagai mahu pecah dek jeritan itu. Orang ramai pula galak memerhati dan bisik-bisik perihal lelaki 7 tahun itu. Emy kemudian terkocoh-kocoh mendapatkan Benjamin di tengah-tengah lautan manusia di Pavilion.

“Benji... apa fasal pekik-pekik ni? Kak Emy kan tengah tengok-tengok barang kat sana tu. Kak Emy tak tinggalkan Benjilah!” Emy cuba memujuk.

Benjamin tersenggut-senggut. Mata coklatnya, merah berair. “Tadi Kak Emy hilang! Kak Emy tinggalkan Benji! Kak Emy jahat!” dia sudah berkalih posisi sambil memeluk teddy bear busuknya. Bibir merahnya terherot, menggelikan hati Emy yang gigih memujuk.

“Itu tadi... kan Kak Emy dah muncul ni?” Emy menyimpul senyum.

Benjamin masih dengan rajuknya. Emy pula terkulat-kulat memujuk. “Kak Emy janji Kak Emy tak buat lagi! Sudah, jangan merajuk!” dicuit bibir muncung Benjamin.

Benjamin terus senyum. “Janji?”

“Janji!” Emy angguk.

“Benji sayanggg kakak!!!” katanya panjang sambil memeluk Emy. Tiba-tiba, “Tapi dengan satu syarat!?” jarinya langsung merujuk dengan telunjuk kanan. “Benji lapar! Benji nak aiskrim coklat!” itu syaratnya. Aiskrim coklat gerai Pink Ribbons!

Emy sengih. “Okey! Okey!”

Benjamin mengenggam sebelah tangan Emy. Dan tangan kirinya memeluk ketat teddy bear busuknya. Orang ramai mula lega dan tersenyum melihat dua beradik itu. Kemudian tiba di depan gerai warna-warni Pink Ribbons, Benjamin terlompat-lompat gembira pabila terpandang kelibat aiskrim coklat kesukaannya! Dia menarik-narik tangan Emy.

“Ya! Ya!”

Emy melangkah ke Pink Ribbons. Pecinta gula-gula, aiskrim dan coklat jenama itu galak mengunjungi gerai yang berpayung pink di tengah-tengah lautan manusia di Pavilion itu. Cashiernya pula seorang perempuan berlesung pipit yang menyemat ponytail dengan cekak pinknya dan berbaju vintage bertulis P.I.N.K, melengkapkan dirinya dengan gelang reben warna-warni. Emy tiba-tiba ditarik Benjamin. Dia merujuk jari telunjuknya lagi pada kotak ais pink yang ada aiskrim coklat kesukaannya!

Emy kemudian lekas mengambil dua kon aiskrim coklat berbalut kertas pink dan melangkah ke cashier. Perempuan berlesung pipit terus membungkus dua kon aiskrim coklat itu ke dalam beg kertas warna pink jenama gerainya.

“Thank you!” perempuan itu membingkaikan senyum manis.

Benjamin tiba-tiba menyahut, “Sama-sama!”

Emy terpaku. Perempuan itu menampakkan lesung pipitnya. Benjamin melambai-lambai, kemudian.

Emy lekas membawa Benjamin. Digenggam tangan kecil itu, ketat-ketat. Aiskrim coklat dirobek kertas balutnya untuk Benjamin dan dirinya. Terus mereka berjalan, sambil menjenguk-jenguk butik kesukaan Emy pula. Sekejap berhenti di butik itu, sekejap berhenti di butik ini. Tak lelah-lelah kaki Emy ke sana ke sini.

“Kak Emy... Benji penat ni!!!” Benjamin menarik-narik hujung blaus Emy. Dia penat – sangat-sangat!

Emy menggeleng. “Huh Benji ni! Itu lah... sibuk sangat nak ikut Kak Emy shopping. Kan dah penat?”

“Benji nak duduk!!!” dia menjerit.

“Okey, Benji duduk kat pangkin tu. Kak Emy nak pusing-pusing tengok kat dalam!” Emy mengarah Benjamin.

Benjamin berlari ke pangkin yang tersedia. Dia melabuhkan punggung sambil memeluk ketat teddy bearnya. Benjamin menyapu peluh dimuka, seketika. Mata coklatnya berlari-lari ke sana ke sini. Tiba-tiba lelaki bertopeng hitam yang berpakaian pelik datang padanya. Gayanya menakutkan dengan tubuh sasa yang bikin seram.

Benjamin jadi takut. “Kak Emy!!!”

Dan gelap terus.

4 comments:

Camellia MK (Maria Kajiwa) said...

Secara keseluruhannya ia telah meninggalkan Story Question yang cekap dan baik tetapi bab ini juga lebih bersifat sebagai Bab 1 berbanding prolog.

Mungkin ramai adik-adik di sini tidak pernah tahu apa itu story question yang berkait dengan hook penceritaan, ini adalah contoh yang jelas.

Lihat cara penumpuan babak tanpa memasukkan unsur infodumb.Tidak perlu tergesa-gesa memasukkan segala info dalam 1 bab.

Watak simpatetik digunakan digunakan dengan baik.

Kita ikuti kisah ini bersama-sama untuk melihat perkembangan proses penulisannya.


*SVT masih belum dapat dikuasai, tetapi ia sememangnya satu aspek yang sukar.

sekian.

jims emirza said...

terimakasih kak maria!

kalau boleh tahu, SVT itu apa? macam singkatan saja.

:)

Camellia MK (Maria Kajiwa) said...

SVT adalah showing vs telling

Anonymous said...

sambung please... chayok2

AMEERA