Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Wednesday, March 10, 2010

FANTASIA CHRONICLE BAB 5 : RAMALAN


FANTASIA CHRONICLE
BAB 5 : RAMALAN 


Baqquizt Sehtora Ami
“Dengarkanlah Suara Cahaya”
Baquil Ei Terria Sentia
“Menangis Di Pohon Kehidupan”
Sywiil Paq Maqti Ei Mazpi 
“Segalanya akan Terjawab Di Sana”
Sywi Kallia Ahul Mahhi
“Segala Rahsia Tentang Dirimu”
            Seluruh padang latihan Seltoyu bergema dengan Mantra yang dihasilkan oleh The Book Of Ancient Genesis. Sylina pula mula melihat imej – imej yang tidak pernah dilihatnya seolah – olah buku tersebut cuba memasukkan memori – memori sejarah yang tertulis di setiap kepingan mukasurat buku Kristal itu.

            Selepas lebih kurang 10 minit, kepingan mukasurat buku Kristal itu mula berhenti berpusing dan tersusun semula seperti sedia kala. Sylina pula tidak berganjak meyebabkan Ayah Abel dan Yue bergegas ke arahnya dan cuba menenangkan Sylina manakala Elder Velip pula mengarahkan semua pelatih pergi ke dewan besar diiringi oleh guru pembimbing. “Apa yang berlaku tadi, Tuan Abel”. Tanya Yue. “Nampaknya The Book Of Ancient Genesis telah memasukkan segala sejarah dan memori Ancient ke dalam minda Sylina, harap Sylina dapat menerimanya, jika tidak”. Kata Ayah Abel terhenti.

“Jika tidak apa yang akan berlaku, Tuan Abel”. Tanya Yue berdebar – debar. “Jika tidak minda Sylina mungkin akan menjadi tidak menentu atau bahasa lebih mudah gila”. Celah Elder Velip. “Elder benarkan saya guna Raquinicon (Healing Rune) ini pasti membantu Sylina”. Kata Yue. “Saya tidak benarkan, lagipun kamu bukannya dilatih untuk sihir pemulihan, biar saya gunakan Azuhuria (Divine Touch) mungkin ia dapat membatalkan kesan petrifaction ini”. Bantah Elder Velip. “tidak kisahlah apa cara  yang digunakan, asalkan Sylina sedar”. jerit Abel sambil membeliakkan matanya menahan kemarahan.

“Azuhuria…!” jerit Elder Velip. Dengan serta – merta satu cahaya yang terang meliputi badan Sylina dan hilang pelahan – lahan. Tidak lama kemudian Sylina tersedar dan seakan – akan hilang ingatan sekejap. “kamu tidak apa – apa Sylina,” Tanya Ayah Abel. “Tidak ada apa – apa cuma kepala saya berasa pening seolah – olah baru membaca 1000 buah buku dalam masa 1 minit”. Balas Sylina sambil memicit – micit kepalanya. “Baguslah kamu selamat, tadi bukan main risau Yue melihat kamu”. Kata Elder Velip sambil mengusik Yue yang mukanya mula kemerah – merahan menahan malu.

“Tadi tidak salah saya, Mantra yang keluar dari Book Of Ancient Genesis itu dalam bahasa Avion, bahasa Kaum Ange, ini sesuatu yang unik bagi saya”. Sambung Elde Velip lagi. “Apa yang unik Elder Velip”. Kata Yue kehairanan. “Nampaknya kamu sudah lupa dengan Sejarah Fantasia, Yue, Kaum Ange merupakan bangsa kedua yang telah lama hidup di Fantasia selepas Ancient, dan mereka merupakan bangsa yang amat mementingkan keagamaan dan mengasaskan Agama Trinity Of Solace, yang menjadi ikutan berbilion bangsa di Fantasia, berbeza dengan Ancient yang begitu hebat dengan teknologi Kristal mereka dan mampu merekodkan segala ilmu pengetahuan mereka yang tiada batasan di dalam Kristal, jadi bagaimana Mantra yang menggunakan bahasa Avion berada di dalam Buku Kristal yang merekodkan sejarah Ancient?”. Katanya lagi.

“Mudah sahaja jawapannya, untuk memberi petunjuk kepada saya supaya pergi ke Aviala, Dunia Asal Ange, itulah yang diberitahu oleh Book Of Ancient Genesis kepada saya, saya akan menemui jawapannya di sana, di Pohon Kehidupan”. Kata Sylina dengan yakin. “Kamu ingin ke Aviala, gunakan Speed Shuttle Ayah, Wispseer, kamu akan sampai ke sana dengan lebih pantas dari shuttle biasa”. Kata Ayah Abel sambil memegang kedua – dua tangan Sylina. “Dan bawa buku ini bersama – sama kamu, ia hak kamu”. Sambungnya lagi dan memberikan Sylina The Book Of Ancient Genesis.

“Bahaya untuk kamu mengembara ke angkasa berseorangan Sylina, Saya membenarkan Yue mengikut kamu kerana memang menjadi tradisi untuk seorang Summoner mempunyai seorang pelindung yang dapat melindungi mereka ketika melakukan Summoning, kerana ketika kamu melakukan Summoning di luar Seltoyu, tenaga jiwa akan digunakan lebih dari biasa menyebabkan badan kamu menjadi lemah, kamu tahu bukan undang – undang itu, lagipun Yue merupakan guru pertahanan diri dan pakar pedang, jadi kamu akan selamat”. Kata Elder Velip sambil menarik Yue ke hadapan Sylina.

“Harap kamu selesa dengan saya Sylina”. Kata Yue sambil tersenyum. “Kalau begitu, Jangan berlengah lagi, kemas semua barang – barang  keperluan kamu dan kita akan bertolak ke Aviala dalam masa sejam”. Kata Sylina. “Baiklah Sylina, jumpa kamu di Seltoyu Shuttle Spaceport nanti”. Balas Yue.

“Ternyata Sylina sudah besar, dan kamu sudah melatihnya dengan baik, Elder Velip”. Kata Abel sambil memandang Elder Velip. “Kamu juga telah menjaganya dengan baik, Abel, dan ternyata dia bukan sebarangan orang”. Balas Elder Velip dan memandang Sylina yang bergegas menaiki tangga untuk ke biliknya.

 Satu jam kemudian di Seltoyu Shuttle Spaceport, Sylina dan Yue bersiap – siap untuk ke Aviala, segala peralatan dipastikan berfungsi dan berada didalam keadaan yang baik. “Baiklah Ayah, semua peralatan elok dan doakan saya selamat sampai”. Kata Sylina kepada Ayah Abel dengan mengunakan alat komunikasi WispSeer. “Baiklah, Kamu mesti berhati – hati di dalam perjalanan”. Balas Ayah Abel.

Kemudian siren berbunyi dan pembesar suara berbunyi, “sila kosongkan lapangan, Shuttle WispSeer akan berlepas di dalam masa 1 minit lagi, diulangi, Shuttle WispSeer akan berlepas dalam masa 1 minit lagi, kerjasama anda amat dihargai”. “Kiraan akan bermula dari 10 saat, 10,9,8,7,6,5,4,3,2,1 Shuttle Berlepas”. WispSeer Dengan pantas meluncur di landasan dan terbang membelah awan meninggalkan satu garisan asap sebelum hilang dari pandangan semua orang di Spaceport.

“Semoga Ami (Cahaya) dan Tenaga Kehidupan Bersamamu, Sylina”. Kata Elder Velip memandang WispSeer yang pelahan – lahan hilang di pemandangannya itu.

Sementara itu WispSeer yang berada di luar Atmosfera Seltoyu mula mengaktifkan sistem kawalannya, “Kawalan Manual diaktifkan, penstabil graviti dihidupkan, terima kasih kerana menggunakan WispSeer, Saya EVA, Artificial Intelligent atau AI yang mengawal Shuttle ini, apa yang boleh saya bantu”. Kata EVA melalui monitor komunikasi Shuttle. “EVA, tetapkan koordinat perjalanan ke Aviala, gunakan Worm Hole Generator ataupun Space Warp sebab sya perlu segera ke sana”. Balas Sylina. “Baiklah, Koordinat telah ditetapkan, Sila pakai tali pinggang keselamatan dan pastikan ia dipasang dengan betul, maaf jika perjalanan agak kasar atau tidak selesa”. Kata EVA lagi. “Space Warp Generator dihidupkan, bersedia untuk menerima Impak Quantum”. Sambungnya lagi.

Serta – merta, Seluruh badan Shuttle mengeluarkan cahaya dan memecut pantas membelah angkasa. Sylina sempat menoleh ke belakang melihat Seltoyu yang makin mengecil, dan berharap dia mampu mengetahui lagi asal usulnya dan strategi yang dapat membantu menyelamatkan adiknya.

Sementara itu, Di Opuz Maharaja Glatiun memerhatikan segala gerak geri Sylina tanpa disedarinya melalui Cymen, Bebola Kristal Sihir Terlarang. “Bagus, pergilah ke Avalia, Di sana kamu akan membantu aku mengetahui bagaimana Daimion dikurung, supaya aku dapat melepaskannya, hahahaha!”. Katanya sambil melihat Aylina yang semakin lemah dipengaruhi Elperin (Dark Soul). “Sylina, semoga Cahaya melindungimu”. Bisik hati Aylina melihat Mahraja Glatiun yang sedang leka ketawa itu.

>>>>>BERSAMBUNG<<<<<

…………………………………………………………………………
,Apa yang akan menunggu Sylina di Aviala, dan apakah rancangan jahat yang akan diatur oleh Maharaja Glatiun untuk Sylina di Avalia..?
…………………………………………………………………………
Cerita Fantasia Chronicle akan berehat sebentar dan untuk menghiburkan hati anda, Wonderwiess akan Postkan Fantasia Chronicle Behind The Character… yang akan ceritakan segalanya tentang karakter yang telah wujud dan akan wujud di Fantasia Chronicle.
……………………………………………………………………………
Segala maklumbalas dan komen membina dihargai

Saturday, March 6, 2010

FANTASIA CHRONICLE BAB 4 : RAHSIA


FANTASIA CHRONICLE
BAB 4 : RAHSIA
            “Kenapa saya, Ayah Abel”. Kata Sylina sambil menerima buku tersebut. “Kenapa? Nampaknya  Ayah sudah tidak mampu untuk menyimpan rahsia ini lagi, lagipun kamu sudah besar dan mampu untuk berfikir, sebenarnya Sylina kamu dan kembarmu adalah bangsa Ancient yang terakhir”. Kata Ayah Abel dengan nada pelahan.
            “Apa! Ancient! tidak mungkin Ayah, sebab Bangsa Ancient sudah pupus 100 tahun dahulu di Opuz semasa Perang Besar Pertama”. Balas Sylina kehairanan.
            “Betul apa yang kamu katakan itu, tetapi biar Ayah ceritakan hal yang sebenarnya, supaya kamu lebih faham”. Kata Ayah Abel sambil mencari tempat yang selesa untuk menceritakan rahsia yang disimpannya selama 20 tahun dari Sylina. Elder Velip dan Yue pada mulanya tidak ingin menganggu perbualan Sylina dengan Ayah Abel tetapi setelah dipaksa oleh Sylina supaya menemaninya, mereka berdua mengaku kalah dan menemani Sylina.
            “20 tahun dahulu, Ayah telah menjalankan ekspedisi dan kajian arkeologi di Lembah Harme di Mylidia, bulan utama di Opuz, Kami menemui kompleks kuil Ancient terbesar di sana dan mula mencari gali artifak – artifak sejarah, pada mulanya pasukan ekspedisi kami menemui artifak yang biasa – biasa sahaja sehinggalah pada suatu hari”. Kata Ayah Abel berhenti seketika. “Sehingga apa, Ayah”. Kata Sylina dengan nada suara yang rendah.
            “Sehinggalah Ayah dengan tidak sengaja menemui sebuah bilik rahsia di tinggalan kuil tersebut”. Sambungnya selepas senyap seketika. “Didalam bilik tersebut keadaan sekelilingnya sangat tenang, dipenuhi dengan rumput dan tumbuh – tumbuhan yang tidak pernah ayah lihat, dan ada sebutir Kristal yang terapung dan berputar di tengah – tengah bilik, Kristal itu menarik perhatian Ayah, Sylina”. Kata Ayah Abel sambil memandang tepat mata Sylina yang kebiruan sambil tersenyum. “Kenapa, Ayah”. Kata Sylina seperti budak kecil yang ternanti – nanti apa kesudahan cerita waktu tidur yang didengarinya.


“Ada dua orang bayi didalamnya, Sylina, dan bayi itu kamu dan adikmu Aylina, saling berdakapan, sungguh comel dan membuatkan Ayah terpegun seketika”. Kata Ayah Abel sambil terbatuk – batuk kecil. “Ayah kemudian menghampiri Kristal itu dan cuba untuk menyentuhnya, belum sempat Ayah berbuat berbuat demikian, satu cahaya kebiruan yang terang menyinari segenap bilik dan ayah terdengar suara wanita berbisik supaya menjaga kamu dan memberitahu nama kamu berdua serta mengingatkan Ayah supaya merahsiakan tentang penemuan ini dari seluruh penduduk Fantasia terutama Glatia Empire, apabila cahaya itu hilang pelahan – lahan, Ayah nampak kamu berbaring di lantai diselimuti dengan selendang sutera berwarna biru, dan yang paling aneh apabila Ayah mendukung kamu berdua Ayah mendapati kamu berdua memakai loket Kristal hampir serupa yang dipakai oleh Summoner di Seltoyu”. Sambungnya lagi sambil memandang loket Kristal Sylina.
“Jadi, Abel membawa kamu ke sini supaya kamu selamat dari ancaman Glatia Empire dan untuk mendapat kepastian tentang loketmu itu Sylina, setelah memeriksanya kami, Elder telah memberitahu Abel bahawa Kristal di loket kamu itu bukan dari Kristal Agung Seltoyu tetapi dari serpihan Kristal Agung Arc yang berada di Terviana, Dunia Kristal”. Celah Elder Velip. “Oleh itu Ayah serahkan hak penjagaan kamu kepada Elder Velip selepas kamu berusia 10 tahun untuk kamu pelajari kuasa Magik dan Summoning Art di Seltoyu, Sylina, Ayah bukannya ingin meninggalkan kamu berdua tetapi ingin kamu berdua bersedia jika sesuatu yang tidak baik berlaku kepada kamu berdua, dan nampaknya Glatia Empire sudah tahu kewujudan kamu dan menganggap kamu berdua sebagai ancaman terbesar untuk mereka menakluki Fantasia”. Sambung Ayah Abel lagi.
“Begitu rupanya, terima kasih kerana memberitahu asal usul saya, Ayah”. Kata Sylina sambil menarik nafas lega. “Tetapi apa kena – mengena saya dengan The Book Of Ancient Genesis ini, Ayah”. Katanya sambil membelek – belek setiap mukasurat buku Kristal tersebut. “Cuba kamu layangkan Kristal kamu di Buku Kristal itu”. Kata Ayah Abel dengan penuh harapan.
“Baiklah”. Kata Sylina sambil melayangkan loket kristalnya di atas buku Kristal itu. Serentak dengan itu, buku Kristal itu mula terapung dan setiap mukasuratnya terpisah dari ikatannya mula tersusun mengelilingi Sylina. Sylina terkejut manakala Ayah Abel, Elder Velip dan Yue serta orang sekeliling melihatnya dengan perasaan kagum melihat keajaiban itu.

Kemudian seluruh padang latihan itu bergema dengan bacaan Mantra berulang – ulang sebaik sahaja mukasurat buku Kristal itu mula berputar mengelilingi Sylina. Sylina membuka mata dan berdiri kaku dan menantikan tindakan buku Kristal itu seterusnya. Setiap mukasurat buku Kristal itu bercahaya dan mula memancarkan cahaya tepat ke arah mata Sylina.

>>>>>BERSAMBUNG<<<<<
            Nampaknya Sylina sudah tahu siapa dirinya dan The Book Of Ancient Genesis pula sudah mula aktif. Apa yang akan Sylina lalui selepas ini… Bahaya Atau Bahagia?
……………………………………………………………………………………………………………….
Segala maklumbalas dan komen membina dihargai

Tuesday, March 2, 2010

FANTASIA CHRONICLE BAB 3 : SAHABAT


FANTASIA CHRONICLE
BAB 3 : SAHABAT
            Sudah 3 hari Sylina berada di Seltoyu, bermeditasi untuk memperkuatkan minda dan kuasa dalamannya. Tetapi dia tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kerana mindanya diselubungi dengan kerisauan dengan nasib adik kembarnya.
            “Maaf kerana mengganggu, boleh saya masuk”. Kata Yue sambil mengetuk pintu bilik  mematikan lamunan Sylina. “Boleh, Sila masuk”. Balas Sylina. “Apa maksud kedatangan awak ke mari” sambung Sylina lagi. “Elder Velip ingin bertemu kamu di padang latihan, ada hal penting katanya.” Kata Yue.
            “Baiklah”. Sylina membalas sambil mengikat rambutnya. Hatinya tertanya – tanya apa yang ingin diberitahu oleh Elder Velip. Mereka berjalan pelahan – lahan menyusuri koridor Seltoyu Tower sambil melihat pemandangan pagi yang indah dihiasi dengan ketiga tiga bulan Seltoyu menghiasi langit. Mereka kemudian sampai di padang latihan yang dipenuhi dengan pelatih – pelatih Summoner yang memerhatikan Elder Velip.
            “Ethiria…!”  jerit Elder Velip, serta – merta tangannya mengeluarkan kilat berwarna kebiruan dan beliau menunjukkannya ke arah arah patung latihan di tengah – tengah padang. Kilat tersebut segera menyambar patung tersebut dan patung itu melambung ke langit meletup. Sylina dan pelatih yang hadir berasa kagum dengan kehebatan Elder Velip.
“Jadi kamu semua sudah melihat kehebatan Ethiria, dan saya mahu kamu berlatih hikmat ini, tapi pada patung latihan, bukan ke kawan – kawan kamu”. Jelas Elder Velip lagi. “hmmm… Sampai pun kamu ke sini Sylina, ada sahabat lama ingin bertemumu, dan kamu pasti suka melihatnya”. Kata Elder Velip sambil tersenyum dan menunjukkan ke satu sudut di padang latihan itu.
Sylina berpaling ke arah yang ditunjukkan oleh Elder Velip. Mengamatinya lelaki di sudut itu dengan pandangan yang tajam dan kemudian tersenyum, Kemudian berlari – lari anak memeluk lelaki lewat 60 – an itu. 
“Ayah Abel, tak sangka dapat bertemu di sini, bukankah Ayah di Zento, mengkaji peninggalan sejarah di sana”. Kata Sylina kepada lelaki yang dipanggilnya Ayah Abel itu. “Memang betul, tapi ada sesuatu yang ingin Ayah tunjukkan kepada kamu, hasil  terbaru dari kajian arkeologi Ayah di Zento dan Ayah pasti ia akan menarik perhatian kamu “. Kata Ayah Abel sambil tersenyum.
Ayah Abel atau Abellion Von Arcocia merupakan pakar Sejarah dan pakar arkeologi terkenal di Fantasia. Setiap ekspedisi arkeologi yang dilakukannya pasti akan memberikan hasil penemuan baru yang menakjubkan menyebabkan beliau diberikan Anugerah Tertinggi Alliance kerana kecemerlangannya  dan sumbangannya terhadap Alliance. Beliau juga merupakan ayah angkat kepada Sylina dan Aylina, menjaga mereka dengan penuh kasih sayang tetapi terpaksa memberikan hak penjagaan mereka kepada Elder Velip di Seltoyu Tower kerana sibuk dengan tugas namun tetap melawat pasangan kembar tersebut.
Ayah Abel mengeluarkan sesuatu dari beg galasnya. Suatu bungkusan berbalut, sambil menepuk debu yang melekat di bungkusan itu, Ayah Abel meleraikan ikatan bungkusan itu dan menunjukkan apa yang berada didalamnya. Sylina, Yue dan Elder Velip terpegun melihat isi bungkusan itu, sebuah buku yang diukir dari Kristal, di mana setiap helai mukasuratnya rata tetapi menunjukkan heliograph yang bersinar – sinar kebiru - biruan, satu karya seni yang sangat halus yang sukar untuk dibuat walaupun dengan teknologi termoden di Alliance.
“Adakah ini, The Book Of Ancient Genesis, Ayah Abel”. Kata Sylina dengan keadaan yang tergamam. “ Hahaha… kenapa Sylina, tidak percaya apa yang kamu lihat, ya, inilah The Book Of Ancient Genesis yang mencatat sejarah bangsa Ancient, leluhur yang mengasaskan 4 kerajaan utama di Fantasia. “Ayah tidak dapat menterjemahkannya kerana tiada siapa lagi yang mahir membaca bahasa Ancient di Alliance dan jika Glatia Empire tahu buku ini wujud, kamu tahu apa akibatnya bukan. Jadi Ayah membawanya ke sini untuk keselamatannya dan untuk kamu memterjemahkannya”. Kata Ayah Abel sambil menghulurkan buku itu kepada Sylina. “Saya terjemahkan? Ayah Abel”. Kata Sylina terkejut. “Kamu boleh, percayalah”. Kata Ayah Abel lagi ketawa kecil sambil melihat Sylina yang mula mengelabah itu.
>>>>>BERSAMBUNG<<<<<
Kenapa Ayah Abel fikir hanya Sylina sahaja dapat menterjemahkannya, Sudahlah kusut Sylina nak memikirkan cara hendak selamatkan adik kembarnya, ini pula disuruh menterjemahkan bahasa Ancient yang sudah pupus. Tunggu…
………………………………………………………………………………………




Segala maklumbalas dan komen membina dihargai







Friday, January 22, 2010

FANTASIA CHRONICLE BAB 2 part 2 : PETANDA

FANTASIA CHRONICLE

BAB 2 part 2 : PETANDA

           “Selamat Kembali Sylina, Kami sudah lama menunggu kepulanganmu,” Kata semua 12 Elder Summoner sambil Chamber itu diterangi cahaya pelahan – lahan. “Kamu mesti ingin mengetahui kebenaran tentang kehilangan adikmu bukan, kami juga dapat mengesan tenaga jiwanya yang lemah di Opuz tetapi tidak dapat berhubung dengannya secara telepati,” jelasnya lagi. “Kalau begitu izinkan saya menggunakan Kristal Agung, wahai Elder yang bijaksana,” rayu Sylina.

             “Bukan kami tidak izinkan kamu gunakan Kristal Agung, tetapi kuasanya begitu hebat sehingga ia terpaksa dikunci di puncak menara ini, kami takut jika kamu tidak mampu menanggung kuasanya.” Jelas Elder Velip, Ketua Elder Council itu. “Saya sanggup menerima apa sahaja akibatnya asalkan dapat menemui kembarku yang lama menghilang ini.” Balas Sylina dengan nada yakin. “Baiklah, jika kamu sanggup menanggung beban ini, Kami akan menyeru Kristal Agung ke Chamber ini, dan bersedialah untuk bersatu dengannya, kerana dengan penyatuan tersebut kamu akan dapat merasai semua tenaga jiwa dari semua mahluk hidup di seluruh alam ini.” Terang Elder Velip lagi. “Jika kamu sudah bersedia, kami akan menyerunya sekarang.” Tanya Elder Velip kepada Sylina. “Saya memang sudah lama bersedia,” Balas Sylina.

            “Kalau begitu, kami menyerunya sekarang.” Kata semua Elder serentak sambil mula bertakafur. Tidak lama kemudian, muncul Kristal Agung yang bersinar menerangi seluruh Council Chamber itu. Sylina terpegun dengan keindahan cahaya yang dipancarkan oleh Kristal itu. “Sekarang melangkah ke hadapan Kristal Agung dan terimalah cahayanya serta bersatulah dengannya.” kata Elder Velip. Sylina melangkah ke hadapan dengan penuh yakin dan memejam matanya. Kristal itu tiba – tiba memancarkan cahaya bewarna biru ke arah Sylina, dan pelahan – lahan Sylina terapung serta badannya menjadi lutsinar, kebiru – biruan seperti warna Kristal Agung itu.



          “Jangan takut, wahai Sylina, Bukalah matamu itu.” Bisik suara misteri di telinga Sylina. Sylina membuka matanya dengan perasaan ingin mengetahui suara siapa yang berbisik kepadanya itu. Sylina terkejut kerana dia bukan berada lagi di dalam Council Chamber sebaliknya dia berdiri di tengah – tengah lautan yang tiada berpenghujung, dimana langitnya dihiasi dengan bintang berwarna biru dan cahaya biru seperti kelip – kelip berterbangan bebas di udara sambil mengelilinginya.

          “Sylina, selamat datang ke Terviana, Dimensi yang berada di dalam Kristal Agung.” Kata seorang wanita yang cantik yang terapung sambil bermain dengan Harp gergasi yang diperbuat dari Kristal. “Saya Siren, Servitor kepada Kristal Agung dan saya akan tunjukkan awak jalan untuk menemui – Nya.” Katanya lagi secara telepati.



            “Ayuh… mari saya tunjukkan jalannya, jangan takut di sini gravitinya rendah dan kamu tidak akan tenggelam di lautan ini, malah kamu boleh terbang.” Jelasnya lagi apabila melihat Sylina teragak – agak untuk melangkah terbang mengikutinya. “ Pasio, Nantera, mari bantu tetamu ini.” Seru Siren. “Baik…” muncul dua ekor anak singa bersayap yang comel entah dari mana dan membantu Sylina untuk terbang mengikuti Siren. “Terima kasih, saya tidak biasa terbang di tempat saya, ini merupakan pengalaman yang pertama dan menarik.” Jelas Sylina.

             “Tidak mengapa kak, oh ya, kakak kenapa ingin bertemu dengan Kristal Agung.” Kata anak singa yang berwarna hitam dengan perasaan ingin tahu. “Ish kamu ni, Pasio, tidak sopan menanya soalan sebegitu kepada tetamu yang baru sampai.” Marah anak singa berwarna putih yang memegang tangan kanan Sylina. “Tak mengapa, jadi kalau itu Pasio, yang ini mesti Nantera bukan, Saya ingin menemui Kristal Agung untuk mengetahui nasib adik kembarku yang hilang sejak 3 tahun lepas.” Jelas Sylina. “ Kalau begitu kakak tak perlu risau, Kristal Agung pasti akan membantu kakak, Kan ia merupakan asas bagi alam semesta ini.” Jelas Pasio sambil terbang mengelilingi Sylina.

          “Kita sudah sampai.” Kata Siren. “Mana Kristalnya, yang dapat saya lihat hanyalah awan.” Kata Sylina kehairanan. “Jangan biarkan mata kamu menipu kamu, Baiklah tunggu sebentar dan kamu akan lihat kebenarannya.” Kata Siren lagi dan mula memainkan Harpnya. Alunan Harp Siren yang merdu beralun lembut dan pelahan – lahan awan – awan itu mula menghilang dan Sylina terkejut dan kagum melihat apa yang berada di hadapannya.

         Dihadapan Sylina yang padanya mulanya awan yang kebiru – biruan bertukar pemandangan yang indah dimana sebutir Kristal Gergasi terapung – apung dan dikelilingi ngan serpihan Kristal biru berterbangan. “Selamat datang ke Arc, Kristal Agung yang menjadi asas kepada semua kehidupan.” Kata Siren sambil tersenyum. Mereka terbang perlahan – lahan dan mendarat di satu platform Kristal berhampiran dengan Kristal Agung itu. “Mari ke hadapan Sylina,Kristal Agung sedang menunggumu.” Kata Siren lagi.

        Sylina kemudian mara ke hadapan pelahan – lahan dan tiba – tiba satu cahaya biru memancar ke arahnya, dan tiba – tiba ada suara misteri berbisik di telinga Sylina. “Jangan takut Sylina, aku hanya mahu menstabilkan kewujudanmu di duniaku ini.” Jelas suara yang misteri itu. “Jika tidak, kamu akan hilang kewarasanmu kerana tidak tahan dengan apa yang akan Ku berikan kepadamu sebentar lagi.” Terangnya lagi. “Siapa empunya suara ini.” Sylina menanya. “Siapa lagi jika bukan aku Arc, Kristal yang berada di hadapanmu ini, aku berhubung denganmu secara telepati dan aku sudah mengetahui niatmu, sekarang aku ingin mengetahui jika kamu bersedia untuk bersatu denganku dan mengetahui nasib adikmu itu?.” “Aku bersedia dan sanggup menerimanya.” Dengan penuh keyakinan Sylina bersuara.

        Sebaik sahaja Sylina berkata begitu, loket kristalnya bersinar – sinar dan dia mula terapung. Serentak dengan itu, beberapa kepingan Kristal biru berputar mengelilinginya, memancarkan cahaya kebiru – biruan kepada tubuhnya dan Sylina merasakan ada satu tenaga yang kuat mula meresapi tubuhnya. Pelahan – lahan Sylina mula melihat kawasan runtuhan puing – puing kota tamadun lama di Opuz. Dia juga melihat kapal perang Maharaja Glatiun berada di kawasan berhampiran. Kemudian Sylina mula berasa dirinya berada di satu bilik kurungan bawah tanah di runtuhan kota lama itu dan melihat adik kembarnya berada di dalam kesakitan, Separuh badannya diliputi ais yang tebal dan tangannya diikat dengan mantra kegelapan. Sylina melihat Maharaja Glatiun muncul dan ketawa terbahak – bahak melihat keadaan Aylina yang terkurung itu. “Tidak lama lagi aku aku pasti kembarmu itu akan mencarimu dan memang itu yang aku tunggu, aku akan tangkap dia dan lengkaplah segala persiapan untuk aku menyeru Daimion, Daemon kemusnahan yang telah dikurung selama ribuan tahun oleh kaum kau yang busuk itu.” Katanya lagi sambil menarik rambut Aylina dan tersengih.


        “Tingginya angan – anganmu itu Glatiun, kau ingat kau boleh kawal Daimion..?, kau hanyalah tikus dimatanya sahaja, Dia akan bunuh kau sebaik sahaja kau lepaskannya dari Ikatan Maneylo itu.” Jerit Aylina sambil meludah muka Maharaja Glatiun itu. “Kurang ajar, tapi tidak mengapa, tidak lama lagi seluruh galaksi ini akan menjadi milikku, itu janji Daimion kepadaku dan aku akan tuntutnya…,” herdik Maharaja Glatiun sambil mengelap mukanya dan berlalu pergi. Sylina kemudian berasa dirinya ditarik dari tempat itu dan merasa pandangannya makin gelap, serentak dengan itu dia terdengar suara Arc bergema. “ Sylina kau akan tahu mengenai dirimu yang sebenar tidak lama lagi dan sekarang terimalah selendang sutera ini kerana ia akan melindungimu dari pengaruh tenaga gelap Glatiun dan gelang Kristal ini kamu berikan kepada Aylina setelah kamu selamatkannya, dan ingat segala tenaga kehidupan akan senantiasa berada di sisimu.” Terang Arc lagi.

     “Sylina, Sylina, Bangun.” Panggil Yue sambil mengoncang badan Sylina. “Dimana saya.” Kata Sylina kebingungan. “Kamu di bilik rawatan Seltoyu, tadi kamu menerima cahaya dari Kristal Agung dan kamu pengsan di bilik itu, jadi Elder Velip menyuruh saya menghantar kam ke bilik rawatan ini.” Terang Yue lagi. “Dan ini merupakan pemberian Kristal Agung itu kepadamu, ternyata kamu ini istimewa ya.” Kata Yue sambil memberikan Sylina selendang dan gelang Kristal yang kebiru - biruan.

      “Aku sudah mendapat petanda di mana Aylina Dikurung tetapi nampaknya aku terpaksa berehat beberapa hari di Seltoyu untuk memulihkan tenaga dalamanku yang telah digunakan sepenuhnya ketika menerima Cahaya Kristal Agung.” Kata Sylina sambil membelek – belek gelang Kristal itu.

        “Dan aku akan bertemu sahabat lamaku di Cetilda untuk meminta bantuannya ke Opuz dan menyelamatkan Aylina.” Katanya lagi sambil mengenggam erat gelang Kristal pemberian Kristal Agung itu. “Tapi apa yang dimaksudkan oleh Kristal Agung dengan aku akan menemui kebenaran tentang diriku yang sebenar, apa rahsia yang ada pada kembarku dan diriku sehingga Maharaja Glatiun sanggup membangunkan Daimion, yang boleh memusnahkan apa sahaja yang wujud di alam semesta ini.” Bisik hati kecilnya. Yang pasti misteri kehilangan adiknya selama 3 tahun sudah terjawab dan menunggu masa untuk dibongkarkan lagi.

Wednesday, January 13, 2010

Wonderwiess : FANTASIA CHRONICLE BAB 2 part 1 : PETANDA


FANTASIA CHRONICLE
BAB 2 part 1 : PETANDA
            Keadaan pagi di Bandar Capital Selenina sama seperti kebiasaannya, ruang udaranya sesak ngan Sky Shuttle dan pelbagai kapal angkasa yang datang dari seluruh pelusuk galaksi, tiada tanda – tanda kerisauan atas kehilangan Diplomat muda mereka. Semua penduduk melakukan pekerjaan masing – masing, mengejar waktu seolah – olah tiada keesokan harinya.

         Di dalam kesibukan itu, seorang insan sedang bersiap – siap untuk mengembara ke tempat yang jauh, mencari kebenaran atas kehilangan adiknya yang sudah genap 3 tahun menghilang, tanpa jejak dan kesan. “Cik, sudah siap segala kelengkapan yang diperlukan,?” tanya Cypo sambil memberikan kepada Sylina bekas berisi makanan. “Sudah, dan aku akan bertolak ke Seltoyu tidak lama lagi.” Balas Sylina. “Kalau begitu, berhati – hati semasa perjalanan, tiada siapa tahu apa Cik temui dalam perjalan ke sana.” Kata Cypo sambil menjauhi kedudukannya dari Shuttle Senturion milik Sylina itu. “Kamu pun begitu, jaga diri baik – baik ya, selamat tinggal,” Balas Sylina sambil menekan butang hyperdrive Warper Senturion dan terus memecut laju ke luar angkasa Selenina. “Semoga berjaya, Cik,” Jerit Cypo sambil melihat Senturion Sylina pelahan – lahan hilang dari pemandangan mata optiknya.
            Di ruang angkasa, Sylina mula menetapkan koordinat yang ingin dituju, “NOVA, tetapkan koordinat Ke Planet Seltoyu,” kata Sylina sambil menekan butang Anti - Gravity Stabilizer di skrin monitor Senturion. “Baiklah, Cik Sylina, koordinat Planet Seltoyu sudah ditetapkan, pengiraan untuk Space Jumper akan dimulakan dalam masa 10 saat,” balas NOVA, AI yang mengawal sistem navigasi Senturion.
            “1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, Space Jumper bermula,” Balas NOVA lagi. Serentak dengan itu, seluruh badan Shuttle Senturion bersinar – sinar dan keadaan sekeliling seolah – olah berhenti bergerak seketika, dan Senturion memecut laju sepantas kilat membelah angkasa. Sylina pula memejam mata kerana tidak tahan dengan kepantasan Senturion menggunakan sistem Space Jumper itu.
            “Kita sudah sampai di Planet Seltoyu, Cik Sylina,” kata NOVA dari monitor kokpit Senturion. Sylina membuka matanya pelahan – lahan dan melihat planet kelahirannya. “Masih tidak berubah rupa, sudah lama aku tidak melihat kecantikannya sejak aku menjadi Summoner.” Sylina berkata pelahan – lahan sambil menghayati keindahan Planet Seltoyu yang terbentang luas di hadapan matanya.
            “NOVA, Tetapkan koordinat ke Seltoyu Summoner Tower, dan pastikan mendarat dengan baik,” kata Sylina sambil cuba berhubung dengan Seltoyu Summoner Tower tentang kehadirannya. “Baiklah, bersedia untuk menghadapi impak semasa menembusi ruang udara Seltoyu sebentar lagi.” Balas NOVA. Serentak dengan itu, Senturion menjunam laju menembusi ruang udara Seltoyu, seluruh badan Shuttle Senturion membara seolah – olah terbakar dan dari jauh, Shuttle tersebut seperti komet melintasi ruang udara.

              Selepas melintasi lapisan atmosfera Seltoyu, Shuttle itu kemudian berhenti di udara sesaat kemudian menstabilkan kedudukannya dan terus meluncur laju menuju ke Seltoyu Summoner Tower. “Shuttle sudah menghampiri destinasi yang ingin dituju, Sila bertahan dengan pendaratan yang agak kasar sebentar lagi” kata NOVA ketika cuba untuk mendarat di tanah lapang berdekatan dengan Seltoyu Summoner Tower. “Pendaratan berjaya, maaf jika Cik Sylina berasa tidak selesa semasa perjalanan,” kata NOVA sambil membuka ruang kokpit Shuttle. “Tidak mengapa NOVA, asalkan kita selamat tiba di sini sudah mencukupi,” Balas Sylina sambil menuruni Shuttle tersebut.
                                            
            “Cik Sylina, Elder Council sudah menunggu Cik di Council Chamber, Sila ikut saya, oh, hampir saya terlupa, saya Yue, salah satu guru di Tower ini,” sapa seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20 – an semasa Sylina menuruni Shuttle itu. “Baiklah, Balas Sylina. Sepanjang perjalanan ke Council Chamber, Sylina melihat banyak Summoner muda berlatih menggunakan kuasa mereka di padang latihan. Sylina terkejut apabila sekumpulan Summoner cilik meluru ke arahnya dan memeluk erat kakinya. “Kakak, adakah kakak ni kak Sylina,” tanya salah seorang Summoner daripada kumpulan kanak – kanak itu. “Ya, kenapa dengannya adik – adik,” balas Sylina sambil merenung Summoner comel yang menanyakan soalan itu. “kami ingin melihat Anima kakak, kami terdengar kata pakcik – pakcik Elder yang kakak mempunyai Anima yang paling cantik,” katanya lagi sambil tersengih. “Oh begitu, baiklah, tapi kakak perlu minta kebenaran abang di sana itu,” balas Sylina sambil menunjukkan ke arah Yue yang menemaninya itu.
            “Boleh, apa salahnya Cik Sylina, Elder pun mungkin sedang berbincang ketika ini,” balas Yue. “Terima kasih Cikgu Yue,” kata Summoner cilik itu serentak. “Baiklah adik – adik, ke tepi sikit, kakak akan tunjukkan adik – adik, Anima kakak yang paling cantik, ya,” Kata Sylina sambil menyuruh kanak – kanak tersebut berada di luar padang latihan. Summoner lain juga berhenti berlatih dan berkumpul mengelilingi padang tersebut untuk melihat kecantikan Anima Sylina yang dikatakan paling sempurna oleh Elder itu.
           “Bangunlah dari Mimpi Yang Abadi, Yelucia the Crystal Bearer…!” Seru Sylina. Serentak dengan itu, seluruh kawasan itu bertukar menjadi gelap seketika, dan dari tengah – tengah padang itu keluar cahaya putih yang pelahan – lahan bertukar menjadi bentuk wanita berpakaian serba putih yang cantik sambil dikelilingi dengan Crystal orb serta terapung. “Wah, Cantiknya,” kata kanak – kanak itu serentak. “Apa yang boleh saya bantu, Sylina,” Kata Yelucia. “Tiada apa – apa, kanak – kanak ini ingin melihat kamu,” terang Sylina tujuannya menyeru Yelucia. “Kalau begitu, terimalah kepingan kristal ini sebagai hadiah pengenalan,” kata Yelucia sambil memberikan Kristal pelbagai warna dan bentuk kepada kanak – kanak itu. “Terima kasih…!” teriak kanak – kanak itu.
            “Baiklah Yelucia, Kembali…,” Seru Sylina sekali lagi. Serta – merta Yelucia dikelilingi dengan cahaya putih dan hilang dari pemandangan sambil diiringi dengan turunnya salji putih yang bersinar – sinar. “Terima kasih kak, baiklah kami hendak menyimpan Kristal ini di bilik kami, selamat tinggal,” kata kanak – kanak itu berlari sambil melambai – lambai tangannya kepada Sylina. “Comel kanak – kanak ini, terkenang zaman kanak – kanakku semasa berada di sini,” jelas Sylina kepada Yue sambil menuju ke Council Chamber. “Tower ini dah menjadi rumah mereka sejak Perang Besar Averia tamat, mereka semua adalah bakal pelapis bagi Summoner – Summoner yang telah berkorban untuk menyelamatkan Alliance of Cera,” balas Yue. “Jadi mereka ini anak yatim…?” balas Sylina dengan perasaan ingin tahu. “Ya, mereka semua anak yatim, pihak Elder mengambil keputusan untuk menjaga anak – anak Summoner yang terkorban dan melatih mereka menjadi Summoner yang hebat suatu hari nanti, mereka semua berpontensi besar dan kadangkala nakal, sakit kepala dibuatnya.” Jelas Yue sambil ketawa kecil.
            “Nampaknya kita sudah sampai ke Council Chamber, sila masuk Cik Sylina.” Kata Yue sambil membuka pintu Council Chamber itu. “Saya akan menunggu di sini sahaja,” terangnya lagi. “Terima kasih,” balas Sylina sambil menuju masuk ke dalam Chamber itu dengan perasaan berdebar – debar. Pintu Chamber tertutup pelahan – lahan dan suasana Chamber itu gelap dan seolah – olah tiada sesiapa didalamnya. Sylina menuju ke tengah – tengah Chamber dan menunggu apa yang akan terjadi seterusnya.