Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Friday, November 18, 2011

Revenge 11 : The Four (part 2)


Revenge 11 : The Four (part 2)
Vanessa melangkah menaiki tangga ke bilik Diamond dengan berhati-hati. Dia bersembunyi apabila melihat ada penjaga yang berkawal di situ. Setelah kelibat penjaga tersebut hilang dari pandangan. Vanessa masuk ke dalam bilik Diamond 2. Dia mencari-cari wajah The Four. Setelah lebih kurang 30 minit mencari, akhirnya Vanessa dapat juga mencari Julie. Orang pertama yang akan kena dengannya.

Vanessa menabur serbuk kristal yang telah dijampi ke atas tubuh Julie. Setelah melihat tindak balas yang diingini dia pergi mencari ahli-ahli The Four yang lain. Carrel merupakan ahli The Four yang ke-2 ditemui. Dia melakukan perkara yang sama ke atas Carrel sepertimana dia lakukan ke atas Julie. Ginny dan Jessy turut mendapatnya sekali. Setelah berpuas hati dengan apa yang dilakukan, Vanessa dengan berhati-hati keluar dari bilik Diamond.

Dia hampir-hampir kena tangkap apabila penjaga tersebut menyuluh lampu di tempatnya. Selamat dia cepat-cepat menunduk. Kalau tidak, sudah lama dia kantoi. Setelah pasti semuanya kembali selamat, Vanessa menuruni tangga ke biliknya. Dia melelapkn mata dengan tenang sekali. Dia sudah tidak sabar menunggu hari esok. Hari yang pasti menggembirakan semua warga Silvery School kecuali ahli-ahli The Four! Hari yang menarik tentunya!

*****

“Aaaaaaaaa..........................” Bunyi jeritan jelas kedengaran.

Vanessa terjaga begitu juga ahli bilik Topaz. Mereka terdengar bunyi jeritan bergema. Tetapi mereka tidak tahu dari mana. Vanessa menguap kecil. Dia menggosok-gosok lehernya sebelum berlalu ke bilik mandi. Suara jeritan yang di dengari tadi tidak diendahkan. Setelah siap berpakaian sukan. Dia duduk di ruang tamu bilik Topaz.

Monica dan Tiara masih lagi bersiap di dalam bilik. Vanessa menyelak buku cerita yang berada di tangannya. Dia menyanyi kecil mengikut alunan lagu yang dipasang sebelum duduk di sofa. Di dalam kepalanya, dia tidak sabar melihat apa yang bakal The Four lakukan. Magis tersebut susah hendak dihilangkan kecuali mereka melakukan sesuatu. Sesuatu yang akan membuat mereka malu seumur hidup!

Sedang asyik Vanessa merenung buku di hadapannya, bahunya ditepuk. Vanessa angkat muka. Monica dan Tiara berdiri di tepinya. “Jom pergi dewan makan.” Tiara mengajak. Vanessa angguk kepala. Hari ini merupakan hari cuti dan pelajar wajib bersukan pada hari ini. Semua pelajar kecuali yang sakit hendaklah bersukan.

“Mereka menuruni tangga satu per satu. Semasa mereka sampai di dewan makan, semua kerusi kosong. Vanessa naik hairan. Selalunya pukul 7.30 pagi, mesti kerusi semua sudah penuh. Monica dan Tiara turut berasa hairan.

“Budak-budak bilik Topaz masa kau orang keluar bilik, dia orang tengah buat apa? Melingkar?” Vanessa bertanya. Mereka sekarang berada di meja makan Topaz.

“Taklah, mereka sibuk bercerita tentang jeritan yang bergema. Aku peliklah siapalah gerangan yang menjerit bagai nak rak pagi-pagi buta ni. Nak kata lambat bangun? Tak mungkin. Baru pukul 7 pagi waktu dia menjerit. Entah-entah kena sampuk dengan hantu.” Monica membuat teori sendiri. Vanessa tersengih. Kalaulah kawannya tahu siapa yang menjerit dan apa yang membuat orang tersebut menjerit, gerenti kawannya tergelak terbahak-bahak.

“Wei, jomlah naik atas balik. Bosanlah. 15 minit kita tunggu, tak ada orang yang turun-turun. ” Tiara bersuara. Dia mengeluh perlahan. Vanessa pandang Monica. Monica tayang muka bosan. Akhir sekali, mereka naik atas balik. Ketika mereka naik atas, mereka lihat Puan Taylor sedang menyelongkar bilik Topaz. Vanessa, Monica dan Tiara hairan. Mereka melangkah masuk dengan senyap. Vanessa mencuit bahu Bella. Bella kerut dahi. Vanessa memuncungkan bibirnya ke arah Puan Taylor. Bella memandang tempat yang ditunjuk oleh Vanessa.

“Puan Taylor tengah selongkar bilik ni. Ada orang buat dajal dekat The Four. Itu yang Puan Taylor kata. Aku pun tak tahu sangat,” Bella membisik di telinga kanan Vanessa. Vanessa ketap bibir.

“Macam mana cikgu Taylor boleh tahu?Eh, sekejap. Bukan ke The Four tu belajar magis hitam. Mesti The Four murid kesayangan Puan Taylor. Cepat aje nak mengadu dekat Puan Taylor. Like a child!” Cemuh Vanessa di dalam hati.

Selesai sahaja Puan Taylor menyelongkar bilik Topaz dia berdiri di tengah-tengah bilik Topaz dan memandang muka yang berada di situ. “Pukul 8.30 pagi semua orang pergi ke padang. Makanan tidak akan disiapkan pada pagi ini. Mandi cepat!” Sejurus berkata demikian, Puan Taylor keluar dari bilik Topaz. Vanessa mencebik, begitu juga Monica dan Tiara.

“Wei Monica, Tiara. Kau orang ambil magis hitam kan. The Four tu ambil magis hitam waktu petang eh?” Vanessa bertanya kepada Monica dan Tiara.

Tiara dan Monica berpandangan sebelum angguk kepala, “Kita orang rasalah. Sebab waktu pagi tak ada pula kita orang nampak The Four. Mesti dia ambil waktu petang.” Balas Monica.

“Aku rasakan, The Four tu mesti murid kesayangan Puan Taylor.” Tiba-tiba, Bella mencelah. Tiara, Monica dan Vanessa tersentak. Entah bila Bella berada di situ, mereka tidak perasan.

“Aku pun rasa macam tu juga.” Vanessa mengakui kata-kata Bella.

“Aku pun!” Monica dan Tiara berkata serentak.

“Eh Bella, kau dah mandi ke? Pukul 8.30 turun padang. Dah tu makanan langsung tidak disediakan. Entah apa-apa cikgu ni.” Monica bertanya kepada Bella. Dalam pada masa yang sama dia merungut kecil. Bella yang mendengar pertanyaan Monica terus berlari masuk ke bilik mandi.

Tiba-tiba, perut Monica berbunyi minta diisi. Melihat keadaan itu, Vanessa berjalan ke arah katilnya. Dia menarik beg pakaian keluar dari almari sebelum mengeluarkan setin biskut yang mempunyai pelbagai rasa. Monica dan Tiara yang ternampak tin biskut tersebut, meluru ke arah Vanessa. Vanessa mengeluarkan satu tin lagi biskut seperti itu dan memberikannya kepada ahli-ahli bilik Topaz yang lain. Mereka berasa lega apabila dapat mengisi perut mereka walaupun dengan biskut. Vanessa tersenyum melihat ahli-ahli bilik Topaz makan dengan gembira.

p/s : Hope enjoy.. Still ada satu part lagi untuk bab 11. ^^

0 comments: