Rumah Fantasi ditubuhkan pada awal 2010 bertujuan untuk menghimpunkan semua penulis-penulis bergenre fantasi, thriller, sains-fiksyen dan seram. Usaha ini dilakukan untuk meningkatkan martabat penulisan berbentuk seperti ini dan saling berkongsi ilmu dan manfaat bersama. Apa yang diharapkan lebih banyak karya-karya seperti ini lebih mendapat tempat di pasaran buku Malaysia suatu hari nanti. Pengasas Bersama RF : Anita Aruszi, Farah Husain dan Zuliana Abuas.

Friday, September 3, 2010

TWINS - Bab 3


Kara terjaga dari tidurnya. Dia menjerit ketakutan lantas manik-manik jernih gugur dari tubir matanya. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Terjengul kepala mamanya di situ. Segera diterkam mamanya lantas dipeluknya mamanya itu. Kara menangis sepuasnya.

"Kara, kenapa ni sayang?" tanya mamanya. Kara yang masih tersedu-sedu itu segera menjawab, "Mi..mi..mimpi tu la..gi..mama. Ka..ra..takut." Mamanya mengeluh. Dia mengelus rambut anaknya yang satu itu. "Kara, ingat pesan mama. Mimpi tu mainan tidur. Dah, abaikan sahaja mimpi tu. It's not worth it sayang," kata mamanya. Kara hanya terus menangis.

"Sekarang, Kara tidur semula ya. Esok kena pergi sekolah kan," kata mamanya lagi. Kara mengangguk. Segera dia bergerak menuju ke katilnya. "Night mama. I love you." Mamanya tersenyum. Tanpa pengetahuan Kara, mamanya membaca mantera sambil matanya memandang Kara tidak berkelip. Niatnya mahu Kara melupakan mimpi yang dialaminya sebentar tadi.
_____________________________________________________

"Lya, jom makan," kata Kara pantas. Lya mengambil bekas makanannya dari dalam beg dan terus berjalan keluar dari kelasnya. Sambil berjalan menuju ke belakang kafeteria sekolah, Lya asyik bercakap mengenai apa yang berlaku di kelas tadi manakala Kara hanya diam seribu bahasa.

"Kara, what's wrong? You don't seem like you today." Kara tersentak. Dia memandang Lya dengan pandangan kosong. Seketika dia mengerutkan keningnya. Lya mengangkat kening, ingin tahu.

"Tak..cumanya malam tadi, rasanya aku ada mimpi tentang sesuatu tapi aku tak dapat nak ingat. Macam ada sesuatu yang menyebabkan aku tak ingat mimpi tu. Macam ada satu kuasa yang kunci memori aku. Macam..macam..magic," terang Kara. Lya ternganga. 'Tak mungkin. Tak mungkin Kara tahu. Dia masih belum 15 tahun pun,' bisik Lya di dalam hati.

"Hm..mungkin kau lupa. Biasanya kalau ada sesuatu yang berlaku kepada kita tapi kita tak dapat nak ingat, itu tandanya kita takut. Kau tak dapat ingat mimpi tu mungkin sebab kau takut sangat kot. Aku pun pernah kena. Ingat tak tahun lepas, aku nak cerita kat kau tentang apa yang aku alami tapi aku tak ingat. Kenapa? Sebab mimpi yang aku alami tu mungkin menakutkan sampaikan aku lupa." Kara diam sejenak. Mencari rasional dari apa yang diperkatakan oleh Lya sebentar tadi. Hm, betul jugak kan.

"Dah lah Kara. Jom makan. Aku dah lapar ni. Perut aku dah mula menyanyi ni," kata Lya. Dia lantas mengambil tempat duduk di bangku bawah pokok. Kara mengikut. Mereka mula membuka bekas makanan masing-masing dan menukarnya. Sedang mereka menikmati makanan, Kara mula berbicara. "Lya, malam ni aku tidur rumah kau boleh?"

Lya yang sedang minum jus anggur kegemarannya tersembur airnya tatkala mendengar butir-butir percakapan Kara. "Uhuk..a..uhuk..apa yang kau..uhuk..cakap tadi? Nak tumpang tidur kat rumah aku? Kau serius?" hampir menjerit Lya bertanya. Seperti halilintar membelah bumi. Bingit telinga Kara dibuatnya. Ketika itu, seorang lelaki lalu di hadapa mereka. Kara dapat kesan perubahan wajah Lya. Macam....Sah! Lya sukakan mamat tu. Kara tersenyum.

"Lya, ada sesuatu yang kau nak beritahu aku? Dari tadi aku tengok kau pandang mamat tu. Apa kes?" tanya Kara. Dia mengangkat sebelah keningnya. Lya tergamam.

"Em..no..nothing. Not at all," balas Lya sambil menggelengkan kepalanya. "Eleh, malu-malu kucing pulak. Cik kak, aku kenal kau dari kecil tau. Aku tau pandangan tadi. Kau sukakan laki tu. Betul tak?" Lya terkebil-kebil. Dia lantas memukul bahu Kara dan membuat isyarat agar Kara mendiamkan diri. Kara tersengih-sengih sahaja seperti kerang busuk.
________________________________________________________

"Selamat pagi Lex, Ruei. Ada apa-apa berita hari ni?" tanya Gaviens yang muncul entah dari mana. Lex yang sedang leka dengan kerjanya sedikit terkejut. Ruei pula hanya tersenyum lantas membuka kacamatanya.

"Pagi Gaviens. Tak banyak perkembangan pun hari ni. Kajian tentang buku Clandestine yang dicuri dari negara Xune masih kami teruskan tetapi tak banyak perubahan yang kami dapat. Cumanya....," Lex memandang Ruei. Perlukah dia memberitahu Gaviens tentang perkara itu? Atau dia hanya perlu diam? Dia perlu bertanya pada wanita yang bekerjasama dengannya di situ. Dia memandang Ruei untuk mendapatkan kepastan.

"Cumanya?" tanya Gaviens. "Kami dapat kesaan kembar Tara. Dia tanpa sengaja telah mengaktifkan kuasa yang ada padanya dan kebetulan kami dapat mengesan kehadirannya dan kedudukannya," kata Ruei pantas. Raut wajah Gaviens berseri-seri. Inilah yang dia tunggu selama 35 tahun.

"Macam mana rupa anak aku?" tanya Gaviens. Kali ini, Ruei pula yang memandang Lex. Masing-masing diam seribu bahasa. Gaviens memandang Lex dan Ruei silih berganti. "Kami tak pasti macam mana rupanya sebab kami tak sempat nak tengok wajahnya. Kami minta maaf banyak-banyak Gaviens," kata Ruei. Dapat dilihat perubahan pada wajah Gaviens. Suasana sepi buat seketika.

"Jangan lupa hantar seseorang untuk mengintip dia. Aku tak nak Ecsentra jumpa dia dulu. Kalau jumpa, alamatnya rancangan kita selama ini akan hancur macam tu je," kata Gaviens. Mereka berdua mengangguk. Sudah terbayang oleh mereka seseorang yang amat sesuai untuk melakukan kerja pengintipan itu.

"Em..Gaviens, yang tentang buku Clandestine tu...," "Teruskan kajian. Aku tak nak ada yang mengganggu. Semua benda mesti diteruskan," kata Gaviens tegas. Dia tak suka akan kompromi ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Lex mengangguk. Walaupun dia amat memahami karenah Gaviens, tetapi kadang-kadang Gaviens amat sukar diramal.

"Teruskan kerja kamu. Aku akan kembali kemudian."
___________________________________________________________

Telefon bimbitnya menjerit minta diangkat. Hish! Baru sahaja matanya ingin terlelap, pasti ada gangguan. Kenapalah pada waktu-waktu yang macam ni? Siapa pula lah yang telefon? Dia membiarkan sahaja. Malas mahu mengangkat. 'Harapnya tak berdering lagi lah telefon tu,' bisik hatinya. Malangnya, sangkaannya meleset sama sekali. Telefonnya masih berdering dan terus berdering. Dengan rasa malas, dia mencapai telefon bimbitnya lantas melihat nombor yang tertera di skrin. Unknown. Aduhai, inilah sebabnya kenapa aku malas nak angkat phone. Dia menekan butang jawab.

"Helo."

"..."

"Ya, ini Shin bercakap. Siapa tu?"

"..."

"Oh, ada apa telefon aku?"

"..."

"Malam ni? Ok, aku tunggu kau kat kafe, macam biasa."

"..."

Shin meletakkan telefon bimbitnya di atas katil. Segera dicapai baju sejuknya yang berwarna biru lantas disarungkan ke badan. Keadaan yang bersalji menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menyarungkan mafela ke leher dan memakai topi yang menutupi telinga agar tidak kesejukan. Dia segera keluar dari bilik. Bergerak pantas menuju ke pintu.

"Hai Shin, nak ke mana malam-malam buta macam ni?" tanya Puan Exora, pemilik rumah tumpangan tempat dia menumpang segalanya. "Saya nak jumpa kawan. Urgent." Segera dia keluar dari rumah itu. Puan Exora menggeleng sambil tersenyum.
_____________________________________________________________

Shin mencari kelibat rakan yang menelefonnya sebentar tadi. Keadaan di kafe yang agak sesak menyukarkan pencariannya. Kelihatan seseorang melambaikan tangannya kepada Shin di sudut kafe tersebut. Tahulah Shin bahawa itulah si empunya diri yang menelefonnya. Segera dia ke situ tanpa berlengah.

"Kau lewat 5 minit." Itulah kata-kata pembukaan pertemuan mereka. Shin hanya tersengih. "Traffic jam," balasnya. "Ada apa nak jumpa aku malam-malam macam ni? Kau tak pernah jumpa aku waktu malam. Something happened at Asyiria?" tanya Shin. Rakannya itu segera menceritakan apa yang berlaku dari A sampai Z. Tiada apa yang disembunyikan. Shin mendengar dengan teliti. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka.

11 comments:

Camellia MK (Maria Kajiwa) said...

Ada masalah dalam cara penulisan dialog. Semua bercantum dalam satu perenggan walau penuturnya orang yang berbeza. Pisahkan, dik.

intrigue said...

ok..
terima kasih kak maria..

intrigue said...
This comment has been removed by the author.
intrigue said...
This comment has been removed by the author.
intrigue said...
This comment has been removed by the author.
intrigue said...
This comment has been removed by the author.
intrigue said...
This comment has been removed by the author.
putri_impi said...

bagus2
sambg2 ye dik..stadi tuk Pmr juga..

intrigue said...

terima kasih putri..
putri pun study PMR juga ya...

intrigue said...
This comment has been removed by the author.
Kak Izz said...

tiada masalah sangat dalam pemilihan kata. gaya bahasa ok. teruskan menulis begini. santai bersahaja =D