Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Friday, January 21, 2011

Moonlight Fairytale ( Bab 7 )

Mereka mendarat di hadapan sebuah stor using tidak jauh dari sekolah. Dari luar ia Nampak seperti sebuah stor usang yang menunggu masa untuk roboh. Sebaik sahaja Riz meletakkan Wilda ke bawah, Wilda terus berdiri sejauh 1 meter darinya. Enggan terlibat dengan lelaki itu lagi.

“ Kita nak buat apa disini? Kata markas, tapi macam rumah hantu sahaja aku tengok,” kata Wilda sambil menggosok-gosok lengannya yang agak kesejukan.

Riz hanya diam. Jaket yang dipakainya dibuka dan disarungkan di belakang badan Wilda. ‘Pakailah ini, malam ini agak sejuk, aku tak nak bertanggungjawab kalau kau demam nanti,” kata Riz tanpa menoleh ke arah Wilda. Wilda mendengus kecil tetapi dia tidak lupa berterima kasih walaupun tidak bersahut.

Riz berjalan ke arah pintu stor tersebut. Sebuah kotak seperti kotak peti surat yang terletak di sebelah kanan pintu dibuka. Di dalamnya terdapat beberapa punat berwarna-warni, langsung tidak sama dengan keadaan stor yang buruk.
Beberapa punat ditekan dengan laju. Tak lama kemudian, kepulan-kepulan asap putih muncul dari bawah pintu. Bunyi whoosh kedengaran apabila pintu itu terbuka sebaik sahaja Riz selesai memasukkan kod pin khas.

Riz tidak membuang masa, Tangan Wilda direntap dan mereka segera masuk ke dalam tanpa menunggu ia terbuka sepenuhnya. Wilda ingin memarahi perbuatan Riz itu tapi segera dipendam kerana tahu Riz pasti tidak mahu mendengar. Sebaik berada di dalam, Wilda merasakan ruang di dalamnya agak kecil daripada apa yang dilihatnya ketika berada di luar tadi. Apa yang berlaku selepas itu melenyapkan semua persoalan tadi.

Sumpah! Dia sangat pasti sekali! Stor ini sedang bergerak. Tapi bukan ke depan, ke belakang atau ke tepi, sebaliknya ke bawah! Perasaannya sama seperti sedang menggunakan lif untuk turun. Alamak, apa yang terjadi ini? Cemas hati Wilda jadinya.

Riz seakan-akan memahami apa yang tersirat di hati Wilda tetapi dia tetap memilih untuk diam.

Akhirnya penantian yang sangat menyesakkan dada berakhir. Keadaan sekeliling seakan-akan terhenti.


Satu garis cahaya tiba-tiba muncul di hadapan mereka. Wilda menutup sedikit matanya dengan tangan kerana kilauan cahaya yang terlalu terang dan menyilaukan. Buat pening kepala sahaja.Masakan tidak, keadaan yang gelap tiba-tiba sahaja terang.


Cahaya tersebut semakin melebar dan akhirnya membentuk sebuah pintu. Mata Wilda sudah boleh melihat dengan baik. Cahaya tadi sudah tidak terlalu menyilaukan. Melihat Riz yang sudah melangkah ke pintu, Wilda terus membuntuti langkah jejaka tersebut.


Bilik tersebut diterokanya. Mindanya seakan tidak mahu mempercayainya. Jelas di mata Wilda dekorasi bilik itu jelas tampak begitu futuristik dengan komputer berkuasa tinggi berada di mana-mana. Di tengah-tengah bilik itu, terdapat sebuah meja yang memaparkan imej 3-dimensi.


Baru sahaja dia ingin melihat dengan lebih teliti, tangan Riz segera menghadang. Wilda terpaksa brek mengejut. Wilda ingin berkata sesuatu tetapi terdiam apabila 3 lampu spotlight terbuka dan menerangi 3 sudut meja tersebut. Di bawah sinaran lampu sorot, jelas kelihatan 3 orang manusia berpakaian hitam tetapi punya asas design baju yang hampir sama dengan pakaian Riz iaitu jaket kulit hitam dengan hembusan api biru yang dihembus seekor naga salju yang berada di bahagian belakang jaket tersebut. Cuma bezanya adalah bentuk hembusan api tersebut.


"Riz, kau masih tak berubah. Suka bertindak sendiri. Dan gadis ini, siapa pula kau bawa balik?Walaupun kau ketua, tidak bermakna kau boleh bertindak sesuka hati. Riz, ini misi penting!" kata seorang gadis berambut hitam pekat panjang mencecah bahu. Hembusan api pada jaketnya berbentuk lingkaran seperti lambang Konoha dalam siri anime Naruto.

Riz tersenyum sinis, menambahkan lagi rasa sakit hati gadis tersebut.

" Rilekslah Maya, sebelum kau mula membebel lebih lama, biar perkenalkan dulu gadis di sebelah aku ini. Kenalkan ini Wilda, gadis yang diburu Siren atau lebih tepat,mungkin sekali Lord Darien sendiri!" Kata Riz dengan bangga, walaupun tidak tahulah apa yang sebenarnya dibanggakan.

Wilda menunduk. malu ditenung sebegitu tajam oleh kesemua 4 pasang mata yang berada di situ. Macam pesalah sahaja.

"Kenapa pandang macam nak telan? Dan lagi, siapa Lord Darien itu? Nama Siren pernahlah dengar," tanya Wilda, sambil memberanikan diri memandang ketiga-tiga orang asing di hadapannya.

Tepat di hadapan aku ini rasanya gadis yang dipanggil Maya. Di sebelah kirinya pula ada seorang lelaki berambut perang dengan bentuk hembusannya berbentuk seperti awan manakala di sebelah kanan pula seorang lagi jejaka barambut hitam dengan sedikit keperangan dan bercermin mata. Hembusannya membentuk daun, getus hati Wilda, matanya merenung satu-persatu manusia di hadapannya.

Suara lunak gadis bernama Maya itu memecahkan lamunan Wilda.

"Maaflah dah mengejutkan kamu. Salahkan Riz, siapa suruh dia tiba-tiba bawa manusia selain kami ke sini? Tentulah kami terkejut. By the way, saya Maya. Mamat blonde ini Louise dan yang bercermin mata itu pula, Eizzat. Selamat berkenalan." Kata Maya seraya menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan. Hulurannya bersambut

" Sekarang, boleh tak sesiapa ceritakan pada saya apa sebenarnya yang dah berlaku ini? Lord Darien? Siren? Siapa mereka? Kenapa mereka cari saya? " Tanya Wilda bertubi-tubi kerana tertekan dengan persoalan-persoalan yang menyesakkan dadanya.



Maya memandang Riz, meminta kepastian. Riz memberi isyarat mengizinkan Maya meneruskan niatnya. Riz meminta diri dengan alasan letih lantas segera masuk ke dalam biliknya. Kesemua mata ralit mengikuti langkah Riz sehinggalah pintu tertutup.

"Memandangkan kau dah sampai sini, Biarlah aku cerita dari mula. Tapi dengan syarat, benda ini wajib dirahsiakan," kata Maya memulakan mukaddimah. Louise dan Eizzat sudah kembali ke meja kerja masing-masing. Wilda mengangguk setuju.

Maya mengajak Wilda ke biliknya yang berada bertentangan dengan bilik Riz. Wilda dipersilakan duduk di atas katilnya sementara Maya mengambil sebuah kerusi dan diletakkan di hadapan Wilda.

"Baiklah, rasanya kita mula dari negara asal kami, atau lebih tepat lagi zaman asal kami iaitu 100 tahun dari sekarang di sebuah kerajaan bernama Kerajaan Mayazari,"

1 comments:

Anonymous said...

best3 ^_^ bila nak masuk n3 bru? :)



tiqah